Jumaat, 26 April 2013

JANGAN JADI POLITIK SEMPIT DAN POLITIK PERASAN JUGA POLITIK TAMAK

Mat Taib ajak Melayu sokong DAP

Harakahdaily, 25 Apr 2013
PAYA JARAS: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Haji Mohd Taib, yang menyerahkan borang menyertai PAS baru-baru ini mengajak orang Melayu untuk memberikan sokongan kepada DAP dan Pakatan Rakyat dan tidak termakan dengan propaganda Umno dalam pilihan raya ini.

“Jika anda memberikan undi kepada pemimpin seperti Tony Pua, Rafizi Ramli… pemimpin-pemimpin muda ini, saya memberitahu anda bahawa semua agensi kerajaan akan menjadi lebih selamat di tangan mereka,” kata beliau yang lebih dikenali Mat Taib dipetik berkata oleh The Malaysian Insider ketika berceramah di kampung Paya Jaras Hilir semalam.

Mat Taib berkata DAP kini ialah sebuah parti yang penuh pemimpin muda berkebolehan yang lebih mementingkan kepentingan awam daripada perkara lain.

Ditambah pula dengan pemimpin berkaliber di PAS seperti timbalan presidennya Mohamad Sabu dan naib presiden Datuk Husam Musa, Mat Taib berkata Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk membawa Malaysia ke ketinggian yang baru.

“Ini adalah pemimpin Kelas A… Saya memberitahu anda PAS-DAP-PKR sudah bersedia untuk mengambilalih sebagai kerajaan yang baru,” tegasnya.

Menyentuh mengenai cara berterusan BN menakutkan orang Melayu dengan dakwaan ‘Cina akan berkuasa’ jika PR memerintah, Mat Taib menyifatkannya sebagai idea yang palsu.

“Mereka sedang cuba menakutkan orang Melayu dengan berkata DAP sedang cuba mengawal kerajaan. Ini sama seperti menakutkan anak-anak kita dengan menjerit ‘Hantu’. Tiada hantu sebenarnya. Kita cuma nak takutkan anak kita. Orang Melayu tidak sepatutnya berasa takut,” terang beliau lagi.

Tamatkan politik sempit 5 Mei ini - Husam

Harakahdaily, 25 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa menyeru seluruh rakyat Malaysia menggunakan peluang mengundi pada 5 Mei ini untuk membuat perubahan menamatkan politik sempit yang diamalkan Umno BN.

Dalam satu kenyataan di Facebook P-125 Putrajaya, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

"Hari ini (semalam) saya diberitahu bahawa pengerusi d bendahari surau tersebut telah dipanggil mengadap ketua pengarah Jawi di Pejabatnya pagi tadi dan seterusnya saya diberitahu bahawa semua AJK surau berkenaan telah diberhentikan serta-merta kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut.

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini." katanya.

Menurut Husam, beliau ke surau tersebut pada 20 April lalu dan menunaikan solat Isyak di sana sebelum diberi peluang  berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut.

Husam merupakan naib presiden PAS, dan beliau akan bertanding menentang Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Letupan: PAS beri 48 jam untuk Teng minta maaf

Hazayani Zakaria, 25 Apr 2013
KUALA LUMPUR: PAS memberi masa 48 jam kepada Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow untuk menarik balik tuduhannya yang mengaitkan Pakatan Rakyat dengan kejadian letupan di ceramah BN.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS juga menggesa Teng  meminta maaf kepada Pakatan sekiranya tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.

"Fitnah yang dibuat oleh Teng jelas untuk memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat dan merupakan strategi publisiti murah untuk meraih undi kepada BN.

"Jika Teng enggan tarik balik kenyataan dan mohon maaf, saya akan berbincang dengan teman-teman pimpinan Pakatan Rakyat yang lain untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah," kata beliau pada sidang media di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Kelmarin, berlaku letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran BN Nibong Tebal, yang menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki.

Mengutuk keras keganasan tersebut, Mahfuz berkata beliau yakin kejadian tersebut adalah provokasi oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab bertujuan menimbulkan ketakutan dan rasa gelisah di kalangan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"PAS juga mengecam keras dan mengutuk tindakan ganas menjelang pilihan raya ini," katanya yang juga calon di Parlimen Pokok Sena.

Sementara itu, Mahfuz turut memberitahu, PAS sedang mengesan pergerakan luar biasa rombongan dipercayai pengundi-pengundi dari Sabah dan Sarawak yang akan memasuki semenanjung bermula hari ini hingga 4 Mei menggunakan pesawat-pesawat yang disewa khas.

"PAS telah menerima laporan yang sedang dalam proses pengesahan mengenai pergerakan ini dan tujuan rombongan juga masih dalam siasatan kami.

"Kami juga sedang mengumpulkan maklumat terperinci berkaitan dengan jumlah sebenar rombongan-rombongan tersebut dan juga jadual perjalanan mereka," katanya.

Mahfuz juga memberi amaran kepada pihak yang menerima kad pengenalan secara tidak sah agar tidak mengundi dalam PRU13.

"Saya ingin memberi amaran kepada warganegara asing yang diberi kad pengenalan dengan cara yang berlawanan dengan undang-undang dan kemudiaanya diidaftarkan sebagai pengundi supaya tidak mengundi dalam pilihan raya kali ini. Kami mahu supaya masa depan Malaysia ditentukan sendiri oleh rakyat," tegasnya.

Nadwah minta rakyat tolak BN

Harakahdaily, 25 Apr 2013
ALOR SETAR: Pertubuhan Islam di Kedah yang bernaung di bawah Nadwah meminta umat Islam di seluruh negara agar menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum kali ini.

Resolusi ini dicapai dalm perhimpunan mereka 23 April 2013 lepas di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar.

Mereka mengemukakan 10 amanat kepada rakyat agar memilih parti yang melaksanakan perkara berikut.

1. MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI PANDUAN HIDUP RAKYAT DAN PEMERINTAHAN – Amalan BN yang menghina agama, memperlekehkan hokum Al-Quran, membawa faham sekular, fitnah, nasionalisme sempit dan kebendaan mesti DITAMATKAN.

2. MEMEGANG AMANAH RAKYAT DAN PEMILIKAN NEGARA – Amanah kepada BN dihancurkan seperti kes pengambilan Tanah Simpanan Melayu, saham BERNAS dijual kepada Hong Kong dan pemilikan saham bumiputra 52 billion hanya tinggal 2 billion. Mereka mesti DITURUNKAN.

3. MEMBERIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI DAN PERCUMA SEPANJANG HAYAT – Tindakan BN menswastakan universiti, caj yuran dan pinjaman PTPTN adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan mesti DITOLAK.

4. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KESIHATAN BERKUALITI DAN PERCUMA – Perlaksanaan dan cadanganc caj perubatan oleh BN di hospital adalah suatu beban berganda rakyat dan mesti DIHENTIKAN.

5. MENGAGIHKAN KEKAYAAN SECARA SAKSAMA DAN MENGHAPUSKAN KRONI – Perlakukan BN, memusatkan kekayaan kepada kelompok kecil dan membolot hak rakyat adalah tidak adil, sangat merbahaya dan mesti DIHAPUSKAN.

6. MENAMATKAN AMALAN BERHUTANG MELAMPAU DAN PEMBOROSAN – Tindakan melampau BN berhutang lebih RM500 billion akan ditanggung rakyat. Kontrak tanpa tender, pembaziran, boros dan salahguna harta rakyat mesti DIADILI.

7. MENURUNKAN HARGA MINYAK, HAPUSKAN TOL DAN MENGAWAL HARGA BARANG – Polisi BN sangat tidak wajar sebagai Negara pengeluar minyak, Negara makmur dengan bayaran berganda. Kesannya rakyat amat terbeban. Ini mesti DIBATALKAN.

8. MEMBANTERAS GEJALA SOSIAL, JAHAT, LUCAH, FITNAH DAN RASUAH – Pimpinan BN yang korup tidak mampu membina rakyat berakhlak dan Negara yang bersih politik. Generasi menjadi rosak. Mereka mesti DIGANTI.

9. BERSIKAP ADIL PADA SETIAP BANGSA DAN MENGHAPUSKAN SIFAT PERKAUMAN – Kepura-puraan BN menggunakan nama bumiputera untuk membolot kekayaan dan kuasa telah meruncingkan perkauman serta meluaskan jurang kaya miskin. Mereka perlu DIRUNTUHKAN.

10. MEWUJUDKAN NEGARA BERDAULAT, SELAMAT DAN BEBAS PENGARUH ASING – Kelalaian BN menyebabkan kadar jenayah tinggi, pertahanan Negara bolos dan hak Negara tergadai. Rakyat makin cemas. Mereka mesti DINYAHKAN.

Sehingga kini Nadwah disertai pertubuhan-pertubuhan Islam khususnya di Kedah seperti:

1. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA).
2. Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
3. Persatuan Ulama Kedah (PUK).
4. Angkatan Belia Islam Maaysia (ABIM).
5. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).
6. Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).
7. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).
8. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA).
9. Pertubuhan Darul Mustafa Negeri Kedah (DARUL MUSTAFA).
10. Yayasan PAKSI.
11. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH).
12. Gerakan Sokong Syariah (GESA).
13. Institut Pengembelingan Komuniti (IMPAK).
14. Institut Penyelidikan Syariah (ISRA).
15. Persatuan Kebajikan & Penyelidikan Pelajar Islam Kedah (IMPAK).
16. Women’s Initiative for Research, Development & Advancement (WIRDA).
17. Dan tokoh-tokoh Ulama serta guru-guru 67 buah pondok dan sekolah agama seluruh negeri Kedah.

K. Selangor perlu sokongan penuh Melayu untuk menang besar

Tinjauan Muhammad Faizal, 25 Apr 2013
KUALA SELANGOR: Bukan sahaja Parlimen Kuala Selangor dapat dipertahankan malah Dewan Undangan Negeri (Dun) Jeram juga akan dapat dirampas oleh Pakatan Rakyat pada 5 Mei nanti.

Namun kerja kuat perlu dilakukan terutamanya tumpuan terhadap pengundi-pengundi Melayu yang masih lagi teragak-agak untuk membuat perubahan.

(Dr Dzulkefly Ahmad, calon PAS di Kuala Selangor....sokongan penuh pengundi Melayu untuk pastikan menang besar)

Tinjauan Harakahdaily di Kuala Selangor mendapati suasana lanskap politik di Kuala Selangor bergerak sealiran dengan di tempat-tempat lain yang tidak mahu ketinggalan dalam arus perubahan.

Tetapi jika ia hanya meliputi kaum Cina dan India serta sedikit kelompok dari kaum Melayu sudah pasti sukar untuk Kuala Selangor membuat perubahan secara keseluruhan.

India dan Cina melahirkan semangat perubahan mereka dan berani menyatakan secara terbuka tanpa takut dengan keadaan sekeliling, tapi itu tidak berapa ketara pada kelompok Melayu.

Mereka masih lagi bersifat 50-50 sama ada ingin membuat perubahan ataupun tidak, bertemu dengan mereka sambutan diberikan dan sedia mendengar tapi sekadar berkata "memilih calon yang benar-benar layak".

Calon Pakatan Rakyat perlu memberi tumpuan yang khusus kepada penempatan masyarakat Melayu, mereka bukannya tidak mahu berubah cuma sikap was-was dalam diri mereka, pasti jika pendekatan lebih dekat dengan penerangan yang jelas sokongan turut diperolehi dari mereka.

Berbaki 10 hari tempoh berkempen, peluang perlu diambil setiap calon bagi memastikan agenda yang dibawa Pakatan Rakyat dapat diterima semua lapisan rakyat.

Berbaki 10 hari ini jugalah perlu mencari satu formula yang terbaik untuk menawan hati pengundi Melayu, secara jujur dikatakan kalau hanya mengharapkan undi dari pengundi bukan Melayu, apabila sedikit kesilapan pasti mendatangkan kerugian kepada calon dan parti yang bertanding.

Walaupun terdapat kesukaran mendapat undi Melayu keseluruhan, tetapi calon Pakatan Rakyat tetap mempunyai kelebihan apabila masyarakat Kuala Selangor telah merasai dan melihat kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Menikmati air percuma dan pelbagai skim yang dilaksanakan, pengundi Melayu yang berada dalam kelompok pertengahan akan membuat pilihan kepada calon Pakatan Rakyat.

Harakahdaily yang memasuki setiap pelusuk kampung di sini, yakin Pakatan Rakyat mampu mempertahankan Parlimen Kuala Selangor dan juga Dun di bawahnya.

Namun untuk mendapat kemenangan yang lebih selesa dar jumlah majoriti yang besar, usaha keras perlu digerakkan terutamanya masyarakat Melayu.

Istilah tidak ada Barisan Nasional maka kita tidak makan perlu dibuang dari pemikiran masyarakat Melayu terutamanya di kawasan kampung.

Foto terbaik: Nizar lawat Bilik Gerakan BN

http://idahsalam.blogspot.com, 25 Apr 2013

Foto Terbaik: DS Nizar Melawat Bilik Gerakan BN

Khamis, 25 April 2013




Hot !! Nizar serang Bilik Gerakan BN di Changkat Jering
Satu pendekatan yang bersahaja dari mantan MB Perak Dato Sri Nizar semasa kempen PRU pada kali ini.

Dengan selamba beliau menberanikan diri berkempen di kubu kuat BN Dun Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan.

Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ. Senario ini boleh menyebabkan calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya Nizar berkempen.

Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaludin. Gaya berkempen Dato Seri Nizar memang menarik dan santai.

Sebelum ini beliau penah menggemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah UMNO sebagai tetamu yang tak diundang.

Bravo Nizar...
SUMBER

1 undi untuk BN = satu untuk Perkasa

Omak kau, 25 Apr 2013


Zulkifli Noordin sudah insaf dan bertaubat, kata Soi Lek

Keputusan BN untuk mencalonkan Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin bertanding kerusi Parlimen Shah Alam telah dikritik hebat tetapi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyokong pilihan parti itu.

Katanya, Zulkifli adalah kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah menjadi peguam pemimpin Pakatan Rakyat itu.
"Beliau telah bertanding di bawah PAS (sebelum ini).

Beliau dan PAS adalah kawan yang sangat baik, oleh itu ketika berada dalam PAS, kemungkinan besar beliau menerap nilai-nilai dan budaya PAS.


Klik untuk baca laporan blog ini.

Lepas makan, pengundi blahhh gitu je

Omak kau, 25 Apr 2013



Malu sungguh beb!!!.. Cukup punya malu apabila seorang pemimpin MCA bertaraf naib Presiden Kanan diperlakukan sebegini rupa.

Rakyat hadir hanya untuk makan minum yang disediakan percuma saja.

Sebaik saja Datuk Donal Lim calon BN Parlimen Selayang nak berucap habis mereka pakat tinggalkan dewan maka tinggallah beberapa kerat petugas parti mendengar celotehnya.



Klik untuk baca laporan blog ini.

‘Bom’ ceramah BN, hebat pantun ini…

Harakahdaily, 25 Apr 2013
KUALA LUMPUR: PAS dan PKR sama-sama mengecam insiden pengeboman dan melontar bahan letupan di dua lokasi, Nibong Tebal dan Parit 9, Baroh, Sungai Leman, Sekinchan yang berlaku semalan dan hari sebelumnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dihubungi Harakahdaily awal pagi ini berkata insiden itu tidak bertanggungjawab dan bertujuan mewujudkan suasana ketakutan di suasana politik yang hangat ini.

“Polis diharap cepat bertindak dalam penyiasatannya agar perkara ini tidak berulang,” kata beliau.

Di Facebook beliau semalam, Tuan Ibrahim mengajak rakyat berfikir dengan serangkap pantun dan poster.

Pantunnya berbunyi:


Lima tahun lamanya ceramah Pakatan diserang.
Samseng, baling batu, kepala pecah, tayar pecah.
12 hari sebelum mengundi tiba-tiba ceramah BN diserang.
Benda-benda pelik macam ni lu sendiri pikirlah.


Pantun tersebut mendapat 1,500 Likes.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut memuatkan satu poster di Facebook yang berbunyi:


“Sudah teruji untuk 12 PRU dan lebih 55 tahun… PAS setiap kali kalah pilihan raya, tidak pernah ada huru-hara, sebaliknya mencuba lagi untuk memenangi hati rakyat.”

Poster itu disambut hangat dan dishare di merata Facebook.

Dua hari lepas, media melaporkan ada kejadian letupan berhampiran lokasi bilik gerakan BN di Nibong Tebal.

Pihak polis dilaporkan menemui bahan letupan ubahsuai (IED) dalam timbunan sampah berhampiran lokasi sama pagi ini.

Semalam, kejadian insiden sama turut berlaku di bahagian depan bangunan Bilik Gerakan BN di Sekinchan.

Ia terbakar dipercayai dilempar dengan dua bom petrol oleh orang tidak dikenali pagi ini.

Sementara itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa siasatan dilakukan dengan segera untuk mencari dalang yang bertanggungjawabkan mencetuskan insiden yang sengaja mewujudkan ketakutan.

"Masa letupan dan lokasi alat-alat ini adalah sangat mencurigakan dan jelas bertujuan untuk mewujudkan ketakutan dan gangguan memprovokasi," kata Anwar.

Pilihanraya umum ke 13 diramal oleh ramai pemerhati dan ahli politik sebagai PRU yang berpotensi menyaksikan kejatuhan Umno-BN buat kali pertamanya dalam sejarah negara.

"Kami tidak apa mahu dikatakan selain mengecam tindakan mereka yang cuba membahayakan nyawa orang awam di Malaysia.

"Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang dari Pulau Pinang, untuk sentiasa berwaspada, bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin yang mungkin timbul," tegas Anwar lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan