Selasa, 25 Jun 2013

BIAR KITA PEKA BUKAN PEKAK

Jerubu Sebagai Peringatan
Posted on Tuesday, June 25 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: ismanusa

"Negara kita sekarang ini sedang dilanda jerubu yang amat teruk hingga setengah kawasan  mempunyai bacaan IPU melebihi 700. Sementara itu banyak lagi negeri yang terus mencapai peningkatan paras IPU. Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Pandangan satelit menunjukan jerubu melitupi sebahagian Semenanjung
Jerubu adalah disebabkan zarah yang terampai di atmosfera akibat dari berlakunya kebakaran hutan yang meluas samada dari aktiviti manusia atau semulajadi. Oleh itu asap merupakan salah satu fenomena yang boleh menghasilkan jerubu yang menggangu pernafasan dan penglihatan manusia. Jerubu atau asap merupakan satu bala bencana yang Allah telah timpakan kepada kaum Quraish kerana tidak mahu menerima dakwah serta ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Oleh itu Surah ad-Dukhan dinamakan demikian kerana peristiwa tersebut.

فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُّبِينٍ

Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat) (44:10)

Ayat ini merupakan ancaman kepada kaum musyrikin Quraisy khususnya dan orang-orang kafir umumnya bahwa Allah subhabahu wa Ta’ala akan menurunkan azab kepada mereka berupa asap yang akan menutupi mereka seluruhnya.

Para ahli tafsir berselisih pendapat tentang asap di dalam ayat tersebut, apakah yang akhirnya menimpa kaum Quraisy ketika itu berupa panas dan kemarau panjang serta kelaparan? atau asap yang akan datang sebagai tanda hari kiamat yang besar yang disebutkan dalam hadits-hadits yang shahih?
Di antara mereka yang berpendapat dengan pendapat pertama adalah Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu. Ketika ada seorang dari negri Kindah menyatakan tentang asap yang akan datang pada hari kiamat yang akan memekakan telinga-telinga kaum munafiqin dan membutakan mata-mata mereka, beliau marah sambil berkata:

مَنْ عَلِمَ شَيْئًا فَلْيَقُلْ بِهِ وَمَنْ لَمْ يَعْلَمْ فَلْيَقُلْ: اللهُ أَعْلَمُ، فَإِنَّ مِنَ الْعِلْمِ أَنْ يَقُوْلَ لِمَا لاَ يَعْلَمُ لاَ يَعْلَمُ. فَإِنَّ اللهَ قاَلَ لِنَبِيِّهِ: قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ .

Barangsiapa yang memiliki ilmu maka katakanlah! Dan barangsiapa yang tidak memiliki ilmu maka katakanlah:‘Allahu a’lam!” Karena sesungguhnya termasuk ilmu adalah ucapan orang pada apa yang dia tidak tahu: “aku tidak tahu”. Sesungguhnya Allah telah mengatakan kepada nabi-Nya: ((“Katakanlah (hai Muhammad): “Aku tidak meminta upah sedikit pun kepada kalian dakwahku; dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan (memaksakan diri”)).
Kemudian Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata: “Sesungguhnya kaum Quraisy tidak mau menerima Islam, kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendoakan atas mereka:

أَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَيْهِمْ بِسِنِيْنَ كَسِنِيْ يُوْسُفَ.

Ya Allah tolonglah aku untuk mengalahkan mereka dengan kelaparan seperti yang terjadi pada zaman Nabi Yusuf. (HR. Bukhari dalam Kitab Tafsir dan Muslim dalam Shifatul Qiyaamah).

Maka terjadilah kemarau panjang dan kelaparan, hingga sebagian mereka binasa dan sebagian lainnya memakan bangkai-bangkai dan tulang-tulang. Ketika itu setiap orang melihat seakan-akan di antara langit dan bumi ada asap. (Atsar riwayat ad-Darimi juz 1/62; Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ Bayaanil Ilmi, juz 2/51; Baihaqi dalam al-Madkhal no. 797; al-Khathib al-Baghdadi dalam al-Faqiih wal Mutafaqih; melalui nukilan Hilyatul Alimi al-Mu’allim, hal. 59)

Pendapat ibnu mas’ud radhiallahu ‘anhu ini sesuai dengan konteks ayat di atas yang mengancam kaum Musyrikin Quraisy. Namun demikian, tidak menafikan ancaman umum kepada seluruh orang-orang kafir dan musyrikin dengan asap yang turun menjelang hari kiamat kelak. Karena dalil-dalil yang shahih tentang tanda-tanda kiamat kubra sebagaimana disebutkan dalam hadits Hudzaifah di antaranya adalah munculnya ad-dukhan (asap).

Kemarahan yang diucapkan oleh Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu di atas bukanlah karena beliau menafikan munculnya asap menjelang hari kiamat, tetapi karena beliau mengerti orang tersebut berbicara tanpa ilmu dengan mengatakan bahawa asap tersebut dapat membutakan mata dan memekakan telinga. Karena dalam riwayat lain, Ibnu Mas-’ud mengatakan ada dua asap, salah satunya telah terjadi dan yang lain akan datang menjelang hari kiamat.

Dalam hadits riwayat Muslim dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

بَادِرُوا بِاْلأَعْمَالِ سِتًّا طُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا أَوِ الدُّخَانَ أَوِ الدَّجَّالَ أَوِ الدَّابَّةَ أَوْ خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ أَوْ أَمْرَ الْعَامَّةِ . رواه مسلم في الفتن وأشرط الساعة

Bersegeralah kalian beramal sebelum datangnya enam perkara: terbitnya matahari dari arah barat, datangnya asap, munculnya Dajjal, keluarnya ad-Dabbah (binatang yang dapat berbicara), kematian atau datangnya hari kiamat yang merata. (HR. Muslim dalam al-Fitan wa Asyrathu as-Sa’ah).

Apakah Peringatan ad-Dukhan itu?

Mengikut al Maududi peringatan dalam kejadian tersebut merupakan pembalasan dan amaran terhadap penduduk Makkah yang mengandungi beberapa perkara penting, antaranya seperti berikut:
  1. " Kamu wahai penduduk Makkah, adalah salah mengatakan bahawa al-Quran adalah dibuat oleh Muhammad (s.a.w). Kitab ini dengan sendirinya membuktikan bahawa ia bukanlah ciptaan manusia tetapi dari Allah, Tuhan semesta alam".
  2. " Kamu membuat anggapan yang salah terhadap betapa bernilainya Kitab ini. Kamu sangka inilah bencana yang menimpa kamu, padahal inilah masanya apabila Allah dengan belas kasihanNya, mengutuskan PesuruhNya dan KitabNya kepada kamu sebagai satu rahmat."
  3. " Betapa dangkalnya kamu terhadap sangkaan bahawa kamu yang memusuhi PesuruhNya dan KitabNya akan menang, padahal sebenarnya Pesuruh yang dibangkitkanNya dan Kitab yang telah diturunkan ini pada masa Allah telah menetapkan nasib kamu, dan keputusan Allah tidaklah lemah yang boleh ditukar mengikut kesukaan kamu, tidaklah pula ia berdasarkan kejahilan dan kecuaian dimana akan terdapat kesilapan atau kesalahan atau kelemahan didalamnya. Padahal ia adalah keputusan yang teguh dan tidak berubah yang buat oleh Raja Sekalian Alam, yang Maha Mendengar, yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Oleh itu ia tidak boleh samasekali diambil ringan."
  4. " Kamu sendiri menerima bahawa Allah adalah satu-satunya Pemilik dan Pemerintah kerajaan bumi dan langit dan semuanya di alam semesta dan juga mengakui bahawa hidup dan mati ini tertakluk kepada kekuasaanNya, tetapi sebaliknya kamu tetap mengambil sembahan-sembahan yang lain, yang mana alasan kamu semata-mata ia merupakan amalan yang telah diamalkan oleh datuk nenek kami yang dahulu lagi, padahal jika seseorang itu beriman bahawa hanya Allah lah yang Maha Berkuasa, Maha Mentadbir dan Maha Pemurah, yang menghidup dan mematikan. Kamu tidak sepatutnya ragu-ragu bahawa terdapat tuhan yang lain selain dari Nya, yang berhak untuk disembah. Jika datuk nenek kamu melakukan kesalahan itu, tiada alasan untuk kamu menurutinya secara buta tuli. Sesungguhnya Tuhan mereka juga adalah Tuhan yang Satu, juga adalah Tuhan kamu, dan mereka juga sepatutnya hanya menyembah hanya Dia, yang juga sepatutnya kamu sembah."
  5. " Allah yang Maha Memelihara dan Maha Mengasihani yang telah memberikan kamu makanan, juga telah memberikan kamu petunjuk. Untuk mendapatkan petunjukNya Dia telah mengutuskan PesuruhNya dan menurunkan KitabNya."
Merujuk kepada kesimpulan yang dibuat oleh Maulana Syed al-Maududi tentang ayat tersebut, sebenarnya ia adalah peringatan kepada seluruh umat Islam juga. Sepatutnya peristiwa jerubu ini kita ambil sebagai peringatan apakah kita juga mempunyai sikap seperti golongan Quraish tersebut yang ingkar terhadap kandungan kitab suci al-Quran? Apakah umat Islam di negara kita berpegang sepenuhnya dengan ajaran al-Quran atau mengambil bahagian-bahagian yang disukai sahaja? Tidak cukup dengan mengadakan sembahyang hajat memohon pertolongan Allah untuk menghindarkan dari bencana tersebut tetapi kita hendaklah juga kembali kepada perintah Allah seperti terkandung didalam al-Quran dan dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kalau tidak tunggulah ancaman dari Allah ynag lebih keras lagi..نعوذ بالله من ذلك
 

Tahniah Kerajaan Pulau Pinang, Demi Rakyat!
Posted on Monday, June 24 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Blog gomalaysian

Kerajaan Pulau Pinang akan meningkatkan stok topeng muka khususnya jenis N95 ekoran krisis jerebu, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim berkata beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Farizan Darus dan Exco Alam sekitar, Phee Boon Poh untuk menambah stok topeng muka N95 meskipun keadaan jerebu di Pulau Pinang kini terkawal.

"Masalahnya, topeng muka perindustrian N95 kehabisan stok apabila diperlukan setelah Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap berbahaya, Ini kerana Kerajaan Singapura proaktif dan membeli sehingga satu juta topeng muka N95 untuk diagihkan secara percuma kepada rakyatnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Phee untuk mengadakan mesyuarat bagi mengarahkan pegawai agar bersedia untuk melaksanakan garis panduan bagi menguruskan sebarang bencana jerebu yang boleh memberi kesan kepada Pulau Pinang.

Menurut Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Pulau Pinang terkawal dengan Perai mencatat bacaan 72, Seberang Jaya (79) dan Universiti Sains Malaysia (70).

Sementara itu, Di MUAR Pengerusi Bilik Gerakan Bencana Alam (Pencemaran dan Jerebu) Daerah, Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata satu mesyuarat akan diadakan petang ini untuk mendapatkan pandangan termasuk dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai keadaan jerebu di daerah itu.

IPU di daerah Muar semakin baik iaitu 148 ng dicatat pada pukul 7 pagi, berbanding tahap berbahaya pada 746, pagi semalam sehingga diisytiharkan kawasan darurat. -- Bernama, 24 Jun, 2013 
 
 MB N.Sembilan tak sensitif isu jerebu
Posted on Monday, June 24 @ 21:11:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: amkns

"Pelik, Seremban yang IPU lagi tinggi dari Melaka dan Kuantan, sekolah di Seremban tidak ditutup. Apakah Menteri Besar N.Sembilan tak sesensitif Menteri Besar Pahang dan Ketua Menteri Melaka?

KUALA LUMPUR: Tiada kawasan yang dikategorikan sebagai berbahaya menurut bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada laman Web Jabatan Alam Sekitar setakat 11 pagi hari ini.

Namun, tiga kawasan dikategorikan sebagai sangat tidak sihat manakala 21 tidak sihat, 26 sederhana dan dua baik.

Bacaan IPU setakat 11 pagi, 24 Jun 2013:

Sangat tidak sihat :
Port Dickson (292)
Pelabuhan Kelang (288)
Kemaman (253)

Tidak sihat
Larkin Lama (107)
Muar (132)
SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (114)
Bandaraya Melaka (141)
Bukit Rambai (170)
Nilai (149)
Seremban (169)
Balok Baru, Kuantan (191)
Indera Mahkota, Kuantan (166)
Jerantut (111)
Seri Manjung (148)
Tanjung Malim (137)
Sibu (102)
Banting (180)
Kuala Selangor (128)
Petaling Jaya (193)
Shah Alam (162)
Paka, Terengganu (158)
Batu Muda,Kuala Lumpur (198)
Cheras,Kuala Lumpur (160)
Putrajaya (152)

Bacaan IPU di kawasan lain kurang daripada 100.

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

 
 JAS perlu salur info IPU jerebu lebih kerap
Posted on Monday, June 24 @ 21:13:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: rozmal

"
Buat masa ini laman web Jabatan Alam Sekitar menyalurkan maklumat IPU (Indeks Pencemaran Udara) hanya 3 kali sehari , iaitu bacaan pada jam 7 pagi, 11 pagi dan 5 ptg. Memandangkan keadaan jerebu tidak menentu yang boleh berubah setiap jam secara mendadak adalah perlu Perdana Menteri mengarahkan Jabatan Alam Sekitar agar menyalurkan maklumat IPU ini lebih kerap.



Maklumat IPU ini di kawasan yang tidak sihat, amat tidak sihat dan berbahaya juga perlu disalurkan kepada mereka yang berada di kawasan yang terlibat melalui SMS secara percuma memandangkan ramai yang tiada kemudahan akses internet dan adakalanya laman web Jabatan Alam Sekitar sukar diakses. "
 
 Teruk wanita Cina ini hina Islam dan Rasulullah
Posted on Monday, June 24 @ 21:18:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: laniismaa

" Sally_YenKalau sebelum ini wanita Cina ditahan kerana menghina Yang di-Pertuan Agung, kali ini lebih teruk penghinaan yang dibuat.

Seorang wanita yang dikenali Sally Yen bertindak menghina Islam dan Rasullullah di akaun twitternya. Penghinaan yang amat berat jika nak dibandingkan kata-kata menghina Agung sebelum ini. Pihak polis sepatutnya lebih tersentak dalam isu penghinaan ini dan setakat ini apa tindakan polis?

Kita tak bersetuju dengan tindakan buruk dan tak senonoh begini. Janganlah pihak lain, agama lain, bangsa lain mengambil kesempatan menghina Islam dan Rasullullah sesuka hati.
Diharap pihak polis bertindak tegas dalam hal ini. Kita juga bimbang, kalau-kalau masyarakat bertindak sendiri membuat penghakiman. Teruk nanti dia kena!!
Harap-harap polis lebih tersentak!! - Ekeleh.com
 Sally_Yen1
"
 
 Pusat Pengajian Islam khusus untuk golongan OKU
Posted on Tuesday, June 25 @ 07:21:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"PERSATUAN KEBAJIKAN SAHABAT INSANI MALAYSIA
(No. Pendaftaran 5526-11-NSE)
Pusat Pengajian Islam Golongan Berkeperluan Khas - Masalah Pendengaran, Penglihatan Dan Pembelajaran

Persatuan Kebajikan Sahabat Insani Malaysia ditubuhkan dengan matlamat asas untuk menyuburkan pendidikan Islam, kebajikan dan dakwah dalam kalangan golongan kelainan upaya (masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran) sebagai fokus utama.

Antara matlamat penubuhan persatuan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan rasional berikut:

i. Golongan bermasalah pendengaran amat lemah dalam penguasaan asas agama ; pengetahuan akidah dan ibadah yang amat lemah ( tidak mengetahui kalimah syahadah, tidak mengetahui Allah dan keesaanNya, tidak mengetahui asas kewajipan dan sah solat serta puasa, persoalan bersuci termasuk wuduk, mandi wajib dan najis serta batasan aurat)

ii. Golongan bermasalah penglihatan amat lemah dalam penguasaan bacaan al-Quran

iii. Kekurangan kelas pengajian awam dan pendakwah-pendakwah yang mampu mengajar dan tempat untuk mereka mendalami agama. Golongan ini hanya berpeluang mempelajari agama melalui pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah yang telah dimaklumi batas waktu yang terhad dengan pelbagai kekangan. Selepas tamat persekolahan, peluang untuk mendalami agama hampir tertutup disebabkan tiada tempat belajar. Ketiadaan kelas pengajian awam dan pendakwah-pendakwah yang mampu mengajar mereka disebabkan tidak mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi terhadap golongan masalah pendengaran (mengetahui bahasa isyarat) dan kekurangan prasarana yang membantu untuk golongan masalah penglihatan.

iv. Tiada pusat pengajian lanjutan selepas alam persekolahan bagi golongan bermasalah pendengaran dan penglihatan untuk mendalami agama

v. Tumpuan pihak-pihak yang terlibat dengan OKU hanya memberi penekanan aspek kemahiran hidup sahaja

vi. Persatuan ini berusaha untuk mengurangkan golongan buta asas agama dalam kalangan OKU

vii. Amat kurang organisasi-organisasi Islam dan NGO-NGO Islam memberi tumpuan terhadap pendidikan Islam dan dakwah terhadap golongan minoriti yang terdiri daripada golongan OKU

Dalam usaha untuk mengumpul dana bagi menampung kos pembinaan Kompleks Pendidikan Sahabat Insani (KPSI) ini, Sahabat Insani Malaysia merayu dan memohon mana-mana pihak yang sudi tampil membantu Sahabat Insani Malaysia dengan apa jua bentuk bantuan sekalipun.

Tapak Pusat Pendidikan Sahabat Insani terletak di Lot No. 11995, Jijan, Mukim Labu, Seremban, Negeri Sembilan.


Persatuan ini bergerak tanpa mendapat dana daripada mana-mana agensi amat berharap kepada sumbangan daripada dermawan bagi membiayai dan merealisasikan hasrat murni ini.

Segala sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank:

No. Akaun: 12300000574100
Bank: CIMB Islamik Bank Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi
Atas nama: Tabung Pembangunan Pusat Pendidikan Sahabat Insani

Untuk maklumat lanjut sila layari:

www.sahabatinsani.com
http://pusatpendidikansahabatinsani.blogspot.com
Facebook : Sahabat Insani Malaysia

Alamat:
No. 76, Jalan DK 3/7,
Desa Kasia, 71800 Putra Nilai,
Negeri Sembilan

No. Telefon: 019-6562151"

Indonesia bentuk Skuadron Helikopter Antikapal Selam, Malaysia bagaimana?
Posted on Monday, June 24 @ 20:56:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: amkns

"
TNI AL Bentuk Skuadron 100 Helikopter Antikapal Selam
23 Jun 2013 , JAKARTA – Sebelas unit helikopter jenis antikapal selam, dalam waktu dekat, akan memperkuat alat utama sistem senjata (alutsista) jajaran penerbangan TNI AL. Ini pertama kalinya militer Indonesia memiliki helikopter antikapal selam setelah terakhir memiliki sekitar tahun 1960-an.


"Secara bertahap, helikopter akan datang paling lambat pada 5 Oktober 2014, dan langsung memperkuat alutsista TNI AL. Saat ini masih dalam proses, masih ada dua calon penyedia helikopter. Hanya saja, persyaratannya harus ada sebelas unit helikopter," kata Kepala Staf TNI AL (Kasal), Laksamana Marsetio, seusai menerima brevet Penerbang Angkatan Laut dan diangkat sebagai warga kehormatan Penerbangan Angkatan Laut, di Surabaya, Jumat (21/6).

Seiring dengan kedatangan helikopter itu, TNI AL juga akan membentuk skuadron baru di Pusat Penerbang Angkatan Laut (Puspenerbal), yaitu Skuadron 100 antikapal selam. "Kami akan kembali ke kejayaan TNI AL, termasuk kaderisasi calon-calon pengawaknya juga sudah kita siapkan," ujar dia. Kasal berjanji, pada 5 Oktober 2014 nanti, TNI AL akan menyajikan kekuatan tempur Sistem Senjata Armada Terpadu (SSAT), baik dari unsur kapal perang, pesawat udara, korps marinir, maupun pangkalan. nsf/SB/P-3


 Puisi Nisfu Syaaban- Khusus Untuk Lelaki 4o tahun ke atas
Posted on Monday, June 24 @ 21:00:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: hishamahmad

"[Puisi dihantar atas rasa takjub, pelik dan kecewa. Takjub kerana malam tadi, di surau, punya ramai manusia.

Pelik bila pagi subuh, mana menghilang majoriti mereka? Kecewa - ini kerana salahfaham kpd keutamaan dalam agama]
“Jom Solat Jemaah Setiap Waktu”


 Ya Allah.
kami ragui jika kami memiliki keberanian,
tapi masih menyimpan keinginan
ke bumi Palestin menjadi sukarelawan, 
jika bertuah,  syahid  menjadi ketentuan,
mati di pandangan manusia
hidup di sisi Tuhan yg Esa!
Biarlah jasad kami bersemadi
Nun jauh dari keluarga dikasihi
Ia hanya  jauh dimata tapi  dekat dihati.
Namun bagaimana kalau ditakdir kami harus dahulu menderita
diseksa zionis israel manusia durjana? 
Kecut hati begitu terasa
...  lalu langkah (kesatria) terhenti sebelum bermula.
Ya Allah.
Kami juga tidak mempunyai banyak wang dan harta,
 untuk berinfaq kepada manusia.
Simpanan yang ada sekadar budget di hari tua.
Sedekah yang dibuat sedikit, sekali sekala
Kami juga tidak tahan lapar,
berpuasa sunat, begitu mencabar  
isnin dan khamis,  bolehlah...
tapi itupun dah sukar
Pernah ada yang mengajak berdakwah ,tapi  kami tidak mampu buat,
payah berhadapan dengan masyarakat.
Kita buat baik takut  dibalas kata kesat.
Ah!  Banyaknya alasan, banyaknya dalihan.
Wajarkah menjadi hujah di mahkamah tuhan?
Lemahnya  jiwa, malu terasa. Lalu dihati kami berbicara,
Ya Allah dari pintu apa, dapat kami yang hina memasuki syurga?” 
Ya Allah
dengan baki usia dan sisa kudrat,
apa lagi kebajikan yang boleh kami buat,
.... yang kami terlarat?
Allahu akbar, Allahu akbar...
Sayup-sayup…. kami terdengar  azan dilaungkan,
Kami membersih diri , berwuduk dan berpakaian
lalu melangkah dengan semangat,
menuju surau yang tidak begitu dekat…
tapi jika bermotor… taklah jauh sangat,
Kami tahu kepentingan solat,
secara berjemaah,  besar fadilat
selangkah menghapus dosa  selangkah meningkatkan darjat. 
Ya Allah!
 Kami janji akan istiqamah,
tidak  akan tinggalkan  solat jemaah.
Biar susah, biar payah... panas, hujan kami redah.
Inilah amalan kami harapkan.
Asbab satu pintu ke syurga idaman. 
Maha suci Allah, Segala puji bagi Allah,
Tiada Tuhan Melainkan Allah,
Allah Maha Besar.
 hisham-ahmad.blogspot.com 
blog ;- “invite  mankind to Allah’s paradise” 
 
 Humor Parlimen
Posted on Monday, June 24 @ 21:05:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: tokpepijat

" Agaknya siapa duduk di kerusi tengah yang kosong itu?
Orang yang duduk itu bakal menjadi perantaraan dialog damai Najib-Anwar
Barangkali Kerajaan Campuran ?

Anda silap perkiraan....
Sebenarnya Najib tunggu Rosmah duduk di kerusi itu. Bukankah Rosmah First Lady?

Ikuti dialog "nakal" ini :

ANWAR : Jib, bila Ros datang ni....belum habis menyolek ke?

NAJIB : Sabar Brother Nuar....kejap lagi...tidak lama lagi. Ros telefon tadi....kapalterbang baru mendarat. Ros baru balik dari New York...beli beg tangan baru.....opps bukan beli,kenalannya bagi hadiah...... 

 HUMOR PARLIMEN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan