Sabtu, 22 Jun 2013

INSYAALLAH DALAM AMAN PERHIMPUNAN INI

Black 505 berlangsung aman, tanpa provokasi

Harakahdaily, 22 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Himpunan aman Black 505 di Padang Merbok akan bermula jam 2.00 petang ini. Beberapa lokasi telah ditetapkan oleh penganjur untuk berkumpul sebelum begerak ke Padang Merbok.




Ianya termasuk Masjid Negara, pusat membeli belah Sogo, Pejabat Agung PAS, Brickfields, Universiti Malaya serta Jalan Pekeliling.

Sejak awal pagi tadi orang ramai sudah mula memasuki ibu negara untuk menyertai himpunan ini bagi membantah penipuan yang berlaku pada Pilihan Paya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Rata-rata pimpinan utama Pakatan Rakyat menyatakan komitmen untuk bersama dalam himpunan ini.

Antara tuntutan utama himpunan hari ini adalah mendesak kepimpinan SPR meletakkan jawatan berikutan banyak kepincangan sewaktu mengendalikan PRU13 lalu.

[LAPORAN LANGSUNG]
5.45pm: Penganjur mengumumkan himpunan aman Black 505 secara rasminya tamat. Bagaimanapun mereka turut memaklumkan terdapat anak muda yang akan berkhemah di Padang Merbok sehingga tuntutan agar SPR meletak jawatan ditunaikan.

5.25pm: Anwar Ibrahim mula berucap. Memulakan ucapan dengan laungan "undur SPR".

Anwar turut menafikan pemergian beliau ke Indonesia untuk berjumpa Najib seperti didakwa pihak tertentu, namun katanya tujuan beliau ke sana adalah atas undangan presiden negara republik itu.

"Saya pergi atas undangan presiden Indonesia, bukan pergi berjumpa Datuk Najib. Presiden Indonesia undang saya tanya mengapa bantahan kuat pada pru13 lalu.

"Saya beri penjelasan bahawa penipuan paling besar berlaku pada PRU13 lalu (dengan) kecurangan SPR mempertahankan penguasa Umno BN," katanya sambil menambah pertemuan tersebut berlangsung hampir sejam setengah.

Mengulas himpunan hari ini, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat yang hadir pada hari ini.

Katanya tuntutan rakyat jelas iaitu mahu pemimpin SPR berundur.

Walau bagaimanapun katanya, tuntutan kepada SPR itu akan dibuat secara aman seperti himpunan hari ini.

"Apapun tindakan boleh kita buat, tapi kita pastikan ikut jalur yang aman, lakukan perubahan cara aman," katanya.

Beliau juga menegaskan ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot angkat sumpah di Dewan Rakyat seperti dilaporkan pihak tertentu.

Katanya, kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir malah keberadaan mereka di Dewan Rakyat adalah medan untuk terus menuntut pilihan raya agar dibersihkan.

Katanya, Pakatan Rakyat akan terus melawan penipuan pilihan raya sama ada di dalam ataupun di luar dewan.

5.20pm: Penasihat DAP Kit Siang pula dalam ucapannya berkata, himpunan hari ini bukan himpunan mana-mana bangsa, tetapi ini himpunan rakyat Malaysia.

"Inilah the real picture rakyat Malaysia," katanya.

Ini kerana semua kaum dan berbeza agama boleh duduk bersama kerana memperjuangkan perkara sama iaitu menuntut keadilan pilihan raya.



5.05pm: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pula mengambil giliran. Beliau menyatakan komitmen, sekalipun tewas pada pilihan raya lalu, namun beliau tetap akan bersama rakyat untuk berjuang menegakkan keadilan dalam negara.

"Ada orang Tionghua kata, saya dah kalah boleh pergi main filem di Homg Kong sebab muka kacak macam Jackie Chan. Tapi itu bukan pilihan saya.

"Saya tetap bersama anda semua. Saya berjanji dengan rakyat kita akan teruskan perjuangan ini. Ini perjuangan kita bersama saya tak kan berundur selagi BN tidak berundur, kita akan lawan mereka," katanya.

4.55pm: Penganjur mengumumkan beberapa khemah yang didirikan oleh sekumpulan pemuda di kawasan luar himpunan di rampas dan beberapa orang dari mereka ditahan. Namun ianya belum dapat disahkan.

Menurut Chegu Bard, kumpulan tersebut akan mendirikan khemah di tengah-tengah himpunan.

4.50pm: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berucap. Beliau berkata beliau telah selesai membuat post mortem PRU14 dimana Pakatan 'kalah lagi' pada PRU14.

"Saya dah selesai PRU14 di mana Pakatan kalah pada PRU14," katanya membuatkan hadirin terkedu seketika.

"Jikalau himpunan hari ini, sidang parlimen tak lama lagi, tidak merubah peranan SPR, maka setiap kali pilihan raya, kita hanya buat post mortem kenapa PR kalah," katnya memberi penjelasan.

Menurutnya, himpunan hari ini kerana rakyat mahukan pilihan raya yang adil.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat pengerusi dan kakitangan SPR yang sudah diragui integriti mereka.



4.45pm: Aktivis Mahasiswa Safwan Anang turut berucap. Beliau menamakan SPR sebagai Suruhanjaya Penipu Rakyat.

Katanya, kehadiran hari ini penuh dengan kecintaan kepada negara. Mendesak SPR sedia ada meletakkan jawatan demi masa Malaysia yang lebih baik.

4.30pm: Penganjur melalui pengerusi majlis, Johari Abdul sekali lagi mengumumkan kehadiran terkini yang sudah mencecah 55,000 orang.

4.25pm: Datuk Mujahid Yusof sekali lagi mengulangi tuntutan 3P iaitu petisyen, persempadan semula tidak dilakukan selagi SPR tidak ditukar, dan perhimpunan aman oleh rakyat.

Katanya dengan tindakan BN yang turut mengemukakan petisyen, ianya menjelaskan bahawa BN juga tak percaya kepada SPR.

4.22pm: Nurul Izah turut mengeluarkan desakan sama agar semua kepimpinan SPR meletak jawatan.

Katanya, perhimpunan hari ini bukan sekadar politik semata-mata tetapi memperjuangkan masa depan lebih baik.

"Keberanian anda mengubah masa depan kita. Kita adalah patriot sebenar, berjuang membina masa depan lebih baik," katanya

4.20pm: Penganjur mengumumkan ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah.

Pengumuman itu disambut sorakan oleh puluhan ribu peserta yang hadir.

4.18pm: Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr Hatta Ramli berkata, rakyat tidak boleh memafkan segala penipuan yang dibuat oleh SPR.

"Tiada maaf bagimu. Tan Sri Aziz mesti letak jawatan.

"Sudah ada bayang-bayang bahawa himpunan Black 505 sebelum ini mendatangkan kesan.

"Bunyi-bunyinya pengerusi SPR akan ditukar. Namun hari ini memuktamadkan bahawa pengerusi SPR memang perlu ditukar," katanya.

4.15pm: Naib presiden PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS dilapor berkata beliau ditahan dan dibawa ke balai polis Ampang.

Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ianya dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya berhubung mati syahid.

Penganjur turut mengesahkan turut menerima laporan penahanan itu.

4.10pm: Pengerusi Jihad For Justice Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berucap. Beliau menarik perhatian peserta dengan dua buah lagu tamil yang bertajuk "Umno curi", dan "Rosmah buka pintu".

4.00pm: Sekarang, wakil-wakil NGO mula berucap. Pada masa yang sama penganjur mengumumkan kutipan dana untuk petisyen PRU13.

3.55pm: Peserta tersentak apabila Nizar secara tiba-tiba mengumumkan kehadiran 'YAB' Rosmah Mansor. Ketika itu adalah kehadiran Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isteri Normah Alwi.

Pengumuman itu sekaligus menyeyapkan seketika suasana bising sebelum itu.


3.50pm: Bekas MB Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin turut berucap. Beliau menceritakan berhubung lapan petisyen yang dikemukakan PAS Perak.

Katanya terdapat bukti dalam satu Dun terdapat 10 orang yang ada sijil kematian, tetapi direkodkan 'bangun' mengundi pada 5 Mei lalu.

"Ada juga kes dalam satu Dun di mana 74 pengundi yang ada dalam projek IC Sabah mengundi ke Perak pada 5 Mei lalu.

"Ada juga bukti borang 14 yang diwarta SPR tidak sama dengan borang 14 yang diberikan kepada polling agent," katanya.


3.40pm: Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa berucap. Katanya, keberanian rakyat turun hari ini kerana sedar hak berhimpun secara aman termaktub dalam perlembagaan dan tiada pihak boleh menghalang hak tersebut.

Beliau juga berkata, himpunan ini juga kerana mahu mengusi 'penipu' dalam SPR.

Penipuan tersebut termasuk janji dakwat kekal yang tidak kekal.

"Kita datang petang ini ada tuntutan yang jelas. Kita ada penipu dalam SPR. Penipu utama pengerusi SPR, penipu lagi besar adalah timbalan pengerusi SPR

"Mereka beli dakwat kekal yang tidak kekal. Apa kita boleh anggap kepada mereka ini? Penipu...

"Apa kita nak buat kepada mereka ini? Kita Desak mereka letak jawatan...," katanya.

3.35 pm: Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berucap. Beliau mendeklamasikan sebuah sajak khas berkisar 505 sebagai detik hitam demokrasi Malaysia.

Beliau turut menyifatkan pemimpin SPR sevagai 'lembaga hitam' yang perlu meletak jawatan.

3.27pm: Mazlan Aliman dalam ucapannya pula berkata, bantahan rakyat akan dibuat secara berterusan selagi mana pimpinan SPR tidak diubah.

"Meskipun BN mendabik dada mendapat mandat rakyat tetapi hakikatnya mandat mereka adalah tipu dan palsu

"Penegasan kita selagi mana SPR tidak diubah kita lawan tetap lawan, lawan sampai menang," katanya.

3.25pm: Giliran Nik Nazmi berucap. Beliau memulakan ucapan dengan merakam ucapan terima kasih kepada peserta yang hadir. Ucapan sama ditujukan kepada pasukan keselamatan yang memberi kerjasama baik kepada penganjuran himpunan hari ini.

"Pasukan keselamatan tidak menghalang kita, yang mahu halang kita adalah menteri Umno BN," katanya.

3.20pm: Wakil NGO Royalti dijemput berucap. Presiden R, Nazri Deraman mengulas hak pembayaran royalti yang dinafikan oleh kerajaan Pusat.

Katanya hak mendapat royalti juga telah dinafikan apabila berlaku penipuan pada pengundian PRU13 lalu.


3.15pm: Johari Abdul mengumumkan jumlah kehadiran di Padang Merbok setakat ini mencecah 30,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum.

Masih ramai lagi kumpulan yang sedang menuju ke sini.

3.10pm: Pengerusi majlis mengumumkan ketibaan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di pentas utama antaranya Ustaz Idris Ahmad, Nasrudin Hassan, Nik Abduh, Salahudin Ayub, Nurul Izzah, Siti Zailah, Datuk Raja Kamarul Bahrin serta selebriti Abby Abadi.

3.00pm: Khalid Samad mula berucap. Ucap terima kasih kepada rakyat yang berani hadir walaupun diugut dengan kenyataan-kenyataan bersifat provokasi untuk menakutkan rakyat.

"Tapi hari ini kita buktikan kita masuk ke sini dengan aman," katanya.

Dulu katanya, rakyat disembur dengan gas, rakyat dihalang, tetapi kini kerajaan mula sedar dengan kekuatan rakyat.

Beliau turut mengulangi tuntutan himpunan hari ini iaitu mendesak seluruh pimpinan SPR meletak jawatan dan diganti dengan kepimpinan baru

"Kita juga minta semua kawasan yang ada petisyen sama ada dari Pakatan atau dari BN, buat balik pilihan raya kecil selepas pimpinan SPR baru dilantik," tegasnya.

Satu lagi tuntutan adalah jangan membuat persempadan semula selagi kepimpinan baru SPR tidak ditukar.

"Kalu tidak persempadanan ini hanya akan dibuat untuk memberi kemenangan Umno BN sahaja," katanya.

2.50pm: Laungan Aziz penipu bergema di Padang Merbok. Laungan itu diketuai Johari Abdul selaku pengerusi majlis hari ini.

2.45pm: Bekas Speaker Dun Perak, Sivakumar berucap di pentas utama. Menyingkap kembali peristiwa rampasan kuasa di Perak selepas PRU 2008 lalu. Beliau turut menceritakan kembali peristiwa beliau diusung keluar dari Dun Perak dan dikurung sewaktu BN mahu melantik speaker baru.

Beliau turut menegaskan, Pakatan Rakyat Perak juga menang undi majoriti berbanding BN. Persidangan Dun Perak akan datang juga katanya tentu panas dengan kekuatan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

2.40pm: Padang Merbok- Sudah ramai peserta tiba dan memenuhi Padang Merbok. Di atas pentas utama, ucapan sudah dimulakan.

Badrul Hisham Shahrin bersama Datuk Johari Abdul mempengerusikan majlis. Beberapa pimpinan Pakatan bergilir-gilir berucap sambil menunggu kumpulan dari beberapa kawasan lain tiba.

2.35pm: Peserta dari Masjid Jamek juga kini bergabung dengan peserta dari Sogo menuju ke Padang Merbok.

2.30pm: Orang ramai yang membeli belah di Jalan Tar teruja merakam gambar peserta himpunan di kaki lima kedai.

2.25pm: Dianggarkan lebih 5,000 peserta kini bergerak dari Sogo selepas bergabung dengan kumpulan dari Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

2.20pm: Masjid Negara- Crowd masjid negara sudah bergerak dan bergabung dgn crowd dr jln sultan. Memimpin kumpulan dari Sini adalah Dr Dzulkefly Ahmad.

2.15pm: Sogo- Hidup hidup rakyat. Tumbang tumbang umno bn. Undur undur spr. Terus bergema di dpn Sogo. Wpun panas para peserta tidak berganjak dn terus mendgr amanat yg di sampaikan oleh para pimpinan PR.

Peganjur terus mngingatkan para peaerta himpunan aman agar menjaga tatatertib dan tidak pedulikan sbrg provokasi yg ditimbulkan.

Mereka turut dipesan agar mengelakkan provokasi kerana ini adalah himpunan aman.

Para pegguna jln raya membunyikan hon sbaik tiba di dpn sogo sbg nyatakansokongan kpd himpunan black 505. Para peserta kini bersedia bergerak ke Padang Merbok.



2.10pm: Kumpulan dari Pejabat Agung PAS kini sedang melepasi bangunan Maju Juntion menuju ke pusat membeli belah Sogo

Exco pemuda PAS, Sany Hamzan mengetuai laungan takbir dan jatuh SPR.

Tiga buah motorsikal berkuasa besar jadi marshal di hadapan. Crowd Jalan Raja Laut akan bergabung dengan crowd di Sogo.

2.10pm: Pejabat PAS - Laungan hidup rakyat, hidup keadilan, SPR letak jawatan serta takbir bergema sepanjang perjalanan dari Pejabat Agung PAS yang bermula sebentar tadi.

Unit Amal turut membuat benteng manusia dan pihak polis beri kerjasama baik mengawal lalulintas.

2.05pm: Brickfield - Naib Presiden PKR Nurul Izzah berucap sebelum mengetuai kumpulan di sini untuk bergerak ke Padang Merbok. Beliau membidas kenyataan ketua polis KL bahawa himpunan hari ini mahu mencetuskan huru-hara.

Beliau juga menyatakan komitmen untuk membawa isu kepincangan PRU13 lalu ke Dewan Rakyat termasuk mendesak bos SPR meletakkan jawatan.

Turut serta bergerak dari sini adalah aktivis Bersih, Hishamuddin Rais.


2.00pm: Masjid Negara - Dr Dzulkefly berucap. Beliau berkata jika kepimpinan SPR tidak bersedia utk turun, rakyat akan pastikn bos suruhanjaya itu diturunkan.

Beliau juga mengharapkan pilihan raya semula diadakan jika mana-mana petisyen yg difailkan mempnyi bukti munasabah.



1.58pm: Pejabat PAS - Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dilihat ketuai kumpulan peserta yang memulakan perjalanan ke Padang Merbok. Turut serta di barisan hadapan, Ustaz Nasrudin, Dr Syed Azman, Ustaz Idris Ahmad, Ustazah Nuridah Saleh.

Ustaz Ghani Shamsudin mengetuai bacaan doa sebelum bergerak.



1.56pm: Masjid Negara- Dr Rani sedang berucap, memulakan ucapan dengan penghargaan kepada rakyat Selangor kerana memilih Pakatan Rakyat di negeri tersebut.



1.55pm: Petugas di Pejabat Agung PAS mengagihkan air mineral kepada peserta buat bekalan sepanjang perjalanan ke Padang Merbok.


1.50pm: Masjid Negara- Selesai solat. Para peserta mula turun semula berkumpul di dataran masjid. Menunggu arahan dari pimpinan untuk memulakan perjalanan ke Padang Merbok.



1.45pm: Pejabat PAS- Unit amal di Pejabat Agung PAS bersiap sedia untuk mengetuai peserta berjalan ke Padang Merbok. Pengerusi DHPP Hu Phang Cow turut bergerak dari sini.



1.40pm: Sogo - Skrg ini pesrta semakin ramai membanjiri kawasan hadapan Sogo. Dianggarkan lebih 1000 orang sudah berada di sini. Mrk dijangka akan bergerak ke Padang Merbok jam 2.30 petang ini.

1.35pm: Masjid Negara- Peserta kini sedang menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid. Dijangka mereka akan bergerak sejurus selesai solat menuju ke tempat himpunan Black 505 di Padang Merbok kira-kira 2 kilometer dari Masjid Negara.

1.30pm: Pejabat PAS- Rata-rata kenderaan yang lalu di hadapan Pejabat Agung PAS membunyikan hon tanda sokongan kepada mesej himpunan hari ini.


1.25pm: Sogo- Dr.mujahid berucap dalm tiga bahasa, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Arab. Beliau berkata himpunan ini bukan krn Anwar bkn krn PR tetapi utk masa depan generasi anak cucu kita. Menurutnya, rakyat Malaysia tidak mahu anak cucu terus ditipu dgn SPR.


Dr Mujahid berucap di hadapan Sogo.

Malah kata mujahid kwsn yg dipertikaikan harus diadakan pilihan raya semula. Menurutnya Pakatan Rakyat ambil pendekatan 3P iaitu Petisyen, Parlimen (bantah persempadan semula) dan Perhimpunan aman.

Katanya kita memang bersabar dgn apa yg berlaku tetapi dalam bersabar kita juga mendesak SPR letak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di kawasan yang diragui.

1.20pm : Sogo- Para peserta masing2 membawa sepanduk yg tertera mesej mgecam spr. Masing2 memakai bju hitam dgn kain lilit di kepala yg tertera tulisan Blackout 505.



1.15pm - Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub serta Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan serta Datuk Raja Kamarul Bahrin dijangka akan bergerak dari Pejabat Agung PAS.


1.10pm : Sogo - Suasana aman. Kira-kira 300 orang sedang berkumpul di sini. Ketika ini peserta himpunan sdg mendegar ucapan drpd pimpinan yg di mulakan oleh pimpinan AMK.

Kelihatan pihak polis sdg mgawal keadaan. Peserta sdg mnggu arahan utk bergerak ke Padang Merbok bila-bila masa shj.


1.05pm : Pejabat PAS - Lebih 200 peserta Black 505 sudah berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut sementara menunggu untuk berjalan-jalan beramai-ramai ke Padang Merbok sebentar lagi.

Menurut Anggota keselamatan Unit Amal, Abg Cham, mereka akan mula berjalan beramai-ramai selepas menunaikan solat Zohor di situ.


Dr Rani dan Azmin Ali tiba di Masjid Negara.

1.00pm : Masjid Negara- Org ramai sudah memenuhi ruang di Masjid Negara, gerai-gerai jualan juga dibuka
keadaan masih terkawal sementara menunggu waktu zohor.

Pimpinan yang sudah kelihatan tiba setakat ini, pengarah himpunan black 505, Datuk Johari Abdul.

Selain beliau, pimpinan yang ditetapkan mengetuai kumpulan di sini adalah AJK PAS Pusat, Khalid Abdul Samad.


[Lanjut menyusul]

 
Perhimpunan tamat, khemah terus berdiri
10:00AM Jun 22 2013  
VIDEO
Walau berdepan kesulitan dan amaran keras pihak berkuasa, Pakatan Rakyat meneruskan acara kemuncak perhimpunan 'Black 505' di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini.

Kumpulan perserta berkenaan dijadualkan berhimpun di tujuh lokasi utama yang ditetapkan dan akan berarak dari lokasi masing-masing ke padang itu - sebagai tanda bantahan mereka terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

NONETujuh lokasi tersebut adalah di Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.

Wakil parti politik dan NGO akan mengetuai peserta perhimpunan yang bakal memenuhi padang tersebut petang ini.

NONEPenganjur berkali-kali menegaskan bahawa perhimpunan hari ini akan berlangsung dengan aman, walau polismendakwa peserta akan menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa dan mencetuskan huru-hara.
Kumpulan peserta ini membawa tiga tuntutan utama - menuntut kepimpinan SPR meletak jawatan, mengadakan pilihan raya semula bagi 30 kawasan, dan menghentikan persempadanan semula sehingga kepimpinan SPR baru dilantik.

Cuaca di Kuala Lumpur hari ini cerah, namun agak berjerebu.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan terus ke Padang Merbok dan tidak menyertai perarakan.
Setakat jam 2 petang ini, dianggarkan seramai 10,000 orang telahpun berhimpun di lokasi berasingan dan akan bergabung di Padang Merbok.
LAPORAN LANGSUNG
5.50pm: Padang Merbok - Sebanyak 30 buah khemah  telah didirikan di atas Padang  Merbok.

Jurucakap SMM, Ehsan berkata, mereka menjangkakan seramai  100 orang  yang akan berkhemah pada hari ini.

Pada ketika ini juga orang ramai mula bersurai dari Padang Merbok.
5.30pm: Padang Merbok -Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya mendesak kepimpinan SPR meletak jawatan.
Katanya, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf secara khususnya perlu meletak jawatan berhubung kegagalannya dalam isu penggunaan dakwat kekal.

kl black505 event 220613Katanya lagi, timbalan Abdul Aziz pula, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula bersikap sombong.
"Kamu tidak layak (memimpin SPR). Kamu bicara dengan sombong. Orang ini sepatutnya didakwa di mahkamah," katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak mempertahankan SPR.
"Kamu dah hilang mandat. Kamu tak sanggup ambil tindakan kepada mereka sebab mereka berjasa kepada Umno," katanya.

NONEAnwar juga menyatakan alasan di sebalik usul Pakatan untuk melantik Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai speaker Dewan Rakyat.

"Kita ketengahkan beliau kerana, kita tidak mahu jadi alat pekakas Umno.

"Kedua, kita tidak mahu disalahtafsir sebagai menghina Yang di-Pertuan Agong memandangkan keesokan hari, Tuanku akan merasmikan sidang parlimen.

Dalam ucapan selepas itu, pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin pula berkata NGO berkenaan serta pergerakan siswa SMM akan terus berkhemah di Padang Merbok.

5.10pm: Padang Merbok -
Salahudin Ayub berkata walaupun beliau kalah dalam pilihan raya, tetapi beliau telah berjanji akan teruskan perjuangan 'Black 505'.

NONE"Saya tak akan lari dan berundur, selagi BN tidak undur dan tersungkur dari bumi Malaysia.

"Kawan Tiong chua kata, kalau saya tak menang pilihan raya boleh pergi Hong Kong, boleh berlakon filem sebab muka saya macam Jackie Chan. Tapi itu bukan pilihan saya,

"Saya di sini untuk tumbangkan mereka tak lama lagi. Kita perlu berjuang hari ini, esok, bulan depan, selagi tak selesai.Kita berjuang atas nama kebenaran," katanya.

Dalam ucapan sebelum itu, aktivis mahasiswa Adam Ali merayu rakyat supaya keluar daripada zon selesa dan merayu supaya pertahankan Dataran Merbok sehingga kepimpinan SPR letak jawatan.

"Mahu seluruh turun ke Dataran Merbok perlu pertahan, jangan dirampas kembali kepada kuasa yang angkuh.

"Jangan sia-sia perjuangan ini. Nak menang perlu perjuang terlebih dahulu. Kita datang untuk menang bukan untuk pulang. Kita akan robek kekuasaan BN," katanya.

4.50pm: Padang Merbok -
Aktivis Hishamuddin Rais dalam ucapannya berkata beliau sering berpendapat bahawa usaha untuk menukar kerajaan melalui pilihan raya adalah jalan yang mustahil.
"Saya sering katakan, mustahil.
"(Caranya) Jalan raya, jalan raya," katanya berulang kali.
Beliau memberi amaran bahawa golongan anak muda akan terus berkhemah di Padang Merbok sekiranya pemimpin SPR tidak meletak jawatan pada hari Isnin.

4.40pm: Padang Merbok -
Dua orang pegawai penguatkuasa DBKL tiba ke kawasan  khemah yang didirikan dan meminta para peserta untuk merobohkan struktur tersebut.

kl black505 event 220613Seramai 20 orang peserta yang tidak berpuas hati dengan amaran itu kemudiannya mengerumuni dan mengasak pegawai tersebut.

Salah seorang daripada pegawai tersebut kemudiannya beredar dari kawasan tersebut.

Namun rakannya membalas asakan para peserta dan menolak salah seorang dari anggota kumpulan terbabit sehingga individu tersebut terjatuh.

Susulan itu, pegawai terbabit terpaksa diiring oleh sekumpulan kira-kira 10 orang pegawai DBKL lain serta unit amal PAS sehingga ke satu van milik DBKL.

Van tersebut kemudiannya dikerumun oleh sekumpulan 50 orang lagi peserta himpunan yang kelihatan marah dengan tindakan pegawai tersebut sebelum itu.

Pegawai tersebut kemudiannya dibawa meninggalkan kawasan itu dengan satu kenderaan lain, dengan iringan polis

4:35pm: Padang Merbok -
Beberapa orang peserta dari kalangan aktivis SAMM, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan NGO Suara Rakyat 505 mendirikan lima buah khemah di bahagian tengah Padang Merbok.

NONEMenurut jurucakap SMM, Ehsan Bukharee berkata, lebih banyak lagi khemah akan didirikan selepas ini.
4.30pm: Padang Merbok - Pengerusi majlis Badrul Hisham Shaharin mengumumkan bahawa perhimpunan hari ini berjaya mengumpul kehadiran lebih 55,000 orang.Beliau juga meminta para peserta agar tidak bersurai sehingga polis membebaskan naib presiden PAS Datuk Husam Musa.
4.00pm: Ampang - Naib presiden PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS berkata beliau ditahan dan dibawa ke balai polis Ampang.

Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan kenyataannya beberapa hari lalu berhubung kehadiran ke perhimpunan 'Black 505' hari ini.
NONESementara itu di Padang Merbok, bekas MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam ucapannya berkata Pakatan Rakyat memenangi undi sebanyak 55 peratus di Perak, manakala BN hanya 44 peratus.

Katanya, Ini membuktikan rakyat tolak BN, dan mahu pr terajui kerajaan.

Katanya, peguam PAS telah hantar lapan petisyen pilihan raya bagi membukti segala salah laku yang didakwa yang dibuat oleh BN.

"Kalau dua petisyen kalah, dia akan tumbang di Perak. Tuan-tuan nak tgk BN tumbang di Perak? Jadi doa terus.

"Dari lapan, kita mohon dua utk menyebelahi kita dan tumbang bn dan zambry. Itu permintaan drpd Pakatan Perak," katanya.

3.23pm: Padang Merbok - Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kehadiran orang ramai ke perhimpunan itu membuktikan semua ancaman oleh Umno dan BN tidak berkesan.

Katanya, ini kerana orang ramai mempunyai pesanan yang jelas iaitu "pilihan raya pada 5 Mei dimenangi rakyat dan Umno-BN ditewaskan".

NONE3.37pm: Padang Merbok - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga mula berucap dengan menegaskan bahawa gabungan itu menyokong Black 505 untuk mendesak pengerusi SPR meletakkan jawatan.

3.25pm: Padang Merbok - Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul umumkan jumlah peserta di Padang Merbok cecah 30,000.

Beberapa pemimpin utama Pakatan akan berucap tidak lama lagi. Pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard sedang mempengerusikan majlis.

3pm: Padang Merbok -
Bekas speaker DUN Perak V Sivakumar berkata, pembangkang mendapat 118,000 undi lebih banyak daripada BN di negeri itu.

Oleh itu, katanya, Pakatan sebenarnya "tidak kalah" di Perak.

Beliau juga berkata akan mencalonkan dirinya sendiri untuk menjadi speaker dewan sekali lagi.

NONEBeliau juga mengingatkan, BN juga boleh menjadi mangsa pertukaran kerajaan menggunakan kaedah sama yang berlaku secara kontroversi pada 2009.

Beliau bercakap kepada kira-kira 20,000 peserta di Padang Merbok.

Sementara itu, di tempat sama, pengarah Perhimpunan Black 505 Rafizi Ramli ketika ditemui sejurus tiba di Padang Merbok berkata, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tiba pada jam 4 petang untuk memberikan ucapan.

Beliau juga turut memberi jaminan bahawa perhimpunan pada hari ini juga akan berakhir pada kira-kira jam 7 petang.

"Kita jangka menjelang Maghrib perhimpunan ini dah bersurai," katanya.

2:45pm: Jalan Parlimen - Peserta dari Jalan Sultan kini tiba di Padang Merbok. Di sepanjangJalan Parlimen kira-kira 500 orang sedang menunggu di tepi jalan untuk menyertai perarakan itu.

Peserta kini sedang memenuhkan Padang Merbok.

Di sekitar Padang Merbok kelihatan anggota polis di beberapa penjuru padang bagi memerhati perhimpunan.
NONE2.45pm: Jalan Parlimen - Kumpulan peserta yang berarak dari ibu pejabat PAS, Sogo dan Brickfields kini bergabung di Jalan Parlimen dan seterusnya bergerak ke Padang Merbok.

Sementara itu di Padang Merbok, sejumlah kira-kira 3,000 orang sudahpun berkumpul dan mendengar ucapan dari MP Sungai Petani Johari Abdul.

Beliau menasihati para peserta agar tidak memusnahkan harta awam, menjaga kebersihan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

2.42pm: Jalan Parlimen -
Lebih 5,000 peserta yang bergerak dari Sogo di Jalan TAR memasuki Jalan Parlimen dan menuju ke Padang Merbok.
Sebahagian dari peserta berkenaan yang terdiri daripada golongan muda menyanyi 'anak muda tolak BN" sambil bertepuk tangan.

2.30pm: Jalan TAR
- Kumpulan peserta dari ibu pejabat PAS bergabung dengan peserta di hadapan kompleks membeii-belah Sogo dan bersedia untuk meneruskan perjalanan.
NONEKumpulan berkenaan turut melaungkan takbir serta slogan "Tumbang SPR", "SPR penipu" dan "Reformasi".
2.20pm: Jalan Parlimen - Tren komuter KTMB yang sepatutnya bergerak melalui jambatan, yang merentasi Jalan Parlimen berhampiran Bank Rakyat, terpaksa berhenti seketika kerana terdapat peserta himpunan yang berdiri di atas landasan.

Peserta berkenaan memenuhi kawasan landasan itu untuk merakam video dan gambar perarakan peserta lain yang menuju ke Padang Merbok.
NONE2.12 pm: Jalan Raja Laut - Sekumpulan 2,000 orang yang diketuai naib presiden PAS Salahuddin Ayub berjalan melawan arus kenderaan menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Mereka akan bergabung dengan kumpulan yang menunggu di hadapan kompleks membeli belah Sogo.
2.10pm: Jalan TAR - Sejumlah 2,000 orang menunggu ketibaan satu lagi kumpulan yang berarak dari ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Mereka seterusnya akan meneruskan perarakan ke Padang Merbok.
2pm: Brickfields -
Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengetuai 1,000 orang berarak ke Padang Merbok.
NONEDalam ucapannya sebelum itu, Nurul menangkis kenyataan polis bahawa peserta perhimpunan akan melakukan provokaasi ke atas pasukan keselamatan.
"Kenyataan itu tidak berasas," katanya yang turut meminta para peserta agar menjaga keselamatan anak-anak, terutama dalam keadaan cuaca berjerebu.
Sementara itu di Jalan Sultan, seramai kira-kira 2000 peserta yang berkumpul juga mula berarak ke Padang Merbo.

Mereka akan melalui Jalan Hang Kasturi, Jalan Tan Cheng Lock,  Jalan Tun H.S Lee, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Parlimen dan seterusnya menuju ke Padang Merbok.

Pergerakan kumpulan berkenaan dibantu oleh anggota polis trafik yang membantu mengawal lalu lintas.
1.55pm: Masjid Negara - Sekumpulan 5,000 orang yang berhimpun di Masjid Negara mula berarak ke Dataran Merdeka selepas menunaikan fardu Zohor.Kumpuian berkenaan dikawal oleh unit amal PAS, dan diketuai timbalan presiden PKR Azmin Ali.

1.20 pm: Dataran Merdeka
- Seramai kira-kira 150 orang yang rata-rata berpakaian baju-T hitam sedang duduk-duduk berhampiran Dataran DBKL bersebelahan Dataran Merdeka.

Kumpulan ini menunggu untuk menyertai perarakan kumpulan lain dan seterusnya menuju ke Padang Merbok.
Selain itu, terdapat juga beberapa individu yang mengambil peluang untuk menjual kain selempang dan ikat kepala dengan yang mempromosi perhimpunan 'Blackout 505'.

1.12pm: Jalan Raja Laut -
Salahuddin Ayub yang hadir bersama kira-kira 500 orang penyokong berkata PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Saleh yang mendakwa peserta akan melakukan kekecohan dalam perhimpunan ini.

NONE"Kita kesal dengan kenyataan ketua polis Kuala Lumpur yang dengan sengaja mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, provokasi, bahawa peserta mahu pertempuran.

"Kita yakin, kita adakan secara aman, kita ada rekod cemerlang dalam Bersih dan siri Blackout, terbukti aman, dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan tak cetus provokasi... Itu komiten kita, kita tak bawa senjata," katanya.

Turut hadir di perkarangan bangunan ibu pejabat PAS itu ialah ahli parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin.

1:10pm: Jalan Sultan –
Jumlah peserta kini bertambah kepada seramai kira-kira 1,500 orang, yang dipimpin pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

NONEBadrul Hisham dalam ucapannya dari atas sebuah lori di kawasan berkenaan memimpin peserta untuk melaungkan slogan "SPR Penipu", "Jahanam SPR" dan "Bangkit rakyat".

Turut hadir di perhimpunan itu ialah seorang peserta Orang Kurang Upaya (OKU)  yang menggunakan kerusi roda, Fennix Lim, 25.

Katanya, beliau datang dari Kluang Johor dengan menaiki van bersama rakannya, semata-mata untuk menyertai perhimpunan ;Black 505'.

Menurutnya, beliau ingin menuunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menolakkan keputusan pilihan raya umum yang lalu.

"Sebagai rakyat Malaysia saya nak tunjuk pasa kerajaan dan SPR yang kita semua menolak SPR. Saya datang demi demokrasi," katanya.

1.10pm: Masjid Negara -
Naib presiden PKR Azmin Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman disambut oleh para peserta sebaik tiba di kawasan masjid.
Kumpulan penyokong ini akan menunaikan fardu Zohor sebelum memulakan perarakan ke Padang Merbok.
NONE1pm: Universiti Malaya - Seramai kira-kira 100 orang berhimpun di kawasan Masjid Ar-Rahman, di kampus ini.
Kebanyakan daripada peserta tersebut terdiri dari golongan muda dan aktivis siswa, yang akan berarak ke arah Brickfields dan bergabung dengan satu lagi kumpulan di situ.
Beberapa orang pemimpin parti turut menyampaikan ucapan, termasuk MP Bukit Katil Shamsul iskandar Md Akin dan aktivis siswa Adam Adli.

12.30pm: Brickfields
- Kumpulan pendesak Justice for Beng Hock muncul di satu kawasan berhimpun – Brickfields – untuk membangkitkan mengenai kes kematian K Murugan, yang merupakan pembantu politik kepada calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar.

Jurucakap kumpulan tersebut, Ng Yap Hwa berkata beliau dan Vasantha akan menyerahkan satu memorandum kepada ahli Parlimen pada 27 Jun bagi menggesa agar siasatan dijalankan ke atas kes berkenaan.

Kumpulan yang berhimpun di kawasan berkenaan, sementara menunggu untuk memulakan perarakan ke Padang Merbok, memenuhi kawasan gerai berdekatan.

12.28pm: Jalan Raja Laut -
Ketika ditemui pemberita di luar ibu pejabat PAS, ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata perhimpunan kali ini sebagai menunjukkan rasa tidak puas hati interaktif SPR dengan perjalanan PRU- 13.

NONE"Mereka sering mendakwa kalau tak telus, bagaimana boleh menang tiga negeri menang.

"Kita kata, sebab tak telus, kita menang tiga negeri. Kalau telus, 13 negeri kita menang," katanya.

Katanya, beliau melihat kehadiran anak-anak muda daripada pelbagai kaum, datang sukarela dan mereka mahu tadbir urus SPR berjalan dengan baik.

Mengulas andaian bahawa peserta akan melakukan kekecohan sewaktu perhimpunan ini, Idris berkata ia hanya andaian sahaja.

Sedangkan sebelum ini banyak perhimpunan dianjurkan oleh pembangkang dan NGO seperti Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat, mansuhkan Felda Global Venture berjalan dengan aman.

"Semuanya aman elok. Tak ada provokasi. Kalau Bersih 1, sebiji pasu bunga tak pecah," katanya sambil menegaskan bahawa perhimpunan ini akan berjalan aman

"Insya-Allah. Kita disiplin. Kita ada trek rekod. Kita cakap berdasarkan," katanya.

Kira-kira 250 peserta telah mula berada di ibu pejabat PAS, ketika ini.

12.24am: Jalan Sultan - Memandangkan cuaca jerebu, terdapat peserta yang kelihatan memakai topeng muka. Penjual topeng muka juga mengambil kesempatan menjual di tepi Jalan Sultan kepada peserta perhimpunan.

1205am: Masjid Negara - Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian dan pemerhati Majlis Peguam yang juga anggota jawatankuasa BERSIH Andrew Khoo kelihatan tiba.
NONE12:00pm: Jalan Sultan - Seramai kira-kira 200 orang peserta mula membanjiri satu kawasan kaki lima di Jalan Sultan.
Kegiatan kumpulan berkenaan, yang turut mengumpul tandatangan untuk satu petisyen bagi membantah satu projek pembinaan di kawasan terbabit, diawasi beberapa orang anggota polis berpakaian seragam.
Turut kelihatan tiga anggota polis trafik bagi membantu melancarkan aliran lalu lintas di jalan itu.

NONE12pm: Brickfields - Ratusan sudah berkumpul di Tun Sambathan. Suasana juga mula bingit dengan sorakan dan bunyi vuvuzela.

Mereka juga memaparkan kain rentang memuatkan tiga tuntutan, antaranya supaya pengerusi SPR dan timbalannya berundur dengan segera.

Secara kreatif, seorang peserta hadir dengan pakaian dan solekan ala-hantu, sebagai langkah sinis terhadap dakwaan wujudnya pengundi hantu dalam pilihan raya umum lalu.

Penampilannya itu menarik perhatian pelbagai pihak. 'Hantu' itu juga membawa kota bertulis SPR.

11.45am: Sogo - Sebuah kedai roti dekat pintu masuk di kompleks membeli belah itu mungkin ditutup separuh hari. Pelanggannya sudah mencecah 200 orang.

Pekerjanya memberitahu, mereka masih menunggu "arahan" untuk itu. Mereka juga mengambil gambar pelanggannya bagi membantu atasan mereka membuat keputusan.

Bagaimanapun, perniagaan mereka nampak menguntungkan hari ini apabila ia menjadi tempat peserta perhimpunan dan wartawan bersarapan.

11.35am: Masjid Negara - Anggota PKR Tan Teck Huang, 47, antara yang berkumpul di Masjid Negara. Beliau bertolak dari Muar, Johor bersama saudaranya dan tiga lagi untuk ke perhimpunan hari ini.

Katanya, ekoran cuaca di Muar teruk dicemari jerebu,menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur hari ini amat dinikmati.

"Pada mulanya saya jangkakan tidak ramai orang akan hadir kerana ia dibuat selepas pilihan raya. Saya terkejut dengan jumlah orang ramai yang berkumpul di sini," kata pekerja separuh masa dalam sektor pendidikan itu.

11.30am: Padang Merbok – Keadaan di kawasan utama perhimpunan masih tenang dan para peniaga dilihat mula membuka gerai di kawasan letak kereta berhampiran padang tersebut, dan juga di sepanjang Jalan Parlimen.

Dianggarkan, seramai 200 orang peserta berada di kawasan tepi padang yang diteduhi pokok sementara menunggu acara kemuncak – dijangka bermula pada jam 3 petang.
NONE11.05am: Masjid Negara - Sejumlah 14 buah bas yang membawa peserta perhimpunan dari Pulau Pinang, Kedah, Johor, Pahang dan Terengganu diparkir di kawasan berhampiran Masjid Negara.

Sebanyak 50 buah kereta juga diparkir di bahu jalan di hadapan masjid dan kawasan ini mula mula dipenuhi orang ramai.

Gerai yang dibuka di kawasan masjid menjual barangan seperti baju-T dan makanan manakala para peserta dilihar berlegar di sekitar kawasan berkenaan.

Antaranya, Mazlan Mukhtar, 47, dari Nibong Tebal, Penang yang berkata beliau memandu sejak tengah malam tadi dan tiba pada jam 5 pagi.

“Saya menyertai kesemua perhimpunan termasuk di Kelana Jaya, Petaling Jaya dan himpunan BERSIH,” katanya.

NONE10.50am: Jalan TAR - Sekumpulan kira-kira 100 orang peserta perhimpunan dilihat berkumpul di kawasan pintu masuk ke pusat membeli belah Sogo.
Naib presiden PKR Tian Chua dijangka akan menyertai kumpulan berkenaan dan seterusnya berarak ke Padang Merbok.
Kebanyakan para peserta merupakan kelompok penyokong PAS yang memakai baju berwarna hitam.

10.40am: Jalan Raja Laut -
Seramai empat orang peguam daripada Majlis Peguam hadir sebagai pemerhati kepada perhimpunan Black 505.

Kawasan itu juga dipantau sepasukan lima orang anggota polis, yang tiba dengan sebuah kenderaan peronda.
NONE10.30am: Jalan Sultan - Seramai kira-kira 30 orang mula berkumpul di kaki lima Jalan Sultan sambil memegang bendera PAS DAP dan PKR.

Mereka turut meniupkan wisel meminta pemandu yang melalui jalan itu membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Seorang peniaga, Abdul Kader Mydin, 50, yang telah berniaga selama 40 tahun di kaki lima Jalan Sultan berkata, kehadiran peserta himpunan Black 505 tidak mengganggu perniagaannya.

NONE"Tak adalah. Mana ada ganggu. Buat apa saya mahu tutup (kedai). Tak bahaya pun," katanya.

Seorang pemilik hotel murah pula, Steven Yong, 70, juga berkata  perhimpunan yang diadakan pada hari ini tidak menganggu peniaga.

Beliau yang membuka hotel berkenaan sejak tahun 1973 di Jalan Sultan, berkata peserta pehimpunan kini bijak dan tidak akan menyebabkan peniaga kerugian.

"Mereka ini ada baca punya orang (orang berpelajaran). Mereka takkan ganggu dan buat kacau. Bila polis datang kacau baru jadi lain. Baru kita tutup," katanya.

10.20am: Dataran Merdeka -
Laluan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dihalang oleh penghadang besi yang dipassang oleh petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Pasukan polis pula dilihat meletakkan kon di sepanjang Jalan Parlimen untuk menghalang pemandu meletakkan kenderaan di jalan berkenaan.
Anggota polis dan penguatkuasa DBKL dilihat berkawal di Jalan Parlimen.

10.00am: Jalan Raja Laut - Kira-kira 80 penyokong peserta Black 505 berada di perkarangan pejabat PAS untuk bersama kepimpinan PAS, yang akan berarak ke Padang Merbok.

NONEMereka merupakan antara yang tiba dengan dua buah bas dari Alor Setar, pada pagi ini di pejabat parti berkenaan.
Antaranya, Abdullah Abdul Rahman, 42, bekerja swasta yang berkata beliau cukup bersemangat untuk menyertai perhimpunan hari ini.
"Kita desak habis-habis untuk kepimpinan SPR letak jawatan. Kalau tidak sampai kiamat macam ni (tak ada perubahan)," katanya yang berasal dari Alor Setar.

Kumpulan peserta berkenaan dibekalkan dengan air minuman, yang disediakan di hadapan bangunan pejabat parti tersebut.
Selain itu, terdapat juga individu yang mengambil kesempatan untuk menjual baju-T dengan slogan 'Black 505' di kawasan berhampiran ibu pejabat PAS.

Pergerakan lalu lintas dilihat lancar, tanpa sebarang sekatan di sepanjang jalan berkenaan.
Black505 kemuka 3 tuntutan
Black 505
KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendakwa tujuan himpunan Black505 adalah untuk membuktikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa rakyat bersama PR membantah keputusan PRU13.

"Kita tidak rela ditipu oleh SPR, kita mahu pengerusi dan timbalan pengerusi SPR letak jawatan," katanya ketika memberi ucapan sempena himpunan Black505 di Padang Merbok.

Beliau pada masa sama menolak kenyataan bahawa himpunan berkenaan bertujuan untuk mewujudkan suasana huru hara dan cuba mencetuskan provokasi di Kuala Lumpur.

"Mereka kata akan berlaku huru hara, tetapi kita lihatlah sendiri hari ini, suasananya sungguh aman dan tenang," katanya.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor turut menyatakan bahawa kuasa rakyat sudah diiktiraf kerana rakyat dibenarkan secara aman untuk berhimpunan di Padang Merbok.

"Bila mereka membenarkan rakyat masuk dalam Padang Merbok, maknanya kuasa rakyat semakin diiktiraf.

"Kalau dulu rakyat  disembur dan ditembak, tetapi kini mereka sudah tidak buat dah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menambah tujuan himpunan ini juga adalah bagi mendesak semua kawasan yang dihantar petisyen diadakan semula pilihan raya.

"Kita mintak semua kawasan yang ada petisyen sama ada dari PR dan BN buat balik PRU kecil, setakat ini ada 50 kawasan," katanya.

Himpunan ini juga katanya sebagai amaran supaya persempadanan semula tidak dilakukan selagi pegawai SPR baru tidak dilantik.

"Jangan buat persempadanan baru sehingga Pegawai SPR  baru dibentuk oleh rakyat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan