Ahad, 28 Julai 2013

FIKIRLAH JALAN PENYELESAIANNYA....RUJUKLAH QURAN DAN HADIS...SEMUANYA MILIK ALLAH SWT JU

Bunuh hampir setiap hari

Subky Latif, 27 Jul 2013
Dalam akhbar hampir setiap hari ada kejadian mati yang dipercayai dibunuh. Ia selain dari  mati kemalangan jalan raya, lemas di laut/sungai dan mati biasa kerana sakit dan tiba  ajal.

Ada berita mati kena tembak, ditetak dan lain-lain kejadian bunuh yang terjadi setiap hari. Dan banyak juga kejadian mayat ditemui di belukar, di parit dan sungai yang sudah reput atau sesudah beberapa hari mati.

Sebelum ini ragut diberitakan setiap hari. Ada juga mati gara-gara ragut itu. Sekarang seolah-olah berita mati dibunuh menggantikan berita ragut.

Mati dibunuh itu adalah puncak daripada pelbagai jenayah seperti pecah rumah, rompak, curi motokar/motosikal, tipu bank, rogol, culik dan macam-macam lagi.

Walaupun berjalan malam bersendirian atau berdua, biasanya selamat, tetapi ia tidaklah dikira selesa.

Agaknya ini yang menyebabkan Perdana Menter Najib hampir sebulan lalu menyebut, menghadapi jenayah adalah satu penjuangan. Tiada perkembangan lagi tentang perjuangan itu.

Menghadapi jenayah itu  amat penting, Jangan negara kita sampai kepada peringkat berapa jenayah sehari dan berapa jenayah  sejam. Tidak dihitung berapa bunuh dan rompak sebulan atau seminggu. Janganlah jenayah itu hendak ditangani itu tak termasuk rasuah baik pada skala kecil dan besar yang jadi budaya dalam kerajaan.

Jenayah yang menjadi-jadi itu bukan sekadar oleh penjenayah biasa, malah ada jenayah membabitkan nama personaliti besar seperti Ketua Polis Negara memukul Anwar Ibrahim yang matanya ditutup dan tangan  terikat, ada yang dikaitkan dengan meletupkan mayat orang asing iaitu Altantuya serta penipuan menteri dalam pembelian kapal selam untuk pertahanan negara.

Sebelum Abdllah Badawi jadi Perdana Menteri beliau mengadakan seminar pegawai-pegawai di Sarawak yang dihadiri sama bekas TPM Tun Musa Hitam yang temanya bagi memerangi rasuah sebagai satu perjuangan. Bukan saja perjuangan itu tidak mengurangkan rasuah besar dalam kerajaan Sarawak, bahkan rasuah pembelian persenjataan pertahanan oleh operator utama kementerian berlaku semasa pentadbirannya.

Sekarang PM Najib timbul dengan menghadapi jenayah sebagai satu perjuangan. Menjadikannya perjuangan adalah betul, moga-moga ia tidak mengulangi perjuangan memerangi jenayah oleh pentadbiran sebelumnya.

Kita tidak  tahu apa langkah-langkah hendak diambil dalam kempen itu? Kita tidak tahu. Yang kita tahu ialah jenayah sudah sampai kepada hitungan hari  dan jam, bukan lagi bulan dan minggu.

Tidakkah jenayah yang naik mendadak itu berkembang selepas timbulnya isu pelaksanaan hudud? Hudud itu dijanjikan Allah sebagai pembenteras jenayah yang hakiki. Tetapi hudud bukan saja ditolak oleh semua Perdana Menteri sejak Dr Mahathir, malah telah menjadi bahan  gurauan setengah pembesar Islam.

Tiada undang-undang yang berkesan membendung jenayah selain daripada hudud, dan lain undang-undang ciptaan manusia boleh menyelesaikan jenayah. Maka menolak penyelesaian melalui hudud adalah untuk mencabar mencabar kesahihan ketentuan Allah itu. Kerajaan tolak hudud, kesannya jenayah meningkat mendadak.

Tiada siapa dapat memberi nasihat kepada PM Najib betapa pejuangan menghadapi jenayah tak sampai ke mana kalau tidak guna hudud. Inilah gunanya beberapa ulama muda yang masuk Umno dapat memberitahu Najib, jenayah tidak dapat bendung tanpa hudud.

Sebelum  Karpal Singh percaya, Najib dan Dr Mahathir kena percaya dulu.
Kes Sanjeevan: Polis tak tolak motif dendam
R. Sri Sanjeevan
R. Sri Sanjeevan
SEREMBAN - Polis tidak menolak kemungkinan insiden tembakan ke atas Pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R. Sri Sanjeevan semalam bermotifkan dendam.
 
Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata bagaimana pun perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian itu.
 
"Pihak polis juga sudah mengambil kenyataan dari rakan mangsa yang bersamanya ketika kejadian dan dari semasa ke semasa akan berhubung dengannya untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
 
Sri Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang.
 
Osman berkata satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi melancarkan siasatan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan meminta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi pihak polis.
 
Beliau berkata mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini, setelah mendapat rawatan di Hospital Jempol.
 
Beliau berkata mangsa dijangka menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru dari bahagian rusuknya hari ini.
 
"Bagi menjaga keselamatan mangsa, pihak polis turut menempatkan anggota yang akan menjaga mangsa di hospital," katanya.
 
Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang memandu ke Taman Cempaka untuk menjemput rakannya keluar minum di Pekan Bahau.

Semasa dalam perjalanan selepas menjemput rakannya, mangsa menurunkan cermin sisi keretanya jenis BMW untuk menghisap rokok dan memperlahan keretanya apabila tiba di satu simpang.
 
Dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC kemudiannya dikatakan menghampiri kereta mangsa lalu melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa yang mengenai dan menembusi siku kanan sebelum terkena rusuknya.
 
Salah seorang lelaki itu cuba menghampiri mangsa, bagaimanapun mangsa yang masih sedar terus memecut keretanya sejauh 300 meter sebelum meminta rakannya memandu dan membawanya ke hospital.
 
MyWatch yang dinaungi bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan merupakan badan yang memantau keadaan jenayah dalam negara.
 
Sri Sanjeevan yang bertindak selaku pengerusi badan itu sebelum ini lantang menyuarakan dan membuat laporan polis berhubung aktiviti perjudian haram di negeri ini terutama di Jelebu dan Jempol dan pernah menerima ugutan dan ancaman di atas tindakannya itu.

Dalam pada itu, Osman berkata rakan mangsa yang bersamanya semasa kejadian tembakan itu, ditahan tengah malam tadi berhubung satu kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.
 
Beliau berkata suspek dikehendaki sejak awal tahun ini dan polis bertindak memberkasnya di Balai Polis Bahau semasa dia datang membuat laporan berhubung kejadian tembakan itu.
 
"Penahanan rakan R. Sanjeevan ini tidak ada kena mengena dengan kes tembakan ini. Ia adalah kes yang berasingan kerana dia memang dikehendaki sebelum ini.
 
"Jadi jangan ada pihak cuba membuat spekulasi terhadap mana-mana kes sehingga mengganggu siasatan polis," katanya. - Bernama
Polis mahu jumpa MyWatch
Polis mahu jumpa MyWatch
Khalid (dua, kiri) dan Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan (kiri) pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Ramah Mesra Ketua Polis Negara bersama penduduk Mentari Court, semalam.
PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses mendapatkan kerjasama kumpulan pemerhati jenayah MyWatch berhubung pendedahan yang mengatakan polis di Negeri Sembilan dan Melaka dibayar sebanyak RM30,000 hingga RM50,000 oleh pengedar dadah yang ingin mendapatkan maklumat berhubung operasi polis.

Difahamkan maklumat berhubung perkara itu didakwa diperoleh daripada seorang pemberi maklumat yang juga bekas pengedar dadah dan pendedahan eksklusif itu disiarkan di laman sebuah portal Selasa lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya berharap kumpulan MyWatch dapat bekerjasama dengan membantu polis bertemu dengan pemberi maklumat.

"Kita perlu jumpa pemberi maklumat itu dan temuduga dia terlebih dahulu bagi mengetahui cerita sebenar, sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Ramah Mesra Ketua Polis Negara bersama Penduduk Mentari Court, di sini, semalam.

Menurut laporan yang dipetik daripada portal terbabit, pemberi maklumat itu akan membayar polis dalam jumlah tersebut pada setiap bulan dan apabila memperoleh maklumat berhubung operasi polis, dia akan menghentikan sementara perniagaan (jual dadah) dan bersembunyi sehingga dimaklumkan keadaan selamat.

Pemberi maklumat itu juga mendakwa selain wang, dia turut menaja percutian bagi polis yang berjawatan besar, selain memberi 'angpau' pada setiap musim perayaan.

Pemberi maklumat itu dikatakan aktif beroperasi selama tiga tahun dengan bantuan polis, sebelum dia dipenjarakan selama dua tahun.     

Dalam perkembangan lain, Khalid menggesa semua pihak khususnya yang suka memperlekeh kredibiliti PDRM untuk menerima dan menyokong undang-undang baru yang akan diwujudkan bagi menggantikan Akta Ordinan Darurat (EO) yang dimansuhkan sejak tahun 2011.

Sebelum ini, PDRM mengemukakan cadangan berhubung undang-undang baru seumpama EO kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan draf pertama cadangan itu sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk dipertimbangkan.

Khalid berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butir-butir cadangan mengenai undang-unadang baru itu kerana ia masih di peringkat perbincangan oleh KDN dan Peguam Negara.

"Biarlah butir-butir terperinci cadangan tersebut dibincangkan oleh kedua-dua pihak itu dulu dan saya rasa tidak kena untuk saya hebahkan perkara ini sekarang.

"Namun apa yang kita boleh katakan, ada dua alternatif tentang undang-undang yang kita cadangkan dan percaya jika diluluskan boleh menangani masalah jenayah khususnya jenayah keganasan yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini," katanya.

Beliau berkata, pihak-pihak yang selalu mengatakan polis tidak buat kerja dan tidak melakukan apa-apa terhadap jenayah keganasan yang berlaku, diharap dapat memberi sokongan terhadap undang-undang baru yang akan dikemukakan.

"Kita harap puak-puak yang selalu cakap banyak tentang polis tidak melakukan itu atau ini, dapat beri sokongan demi kebaikan masyarakat.

"Ada sesetengah orang membangkang hanya sekadar untuk membangkang, tetapi kalau demi untuk kesejahteraan serta keselamatan masyarakat umum, kita harap mereka menyokonglah," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khalid berkata, pihaknya dalam proses untuk mendapatkan kerjasama kumpulan pemerhati jenayah MyWatch berhubung pendedahan yang mengatakan polis di Negeri Sembilan dan Melaka dibayar sebanyak RM30,000 hingga RM50,000 oleh pengedar dadah yang ingin mendapatkan maklumat berhubung operasi polis.

Difahamkan maklumat berhubung perkara itu didakwa diperoleh daripada seorang pemberi maklumat yang juga bekas pengedar dadah dan pendedahan eksklusif itu disiarkan di laman
sebuah portal Selasa lalu.

Khalid berkata, pihaknya berharap kumpulan MyWatch ini dapat bekerjasama dengan membantu polis bertemu dengan pemberi maklumat.

"Kita perlu jumpa pemberi maklumat itu dan temuduga dia terlebih dahulu bagi mengetahui cerita sebenar, sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya.

Menurut laporan yang dipetik dari portal terbabit, pemberi maklumat itu akan membayar polis dalam jumlah tersebut pada setiap bulan dan apabila memperoleh maklumat berhubung operasi polis, dia akan menghentikan sementara perniagaan (jual dadah) dan bersembunyi sehingga dimaklumkan keadaan selamat.

Pemberi maklumat itu juga mendakwa selain wang, dia turut menaja percutian bagi polis yang berjawatan besar, selain memberi 'angpau' pada setiap musim perayaan.

Pemberi maklumat itu dikatakan aktif beroperasi selama tiga tahun dengan bantuan polis, sebelum dia dipenjarakan selama dua tahun.
Dibogel, dicabul ah long
Mangsa dibogel, dicabul ah long
Dila ketika ditemubual wartawan Sinar Harian.
KUALA LUMPUR - Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang gadis berusia 18 tahun turut diugut gambar bogelnya disebarkan jika abang ipar dan kakaknya gagal menjelaskan hutang ah long.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dila berkata, abang ipar dan kakaknya itu meminjam lebih RM3,000 daripada ah long sejak akhir tahun lalu, namun gagal membayar balik.

“Akibatnya saya yang terima padah apabila tiga lelaki dipercayai ah long mula datang  mengganggu di tempat saya bekerja,” katanya sewaktu ditemu bual di sebuah rumah perlindungan di pinggir ibu kota, semalam.

Dila berkata, gangguan daripada tiga lelaki itu berlarutan hampir setiap hari sehingga awal tahun ini.

Menurutnya, pada suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiga lelaki berkenaan memaksanya menaiki motosikal.
“Saya dibawa ke kawasan semak, sebelum mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian dan mengambil gambar saya sebelum dicabul bergilir-gilir," katanya.

Dila berkata, sehingga kini dia tidak tahu di mana abang ipar dan kakaknya berada dan berharap mereka dapat melangsaikan hutang tersebut secepat mungkin.

Anak ketujuh daripada sembilan adik beradik itu memberitahu, berikutan insiden itu emosinya terganggu dan dia kini trauma dan hanya mempunyai ibunya untuk membantu.

Penderitaan Dila tidak habis di situ apabila dia turut mengakui pernah didera oleh abang sulungnya yang mengalami sakit mental sejak lima tahun lalu, memaksa dia tinggal bersama keluarga kakaknya.

“Abang sulung pernah mencabul salah seorang daripada kakak saya, sebelum dia dipenjara kira-kira dua tahun atas kesalahan itu,” katanya.

Menurutnya, abang sulungnya itu juga sering bertindak ganas dengan memukul, menyepak, menghentak kepalanya didinding atas alasan tidak berpuas hati dengan masakannya.
Cedera dibelasah bapa gadis
Cedera dibelasah bapa gadis
Suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan.
BUKIT BERUANG -  Padah melakukan persetubuhan haram dengan seorang gadis bawah umur, seorang pemotong rumput cedera dibelasah bapa gadis berkenaan, dalam kejadian di sebuah rumah di Bukit Katil, di sini.

Menurut sumber, bapa remaja berusia 13 tahun itu bertindak demikian apabila menemui anaknya di Peringgit, kelmarin selepas anaknya itu tidak pulang ke rumah di Merlimau, Jasin sejak 11 Julai lalu.

“Hasil soal siasat, anaknya mengaku melakukan persetubuhan dengan seorang lelaki berusia 36 tahun yang sudah berumahtangga itu di sebuah rumah di Bukit Katil.

“Mangsa kemudian membawa bapanya bersama orang kampung ke rumah suspek kira-kira 12 tengah malam untuk mendapatkan penjelasan sebelum tercetus pergaduhan melibatkan kedua-dua belah pihak,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa dan keluarganya kemudian membuat dua laporan di Balai Polis Ayer Keroh, kira-kira 5.30 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan mengesahkan kejadian dan menerima laporan berkenaan.

“Suspek ditahan selepas mendapat perintah reman tujuh hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
Lembik dibelasah 15 lelaki
Lembik dibelasah 15 lelaki
Anggota Jabatan Pertahanan Awam memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang separuh sedar selepas melarikan diri dari satu pergaduhan.
MENGLEMBU – Seorang lelaki hampir maut dibelasah sekumpulan 15 lelaki bersenjatakan rantai dan batang besi di sebuah padang di Taman Kledang Sentosa di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa berusia 33 tahun berjaya melarikan diri dari kumpulan terbabit sebelum ditemui pengsan oleh pasukan Persatuan Komuniti Rakan Cop Perak yang membuat rondaan di kawasan terbabit.

Sukarelawan yang dikenali Ah Woo berkata, mereka menemui mangsa menjerit kesakitan ketika terbaring di hadapan sebuah rumah selepas dibelasah kumpulan lelaki itu.

“Saya menerima panggilan yang memberitahu ada sekumpulan lelaki bergaduh semasa sendiri ketika mabuk di padang awam berhampiran dan menyebabkan seorang lelaki cedera.

“Ketika sampai, terdapat seorang lelaki terbaring. Kami bertindak menghubungi polis dan ambulan sebelum mangsa yang separuh sedar itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dipercayai bergaduh semasa sendiri ketika mabuk hanya mengalami kecederaan di bahagian kaki.
“Tiada kesan darah ditemui dan punca kejadian merusuh masih belum diperolehi. Malah, tiada kerosakan harta benda awam berlaku di tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati terdapat satu rantai besi di bahagian raga motosikal mangsa dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Langgar, belasah jiran hingga mati kerana cemburu
Manoharan
Manoharan
KUALA TERENGGANU - Angkara cemburu buta, seorang penganggur melanggar sebelum membelasah jirannya, seorang warga emas, hingga koma dan mati empat hari kemudian.

Semuanya disebabkan penganggur berusia 47 tahun itu mengesyaki jirannya itu menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi, di Kampung Pasir Minal, Kemaman, 25 Jun lalu.

Bagaimanapun, selepas empat hari menerima rawatan, mangsa, 61, yang cedera parah di kepala, disahkan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian tragis itu disedari anak saudara mangsa yang berusia 22 tahun, yang ketika itu sedang tidur di rumahnya.

“Anak saudara mangsa dikejutkan dengan suara jeritan daripada mangsa yang meminta tolong sebelum bergegas turun dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.

“Ketika itu, anak saudaranya melihat mangsa sedang dikejar oleh suspek dengan motosikal sebelum dilanggar,” katanya kepada media, semalam.

Menurut Manoharan, semasa terlantar kesakitan, mangsa, seorang penjual sayur, dibelasah dengan topi keledar sehingga koma akibat cedera parah di kepala.

“Terkejut dengan situasi itu, anak saudara mangsa terus memanggil isteri mangsa sebelum menghantar mangsa ke Hospital Dungun dengan kereta.

“Akibat kecederaan parah, mangsa dihantar mendapatkan rawatan susulan di HSNZ dan menerima rawatan di ICU. Dia meninggal jam 11 malam 28 Jun lalu,” katanya.

Manoharan berkata, selepas menerima laporan jam 6.40 pagi, polis ke lokasi kejadian dan merampas motosikal dan topi keledar yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu.

“Terdapat kesan terbakar di hadapan motosikal tersebut, dipercayai perbuatan individu atau kumpulan yang marah dengan tindakan suspek terhadap mangsa,” katanya.

Manoharan berkata, suspek melarikan diri tetapi ditangkap di stesen bas Hentian Putra, Kuala Lumpur, bersama rakannya yang berusia 40 tahun kira-kira jam 7 petang 28 Jun lalu.

“Suspek yang juga positif dadah jenis methamphetamine kini direman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Siasatan awal mendapati mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah di otak, yang mana ia sudah tidak berfungsi dan sepanjang menerima rawatan, mangsa hanya bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Mangsa samun parah dibelasah
KUALA TERENGGANU - Malang berganda! Seorang pemuda bukan sahaja menjadi mangsa samun oleh sekumpulan lelaki, malah lebih malang, dia turut dibelasah teruk di kepala dan seluruh badan dalam kejadian samun di Bandar Baru Kertih, Chukai, Kemaman, Jumaat lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa, 21, menanggung kerugian hampir RM1,500 selain terpaksa menerima lima jahitan di kepala dan cedera di seluruh badan.

Jelasnya, kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa yang bekerja di pelantar minyak di situ bersama seorang rakannya berusia 20-an, dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit di bandar berkenaan sebelum dihampiri sebuah kereta jenis Perodua MyVi dinaiki enam lelaki tidak dikenali.

“Mangsa ditarik oleh salah seorang suspek masuk ke dalam kereta sebelum dibawa ke tepi jalan, iaitu kira-kira lima kilometer dari kedai runcit berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi itu, salah seorang suspek menutup muka mangsa menggunakan kain sebelum merampas cincin; jam tangan; telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM300 dengan anggaran kerugian dianggarkan bernilai RM1,500,” katanya, semalam.

Tidak cukup dengan itu, mangsa turut mendakwa dipukul menggunakan tangan dan objek keras dipercayai kayu, sebelum ditinggalkan bersendirian dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat kejadian.

“Akibat teruk dibelasah, mangsa yang tidak bermaya telah pengsan dan sebaik sedarkan diri, dia dapati hanya berseorangan di lokasi tersebut manakala kesemua suspek sudah melarikan diri.

“Dalam keadaan separuh sedar itu, mangsa mendapati terdapat kesan darah di belakang kepalanya,” katanya.

Menurutnya, mangsa menerima lima jahitan di kepala dan cedera di muka, selain lebam di badan dan mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Kertih sebelum dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi, semalam, mengesahkan kejadian dan memaklumkan usaha memburu kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an sedang giat dilancarkan.

Jelasnya, identiti suspek sudah dikenal pasti dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera ketika merompak.
Mayat terlentang tepi jalan
Mayat terlentang tepi jalan
Seorang mayat lelaki dijumpai di tepi jalan masuk ke sebuah taman perumahan di Bandar Sungai Emas, semalam
KUALA LANGAT - Tindakan seorang pemuda memberhentikan motosikal untuk menjawab panggilan telefon membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di jalan masuk sebuah taman perumahan di Bandar Sungai Emas, di sini, semalam.
Saksi kejadian dikenali sebagai Amran, 24, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu dia dalam perjalanan menuju ke rumah rakan sekerjanya di kawasan berhampiran memberhentikan motosikalnya untuk menjawab panggilan telefon.
Menurutnya, ketika menjawab panggilan telefon itu  dia terlihat kelibat manusia berpakaian lengkap baju T dan berseluar hitam terbaring.
“Saya mula berasa ada sesuatu tidak kena apabila melihat kaki mangsa menghadap laluan jalan dan saya segera mendekati lokasi tersebut yang hanya dua meter dari tempat saya berhenti.

“Sebaik sahaja mendekati lokasi kejadian, saya terkejut melihat tubuh manusia, namun tiada sebarang barang berada bersamanya,” katanya yang kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkata, mangsa dikenali sebagai A Loose, 42, beralamat No 23, Jalan Kuini, Taman Seri Jarom, Banting.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati tangan kanan mangsa patah dan dibawa ke Hospital Banting.

“Polis masih menjalankan siasatan dan bedah siasat akan dijalankan hari ini,” katanya.

Nordin berkata, dia meminta saksi kejadian tampil untuk memberikan keterangan lanjut.
Tangan mayat diikat dawai
Tangan mayat diikat dawai
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat
IPOH – Sekumpulan pekerja pembinaan baru sahaja berehat terkejut menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan mengiring dengan kedua tangannya diikat dengan dawai di sebuah kawasan belukar di tapak pembinaan, Simpang Lawin, kira-kira dua kilometer dari Tol Kuala Kangsar di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.54 tengah hari itu, kumpulan pekerja tersebut menghubungi polis memaklumkan penemuan mayat lelaki tanpa berbaju tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad berkata, hasil siasatan mendapati terdapat satu tikaman di bahagian perut bahagian kanan dan percaya mangsa mati tidak sampai 24 jam.

Menurutnya, ketika ditemui, mangsa hanya berseluar pendek dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.

“Terdapat juga satu kecederaan di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan objek keras. Lelaki tersebut dipercayai warga asing berikutan tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti mangsa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh,” katanya di sini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar meminta kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat berkaitan penemuan mayat itu dengan menghubungi talian 05-7767222.
Bahana cemburu, tikam isteri sampai mati
Bahana cemburu, tikam isteri sampai mati
Anggota polis membawa mayat mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.
BATU GAJAH – Kerana dikuasai perasaan cemburu, seorang suami hilang pertimbangan sehingga sanggup menikam isterinya dengan sebilah pisau pemotong sayur selepas pertengkaran yang berlaku di tingkat 1 sebuah rumah kedai, di Jalan Pasar di sini, malam kelmarin.

Mangsa, Than Dar, 25 merupakan pelarian warga Indonesia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), dijumpai pada kira-kira jam 11.20 malam di biliknya, dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan satu kesan tikaman.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abd Latif memaklumkan, hasil bedah siasat mendapati mangsa ditikam dari bahagian belakang badan sehingga menembusi paru-paru kanan yang menjadi punca kematian.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah kerana cemburu berikutan suspek yang merupakan warga Myanmar berusia 20 tahun mengesyaki mangsa mempunyai hubu- ngan sulit dengan lelaki lain.

"Pasangan itu berkahwin dua tahun lalu dan mendiami sebuah bilik di rumah berkenaan bersama adik suami serta dia rakannya yang tinggal di bilik berasingan.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, berlaku pertengkaran hebat antara pasangan berkenaan dan selepas itu suspek dilihat meninggalkan mangsa dengan membawa bersama anak lelaki mereka yang berusia dua tahun," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Shaharon Anuar berkata, kecekapan polis membolehkan suspek, aduk suspek serta dua rakannya berjaya ditahan kira-kira empat jam selepas kejadian di tiga lokasi berasingan sekitar Batu Gajah.

Katanya, suspek ditahan di Happy Garden dan anaknya yang dibawa bersama akan ditempatkan di bawah pemerhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Polis berjaya selesaikan kes berkenaan dalam masa enam jam dan kesemua yang tangkap, ditahan selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh," katanya.

Sementara itu jiran mangsa, S Sagunalan, 42 berkata, anaknya yang berusia 16 tahun ternampak suspek melarikan diri dalam keadaan tergesa-gesa bersama anaknya.

"Boleh dikatakan pasangan itu bertengkar setiap malam. Kadang kala sampai jam 2 atau 3 pagi.

"Namun kejadian kali ini memang mengejutkan. Pasangan itu terutama mangsa yang bekerja sebagai pembantu di kedai runcit berhampiran memang baik dengan jiran-jiran," katanya.
Jurutera didakwa bunuh isteri
Jurutera didakwa bunuh isteri
Tertuduh ketika hadir di mahkamah majistret semalam.
JOHOR BAHRU - Seorang jurutera didakwa di mahkamah majistret di sini atas pertuduhan membunuh isterinya, awal bulan ini.

Tertuduh, Yiew Chin Hua, 33, yang berasal dari Kukup Laut, Pontian, didakwa membunuh Vivian Biding Camarota, 32,  rakyat Filipina di Taman Bukit Indah, di sini, antara pukul 12 malam dan 2.30 pagi, 1 Jun lalu.

Dakwaan  dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias, dan tiada pengakuan direkodkan.

Bagi pertuduhan kedua, Chin Hua mengaku tidak bersalah menyebabkan keguguran dengan tiada kerelaan isterinya dengan menendang bahagian perut wanita itu yang dituduh dilakukan di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 313 kanun yang sama yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Nor Azlan Shah menetapkan 16 Julai untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali manakala Yew diwakili peguam Mohd Farhan Mhd Yahkup.
2 rakan ke mahkamah dituduh bunuh rakan sekerja
2 rakan ke mahkamah dituduh bunuh rakan sekerja
Tertuduh menundukkan kepala ketika keluar dari kamar mahkamah selepas kes mereka disebutkan semalam.
KUANTAN - Dua pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan menyebabkan kematian rakan sekerja dalam satu pergaduhan 27 Jun lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Khairul Jasmi Abdul Majid, 33 dari Lorong Sungai Isap Perdana 20 dan rakannya, Mohd Amir Adzhar Hassan, 28 dari Felda Chini 4, Pekan.

Sebelum itu, mereka berdua mengaku faham terhadap kertas pertuduhan yang dikemukakan  Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka secara bersama didakwa menyebabkan kematian rakan sekerja, Mohd Zainuddin Mohd Yusoff, 42 antara jam 12 hingga jam 12.20 tengah hari di satu kawasan lapan berhampiran stesen minyak Kampung Cendering, Jalan Pintasan Kuantan dekat sini.

Akibat perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Farahah memaklumkan pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan mereka terpaksa ditahan reman di Penjara Penor sehingga 19 Ogos depan yang ditetapkan untuk sebutan laporan kimia kes tersebut.

Sebelum ini kedua-dua tertuduh ditahan polis beberapa jam selepas penemuan mayat mangsa bagi membantu siasatan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.
Samun punca dua dibunuh
Samun punca dua dibunuh
Ahli keluarga dan rakan melihat jenazah Mohamad Hafiz sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh, kelmarin.
HULU SELANGOR - Samun dan bunuh dipercayai punca kes dua lelaki yang ditemui mati di sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit di Jalan Baru, Sri Keledang, di sini kelmarin.

Abang salah seorang mangsa, Mohamad Hatta Omar, 48, berkata, andaian itu berdasarkan keadaan dalam pondok tersebut yang berselerak dan kesan kecederaan pada kedua-dua mangsa.

 “Arwah sering menyimpan wang tunai dalam rumah kerana tidak memiliki akaun bank.

 “Kemungkinan penjenayah yang melalui kawasan ini berhenti dan menyamun mangsa di pondoknya,” katanya.

Menurutnya, arwah adiknya, Mohamad Hafiz Omar, 29, ditemui mati terbaring dalam pondok dengan kesan kelar di leher, manakala rakannya, Hamsi Hashim, 42, mati kira-kira 20 meter dari pondok tersebut.

Katanya, arwah adiknya seorang yang bersih dan sering mengemas pondok dan kawasan kebun.

Bagaimanapun, ketika kejadian, keadaan pondok berselerak dan terdapat beberapa tompokan darah di lantai.

 “Penjenayah susah dikenali sebab ramai yang melalui jalan ini dan adik saya ramai kenalan, jadi tidak tahu sama ada penjenayah kenal adik saya atau tidak.

 “Lagi pun, pondok ini berada di tepi jalan dan mudah dilihat oleh sesiapa saja yang lalu.

“Malah, sudah banyak kejadian samun di kebun sawit ini di mana barangan yang dicuri bukan saja wang, tapi tong gas pun dilarikan,” katanya.

Mohamad Hatta yang kelihatan tenang tetap redha dengan pemergian adiknya dan mereka sekeluarga bersyukur dapat menemui mayat arwah yang pada awalnya disangka hilang atau dihanyutkan air sungai.

Sementara itu Bernama melaporkan dua mayat yang ditemui dalam kebun kelapa sawit itu dipercayai akibat dibunuh dan bukan kerana mangsa bergaduh sesama sendiri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkifli Bidin berkata, hasil siasatan polis, Muhamad Hafiz dan Hamsi dipercayai dibunuh lebih seorang penjenayah yang identitinya belum dikenal pasti.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan polis, modus operandi ialah penjenayah itu datang ke tempat kejadian dan bergaduh dengan Hamsi yang ketika itu berada di tepi sungai.

“Penjenayah itu memukul kepala Hamsi dengan batang pencakar rumput yang menyebabkan mangsa parah dan mati di tempat kejadian. Bagaimanapun kejadian itu tidak disedari Muhamad Hafiz yang sedang tidur di dalam pondok yang terletak kira-kira 20 meter dari sungai itu,” katanya.

Zulkifli berkata, penjenayah itu kemudiannya bertindak memasuki pondok itu lalu menyembelih leher Muhamad Hafiz serta menggeledah barang dalam pondok berkenaan.

Katanya, motif sebenar kejadian masih disiasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebuah akhbar (bukan Sinar Harian) semalam melaporkan dua lelaki itu maut selepas bergaduh sesama sendiri sebelum mayat mereka ditemui orang awam yang kemudiannya melaporkan kepada pihak berkuasa.
Kelindan lori dituduh sebab kematian guru
Kelindan lori dituduh sebab kematian guru
Tertuduh dikawal anggota polis masuk ke mahkamah untuk dituduh, semalam.
KOTA BHARU - Nasib seorang kelindan lori bakal diketahui 23 Julai ini selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menyebabkan kematian ibu saudaranya di Kampung Jebak Jeram, Pasir Puteh, tahun lalu.

Raja Mohd Zulfahmi Raja Zainal Abedin, 27, didakwa menyebabkan kematian Wan Kelthum Wan Hussain,68, dengan niat hendak menyebabkan kematian yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh pada 4 September 2012.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Darlina Ali di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Badrul Munir Mohd Hamdy.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mayat mangsa ditemui cucunya, Nik Muhammad Imran Razali, 13, dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bilik tidur rumah mangsa, pada jam 1 tengah hari.

Guru al-Quran itu dipercayai disamun ketika pulang untuk mengambil senduk kayu sebagai alat memasak hidangan jamuan Aidilfitri sebelum dia dibunuh penjenayah yang memukul belakang kepala dan mukanya beberapa kali menggunakan peralatan memasak itu hingga patah.

Pada prosiding semalam, Badrul Munir tidak membenarkan mangsa dijamin serta menetapkan fakta dan hukuman dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
Juru jual kereta bebas tuduhan bunuh
Juru jual kereta bebas tuduhan bunuh
Shahril (kanan) keluar dari mahkamah selepas selesai mendengar keputusan.
ALOR SETAR - Seorang jurujual kereta terselamat daripada hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskannya dari tuduhan membunuh seorang eksekutif pemasaran, tujuh tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Shahril Jaafar, 32, dari Pengkalan Jaya, Bukit Kecil, Ayer Keroh, Melaka dituduh membunuh Chee Gaik Yap, 25, di kawasan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani antara jam 5.30 petang pada 14 Januari 2006 hingga 3.05 pagi pada 15 Januari 2006.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mohd Zaki berkata, keterangan kes menunjukkan Gaik Yap dilaporkan hilang ketika berjoging di kawasan perumahan kelab itu pada 14 Januari 2006 dan mayatnya ditemui pada keesokan harinya di tepi jalan luar kawasan kelab.

Menurutnya, tertuduh adalah antara beberapa individu yang ditahan bagi membantu siasatan, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis ketika menunggu keputusan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Dalam tempoh itu, Shahril melarikan diri ke Australia sebelum ditangkap semula ketika pulang ke negara ini pada 17 Januari 2012.

Mohd Zaki berkata, berdasarkan kenyataan saksi, pendakwaan mangsa meninggal dunia disebabkan tikaman di lehernya.

“Namun tidak ada bukti menunjukkan tertuduh melakukan tindakan itu. Bukti yang mengaitkan tertuduh dengan mangsa adalah persamaan profil DNA dari kesan air mani terdapat pada mangsa dengan DNA tertuduh.

“Bagaimanapun mahkamah mendapati profil DNA itu tidak benar-benar sepadan dengan tertuduh kerana timbul keraguan wujud orang ketiga yang turut menyumbang kepada profil DNA yang ditemui di kemaluan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, kemungkinan kewujudan orang ketiga yang menyumbang kepada profil DNA itu tidak dapat dinafikan kerana keputusan DNA tidak menunjukkan bahawa hanya tertuduh sahaja menjadi penyumbang.

“Keterangan mengikut keadaan kes itu juga gagal membuktikan tertuduh melakukan pembunuhan.

“Keterangan keadaan adalah tertuduh tinggal berhampiran kawasan itu dan sebuah kereta Naza dengan tingkap berwarna gelap dilihat mempercepatkan kelajuan apabila melalui lokasi tempat kejadian merupakan kenderaan milik keluarga tertuduh,” katanya.

Menurutnya, walaupun kenderaan itu milik keluarga tertuduh namun masih tidak dapat membuktikan bahawa tertuduh memandu kereta terbabit atau merupakan individu melakukan pembunuhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani, manakala tertuduh diwakili peguam Shamsul Sulaiman.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan