Sabtu, 27 April 2013

UBAH DAN BERI PELUANG...JANGAN KOMEN KALAU KITA NON-MUSLIM...AKIDAH KITA PUN TAK BETUL

Balingan bom: PAS Perak sedia beri kerjasama

Muhammad Faeez Azahar, 26 Apr 2013
IPOH: PAS Perak mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba melakukan provokasi dengan melempar dua bom petrol atau 'molotov cocktail' terhadap Bilik Gerakan BN Buntong, dekat sini kelmarin.


Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar berkata, tindakan tersebut jelas bertentangan dengan undang-undang di Negara ini.

Menurutnya, PAS kesal dengan tindakan yang tidak bertamadun itu yang dipercayai didalangi pihak-pihak tertentu yang cuba membuat huru-hara dalam tempoh berkempen ini.

“Kami kesal dengan kejadian ini dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini secepat mungkin bagi mengetahui individu tersebut serta dalang sebenar,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.

Hadir sama jawatankuasanya, Salman Saleh dan Safarizal Saleh.

Mengulas lanjut, PAS Perak menafikan sekeras-kerasnya tindakan provokasi itu dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat.

Katanya, PAS sentiasa berpegang teguh dengan prinsip demokrasi serta undang-undang di negara ini.

PAS katanya percaya kejadian tersebut bermotifkan politik selain mahu mendatangkan ketakutan kepada masyarakat khususnya untuk melakukan sabotaj bagi menjayakan agenda tertentu.

Jelas Fakhrulrazi, PAS Perak sedia memberi kerjasama bagi menyalurkan maklumat tentang kejadian itu bagi membantu polis mencari identiti suspek yang cuba mencemarkan tempoh berkempen pilihanraya ini.

“Kami sedia beri kerjasama untuk membantu pihak polis menyiasat perkara ini dan kami menaruh keyakinan tinggi kepada polis untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

“PAS minta ahli parti bertenang dengan suasana ini dan berharap dapat menjaga emosi serta mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan,” jelasnya lagi.

Renungan sebelum PRU13

Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad, 26 Apr 2013
Renungan sebelum PRU13 : Beberapa pandangan Dato' Dr Siddiq Fadzil


Menjelang PRU13 yang bakal tiba nanti, kita mengharapkan ia menjadi satu Hari Rakyat yakni rakyat Malaysia yang layak mengundi berpeluang memilih calon dan parti terbaik pilihan mereka secara bebas dan adil untuk mentadbir negara Malaysia. Kita mengharapkan suasana kempen pilihanraya yang bersih, aman, dan matang dan bukannya kempen politik kotor, samseng, lucah, penuh dengan dendam kesumat, fitnah dan maki hamun. Rakyat Malaysia perlu memberi tekanan kepada semua ahli politik Malaysia agar tiada dalam kalangan mereka yang memanfaatkan tempoh berkempen hanya untuk menabur fitnah, tidak menjaga adab, budaya dan tutur kata-bahasa mereka. Rakyat perlu memberi isyarat kepada mereka bahawa sesiapapun yang mahu turut serta dalam kempen politik di negara ini perlu mematuhi undang-undang, tidak melangggar tata susila, menerapkan nilai murni, menjaga adab dan berakhlak mulia .

Kita mengharapkan tempoh berkempen pada pilihan raya kali ini dipenuhi dengan agenda pendidikan demokrasi rakyat dan rakyat Malaysia dapat menilai dengan sebaik mungkin calon dan parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Untuk itu, kita begitu mengharapkan misalnya diadakan debat manifesto antara pimpinan politik yang bertanding dan juga debat antara calon Perdana Menteri agar rakyat mampu menilai hujah sekali gus mampu membuatkan rakyat berfikir dan memanfaatkan akal  mereka ke arah politik yang lebih matang dan bertamadun. Rekod pentadbiran parti yang bakal bertanding misalnya juga perlu dinilai oleh rakyat dan untuk menilai tersebut pastinya maklumat yang adil dan seimbang perlu didedahkan kepada para pengundi. Kita juga mengharapkan para pengundi sesuatu kawasan DUN atau Parlimen mendapat waktu yang mencukupi untuk mengenali calon-calon yang akan bertanding di kawasan mereka.

Dalam tulisan ini,penulis akan memetik beberapa pandangan Dato' Dr Siddiq Fadzil, Presiden Wadah Pencerdasan Umat dalam bukunya "Islam dan Melayu : Martabat Umat dan Daulat Rakyat’’ yang wajar direnung oleh rakyat Malaysia menjelang PRU 13 nanti.


Kualiti kepimpinan
Sesiapapun calon yang menang dalam pilihan raya nanti, kita mengharapkan mereka terdiri daripada calon-calon yang memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi. Seandainya calon yang menang itu tidak memiliki kualiti kepimpinan atau menang hanya kerana menumpang kehebatan parti yang diwakilinya walaupun dirinya tidak berkualiti, ia pasti akan membawa kemudaratan kepada rakyat bahkan kepada pembangunan negara. Soal kualiti kepimpinan ini disentuh oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil dalam tulisannya “Islam dan Kepimpinan Politik Melayu : Dari Tradisi ke Demokrasi-Islami” :-

“Yang menjadi kendala besar pembangunan bangsa dan negara bukan masalah kewangan, tetapi kualiti kepimpinan. Masalah inilah yang diserlahkan oleh Prof Syed Hussein Al-Atas ketika membicarakan isu kendala-kendala pembangunan (obstacles to development). Menurut Al-Atas, kendala terbesar proses pembangunan adalah ketidakmampuan para penguasa yang disebutnya sebagai undeveloped ruling group. Mereka adalah para penguasa yang tidak memiliki kualiti yang diperlukan untuk membangun, iaitu : kewibawaan etika(ethical integrity), kemampuan berfikir (thinking capacity), dan stamina berfikir dan bekerja untuk pembangunan (stamina for development thinking and development work)

Mengulas masalah kualiti kepimpinan Melayu dan apa yang dipanggil sebagai ‘gejala kepudaran idealisme kepimpinan’ beliau mengungkapkan seperti berikut:-

"Ternyata masalah kualiti kepimpinan Melayu masih berterusan dan diperlihatkan dalam gejala kepudaran idealisme kepimpinan. Yang sering terjadi bukan pemilihan pemimpin secara matang, waras dan rasional : tetapi lebih berupa perebutan kuasa dan pertarungan hancur-hancuran dalam aturan main the winner takes all yang membawa kesudahan yang kalah menyimpan dendam, yang menang lupa daratan. Gejala berubahnya pemilihan pemimpin menjadi perebutan kuasa adalah akibat dari kekeliruaan persepsi tentang kepimpinan dan kekuasaan. Dengan ungkapan lain, amanah telah disalah anggap sebagai tuah dan ghanimah. Tidak hairanlah jika yang dirasakan bukan lagi beratnya tanggungjawab kepimpinan,tetapi sedapnya menjadi ‘orang besar’.’

Kita mengharapkan parti yang bakal bertanding dalam pilihan raya nanti menampilkan calon yang terbaik dan berkualiti yang mampu menunaikan amanah sebagai pemimpin rakyat dengan sebaik mungkin seandainya mereka memenangi pilihanraya nanti. Hak dan nasib rakyat kita harapkan dapat diperjuangkan oleh pemimpin berkualiti, pemegang amanah kekuasaan yang diungkapkan oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil “datang dari rakyat, yang hidup bersama rakyat, yang menghayati denyut nadi dan degup jantung rakyat, yang merasa senasib dan seperuntungan dengan rakyat’.

Iklim kebebasan
Pemimpin yang berkualiti yang kita harapkan tidak turun dari langit atau muncul mendadak dengan gosokan lampu ajaib Aladdin. Menurut  Dato' Dr Siddiq Fadzil:-

“Pemimpin tidak lahir dalam kekosongan. Mereka terbentuk dalam iklim dan persekitaran zaman dan lingkungan. Untuk memunculkan pemimpin yang berkualiti diperlukan persekitaran yang kondusif, terutama kebebasan."

(Islam dan Kepimpinan Politik Melayu : Dari Tradisi ke Demokrasi-Islami)

Kita mengharapkan  wujud ruang kebebasan (misalnya kebebasan bersuara, kebebasan media) dan melaluinya rakyat dapat menilai calon pemimpin mereka sekali gus mengangkat calon pemimpin terbaik dalam kalangan mereka. Sekiranya ruang kebebasan disekat, ia hanya akan membantutkan pergerakan calon pemimpin yang berkualiti lantas menimbulkan kekeliruan kepada rakyat dan sering kali terjadi rakyat tersilap dalam membuat pilihan calon pemimpin serta mengangkat dan mengagung-agungkan pemimpin palsu yang tidak memiliki kualiti kepimpinan yang diharapkan.

Oleh itu Dato' Dr Siddiq Fadzil menegaskan :-

“Hanya dalam iklim kebebasan dan kemerdekaan, calon pemimpin mendapat ruang yang seluas-luasnya untuk mengembangkan bakat : membina kemampuan berfikir (thinking capacity) dan memperkasa daya juang (fighting spirit). Persekitaran budaya yang penuh sekatan, belenggu dan kongkongan tidak akan membentuk pemimpin yang kritis, kreatif, cerdas dan berwawasan luas. Yang dapat dilahirkan dari iklim yang tidak mencerdaskan itu hanya budak-budak suruhan yang patuh, pasif dan submisif. Untuk menjayakan misi pemerkasaan bangsa, yang diperlukan bukan cuma ‘orang besar’ tetapi pemimpin rakyat, pemimpin yang tumbuh dari bawah, teruji di gelanggang hempas pulas perjuangan di tengah umat, bukan yang ditunjuk dari atas.”


Iklim kebebasan dengan penuh tanggungjawab mampu mengangkat pemimpin terbaik yang mampu memimpin rakyat ke jalan yang benar. Rakyat yang cerdik pastinya mendokong sepenuh hati terhadap pemimpin yang paling berkualiti dan benar-benar berkhidmat demi rakyat dan bukannya pemimpin yang memanfaatkan kedudukan dan jawatan mereka demi kepentingan peribadi dan rakus membolot harta dan kekayaan negara.

Kuasa media
Menjelang pilihan raya juga kita akan menyaksikan media menjadi satu kuasa yang cukup besar dalam usaha mengawal dan mempengaruhi pemikiran rakyat. Oleh itu kita dapat melihat pihak yang mahu mengekalkan kuasa mereka sanggup berbelanja besar untuk menguasai pelbagai media bahkan isi kandungan media tersebut juga sebenarnya banyak ditentukan oleh  agen-agen dan pihak mereka sendiri. Disebabkan itu jugalah media tersebut tidak lagi bebas dan jujur dalam menyampaikan kebenaran bahkan sanggup memutarbelit, menyebar berita palsu, fitnah dan propaganda negatif terhadap pelbagai pihak yang dilihat sebagai musuh dan lawan mereka.

Menurut Dato' Dr Siddiq Fadzil lagi dalam tulisannya:-

“Ketika ini kita tidak hanya menyaksikan kuasa media ,tetapi juga penguasaan ke atas media oleh pihak yang berkuasa. Akibatnya media tidak bebas memaparkan fakta seadanya, tetapi melakukan distorsi yang mengeliru dan menyesatkan. Peranan media sebagai image maker dieksploitasi sedemikian rupa sehingga wajah sebenar pemimpin tidak ditampakkan dalam citra hakikinya. Permainan membesar-besarkan orang kecil dan mengecil-ngecilkan orang besar sudah begitu berleluasa, malah untuk itu fitnah ,gossip dan pembohongan telah dibudayakan.”

Kita mengharapkan pihak media bebas dan berani dalam memperjuangkan kebenaran dan tidak bersubahat dengan pihak yang mempunyai agenda peribadi yang sanggup membuat apa sahaja termasuk taktik kotor demi memuaskan kehendak nafsu mereka. Pihak media sepatutnya memainkan peranan yang cukup besar dalam memberi fokus kepada isu-isu yang dekat di hati rakyat, mengutarakan masalah yang dihadapi rakyat serta bersifat mendidik, mencerah, memandai dan memperkasakan pemikiran rakyat bukannya menjadi alat pembodohan rakyat.

Gerakan melawan  pembodohan

Dato Dr Siddiq Fadzil dalam tulisannya, “Pemberdayaan umat : Kembalikan daulat keinsanan rakyat”  juga menegur apa yang dipanggilnya ‘unsur-unsur fir’aunisme dalam dasar pembinaan pemikiran rakyat’. Pemikiran rakyat dibelenggu dan dicengkam serta tidak dibenarkan untuk berfikir dengan lebih luas dan terbuka. Apa-apa sahaja pandangan yang dilihat berbeza dengan penguasa akan dilabelkan dengan pelbagai label negatif dan segala perbezaan pandangan tidak diraikan bahkan dikecam hebat serta tidak diberi ruang untuk dibahaskan secara terbuka. Akhirnya ia mampu melahirkan sekelompok manusia yang sangat taksub dengan pandangan mereka, sukar menerima pandangan orang lain bahkan sanggup melakukan tindakan samseng dan biadab terhadap lawan mereka.

Apa yang digelar sebagai ‘Pembodohan ala Fir’aun’ oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil ini juga dijelaskan dengan lebih lanjut oleh beliau seperti berikut:-

“Salah satu bentuk pembodohan ala Fir’aun ialah dengan membelenggu pemikiran rakyat dalam kurungan ideologi penguasa. Rakyat tidak dibenarkan melihat ke luar tembok kekuasaan. Mereka tidak dibenarkan melihat ke mana-mana arah selain arah yang ditetapkan oleh penguasa. Pemikiran yang boleh dimasyarakatkan hanya pemikiran versi pihak berkuasa. Versi-versi lain digelapkan dan diberi label subversif dan meracuni fikiran rakyat."

“Yang mereka lakukan bukan cuma membodohkan,tetapi juga pelbagai strategi lain yang dapat melemahkan rakyat, termasuk menakut-nakutkan. Negara yang rakyatnya lemah, bodoh dan penakut adalah lahan yang subur bagi para penguasa berleluasa merajalela. Dalam konteks seperti itulah perlunya suatu gerakan melawan pembodohan dan sekali gus mengembalikan keberanian rakyat.”


Gerakan melawan pembodohan yang disarankan oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil ini perlulah diberi perhatian oleh para pejuang kebenaran dan ia perlu digerakkan dengan lebih tersusun agar rakyat tidak terus diperbodohkan dan hilang keberanian untuk melawan ketidakadilan dan kepalsuan.Kita perlu yakin kepada kebijakan dan kecerdikan rakyat dan rakyat tidak akan mudah diperdaya dan diperbodohkan sekiranya gerakan melawan pembodohan secara sistematik digerakkan dari akar umbi oleh pelbagai pihak secara bersama.

Ilmuwan rakyat
Dalam usaha melawan gejala pembodohan rakyat Dato' Dr Siddiq Fadzil menekankan kepentingan  peranan ‘institusi pendidikan kerakyatan yang komited terhadap aspirasi pembinaan kader ilmuwan rakyat, yang mengakar di tengah umat’. Menurut beliau dalam tulisannya “Pemberdayaan umat : Kembalikan daulat keinsanan rakyat”:-

Telah sekian lama umat dikecewakan oleh para cendekiawan/ulama yang hanya punya majikan, tetapi tidak punya umat. Sekarang adalah saatnya kita membina kader-kader public intellectuals, cendekiawan yang memiliki kepedulian yang tinggi terhadap untung nasib rakyat, ilmuwan yang sedar bahawa ilmu mempunyai fungsi sosial-merubah, memperbaiki dan memperkasa manusia. Pemikiran rakyat seharusnya dibentuk oleh para ilmuwan, bukan oleh media propaganda."

Kita impikan kelahiran para cendekiawan-ilmuwan yang aktif memperjuangkan nasib rakyat bawahan dan bukan sekadar cendekiawan-ilmuwan yang sekadar berbangga dengan status gelaran mereka semata-mata, tidak peka dengan masalah yang dihadapi rakyat, jauh dari rakyat, suka mengampu –membodek pimpinan politik dan menjadi boneka para penguasa.

Para cendekiawan-ilmuwan tersebut juga perlu memainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran rakyat sekali gus menggerakkan perubahan ke arah kebaikan. Mereka mampu menjadi rujukan terpenting buat rakyat dan para pemimpin sekaligus mempengaruhi dalam pembinaan dasar-dasar utama negara. Mereka juga harus berani dan jujur dalam menegur segala kepincangan yang berlaku dan tidak menyembunyikan kebenaran mahupun bersekongkol dengan pihak yang aktif menyebarkan kepalsuan dan dan pembohongan.

Semoga kelahiran ilmuwan rakyat itu nanti mampu menggerakkan usaha pencerahan terhadap pemikiran rakyat serta  agenda pemerkasaan dan pemberdayaan rakyat.

Pendidikan demokrasi

Agenda pemberdayaan rakyat ini menurut Dato’ Dr Siddiq Fadzil perlu merangkumi pendidikan demokrasi. Demokrasi jangan hanya sekadar menjadi mainan di bibir mulut sahaja dan rakyat juga jangan mudah ditipu dengan segelintir pemimpin politik yang atas nama demokrasi versi mereka, mereka terus melemahkan dan memandulkan pemikiran rakyat.Rakyat perlu dididik tentang pendidikan demokrasi ini dan disedarkan tentang hak-hak mereka yang sering dilupakan oleh segelintir pemimpin politik yang tidak mahu kedudukan mereka tergugat.

Mengulas soal pendidikan demokrasi ini Dato' Dr Siddiq Fadzil dalam tulisannya “Pemberdayaan umat : Kembalikan daulat keinsanan rakyat” menjelaskan :-

“Pakej pemberdayaan rakyat dalam konteks sekarang harus meliputi pendidikan demokrasi, agar dengan begitu rakyat tahu makna sebenar demokrasi dan bagaimana ia semestinya dilaksanakan. Rakyat harus dididik bagaimana menggunakan hak demokratiknya secara bijaksana dan bermaruah. Mereka juga harus disedarkan tentang hak-hak mereka sebagai pemilih, termasuk maklumat yang cukup dan seimbang tentang semua parti  dan calon yang bertanding. Apalah erti hak pilih tanpa maklumat yang cukup tentang apa dan siapa yang hendak dipilih.”


Tanpa usaha pendidikan demokrasi, rakyat selamanya dinafikan hak mereka dan para pemimpin cenderung menipu dan memperbodohkan rakyat.Rakyat akan dikelirukan dengan demokrasi palsu bikinan pemimpin yang memanfaatkan kebodohan rakyat. Demokrasi palsu tersebut dijelaskan oleh Dato Dr Siddiq Fadzil seperti berikut:-

“Demokrasi seperti itu adalah ibarat memberikan hak memilih warna terbaik kepada orang yang telah dibutakan; atau memberikan hak memilih suara paling merdu kepada orang yang telah dipekakkan. Demokrasi yang selalu digambarkan sebagai jelmaan daulat rakyat dan peran serta rakyat, pada praktiknya rakyat diperbodoh dan diketepikan dari proses membuat keputusan. Rakyat hanya diusung ke pusat membuang undi, dan selepas itu mereka tidak dipedulikan lagi. Keputusan-keputusan dibuat atas nama rakyat ,tetapi seringkali mengenepikan suara dan kepentingan rakyat. Sementara itu, wakil rakyat pula tidak lagi menjadi penyuara aspirasi rakyat, tetapi sudah menjadi penyambung lidah ketua parti. Demokrasi yang dicanangkan tetapi feudalism baru yang dibudayakan.”

Kuasa dan daulat rakyat tidak mungkin dapat diperjuangkan seandainya kita masih bergantung kepada pengamalan sistem kuno dan mencengkam kebebasan rakyat. Pendidikan demokrasi yang sihat dan matang mampu memenangkan rakyat dan memberi jalan kepada usaha merealisasikan tuntutan-tuntutan dan harapan rakyat keseluruhannya.

Dato’ Dr Siddiq Fadzil dalam tulisannya “Daulat syariat dan daulat rakyat dalam pemikiran politik Islam” mengupas soal kedaulatan rakyat ini seperti berikut:-

“Kedaulatan rakyat hanya mungkin terlaksana menerusi demokrasi yang memberikan hak pilih secara adil dan bebas. Pemilih harus diberi peluang mendapat maklumat yang cukup dan seimbang tentang apa dan siapa yang hendak dipilih. Apalah erti kedaulatan rakyat pemilih di tengah kongkongan media, telinga rakyat hanya disumbat dengan maklumat sepihak, dan disuapi dengan kebohongan-kebohongan. Demokrasi tanpa integriti selalu diwarnai penipuan dan pelbagai bentuk kecurangan lainnya. Demokrasi tanpa integriti adalah sejenis kemunafikan: pura-pura menjunjung kuasa dan daulat rakyat, tetapi berleluasa menipu dan memperbodoh rakyat.”

Oleh sebab itulah pendidikan demokrasi perlu disebarluaskan dan diajar kepada rakyat keseluruhannya bukan sahaja melalui sistem pendidikan negara, di sekolah-sekolah, institusi-institusi pendidikan bahkan juga digerakkan sendiri oleh rakyat melalui NGO,gerakan masyarakat madani.

Kekuatan NGO-masyarakat madani

Demi kemajuan sesebuah negara, rakyat negara tersebut tidak boleh sekadar bergantung kepada usaha parti-parti politik atau pemerintah semata-mata. Rakyat perlu diyakinkan dengan kekuatan NGO-masyarakat madani dalam menggerakkan perubahan ke arah kebaikan dalam sesebuah negara. NGO-masyarakat madani boleh memainkan peranan besar dalam mendidik rakyat tentang pelbagai isu khususnya isu-isu kemasyarakatan-kerakyatan. Kebergantungan melampau terhadap pemerintah hanya akan melemahkan rakyat dan negara; oleh sebab itulah rakyat harus disedarkan tentang peranan penting yang boleh dimainkan oleh NGO-masyarakat madani dan betapa pentingnya kita memperkasa dan memperkuatkan NGO-masyarakat madani. Dato Dr Siddiq Fadzil dalam tulisannya ‘Pemberdayaan umat:Kembalikan daulat keinsanan rakyat’ mengupas hal ini seperti berikut:-

“...pakej pemberdayaan rakyat juga harus meliputi usaha penguatan organisasi-organisasi kerakyatan (NGO) dan penggemblengannya menjadi kekuatan masyarakat madani. Ketidakseimbangan kekuatan: pemerintah terlalu kuat, sedang rakyat terlalu lemah harus dikoreksi dengan memunculkan masyarakat madani sebagai kekuatan tandingan. Pemerintah yang terlalu kuat selalu meremehkan suara rakyat. Mereka tidak takut menghadapi protes rakyat kerana mereka tahu bahawa rakyat tidak tahu dan tidak berani memprotes. Mereka juga tidak mempedulikan public opinion kerana mereka tahu bahawa public sebenarnya tidak punya opinion. Kekuatan masyarakat madani akan mengurangi ketergantungan rakyat kepada pemerintah dan dengan demikian rakyat mendapatkan semula kebebasan, kemerdekaan dan kemandirian mereka.”


NGO-masyarakat madani yang kita harapkan itu pastinya NGO-masyarakat madani yang  bebas dan adil, berani menyatakan kebenaran, jujur dalam memperjuangkan hak rakyat-masyarakat keseluruhannya dan mendapat dokongan rakyat.

Kita mengharapkan pilihanraya umum ke-13 kali ini berjalan lancar dengan penuh keadilan dan apa jua keputusannya dan pilihan rakyat nanti dihormati oleh semua pihak. Semoga pasca pilihan raya nanti kita akan menyaksikan yang berada di sidang DUN/Parlimen dan tampuk pentadbiran negara terdiri daripada pemimpin-pemimpin terbaik dan berkualiti serta yang akhirnya menang nanti tidak lain tidak bukan ialah rakyat! Demi negara Malaysia tercinta ayuh sama-sama kita terlibat mengikut kemampuan kita untuk memenangkan calon-calon yang paling berkualiti dan biarlah pertarungan sengit antara calon-calon dan parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya nanti akhirnya dimenangi oleh rakyat!
SHARE THIS STORY






Chua: 'Anwar akan jadi macam Pak Lah'

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata sekiranya  Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, maka kerajaannya akan menjadi macam pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang hanya asyik tentang halehwal Islam.

NONE"Saya telah berpeluang berkhidmat di bawah Pak Lah (Abdullah
Ahmad) dan (Perdana Menteri sementara) Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Chua yang pernah berkhidmat sebagai menteri kesihatan semasa pentadbiran Abdullah.

"Saya dapat lihat perbezaannya. Kepimpinan mereka berbeza sama sekali, begitu juga hasilnya, ini sangat jelas.

"Apabila Pak Lah memimpin negara, setiap hari beliau akan bercakap mengenai Islam Hadhari, tetapi tidak pernah tentang ekonomi, kerana latarbelakang (pengajian Islam) Pak Lah adalah sama seperti Anwar (atas), mereka tidak tahu tentang ekonomi, mereka hanya bercakap mengenai doa," katanya di majlis makan tengah bersama dengan 150 orang di Jementah, Segamat petang ini.

NONESebaliknya, kata Chua, Najib memberi banyak memberi tumpuan kepada ekonomi.

"Di bawah Najib, ianya benar-benar berbeza sekarang, setiap hari penekanan adalah kepada pembangunan ekonomi dan kita percaya ini adalah landasan yang betul," katanya kepada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina.

Oleh itu, katanya, isu siapa yang akan menjadi perdana menteri adalah amat penting.
Pegawai SPR didakwa catat nombor siri kertas undi pos

Petugas kempen DAP mendakwa bahawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab bagi kawasan Parlimen Pulai, telah mencatat nombor siri kertas undi pos sebelum menghantarnya kepada pengundi - meningkatkan kebimbangan bahawa undi tersebut dapat dikesan dengan mudah.

NONECalon DAP bagi DUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How (kiri) dan wakil  calonnya, Tah Moon Hui mendakwa bahawa mereka ternampak kejadian itu semalam semasa lawatan mereka ke pusat gerakan SPR di Johor Bahru untuk memeriksa kertas undi pos sebelum ianya dihantar.

Mereka menunjukkan kepada Malaysiakini gambar yang diambil secara tersembunyi di pusat gerakan tersebut, yang menunjukkan nombor siri enam angka kertas undi bagi parlimen dan kerusi DUN setiap pengundi pos, telah dicatat bersebelahan nama pengundi dalam senarai pemilih undi pos.

Malaysiakini juga telah mengesahkan dengan beberapa wartawan yang telah memohon menjadi pengundi pos bahawa setiap undi mereka dicetak dengan nombor siri enam angka.

"Saya mengesyaki nombor siri yang dicatat oleh SPR boleh digunakan untuk mengesan undi yang dipangkah. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa setiap undi perlu dirahsiakan," kata Cheo ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Di kawasan Parlimen Tanjong Piai, calon DAP, Mahdzir Ibrahim juga menerima satu aduan yang sama daripada pegawai rendah SPR yang telah memohon untuk menjadi pengundi pos.

Beliau berkata nombor enam angka yang dicetak pada sampul surat, yang akan digunakan untuk mengembalikan undi kepada SPR, dan SPR mempunyai rekod kertas undi yang hendak dihantar kepada pengundi.
Beliau berkata nombor enam angka juga dicetak pada sampul surat, yang akan digunakan untuk menghantar kembali undi kepada SPR, dan SPR mempunyai rekod kertas undi yang akan diposkan kepada pengundi.
"Seorang pengundi memberitahu saya bahawa undinya akan dikesan, oleh itu, dia akan memangkah undi rosak," kata Mahdzir kepada Malaysiakini.
"Kita tahu bahawa sampul surat akan dipisahkan daripada kertas undi semasa proses pengiraan, dan kotak undi akan disimpan selama enam bulan selepas pilihan raya. Tetapi jika pegawai SPR membuka kotak  undi, mereka akan dapat mengesan pengundi. Isu sekarang ialah integriti SPR. "

Cheo dan pasukan kempennya juga mengesan nama seorang lagi
pengundi pos yang muncul dalam kedua-dua senarai 'pegawai SPR' dan senarai 'pengamal media'.

NONE"Kedua-duanya mempunyai nama dan nombor MyKad yang sama tetapi muncul dalam daerah mengundi yang berbeza. Saya bimbang ini boleh membawa kepada penyelewengan pilihan raya, "kata calon berusia 29 tahun.

Kakitangan SPR dan wartawan yang tidak dapat mengundi pada hari pengundian, dibenarkan mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum ini.

100 kaum India jadi ahli baru DHPP Perak

Harakahdaily, 26 Apr 2013



IPOH: Dialog yang diadakan oleh PAS Kawasan Gopeng dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di UPU Taman Song Choon, di sini malam kelmarin mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat India setempat.

Setiausaha DHPP Perak, S Naliraja yang datang dari Taiping telah memberikan satu impak baru kepada mereka dengan penerangannya yang begitu berkesan.

Menurut blog Warta Sg Rapat, sesi dialog juga dibuka bagi mereka meluahkan segala pertanyaan yang masih tersimpan di minda mereka.

Di akhir pertemuan, 100 borang ahli baru DHPP telah diserahkan oleh wakil mereka, Saudara Hanifah kepada Naliraja dengan disaksikan oleh Yang Dipertua PAS Gopeng, Abd Rahim Md Ariff dan Ketua UPU Taman Song Choon, Zulkifli Tafsiron. (Gambar atas)

Mat Sabu janji siasatan terbuka untuk kematian dalam tahanan

Harakahdaily, 26 Apr 2013
PENDANG: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS dan Pakatan Rakyat tidak ingin melihat kejadian kematian dalam tahanan berulang jika mereka diberi mandat 5 Mei ini melangkah ke Putrajaya.

“Jika ia berlaku juga, saya berjanji akan pastikan siasatan dilakukan secara terbuka supaya rakyat tahu apa yang berlaku.

"Kita mesti kurangkan kematian dalam tahanan, dan kalau boleh nak tidak berlaku lagi. Langkah ini penting untuk memulihkan semula martabat pihak penguasa di mata rakyat,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Kematian dalam tahanan menjadi-jadi sejak tiga tahun kebelakangan ini di bawah pemerintahan BN.

Beberapa kes kematian dalam tahanan telah menimbulkan kemarahan orang awam. Antaranya ialah kes melibatkan kematian A Kugan dalam tahanan polis dan dua kematian di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini Mohamed.

Awal tahun ini, SUARAM turut mengecam Ketua Balai Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi Zainuddin Ahmad ekoran tiga kematian dalam tahanan daripada September hingga Disember tahun lepas.

k. Nagarajan, 32 dilaporkan mati dalam tahanan pada 21 Disember 2012. Dua lagi mangsa Chandran Perumalu, 47 dan Wong Tip Ping, 51 turut mengalami nasib serupa di balai sama.

Sikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab kerajaan dalam isu kematian dalam tahanan yang melibatkan agensi penguatkuasa di dalam negara sering dikritik.

Laporan Hak Asasi Manusia yang dikemukakan SUARAM pada 23 Julai 2009 menyatakan sejumlah 1,535 tahanan lokap mati antara 2003 dan 2007, seramai 255 mati dalam penjara dan 13 lagi mati dalam lokap pada 2008.

Pada Mac 2009, Menteri Dalam Negeri ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong pula menyatakan seramai 2,571 tahanan mati dalam penjara, pusat pemulihan, depot tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) antara 1999 dan 2009.

Daripada jumlah itu, 2,563 tahanan mati ketika rawatan di hospital, 22 mati dalam perjalanan ke hospital dan 13 mati dalam penjara.

Debat: Adnan kata tiada masa, Najib tetap enggan

Harakahdaily, 26 Apr 2013
KUANTAN: Setiausaha Menteri Besar Sementara Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata jadual bosnya penuh dan tiada masa untuk berdebat dalam debat manifesto anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia Negeri Pahang  (Gamis Pahang).

Pengerusi Gamis Pahang Ahmad Fatihi Mathtar yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi untuk mendapatkan perkembangan lanjut mengenai debat manifesto antara Adnan dan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku calon MB PR yang dipilih Gamis berkata setiausaha Adnan memberikan alasan tiada masa.

“Kami tetap meminta beliau memberikan satu masa. Debat ini penting untuk rakyat Pahang untuk menilai siapa yang lebih layak diangkat sebagai kerajaan mereka 6 Mei ini,” kata Fatihi.

Fatihi berkata beliau akan terus cuba untuk mendapatkan tarikh daripada Adnan. Tuan Ibrahim sudahpun memberikan persetujuan untuk menghadiri debat dan sekarang hanya menunggu Adnan untuk memberikan masa.

Di Facebook, semakin ramai rakyat Pahang mendesak agar debat ini diadakan selepas berita Gamis menganjurkan debat ini dipaparkan di Harakahdaily.

“Doa untuk debat ini dapat dilangsungkan untuk rakyat Pahang,” kata seorang guru dari Taman Tas yang sudah bersara.

Sementara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak tetap enggan berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika wawancara dengan Al Jazeera walaupun kajian UMCEDEL menunjukkan lebih 60 peratus pengundi mengharapkan debat itu dapat dilangsungkan sebelum hari mengundi.

“Ada pelbagai cara untuk mencapai orang awam, kedua-dua parti politik mempunyai banyak ruang di Malaysia… debat tidak akan diadakan, kita perlu berinteraksi dengan rakyat, pembangkang perlu berinteraksi dengan rakyat,” Najib memberitahu Al-Jazeera dalam satu temuramah yang bakal disiarkan besok.

Manifesto PR lebih penuhi harapan rakyat - UMCEDEL

Nazri Abdullah, 26 Apr 2013


(Hasil kajian UMCEDEL terhadap manifesto Pakatan dan BN)

KUALA LUMPUR: Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) mendapati, rata-rata pengundi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto BN.

Dalam kajian terhadap 1,407 responden pengundi berdaftar yang dibuat pusat kajian itu, 42 peratus dari mereka bersetuju terhadap manifesto Pakatan Rakyat dan hanya 36 peratus bersetuju dengan manifesto BN, manakala 22 peratus memilih tidak pasti.

"Ini dalam keadaan manifesto BN dibentang secara langsung dua jam dalam televisyen, dan media memainkannya hampir setiap hari selepas daripada itu," kata pengarahnya Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Universiti Malaya semalam selepas membentangkan hasil kajian bertajuk Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi dalam PRU13.

Kajian tersebut dijalankan bermula pada 3 April iaitu hari pembubaran parlimen, sehingga ke hari penamaan calon pada 20 April lalu.

Antara tawaran paling memberi kesan kepada pengundi adalah tawaran penurunan harga minyak yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai pentadbiran negara.

Tawaran lain yang turut disokong pengundi termasuklah, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, penurunan caj elektrik dan harga air lebih rendah, penghapusan PTPTN, pemberian permit teksi individu serta gaji minima.

Dari segi pecahan kaum, masyarakat Cina adalah paling tinggi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi hasrat rakyat dengan 61 peratus, Melayu 37 peratus manakala India 21 peratus.

Bagi BN pula, majoriti yang mengatakan manifesto BN lebih memenuhi hasrat rakyat adalah kaum India dengan 53 peratus, Melayu 38 peratus manakala Cina 25 peratus.

"Kita bertanyakan kepada mereka, dan kebanyakan mereka ini menyatakan memperolehi maklumat manifesto Pakatan Rakyat ini daripada internet dan media alternatif," kata Dr Ridhuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan