Ahad, 28 Julai 2013

BERAKHLAK MEMANG DIGALAKKAN...MALAH BERAKHLAK BAIK ADALAH WAJIB BUKAN SATU PILIHAN...NABI SAW DIUTUSKAN PUN UNTUK MEMPERBAIKI AKLAK MANUSIA

Mencari kemuliaan seorang anggota Gerakan Islam

., 27 Jul 2013
LAILATUL QADAR

Mencari Kemuliaan Taqarrub oleh seorang anggota Gerakan Islam.


1. Kebiasaan orang melayu yang beragama Islam di negara kita ini akan pancit di akhir Ramadhan, sedang Nabi saw mengajar kita supaya memperbanyakkan ibadah di sepuluh akhir Ramadhan. Barangkali kerana di dorong oleh mood aidilfitri pula dimeriahkan dengan rancangan-rancangan mengasyikkan di televisyen.

2. Masjid dan surau akan kembali lengang dan jamaah semakin berkurang menjelang akhir Ramadhan. Tumpuan mula teralih kepada persiapan menyambut hari raya secara berlebihan. Objektif Ramadhan hilang begitu sahaja. ini adalah suatu fenomena yang merugikan ummat Islam dan perjuangannya.

Firman Allah swt:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

(Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5)

3. Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .

Sabda Rasulullah saw :[1]

وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .

“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan (mengharapkan redho Allah) nescaya diampunkan baginya segala dosa–dosanya yang telah lalu.”

(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

4. Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal–afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah (qiamullail) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat–alamat Lailatul Qadar, nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini.

5. Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :[3]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .

“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam–malam sepuluh akhir Ramadhan .”

(Riwayat Imam Bukhari)

6. Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .


“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh–sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya (agar bangun beribadah)”

(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.

7. Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

8. Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .

“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”

(Surah al Waaqia’h . Ayat : 10–12)

[1] Imam Bukhari di dalam sohihnya : 253 / 2 dan Imam Muslim di dalam sohihnya 524 /1
[2] Raudhah at Tolibin 389 / 2 dan Fathul Baari 267 / 4
[3] Sohih Bukhari : 254 / 2
[4] Sohih Imam Bukhari : 255 / 2 dan Sohih Imam Muslim : 832 / 2

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM

Khairy mungkin tidak dicabar

Subky Latif, 26 Jul 2013
Tiba-tiba meletup isu Khairy Jamaluddin tidak menghalang jika ada sebarang perkembangan mahu mencabarnya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu hujung tahun ini.

Rata-rata tidak terdengar di mana-mana ada usaha untuk mencabar pimpinannya setelah dia berjaya mengalahkan Dato’ Mukhriz dan Datuk Seri Khir Toyo dalam pemilihan lalu. Sepanjang pimpinannya tidak nampak sebarang pergolakan yang mahu dia digantikan.

Hanya Pemuda Umno saja yang dilihat tenang dibandingkan dengan badan induknya Umno dan Pergerakan Wanita.

Umno dikira bergolak dalam diam. Itulah sebabnya dipercayai timbul isu selepas PRU lalu, Perdana Menteri Najib tidak menolak pimpinan Umno itu dicabar dalam pemilihan nanti. Nada sedemikianlah yang diulangi Khairy baru-baru ini tentang kepimpinannya.

Najib keluar dengan suara itu kerana kebimbangannya akan ada reaksi dalam kalangan parti terhadap kegagalannya mencapai prestasi yang lebih dalam PRU13. Ingat  akan reaksi Umno atas prestasi buruk Tun Abdllah Badawi dalam PRU 2008 hingga PM dipaksa berundur, maka tidak mustahil Najib menerima tekanan yang  sama.

Najib ada asas untuk merasa bimbang kerana pertama, adakah Tengku Razaleigh tidak pernah tidak menawarkan diri untuk jadi Presiden Umno sejak dia kembali ke pangkuan Umno. Ku Li tidak bertanding kerana tiada pencalonan. Kiranya kali ini ada pencalonan, tidak mustahil dia menolak.

Dari kalangan dalaman parti pula ada yang melihat Muhyiddin Yasin sentiasa boleh menjadi pencabarnya.

Sama ada cabaran akan berlaku tidak diketahui tetapi Najib terpaksa bersedia menghadapi kemungkinan. Kesediaannya seperti yang dikatakan itu, tidaklah sebenar-benar satu keterbukaan tetapi ia adalah satu taktik bagi mengelakkan ada cabaran  dalam dan berwaspada dengan cabaran yang menunggu dari Ku Li itu.

Jeratnya menjadi, reaksinya dilihat seolah-olah semua mahu Najib kekal. Maka isu Najib dicabar sudah  diam.

Wanita memang bergolak. Dengan  masalah dan kerenah yang menyelubungi Shahrizat, dia tidak dikira ketua yang berwibawa lagi. Tetapi berkeras tidak mahu berundur. Pencabar terdekatnya tidak ada kerana Dato’ Kamalia Ibrahim, timbalannya yang rasanya tidak dipercayainya telah terkeluar dari Umno kerana bertanding Bebas dalam PRU dulu.

Jadi dia tahu siapa pencabar yang terdekatnya. Pencabar yang ada adalah Azalina Othman bekas menteri, bekas dan pengasas Puteri Umno. Tetapi dia seperti  tidak ada dalam parti.

Puteri pula masalahnya ketuanya cukup umur terpaksa beri laluan kepada yang baru. Mencari yang baru sajalah masalah.

Ada pun Khairy hanya ada masalah kerana dia diketepikan oleh pentadbiran Najib hingga dia tidak diberi jawatan kabinet. Ketua Pemuda yang terkeluar dari kabinet biasanya adalah masalah dengan pimpinan parti seperti Dato, Zahid Hamidi dulu. Itulah masalah Khairy tetapi tidak pula nampak impasan Najib buat sesuatu untuk menjauhkannya.

Pengasingan itu tidak berbangkit lagi apabila Khairy sudah jadi menteri. Orang-orang Pak Lah yang terpinggir dulu kebanyakannya ada balik dalam arus perdana. Pilihan sudah tidak lama lagi. Maka orang mulai bertanya siapakah pencabarnya? Khir Toyo sudah tiada. Mukhriz jika ada belum menampakkan dia berminat seperti dulu.

Jika dia berminat dan kalah pula, maka masa depan jadi payah. Mukhriz tampil dulu kerana jawatan itu dikosongkan oleh Dato, Hishamuddin  Husain. Tetapi jawatan itu berisi sekarang. Lain-lain nama belum nampak.

Kesediaan yang dinyatakan Khairy itu ialah untuk melihat siapakah yang berminat untuk mencabarnya? Orang itu belum ada dan Mukhriz belum bukan mulut. Khairy sebenarnya tiada saingan. Mungkin tiada yang mencabarnya.

Memberi, menambah makna kepada diri

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, 26 Jul 2013
“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.

Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.

Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.

Pergi bercuti sepuas hati.

Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.

“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.

“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.

“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.

Si tukang kayu serba salah.

Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.

Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.

Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.

Terpaksa.

Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.

Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.

Malang sekali.

Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batuk di tangga.

“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beria-ia sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.

Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.

“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan.” kata si tukang kayu.

“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.

“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.

“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini.” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.

Menggeletar tangan si tukang kayu.

Hatinya ditaufan rasa sesal.

“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.

Erti Hidup Pada Memberi

Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!

“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.

Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh,” asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”

Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.

Hakikatnya kehidupan tidak begitu.

Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.

Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.

Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Surah al-Israa' : ayat).

http://saifulislam.com/ 

 Kekal lah PAS sebagai parti yang berakhlak
Posted on Saturday, July 27 @ 22:41:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh PenorehGetah


Kalaulah disuruh pilih sebuah parti yang dikatakan stabil, ahli-ahlinya berdisiplin dan berakhlak, sudah pasti pilihan tadi adalah PAS. Parti yang memperjuangkan Islam sejak sebe,um Merdeka ini lagi dikenali samada oleh kawan atau lawan sebagai sebuah parti orang baik-baik, keranan bukankah sepatutnya begitu lantaran yang diperjuangkan parti ini adalah Islam.

Parti ini bermula dari sekecil-kecil gerakan, yang dipandang rendah dan lekeh, dijangka tidak panjang usianya kerana kurang diyakini dapat menambat minat dan sokongan rakyat berbandin Umno yang seakan usianya.

Tetapi lantaran istiqomah ahli-ahli dan pimpinannya yang didokong kuat oleh para ulamak PAS kekal dipersada politik tanahair sehinggalah ke hari ini. Malah kalau dikira usianya menjangkau Umno, kerana Umno dikira mati dan hidup semula akibat diharamkan Mahkamah satu ketika dahulu.


PAS jatuh dan bangun dalam politik Malaysia tetapi tetap tegap berdiri malah hari ini merupakan salah sebuah parti politik yang terbesar keahliannya dan paling tersusun organisasinya.
Walaubagaimanapun seperti parti-parti lain PAS tidak sunyi dari berbagai cabaran, dugaan dan krisis. Presidennya pernah meninggalkan parti, ada wakil rakyatnya yang pernah melompat meninggalkan parti, Presidennya ditahan ISA dikenakan tindakan sehingga tidak layak bertanding, namu PAS terus relevan bukan kerana kehebatan individu, bukan kerana kekuatan kewangan, tetapi PAS kekal bernafas saya yakin kerana ia tetap berpegang kepada Islam sebagai prinsip dan dasar perjuangan.


Jika ada usaha untuk membawa PAS keluar atau melonggarkan prinsip dan dasarnya itu, jangankan pimpinan, ahli-ahli PAS yang berkorban bermati-matian dan sentiasa istiqomah itu pasti akan bangkit dan memperbetulkan kembali keadaan.
Saya membangkitkan hal ini kerana melihat seakan ada atu arus atau gerakan untuk menggugat kestabilan dalam PAS sedang membara kebelakangan ini lebih-lebih lagi memandangkan parti itu akan menghadapi proses pemilihan dalam parti tidak berapa lama lagi.

Pemimpin naik dan pemimpin turun melalui proses pemilihan adalah satu perkara biasa termasuklah dalam PAS. Tetapi yamg menjadi luar biasa adalah apabila parti Islam ini turut melalui proses kempen memburuk-buruk dan menjatuhkan individu dan kumpulan tertentu melalui fitnah, tohmahan dan adu-domba. Proses seumpama ini tidak boleh ada di dalam PAS kerana ianya jelas bertentangan dengan prinsip dan dasar perjuangannya.
Satu artikel dalam sebuah portal berita hari ini bagi saya adalah permulaan proses kotor ini dan perlu di bendung dan diberi perhatian oleh ahli-ahli. Di bawah tajuk:

Another son in law rises this time in PAS
Atau dalam Bahasa Melayu nya:
Kebangkitan pengaruh menantu kali ini dalam PAS
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kebangkitan-pengaruh-menantu-kali-ini-dalam-pas

cuba memberikan gambaran buruk secara spesifik kepada pemimpin nombor satu PAS iaitu Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Kononnya PAS kini diganggu oleh pengaruh menantu Tuan Guru dan cuba menyamakannya dengan Khairy Jamaluddin ketika Dollah Badawi Presden Umno satu ketika dahulu.Dan dalam ruangan komen artikel berbahasa Inggeris itu dimuatkan komen berikut:

Hadi and this son-in-law are selfish people, always thinking about themselves and always thinking that they are right. Of course they are wrong! These kind are not what Malaysia needs. The Rakyat must always be careful of them - they do not have a Malaysian agenda but rather they own inward, selfish agenda.
(Hadi dan menantunya mementingkan diri sendiri, sentiasa memikirkan tentang diri mereka sahaja yang betul. Tetapi mereka sebenarnya salah! Orang seumpamam ini tidak diperlukan oleh Negara (Malaysia). Rakyat mesti berhati-hati dengan mereka, mereka tiada agenda Malaysia sebaliknya hanya mementingkan agenda peribadi mereka.)

Bukannya saya taksub atau fanatik pada Tuan Guru tetapi apabila dihamburkan fitnah dan tuduhan melulu ke atas seorang tokoh yang telah banyak menyumbang ke arah kebangkitkan semula PAS sejak awal 80an lagi (sedang ketika itu ada diantara pimpinan PAS hari ini tak kenal pun PAS lagi), saya merasakan ahli-ahli PAS yang istiqomah dan cintakan dasar dan perjuangan parti perlu bangkit mempertahankan yang hak.Cegah unsur-unsur sekular yang mengizinkan politik adu-domba dan fitnah dari meresap ke dalam parti dan merosakkannya.

Rakyat mahu kepada PAS lantaran ia konsisten dalam memperjuangkan Islam, jangan sampai rakyat lihat tiada beza antara kita dengan yang lain.Semoga Allah swt terus mempertahankan PAS dan pemimpinnya yang ikhlas.

Roslan SMS
http://n32.blogspot.com


............................
http://penorehgetah.blogspot.com

Note: Gaya cubaan memburuk dan menjatuhkan Presiden PAS hampir sama apa yang berlaku dengan Morsi di Mesir - PK


 PUISI: Hanya Di Medan Rabiatul Adawiyah
Posted on Saturday, July 27 @ 23:51:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: kamal_hasan

"Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mebahagikan Medan kepada dua di tengah-tengah kepanasan, sebahagian melakukan demonstrasi di tengah panas, sebahagian lagi berteduh di tempat teduh dan mereka bergilir-gilir tempat kemudiannya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Wanita melalui khemah orang lelaki yang tidur dan melaungkan,"Mengapa kamu semua tidur, adakah Mursi sudah dikembalikan?"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Seorang lelaki membeli sebotol air mineral dan minum hanya seteguk cuma dan mengagihkan botol kepada orang lain bagi menghilangkan dahaga mereka.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Permandangan mereka ketika solat tidak ubah seperti di Masjidil Haram yang sangat ramai jemaahnya sehingga tiada laluan untuk berjalan, dan apabila pemandangan ini dilihat dari kaca televisyen, mereka akan katakan "Mereka hanya kekurangan sebuah Ka'bah untuk melakukan tawaf"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mebahagikan tandas-tandas masjid di sekitar kawasan kepada dua bahagian, tiga masjid untuK lelaki dan tiga masjid untuk wanita.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu akan menghidu bau wangi-wangian atar dan kasturi di setiap kawasan di Medan.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mencari sesiapa yang memerlukan untuk diberikan sedekah padanya, dan mereka meletakkan wang di tempat pengumpulan wang tanpa bimbang, dan apabila hendak dibahagikan, wangnya bertambah dan tidak berkurang.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu tidak akan menemukan seorang Ikhwan atau Salafi, kerana kami semua hanyalah Muslim.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Datang seorang kristian dan mengumumkan keIslamannya dari atas pentas dan melaungkan kepada semua orang syahadahnya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Seorang lelaki yang melintasi khemah para wanita dan terlihat akan lubang dari khemah itu lantas dia menanggalkan pakaiannya dan menutupi lubang tersebut lalu berjalan meninggalkan bajunya di situ.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Pembersihan yang dilakukan dengan kerap di Medan sehinggakan kami tidur dI atas tanah yang bersih.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu akan sentiasa mendengar nada dering dari keratan ayat Al Quran seakan-akan kamu berada di tengah-tengah para malaikat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Para wanita dapat berjalan dan melintasi medan yang penuh sesak dengan kadar keamanan yang sangat tinggi, seakan-akan mereka berada di tengah ayah-ayah dan ibu-ibu mereka, dan mereka sentiasa dibuka laluan sehingga mereka dapat melintasi dengan selamat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu tidak akan mendengar suara jelek para penjual menjerit-jerit.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Peniaga-peniaga gerai meninggalkan gerai mereka terbuka luas dan beredar untuk tidur sambil mengatakan "Sesiapa yang mahukan sesuatu, ambil dan letakkan bayarannya di dalam laci, dan MEREKA kembali dengan hasilnya yang tetap cukup.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Berdirinya para lelaki menangis-nangis ketika saudara-saudara mereka dibunuh ketika solat subuh dan kesejukan tetapi tetap teguh dan tidak lari dari bedilan senjata api.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah..

..........

*Puisi ini adalah nukilan salah seorang demonstran yang turut berhimpun di Medan Rabiatul Adawiyah.

http://silverheritage.blogspot.com

Artikel lain yang menarik

1.Mujahidin-melayu-di-afghanistan
2.Apa Yang Saya Bimbangi-Di Sebalik TPP
3. Airmata Rasulullah saw"

Banyak rupanya sekolah Tahfiz di N.Sembilan, kenapa tak tahu?
Posted on Saturday, July 27 @ 23:56:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Rupa-rupanya banyak sekolah tahfiz di Negeri Sembilan ini. Tetapi sayang setakat ini saya tak jumpa lagi laman web yang ada maklumat semua sekolah tahfiz di N.Sembilan ini untuk memudahkan para pelajar, ibu bapa dan penjaga membuat pilihan untuk sekolah tahfiz mana yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Juga untuk memudahkan orang ramai untuk menderma di sekolah-sekolah tahfiz yang begitu banyak di Negeri Sembilan ini sebenarnya yang sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan terutamanya kewangan, cumanya mereka ini tidak menjalankan aktiviti kutip derma di tempat-tempat awam seperti di luar pintu bank, pasaraya dan sebagainya.

Kalau pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dapat mengumpulkan maklumat tersebut untuk kemudahan umat Islam di Malaysia dan di Negeri Sembilan khususnya amatlah elok ianya dipromosikan.

Kalau tak ada, mana-mana pengendali sekolah tahfiz atau pusat pendidikan Islam di Negeri Sembilan ini boleh saya masukkan dalam blog Pusat Pendidikan Agama Islam Negeri Sembilan di

http://puspa-ns.blogspot.com secara percuma atau boleh saya masukkan dalam blog saya di http://rozmal.blogspot.com

Sila e-melkan kepada saya rozmal@yahoo.com butiran yang perlu dimasukkan atau siarkan di MukaBuku saya di http://www.facebook.com/Rozmal

Berikut antara beberapa sekolah tahfiz di N.Sembilan yang saya jumpa melalui carian di internet tapi tiada maklumat lengkap :

  1. Maahad Tahfiz YSU (Yayasan Sulammi Ulummiah), Rahang, Seremban

  2. Madrasah Tahfiz Al Falah, Seremban

  3. Maahad Tahfiz Al-Irshad, Labu

  4. Madrasah Tahfiz Darussyifa, Tampin

  5. Maahad Tahfiz alQuran An Najihah, Nilai

  6. Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah, Seremban

  7. Sekolah Tahfiz Darul Ulum, Rasah

  8. Maahad Tahfiz At-Tohiriah, Port Dickson

  9. Maahad Tahfiz Darul Huffah, Lenggeng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan