Isnin, 22 Julai 2013

DAKWA JE...BELUM TENTU BETUL



Pentingnya faham asal usul sesuatu tamadun
rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
SAYA ucapkan terima kasih kepada Dr Lim Theck Ghee dan S Thayaparan atas pandangan mereka berkenaan pendirian saya berhubung pelaksanaan mata pelajaran subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Walaupun pertukaran pendapat itu panas sehingga ada yang menggelarkan saya prototaip Umno, saya mengambil sikap positif. Untuk Malaysia maju ke depan, kita mesti berdebat secara terbuka dan menerima kritikan seadanya.

Saya akan terangkan asas kenapa saya mengambil pendirian menyokong Titas sebelum menjawab beberapa tohmahan yang dilemparkan terhadap saya.

Kefahaman mengenai sesama sendiri membina Malaysia yang lebih baik
Soalan yang paling penting adalah soalan yang paling mudah: dengan keadaan masyarakat Malaysia sekarang, apakah kita akan bertambah baik jika kita lebih memahami di antara satu sama lain? Bolehkan kita mengurangkan ketidaksefahaman dan prejudis sesama sendiri jika kita mempunyai pemahaman yang baik mengenai ketamadunan Islam, Melayu, Cina dan India memandangkan tamadun-tamadun ini paling besar pengaruhnya dalam masyarakat kita?

Saya yakin kita akan bertambah baik.

Malah, saya percaya negara akan lebih sentosa jika anak muda pelbagai bangsa menerima positif perspektif berbeza kaum-kaum lain walaupun mereka tidak bersetuju dengan beberapa pandangan kerana stereotaip dan polarisasi dalam masyarakat adalah berbahaya.

Kurangnya kefahaman dan penghargaan mengenai perbezaan budaya di dalam masyarakat berbilang bangsa seperti Malaysia sedikit sebanyak memberi kecenderongan kepada stereotaip dan polarisasi.

Makanya, sokongan saya kepada cadangan melaksanankan Titas di IPTS bermula dari pendirian yang mudah: saya tidak Nampak apa salahnya jika kita menggalakkan anak muda kita mempelajari dari satu sama lain mengenai budaya dan kehidupan masing-masing.

Saya faham banyak tentangan terhadap Titas berpunca dari rasa was-was bahawa ini alasan Umno untuk memaksa budaya dan agama Islam ke atas anak-anak bukan Islam di IPTS.

Walaupun sikap waspada itu boleh difahami, ia mengherot perbincangan sehingga penentangan terhadap Titas langsung tidak mempertimbangkan kesan baik Titas dalam melahirkan lebih ramai anak-anak muda Melayu yang faham dan menghargai kepelbagaian kaum.

Contohnya, saya menghabiskan pendidikan pra-universiti hingga pekerjaan pertama di United Kingdom.

Saya bersekolah di sebuah sekolah asrama di Scotland. Maknanya, setiap pagi saya perlu pergi ke chapel (gereja kecil) di sekolah kerana di situlah perhimpunan sekolah diadakan bersama-sama upacara sembahyang pagi. Ketika seluruh sekolah menyanyikan lagu-lagu, saya tidak menyanyi pun.

Namun, pengalaman itu menyedarkan saya bahawa orang Kristian (seperti juga orang Islam) mengambil pendirian bahawa penekanan kepada nilai agama dan sejagat adalah baik untuk masyarakat.Setiap setahun sekali, sebagai ahli orchestra sekolah saya ke gereja untuk membuat persembahan orchestra.

Saya mula bekerja di sebuah firma perakaunan di London yang mana 90 peratus rakan kongsinya menganut agama Yahudi. Walaupun kami tidak pernah berbincang mengenai Palestin kerana ia dianggap sensitif, saya dilayan istimewa sebagai seorang penganut Islam.

Di dalam pejabat ada ruang kecil untuk kami menunaikan solat walaupun hanya ada 4 orang Islam di situ.Setiap tahun, saya mendapat cuti tambahan untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Walaupun saya terdedah kepada amalan agama lain, tidak pula saya bertukar agama. Malah, saya lebih bersyukur dengan identity sebagai orang Islam di bumi asing. Ia memberikan saya kekuatan dan rasa kebersamaan dengan orang lain. Dari pengalaman dan pendedahan itu, saya menjadi seorang Islam yang lebih yakin dan sensitif dengan pegangan lain kerana saya lebih memahami agama Kristian, Yahudi dan lain-lain.

Dari semasa ke semasa, saya pastikan pelajar praktikal di pejabat saya berlainan agama supaya kami boleh belajar dari satu sama lain. Salah seorang pelajar praktikal saya yang terawal bernama Galvin Wong (kini melanjutkan pengajian di Australia) banyak mengajar saya mengenai masyarakat Kristian di Malaysia mengatasi maklumat yang saya dapati dari buku-buku.

Hujah saya mudah: kita wajar menggalakkan orang muda berpandangan terbuka untuk belajar dari satu sama lain budaya dan agama yang berbeza. Saya tidak mungkin begitu yakin dengan identiti Islam dan pada masa yang sama kuat memperjuangkan nilai kepelbagaian kaum di negara ini jika saya tidak mendapat pendedahan mengenai budaya dan agama kaum majoriti di UK semasa saya di sana.

Jika pengalaman saya sebagai seorang minoriti beragama Islam di dalam masyarakat Barat (berlandaskan budaya dan agama Kristian-Yahudi) berjaya melapangkan pemikiran saya, saya yakin Titas pun jika dilaksanakan secara berkesan, akan mempunyai kesan positif yang sama.

Adalah berbahaya jika kita memberi isyarat kepada masyarakat bahawa kita menentang apa-apa tindakan untuk menggalakkan anak muda kita saling mempelajari agama dan budaya sesama mereka.

Jika kita boleh sepakat dengan pendirian bahawa saling memahami adalah penting dalam masyarakat kita, maka kita wajar menumpukan perhatian menyelesaikan kerumitan praktikal pelaksanaan yang sering mengotorkan pandangan mengenai Titas.

Jika masalahnya ialah sukatan matapelajaran yang dirasakan berat sebelah kerana terlalu banyak unsur keIslaman, kita boleh merungkai masalah sukatan matapelajaran. Tetapi kita tidak boleh menolak satu matapelajaran yang bertujuan menggalakkan kesefahaman sesama kaum atas alasan sukatan matapelajarannya dipertikaikan; ia seolah-olah kita menolak penggunaan kereta kerana pertikaikan risiko kemalangan!

Jika masalahnya ialah tidak cukup tenaga pengajar untuk mengajarnya secara berkesan, masa focus perbincangan perlulah kepada rancangan untuk menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi di IPTS. Dan begitu jugalah dengan masalah-masalah lain.

Disinilah berbezanya pendekatan saya berbanding yang diambil oleh Dr Lim Theck Ghee dan S Thayapan.Sedang saya meletakkan keperluan untuk saling belajar dan memahami sesama rakyat sebagai pertimbangan utama, saya tidak dapat melihat di mana pertimbangan ini dalam perkiraan mereka. Nampak seolah-olah tentangan mereka berpunca dari perasaan was-was dan sinikal mereka mengenai Umno yang telah hilang maruah di mata orang bukan Melayu di negara ini.

Perlukah kerajaan campur tangan dalam menentukan sukatan matapelajaran universiti?
Satu lagi aspek yang langsung tidak diberikan perhatian dari pandangan Dr Lim Theck Ghee dan S Thayaparan adalah berhubung campur tangan kerajaan dalam menentukan sukatan matapelajaran di universiti.

Saya berpendapat kerajaan wajarlah diberi ruang untuk mewajibkan sesuatu nilai atau agenda bina negara di ajar di university.Jika kerajaanlah yang bertanggungjawab memastikan kemakmuran negara, maka kerajaan wajar dibenarkan menggunakan keadah pendidikan (termasuklah menetapkan sukatan matapelajaran) untuk membentuk masyarakat, apatah lagi bila pendidikan telah terbukti sebagai kaedah paling berkesan menyusun semula masyarakat.

Jika kita benar-benar ikhlas mahukan Malaysia bebas dari prejudis perkauman, kita perlu ambil kisah dengan gejala polarisasi di dalam masyarakat kita. Kita dipisahkan oleh kelas ekonomi dan kelompok manusia yang berbeza jarang bergaul dengan kelompok manusia yang lain (sama ada dipisahkan oleh jurang ekonomi, kaum atau kedua-duanya). Kalaupun gelaja polarisasi ini tidak difikirkan kronik, kita wajar menghapuskan apa jua bentuk polarisasi kerana ia mendorong fahaman stereotaip dalam masyarakat.

Berlatar belakangkan ini, saya berpandangan adalah wajar sesebuah kerajaan campur tangan dalam urusan IPTS untuk menentukan matapelajaran yang boleh menggalakkan kesefahaman dan saling menghargai di kalangan orang muda.

Soal sama ada sukatan matapelajaran perlu uniform di semua IPTS atau IPTS berhak membangunkan sukatan matapelajaran sendiri mengikut garis panduan dan proses akreditasi adalah perkara lain yang boleh dibincangkan kemudian. Tetapi perbincangan itu adalah atas perkara pelaksanaan dan praktikal, bukannya menentang satu matapelajaran yang difikirkan boleh
meningkatkan kesefahaman dan saling menghargai di kalangan anak muda.

Benarkan Titas mengandungi unsur Islam yang melampau?
Saya juga kecewa dengan Dr Lim Theck Ghee dan S Thayapan (seperti mana mereka kecewa dengan pendirian saya) kerana walaupun mereka lantang menentang Titas, kedua-dua mereka tidak pula menghuraikan mengenai perkara yang paling dipersoalkan iaitu sukatan matapelajaran Titas.

Saya pasti mereka telah mengkaji sukatan matapelajarannya terlebih dahulu sebelum mengkritik, sebab itu saya hairan kenapa mereka tidak menyentuh mengenainya.

Malah, banyak pembaca yang memberikan pelbagai gelaran kepada saya tidak pun mendalami sukatan matapelajaran Titas terlebih dahulu.

Berdasarkan struktur Titas di IPTA, matapelajaran ini diajar selama 14 minggu.

Peruntukan sukatan matapelajaran yang berunsurkan tamadun Islam sebenarnya sama dengan peruntukan untuk tamadun Melayu, Cina dan India. Malah ada juga peruntukan untuk tamadun Barat. Berdasarkan satu kajian yang dibuat dalam tahun 2002 di UUM untuk mengkaji keberkesanan Titas, majoriti peserta kajiselidik berpendapat sukatan matapelajaran Titas tidak cukup kandungan Islam dan telah gagal meningkatkan kefahaman mengenai Islam!

Sebab itu walaupun saya bersimpati dengan sikap was-was Dr Lim Theck Ghee mengenai Umno dan ketidakjujurannya, adalah tidak bertanggungjawab menolak mentah-mentah Titas atas alasan semuanya yang bersabit Islam akan dimanipulasi Umno sebagai sebahagian dari agenda sulitnya; tanpa menimbangkan baik dan buruk Titas terlebih dahulu jika dilaksanakan dengan baik.

Rekod saya menentang Umno dan BN adalah jelas.Saya tidak menyertai politik untuk menjadi dogmatic dan mengambil sikap prejudis terhadap apa-apa yang dimulakan semasa lawan politik saya berkuasa.Jika ini pendekatannya, maknanya kita tidak memberi ruang dan kepercayaan kepada penjawat awam untuk melaksanakan juga program-program yang baik.

Penjawat awam ini mungkin terpaksa berkhidmat semasa Umno menjadi kerajaan persekutuan, tetapi ramai penjawat awam yang bebas dan ikhlas membangunkan dasar yang baik dan adil kepada semua.

Menangguk di air keruh?
Saya telah cuba mengambil pendirian objektif dalam menilai baik dan buruknya Titas.

Pendapat Dr Lim Theck Ghee bahawa saya menangguk di air keruh apabila saya menyuarakan kebimbangan jika penentangan terhadap Titas akan membuka ruang pelampau perkauman dari Umno untuk terus lantang – itu adalah hak beliau. Saya berpendapat demikian kerana merasakan was-was Dr Lim Theck Ghee terhadap Umno telah mengeruhkan penilaian objektif beliau terhadap baik dan buruknya Titas.

Saya juga tidak akan mengambil hati dengan komen S Thayaparan, walaupun saya berharap beliau jangan terlalu cepat menuduh komen saya sebagai “bukti bahawa ramai intelegensia Melayu kurang intelek” seolah-olah beliau mahu memukul rata bahawa semua intelegensia Melayu itu kurang pintar.

Bahasa dan stereotaip yang beliau gunakan itu boleh dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melebarkan lagi jurang perkauman di negara ini.

Akhirnya, saya mahu kekal ideal dalam pandangan politik saya. Saya mahu bersuara bagi semua rakyat Malaysia, bukan hanya untuk Melayu, atau Cina, atau India, atau Iban, atau Kadazan atau kaum tertentu sahaja. Saya mahu mengenengahkan dasar yang membawa kebaikan terbanyak kepada seberapa ramai rakyat pelbagai kaum dan membantu membina negara, walaupun pandangan saya mungkin kurang popular.

Bila PKR bersuara mengkritik DEB sehingga ada orang Melayu yang marah, kami berbuat demikian bukanlah kerana ia lunak didengar orang bukan Melayu. Kami tegas mengkritik DEB kerana negara perlukan pendekatan ekonomi yang lebih adil dan berkesan.

Apabila saya bertegas bahawa manifesto Pakatan tidak akan ditulis untuk memaparkan program tertentu untuk kaum tertentu, berminggu-minggu saya dicaci oleh Hindraf. Saya tidak berganjak kerana amanah saya adalah untuk bercakap bagi semua rakyat Malaysia.

Justeru, sokongan saya kepada pelaksanaan Titas tidak ada kena mengena dengan memancing undi Melayu.Saya mendapat manfaat dari pendedahan kepada budaya dan agama yang pelbagai sehingga memberi kefahaman dan mengukuhkan identiti Islam saya. Saya percaya setiap rakyat Malaysia pun akan mendapat manfaat yang sama bila kita saling memahami dan menghargai. Jika ada masalah dengan soal pelaksanaan maka perbincangan perlulah berkisar kepada soal pelaksanaan, bukannya mempersoalkan peri penting saling memahami dan menghargai.

Satu hari nanti, saya harap dapat melihat Malaysia yang tiada prejudis perkauman apabila anak muda seperti Galvin Wong meningkat dewasa. Jika itu impian kita, maka tidaklah salah untuk kita menggalakkan mereka saling belajar dan menghargai budaya dan latar belakang kaum kita yang berbeza (walaupun mulanya ia pendekataan wajib).

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR
Ahli Parlimen Pandan

Manusia pelik akhir zaman

Idris Hj Ahmad, 22 Jul 2013
Setiap kali Ramadan datang maka isu tazkirah akan menjadi polimik oleh pihak yang tertentu seolah-olah tazkirah ialah virus yang merbahaya kepada orang Islam. Seolah-olah tazkirah menyebabkan pahala  puasa hilang.

Bukankah kita digalakkan untuk ingat-mengingati di antara satu sama lain sebagaimana diajar di dalam al-Quran. Bermaksud "Sesungguhnya peringatan itu dapat memberi manfaat kepada orang yang beriman."

Jika kita tidak memberi peringatan sesama mukmin, maka siapa lagi yang akan melakukannya? Kita mesti mempunyai keazaman untuk memberi peringatan kepada saudara seagama untuk memastikan mereka juga merupakan ahli syurga.

Begitu juga Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian melainkan orang beriman. Dan orang yang berpesan dengan kebenaran dan orang yang berpesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr : ayat 1-3)

Para sahabat tidak akan berpisah melainkan setelah membaca ayat ini untuk mengingat sesama dengan mereka. Oleh itu, bagi orang lelaki yang  beriman  diwajibkan untuk hadir mengerjakan solat Jumaat dan mendengar dua khutbah Jumaat. Salah satu rukun khutbah ialah nasihat supaya bertaqwa kepada Allah. Khutbah bertujuan untuk memberi tazkirah kepada sidang jamaah yang hadir. Inilah tazkirah mingguan yang disampaikan oleh khatib kepada ahli kariahnya. Harapannya sekurang-sekurang daripada Jumaat ke Jumaat akan ada peringatan daripada khatib. Supaya peringatan sentiasa segar di dalam jiwa pendengar dan menjadi perangsang untuk dekat kepada Allah dan menjauhkan larangannya.

Apa masalahnya apabila Tazkirah diadakan pada malam Ramadhan. Ini peluang yang terbaik untuk memberi peringatan kepada mereka yang hadir. Terutama kepada mereka yang hanya hadir setahun sekali yakni dalam bulan Ramadan. Hari biasa mereka tidak pernah datang ke majlis ilmu yang diadakan di surau atau masjid.

Satu tindakan yang bijak dilakukan oleh pihak surau untuk menganjurkan tazkirah dengan harapan untuk memberi kesedaran agama dan motivasi cintakan Iman dan Islam kepada hadirin yang hadir. Pendakwah yang bijak ialah mengambil kesempatan di majlis yang mana manusia ramai yang hadir untuk menyampaikan bingkisan dakwah. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dengan mengumpul saudara mara yang terdekat dengan membuat jamuan kemudian baginda menyampaikan risalah Islam.

Atas semangat inilah juga yang dilakukan oleh pihak penganjur untuk melebar luas dakwah kepada masyarakat. Pada pemerhatian saya ramai yang mula berubah setelah mendengar tazkirah yang disampaikan sempena dengan kehadiran mereka sewaktu bulan Ramadan. Selama ini mereka tidak pernah mendengar majlis yang menyuburkan Iman dan melembutkan hati. Mereka meneruskan datang ke surau atau masjid selepas Ramadan berlalu.

Cuma apa yang penting ialah pemberi tazkirah (Muzakkir) perlu bijak dan mengolah Islam dengan penuh hikmah dan bijaksana. Berikan motivasi untuk berubah dengan berpaksikan kepada agama. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Yakinlah mereka yang hadir ke majlis ilmu ialah merupakan orang yang berpotensi besar untuk menyokong perjuangan Islam apabila mereka faham agama.

Masjid atau surau yang tidak menganjurkan tazkirah, kebiasaannya kosong setelah Ramadan. Mereka yang datang hanya bermusim, tanpa ada ilmu dan kesedaran Iman. Apakah ini yang kita hendak? Sehingga sanggup mengatakan tazkirah menganggu tarawih. Sepatutnya usaha ini perlu disokong bukan dihalang. Mereka tidak pernah kecewa melihat masjid menjadi usang tidak berpenghuni, tetapi mereka resah melihat manusia berduyun-duyun hadir ke majlis tazkirah. Inilah manusia yang pelik pada akhir zaman.
Ketua dakwa ahli Syiah cecah sejuta
Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz
Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz
SHAH ALAM – Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.

Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.

“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

“Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.

Cadangan tersebut turut disambut baik beberapa mufti yang menyifatkan fatwa anti-Syiah perlu diwartakan segera.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ini berikutan ajaran itu didapati sudah mula merebak dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap dapat dilaksanakan di negeri lain.

Anggota kumpulan Syiah ini pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Disember 2011 kerana didakwa menyebarkan ajaran Syiah.

Dalam serbuan tersebut, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Manakala pada 26 Ogos 2011, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merampas kira-kira 200 naskhah buku yang mengandungi dua tajuk berlainan berkaitan fahaman Syiah dan mengenai pengaruh ajaran itu, dalam satu serbuan di Masjid Paya Redan, Melaka.

Pantun untuk pengundi Kuala Besut

http://mutaligat.blogspot.com, 22 Jul 2013

Pancing mengena si ikan haruan
Mari dimasak bersama kawan
Projek berjuta untuk habuan
Itu jadi amalan Barisan

Pancing dan kail dijual murah
Dibeli oleh Mak Cik Munah
Bantuan datang mencurah-curah
Rakyat cerdik BN punah

Kucing hitam dikejar anjing
Lari menciput keliling rumah
Hati-hati dengan pancing
Umpan dimakan mata kail diluah

Ayam mengeram telur itik
Menetas seekor di dalam reban
Rakyat cerdik celik politik
BN masih ketinggalan zaman

Mudah bbbice tok kiro maso
Pemuroh sokmo tulung sedaro
Che Long pemurah sene kkiro
Mudoh bbaso sene jjjupo

Selamat datang selamat jalan
Itu adat setiap pertemuan
Rakyat sudah buat keputusan
Buang Barisan Pangkah Bulan

Buang Barisan pangkah Bulan
Perjuangan hebat tak pernah kendur
16-16 slogan menggerunkan
Mat Said Derih tak jenero tidur

Alkisah sebuah kenangan…

Tuan Ibrahim Tuan Man, 22 Jul 2013


Semasa aku belajar mengayuh basikal, ayahku akan jogging bersama sambil memegang kepala basikalku bimbangku terjatuh. Masaku keretaku mati di tengah jalan di tengah malam, ayahku cepat-cepat datang membantu menolak dan membaiki keretaku dan membawaku pulang.

Ayahku seorang yang suka memberi nasihat. Ada satu nasihat terpenting yang aku ingat sehingga kini.

Keluargaku bukan kaya. Adik dan aku perlu bekerja sambilan untuk mendapatkan duit poket buat belanja di sekolah. Kita bekerja membersihkan rumput di rumah-rumah sekitar taman perumahan. Ayah aku pula tukang mencari bisnis untuk adik dan aku. Ayah berjalan meminta jiran-jiran di taman perumahan untuk mengambil adik dan aku untuk membersihkan rumput di rumah mereka dengan sedikit upah.

Satu hari, sudah menghampiri waktu Maghrib, adik dan aku masih membersihkan rumput di rumah jiran terdekat. Rumputnya tinggi sebab itu masa yang diambil lebih panjang. Dengan mesin memotong rumput yang tua, ia lebih menyusahkan kerja adik dan aku. Hari semakin senja dan gelap, adik dan aku cuba menyiapkan kerja dengan cepat.

Ketika aku menutup mesin, ayahku menjerit padaku, “Kerja buat elok-elok. Sana tepi ada lagi rumput yang masih panjang. Potong baik-baik.”

Adik dan aku merungut. “Apalah ayah ini. Hari dah gelap. Dah nak Maghrib. Dua tiga kerat rumput pun nak berkira. Bukannya makcik Ning nampak. Dahlah duit yang dibayar sedikit. Mengapa ayah tak nak lepaskan kita?”

Ayahku menegur lagi. Adik dan aku menghidupkan mesin semula dengan hati yang tidak rela lalu sekali lagi memotong rumput-rumput yang masih tinggi.

Kiniku sudah bekerja dan akhirnya aku memahami prinsip ayahku. Ketika memberikan servis, kerja kita menunjukkan akhlak kita. Orang menilai kita melalui kerja kita. Jika kita hendak dilihat sebagai seorang yang berintegriti, kita mesti memberikan kerja yang berkualiti. Rumput panjang yang tertinggal itu bermaksud kerja yang ditugaskan masih belum selesai.

Jiran-jiran lain menilai kerja adik dan aku melalui rumput yang rapi dipotong. Kita mendapat lebih banyak bisnes kerana sikap ayahku yang tidak bertolak-ansur pada adik dan aku dalam membuat kerja sambil lewa. Setiap rumput di rumah jiran yang kami potong ayahku pastikan ia dipotong semua dan rapi kemas.

Ayahku mendapat bisnis memotong rumput daripada seorang jiran. Hasil kerja baik adik dan aku menyebabkan aku mendapat bisnes-bisnes yang lain daripada jiran-jiran aku.

Inilah pengajaran yang ayahku ajar padaku yang sudah sebati di hatiku. Buatlah kerja secara professional. Jika kita telah berjanji untuk melaksanakan sesuatu kerja pada masa tertentu, kotakan kata-kata tersebut. Bagilah pelanggan kita menikmati servis yang kita harapkan daripada orang lain. Kerja kita menunjukkan keikhlasan, akhlak dan sikap kebertanggungjawaban di hati kita.

Kini ayahku sudah tiada namun ajarannya masih segar di mindaku.

Wahai anakku,
Aku tahu kadang-kala aku merungut panjang, tapi semuanya kerana aku bimbang kamu akan tersilap langkah sehingga membazirkan masa engkau yang sedikit ini di dunia ini. Mungkin rungutan aku engkau tidak menyukai mahupun susah memahaminya sekarang, tapi diharap dengan nukilan di atas ini engkau boleh memahami isi hati aku yang terkadang bertegas dengan kamu.

Senyum.

Syukur Malaysia aman, tidak ada peperangan

http://kerabubersuara.blogspot.com, 22 Jul 2013

Assalamualaikum! Syukur Malaysia Aman, Tidak Ada Peperangan!

July 22, 2013


Polis rampas 5 senjata api

Kota Bharu: Polis Kelantan berjaya merampas lima pucuk senjata api, termasuk pistol dan rifel M16 dalam usaha membanteras jenayah kekerasan menggunakan senjata berbahaya itu sejak Januari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata kejayaan itu adalah satu pencapaian membanggakan sekali gus membuktikan pihak polis sentiasa komited menjalankan tugas mencegah jenayah.

Baca lagi

Islam, Arab dan watak Superman

Ustaz Mohd Azmir bin Maideen, 22 Jul 2013
Pre-school atau pendidikan awal yang menanamkan literatur tentang soal cinta kepada negara dan tanah air merupakan silibus yang dominan diterapkan sejak usia kanak-kanak lagi. Literatur tersebut disampaikan dalam pelbagai cara, tekstual mahupun non-tekstual di sekolah-sekolah. Hal ini kerana kanak-kanak yang ada pada hari ini adalah pemuda-pemudi harapan pada masa akan datang, merekalah yang bakal menentukan hala tuju sesebuah negara melalui pendidikan yang mereka terima sejak kecil.

Antara tokoh Islam yang pernah mengagaskan evolusi sistem pendidikan peringkat awal ialah Syeikh Jamaluddin al-Afghani. Sekalipun yang dilakukan oleh beliau hanyalah meneruskan perjuangan reformis pendidikan iaitu Raf’at at-Thatawi dan Ali Mubarak, namun usahanya mempengaruhi pelapis perjuangan selepasnya. Perjuangan Jamaluddin al-Afghani tersebut diterjemahkan dengan usaha penyair Arab, Muhammad Uthman Jalal yang menulis beberapa sastera ringan buat tatapan kanak-kanak Arab.

Sekalipun Syeikh Jamaluddin al-Afghani pernah sedikit meniupkan semangat nasionalisme Arab di dalam risalah “Urwatul Wuthqa” bersama Syeikh Muhammad ‘Abduh, namun sentimen kebangsaan, budaya xenophobia (benci kepada bangsa lain) mahupun perkauman melampau tidaklah menjadi modus operandi perjuangan tokoh Islam itu sendiri dalam mengembangkan kemajuan pendidikan. Hal ini kerana perjuangan baginda Rasulullah SAW sendiri merentasi masalah bangsa dan kaum.

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya, “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘Ajam (yang bukan Arab), atau ‘Ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan.” - riwayat Ahmad dan al-Baihaqi

Realiti ini berbeza bagi pendidikan awal yang diterima oleh kanak-kanak Yahudi di Israel. Perang yang dicanangkan Zionisme terhadap Islam adalah permusuhan masa hadapan. Sedari kecil, kaum keluarga Israel yang pro-Zionisme memberikan pendidikan literatur kepada kanak-kanak mereka seutuhnya agar membenci bangsa lain terutamanya bangsa Arab.

Ketika Mesyuarat Tahunan Zionis-Israeli pada tahun 1897 di Sweden, mereka telah mengusulkan rancangan untuk menanamkan kebencian kanak-kanak Yahudi terhadap bangsa Arab. Rancangan ini mengandungi;

1.Tercapainya keyakinan mutlak pada kanak-kanak mereka bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan dan mempunyai hak yang penuh atas tanah Israel.
2.Mewujudkan generasi yang benci terhadap bangsa Arab dan Islam dengan cara brutal, sadis dan terroris serta memperluas wilayah Israel dengan cara merampas.
3.Memberikan pemahaman pada kanak-kanak, orang Yahudi akan menjadi musuh bersama non-Yahudi, dan tidak akan ada yang menolong Bangsa Yahudi kecuali orang Yahudi itu sendiri.
4.Mewujudkan generasi yang saling menolong dan melindungi hanya untuk sesama Yahudi dan untuk non-Yahudi berlaku sebaliknya.
5.Terbentuknya generasi yang bangga sebagai bangsa Yahudi, kaum termulia dari umat lainnya (sya’bu mukhtar), bangsa yang mendapat kehormatan mendapat “tanah yang dijanjikan” (al-ardhu al-mau’udah), dan sebagai bangsa pilihan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan.

Melalui rancangan tersebut, buku-buku teks dan cerita fiksyen dijadikan panduan dalam pendidikan minda kanak-kanak Yahudi di Israel. Rata-ratanya bertujuan untuk menerapkan benih permusuhan terhadap Arab Palestin dan dunia Islam umumnya, buku-buku inilah yang telah membentuk pemikiran dan cara bertindak mereka yang terangkum dalam istilah, “born to kill” yakni terhadap orang Islam dan Arab dan juga visi yang semahunya ingin dicapai “land without people for a people without land”.

Menurut satu kajian akademik, kanak-kanak Israel dididik untuk menggambarkan Arab Palestin sebagai pembunuh, perusuh, dan secara amnya mundur dan tidak produktif. Salah seorang pengkaji bangsa Arab yang mengenalpasti hal ini ialah Profesor Hussain Muhammad Hasanin dalam karyanya yang berjudul “Ta’tsirul Ikhtilal ‘ala Adab al-Athfal”, Beliau menyebutkan bahawa Zionis di samping menjajah Palestin melalui proses penjarahan wilayah, mereka turut menanamkan pemikiran melalui sistem pendidikan dengan cara menanamkan doktrin agar anak-anak mereka benci terhadap bangsa Arab.

Profesor Danial Bar-Tal, pensyarah psikologi dari Fakulti Pendidikan Universiti Tel Aviv juga mengakui hal yang sama. Beliau telah memeriksa semua kandungan buku pelajaran, dari peringkat pendidikan awal sehingga ke peringkat pendidikan tinggi, sama ada mata pelajaran bahasa, sejarah, geografi mahupun pendidikan kebangsaan. Ia melihat buku-buku tersebut cuba menggambarkan bangsa Arab sebagai bangsa yang tidak bertamadun. Pandangan tersebut lebih ketara apabila dikaitkan dengan masalah intifadah yang dipelopori Syeikh Ahmed Yassin.

Adir Cohen seorang penyelidik berbangsa Israel dalam satu kajiannya berjudul “An Ugly Face in the Mirror” menumpukan apakah sikap kanak-kanak Israel di Haifa terhadap bangsa Arab di Palestin. Murid-murid ditanya lima soalan mengenai persepsi mereka terhadap bangsa Arab, dan keputusan memperlihatkan, 75 peratus kanak-kanak Israel menyifatkan “Arab” sebagai pembunuh, penculik, primitif dan terroris. 80 peratus daripadanya pula berkata Arab adalah pengotor dan wajah mereka menakutkan. 90 peratus pula menyatakan bahawa mereka yakin bahawa rakyat Palestin tidak mempunyai hak-pun terhadap tanah al-Quds.

Cohen juga mengkaji 1,700 buku-buku kanak-kanak Israel yang diterbitkan selepas tahun 1967, dan beliau mendapati bahawa hampir 520 daripada buku-buku berkenaan mengandungi penghinaan, termasuklah info-info negatif terhadap rakyat Palestin. Cohen berpandangan bahawa penulis buku kanak-kanak ini dengan berkesan menanamkan Arabophobia (kebencian terhadap bangsa Arab) sehingga menyebabkan peribadi kanak-kanak Israel hilang sifat kemanusiaan dan mengklasifikasikan bangsa lain sebagai makhluk perosak dan buas.

Manakala Nurit Peled-Elhanan, seorang profesor linguistik dan pendidikan di Universiti Hebrew, Jerusalem yang juga seorang aktivis politik menentang kependudukan Israel di bumi Palestin, beliau telah mengkaji kandungan buku sekolah Israel untuk tempoh lima hingga enam tahun. Dia turut bersetuju bahawa sistem pendidikan kanak-kanak Israel mengandungi unsur fanatik perkauman melampau bukan sekadar secara verbal bahkan melalui teks pendidikan, lebih dari itu ialah misi mereka merekrut kanak-kanak Israel pada hari untuk menjadi tentera Israel.

Peled-Elhanan turut mengkaji bahan pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak Arab di Palestin, dan beliau mendapati keadaan tersebut sangat jauh berbeza dengan semangat perkauman yang menebal dalam kalangan bangsanya sendiri. Oleh itu, beliau berjuang bersama aktivis pro-Palestin sekalipun dirinya sendiri berasal dari susur galur kaum Yahudi. Tidak syak lagi menurut beliau, pembunuhan rakyat Palestin pada kaca mata Zionisme adalah sesuatu yang perlu demi survival negara Israel.

Berikut adalah beberapa contoh tentang apa yang ditulis oleh bangsa Israel untuk anak-anak mereka;

“Hasamba”
Cerita “Hasamba” ditulis oleh penulis Israel, Yigal Mossinson yang memulakan penerbitannya pada tahun 1948. Mossinson mendedikasikan penulisannya itu kepada salah seorang anaknya yang sulung bernama Ido, yang memintanya agar menuliskan sebuah cerita “Tarzan” versi baharu untuknya. Ido mati ketika perang Youm Kippur iaitu perang Enam Hari Mesir-Israel 1973. Seluruh kisah Hasamba terangkum sebanyak 44 buah siri sehinggalah Mossinson mati pada tahun 1994.

Hasamba atau disebut Chasamba merupakan akronim kepada “Havurat Sod Muchlat Behechlet” dalam bahasa Hebrew yang diterjemahkan sebagai, “kumpulan rahsia mutlak”. Ia merupakan kisah kumpulan remaja Yahudi yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, berafiliasi di dalam sebuah pergerakan rahsia mengharungi pelbagai jenis pengembaraan menentang rejim anti-semitic. Gerakan Hasamba beroperasi di “Electric Cave”, ia adalah nama samaran kepada Tel Aviv.

Buku tersebut memberikan inspirasi yang cukup mendalam kepada kanak-kanak Israel yang membacanya kerana ia mengisahkan perjuangan kumpulan kanak-kanak yang digelar Hasamba ini berusaha mematahkan perancangan internal mahupun eksternal pihak yang cuba menggagalkan penubuhan “Daulah Israeliyah”. Di dalam pengembaraan tersebut, kanak-kanak dalam kumpulan Hasamba turut dibantu oleh robot berteknologi tinggi yang dinamakan “Zagloba”.

Musuh-musuh kumpulan Hasamba semuanya digelar anti-Semitic. Ketika siri ketiga buku itu ditulis, judul yang diberikan untuk siri tersebut adalah “Hasamba ve-Shodedey ha-Susim” (Hasamba dan Pencuri Kuda). Diceritakan di dalamnya, bahawa ketika Mustafa (seorang karekter berbangsa Arab) menyelinap masuk ke dalam sebuah kandang untuk mencuri kuda, seseorang yang bernama Manshah (salah seorang hero Hasamba) berjaya memberkasnya.

Ketika diberkas berkatalah si Mustafa, “Aku tidak menemukan kuda, aku tidak tahu apa-apa, kuda ini datang sendiri menyerahkan dirinya. Aku hanya mencari tali kekangku. Nenekku sakit, tetapi jika kamu meletakkan dua puluh tali kekang di atas badannya maka dia akan bangkit daripada tempat tidurnya (sembuh).”

Jelas, dari cerita ini anak-anak Israel yang membacanya akan merasakan bahawa kaum Arab, hanyalah kaum yang bodoh dan buta peradaban. Doktrin ini menggagahkan mereka bahawa penjarahan Israel ke atas bangsa Arab Palestin bukan hal yang zalim, malah menguntungkan Palestin, kerana akan menjadikan mereka lebih “maju”. Buku tulisan Mossinson tersebut turut bersaing hebat dengan siri-siri popular yang lain ketika itu seperti Oliver Twist, Robinson Crusoe, The Adventures of Tom Sawyer dan 80,000 Leagues Under the Sea.

Ketika anaknya Ido memberikan galakan kepada Mossinson agar menulis cerita Tarzan versi Israel, Mossinson mendapat idea bahawa hero yang bernama “Tarzan” itu dikelilingi oleh teman-teman yang dungu (haiwan) seperti monyet, gajah dan sebagainya.

“The Adventures of Oz Yaoz”

“The Adventures of Oz Yaoz” merupakan salah satu buku fiksyen karya Ido Seter yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak di Israel. “Oz” di dalam Hebrew bermaksud “kekuatan”, “Yaoz” - “akan mempunyai kekuatan”. Oz Yaoz merupakan watak kanak-kanak Israel yang mempunyai kuasa “magic” menyerang musuhnya, iaitu kaum Arab, dan ia selalu menang dalam pertempuran. Berikut adalah antara petikan yang menggambarkan kebencian kaum Yahudi kepada bangsa Arab;

“Siapakah anda?” Jerit pengawal Mesir. Dia datang ke arah saya melalui suasana suram penuh kegelapan. Seorang warga Mesir, rata-ratanya bermisai hitam tebal dan mempunyai mata yang kejam, melihat budak lelaki bagai kucing melihat tikus yang menyerigai dengan kukunya yang tajam. Ketika pegawal Mesir itu bertanya, “Apakah nama anda?” Terlihat gigi serigala di bawah misai hitamnya.

Penghinaan terhadap bangsa Arab ini sangat ketara apabila Ido Seter menggelar musuh-musuh mereka yang berbangsa Arab di dalam siri Oz Yaoz dengan “Ramadan-Eagle-Nose”. Manakala watak ketua penjahat yang berbangsa Arab itu dinamakan sebagai “Lieutenant-Colonel Mastul Bandura” (“Mastul” bermaksud gila, “Bandura” bermaksud tomato).

Wajah sebenar Ido Seter terungkap apabila Akhbar Hertz (milik Israel) mendedahkan nama sebenarnya ialah Hezy Lopben. Lopben bukan sekadar penulis yang “biasa-biasa”, beliau adalah mantan ketua pengarang majalah tentera yang juga veteran perang 1948, merangkap jawatan sebagai Pegawai Jeneral dan berpengetahuan dalam ilmu falsafah pendidikan. Rupa-rupanya cerita-cerita yang membusukkan imej bangsa Arab itu menjadi misi besar kepada penulisnya.

“Danidin”

Siri “Danidin” pula bermaksud “budak halimunan”. Siri ini ditulis oleh Shraga Gafni yang menggunakan nama samaran “On Sarig”. Danidin adalah salah satu judul buku yang popular di kalangan kanak-kanak Israel yang mengisahkan fiksyen pengembaraan kanak-kanak yang manjadi halimunan setelah meneguk cecair liquid khas berwarna ungu. Cecair tersebut asalnya dibuat oleh watak professor genius bernama Katros untuk kegunaan tentera-tentera Israel dalam perang Youm Kippur.

Kesemua siri tersebut mengandungi 29 buah siri, dan ia ditulis secara illustrasi sejak tahun 1961. Setiap siri kanak-kanak yang bergelar Danidin ini akan bertarung dengan musuh-musuh streotype berbangsa Arab. Idea-idea karya seperti ini ditanam di dalam minda kanak-kanak Israel bahawa membunuh bangsa Arab bukanlah suatu kesalahan, malah merupakan satu kebaikan.

Hal ini tidak menghairankan, ketika terjadi peristiwa pembantaian Kafr Qosim, Palestin pada tahun 1956 salah seorang wartawan mewawancarai salah seorang tentera Yahudi. Tanya wartawan tersebut, “Apakah anda menyesal dengan tindakan yang telah anda lakukan?”

Tentera tersebut menjawab, “Tidak kerana kematian orang Arab di Israel adalah kehidupan orang Israel, dan kematian orang Arab di luar Israel adalah kehidupan seluruh keturunan Bani Israel.”

Kemudian dia bertanya lagi, “Bagaimana perasaan anda ketika melakukan hal itu?”

Jawab tentera tersebut, “Aku sedang kehausan darah orang Arab, dan aku mahu meneguk darah mereka sehingga mabuk.” - Dr. Nawwaf Ha’el, ‘Amaliyah Istishadiyah fi Mizanil Fiqhi, m.s. 24

Superman

Selain dari watak-watak novel mahupun illustrasi yang menjadi medan pendidikan dan inspirasi bagi kanak-kanak Yahudi, mereka juga mempunyai watak yang lebih besar impaknya yang berjaya mengembangkan pengaruhnya di seluruh dunia. Watak Superman ciptaan Jerry Siegel dan Joseph Shuster pada tahun 1938, selain dari menghibur kanak-kanak, ia sebenarnya turut digunakan untuk mengembalikan imej angkuh bangsa Yahudi di Amerika.

Kononnya Superman merupakan idea yang berkait tentang kehidupan Nabi Musa yang dihanyutkan ke Sungai Nil demi menyelamatkannya daripada Firaun. Seperti juga Superman, seorang imigran dari planet lain dihijrahkan ke bumi untuk meneruskan legasi riwayat keturunannya. Malah istilah ‘Kal-El’ dalam siri Superman bermakna ‘seperti Tuhan’ dalam bahasa Hebrew.

Disebabkan tidak tahu maka banyaklah yang memuja Yahudi termasuk kalangan orang Islam. Memang Yahudi mempunyai kelebihan apabila mereka menguasai budaya popular dan media, seterusnya menguasai dunia. Ketika watak Superman wujud, Amerika sedang berada pada zaman kemelesetan yang teruk. Ramai rakyatnya hilang pekerjaan. Lantaran itu watak Superman dicipta untuk memperlihatkan keegoan kaum Yahudi yang juga kaum pendatang seperti Superman untuk menjadi hero (penyelamat) kepada Amerika.

Watak ini turut menjadi ikon kanak-kanak di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Sememangnya watak Superman ini bijak dibingkai menjadikan ia menarik ramai peminat di mana-mana negara. Pengaruh Superman cukup besar meskipun ramai orang memandang remeh pengaruh budaya popular terhadap pembentukan minda, malah ada yang mengatakan teori-teori konspirasi ini semuanya khayalan dan sangkaan.

Sebenarnya pengaruh Superman ini diakui oleh bangsa Yahudi sendiri, sehingga mereka menyenaraikan dua orang pencipta watak Superman, Siegel dan Shuster sebagai 100 orang tokoh penting Yahudi di dalam buku yang berjudul “The Jewish Contribution to the 20th Century”. Apakah maknanya semua itu kalau bukan Superman sebagai satu agenda dan menyumbang kepada bangsa Yahudi?

Setelah artikel ini dibaca, apakah tindakan yang wajar diambil oleh kita? Berikut adalah cadangannya:

1.Mengukuhkan Akidah Islam yang sahih dalam diri kanak-kanak.
2.Mendidik anak-anak berasaskan komposisi budaya dan corak tingkah laku yang sesuai dengan realiti sosial kanak-kanak dan menerangkan keburukan-keburukan melalui penyediaan maklumat yang sesuai dalam bahasa yang mudah dan ringkas.
3.Menghubungkan kanak-kanak terhadap apakah kesengsaraan yang dialami oleh dunia Arab, di Palestin terutamanya dan dibentangkan kepada mereka dalam bentuk audio visual.
4.Membangunkan bakat kanak-kanak, kreativiti dan inovasi mereka melalui pendidikan seni yang menarik serta jauh dari semangat perkauman melampau.
5.Mewujudkan disiplin membaca dalam kalangan kanak-kanak dan memperkayakan budaya agama dan sosial dan sejarah di dalamnya.
6.Mewujudkan identiti Islam dan kehebatan sejarahnya dalam hati kanak-kanak.
7.Membiasakan kanak-kanak berfikiran secara rasional dan bebas pada budaya-budaya dangkal.

http://www.tarbawi.my
Muss Firah shared ''Menata Hati'''s photo.
[YAY.com]
CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.

Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.

Aamin Ya Rabbal Alamin...

Noah Zig shared Kami Benci Umno / BN's photo.
Kejadian Aneh yang tak ada dalam Berita Perdana..
DEWAN ORANG RAMAI BERTUKAR JADI HOTEL MILIK ORANG KUAT UMNO?

BESUT: PAS menuntut penjelasan kerajaan BN Terengganu berhubung sebuah hotel berhampiran jeti Kuala Besut yang didakwa dibina dari sebuah dewan orang ramai yang telah diubah suai.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau juga mendapat maklumat bahawa hotel tersebut dimiliki oleh orang kuat Umno bahagian Besut.

"Lapan tahun lalu ianya adalah sebuah dewan orang ramai di bawah Majlis Daerah Besut.

"Sekarang ianya menjadi Hotel Samudera yang didakwa dimiliki oleh orang kuat Umno Besut," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut di Kg. Baharu di sini hari ini. Hadir sama Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK ini berkata, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said perlu tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

Menurutnya, rakyat wajar tahu kenapa dalam isu tanah dan projek ini, pemimpin BN diberi keutamaan sedangkan rakyat terbanyak terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan malah dinafikan.

"Menteri Besar Terengganu ini seorang yang telus, jadi kita minta dia boleh menamakan pemilik hotel tersebut," kata Husam lagi.

Husam berkata, beliau memuji sikap telus Ahmad khususnya yang telah membuat pengesahan dalam isu penganugerahan tanah kepada empat wakil rakyat di Besut termasuk Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, apa yang pelik, menteri besar sendiri terpaksa campur tangan dalam isu tersebut sedangkan wakil rakyat termasuk Idris Jusoh masih berdiam diri.

"Pada saya isu tanah ini sengaja dibocorkan. Bila PAS tembak, MB ambil kesempatan buat pengesahan.

"Motif sebenar saya tak tahu lah, tapi sikap MB yang berterus terang itu sangat bagus," katanya. HD

http://azmieyusoff.blogspot.com/2013/07/kejadian-aneh-yang-tak-ada-dalam-berita.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan