Sabtu, 31 Ogos 2013

JANGANLAH BUAT KERJA2 JAHAT...PENDAPATAN TAK BERKAT....ORANG BERDOA YANG TAK ELOK SERTA MENYUMPAH SERANAH...INGAT DAH TUA...TARIKH MATI KIAN DEKAT

Syabas jangka gangguan bekalan air berlarutan

Harakahdaily, 31 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan menggerakkan kesemua sumber yang ada bagi membantu pengguna dalam penghantaran bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik memandangkan kemungkinan gangguan bekalan air berlarutan dan melibatkan kawasan yang besar dan bilangan pengguna yang terlibat adalah sangat ramai.
Memetik kenyataan Syabas menerusi sesawangnya http://www.syabas.com.my, Syabas akan menyediakan sebanyak 42 lori tangki air dan 525 tangki statik untuk tujuan ini.

Walaubagaimanapun, pihak Syabas ingin memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat menyediakan sumber yang mencukupi bagi memenuhi keperluan semua pengguna terlibat kerana jumlah pengguna yang terlibat adalah sangat ramai.

“Oleh yang demikian, para pengguna yang terlibat dinasihatkan agar bersabar dengan menggunakan air untuk tujuan utama sahaja,” tambah kenyataan itu.

Berikut kenyataan Syabas.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa operator loji bagi pihak Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Rantau Panjang iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan operator loji bagi LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) telah mengesan pencemaran air di Sungai Selangor disebabkan tumpahan minyak diesel terletak di hulu sungai muka sauk air mentah loji-loji rawatan air berkenaan. Tumpahan minyak diesel ini telah dikesan oleh operator loji berkenaan sekitar jam 8.00 pagi, 30 Ogos 2013 dan ekoran daripada itu, kedua-kedua operator loji berkenaan telah menghentitugas keempat-empat loji rawatan berkenaan di antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi ini. Pihak operator loji berkenaan memaklumkan bahawa ianya dijangka akan mengambil masa sekitar 14 jam sebelum tumpahan minyak diesel tersebut melewati muka sauk air mentah loji rawatan air masing-masing. Di samping itu, pihak kedua-dua operator loji rawatan air sedang memantau keadaan bagi memastikan air yang tercemar tidak mengalir masuk ke loji rawatan air supaya setiap LRA dapat beroperasi semula dengan kadar segera apabila pencemaran tidak berlaku lagi.

Untuk makluman, ke empat-empat loji rawatan air ini mengeluarkan bekalan air terawat sebanyak 2,670 Juta Liter Sehari (JLH) dan merupakan 57% daripada jumlah permintaan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sehubungan itu, jika hentitugas loji rawatan air ini berlarutan ke tempoh yang lebih lama, sebahagian para pengguna dijangka akan mengalami tekanan air rendah dan gangguan bekalan air di tujuh (7) wilayah pengguna iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor terutamanya kawasan pengguna yang berada di penghujung sistem agihan bekalan air dan di tempat yang tinggi atau dengan simpanan yang kecil. Sehubungan itu, para pengguna pada masa kini hanya bergantung kepada simpanan air terawat yang ada di kolam-kolam imbangan keempat-empat loji rawatan dan kolam-kolam perkhidmatan SYABAS yang berada setiap kawasan pengguna.

Dengan rezab kapasiti bekalan air terawat yang kecil pada kadar sekitar 1% sahaja dan dengan kadar permintaan yang tinggi, pihak SYABAS ingin memaklumkan bahawa hentitugas LRA SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang kali ini akan menyebabkan masa pemulihan (recovery) yang agak lama walaupun setelah ke empat-empat loji rawatan air dapat beroperasi seperti sediakala. Adalah dijangkakan tempoh masa yang diambil untuk keadaan bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat-peringkat dan SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari kolam air terutamanya adalah kawasan yang terakhir akan pulih sepenuhnya. SYABAS juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung status pemulihan bekalan air di kawasan yang terlibat sekiranya perlu.

Dalam masa yang sama, pihak SYABAS telah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan semua pihak berkuasa tempatan berhubung situasi hentitugas oleh LRA tersebut. Justeru, SYABAS ingin menasihatkan para pengguna di tujuh (7) kawasan tersebut supaya menggunakan air secara sangat berhemah bagi menghadapi gangguan tersebut.

Memandangkan kemungkinan gangguan bekalan air berlarutan dan melibatkan kawasan yang besar dan bilangan pengguna yang terlibat adalah sangat ramai, pihak SYABAS akan menggerakkan kesemua sumber yang ada bagi membantu pengguna dalam penghantaran bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik. Untuk makluman, SYABAS akan menyediakan sebanyak 42 lori tangki air dan 525 tangki statik untuk tujuan ini. Walaubagaimanapun, pihak SYABAS ingin memaklumkan bahawa pihak SYABAS tidak dapat menyediakan sumber yang mencukupi bagi memenuhi keperluan semua pengguna terlibat kerana jumlah pengguna yang terlibat adalah sangat ramai. Oleh yang demikian, para pengguna yang terlibat dinasihatkan agar bersabar dengan menggunakan air untuk tujuan utama sahaja.

Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah bagi wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor pada jam 4:00 petang hari ini dan meletakkan kakitangannya dalam keadaan tunggusedia untuk mengurus gangguan bekalan air disebabkan hentitugas tidak berjadual loji-loji rawatan tersebut termasuk bantuan bekalan air kepada pengguna yang terlibat.
Polis papar logo 49 kumpulan kongsi gelap
5:49PM Ogos 30 2013
dikemaskini Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiarkan logo 49 kumpulan kongsi gelap yang diwarta haram.
   
NONEKetua Penolong Pengarah Kongsi Gelap/Judi/ Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata logo berkenaan dipapar dalam laman sosial Facebook PDRM agar orang ramai memahami maksud sesebuah logo itu sekali gus menghindari mereka daripada terlibat dengan sebarang kumpulan kongsi gelap.
   
"Pada peringkat awal ini, kita melalui program kepolisan dan pemeriksaan, akan menasihati orang ramai, yang memiliki atau menampal sebarang logo seperti di kereta dan rumah, supaya menanggalkannya dengan apa cara sekalipun.

"Ini juga bagi menghindarkan mereka ditahan pihak polis. Mungkin mereka tidak tahu apa maksud logo berkenaan dan tidak terlibatpun dalam mana-mana kongsi gelap. Namun jika mereka masih berdegil atau dikenal pasti memang terlibat dalam kegiatan itu, tindakan tegas akan diambil," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
   
Sidang akhbar itu turut memapar kesemua 49 logo kumpulan kongsi gelap berkenaan dan tatu logo yang dilukis pada badan melalui skrin selain penerangan berkaitan bangsa sesebuah kumpulan.

NONEAntara kumpulan kongsi gelap itu ialah Geng 04 yang aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur; Geng 08 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
   
Abdul Jalil berkata  polis juga akan memantau penggunaan logo terbabit pada kenderaan yang diguna ketika perarakan atau upacara pengebumian.
   
"Kita akan 'turun padang'. Kalau kita lihat ada logo itu diletak pada kenderaan yang membawa mayat, kita akan minta mereka tanggalkannya," katanya sambil meminta ibu bapa memantau pergerakan anak mereka agar tidak terjebak atau menyertai mana-mana kumpulan kongsi gelap.
   
"Melalui risikan dan siasatan kita, setakat ini belum ada laporan pelajar sekolah di seluruh negara mengetuai mana-mana kumpulan kongsi gelap. Namun ada maklumat mengatakan kumpulan ini cuba mempengaruhi pelajar terutama di sekolah yang bermasalah.
   
"Mereka (kumpulan) akan berada di luar kawasan sekolah untuk memujuk pelajar agar menyertai mereka. Ada juga maklumat yang mengatakan kumpulan ini cuba merekrut pelajar di dalam kawasan sekolah, namun hasil tindakan pantas Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta polis yang ditempatkan di dalam sekolah, perkara ini dapat dihindarkan," katanya.
   
Mengulas penglibatan golongan atasan seperti ahli politik dan selebriti dalam kegiatan itu, Abdul Jalil berkata setakat ini, polis tidak mendapat maklumat mereka terlibat, namun siasatan lanjut akan dijalankan.
   
NONEBeliau berkata mereka yang terbabit dalam kumpulan kongsi gelap boleh dihukum mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pendaftaran Pertubuhan 1956 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, atau denda RM15,000, jika sabit kesalahan.
   
Katanya, seramai 28,926 orang dari kaum India dikesan menganggotai kongsi gelap, Cina (8,214) dan Melayu (1,923) manakala tiada penglibatan warga asing dalam kumpulan itu di negara ini.
   
"Ada antara mereka pernah ditahan di bawah undang-undang Akta Darurat," katanya sambil menafikan tumpuan lebih diberikan kepada kaum India kerana mereka paling ramai dikesan terlibat dalam aktiviti itu.
   
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, yang mengumumkan nama kongsi gelap terbabit semalam, berkata kumpulan itu dikategori haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.
   
Beliau berkata kumpulan itu dikesan menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

- Bernama


Sanjeevan hilang ingatan, tak kenal ibu bapa

Masalah hilang ingatan aktivis anti-jenayah R Sanjeevan tidak kekal dan beliau dijangka mula ingat semula dari masa ke semasa, kata bapanya P Ramakrishnan.

"Kata doktor, ia masih dalam peringkat awal, jadi ia akan ambil sedikit masa, mungkin seminggu lagi atau dalam sepuluh hari.

"Ia mungkin lebih lama, tetapi biar lambat daripada tak ingat langsung," katanya ketika dihubungi.

Ramakrishnan berkata, anaknya setakat ini tidak dapat mengenali ibu bapa sendiri. Sanjeevan baru sepuluh hari sedar daripada koma.

"Beliau tidak kenal ibu atau bapa sendiri, tetapi kami cuba ingatkannya kembali. Saya gembira beliau kini bebas daripada bahaya, kita boleh ingatkannya tentang perkara lain," katanya.

Walaupun sedar, Sanjeevan, yang mengetuai NGO MyWatch, masih tidak dapat bercakap kerana saluran yang disambung ke kerongkongnya, tambah Ramakrishnan.

"Beliau berkomunikasi dengan bahasa insyarat. Kami tulis seperti A, B, C, D, dan dia tunjukkan pada kami yang mana satu," katanya.

Syabab Pas Kampar shared Muhammad Azri Syontot's photo.
EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

[MESTI BACA...]

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah. Wallahualam.. ♥♥♥

Sumber~

SYABAS gerak semua sumber bantu pengguna
12:11PM Ogos 31 2013
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menggerakkan semua sumber yang ada bagi membantu pengguna menangani gangguan bekalan air setelah empat loji rawatan air ditutup selepas Sungai Selangor dicemari tumpahan diesel.
  
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred berkata pihaknya telah menghantar kesemua sumber di tujuh daerah yang terjejas iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
  
"Pihak kami masih memantau bagi menentukan bila keadaan akan pulih sepenuhnya...oleh kerana gangguan ini melibatkan kawasan besar, SYABAS mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah untuk kesemua kawasan ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi untuk mengulas perkembangan terbaharu gangguan tersebut, hari ini.
  
Beliau menambah, dengan rizab kapasiti yang kecil dan kadar permintaan tinggi, pihak SYABAS ingin memaklumkan bahawa hentitugas kali ini akan mengambil masa pemulihan yang lebih panjang walaupun kerja-kerja pembersihan sedang dilaksanakan.
  
SYABAS menyarankan pengguna mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air menerusi laman sesawang http://www.syabas.com.my.
  
"Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'," katanya.
  
- Bernama

S'jaya Tinggi M'sia di Dhaka siasat dakwaan komplot visa

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka akan menyiasat dakwaan  PKR semalam yang pegawai kerajaan Malaysia di Bangladesh terlibat dalam pengeluaran visa pelancong untuk membolehkan ribuan warga negara itu masuk dan bekerja di Malaysia dengan cara meragukan.

Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah mendakwa, tindakan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebuah agensi pelancongan.

Dalam balasan emelnya kepada Malaysiakini, Setiausaha Kedua Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Ahmad Fikri Zakian berkata siasatan lanjut akan dijalankan.
"Terima kasih di atas makluman pihak tuan berkenaan dengan dakwaan yang dinyatakan.

'Pihak Suruhanjaya Tinggi mengambil maklum dan akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan tersebut," katanya.

Ahmad Fikri turut meminta kerjasama agar nama lima pemegang pasport Bangladesh yang didakwa memperolehi visa mereka secara meragukan, dipanjangkan kepada pihak suruhanjaya tinggi.

Malaysiakini juga sudah menghubungi pihak imigresen berhubung dakwaan tersebut dan masih menunggu reaksi daripada jabatan berkenaan.
1. PKR dakwa komplot bawa masuk warga Bangladesh


Exco: 'Gangguan bekalan air, bukan krisis air'

dikemaskini 11.50 pagi Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur semalam bukan satu "krisis air" kerana ia telah diuruskan menjelang tengah malam, kata kerajaan negeri Selangor tadi.

NONEExco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata semua empat pusat kemasukan air telah mula kembali beroperasi awal pagi ini.
"Adakah ia satu gangguan bekalan air? Ya. Apakah tumpahan itu besar? Ya. Adakah ia satu krisis? Tidak. Kerana kita mula menguruskannya menjelang petang semalam," kata Wong.

Katanya, sebahagian besar diesel yang tumpah itu telah dipam keluar dari titik pengambilan air menjelang petang semalam, dan pihak negeri telah memastikan tidak ada lagi minyak di atas permukaan air sebelum bersetuju pam beroperasi secara berperingkat-peringkat.

"Orang ramai akan kembali mendapat bekalan air secara berperingkat hari ini. Semua pam air kembali beroperasi pada kapasiti penuh pada jam 6 pagi," katanya kepada Malaysiakini.
"Pam air ditutup pada pukul 9 pagi semalam dan semuanya kembali beroperasi secara berperingkat menjelang jam 1 pagi ini," kata Elizabeth yang meninjau kawasan pengambilan air yang terjejas dan memantau ujian air sehingga awal pagi.

Katanya, bekalan air ke Klang mungkin paling akhir pulih berbanding dengan kawasan lain yang terjejas lain kerana jaraknya dari takungan air.

"Pemulihan bekalan air bergantung kepada jarak kawasan dari takungan air. Di kawasan saya, saya mendapat bekalan air tetapi tekanannya rendah," katanya.
Menurutnya, tumpahan diesel itu datang dari sebuah syarikat dan bukan dari mana-mana lori tangki seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Beliau berkata syarikat itu mempunyai kontrak untuk membersih lori, termasuk lori sampah, dan membuang diesel itu ke dalam longkang. Diesel tersebut kemudiannya menjejaskan Sungai Selangor dan seterusnya titik pengambilan air.

Wong berjanji bahawa tindakan akan diambil terhadap syarikat terbabit.
"Kami telah menutup syarikat itu, dan saya juga telah berbincang dengan setiausaha kerajaan negeri dan kami  bersetuju untuk ke Pejabat Tanah secepat mungkin dan merampas tanah tersebut," katanya.

"Kami perlu melihat apa yang boleh kita lakukan di bawah majlis tempatan," katanya lagi ditambah.

Beliau juga berkata syarikat itu mungkin ditutup kerana menyebabkan tumpahan tersebut, dan akan didakwa di mahkamah oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) semalam mengeluarkan amaran kod merah susulan tumpahan itu.
Syarikat air itu berkata tumpahan tersebut menyebabkan penutupan loji rawatan air Sungai Selangor fasa satu, dua, dan tiga serta loji  rawatan air Rantau Panjang

Empat loji rawatan air yang terjejas merangkumi 57 peratus daripada permintaan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan