Selasa, 27 Ogos 2013

ADAKAH BACAAN TALKIN DIZAMAN RASULLULLAH SAW

PM Turki Tetap Bertegas Menyokong Legitimasi Mesir
Posted on Monday, August 26 @ 23:03:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Erdogan tegaskan semula menyokong legitimasi Mesir

Erdogan mengesahkan semula : Kami tidak akan berundur daripada menyokong perlembagaan legitimasi di Mesir

Perdana Menteri Turki , Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa beliau akan meneruskan demonstrasi siang dan malam bagi menyokong legitimasi di Mesir.

Dalam ucapan Erdogan kepada rakyat Turki, beliau telah menyeru seluruh rakyat Mesir untuk berdepan dengan penguasa zalim yang telah membuat penggulingan ke atas legitimasi dan Presiden Dr Muhammad Mursi.

Tambah beliau, beliau akan terus berdiri bersama rakyat dan kebenaran tidak kira walau di mana. Beliau akan terus bergerak bersama orang-orang yang lemah, tidak meninggalkan hak-hak para syuhada " Rabiatul Adawiah " dan sesekali tidak akan berpatah balik daripada jalan kemenangan.

Erdogan menyatakan kesedihan beliau atas apa yang berlaku di Syria dan Mesir. Sungguh, beliau tidak akan berundur daripada menyokong rakyat Mesir.

Perdana Menteri Turki itu juga turut menuntut pembebasan semua tahanan politik di Mesir.-Mesirkini

Sumber: ikhwanonline.com
#mesirkini
#R4BIA


  Asmaa el-Beltagi, Syuhada Mesir
Posted on Tuesday, August 27 @ 02:53:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



Gadis pintar berumur 17 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, namun akibat tindakan kejam tentera Mesir dia tidak sempat merealisasikan cita-citanya.

Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada Setiausaha Agung Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Beltagi adalah salah seorang daripada 525 yang syahid selepas pihak berkuasa kerajaan sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan di ibu negara, 14 Ogos lalu.

Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat: Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!



Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat: Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!

Ketika tentera melancarkan operasi mengusir kumpulan penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi, Asmaa bersama ibunya sedang membantu mangsa cedera yang ditempatkan berhampiran khemah di Dataran Rabaa al-Adawiya.

Walaupun masih berumur belasan tahun, perwatakan dan sikapnya mencerminkan tingkah lakunya sebagai gadis yang matang. Asmaa tidak gentar dengan ancaman tentera, dia meneruskan usaha membantu saudaranya yang cedera hingga akhirnya remaja itu rebah berhampiran podium di dataran tersebut selepas ditembak pada bahagian dada dan belakangnya.

Menurut abangnya, Asmaa meninggal dunia kerana tidak dapat menjalani pemindahan darah akibat kecederaan yang dialaminya. Impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah perubatan dan menyertai aktiviti bantuan global terpaksa berkubur.

Asmaa juga pernah bercita-cita untuk menyertai misi kemanusiaan, Freedom Flotilla dengan menaiki Mavi Marmara bersama bapanya. Teman baiknya, Ethar Yousef menyatakan Asmaa menjadi insan bertanggungjawab yang meniup semangatnya untuk menyertai tunjuk perasaan aman membantah rampasan kuasa oleh tentera.

"Dia percaya, rakyat akan kembali menderita jika tentera kembali memerintah negara itu," katanya.

Asmaa juga aktif menyertai beberapa siri protes yang dianjurkan di negara tersebut sejak revolusi kebangkitan rakyat pada 2011. Pada 3 Julai, Asmaa nekad untuk terus berada di Dataran Rabaa al-Adawiya selepas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi.

Gadis itu sentiasa memegang al-Quran dan berada di sisi bapanya untuk memberi sokongan moral. Sejam sebelum insiden menyayat hati itu, Asmaa dilihat bertungkus-lumas mengutip batu-bata yang digunakan oleh saudaranya untuk membina sekatan di dataran tersebut.

Bagaimanapun, penyusunan semula tugas yang dibuat oleh penganjur rupa-rupanya telah menjadi perjuangan terakhirnya. Asmaa juga sempat mengemas kini status terakhir di dalam Facebooknya: "Mereka membunuh kita di saat kita sedang rukuk dan sujud, Berdoalah wahai hamba ALLAH, semoga akan datang pasukan sokongan seperti ombak di lautan,"
Selain itu, mesej terakhirnya menerusi Twitter juga memaparkan: "YA ALLAH, kami tiada sesiapa melainkan-Mu, YA ALLAH,"

Bagi memperingati perjuangan Asmaa, beberapa teman baiknya telah melancarkan akaun khusus di laman sosial termasuk simbol R4BIA yang didedikasikan khas oleh aktivis Turki untuk ikon revolusi itu.


Buat anak kesayanganku, Asma el-Beltagy,

Ayah tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu kerana esok kita akan bertemu lagi.
Kau telah mengabdikan hidupmu untuk menentang kezaliman bagi membina semula negara ini.
Ayah tidak mendapat masa yang cukup untuk dihabiskan bersamamu terutamanya ketika ayah tidak dibenarkan untuk menemanimu.
Kali terakhir kita duduk bersama di Dataran Rabaa Al Adawiya, kau pernah bertanya, "Walaupun ayah bersama kami, ayah tetap sibuk," dan ayah menjawab 'Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati.

Jadi, ayah berdoa kepada ALLAH semoga kita akan dapat menikmati hidup bersama di syurga,"
Dua hari sebelum kau dibunuh, ayah bermimpi melihat kau memakai baju pengantin berwarna putih yang menyerlahkan lagi kecantikanmu.
Ketika itu, ayah bertanya, "Adakah ini malam perkahwinanmu?" kau menjawab, "Tidak ayah, ia akan 'dilangsungkan' pada waktu tengah hari."
Selepas ayah menerima berita bahawa kau terkorban pada tengah hari (14 Ogos), barulah ayah mengerti maksud mimpi tersebut.

Kematianmu sebagai syuhada telah mengukuhkan lagi kepercayaan ayah bahawa kita berada di pihak yang benar.
Wahai anakku, hingga kini, ayah berasa amat sedih kerana tidak dapat melihat kau buat kali terakhir; tidak dapat mengucup dahimu dan tidak dapat mengimamkan solat jenazahmu.
Demi ALLAH, ayah tidak hadir bukan kerana takut dengan ancaman sekeliling tetapi ayah telah berikrar untuk meneruskan dan menamatkan perjuangan kita.

Akhir kata, wahai puteri kesayanganku,
Ayah tetap tidak akan mengucapkan selamat tinggal kerana kita mungkin akan bertemu lagi di syurga dan ayah berharap doa ini akan dimakbulkan ALLAH SWT, Insya-ALLAH.

Ayahmu, Mohammed Beltagi


Sumber : Sinar Harian

 KEJAM! Jentolak runtuhkan khemah jenazah para syuhada
Posted on Tuesday, August 27 @ 02:29:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering


 



Inilah video yang menunjukkan bagaimana kejamnya As-Sisi sehingga mengarahkan jentolak untuk meruntuhkan khemah yang di dalamnya masih ada jenazah-jenazah para syuhada' pada tragedi 14 Ogos yang mengorbankan ribuan nyawa. Lihatlah video ini, anda pasti merasa sebak dan sedih. Inilah gambaran sebenar apa yang berlaku di Mesir.


Jangan lupa sebarkan pada rakan-rakan anda. Menyebarkan video ini bukan bermakna anda bersetuju dengan apa yang berlaku, tapi demi membuka mata penduduk dunia tentang apa yang berlaku di Mesir. Bantu kami dalam membongkar kezaliman dan kejahatan firaun era baru, As-Sisi.
Moga Allah memberikan balasan yang setimpal pada mereka.

"Dan janganlah engkau mengira bahawa Allah lengah dari apa yang diperbuat oleh orang zalim. Sesungguhnya Allah menangguhkan mereka sehingga hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak.

Mereka datang tergesa-gesa (memenuhi panggilan) dengan mengangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong."

- Surah Ibrahim (14:42-43) 


 Tukang urut lari berbogel
Posted on Tuesday, August 27 @ 01:55:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel  selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini,  diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.



Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.

Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.

Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sinar Harian
26 Ogos 2013

 Panduan Bacaan Talkin (Dalam Bahasa Rumi)
Posted on Tuesday, August 27 @ 01:52:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Khairuddin Saad
Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"



Facebook Khairuddin Saad


 Polis Kenal Pasti Suspek Kes Tembak Pemilik Nasi Kukus
Posted on Tuesday, August 27 @ 01:48:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes tembak seorang pemilik restoran nasi kukus di Dungun baru-baru ini.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata pihaknya percaya lebih dari seorang suspek terlibat dalam kes rompak dan bunuh itu.
Katanya kejadian itu dipercayai dilakukan oleh orang tempatan namun siasatan lanjut masih diteruskan.


"Kini gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Menurutnya pihaknya juga telah menemui beberapa petujuk positif berhubung kejadian 13 Ogos itu di mana seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati dengan beberapa das tembakan di tempat letak kereta di hadapan kedai miliknya.
Mohamad Lutpi Mansor, 50, dijumpai dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dengan dua kesan tembakan di dada dan bahu pada pukul 7.30 pagi.
Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan telah keluar rumah untuk memasukkan duit hasil perniagaannya di sebuah bank di Bandar Dungun.
Kenderaan pacuan empat roda milik mangsa bersama beg duitnya turut dilaporkan hilang.

BERNAMA
26 Ogos 2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan