Turun Harga Kereta, Promosi Ala Supermarket
Posted on Wednesday, June 12 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Facebook DPP Kedah
Penurunan
harga kereta sebagaimana yang diumumkan ternyata hanyalah memperdayakan
rakyat. Kereta yang termampu untuk rakyat berpendapatan rendah dan
sederhana turun hanya beberapa peratus.
Seorang pembeli Peugeot
308 memberitahu, beliau membeli kereta tersebut pada September 2012
dengan harga RM102,888.00. Tetapi sebagaimana diuar-uarkan itu, pada
bulan Januari 2013 harga naik kepada RM115,663.00.
Kelmarin kerajaan umum harganya turun 11%, oleh itu 1 Mei 2013 harga kembali RM102,888.00.
Apakah ini penurunan yang dimaksudkan? Teknik perniagaan ala-promosi supermarket???
Gambar dari FB Penyokong che'gu Bard
Sumber FB
Dulu UMNO desak kerajaan PR tutup... sekarang dah ada kuasa, buat sendirilah!
Posted on Wednesday, June 12 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Blog Kedah La
UMNO Kedah, bila hangpa nak tutup pusat hiburan ni?
Harap-harap
Melayu tak mudah lupa bila Pengerusi UMNO Kedah Datuk Md Bashah Mat
Hanipah buat sidang media khas membantah kewujudan pusat hiburan House
Bar, Jalan Alor Mengkudu. UMNO mendesak supaya kerajaan PR Kedah menutup
pusat hiburan tersebut.
Sekarang UMNO dah ada kuasa, so nak tunggu apa lagi pi tutuplah! Jangan dok bagi banyak alasan kerajaan UMNO Kedah hoiii.
Bagaimanapun
rakyat Kedah bagi masa kepada UMNO Kedah untuk melaksanakan kerja
penutupan semua pusat hiburan tu dalam masa 100 hari seperti yang mereka
janjikan sewaktu kempen PRU lalu.
Kalau lepas 100 hari depa tak
tutup jugak, maka kita turun buat demo depan Wisma Darul Aman. Kita
ajak sekali Cot Salihiah, Sobri Sudin dan Mursyid Pekida... amacam,
boleh?
Sumber
Kehidupan Ini Ibarat Secawan Kopi
Posted on Wednesday, June 12 @ 07:14:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: al-bahanj
"Sekumpulan
bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah
berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar
mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah
lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang
selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di
universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.
Setelah
lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat
kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa
bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke
dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.
Beliau
kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi air kopi
dan beberapa jenis cawan. Ada cawan itu diperbuat daripada porselin,
plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang
kelihatan murah, ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.
Pensyarah
itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi
ke meja tempat dihidangkan air kopi itu dan menuangkan sendiri air kopi
ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu. Setelah
semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:
“Jika
anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah
pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada
sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang
terbaik untuk diri sendiri kan…”
Beliau kemudian menyambung.
“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”
“Saya
pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada air kopi
yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya
membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam
situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”
“Apa
yang anda semua betul-betul mahukan adalah air kopi itu, bukan
cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan
kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda
untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau
paling bagus.”
“Sekarang, cuba anda fikirkan: KEHIDUPAN adalah
air kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam
masyarakat adalah cawan. Itu semua merupakan alat untuk memegang dan
terkandung di dalamnya KEHIDUPAN!”
“Rupa dan jenis cawan tidak
memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini.
Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN,
kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu. Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu,
bukan CAWANNYA!”
“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang
memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah
mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”
“Hiduplah
dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan
sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah
kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada
aksesori kehidupan”
Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej
yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas. Tulisan di atas telah saya
terjemah dan sunting dari video ‘Life Is Like A Cup Of Coffee’ yang dipetik dari spiritual-short-stories.com. Penulis asalnya tidak diketahui.
- muzir.wordpress.com
*Sumber: http://muzir.wordpress.com"
Amaran Pandikar menyalahi undang-undang Dewan, kata PKR
Posted on Wednesday, June 12 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Mohd Farhan Darwis
Surendran
menegaskan Peraturan 5(2) Peraturan-peraturan Mesyuarat menyatakan
'mana-mana ahli Parlimen yang belum mengangkat sumpah boleh berjumpa
sendiri di mejanya dan sumpah boleh dilakukan dihadapannya'. – Gambar kiri
KUALA LUMPUR, 11
Jun—Amaran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa
mana-mana ahli Parlimen yang memboikot upacara mengangkat sumpah pada 24
Jun depan akan terlucut jawatan adalah bertentangan dengan
undang-undang dan Peraturan Dewan Rakyat, kata PKR.
Parti
komponen Pakatan Rakyat (PR) itu menegaskan kenyataan yang dikeluarkan
Pandikar itu juga membolehkan beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan
Kebebasan.
Naib Presiden PKR N. Surendran menegaskan Peraturan
5(2) Peraturan-peraturan Mesyuarat menyatakan “mana-mana ahli Parlimen
yang belum mengangkat sumpah boleh berjumpa sendrii di mejanya dan
sumpah boleh dilakukan dihadapannya.”
“Peraturan 5(2) menjadikannya ianya mandatori untuk Setiausaha menerima sumpah berkenaan.
“Speaker dan Barisan Nasional (BN) tiada kuasa menolak sumpah ahli Parlimen pembangkang,” kata Surendran.
Bagaimanapun,
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan kesemua 38 anggota
Parlimen DAP tidak akan memboikot upacara mengangkat sumpah anggota
Dewan Rakyat pada 24 Jun 2013 serta persidangan Parlimen.
"Tetapi
kami akan menggunakan proses perundangan untuk menuntut pembaharuan
pilihan raya, khususnya mematuhi prinsip demokratik 'satu orang, satu
-mengundi, satu nilai," kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga, "memulaukan majlis angkat sumpah
Ahli Parlimen tidak akan dilihat sebagai 'simbolik' atau langkah berani
untuk membantah terhadap pilihan raya umum yang dicuri apabila PR boleh
membuat titik yang lebih berkesan dengan seluruh negara perhimpunan
bantahan aman."
Guan Eng turut menjelaskan, tindakan memboikot
Dewan Rakyat tidak akan terjejas dengan hanya memboikot sebuah upacara
angkat sumpah berbanding suara-suara gerakan rakyat sebenar.
"Peranan
Speaker Dewan adalah menjalankan urusan parlimen dan tidak seharusnya
campurtangan dalam hal politik. Ia adalah yang paling tidak patut bagi
mana-mana Speaker dan beliau tidak mempunyai hak untuk memboikot
mana-mana ahli Parlimen atau sengaja menyebabkan beliau hilang kelayakan
oleh memboikot atau menolak untuk bersumpah.
"Saya berharap
bahawa ini adalah hanya satu jenaka oleh Tan Sri Pandikar atau lain ada
akan menjadi keraguan yang serius pada niat dan kesaksamaan apabila
beliau mempengerusikan Parlimen."
Ahli Parlimen PR awal hari ini
telah diberi amaran oleh Pandikar mereka akan digugurkan sebagai wakil
rakyat sekiranya memboikot proses mengangkat sumpah pada 24 Jun ini.
“Kalau
ahli Yang Berhormat tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan, selama enam
bulan maka secara automatik gugur sebagai ahli Parlimen,” katanya.
Jelas
Pandikar Amin lagi, atas semangat demokrasi juga, speaker dan timbalan
speaker berhak memboikot upacara mengangkat sumpah wakil rakyat PR.
“Tidak boleh angkat sumpah hari lain ... kecuali tidak datang atas sebab kesihatan yang tak boleh dielakkan,” katanya.
“Apabila kita angkat sumpah baru kita jalankan fungsi sebgai wakil rakyat,” katanya.
Ahli
Parlimen PR awal hari ini telah diberi amaran oleh Pandikar mereka akan
digugurkan sebagai wakil rakyat sekiranya memboikot proses mengangkat
sumpah pada 24 Jun ini. - Gambar oleh Choo Choy MaySesi taklimat pertama
ahli-ahli Parlimen hari ini menyaksikan kehadiran 111 anggota Parlimen
yang dipilih pada Pilihan Raya 2013, dengan hanya seorang wakil
pembangkang, ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang hadir, daripada 89
keseluruhan ahli Parlimen PR.
Surendran juga turut berkata amat
mengejutkan Speaker mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap ahli
Parlimen PR yang telah dipilih rakyat.
“Ancaman keterlaluan
Pandikar ini mendedahkan berat sebelah secara terang-terangan terhadap
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan penghinaan terhadap pejabat yang
didudukinya,” tegas ahli Parlimen Padang Serai itu lagi.
Dakwanya
lagi, ancaman Speaker yang “dilantik BN” itu juga selari dengan cara
tidak demokratik dan diktator di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan BN terus mentadbir negara ini.
Sumber
Keistimewaan pemilik teratak ini.....Anda perasan tak?
Posted on Wednesday, June 12 @ 07:22:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"
Pemilik teratak ini
tiada keinginan beli mobil yang murah
sedang menabung duit beli mobil harga mahal
Pemilik teratak ini
mahu anaknya belajar di U berbayar yurannya
tiada kelas jika belajar di tempat yang percuma
Pemilik teratak ini
punya motor yang ajaib
motornya tidak pakai petrolium....isi tangki dengan air!
sebab itu dia tidak kisah dengan harga petrolium yang meningkat
Dan pemilik teratak ini anggap GST satu spesis dengan BRIM
seronok sakan bila lihat di resit tercatat GST ! sebab itu pemilik teratak ini
tetap setia mengundi BN
BN di hatiku
biar pemimpin kaut hasil asalkan aku papa kedana!
Inilah keajaiban dan keunikan pengundi dacing dan keris telanjang.........
Apa keistimewaan pemilik teratak ini?
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan