Ahad, 23 Jun 2013

MUNGKIN ADA SINDROM MALAS...SINDROM NAK REHAT...SINDROM NAK ENJOY DAN SINDROM PELBAGAI ALASAN...INI PERKARA BIASA BAGI MANUSIA

Anwar beri amaran 'sindrom penat' pemimpin Pakatan
 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang 'sindrom kepenatan' yang menjangkiti beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sehingga kelihatan teragak-agak untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Bercakap dalam sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang hari ini, Anwar berkongsi pandangan dengan Naib presiden PAS Husam Musa bahawa pemimpin seperti itu hakikatnya membawa suara Umno dalam Pakatan Rakyat.

pakatan convention de palma 230613"Ada di kalangan orang bicarakan, oh, kita lihat ke depan. Saya ingatkan kepada mereka kalau mereka kekal dalam Pakatan, lihat ke depan itu tidak mungkin tanpa memahami kenyataan sejarah, dulu dan sekarang.

"Orang yang membawa bicara, lihat ke depan saja sama dengan dibicarakan Husam, suara itu suara Umno dalam Pakatan dan ini (kita) harus beranikan diri untuk menolak dan menangkis.

"Penderaan terhadap pimpinan rakyat tanpa kecuali diteruskan walaupun kerajaan ini kerajaan minoriti... Tak kiralah apa sistemnya, kita tidak boleh menafikan majoriti rakyat tolak Umno dan BN. Sistem itu benarkan mereka terus berkuasa.

"Tapi jangan kita cepat mengalah. Ini disebutkan dalam politik sebagai syndrome fatigue (sindrom kepenatan). Kepenatan. Sindrom kepenatan, bila menjangkiti kita dalam Pakatan, dia mulalah mencari ruang mengurangkan kepenatan atau menambah pendapatan," katanya.
DAP: Kau yang hipokrit, Wan Ahmad
2:37PM Jun 23 2013  
DAP hari ini menempelak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa menjadi 'hipokrit sebenar' dengan menyatakan pilihan raya umum lalu bersih dan adil sekalipun bukti menunjukkan sebaliknya.

NONEDalam kenyataan, Pengarah Strategi DAP Ong Kian Ming mendakwa SPR menunjukkan sikap hipokrit apabila enggan mengakui bahawa dakwat kekal itu tidak kekal, perpindahan pengundi berlaku sewenang-wenangnya, persempadanan menyebelahi BN dan SPR tidak menguatkuasa peraturan pilihan raya.

Ahli parlimen Serdang itu mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum lalu.

Berdasarkan fakta, katanya, pelbagai tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat - menganjurkan perhimpunan bantahan, memfailkan petisyen, menyuarakan parlimen - tindakan konsisten dengan hasrat mereka demi mewujudkan ketelusan, adil dan sistem pilihan raya yang bersih.
40 khemah turun, 50 masih kekal
 
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin hari ini berkata kira-kira 40 buah khemah yang didirikan di Padang Merbok selepas himpunan Black 505 semalam telah diturunkan.

kl black505 event camping 220613Ia ekoran tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerahkan notis supaya mengosongkan Padang Merbok dalam tempoh dua jam pagi ini.

Bagaimanapun, ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, baki 50 buah khemah lagi masih lagi kekal strukturnya di padang itu.

"Kami sedang berbincang peringkat demi peringkat (sama ada untuk menurunkannya). Isunya bukan dengan DBKL. Isunya adalah mendesak (kepimpinan) SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) letak jawatan," katanya.

NONESementara itu, Pengarah Propaganda SAMM Edy Nor Reduan berkata, setakat jam 1.30 petang ini tiada apa-apa tindakan daripada DBKL sekalipun kira-kira 30 pegawai DBKL berada berdekatan kawasan perkhemahan mereka.

Sebelum itu, Bernama melaporkan DBKL hari ini mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di Kuala Lumpur untuk mengosongkan kawasan itu.

Pegawai Penguatkuasa DBKL yang ditemui di kawasan itu berkata notis tersebut dikeluarkan pada pukul 10.15 pagi supaya membuka dan mengalihkan khemah yang didirikan di tempat awam tanpa kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Penganjur mendakwa 100 khemah didirikan di Padang Merbok selepas perhimpunan Black 505 semalam dan 246 orang bermalam di situ malam tadi.
DBKL keluar notis 2 jam kosongkan Padang Merbok
 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di Kuala Lumpur untuk mengosongkan kawasan itu.

Pegawai Penguatkuasa DBKL yang ditemui di kawasan itu berkata notis tersebut dikeluarkan pada pukul 10.15 pagi supaya membuka dan mengalihkan khemah yang didirikan di tempat awam tanpa kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

"Kita bagi masa sehingga pukul 12.15 tengah hari ini kepada mereka namun jika mereka gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan tindakan akan diambil," katanya ketika ditemui di ibu negara hari ini.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau dikenali Cikgu Bard berkata kira-kira 100 buah khemah didirikan di kawasan Padang Merbok itu selepas perhimpunan Black 505 semalam.

"Semalam seramai 246 orang yang bermalam di sini dan hari ini kita akan bertindak mengikut keadaan semasa serta bergantung kepada arahan DBKL," katanya.

-Bernama
35 ADUN Kedah angkat sumpah kecuali Azizan
 
Seramai 35 daripada 36 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah hari ini mengangkat sumpah jawatan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Alor Setar hari ini.

Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang juga Adun Sungai Limau, tidak hadir pada majlis angkat sumpah hari ini berikutan masih menerima rawatan susulan pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis baru-baru ini.

Kesemua 21 Adun Barisan Nasional (BN) dan 14 daripada pembangkang iaitu PAS (lapan), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (empat) dan DAP (dua) mengangkat sumpah taat setia dalam memelihara dan mempertahankan perlembagaan negeri Kedah.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speakar DUN yang baharu dilantik Datuk Md Rozai Safian dengan didahului Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, diikuti oleh 34 lagi Adun.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan cadangan daripada Menteri Besar yang mengemukakan nama Md Rozai sebagai Speaker DUN yang baharu dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail.

Md Rozai, 58, pernah menjadi Speaker DUN pada 2004 hingga 2008. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Adun Sungai Tiang sejak 1999 hingga 2004.

Beliau bertanding di kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008 tetapi kalah. Beliau tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.

Selepas majlis mengangkat sumpah kesemua Adun, Mukhriz mencadangkan nama Adun Bayu Datuk Azmi Che Husain sebagai Timbalan Speaker, dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Datuk Suraya Yaacob.

Pada PRU13, BN berjaya merampas kembali pentadbiran kerajaan negeri ini daripada pakatan pembangkang dengan majoriti mudah, menang 21 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Daripada 15 DUN yang dimenangi pembangkang, sembilan daripadanya PAS, empat PKR manakala dua daripada DAP.

Md Rozai ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata Azizan boleh mengangkat sumpah sebagai Adun di mana-mana sahaja asalkan di hadapan Speaker.

"Tidak ada masalah dengan ketidakhadiran Tan Sri Azizan hari ini. Mengikut surat yang diterima, dikatakan beliau masih 'critically ill'. Kalau diikutkan tidak ada masalah untuk beliau angkat sumpah di mana-mana sahaja asalkan di hadapan Speaker.

"Saya sendiri akan melawat Tan Sri Azizan di hospital (Pulau Pinang) dan melihat sendiri keadaan beliau nanti. Beliau ada masa enam bulan untuk angkat sumpah dan saya akan cuba pastikan masalah ini akan selesai dalam tempoh itu," katanya.

Sementara itu, wakil-wakil rakyat pembangkang telah bersetuju untuk melantik Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah sebagai ketua pembangkang.

Amiruddin berkata perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh semua wakil rakyat PAS (kecuali Azizan), PKR dan DAP baru-baru ini.

"Wakil rakyat lain mahu saya menjadi ketua pembangkang berikutan keadaan Tan Sri Azizan yang masih belum pulih. Speaker dah dilantik...jadi kami (wakil rakyat pembangkang) akan menulis surat kepada speaker memaklumkan keputusan kami," katanya.

-Bernama
Bahaya jerebu di Muar hampiri rekod 1997
10:55AM Jun 23 2013  
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, Johor kekal di paras bahaya dan kualiti udaranya merosot teruk sehingga menghampiri rekod pada September 1997.

Bacaan IPU setakat jam 7 pagi ini mencatatkan angka 746 (berbahaya), berbanding 373 semalam (bacaan jam 11 pagi).

Keadaan udara dianggap berbahaya apabila mencatat angka melebihi 301.

Dilaporkan, rekod tertinggi IPU direkodkan di Kuching pada 23 September 1997 dengan bacaan 839.

Selain itu, dua tempat di Melaka turut memasuki tahap bahaya hari ini, iaitu Bandaraya Melaka (357) dan Bukit Rambai (334), menurut laporan di laman web Jabatan Alam Sekitar.

IPU di Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang terus tidak sihat dengan bacaan lebih 100. Pelabuhan Klang mencatat angka paling buruk untuk kawasan-kawasan di Lembah Klang dengan bacaan 188.

Secara keseluruhannya, situasi jerebu di Malaysia tidak memberangsangkan dan hanya enam peratus sahaja kawasan yang mendapat kualiti udara yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan