Sabtu, 27 Julai 2013

BILA MANUSIA TIDAK MEMPEDULI LAGI MASALAH MARUAH....JADI CITA2 TERCAPAI

Mesir: Diserang menjelang sahur, 10 terkorban

Harakahdaily, 27 Jul 2013

(Tembakan gas pemedih mata sebelum penembak tepat menembak peserta himpunan awal pagi tadi)

MESIR: Himpunan aman besar-besaran "Jumaat Furqan" oleh penyokong Morsi yang berlangsung bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi berdepan tindakan kejam polis dan tentera Mesir yang melancarkan serangan berdarah kepada mereka.

Menjelang sahur pagi tadi, kumpulan penyokong Morsi di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat diserang dengan peluru hidup tanpa perikemanusian.

Ikhwanonline melaporkan, pasukan penempak tepat polis Mesir mengambil posisi di atas bangunan Fakulti Dakwah, Universiti Al-Azhar Madinah Nasr bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata sebelum itu.

(Kereta perisai polis menyusuri jalan menyuraikan peserta himpunan)

Polis juga menggunakan kereta perisai mereka membelah lautan peserta yang berhimpun.

Sehingga kini, dilaporkan 10 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban manakala lebih 300 lagi cedera.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital awam Raba'ah.

Menjelang azan Subuh pagi tadi, suasana di kawasan kubur Anwar Sadat berhampiran Raba'ah masih lagi kelam kabut.

Peserta saling membantu mengumpulkan jenazah yang terkorban dan pada masa yang sama membawa rakan mereka yang cedera ditembak ke hospital.

Serangan ini sekali lagi mengingatkan kejadian "Subuh berdarah" di hadapan Bangunan Pengawal Republik awal bulan ini yang menyaksikan lebih 50 terkorban diserang ketika sedang menunaikan solat Subuh.

(Perarakan penyokong Morsi selepas solat Jumaat semalam)

Biarpun serangan berdarah ini sememangnya dijangka, namun peserta himpunan menyokong Morsi tetap tidak berganjak, malah makin ramai memenuhi Dataran Raba'ah sehingga ianya tidak mampu lagi menampung kebanjiran orang ramai.

Himpunan Jumaat Furqan ini juga adalah sebagai tindak balas terhadap seruan pihak tentera yang diketuai Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi yang mahu rakyat turun ke Medan Tahrir bagi menyatakan sokongan kepada perampas kuasa yang didalanginya.

Al-Sisi mahu menjadikan himpunan di Tahrir semalam sebagai alasan sokongan kepadanya untuk bertindak menggunakan kekerasan terhadap penyokong Morsi yang berhimpun seluruh Mesir khususnya di Kaherah sejak awal bulan lalu.

Apa yang kau dah buat ni Guan Eng?

http://greenboc.blogspot.com, 27 Jul 2013

Guan Eng bergambar bersama sebahagian pemandu teksi yang menerima insentif Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh.
Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh

GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, semalam.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.

Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan.

“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.

"Jika ada aduan mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," katanya pada majlis penyerahan insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Timur Laut, di sini, hari ini.

Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak menerima insentif berkenaan.

Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. -SH

DAP arah peguam kaji saman ROS dan The Star

Harakahdaily, 27 Jul 2013
KUALA LUMPUR: DAP telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang  ke atas Ketua Pengarah Pendaftaran, Datuk Abdul Rahman Othman dan akhbar The Star ekoran dakwaan ahli DAP sedang berusaha menubuhkan parti baru.

Ini berikutan kenyataan Abdul Rahman, Pendaftar Pertubuhan  (ROS) tidak akan melayan permohohan ahli DAP untuk mendaftarkan parti baru.

"Ini adalah dakwaan palsu kerana tidak pernah berbangkit isu ini di kalangan pemimpin DAP dalam atau luar dari mesyuarat Jawatankuasa Eksekutuf Pusat (CEC)," kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

DAP, kata Lim, kesal kerana Abdul Rahman membuat kenyataan ini di bulan puasa.

Bagi beliau, ROS telah membenarkan dirinya digunakan oleh Umno selepas Umno gagal mengalahkannya dalam pilihan raya dengan cara membatalkan pendaftaran DAP secara haram.

Bagi Lim, Abdul Rahman membuat keputusan awal sebelum menyelesaikan siasatan ke atas DAP sebagaimana yang dijanjikan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang sebelum ini.

Pro Sisi dijamu makan, pro Morsi dijamu peluru

Harakahdaily, 27 Jul 2013

(Serangan di Masjid Qaid Ibrahim, Iskandariah malam tadi yang menyaksikan 7 terkorban)

MESIR: Ikhwan Muslimin mengecam tindakan 'double standard' pihak tentera yang menyerang penyokong Morsi dibeberapa kawasan awal pagi tadi sehingga mengakibatkan puluhan lagi terkorban.

Sebaliknya, penyokong Al-Sisi yang diarah berkumpul di Dataran Tahrir diberi layanan lima bintang.

Pemimpin Ikhwan, Dr.Mohammed El-Beltaji dalam temubual secara langsung sebentar tadi dengan stesen Al-Jazeera berkata, pihaknya tidak akan berganjak biarpun berdepan pelbagai ancaman.

"Kami bangga menjadi antara mereka yang dipilih untuk berkata "Tidak" kepada perampas kuasa.

"Kami diperlakukan begini sedang penyokong As-Sisi dan tentera di Tahrir dijamu dengan makanan yang disediakan oleh pasukan tentera dengan biayai wang rakyat, dicetak poster dan diedar gambar Sisi dan dijaga keselamatan mereka oleh polis sedang kami 'dihujani' dengan peluru hidup menjelang sahur tadi," katanya ketika ditemubual di Hospital Raba'ah pagi tadi.

Dalam kejadian menjelang sahur pagi tadi, kumpulan penyokong Morsi di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat diserang dengan peluru hidup.

(Samseng upahan mengepung Masjid Qaid Ibrahim, ratusan penyokong Morsi terperangkap)

Sekurang-kurangnya 10 telah dilaporkan terkorban termasuk lebih 300 lagi cedera. Angka korban dijangka terus meningkat ekoran ramai mengalami cedera parah.

"Jika anda melihat, lokasi himpunan kami di Raba'ah ini terletak tidak jauh dengan Pejabat Perisikan Perang Askar, bersebelahan ini bangunan Unit Kewangan Majlis Tentera, hanya beberapa meter terletaknya Bilik Operasi Majlis Tentera.

"Jika kami inginkan keganasan sudah lama kami kepung dan ceroboh bangunan-bangunan tentera tersebut dengan jumlah kami yang mencecah jutaan tapi kami tidak lakukannnya. Sudah hampir 30 hari kami berhimpun, jika kami inginkan keganasan maka hari pertama kami berhimpun sudah kami rempuh bangunan milik tentera ini," katanya lagi.

Sementara itu, seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Raba'ah, Dr.Hisyam Ismail melalui Al-Jazeera sebentar tadi berkata, setiap detik akan tiba di hospital itu mangsa yang cedera dan sehingga kini sudah 700 orang.

7 terkorban di Iskandariah


Dalam perkembangan berkaitan, tujuh lagi penyokong Morsi terkorban dalam serangan di Masjid Qaid Ibrahim di Iskandariah malam tadi.

Difahamkan, polis mengepung peserta yang berada di dalam masjid sebelum melepaskan gas pemedih mata.

Menurut web Ahram, pasukan tentera menembakkan gas air mata di sekitar lokasi himpunan untuk menyuraikan para peserta himpunan.

Dalam kejadian itu,seorang kanak-kanak 14 tahun didakwa turut terkorban akibat ditusuk dengan senjata tajam di perutnya.

BN menang dengan politik sogok?

Harakah, 27 Jul 2013

(Dr Dzulkifly Ahmad melayani pertanyaan pihak media di Markaz Besar PRK Pilihan Raya PAS N1 Kuala Besut, di Kampung Baharu.)

BESUT: PAS menerima keputusan kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut dengan redha setelah berpuas hati dengan kerja jentera pilihan rayanya sepanjang tempoh 12 hari berkempen.

Ahli Jawatankuasa Induk PRK Kuala Besut, Dr Dzulkifly Ahmad berkata PAS berpuas hati dengan semangat kerja jentera parti meski pun berhadapan dengan pilihan raya sogokan.

“Apa pun, kami rasa berpuas hati dan kami redha dengan keputusan ini, meskipun pilihan raya yang disogokkan dengan begitu hebat sekali. Mereka mengharapkan majoriti 4,000 undi kami berjaya menggagalkan mereka,” ujarnya kepada Harakah, 24 Julai lalu.


Baca laporan penuh dalam Harakah mulai esok.

Perpustakaan bantu Selangor jadi 'hab ilmu'

Saidah Hairan, Harakah., 27 Jul 2013

(Sultan Sarafudin menandatangani buku kehadiran dengan diperhatikan Halimah dan Mastura)

SHAH ALAM: Kerjasama agensi kerajaan negeri dan syarikat swasta untuk menyumbangkan buku kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) boleh membantu hasrat menjadikan Selangor sebagai ‘hab ilmu’.

Menurut Pengarahnya, Mastura Muhamad, PPAS akan berusaha mencapai hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Selangor negeri maju, sejahtera dan berkebajikan.

Mastura ditemui pada majlis sumbangan buku oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada PPAS, dekat sini, baru-baru ini.


Baca laporan penuh dalam Harakah mulai esok.

Judi siber terus operasi walaupun selepas diserbu

Harakah, 27 Jul 2013
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu (gambar) hairan bagaimana pusat siber judi yang diserbu masih beroperasi seperti biasa.

“Saya pun jadi hairan bagaimana premis judi siber ini masih boleh beroperasi selepas banyak serbuan dibuat oleh pihak berkuasa sebelum ini,” katanya.

Katanya tinjauan yang dibuat selepas menerima aduan mendapati pusat siber berkenaan mempunyai taktik untuk mengelak daripada diserbu dengan memasang CCTV di setiap bahagian.


Baca laporan penuh dalam Harakah cetak mulai esok.

Penghapusan etnik terbesar di Syria

Rossem, 27 Jul 2013


(Dr. Solah dari Jordan menceritakan apa yang berlaku di Syria sekarang)

Malam 17 Ramadhan di Kota Bharu, Kelantan. Hujan renyai-renyai ketika jamaah  bersiap-siap  mahu iftar di lapangan terbuka. Mereka terpaksa  ke dalam khemah Qaryah Ramadhan, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Seusai berbuka dan solat Maghrib berjamaah berimankan Syeikh  Hisham dari Mesir,  sementara menunggu Insya’ diisikan dengan program khusus, menampilkan seorang penceramah dari Jordan menyampaikan informasi terkini terkait dengan petaka musibah yang menimpa umat Islam di Syria.

Bercakap dalam bahasa Arab yang berapi-api, diterjemahkan seorang ustaz petugas Qaryah.  Dr Solah memberitahu, di negara Syria sekarang sedang berlaku suatu “penghapusan etnik” yang terbesar di abad ini. Rejim Bashar Al-Asad menggunakan seluruh kekuatan militer, persenjataan yang canggih membunuh rakyatnya sendiri. Dunia tutup mata.

(Antara orang ramai yang memenuhi dataran terbuka di perkarangan stadium)

Sebuah kampung dimusnahkan.  Seluruh warga, seawall usia  kanak-kanak, ibu-ibu, dan orang tua dibunuh, rumah-rumah dibakar, kesalahannya kerana salah seorang penduduk desa itu  bernama “Khalid Ibnu Walid”. Sebuah nama sangat dibenci oleh pemerintah Syria dikepalai Bashar.

Disebut lagi oleh Dr Solah, mereka membunuh umat Islam Ahlusunnah Wajamaah atas nama Syadina Ali Ibnu Abi Talib dan Syadina Hussain. Sedang sahabat dan menantu Rasulullah saw,  juga  cucu Rasulullah saw itu bukan kelompok  seperti mereka  gambarkan. Sekali-kali tidak!.

Anehnya, saat Dr Solah menyampaikan informasi, tiba-tiba terdengar suatu suara berteriak keras.  Suara seorang muslimat berkerudung  hitam yang berada di ruang solat muslimat menjerit. Namun jeritannya  kurang jelas kerana kami jamaah muslimin agak jauh,  tapi masih tampak jelas. Muslimat itu  sepertinya ada sesuatu yang bertentangan dengan opininya tentang informasi yang dilontarkan sang penceramah.  Petugas  kemudiannya mendekati dan menenangkan muslimat mistri itu.

Sebelum itu, pertama-tama Dr Solah melahirkan rasa terharu, sekaligus gembira kerana penduduk negeri Kelantan  mendapat seorang pemimpin (Menteri Besar) yang mempraktikkan pentadbiran di negeri ini berdasarkan Islam, sedang mereka, walaupun al-Quran itu bahasa mereka dan bahasa Nabi Muhammad.

"Tetapi, janji Allah adalah benar, Islam akan tertegak kembali di  tanah air kami,  sepertimana ia pernah tertegak dulu, termasuk di Syria," katanya.

Apa yang berlaku di Syria sekarang telah membuka mata sebahagian besar umat Islam seluruh dunia akan dendam kesumat terhadap Ahlusunnah wajamaah, di mana selama ini Ahlisunnah wajamaah sangat bertoleransi terhadap mereka. Akhirnya tembelang mereka pecah.

Turut hadir malam itu ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Datuk Haji Abdul Fattah Mahmammod.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan