Isnin, 29 April 2013

TAKUT SELAIN DARIPADA ALLAH BOLEH MEMBAWA KEPADA SYIRIK

Hanim: Dari Pengerusi PIBG ke calon PAS

Hazayani Zakaria, 29 Apr 2013
SERI SERDANG: Sokongan positif dari semua kaum sepanjang minggu pertama kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), menaikkan semangat calon PAS N29 Seri Serdang, Noor Hanim Ismail untuk meneruskan kempen pada minggu kedua.

Selesai proses penamaan calon pada 20 April lalu, Noor Hanim, 51 bersama pasukan kerjanya memulakan kempen dengan menyantuni pengundi-pengundi pada siang hari dan program ceramah pada malam hari.

Pengalaman lebih lima tahun sebagai aktivis masyarakat termasuk pernah menjadi Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana membuatkan Noor Hanim dikenali oleh majoriti pengundi di kawasan tersebut.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Noor Hanim merupakan calon popular PAS di Seri Serdang kerana penglibatannya dalam program dakwah dan kemasyarakatan.

Meskipun mengakui perkara ini merupakan satu kelebihan bagi PAS, Noor Hanim bagaimanapun tidak sesekali menganggap beliau berada di kedudukan yang selesa.

Sebaliknya, ibu kepada lima anak itu tidak mensia-siakan tempoh berkempen dengan mendekati dan memenangi hati pengundi agar memilih PAS dan Pakatan Rakyat.

Hubungan beliau dengan kaum Cina dan India juga sudah lama terjalin melalui penglibatannya dalam Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) peringkat Negeri Selangor dan kawasan Puchong.

"Respons pengundi di Dun Seri Serdang ini sangat positif terutama dari kaum Cina yang memberi sokongan seratus peratus, di luar jangkaan termasuk kaum India.

"Petugas India yang dari MIC masuk menyokong Dewan Himpunan Penyokong PAS dan ini yang mengagumkan saya dan orang India secara sukarela datang minta buka bilik gerakan khas untuk orang India terutama di Puchong Perdana," katanya sewaktu ditemui di majlis minum petang bersama penduduk yag turut dihadiri calon DAP Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di bilik gerakan Bandar Kinrara (BK) 9 petang semalam.

Program anjuran Persatuan Penduduk Taman Perumahan Sinar BK 9 itu dihadiri kira-kira 100 penduduk majoritinya pengundi Cina.

Pengalaman mengadakan pelbagai program dengan penduduk setempat membuatkan Noor Hanim tidak kekok apabila berhadapan dengan pengundi dan memberi penenrangan tentang manifesto PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai tawaran Pakatan Rakyat Selangor.

"Jawatan saya dalam LPN memudahkan perhubungan antara saya dengan mereka sebab LPN sudah banyak mengadakan program mendekati kaum Cina dan India.

"Sebelum ini kita anjurkan terutama dengan orang Cina, setiap Tahun Baru Cina PAS akan turun ke pasar edar kad dan limau. Jadi tidaklah saya berasa kekok berhadapan dengan pengundi-pengundi di saat pilihan raya sebab PAS dah buat kerja dari awal.

"Bila saya diumumkan sebagai calon mereka cukup gembira dan sambutan orang-orang Cina dan orang India begitu juga kawan-kawan sangat baik dan meningkatkan semangat saya," katanya.


Cabaran


Menyentuh mengenai cabaran ketika berkempen, Noor Hanim bersyukur kerana tiada sebarang politik ganas digunakan oleh mana-mana pihak sebaliknya kesemua parti mengamalkan politik matang dan saling menghormati.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan mendapat undi dari jentera Umno dan BN berdasarkan respons mereka sewaktu berkempen.

Tun M beri isyarat Putrajaya dalam bahaya

Harakahdaily, 29 Apr 2013
PUTRAJAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang calon PAS Datuk Husam Musa bertubi-tubi di ceramahnya semalam memberi petunjuk bahawa Putrajaya dalam bahaya buat BN.

“Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali,” kata Dr Mahathir ketika berceramah di Presint 9, Putrajaya kelmarin bertajuk Pertahankan Putrajaya.

Dalam ucapannya juga semalam, Mahathir dengan angkuhnya merendah-rendahkan Husam dengan berkata;

“Balik betulkan Kelantan dahulu. Kalau dah berjaya baru mohon izin untuk bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan terbaik untuk jadi PM, bagi kuali,minyak kelapa dah pandai baru bercita-cita jadi PM.

“Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat tinggal kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-penjabat dan rumah yang baik di Kelantan, Selepas itu baru minta kerja di Putrajaya,” kata Mahathir.

Mahathir terlupa, jikalau bukan kerajaan pusat menyekat duit royalti pada Kelantan, sudah pasti Kelantan hari ini jauh terkehadapan berbanding mana-mana negeri BN.

Persoalan yang terpenting yang perlu dibaca daripada cacian Mahathir ialah; jika Putrajaya kubu kuat Umno BN, mengapa ada terlintas di fikiran Mahathir bahawa Putrajaya akan jatuh kepada “orang yang tak sepatutnya.”

Pertanding di P125-Putrajaya ini adalah antara Husam dan calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kedua-duanya bukan berasal daripada Putrajaya. Tengku Adnan berasal daripada Melaka.

Kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Jadi apa kriteria “orang yang tak sepatutnya” bagi Mahathir.

“Bagi Mahathir, Putrajaya adalah jantungnya. Bayangkan di umur 87, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa jantungnya akan jatuh ke tangan PAS enam hari lagi. Pastilah gelabah,” kata satu sumber Umno kepada Harakahdaily.

“Saya di program Mahathir. Kemudian saya mengikuti ceramah Husam selepas balik ke rumah di ustream. Nampaknya Mahathir tersilap langkah lagi. Husam menjual idea, gambaran masa depan yang lebih baik, Mahathir masih menjual nilai kebencian dan mencaci pada Husam. Orang muda dah tak suka benda itu,” kata sumber Umno itu lagi.

Tapi, bagi beliau, taktik Mahathir dan BN memang sudah dijangka.

“Selain mencaci dan lucah, apa lagi yang BN mampu main? Manifesto hancur. Janji Ditepati hancur. BR1M sudah tak berkesan. Yang tinggal hanya populariti Najib, itupun sudah dipintas Anwar. 6 hari terakhir ini, BN bakal 'mengganas' seperti orang yang hampir lemas, PR kena bersedia,” nasihat beliau.

Selepas Mahathir, kata sumber Umno itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan turun padang menyelamatkan Putrajaya. Husam, katanya, harus berdepan dengan serangan Najib pula.

“Saya dengar mereka sedang merancang satu drama untuk mendapatkan undi simpati pada Najib pada saat-saat akhir kempen. PR kena bersedia dengan segala kemungkinan,” nasihat beliau lagi, sambil menasihatkan Harakahdaily untuk membaca semula insiden yang melanda bekas Presiden Taiwan Chen Shui Bian di 2004 sehari sebelum pilihanraya.

"Cara berkempen tak jauh beza dengan kawasan lain, saya di sini calon pilihan kawasan jadi setiap lapisan jentera membantu dari sudut muslimat, pemuda peringkat kawasan, DAP, PKR amat membantu. DAP, PKR sendiri mengadakan hi tea di peringkat mereka semata-mata bagi berkempen untuk calon dan Alhamdulilah tak ada apa-apa sabotaj, dengki atau sebagainya.

"Provokasi di Dun Serdang ini tak ada, mereka memberi impak yang baik mahupun dari BN dan kita juga dapat tembus ke bilik gerakan BN, kita masuk dan memberi saranan yang baik dan ucap terima kasih kepada mereka kerana beri sokongan kepada Pakatan. Kita tak boleh kata mereka pakai baju lambang dacing mereka akan undi BN sebab kadang-kadang ada yang pakai baju dacing tapi undi Pakatan.

"Ada Wanita Umno datang jumpa saya dan berjanji akan undi saya sebab mereka memang kenal saya dari awal. Jadi ini satu petanda yang baik dari BN terutamanya Umno. Begitu juga ahli ada ahli MCA di sini menyatakan akan undi Pakatan. Ini yang anehnya pru13 ini, berbeza dengan PRU yang lepas," ceritanya.

Selepas menyantuni pengundi di majlis minum petang, Noor Hanim bergerak ke Pasar Malam BK3 bagi bertemu peniaga dan pengunjung pasar malam di sana.

Rata-rata peniaga dan beberapa pengunjung khususnya kaum wanita memang mengenali beliau dan ada peniaga yang berkata 'Ini kalilah' sebaik melihat beliau.

Berharap beliau dapat memenangi PRU13 pada 5 Mei nanti, Noor Hanim menyeru semua jentera membuat pecutan terakhir mendekati pengundi dan menyeru pengundi agar membuat pilihan yang tepat demi mengubah negara ke arah yang lebih baik.

"Tempoh berbaki ini, saya dan jentera kempen akan terus berjuang dan saya seru semua petugas yang menunjukkan semangat tinggi sebelum in meneruskan semangat hingga hari terakhir.

"Sebagai calon memang saya mengharapkan setiap pengundi itu membuat pilihan yang tepat supaya kita dapat berubah dan setiap perubahan akan mencorakkan pentadbiran negara terutama Pakatan Rakyat akan mengekalkan kemenangan di Selangor," katanya yakin.

Noor Hanim melawan calon BN Mohamad Yusof Mohamed Yassin.

Pada PRU12, calon PAS  Ahmad Idzam Ahmad hanya kalah kepada calon BN Mohamad Satim Diman dengan majoriti 45 undi.

Cerita sebenar di Dun Damak, Jerantut

Harakahdaily, 29 Apr 2013

TEMERLOH: Cerita liar yang disebarkan bahawa Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan sokongan kepada calon Bebas di Damak adalah tidak benar sama sekali.


(Gambar yang disiarkan ini memberikan kekeliruan kepada orang ramai tentang kedudukan PAS dan calon bebas di Damak)

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Sabtu lalu, di Jerantut, Ustaz Hadi menghadiri program di mana 40 orang pemuda Umno DUN Pulau Tawar menyerahkan borang keahlian PAS.

Namun begitu, di majlis yang sama calon Bebas, Koh Boon Heng bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Pahang turut datang menyerahkan borang permohonan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

“Sebenarnya tiada sepatah katapun dari mulut presiden yang sokong calon Bebas. Dia hantar borang nak jadi ahli DHPP dan naik pentas lepas serah borang. Orang ramai minta angkat tangan untuk bergambar… itu yang keluar gambar seolah-olah memberikan sokongan kepada Koh,” terang Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

PAS, katanya, setakat ini belum lagi memberi kelulusan kepada Koh untuk menyertai DHPP.

Pengerusi DHPP Pahang N Balasubramaniam berkata segalanya akan dibincangkan selepas pilihanraya.

Jangan takut kepada sesiapa

Ustaz Azhar Idrus, 29 Apr 2013
(Ustaz azhar Idrus bersama Mustafa Kamal)

Jangan takut pada sesiapa. Yang telah termakan budi, sebenarnya bukan budi sesiapa.

Budi Allah yang banyak kita makan. Ini udara yang kita sedut milik Allah.

Langit yang kita junjung bukan milik TUDM, tapi milik Allah. Bumi yang kita pijak, bukan hok Pejabat Tanah, tapi milik Allah.

Darah yang mengalir dalam hok ni, dalam tubuh kita milik Tuhan, Dia beri pinjam pada kita.

Maka wajib kita kena balas budi Allah iaitu runtuhkan kebatilan, tegakkan keadilan, tegakkan kebenaran, bersamalah dengan orang-orang yang baik-baik. Jangan sekali-kali bersama dengan orang-orang jahat.

InsyaAllah, jangan takut kepada sesiapa. Kemenangan kita adalah kemenangan rakyat keseluruhan, bukan kerana ekonomi.

Memang penting ekonomi, memang penting kemajuan, memang penting prasarana dalam hidup kita, tetapi itu nombor dua. Nombor satu sekali, kerajaan Allah SWT...

- 27/4/2013
Putrajaya.

Penduduk Malaysia di Qatar juga berteriak .. Ini Kalilah

Harakahdaily, 29 Apr 2013

(Rakyat Malaysia di Qatar berteriah Inikalilah untuk Pakatan Rakyat)


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang kini sedang berada di Qatar yakin Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihan raya umum kali ini.

"Kami di Qatar optimis yang Pakatan Rakyat Insya Allah akan beroleh kemenangan pada PRU-13 ini.

"Kami mengucapkan selamat mengundi kepada rakyat Malaysia.

"Moga pilihan anda dapat menyelamatkan Malaysia dan generasi seterusnya," kata mereka dalam satu ucapan yang dihantar kepada Harakahdaily.

Mereka berdoa semoga pilihanraya umum pada 5 Mei ini berjalan dengan lancar, selamat, bersih dan aman.

"Sejurusnya kami bermohon kepada Allah diberikan kemenangan kepada Islam," kata mesej yang dihantar kepada Harakahdaily itu.


(Rakyat Malaysia di Qatar berhimpun bersama keluarga bagi memberikan sokongan moral kepada Pakatan Rakyat dari jauh)

Ratusan anak muda sertai konvoi bersama treler di P.Pinang

Mohd Sabri Said, 29 Apr 2013

(Ustaz Hadi memberikan tazkirah ringkas)

PULAU PINANG: Ratusan anak muda berkonvoi bersama treler kebangaan PAS Negara Berkebajikan  menggelilingi dua parlimen yang PAS tandingi iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

Konvoi yang disertai oleh pemuda bermotosikal dan kereta melalui Pekan Kepala Batas,  Penaga, Bumbung Lima dan berakhir di Taman Desa Sena, Tasek Gelugor untuk majlis jamuan rakyat.

Treler Negara Berkebajikan datang buat pertama kali setelah dua kali terpaksa ditangguhkan berikutan mengalami kerosakan.


(Kedatangan treler Negara Berkebajikan PAS di ikuti oleh lebih 200 anak muda yang berkonvoi)

Boleh dikatakan hari ini mencatat sejarah baru apabila berpusu-pusu anak muda mengambil kesempatan berkonvoi.

Pulau Pinang agak bertuah kerana bukan sahaja treler PAS berkunjung bahkan kedatangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang secara kebetulan menambah kemeriahan majlis yang diatur.

Selepas solat Zuhur Ustaz Hadi memberikan ucapan ringkas sebelum ke majlis minum petang di Padang Benggali,  Teluk Air Tawar, Butterworth yang bermula jam 5.00 petang dan kemudian ke majlis ceramah perdana di Padang Awam Penaga pada sebelah malam.

Turun berkonvoi ialah Ketua Penerangan PAS Negeri,  Bukhori Ghazali , Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri, Rosli Hassan dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri,  Ustaz Yusni Mat Piah.

Falsafah politik merentasi bangsa dan agama

Tarmizi Anuwar , 29 Apr 2013

Buah salak, buah kedondong,
Buah berangan dalam baldi,
Bukan nasib tidak beruntung,
Salah kita tak mengenal diri,

Mengayuh perahu mudik ke hulu,
Tanak pulut santan durian,
Jarang orang menyesal dahulu,
Ramai orang menyesal kemudian.

Saya mulakan penulisan dengan menukirkan pantun ini yang diambil daripada sebuah buku bertajuk; Hakikat Insan oleh Haji Ahmad Laksamana Kota Bharu.

Penceritaan pantun di atas mengenai manusia yang tidak mengenal diri sendiri merupakan salah diri sendiri. Dek sebabkan manusia itu terleka dengan mewah keduniaan dan terlupa akan kehidupan selepasnya, apabila tiba pada hari pembalasan barulah mereka menyesal dan itulah yang dikatakan jarang orang menyesal dahulu dan ramai orang menyesal kemudian.

Pepatah Melayu, “Tak kenal maka tak cinta” sinonim dengan pencarian jodoh, tetapi saya ingin gunakan untuk mencari hakikat mengapakah diri kita berada di atas muka bumi ini. Fikirkan, jika manusia tidak mengetahui maqasid (matlamat) hidupnya, bagaimana manusia boleh mentadbir alam dengan tertib, lalu merahmati keseluruhan alam. Dengan erti kata lain jika manusia tidak mengenal dirinya sendiri bagaimana dia mahu memaknai hakikat kehidupan yang dilaluinya selama hampir berpuluh tahun.

Sayyed Hossein Nasr yang merupakan pemikir Islam abad ke-20 dan 21 telah menulis sebuah buku yang bertajuk Man and Nature The Spiritual Crisist of Modern Man. Buku ini menceritakan tentang permasalahan pencemaran alam bukanlah disebabkan bahan kimia yang terbebas atau dibebaskan sebagai permasalahan utama tetapi yang menjadi punca utama kepada permasalahan ini adalah akhlak dan rohani manusia itu sendiri.

Kebobrokan yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini bukanlah dilakukan oleh haiwan, tumbuhan atau makhluk lain kerana mereka sentiasa memuji keagungan Tuhan. Kehancuran yang kian parah tidak lain tidak bukan adalah perbuatan manusia yang telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir alam. Sifat manusia rata-rata yang inginkan kemanisan dunia, sebenarnya tanpa mereka sedari telahpun mereka racuni alam dengan perlahan-lahan.

Di negara kita hari ini, tidak kira di pelosok mana, sibuk berbicara soal siapakah yang bakal diberikan mandat untuk menerajui kepimpinan negara bagi penggal seterusnya. Pada tanggal 5 Mei 2013 bersamaan 24 Jamadilakhir 1434 Hijrah bakal berlangsung pilihan raya umum ke-13 untuk Malaysia. Pada hari itu, seluruh rakyat yang berkelayakkan akan keluar menunaikan kewajipan untuk memilih siapakah yang telah berjaya menambat hati mereka.

Sekadar perkongsian yang boleh dipanjangkan perdebatannya secara ilmiah, ingin saya membawa dua idea yang boleh dipertimbangkan untuk memilih siapakah pemimpin yang wajar dipilih dalam konteks politik negara semasa. Khususnya penulisan ini saya tulis adalah untuk warga Ampangan, Seremban kerana saya berasal daripada DUN dan Parlimen ini. Secara amnya adalah untuk seluruh rakyat Malaysia kerana penulisan ini bukanlah bersifat setempat tetapi fleksibel dalam konteks politik tanah air.

Pertama, adalah siapakah yang wajar dipilih antara calon Pakatan Rakyat dengan calon Barisan Nasional. Kedua pula berkaitan calon Muslim dengan bukan Muslim siapakah yang wajar dijadikan idaman hati dan diterjemahkan di atas kertas undian.

Sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional itu sememangnya hak mutlak individu untuk memilihnya dan saya menghormati hak demokrasi tersebut. Timbul isu siapakah yang wajar dipilih apabila kedua-dua calon tersebut adalah berwibawa. Juga sekiranya calon Barisan Nasional lebih berwibawa daripada calon Pakatan Rakyat. Perbincangan ini timbul seperti di DUN Ampangan dan Parlimen Temerloh. Di Ampangan calon Haji Abu Ubaidah Redza bakal melawan Datuk Kamarul Baharin Abbas dan di Parlimen Temerloh antara Nasrudin Tantawi dengan Datuk Saifuddin Abdullah.

Sebuah filem yang diproduksikan oleh Reginald Rose bertajuk 12 Angry Men (1957) mempunyai falsafah yang tinggi dan wajar dijadikan pengajaran dalam konteks demokrasi negara hari ini. Berkisahkan tentang 12 orang juri yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk menentukan hidup mati seorang budak lelaki yang dituduh membunuh ayahnya. Dalam kisah tersebut asalnya, 11 orang juri telah membuat keputusan mengatakan budak lelaki itu bersalah dan hanya seorang sahaja mengatakan tidak, tetapi pada akhirnya yang seorang ini tadi mampu mempengaruhi kesemua 11 juri untuk mengatakan budak lelaki itu tidak bersalah berdasarkan bukti dan kaedah mantik yang terperinci.

Inilah kepercayaan dan impian sebilangan rakyat untuk melihat beberapa ahli politik yang masuk ke dalam Barisan Nasional membetulkan parti daripada dalam. Suatu masa dahulu Anwar Ibrahim telah melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Dato’ Saifuddin. Buah yang rosak boleh kita buang dan menunggu giliran berbuah seterusnya tetapi sekiranya akar yang sudah rosak sudah pasti buahnya tidak akan cantik sama sekali.

Di pandang dari sudut politik matang di mana satu pihak akan menjadi timbang tara kepada pihak yang satu lagi nampak realistik kerana terdapat juga calon Barisan Nasional yang berwibawa melebihi kredibiliti calon Pakatan Rakyat. Tetapi ingin saya bawakan sistem pilihan raya di negara ini bukanlah siapa yang paling berkaliber daripada mana-mana parti akan dipilih menjadi menteri atau kabinet melainkan parti yang menang majoriti akan memilih calonnya membentuk kabinet sebagai kerajaan.

Di Malaysia juga, tidak seperti di beberapa negara lain yang berkesudian untuk menjemput calon pihak lawan yang berkelayakkan bersama-sama dalam kabinet untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih demokratik. Saya mengharapkan politik seperti ini berlaku di Malaysia tetapi saya percaya perubahan politik seperti ini masih belum mampu dicapai oleh rakyat di Malaysia dalam tempoh yang terdekat. Maka, di sini rakyat harus bijak memilih parti politik yang bisa memberikan pendidikan politik kepada rakyat secara adil supaya tahap pemikiran rakyat mampu dipertingkatkan sama ada di bandar atau luar bandar.

Setelah 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, negara ini masih lagi berada pada tahap sibuk membincangkan hak ketuanan (kononnya) dan memburukkan bangsa lain. Satu pencapaian yang menyedihkan kerana setelah 55 tahun mencapai kemerdekaan tahap pemikiran rakyat masih lagi membenci bangsa lain yang setiap hari kamu berurusan dengannya. Sewajarnya setelah 55 tahun, pemikiran rakyat harus merentasi isu ketuanan dan sekarang adalah masa untuk mencari bagaimanakah hendak memberikan keadilan, kesaksamaan dalam menaikkan martabat semua bangsa dari konteks pendidikan, ekonomi, nilai dan keagamaan.

Kedua adalah berkaitan calon Muslim dengan bukan Muslim. Hari ini terdapat golongan yang menggunakan bangsa dan agama sebagai modal politik mereka. Sekali lagi itu adalah hak mereka, saya menghormati tetapi tidak saya bersetuju kerana politik adalah sesuatu yang merentasi isu perkauman dan pemikiran keagamaan yang kolot. Kita wajar melihat konteks yang lebih luas bukan hanya pada bangsa dan agama calon itu sahaja. Politik bukanlah hanya memperjuangkan bangsa dan agama tetapi adalah berkaitan membina sebuah negara yang dirahmati sekalian rakyat di dalamnya.

Di Seremban, calon yang bertanding bakal menemukan lima penjuru iaitu terdapat daripada Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, Berjasa dan Bebas. Seperti telah saya nyatakan di atas senario politik tanah air yang akan membentuk kerajaan adalah parti politik yang memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Sewajarnya kita mengambil kira secara kesuluruhan manifesto yang dibentangkan di peringkat nasional bukan hanya bersifat setempat. Hal ini disebabkan yang akan membawa kepada perubahan adalah parti politik yang memenangi pilihan raya bukan individu atau wakil rakyat yang dipilih.

Saya berasa sungguh terkilan apabila terdapat golongan yang menggunakan fahaman agama secara jumud untuk dijadikan modal pilihan raya, saya mengharapkan keterbukaan yang lebih luas supaya boleh dijadikan dakwah kepada mereka yang bukan penganut beragama Islam. Mengapa golongan ini melihat kuasa politik sebagai hak mutlak Islam dengan cubaan menjatuhkan bangsa atau agama lain dengan hujah agama? Mengapa mereka tidak menggunakan konsep keadilan dan kebajikan yang merentasi sempadan bangsa dan agama untuk modal mereka?

Saya yakin ini adalah kerana hasil pemikiran yang mencemburui bangsa dan agama lain kerana tidak yakin dengan keupayaan bangsa dan agama sendiri.

Saya mengharapkan penulisan yang lemah ini bisa membuka minda kita dalam usaha untuk memilih pemimpin yang akan membawa perubahan kepada negara Malaysia tercinta ini. Pada awal penulisan ini saya cuba membawa pembaca mengenal siapakah diri kita yang bergelar manusia dan makhluk Tuhan di muka bumi ini. Kebobrokan yang berlaku di sekeliling kita adalah bermula dengan akhlak manusia itu sendiri. Sebagai seorang manusia yang dipertanggungjawabkan untuk memilih pemimpin hendaklah kita memilih dengan sehabis pertimbangan kerana pemilihan ini bukanlah untuk diri sendiri semata-mata melainkan proses pembinaan sebuah negara yang bakal diwariskan kepada anak cucu kita satu hari nanti.

Ingin saya akhiri penulisan ini dengan satu analogi iaitu seorang lelaki membawa sebungkus gula, sebuah gelas dan sudu pergi ke sebuah tasik. Lelaki tersebut mengambil air daripada tasik tersebut diisikan ke dalam cawan yang dibawanya. Lalu, lelaki itu mengambil tiga sudu gula dan dikacau sehingga larut dalam air tadi. Selepas itu, lelaki tadi minum air yang berisi dalam cawan tadi dan dia merasai air itu sangat manis. Kali ini, lelaki itu cuba memasukkan gula yang selebihnya tadi ke dalam tasik di sebelahnya, dikacaunya air tasik tadi sehingga diyakini larut gula itu dan akhirnya dia meminum air tasik itu. Ternyata kali ini air yang diminumnya tidak dirasai apa-apa melainkan tawar.

Fahamlah lelaki itu bahawa sekiranya dia ingin menjadikan seluruh tasik itu manis airnya dia memerlukan jumlah bungkusan gula yang realisitik dengan isi padu air tasik tersebut. Tidak boleh hanya menggunakan sebungkus gula untuk mengubah keseluruhan rasa air tasik itu. Begitu jugalah situasi politik tanah air kita, walaupun majoriti bukanlah sesuatu yang mutlak tetapi idealistik itu perlu diikuti keupayaan untuk diterjemahkan dalam erti kata lain adalah realisitik. Semoga pemilihan yang dilakukan kita pada kali ini tidak kita sesali di kemudian hari kerana kita tidah mahu menjadi manusia yang sudah terhantuk baru tergadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan