Sabtu, 17 Ogos 2013

BANYAK YANG TAK ORI LAGI

Najib berunding dengan Anwar tentang kerajaan perpaduan? Biar betul!

Berbagai-bagai spekulasi yang berlaku dalam politik tanah air. Isu yang paling kuat berlegar sekarang ialah isu kerajaan campuran yang di usahakan oleh dua orang pemimpin ‘famous’ negara kita, iaitu Najib dan Anwar. Kedua-dua yang sangat ‘famous’ ini telah berperang sebelum dan semasa pilihanraya tetapi dalam masa mereka berperang mereka berjumpa dan berunding dan merancang beberapa hal politik masing-masing.
Mereka berunding bukan untuk mencari penyelesaian masalah negara seperti rasuah dan salah guna kuasa, tetapi bagaimana mereka boleh mempertahankan kuasa dan menikmati kuasa dalam politik tanahair. Dalam pada itu rakyat telah berbelah dan bermusuhan dengan ‘team’ masing-masing, BN dan Pakatan Rakyat. Apabila diketahui ramai yang mereka berdua pernah berjumpa dan bertemu dan berunding untuk kepentingan mereka, sudah lihat kecenderungan rakyat sudah mula yakin yang pimpinan samada dipihak BN atau pun Pakatan Rakyat adalah sama…iaitu untuk kuasa peribadi. Mereka berpakat kerana kedua-dua mereka dalam ‘desperation’ untuk kembali menjadi relevan.
Ramai yang merasa tertipu dan merasa yang mereka di permainkan oleh pimpinan masing-masing. mereka yang ramai ini sedar yang mereka hanya digunakan oleh pimpinan masing-masing sebagai ‘kuda pelejang’ sahaja. Berdemo di sana, berdemo disini, memekik disana sini menaikkan serta menegakkan pimpinan masing-masing. Akhirnya mereka sedar mereka telah dijadikan perkakas semata-mata. Ada yang berkata dibawah-bawah ini yang mereka tidak akan membiarkan diri mereka untuk jadi ‘anjing salak’ sahaja.
Pendeknya penyokong-penyokong Pakatan hanya diperguna oleh Anwar sebagai ‘parang bengkok’ untuk menebas semak dan samun yang menghalang Anwar untuk maju mendapatkan kehendak dan kemahuan beliau. Begitu juga di pihak BN, Najib hanya menjadikan penyokong-penyokong beliau untuk dijadikan ‘parang bengkok’ untuk menebas pihak yang cuba menerajang beliau dari Putrajaya.
Ramai yang berkata yang sebahagian besar meereka di dalam UMNO tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan itu kerana mereka bukan sesungguhnya mahu mencari formula untuk negara sebaliknya ‘kerajaan perpaduan’ itu hanyalah helah untuk mendapatkan kuasa peribadi mereka sahaja. Kedua-dua Najib dan Anwar adalah dua orang pemimpin yang tidak sampai hajat mereka walaupun sebahagian doa mereka telah terkabul.
Doa Anwar untuk melemahkan UMNO dan BN terkabul tetapi hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak terkabul. Disebaliknya doa Najib untuk terus menjadi PM itu terkabul tetapi hajat untuk mendapatkan kememangan 2/3 tidak kesampaian. Ini adalah kes doa terkabul hanya tidak kesampaian.
Akhirnya kita melihat keadaan dalam mana Anwar begitu kecewa kerana yang beliau lihat sebagai sokongan yang akan membawa beliau ke Putrajaya tidak menjadi kenyataan. Ternyata Anwar bukanlah pilihan rakyat untuk dijadikan Perdana Menteri dan Najib juga bukanlah PM yang dimandatkan untuk menjadi seorang pemimpin dari BN yang mendapat sokongan kuat dari rakyat.
Bagi kedua-dua pemimpin ini, mereka perlu melakukan introspeksi yang mendalam kenapa mereka tidak kesampaian hajat mereka. Tentunya ada hikmah disebalik kegagalan mereka berdua untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki serta hajati.
Dua orang yang gagal tidak mungkin mendapat mandat dari pihak masing-masing untuk berunding bagi menentukan masa depan negara. Selesai masalah mereka berdua tidak semestinya boleh menyelesaikan masalah negara.
Diantara yang di sebut ramai ialah kedua-dua Najib dan Anwar telah berunding untuk Najib terus jadi PM buat sementara waktu dan Anwar sementara itu menjadi Timbalan Perdana Menteri pertama dan Muhyiddin telah diputuskan oleh mereka sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua sahaja.
Najib dan Anwar mesti memahami yang negara ini bukannya kepunyaan mereka berdua sahaja. Ia kepunyaan seluruh rakyat. Jika ada pun kerajaan perpaduan tidak ada diantara mereka boleh dijadikan PM kerana yang merosakkan negara tdak sepatutnya di lantik dan dipilih untuk menerajui pemulihan negara.
Bagi saya jika mahu merosakkan negara berikanlah negara ini kepada mereka berdua untuk memimpin negara. Jika mahu menambah buruknya kerosakan negara, berikanlah juga kepada kedua-dua pemimpin ini untuk membetulkannya kembali.
Sekian…

Asal usul Raja Saudi adalah Yahudi Bani Al-Masalikh
Posted on Saturday, August 17 @ 11:48:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: merong

"Moyang mereka bernama Mordakhai bin Ibrahim bin Monshe berasal dari Bani Al Masalikh hidup sekitar 851 H dari suku kaum Anza. Terlibat di dalam perniagaan gandum dan Jagung dari Iraq.

Beliau sememangnys bercita-cita untuk kembali dan menguasai di bumi Najd. Di awalnya beliau terpaksa berhadapan dengan Syaik Shaleh Salman Abdullah Al- Tamimi seorang Ulama yang berdakwah di sekitar Najd, Yaman dan Hijaz. Beliau menukarkan namanya kepada Markhan bin Ibrahim Musa.

Ditempat tinggal beliau, Al-Qatef, beliau menguatkan kedudukkan beliau dengan cerita2 palsu tentang kehebatan kaum Yahudi .Beliau mempergunakan kaum Arab Badwi lalu mengagat beliai menjadi ketua/Raja. Beliau di tentang oleh kabilah Bani Khaled dan melarikan diri ke Al Arid(Riyadh) mencari perlindungan.
Beliau di beri perlindungan di Riyadh oleh sebuah keluarga, namun keluarga tersebut dibunuh beliau. Beliau membuat cerita keluarga tersebut dibunuh pencuri dan rumah dan tanah tersebut telh dibeli beliau. Disinilah beliau mengatur strategi dengan menubuhkan pasukan perang untuk membunuh Shaik Shaleh Salman Abdullah Al-Thamimi yg akhirnya dibunuh di sebuah masjid di Al-Zhafi.
Di Riyadh inilah beliau mengamalkan poligami dengan menikahi puluhan gadis dan melahirkan banyak anak yang diberikan nama-nama Arab. Salah seorang anak Mordakhai bernama Al-Maqaran(didalam yahudi di panggil Mack-Ren). Al Maqaran mempunyai anak bernama Muhammad dan Sa’ud. Melalui keturunan Saud inilah berasalnya Dinasti Saud.
Dinasti Saud mengagap semua penduduk Najd menghina Tuhan . Darah mereka halal, harta benda mereka dirampas dan kaum wanita dijadikan hamba. Tidak ada seorang muslim pun di kira benar kecuali pengikiut ajaran Muhammad bin Abdul Wahab (keturunan Yahudi Turki). Mereka yang menentang akan di bunuh.
Doktrin Wahabi memberikan autority kepada Keluarga Saudi untuk menghancurkan perkampungan dan penduduknya, termasuk anak-anak dan memperkosa wanitanya, menusuk perut wanita hamil, memotong tangan anak-anak, kemudian membakarnya. Selanjutnya mereka diberikan kewenangan dengan ajarannya yang kejam (brutal doctrin ) untuk merampas semua harta kekayaan milik orang yang dianggapnya telah menyimpang dari ajaran agama karena tidak mengikuti ajaran Wahabi.
Seorang munafik bernama Muhammad Amin Al-Tamimi – Direktor Perpustakaan Kontemporari Kerajaan Saudi menyusun garis keturunan (Family Tree) untuk keluarga Saudi ini kepada Nabi Muhammad SAW. Sebagai imbalan pekerjaannnya itu, ia menerima imbalan sebesar 35.000 (Tiga Puluh Lima Ribu) Pound Mesir dari Duta Besar Saudi Arabia di Kairo pada tahun 1362 H atau 1943 M. Nama Duta Besar Saudi Arabia KETIKA itu adalah Ibrahim Al-Fadel.
 Keluarga Yahudi yang jahat dan mengerikan ini melakukan segala jenis kekejaman atas nama  agama palsu mereka (Wahhabi) yang sebenarnya diciptakan oleh seorang Yahudi untuk menaburkan benih-benih keganasan di dalam hati penduduk.
Pada tahun 1163 H, Dinasti Yahudi ini mengganti nama semenanjung Arab dengan nama keluarga mereka, menjadi Saudi Arabia, seolah-olah seluruh wilayah itu milik pribadi mereka, dan penduduknya sebagai bujang atau budak mereka, bekerja keras siang dan malam untuk kesenangan tuannya, yaitu Keluarga Saudi.
Raja Faisal Al-Saud tidak mampu menyanggah bahwa keluarganya adalah keluarga Yahudi ketika memberitahukan kepada The Washington Post pada  17 September 1969, dengan menyatakan bahwa: “Kami, Keluarga Saudi adalah keluarga Yahudi. Kami sepenuhnya tidak setuju dengan setiap penguasa Arab atau Islam yang memperlihatkan permusuhannya kepada Yahudi, sebaliknya kita harus tinggal bersama mereka dengan damai. Negeri kami, Saudi Arabia merupakan sumber awal Yahudi dan nenek-moyangnya, dari sana menyebar ke seluruh dunia”.
Tiada anehnya kenapa Kerajaan Saudi sekarang menghalang kebangkitan IKHWAN MUSLIMIN Di MESIR.
Tiada anehnya kenapa kerajaan Arab Saudi boleh berkongsi kekayaan dengan USA untuk membantai kebangkitan muslim seluruh dunia dengan bersembunyi disebalik PBB dan OIC. 
Benarlah dengan sepotong hadis yg bermaksud....diakhir zaman umat Islam akan mengikut Yahudi walau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun.  
WALLAHU'ALAM
Budak lima tahun parah didera ibu
Posted on Saturday, August 17 @ 10:46:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

  Budak lima  tahun parah didera ibu       
Keadaan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang parah pada seluruh tubuh disyaki didera ibunya di Menglembu.
Ipoh: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mengalami kecederaan parah pada seluruh tubuhnya, disyaki didera oleh ibunya beberapa hari lalu.

Kanak-kanak berkenaan ditemui dengan kesan luka dan lebam yang teruk pada seluruh tubuhnya termasuk di kepala, dipercayai akibat dipukul dengan rotan oleh ibunya di rumah mereka di Taman Wang, Menglembu, dekat sini.

Tak tahan kerenah anak      
Difahamkan, wanita berusia 30 tahun itu tidak tahan dengan kerenah anak perempuannya itu yang dikatakan terlalu nakal mengakibatkan dia mengambil tindakan memukulnya sehingga mangsa menjadi lembik dan tidak bermaya.

Melihat keadaan kanak-kanak itu yang parah, bapanya yang berusia 39 tahun kemudian membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kelmarin untuk mendapatkan rawatan.

Doktor yang merawat kanak-kanak itu di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB kemudian membuat laporan polis di pondok polis hospital berkenaan selepas mendapati ada kesan penderaan teruk pada tubuh mangsa.

Ibu bapa ditahan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, ketika dihubungi berkata, polis sudah menahan ibu dan bapa kanak-kanak itu pada jam 1.20 tengah hari semalam.

“Kedua-duanya ditahan untuk membantu siasatan kes penderaan anak mereka dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret esok (hari ini) untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana melakukan seksaan dengan sengaja sehingga cedera parah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

BERITA HARIAN 

 Kerani Bukan Sasaran, Cemburu & Dendam Motif Letupan Bom di Tumpat
Posted on Saturday, August 17 @ 07:39:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR: Siasatan awal polis terhadap suspek dalam kejadian letupan bom dalam bungkusan di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat Ahad lepas, menunjukkan kerani sekolah yang maut dalam kejadian itu bukan sasaran sebenar.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata motif pembunuhan dipercayai cemburu dan dendam kerana isteri suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang anggota keluarga mangsa yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA). "Kita tidak menolak kemungkinan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.
Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Krai maut dengan kedua-dua tangannya putus ketika mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya.
Ekoran kejadian itu polis menahan reman seorang sarjan tentera berusia 29 tahun bagi membantu siasatan.
Mazlan berkata pasukan khas yang ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, telah memanggil isteri suspek dan anggota PGA berkenaan bagi memberi keterangan dan yakin kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

-BERNAMA


 Ustaz Azhar Idrus Kemalangan di Pengadang Baru Sebentar Tadi (Golf Gti vs Saga)
Posted on Saturday, August 17 @ 10:19:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: lensahandphone

"

Ustaz Azhar Idrus eksiden pagi tadi di Pengadang Baru, Terengganu. Golf Gti vs Saga. Syukur alhamdulillah ustaz dan yg lain selamat. Dang lagi ustaz senyum "mewek".







Mengikut sumber kejadian di trafik light hadapan Desa Murni. Ustaz Azhar dan Isteri (keberapa??) tak ada sebarang kecederaan, dan pemandu Saga hanya cedera  ringan sahaja.






OrangMuda Dungunhttp://lensahandphone.blogspot.com "




Kekejaman tentera Mesir dikutuk seluruh dunia
  • Himpunan Munajat
1 / 10
RAKYAT Malaysia hari ini terus melahirkan rasa simpati dan kebersamaan dengan rakyat Mesir yang terus bersabung nyawa demi sebuah demokrasi. 
Bermula jam 4 petang tadi telah berlangsungnya himpunan yang digelar Himpunan Munajat Perdana 100k yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. 
Himpunan diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kekejaman tentera Mesir ke atas rakyatnya sendiri. 
Tindakan membunuh rakyat sendiri dengan menggelarkannya sebagai "operasi pembersihan" tidak mampu diterima dan dianggap sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan. 
Himpunan yang dianjurkan oleh Pemuda Pas ini turut menyeru negara menyatakan pendirian tegasnya di atas pembunuhan beramai-ramai di Mesir.
Para peserta membantah kekejaman tentera Mesir semakin ramai membanjiri Padang Merbok sekitar jam 6 petang. 
Kelihatan beberapa pimpinan PR turut serta seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan, Exco Kelantan Hashim Daud dan Adun Tungku. 
'Hidup rakyat, hancur Sisi' antara ungkapan yang dilaungkan berulang kali oleh para peserta himpunan. 

 Perbezaan Pendapat
Posted on Saturday, August 17 @ 21:47:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Walaupun kita mungkin tidak sealiran dengan sesetengah pandangan para ulama dalam hal di Mesir (dengan Syeikh al-Imam Dr Yusuf Qardawi misalnya, atau dengan Sheikhul Azhar, al-Imam al-Akbar Dr Ahmed Toyyib misalnya, atau para ulama yang lain samada di Malaysia atau luar negara,) kita masih perlu menjaga adab kita sebagai orang awam agar tidak berlaku biadap kepada mereka.

Sudah tentu sebagai ilmuan yang berkelayakan, mereka boleh berijtihad atas sesuatu perkara. Peranan kita pula ialah mempercayai bahawa ijtihad mereka dilakukan atas dasar dalil, ilmu dan kemaslahatan ummah walaupun didapati ijtihad mereka berlawanan antara satu sama lain..

Kita mungkin bersetuju atau tidak bersetuju dengan mereka dek kerana tahap ilmu yang berbeza dengan mereka namun point ana di sini, janganlah perbezaan ini menghalalkan kita untuk mengutuk dan menghina ulama sehingga menjatuhkan institusi ulama itu sendiri... ingat, kritik lain, kutuk lain... wallahu a'lam..

Ustaz Zahazan Mohamed
17/8/2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan