Mengapa orang Borneo jumpa Ku Li ?
Posted on Friday, June 14 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: tokpepijat
" Jika
khabar sahih menyatakan Ku Li sedang mengumpulkan penyokongnya dari
Pulau Borneo untuk sokongan jawatan Presiden UMNO, tentunya yang paling
gabra,panik dan gelabah adalah Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin masih bermain teka teki.Samada naik setapak iaitu mencabar Najib atau duduk di takuk lama sebagai Timbalan Presiden.
Tidur Muhyiddin tidak mungkin lena kerana terbayangkan wajah Hishamuddin Hussien,Zahid Hamidi dan Shafie Afdal.
Mengapa Ku Li mengalih pandangan ke Pulau Borneo ?
Ini menjadi seribu pertanyaan.
Jawapannya mudah. Ku Li adalah antara manusia yang pertama yang mengubal hal royalti Petronas.
Sabah dan Sarawak antara negeri yang paling sedikit menerima royalti minyak.
Jika Ku Li menang menjadi presiden UMNO,tentunya urusan Pulau Borneo
menjadi mudah dan senang untuk dapatkan hak royalti yang sepatutnya
dari Putrajaya. Tidak perlu tunggu Anwar Ibrahim menjadi Perdana
Menteri.
Jadi perkiraan mudah,meminjam kata hikmat Najib, " You tolong I, I tolong you..."
I bagi naik royalti...dan you tolong naikkan I menjadi Presiden UMNO....okey ?
Mengapa orang Borneo jumpa Ku Li ?"
Sampai bila kita terus ditipu?
Posted on Friday, June 14 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: tokpepijat
" Majlis
Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bertindak meninggalkan mesyuarat dengan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam
selepas pihak kementerian enggan memberikan maklumat mengenai rundingan
sulit berhubung Perjanjian Kerjasama Trans Pasific (TPPA).
"Ia
sepatutnya mesyuarat dua jam tetapi ia berhenti selepas 90 minit.
Mereka mulakan mesyuarat tapi kami yang menamatkannya," kata Ketua
Pegawai Eksekutif Mohd Nizam Mahshar yang menyifatkannya sebagai satu
"tindakan diplomatik".
Nizam mendakwa
sedangkan AS memaklumkan kepada syarikat multi-nasional dan wakil
Amerika lain berkaitan tentang TPPA, tetapi pihak berkepentingan di
Malaysia tidak pula diberitahu apa-apa oleh kerajaannya sendiri.
HEBATNYA KERAJAAN UMNO KITA !!
Kerajaan
melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang
Menterinya Dato' Mustapha Mohammed cuba bermain silap mata dan menipu
rakyat sendiri.
Baguslah begitu. Akhirnya orang Melayu telah sedar tentang penipuan UMNO.
Amerika
jahat terhadap warga asing seperti serangan ke atas Iraq dan
Afghanistan tetapi Amerika begitu telus dan jaga kebajikan warganya
sendiri.
UMNO begitu menikus terhadap negara asing
seperti kes Pulau Batu Putih tetapi sanggup memperbodohkan dan menipu
rakyat sendiri terutama terhadap orang Melayu.
SPR tipu PRU 13....UTUSAN tipu harga kereta..... MITI tipu TPPA
Jangan beri muka kepada pembangkang kata Mahathir
Posted on Friday, June 14 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog TempayanRetak
KUALA
LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan
kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada
pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.
"Kita
perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog
Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, hari ini.
Beliau
berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu
mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal
memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.
"Mereka
hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan.
Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka
demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.
LID 2013, yang
berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara
iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.
Sementara
itu, dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation: The Malaysian
Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang
betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan
ekonomi negara.
Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit
Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah
mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.
"Ketika
waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi
bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya,"
katanya.
Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk
menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai
kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan
Langsung Asing (FDI).
"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih
banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga
merangsang ekonomi kita," katanya. - Bernama
.....
http://tempayanretak.blogspot.com
Apabila Islam dan politik dianggap dua perkara berbeza!
Posted on Friday, June 14 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,
Kalau dulu, orang UMNO dan penyokongnya saja yang berfahaman Islam dan
politik itu suku, Amanat Hadi dianggap menjadi penyebab masyarakat Islam
berpecah belah, Politik tidak diizinkan dibicarakan di masjid kerana
itu dianggap mencemar kesucian Islam.Tetapi hari ini selepas PRU 13,
berlaku satu lagi fenomena di kalangan penyokong PR yang turut
menempatkan politik berbeza dengan Islam.
istilah ulamak
politik mula dicanangkan bagi menunjukkan adanya ulamak yang bermain
politik untuk mendapatkan kuasa.Ada pendapat yang memuji setengah
ulamak yang berpolitik dan mengkeji setengah yang lain.Ada pendapat
yang memperlekehkan ulamak yang tidak ada ilmu politik, ilmu politik
yang dianggap terasing dari Islam.Kenapa perkara ini berlaku? Apakah
kerana kegagalan memenangi PRU menjadi alasan untuk membenci ulamak
politik?
Islam adalah carahidup yang sepatutnya difahami oleh
semua UMAT ISLAM merangkumi semua sistem nilai kehidupan termasuk
politik, yang bermakna politik tidak harus difahami semata mata untuk
mendapatkan kuasa tetapi harus difahami kuasa yang diperolehi itu adalah
amanah yang perlu dilaksanakan.Perlaksanaan amanah itu pula mestilah
dengan panduan yang jelas dari Islam.Ulamak yang berpolitik bukan kerana
mereka mahu cari kuasa peribadi tetapi tanggungjawab yang diwajibkan
kepada mereka sesuai dengan ilmu Islam yang mereka ada untuk
melaksanakan perintah ALLAH.
Masalahnya berlaku bertembungan di
kalangan umat Islam sendiri di mana sebahagian Umat Islam masih
berpendapat Islam suku, politik suku.Ulamak sesuai dengan gelarannya
merupakan seorang yang berilmu bukan setakat ilmu ilmu ibadat tetapi
ilmu muamalat yang berteraskan ajaran Islam, termasuk ilmu mualamat ini
ialah ilmu politik berteraskan Islam, bukan berteraskan pendapat akal
semata mata.
Umat Islam sepatutnya memahami bahawa menguruskan
kehidupan adalah perintah ALLAH yang tidak boleh dibuat main main,
tetapi masih ada berangggapan mereka adalah betul dan ulamak ramai yang
lemah, tidak pandai membuat keputusan dan sering membuat kenyataan yang
melemahkan perluangan, tetapi sedarkah orang orang ini, di antara mereka
dan ulamak yang dikutuk itu, siapa yang lebih banyak bangun malam untuk
bertahajud dan beristiqarah? Lebih penting sedarkan mereka akan
kehebatan solat tahajud dan istiqarah yang memungkinkan turutnnya ilham
dari ALLAH?
Inilah golongan yang sombong dengan ALLAH yang gagal
mematuhi perintah ALLAH dan RASULnya supaya menghormat ulamak sesuai
dengan firman ALLAH bahawa yang takutkan ALLAH itu ulamak, dan Sabda
Baginda Nabi, ulamak itu pewaris nabi.
Malang dalam perjuangn
kerana terdapatnya para pejuang umat Islam masih tidak yakin dengan
carahidup Islam, Islam yang syumul dan masih menganggap diri mereka
hebat, lebih hebat dari ulamak sehingga sanggup membenci ulamak politik
(inilah istialh yang mereka gunakan bagi membuktikan kononnya mereka
tahu serba serbi tentang Islam sedang sebenarnya cuma ada dua kategori
ulamak seperti digariskan oleh Al Quran dan Al Hadis, ia itu ulamak yang
takutkan ALLAH dan ulamak suk yang menjual ugama kerana habuan dunia)
dan ulamak terompah kayu( lagi satu istilah yang menunjukan ada umat
Islam tidak faham atau tidak menerima Islam sebagai carahidup)
Sesungguhnya
perjuangan menegakkan Islam terlalu berat di negara ini kerana masih
ramai umat Islam sama ada yang bersama BN atau PR masih tidak mahu
menerima Islam sebagai carahidup, ambil contoh kes hudud umpamanya,
sekarang sudah ada dua negeri yang mewartakan hudud sebagai undang
undang ia itu Kelantan dan Terengganu, tetapi perlaksanaan masih
tertangguh kerana banyak halangan yang yang dibuat oleh orang Islam
sendiri dan ada pula orang Islam yang bersama PR menuduh hudud adalah
matlamat perjuangan PAS yang tergantung, menyalahkan PAS bukan mahu
mencari jalan bagaimana Hudud dapat dilaksanakan.Kerja mudah untuk
menyalahkan orang lain.
Maka datanglah berbagai bagai pendapat
seperti menyalahkan UG dan seumpamanya dan walaupun orang memberi
pendapat itu menegaskan itu pendapat mereka tetapi mereka tidak mahu
mendengar pendapat lain sebaliknya mahu orang lain menerima
pendapatnya.Masalahnya pendapat tetap pendapat dan belum tentu ianya
benar.Banyak perkara yang perlu diambilkira dan diperjelaskan tetapi
orang yang meyalahkan UG tidak mahu mendengarnya sebaliknya tetap
meyalahkan TGHH yang rasanya lebih banyak bersolat tahajud dari orang
yang memberi pendapat itu.
Inilah banahanya apabila menolak Islam
sebagai carahidup sehingga kalimah Bismillah dan Alhamdulillah pun mahu
dipersendakan! Gagal mengaitkan kalimah redha dengan pegangan
ahlulsunnah wajamaah sebaliknya cenderung membuat tuduhan kearah
pegangan jabariah dan sekaligus menampakkan pegangan mereka adalah
kadariah. Tahu kah mereka dengan semuanya itu? Penulis fikir tidak!
Ku Li sasarkan jawatan PM, bertemu lebih ramai ahli Parlimen, kata sumber
Posted on Friday, June 14 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog PenorehGetah
KUALA
LUMPUR, 13 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih
ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini
dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen
bermula pada 24 Jun, kata sumber.
The Malaysian Insider
difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di
rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan
strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil
alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau hanya memerlukan 112
undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan
Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada
beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.
“Sesetengah
ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan
kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.
“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.
PAS
dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan
raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat
133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya
pada Pilihan Raya 2008.
Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat
(PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar
Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri
jika mereka menawan Putrajaya.
Satu sumber lain mengatakan
Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen
BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.
“Pemilihan
untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau
Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir.
Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.
“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kem
Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang
penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi
buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha
politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal
bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai
menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas
menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan
Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.
Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.
Akan
tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak
berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi
membincangkan pilihan masa depan mereka.
Ahli-ahli Parlimen yang
dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari
untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.
BN
mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak,
menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222
jumlah kerusi di Parlimen.
Walau bagaimanapun, Najib hanya
memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen
Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya
mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.
Sebaliknya
MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka
mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib –
yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana
Menteri. - MalaysianInsider
........
http://penorehgetah.blogspot.com
Harga kereta turun: Laporan Utusan tipu
Posted on Friday, June 14 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog PenorehGetah
KUALA LUMPUR:
Penafian oleh syarikat pengeluar kereta terhadap laporan Utusan
kononnya berlaku penurunan harga kereta oleh kerajaan BN,
memperlihatkan akhbar Umno itu 'cuba menipu', kata Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pengarah
Komunikasi PKR itu berkata, episod memalukan ini mendedahkan betapa
terdesaknya Umno BN di dalam berhadapan dengan kempen
#TurunkanHargaKereta Pakatan.
"Justeru, laporan Utusan bahawa 10
model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan
terdesak untuk memperbodohkan rakyat. Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot
sudah menafikan dakwaan tersebut. Portal berita Malaysian Insider turut
mendedahkan dakwaan pengurangan harga Honda Jazz Hybrid juga tidak
benar.
"Sekali lagi, Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu
ketika dahulu menjadi mendepani kewartawanan Melayu kini menjadi
simbol etika kewartawanan yang pincang di dalam usahanya untuk menjaga
kepentingan politik pemiliknya, Umno," katanya.
Beliau berkata
demikian mengulas laporan Utusan Malaysia sebelum ini kononnya kerajaan
BN telah menurunkan harga kereta-kereta sehingga 11 peratus sejak
Januari tahun ini sebagai sebahagian daripada pelaksanaan manifesto.
Menurut
beliau lagi, apabila Pakatan mula-mula melancarkan kempen
#TurunkanHargaKereta, Umno BN mendakwa bahawa mustahil untuk
melaksanakannya di atas pelbagai alasan, termasuk untuk melindungi
pembuat kereta tempatan dan kehilangan hasil kerajaan.
Namun
katanya, hujah itu dengan mudah dijawab Pakatan dengan penjelasan
bahawa skim ini melibatkan penurunan harga secara beransur-ansur untuk
semua pembuat kereta.
Kemudiannya, selepas manifesto Pakatan
dilancarkan, Umno BN pula meniru dengan menyertakan penurunan harga
kereta di dalam janji mereka dengan tekad menyemak semula Dasar
Automotif Negara untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30
peratus dan meningkatkan daya saing kereta-kereta nasional.
Tetapi
kata Nik Nazmi, kerajaan gagal memberikan butir-butir bagaimana mereka
merancang untuk melaksanakan dasar ini tanpa mengurangkan duti eksais,
dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datu Seri Mustapa
Mohamed menyatakan matlamat ini akan dicapai dengan ‘bersandarkan
kuasa pasaran’.
"Utusan mestilah memohon maaf segera kepada
semua rakyat Malaysia di samping pembuat-pembuat kereta di atas berita
ini," Katanya.- Harakahdaily
.....
http://penorehgetah.blogspot.com
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 14 Jun 2013
BILA MENIPU TIDAK DISANGKUTKAN DENGAN HUKUM...MEREKA TAK TAKUT HUKUMAN DIAKHIRAT...SEDANGKAN MEREKA AKAN MATI...TINGGAL SEMENTARA DALAM KUBUR YANG GELAP GULITA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan