Pandangan Lee Kuan Yew 'lapuk', kata Anwar
Ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemikiran Lee Kuan Yew
berhubung politik berteraskan kaum dalam buku terbaru bekas perdana
menteri Singapura itu, 'One Man's View of the World' merupakan pandangan
"lapuk".Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula tidak menunjukkan keupayaan untuk melakukan pembaharuan ke atas Umno, kata Anwar lagi ketika mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin berkenaan berhubung politik Malaysia.
Anwar berkata, beliau melihat bahawa Lee kurang kefahaman dari segi politik berasaskan kaum dan Najib pula kurang keazaman untuk memahami sentimen rakyat Malaysia.
"Pandangan Kuan Yew sangat mewakili generasi Mahathir – ia agak lapuk. Beliau selalu melihat kepada dikotomi di antara hak dan kaum, hitam dan putih," kata Anwar.
"Sebagai contoh, beliau bercakap mengenai dasar berasaskan kaum, tetapi mempunyai sedikit pemahaman ke atas wacana yang telah berlaku sejak sedekad lalu," katanya.
Pemimpin PKR itu merujuk kepada kenyataan Lee bahawa dasar berteraskan kaum di Malaysia tidak memberi keuntungan kepada Malaysia.
Lee juga berkata dasar tersebut menyebabkan bakat yang diperlukan untuk membina masyarakat dari pelbagai kaum semakin terhad.
Anwar berkata beliau melihat Lee masih terperangkap dalam zaman ketika bekas MP pembangkang tersebut menentang kerajaan Perikatan, atau ketika ketegangan politik timbul di antara Malaysia dan Singapura.
Katanya, pemikiran Lee itu "tidak relevan dalam konteks masa sekarang".
Anwar berkata, Najib pula menunjukkan bahawa perdana menteri itu "tidak mampu" membawa perubahan yang berkesan.
Najib juga memikirkan bahawa perubahan tersebut hanya akan berlaku selepas beberapa "generasi".
Najib pada minggu lalu bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam buku 'The Awakening" bahawa sukar bagi Umno untuk berubah.
Katanya, Najib nampaknya tidak sedar bahawa Malaysia telahpun merdeka sejak lebih satu abad.
MCCBCHST mahu undang-undang dipinda di 5 negeri
Majlis
Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST)
berkata badan itu akan meraih sokongan untuk melakukan pindaan
perlembagaan di lima negeri berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran
agama anak."Majlis ini akan berusaha untuk memastikan kesemua lima negeri melakukan pindaan untuk menjadikannya selari xdengan perlembagaan persekutuan," kata presiden MCCBCHST Jagir Singh di majlis makan malam ulang tahun ke-30 pada malam tadi.
Beliau merujuk kepada negeri yang membenarkan hanya seorang dari ibu atau bapa untuk memutuskan mengenai penukaran agama seorang anak bawah umur – melibatkan Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Jagir memetik keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan bahawa langkah untuk tidak membenarkan kedua-dua ibu bapa membuat kpeutusan dalam isu penukaran agama itu bertentangan dengan prinsip keadilan.
Ia melibatkan kes M Indira Gandhi ke atas suaminya yang memeluk Islam dan menukar agama anak mereka bagi mendapat hak jagaan di Mahkamah Syariah.
Mahkamah memutuskan bahawa penukaran agama itu batal dan tidak sah dan memindahkan hak jagaan ke atas tiga anak tersebut ke atas Indira.
Isu berkenaan digariskan dala rang pindaan ke atas Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang membenarkan seseorang ibu atau bapa untuk menukar agama anak, yang ditarik balik selepas tentangan dari kumpulan bukan Islam.
Perancang perolehan Scorpene kata beliau bukan broker
Anugerah
kontrak Scorpene telah dibuat secara telus kepada pihak yang paling
layak dari segi teknikal pada harga komersial paling kompetitif
berpandukan asas rundingan, menurut perancangperolehan kapal selam.
Jasbir Singh Chahl juga menegaskan kontrak antara Kerajaan Malaysia dan Perimekar Sdn Bhd bagi nilai bersamaan 115 juta Euro adalah untuk skop tugas terperinci, dan penyediaan perkhidmatan seumpama itu adalah mengikut norma-norma komersial.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata bayaran itu dibuat di bawah Perjanjian Pembekal Perkhidmatan dan perjanjian berkaitan lain mengikut garis panduan Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).
"Oleh itu, saya berpendapat fakta-fakta dan data yang ada dan tidak dapat dipertikaikan di khalayak awam menyokong hujah bahawa keistimewaan tawaran teknikal dan komersial yang dibentangkan kepada Kerajaan Malaysia tidak langsung memerlukan sebarang perbuatan melobi, bagi mempengaruhi proses membuat keputusan," kata beliau.
Jasbir berhujah bahawa harga yang dirundingkan adalah menarik, memandangkan keistimewaan Program Penyertaan Industri Malaysia dan Perdagangan Timbal balik dan Program Imbangan yang disyorkan sebagai sebahagian daripada cadangan keseluruhan.
Beliau mengambil perhatian harga sebuah kapal selam Kelas Scorpene hari ini, adalah dalam lingkungan RM6 bilion.
"Kami membeli dua unit pada harga lebih murah berbanding harga satu unit sekarang," kata beliau. Malaysia membeli kapal selam itu pada kira-kira RM4.2 bilion.
Jasbir menjelaskan bertentangan dengan fakta yang sengaja diputar belit dan percubaan yang melabelkan beliau sebagai 'broker' atau 'ejen komisen', realitinya ialah beliau bekerja dengan pegawai Thales di Malaysia selama beberapa tahun dalam projek berkaitan pertahanan.
Katanya, beliau telah diminta oleh Thales menganalisis, menilai dan memajukan cadangan untuk membekal kapal selam bukan nuklear termoden, kepada Kerajaan Malaysia.
Bagi tujuan analisis, penilaian dan pembangunan projek kapal selam, katanya beliau telah diperkenalkan kepada DCN International (DCN), pembuat kapal selam Kelas Agosta 70 dan Kelas Scorpene milik Kerajaan Perancis.
Jasbir berkata berikutan itu, Perimekar terpilih sebagai penggerak tempatan untuk menerajui projek kapal selam manakala Terasasi Sdn Bhd (TSB) dibentuk untuk menjadi pembekal perkhidmatan luar bagi menasihat dan membantu Thales.
Beliau berkata skop Perimekar meliputi, yang utama, penganugerahan selepas kontrak antaranya ialah:
- pengurusan projek dan perkhidmatan integrasi projek;
- menyelaras pembabitan syarikat-syarikat Malaysia;
- membantu kontraktor utama dalam memastikan pematuhan semua undang-undang
- dan prosedur tempatan;
- menyelaras dan memantau latihan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia,
- termasuk penyediaan kemudahan penginapan dan perkhidmatan yang perlu bagi mereka
- dan keluarga mereka di Perancis dan Sepanyol selama enam tahun; dan,
- menyediakan laporan bulanan berhubung perkara di atas.
"Dakwaan kononnya Perimekar adalah sebuah agensi pelancongan yang diberikan tugas seumpama itu adalah karut dan langsung tidak berasas," kata Jasbir, dan menambah ia adalah putar belit fakta yang sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk kepentingan sendiri.
Beliau seterusnya berkata kewajipan TSB di bawah perjanjian pembekal perkhidmatan termasuk:
- pengambilan tenaga kerja berkelayakan dan/atau sub-kontraktor untuk
- menyalur perkhidmatan itu.
- penyediaan laporan tetap berhubung aktiviti dan maklumat berkaitan projek;
- dan,
- memastikan semua pekerja dan sub-kontraktor mematuhi undang-undang
- tempatan dan antarabangsa, dan mereka mengiktiraf peruntukan di bawah OECD.
"Tugas-tugas, peranan, penyertaan dan sumbangan ini membawa kepada kejayaan penganugerahan projek kapal selam pada Jun 2002, berdasarkan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Perimekar juga pada masa sama dianugerahkan kontrak perkhidmatan sokongan.
Jasbir menegaskan beberapa orang telah tampil dalam beberapa tahun ini membuat dakwaan yang mereka mengetahui berhubung rundingan projek, atau mereka mempunyai "pendedahan besar" untuk dibuat berhubung projek berkenaan.
"Mereka membuat dakwaan itu berdasarkan mempunyai maklumat langsung atau mendapat maklumat itu daripada pihak lain, termasuk (rakyat Mongolia) Altantuya (Shariibuu)," kata beliau, dan menambah Altantuya tiada peranan dalam rundingan itu.
"Setakat ini, saya belum mendengar sesuatu yang substantif daripada mereka. Bagaimana Altantuya boleh menyalurkan maklumat yang tepat apabila beliau sendiri tidak terbabit dalam rundingan itu.
"Mereka yang berkepentingan cuba sedapat mungkin mereka-reka hubungan sedangkan ini tidak wujud langsung," katanya.
Jasbir berkata mahkamah Perancis telah memutuskan bahawa mereka tidak menyentuh soal kematian Altantuya.
"Fokus mereka ialah tentang amalan perniagaan antara syarikat Perancis, termasuk DCN dan Thales, berhubung kontrak berkaitan pertahanan di Taiwan, Malaysia dan Pakistan," kata beliau.
Jasbir berkata beliau telah diminta oleh pihak berkuasa Perancis untuk datang ke sana membantu mereka dalam penyiasatan.
"Bagaimanapun, berikutan proses pemulihan rawatan, saya telah memberitahu mereka saya tidak boleh melakukan perjalanan sejauh itu.
"Mereka meminta saya memfailkan deposisi notari sementara menunggu keterangan daripada saya.
"Ini, saya lakukan di Kedutaan Perancis, Kuala Lumpur pada 28 Mac lepas," kata beliau.
- Bernama
Pancuran meteor boleh dilihat dengan terang
Fenomena
pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat
di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.
"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.
Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam.
- Bernama
Polis kesan kedai makan tawar khidmat seks
Bukan
sekadar menjalankan perniagaan makanan, pengusaha kedai makan di
kawasan perindustrian terutama di kawasan pedalaman dikesan turut
membekalkan perkhidmatan seks kepada pelanggan mereka yang rata-rata
terdiri daripada pekerja kilang.Tujuannya mudah, untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda, pelayan yang asalnya digaji untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan di kedai makan, turut digajikan sebagai pelacur.
Kegiatan itu dikesan dalam serbuan dijalankan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman di beberapa buah negeri termasuk Perak.
Ketua Penolong Pengarahnya Datuk Abdul Jalil Hassan berkata terdapat sesetengah tempat perindustrian seperti kilang-kilang yang mempunyai kedai makan terutama di kawasan pedalaman, menawarkan khidmat seks untuk memastikan pekerja kilang ini menjadi pelanggan tetap di kedai makan berkenaan.
“Wanita-wanita ini selepas mengambil pesanan dan menghidangkan makanan, jika pelanggan berminat boleh dibawa untuk berhibur termasuk mengadakan hubungan seksual. Pelayan merangkap pekerja seks ini bekerja ikut syif, ada syif malam dan siang ikut waktu habis kerja pekerja-pekerja kilang.
“Tujuannya untuk tarik pelanggan sebab mereka tahu di kawasan-kawasan industri seperti ini, pekerja adakalanya memerlukan hiburan, jadi dengan cara ini pekerja tidak perlu ke bandar untuk makan atau mendapatkan khidmat seks.
Katanya bayaran yang dikenakan sekitar RM100 hingga RM150 untuk setiap perkhidmatan dan pelanggan mereka terdiri daripada pelanggan tetap antaranya warganegara Indonesia dan Bangladesh.
Berdasarkan statistik dari Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 24,995 serbuan Ops Noda dijalankan berbanding tahun lepas sebanyak 19,832 serbuan.
Daripada jumlah itu, Kuala Lumpur merekodkan serbuan tertinggi iaitu 5,147 serbuan berbanding tahun lepas yang direkodkan negeri Johor Baharu sebanyak 4,336 serbuan dalam tempoh sama.
Dalam tempoh yang sama (Jan-Jun 2013), statistik turut merekodkan wanita warganegara China paling ramai ditahan terlibat dalam kegiatan pelacuran iaitu seramai 2,032 diikuti wanita Vietnam (1,849), Thailand (1,390), Indonesia (580) dan Filipina (245).
Abdul Jalil berkata berdasarkan operasi dan pemantauan polis, wanita Vietnam dilihat menunjukkan peningkatan terlibat dalam kegiatan pelacuran.
“Kami lihat trend peningkatan ini sejak tahun lepas, perkhidmatan penerbangan pengangkutan yang menawarkan pakej tambang murah dari beberapa buah bandar besar Vietnam terus ke Terminal Pengangkutan Tambang Murah (LCCT) seperti bandar Ho Chi Minh, menjadi faktor.
“Ini boleh disalah guna sindiket pelacuran antarabangsa untuk membawa masuk pekerja seks ke negara ini dan ia dikhuatiri tidak dapat disekat apatah lagi sekiranya mereka menggunakan pas lawatan sosial mahupun pelajar, katanya.
Abdul Jalil berkata sehubungan itu, polis terus menjalankan serbuan dan tangkapan dalam mengekang unsur-unsur negatif seperti ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat.
“Kami juga ada jalankan kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan mereka yang pernah ditahan atas kesalahan menjalankan aktiviti kurang sihat seperti ini disekat kemasukan semula mereka ke Malaysia.
“Selain itu, kerjasama turut dijalankan dengan pihak kedutaan beberapa buah negara yang merekodkan warganegaranya paling tinggi terlibat dalam kegiatan pelacuran dan hasilnya kami pernah menyelamatkan wanita-wanita daripada dieksploitasi sebagai pekerja seks,” katanya.
- Bernama
Karpal gesa Anwar, Hadi isytihar harta
Pengerusi
kebangsaan DAP menyeru agar pemimpin dalam Pakatan Rakyat
mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh pemimpin
kerajaan Pulau Pinang.Katanya beliau sanggup berbuat demikian dan meminta ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melakukan perkara sama.
Tambahnya, semua pemimpin Pakatan baik anggota exco, ADUN atau ahli majlis harus mengisytiharkan harta mereka.
"Saya sentiasa menyokong amalan ini. Dalam khidmat awam, kita mesti sedia dinilai oleh orang awam dan pengundi semasa memegang jawatan,” kata MP Bukit Gelugor itu.
Kataya, beliau menunggu tarikh yang akan ditetapkan oleh ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengisytihar hartanya.
Bekas wartawan Utusan mahu tanding jawatan CEC
Bekas wartawan Utusan Malaysia,
Amran Ahmad berkata beliau akan bertanding untuk jawatan jawatankuasa
kerja pusat (CEC) DAP sekiranya Pendaftar Pertubuhan memutuskan agar
pemilihan tersebut dijalankan semula.
Anak kepada bekas naib pengerusi DAP kebangsaan Ahmad Nor itu berkata, beliau memutuskan demikian demi mengukuhkan persepsi masyarakat bahawa DAP merupakan parti pelbagai kaum dan mendengar pandangan orang Melayu dalam semua keputusannya.
"Berbekalkan rekod prestasi arwah bapa yang cukup setia dalam perjuangannya bersama DAP selama berbelas tahun lamanya, saya yakin mendapat kepercayaan daripada ahli-ahli DAP untuk berada dalam CEC sekali gus meneruskan legasi arwah bapa dalam politik negara,
"Jika anak bekas pemimpin Umno, Zairil (Khir Johari) mampu menjana 803 undi, masakan saya sebagai anak bekas pemimpin DAP tidak mampu untuk meraih jumlah undi yang diperlukan untuk menduduki badan tertinggi parti," kata ahli DAP cawangan Damansara Utama itu.
Amran berkata, beliau menerima banyak galakan di peringkat akar umbi terutama dari kalangan rakan arwah bapanya.
"Galakan dan sokongan kian memuncak ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini dengan rakan kenalan dan rakan sekerja arwah bapa menggesa saya untuk meneruskan legasi perjuangan bapa ke arah Malaysia yang lebih baik dan sekarang adalah masa terbaik untuk berbuat demikian," tambahnya.
ROS pada 30 Julai lalu mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana tidak berpuas hati dengan dengan penjelasan parti itu berhubung isu penyelewengan dan manipulasi undi pada pemilihan yang dijalankan pada Disember tahun lalu.
Setiausaha DAP Lim Guan Eng tidak berpuas hati dengan alasan yang dikemukakan ROS dan mencabar ketua pengarah jabatan tersebut, Datuk Abdul Rahman Othman, untuk bersemuka.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata Maria Roberta Sain, 30, yang mendakwa sering dipukul majikannya, bertindak melarikan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya pada kira-kira 7 malam, Khamis lalu, dengan bantuan orang awam.
"Mangsa mengalami luka, lebam dan kesan parut di seluruh badan. Wanita itu mendakwa majikan memukulnya dengan menggunakan tangan, kaki dan objek seperti berus lantai.
"Menurut mangsa, majikan pukul dia kerana tidak berpuas hati dengan cara dia menjalankan kerja rumah," katanya kepada pemberita.
Junaidi berkata pembantu rumah itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.
Susulan itu, seorang wanita berusia 40 tahun telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 3 petang tadi untuk membantu siasatan.
Junaidi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera.
- Bernama
(317-339 Hijrah) 929-952 Masihi
1: Hari Al Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar batu hitam (Hajar Aswad) dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil.
2: Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah [saluran untuk menyalurkan air (sekiranya hujan) dari atas Kaabah].
3: Pabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati. Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya ke dalam telaga Zam-Zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini dengan batu yang besar.
4: Wanita Qurmuti (pengikut syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air.
5: Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.
6: Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar ALLAH, akulah yang berani mencabar Tuhan, DIA mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji)”.
7: Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajar Aswad juga menjerit ke langit: “Dimana burung-burung Ababil ENGKAU? Dimana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) ENGKAU?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.
8: Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa batu hitam (Hajar Aswad) jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘AinulKuaibah’ dan meletakkan batu hitam itu (Hajar Aswad) di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (AinulKuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.
Selama 22 tahun orang Muslim tidak mengerjakan haji.
9: Kemudian, Khalifah (Al-Muktadir Billah) menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah (Al-Assad).
- “Kitab al- Bidayah Wa an- Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir.”
Imam Al-Ghazali berkata: “ Syiah Qurmutiah adalah rofidah (keluar dari Islam) dari luar , kafir dari dalam”.
Imam Ibn-Taimyah berkata: “ Syiah adalah batiniyah (ajaran yang menyimpang dari agama Islam) dan musuh kepada Islam, dan yang lebih teruk kekafirannya adalah Qurmotiyah, mereka akan berlakon bahawa mereka adalah Muslim Syiah dan bila mereka mendapat peluang, mereka akan membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk mengkhianati kita, mereka (Qurmotiyah) telah jauh tersasar dari Quran dan Hadis.
Salah sebuah peninggalan Qurmotiyah ini adalah ‘Ainul Kuaibah”, di Al Ahsa (bangunan yang mereka dakwa untuk menggantikan Kaabah yang mana mereka meletak batu hitam (Hajar Aswad) dan menyuruh umat Islam menunaikan haji di situ.
Anak kepada bekas naib pengerusi DAP kebangsaan Ahmad Nor itu berkata, beliau memutuskan demikian demi mengukuhkan persepsi masyarakat bahawa DAP merupakan parti pelbagai kaum dan mendengar pandangan orang Melayu dalam semua keputusannya.
"Berbekalkan rekod prestasi arwah bapa yang cukup setia dalam perjuangannya bersama DAP selama berbelas tahun lamanya, saya yakin mendapat kepercayaan daripada ahli-ahli DAP untuk berada dalam CEC sekali gus meneruskan legasi arwah bapa dalam politik negara,
"Jika anak bekas pemimpin Umno, Zairil (Khir Johari) mampu menjana 803 undi, masakan saya sebagai anak bekas pemimpin DAP tidak mampu untuk meraih jumlah undi yang diperlukan untuk menduduki badan tertinggi parti," kata ahli DAP cawangan Damansara Utama itu.
Amran berkata, beliau menerima banyak galakan di peringkat akar umbi terutama dari kalangan rakan arwah bapanya.
"Galakan dan sokongan kian memuncak ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini dengan rakan kenalan dan rakan sekerja arwah bapa menggesa saya untuk meneruskan legasi perjuangan bapa ke arah Malaysia yang lebih baik dan sekarang adalah masa terbaik untuk berbuat demikian," tambahnya.
ROS pada 30 Julai lalu mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana tidak berpuas hati dengan dengan penjelasan parti itu berhubung isu penyelewengan dan manipulasi undi pada pemilihan yang dijalankan pada Disember tahun lalu.
Setiausaha DAP Lim Guan Eng tidak berpuas hati dengan alasan yang dikemukakan ROS dan mencabar ketua pengarah jabatan tersebut, Datuk Abdul Rahman Othman, untuk bersemuka.
Pembantu rumah dakwa didera majikan
Seorang
pembantu rumah warga Indonesia melarikan diri dari rumah majikannya di
Subang Bestari di Shah Alam dengan mendakwa dia menjadi mangsa dera
sejak lapan bulan lalu.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata Maria Roberta Sain, 30, yang mendakwa sering dipukul majikannya, bertindak melarikan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya pada kira-kira 7 malam, Khamis lalu, dengan bantuan orang awam.
"Mangsa mengalami luka, lebam dan kesan parut di seluruh badan. Wanita itu mendakwa majikan memukulnya dengan menggunakan tangan, kaki dan objek seperti berus lantai.
"Menurut mangsa, majikan pukul dia kerana tidak berpuas hati dengan cara dia menjalankan kerja rumah," katanya kepada pemberita.
Junaidi berkata pembantu rumah itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.
Susulan itu, seorang wanita berusia 40 tahun telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 3 petang tadi untuk membantu siasatan.
Junaidi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera.
- Bernama
Nadia Muslimah Chohong and Pakdo Dey shared Din Jawa's photo.
Peristiwa Tentera Syiah menyerang Kaabah(317-339 Hijrah) 929-952 Masihi
1: Hari Al Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar batu hitam (Hajar Aswad) dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil.
2: Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah [saluran untuk menyalurkan air (sekiranya hujan) dari atas Kaabah].
3: Pabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati. Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya ke dalam telaga Zam-Zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini dengan batu yang besar.
4: Wanita Qurmuti (pengikut syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air.
5: Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.
6: Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar ALLAH, akulah yang berani mencabar Tuhan, DIA mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji)”.
7: Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajar Aswad juga menjerit ke langit: “Dimana burung-burung Ababil ENGKAU? Dimana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) ENGKAU?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.
8: Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa batu hitam (Hajar Aswad) jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘AinulKuaibah’ dan meletakkan batu hitam itu (Hajar Aswad) di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (AinulKuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.
Selama 22 tahun orang Muslim tidak mengerjakan haji.
9: Kemudian, Khalifah (Al-Muktadir Billah) menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah (Al-Assad).
- “Kitab al- Bidayah Wa an- Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir.”
Imam Al-Ghazali berkata: “ Syiah Qurmutiah adalah rofidah (keluar dari Islam) dari luar , kafir dari dalam”.
Imam Ibn-Taimyah berkata: “ Syiah adalah batiniyah (ajaran yang menyimpang dari agama Islam) dan musuh kepada Islam, dan yang lebih teruk kekafirannya adalah Qurmotiyah, mereka akan berlakon bahawa mereka adalah Muslim Syiah dan bila mereka mendapat peluang, mereka akan membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk mengkhianati kita, mereka (Qurmotiyah) telah jauh tersasar dari Quran dan Hadis.
Salah sebuah peninggalan Qurmotiyah ini adalah ‘Ainul Kuaibah”, di Al Ahsa (bangunan yang mereka dakwa untuk menggantikan Kaabah yang mana mereka meletak batu hitam (Hajar Aswad) dan menyuruh umat Islam menunaikan haji di situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan