Khamis, 25 Julai 2013

JIKA KITA MASIH MENGAKUI KEISLAMAN KITA MASIH TERIKAT DENGAN UNDANG2 ALLAH...INGATLAH ALLAH LAH YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN KITA

Perunding TPP komited selesaikan perbincangan
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)
KOTA KINABALU - Para perunding pada rundingan pusingan ke-18 Kerjasama Trans-Pasifik (TPP) telah menyatakan komitmen untuk menepati tarikh akhir untuk mengakhiri rundingan tahun ini.

Terdapat perkembangan yang baik dalam menyelesaikan lebih banyak isu teknikal.

Pusingan ke-18 TPP juga boleh mengecilkan perbezaan dalam isu yang lebih rumit, membuka jalan untuk kemungkinan penutupan awal bagi beberapa isu ini.

Mengenai beberapa subjek yang lebih mencabar seperti hak intelek, alam sekitar dan syarikat milik negara, perunding meneroka pilihan yang lebih luas untuk memulakan kerja-kerja dalam kumpulan perunding.

Tiga belas  kumpulan perundingan bertemu pada pusingan ini untuk membincangkan antara lain, pelaburan, akses pasaran dan halangan teknikal untuk perdagangan.  

Perkhidmatan kewangan, e-dagang, kemasukan sementara dan isu perundangan dan institusi juga antara yang dibincangkan. - Bernama
Mukhriz: Pendekatan terbaik selamatkan Insaniah
Mukhriz Tun Dr Mahathir
Mukhriz Tun Dr Mahathir
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan mengambil pendekatan terbaik untuk menyelamatkan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang menghadapi kemelut kewangan daripada dijual, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya pendekatan itu bukan sekadar menyelamatkan Kuin malah bagi memastikan kebajikan semua warga Kuin mendapat pembelaan sewajarnya.

"Kerajaan negeri sedang melihat pilihan-pilihan yang ada supaya Kuin dapat diselamatkan, infrastruktur dan secara fizikal keseluruhannya," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan program Bubur Lambuk anjuran Telekom Malaysia (TM) di sini, hari ini.

Menurutnya apapun pendekatannya, ia tetap mengutamakan kepentingan mahasiswa iaitu mereka dapat mengikuti pengajian dengan sempurna.

"Kita akan pastikan kepentingan mahasiswa terbela dan ijazah yang diterima laku di pasaran," kata Mukhriz yang menambah ramai mahasiswa dan staf Kolej Universiti itu mengadu menghadapi masalah tempat tinggal.

Beliau berkata walaupun kerajaan membelanjakan RM330 juta bagi membina Kuin masalah kemudahan seperti rumah dan masjid masih gagal dibangunkan.

Katanya masalah itu memberi kesan secara langsung ke atas mahasiswa selain Kuin sendiri gagal berfungsi dengan sempurna sebagai universiti milik kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata sejak Kedah mewartakan fatwa anti-Syiah pada 18 Julai lepas, kerajaan negeri menerima tindak-balas cukup baik daripada rakyat Kedah termasuk ahli-ahli pondok-pondok agama yang bersetuju dengan tindakan itu.

Mereka juga berpendapat tindakan itu tepat bagi membanteras penularan fahaman Syiah yang memberi kesan negatif termasuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam, katanya.

Katanya kerajaan negeri akan terus memberi penerangan agar rakyat tidak terkeliru perbezaan fahaman Syiah dan Ahli Sunnah Waljamaah.

Mukhriz berkata fatwa anti-Syiah sebenarnya telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1998 selepas dua tahun ia diwartakan di peringkat kebangsaan tetapi tiada tindakan jelas dikenakan kepada orang yang menyebarkannya. - Bernama
Madinah dinaik taraf lepas musim haji
Madinah
Madinah
MADINAH - Kerajaan Arab Saudi akan membangunkan Madinah seperti apa yang dilakukan di Makkah pada masa ini bagi memberikan khidmat terbaik kepada umat Islam di seluruh dunia yang datang ke dua tanah suci itu bagi menunaikan haji, umrah dan ziarah.
  
Proses menaik taraf besar-besaran bandar Madinah terutama Masjid Nabawi akan bermula sebaik sahaja selepas musim haji tahun ini.
  
Timbalan Pengurus Besar (Madinah) Kementerian Haji Mohammad Al-Arabi berkata berikutan usaha pembangunan tiga tahun bermula di Makkah selepas musim haji tahun lalu, proses menaik taraf yang sama akan dijalankan di Madinah.   

" Seperti yang anda semua tahu ada projek hebat di Makkah, pembesaran Masjidil Haram, kini tiba masa bagi Madinah (Masjid Nabawi). Projek pembesaran itu sudahpun diluluskan Raja Abdullah.
  
Melalui projek pembesaran itu, Masjid Nabawi akan dapat menampung 1.6 juta jemaah berbanding 800,000 orang sebelum ini.
  
" Ia berterusan secara selari. Ia merupakan pembesaran sepenuhnya. Proses awal sebenarnya telah bermula. Ia akan diteruskan tanpa mengganggu mereka yang tinggal di Madinah," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
 
Sebelum itu, beliau mengadakan perbincangan dengan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail.
  
Makkah kini dibangunkan secara besar-besaran. Ini membabitkan pembesaran Masjidil Haram termasuk meruntuhkan sebahagian masjid itu bagi memperbesar ruang solat.
  
'Mataf', satu kawasan sekitar Kaabah, juga akan diperluaskan bagi membolehkan bilangan jemaah melakukan tawaf sekeliling Kaabah ditingkatkan kepada 130,000 berbanding 48,000 sebelum ini.
  
Berikutan kerja menaik taraf kemudahan haji di Makkah, Arab Saudi terpaksa mengurangkan bilangan jemaah haji dari seluruh dunia tahun ini sebanyak 20 peratus dan 50 peratus jemaahnya bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah haji.
  
Sementara itu, Al-Arabi berkata Kementerian Haji mendapatkan pandangan dari jemaah haji sebelum ini dan akan berusaha meningkatkan khidmatnya bagi musim haji tahun ini.
  
" Tahun ini kami beri perhatian terutamanya bagaimana kita mahu jemaah haji benar-benar berpuas hati. Kami mahu berada lebih dekat dengan jemaah..terutamanya mengenai hal ehwal haji. Kami akan memberi perhatian kepada mereka sebagai pelanggan kami.
  
" Kami benar-benar mahu perjalanan mereka selamat. Kami juga tidak mahu mereka menghabiskan masa berkenaan prosedur terutama di lapangan terbang dan kaunter pertanyaan. Kami mahu mereka terus sahaja ke tempat penginapan mereka.Kami hanya mahu mereka berasa begitu dekat dengan Allah. Jemaah yang datang dari seluruh dunia hanya mahu mencapai matlamat ini," katanya.
  
Katanya sebagai sebahagian daripada proses meningkatkan perkhidmatan, mereka mahu berada dekat dengan jemaah haji dan juga ingin tahu kesan dan nilai perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah selain mendengar pandangan jemaah haji.
Jika masih rakyat Malaysia, tetap terikat undang2
Jika masih rakyat Malaysia, tetap terikat undang2
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia ketika berada di luar negara tidak boleh lari daripada dikenakan tindakan.
  
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata ini kerana mereka tetap perlu kembali ke tanah air atau berjumpa wakil kedutaan Malaysia di luar negara untuk memperbaharui pasport mereka.
  
"Warganegara Malaysia yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara tidak boleh lari selama-lamanya, kecuali dia hendak gugurkan kewarganegaraan Malaysia," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Lim Nget Yoon pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
  
Mengenai sekumpulan penuntut Malaysia yang menterbalikkan Jalur Gemilang di Taiwan Mei lepas, beliau berkata Malaysia hanya boleh mengambil tindakan jika mereka mengeluarkan perkataan melibatkan nama Yang di-Pertuan Agong atau melakukan sesuatu yang dirasakan menderhaka.
  
Terdahulu, menjawab soalan Senator Datuk S. Nallakaruppan mengenai 21 rakyat Malaysia yang berdemonstrasi di Singapura, Hamzah berkata tindakan mereka melanggar undang-undang Singapura dan ada di antara mereka dikenakan tindakan iaitu permit kerja dibatalkan.
 
"Dalam hal ini tindakan yang diambil adalah urusan dalaman dan hak negara hos itu dan kerajaan Malaysia tidak ada hak untuk campur tangan," katanya.
  
Beliau berkata kementerian, khususnya Pejabat Perwakilan di luar negara sentiasa memantau serta melaporkan sebarang bentuk aktiviti yang dijalankan rakyat Malaysia termasuk perhimpunan dan demonstrasi di tempat-tempat awam di negara asing.
  
"Bagaimanapun setiap tindak-tanduk di negara asing adalah tanggungjawab sendiri dan jika mereka didapati telah melanggar undang-undang dan peraturan negara hos, mereka haruslah bersedia menerima risikonya," katanya.
  
Beliau berkata kerajaan juga sentiasa mengadakan beberapa aktiviti untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat Malaysia di luar negara.
  
"Aktiviti ini secara tidak langsung mengawal aktiviti mereka dan kalau mereka masih lagi melakukan aktiviti tertentu bagi memprotes kerajaan Malaysia itu adalah hak negara tuan rumah untuk mengambil tindakan yang ada di sana, katanya.  - Bernama
  
Mengenai kerjasama di antara kementerian dan Tabung Haji, Al-Arabi berkata beliau benar-benar bangga dengan kerjasama antara kedua pihak itu yang telah dapat membantu ramai rakyat malaysia menunaikan ibadah haji.
  
" Kami dengar pandangan mereka (Tabung Haji) dan mereka mendengar pandangan kami," katanya. - Bernama
Tunjuk kertas undi: 'Saya hanya spontan'
Tunjuk kertas undi: 'Saya hanya spontan'
Reaksi spontan Tengku Zaihan ketika diminta menunjukkan kertas undi.
KUALA BESUT - Insiden menunjukkan kertas undi oleh calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah satu tindak balas spontannya selepas diminta bertalu-talu oleh jurugambar.

Tengku Zaihan, 37, berkata, beliau tiada niat untuk menunjukkan kertas undi itu disebabkan keadaannya yang agak letih berkempen selama 12 hari sejak 12 Julai lepas.

Bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya itu antara pengundi yang awal mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut
pada hari pengundian semalam.

"Maklumlah saya ni tidak cukup tidur berbelas hari, badan pun letih. Keadaan itulah menyebabkan tindakan saya jadi spontan.

"Semasa nak lipat kertas undi itu masuk ke dalam kotak undi, jurugambar tidak henti-henti panggil saya dan saya pun tidak sengaja menunjukkan kertas undi
sebab mahu memberi respons," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pihak pembangkang kononnya beliau telah melanggar peraturan pilihan raya apabila
menunjukkan kertas undinya kepada jurugambar pada hari mengundi semalam.

Pada PRK Dun Kuala Besut semalam, Tengku Zaihan mengalahkan calon Pas, Endot@Azlan Yusof, 48, dengan majoriti 2,592 undi setelah Tengku
Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi.

Tengku Zaihan berterima kasih kepada penduduk Kuala Besut yang mengundinya dan masih mengekalkan jiwa 'Gelombang Biru' hingga berjaya mengelakkan Dun
Terengganu daripada tergantung 16:16 seperti yang dicanangkan oleh Pas mengenai 16:16 Terengganu Baru.

"Saya bukanlah penyelamat tetapi pengundi Kuala Besut yang sebenarnya memainkan peranan utama dalam menentukan kemenangan BN dan meneruskan
kesinambungan BN memastikan penduduk sini mendapat pembangunan berterusan.

"Selain daripada sokongan setempat, saya lihat pengundi muda mula beri sokongan kepada BN... mungkin juga ia ada kaitan dengan faktor calon muda
diketengahkan BN," katanya.

Terdahulu, Tengku Zaihan memulakan tugas hari pertamanya sebagai wakil rakyat dengan bertemu penduduk di sekitar kawasan itu seawal pukul 10 pagi.

Beliau bermula dengan mengunjungi bapanya, Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah, 74, di Kampung Gertak Seratus untuk memohon restu sebelum memulakan
tugas pertamanya.

Tengku Zaihan yang ditemani isteri, Siti Salbiah Osman, 34, turut bertemu golongan peniaga di Pasar Tani Kuala Besut kira-kira 30 minit sebelum melawat
rumah penyokong BN yang meninggal dunia pagi tadi akibat penyakit lelah sejak lapan tahun lalu di Kampung Kayu Kelat di sini.

Dalam pada itu, Tengku Zaihan turut menambah, sebagai permulaan beliau akan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan melihat kembali perancangan
yang telah dibuat oleh wakil rakyat terdahulu.

Sementara itu, Tengku Zaihan turut mengakui skop tanggungjawabnya kini lebih luas berbanding pekerjaannya sebelum ini yang juga harus turun bertemu
rakyat. - Bernama
Alvin, Vivian akhirnya dibenar jamin
Alvian dan Vivian
Alvian dan Vivian - Foto Bernama
KUALA LUMPUR – [Dikemaskini] Mahkamah Tinggi di sini, membenarkan permohonan pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee, untuk diikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang dengan dua penjamin serta mengenakan beberapa syarat tambahan dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka minggu lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin bagaimanapun menolak permohonan untuk mengadakan perbicaraan secara berasingan, sebaliknya mengekalkan perintah Hakim Mahkamah Sesyen, untuk menjalankan perbicaraan secara serentak.

Mohd Azman turut  membenarkan pasangan itu diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap tuduhan, selepas mempertimbangkan cadangan timbalan pendakwa raya yang menawarkan jaminan sebanyak Rm15,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi mereka.

Pasangan itu turut dilarang memuat naik sebarang artikel, komen, penulisan berunsur hasutan dan memuat naik gambar lucah serta jelik  yang boleh menimbulkan unsur perkauman, dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Mereka juga dilarang menggunakan peranti komunikasi berangkaian termasuk telefon pintar  dan gajet komunikasi lain bagi mengakses internet untuk memuat naik gambar, komen atau artikel yang boleh menghasut  dan menimbulkan permusuhan antara kaum.

Dua lagi syarat diberikan termasuk mereka dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan.

Datuk Azman membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguambela dan hujahan balasan pihak pendakwaan serta membuat semakan semula kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.

Berdasarkan keputusan tersebut mahkamah turut menolak bantahan awal pihak pendakwaan yang memohon untuk membatalkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan pasangan itu.

Sebelum ini, Alvin fan Vivian terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang, apabila, hakim Mahkamah Sesyen tidak membenarkan kedua mereka diikat jamin atas faktor kepentingan awam.

Mereka kemudiannya, memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, bagi menyemak perintah hakim untuk tidak menjalankan perbicaraan atas tiga pertuduhan secara bersama, dan membenarkan ikat jamin ke atas mereka.

Pasangan kontroversi itu didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, dan Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.

Pasangan ini mencetus kontoversi ekoran tindakan mereka yang dikatakan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan dengan mengajak memakan bak kut teh (sup tulang babi) menerusi laman sosial Facebook.
Ashraf: 'Saya tahu Dayana terluka'
Asyraf Muslim, Dayana
Asyraf Muslim, Dayana
[Dikemaskini] "SAYA tahu dia (Dayana) terluka," demikian reaksi pelakon, Ashraf Muslim ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang melibatkan dirinya dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.

“Semoga segala penjelasan saya ini... Saya minta semua dapat membantu saya dan mungkin ada salah silap, saya minta maaf.

“Saya harapkan apa yang saya beritahu ini tidak mengaibkan orang lain,” ujar Ashraf ketika mengadakan sidang media khas di ibu kota, hari ini.

Ashraf mengadakan sidang media berkenaan bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi.

Berikut adalah sesi soal jawab Ashraf bersama pihak media.

MEDIA : Kenapa baru sekarang Ashraf mahu menjelaskan kepada media?

ASHRAF:
Saya lihat, apabila saya terlalu berdiam diri, terlalu banyak spekulasi dan cerita-cerita tak baik saya dengar.

Banyak perkara yang boleh menjatuhkan, memalukan, menghina saya, menghina isteri-isteri saya, menghina keluarga saya boleh berlaku.

Ini menyebabkan saya agak terkilan dan saya rasa ini masanya untuk saya beritahu kepada orang di sekeliling saya.

MEDIA : Bagaimana hubungan Ashraf dengan isteri (Dayana)?

ASHRAF:
OK. Alhamdulillah. Saya dan Dayana OK tak ada masalah.

Dengan Sakinah juga tak ada masalah. Cuma, iyalah, apabila...saya tak nak apa yang berlaku di luar sana, orang mengata menyebabkan kerosakan dan hubungan kami menjadi tak baik.

Saya juga tak nak disebabkan orang luar juga, hubungan antara keluarga dengan bapa mertua dan orang sekeliling dengan keluarga saya menjadi tak baik.

Dalam keadaan sekarang ini alhamdulillah.

Saya baru hantar ibu dan bapa mertua saya (ibu bapa Dayana) ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah.

MEDIA :  Jadi, hubungan dengan keluarga mertua tak ada masalah?

ASHRAF:
Tak ada masalah sebenarnya cuma ada yang marah.

Memanglah kita tak boleh nak halang orang marah kan?

Macam-macamlah yang diperkatakan tetapi macam mana pun mereka keluarga mertua saya. Ini mengambil masa.

MEDIA : Pagi tadi Asyraf dikatakan ke mahkamah. Betul?

ASHRAF:
Saya rasa itu berita tak betul. Sebab pagi tadi, saya pergi menghantar keluarga mertua saya ke lapangan terbang.

MEDIA :  Bagaimana hubungan Dayana dengan Sakinah?

ASHRAF:
Sekarang mereka(Dayana dan Sakinah) sedang keluar sama-sama.

MEDIA : Adakah hubungan mereka baik?

ASHRAF:
Dalam proses. Kena berbaiklah. Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya.

Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali.

Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua. Jadi, kalau ada orang luar yang buat kucar-kacir yang mencucuk sana sini, itu yang tak betul.

Tetapi alhamdulillah sekarang ini mereka OK.

MEDIA : Sebelum ini Ashraf dakwa ada media yang memfitnah dengan mengatakan Ashraf berpoligami. Tapi ternyata benar Ashraf berpoligami. Apa komen?

ASHRAF:
Yang dikatakan fitnah itu, sebab kenyataan itu (disiar media) bukan datang dari saya, Sakinah atau Dayana. Tidak ada.

Tetapi saya tidak menafikan. Saya cuma mengatakan perkara itu tidak datang kami.

Macam mana kenyataan itu boleh keluar. Kalau diikutkan etika kewartawanan, ia tidak boleh.

Setahu saya lah tapi tak apa, perkara itu dah lepas.

Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau boleh nak rahsiakan perkara ini tetapi disebabkan orang dah tahu, nak elak-elak pun dah tak boleh juga.

Jadi, sekarang nak kena betulkan balik.

AKAN MENYUSUL.
Durian tak laku di bulan puasa
Durian tak laku di bulan puasa
Mohd Khairul menunjukkan durian yang dijual secara bakul.
BALING - Satu bakul dijual hanya RM50, itulah harga yang ditawarkan oleh kebanyakan peniaga durian di sekitar daerah ini kepada pembeli.

Faktor persekitaran terutamanya pada bulan puasa kini menjadikan harga raja buah itu semakin jatuh.

Peniaga, Mohd Khairul Azhar Shuib, 27, berkata, harga buah berkenaan menurun sehingga mencecah 40 sen untuk sekilogram.

“Biasalah waktu Ramadan, bukan tak ada yang beli, tapi kurang. Kebanyakan pembeli adalah bukan yang beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, durian yang dijual dalam bakul mendapat sambutan menggalakkan terutama kepada pemborong yang ingin mendapatkan bekalan buah terbabit.

“Harga memang murah, kualiti buah juga baik, jadi jualan memang sangat memuaskan” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khairul berkata, dia terpaksa menurunkan harga durian bagi mengelak lambakan buah, tambahan pula musim durian Perak akan bermula.

“Selepas raya, durian Perak akan mula dijual, jadi, kita kenalah habiskan durian sedia ada, kalau tidak buah akan rosak dan terpaksa dibuang,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Mohd Sobri Aziz, 21, berkata, faktor bulan puasa menjadikan jualan buah durian ini semakin merudum.

Menurutnya, durian yang berharga RM20 bagi setiap longgok terpaksa diturunkan kepada RM 10 berikutan kurangnya sambutan pembeli.

“Memang berbeza dengan tahun lepas. Tapi, nak buat macam mana, bulan puasa jatuh pada musim durian pula.

“Bukan tak ada langsung pembeli, tetapi tidaklah begitu menggalakkan,” katanya.

Mohd Sobri berkata, orang luar merupakan pembeli utama berbanding penduduk tempatan di sekitar daerah ini.

“Memang jarang orang tempatan beli, depa pun ada kebun durian. Jadi kebanyakannya memang orang luar yang lalu di kawasan ini,” katanya.

Ditanya adakah dia akan turut menyambung jualan durian bagi musim durian Perak, Mohd Sobri berkata, dia akan menumpukan pada jualan pisang pula.

“Saya nak habiskan buah durian ini. Kalau ambil durian Perak, takut jadi lambakan buah pula,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, tidak ramai peniaga yang menjual raja buah itu berbanding tahun lepas dan kebanyakannya menjual dalam jumlah yang sedikit.

Hanya terdapat kira-kira empat gerai buah durian di tepi jalan Pekan Kupang sehingga ke Baling berbanding tahun lepas yang melebihi lima gerai hanya bagi satu kawasan.
Tak sempat pecah mesin ATM
Tak sempat pecah mesin ATM
Polis melihat keadaan mesin ATM yang cuba dipecahkan tiga lelaki, awal pagi semalam.
SUBANG JAYA – Terkejut tiba-tiba melihat kehadiran kereta peronda polis, sekumpulan penjenayah yang sebelum itu asyik memecahkan sebuah mesin ATM bertindak melarikan diri dengan melintas landasan keretapi dan Lebuhraya Persekutuan di Batu 3, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi itu disedari seorang pengawal keselamatan berusia 70 tahun yang terdengar bunyi bising ketika dia sedang tidur di tempat tersorok berhampiran mesin ATM di Stesen Komuter Batu 3, Shah Alam itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pengawal keselamatan yang baru empat bulan bekerja di stesen komuter itu sempat menyaksikan gerak-geri tiga lelaki memecahkan mesin berkenaan.

Kesemua suspek dikatakan memakai sarung muka dan berpakaian serba hitam.

Yahaya berkata, salah seorang daripada suspek kemudian mengikat kaki pengawal keselamatan itu dengan sehelai tuala putih dan memintanya untuk berdiam diri.

Ketika kumpulan penjenayah masih berusaha memecahkan mesin, datang sebuah kereta peronda polis Subang Jaya di depan stesen berkenaan.

Ketiga-tiga suspek yang terkejut kemudian bertindak melarikan diri dengan melintas landasan keretapi dan menyeberangi lebuh raya berkenaan.

“Semua suspek dikatakan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana V6 berwarna hitam yang menunggu berhampiran sebuah stesen minyak di seberang jalan,” katanya.

Barang digunakan suspek dipercayai untuk memecahkan mesin ATM termasuk tukul besi besar, pemutar skru, pisau lipat, sebatang ‘crowbar’, sehelai baju dan dua parang ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, suspek tidak berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM240,000 yang berada di dalam mesin berkenaan.

"Sepasukan anggota dari unit forensik melakukan siasatan dan dapat mengenal pasti dua cap jari daripada komponen dalaman mesin dan peralatan yang ditemui di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, terdapat dua kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran mesin ATM di kawasan tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan