Rabu, 24 April 2013

INSYAALLAH...AKAN SELAMAT TINGGAL AKHIRNYA...NI HUKUMAN TIDAK AMANAH DAN ANGKUH PADA ALLAH SWT...TAK MAU LAKSANAKAN HUDUD

Muhd Taib Mantan MB Selangor 'Dibersihkan' Setelah Masuk Pas?
Posted on Wednesday, April 24 @ 13:45:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel
Oleh WFauzdin NS

AMAT malang sekali disaat-saat golongan yang dahulunya berada di dalam kelompok kejahilan telah mula menemui sinar kebenaran, golongan yang dahulunya berada di kelompok kebenaran pula kini berhempas pulas mempertahankan golongan zalim dan mungkar.

Ketika para artis dan tokoh politik yang dulunya alpa dengan keduniaan telah kembali insaf dan mahu kepada kebenaran dan keadilan, golongan yang digelar ilmuan bahkan menonjolkan dirinya seperti alim ulamak masih gila dengan pangkat dan kedudukan serta habuan duniawi.  Semakin hampir PRU, semakin nyaring mereka ini menyalak umpama anjing kelaparan.




Mantan MB Selangor menyertai PAS

Kehadiran mantan MB Selangor, Muhd Taib atau 'Mike Tyson' menyertai PAS, bertambah meroyan si Hassan Jati.  Beliau tidak menyangka 'secerdik-cerdik' beliau kononnya pakar 'moti basi', terdapat bekas tokoh Umno yang lebih bijak menilai arah perjuangan yang diredhai.  Hassan Jati balik ke alam kejahilan dan kesesatan, Mike Tyson telah kembali ke pangkal jalan.

Ada orang bertanya, apakah hebatnya 'Mike Tyson' yang dahulunya pernah terlibat di dalam isu membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak di Lapangan Terbang Australia?  Benar, kita telah ungkitkan perkara ini betahun-tahun dahulu dan 'Mike Tyson' telah pun disiasat.  Adakah benar beliau telah 'dibersihkan'?  Kita tidak beranggapan begitu walaupun beliau telah bersama kita kerana bukan kita yang menyiasat kes beliau dulu.  Kita perlu tanya Kerajaan sewaktu itu (Umno/Bn), adakah 'Mike Tyson' bersih?  

Sebagai sebuah Parti Islam, PAS tidak akan menyekat sesiapa sahaja untuk bersama dengan wadah perjuangan menegakkan Islam hatta kepada orang-orang kafir sekalipun.  Khalifah Islam, Sayyidina Omar dan Sayyidina Hamzah lebih hebat rekod 'kejahatannya' sebelum beliau mendapat hidayah dari Allah.  Apakah kerana sejarah kotor dan jahat kedua-dua Khalifah ini, Nabi tidak membenarkan mereka untuk menyertai Ugama Islam?  Ini lah hebatnya Islam.  Ini lah juga yang mahu dibawa oleh PAS.

Seandainya mereka anggap sesiapa sahaja yang menyertai PAS akan 'dibersihkan', itu anggapan yang salah.  Kita mahu pihak berkuasa bertindak ke atas sesiapa sahaja yang melakukan salah laku tetapi bukan menunggu seseorang itu menyertai PAS atau Pakatan Rakyat barulah pihak berkuasa mahu bertindak atau menyiasat.  Itu kerja yang tidak amanah dan tidak ikhlas.  

 Ramai ahli UMNO yang berhijrah, UMNO berharap kepada hantu!
Posted on Wednesday, April 24 @ 10:39:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,,

Berita yang diterima di seluruh negara, semakin ramai ahli dan penyokong UMNO berhijrah ke PR walupun mungklin ada di antara mereka yang berhijrah kerana tidak dapat jadi calon atau tidak puas hati dengan calon yang yang dikemukakan.Penghijrahan ini memberi tamparan hebat kepada UMNO yang masih berusaha mengekalkan kuasa mereka.

Kini UMNO bergantung harap kepada hantu di mana ada berita mengatakan UMNO sudah menyewa kapal terbang untuk membawa penduduk Filipina yang ada IC dari Sabah untuk mengundi di Selangor.Betul atau tidak belum dapat dipastikan lagi tetapi kebiasaannya bila ada di kalangan mereka berkata BN pasti 110% akan menang di Selangor, maka ianya benar berdasarkan pengalaman 2008 apabila Derih Jusoh melaungkan keyakinan yang sama walupun di peringkat akar umbi, UMNO jelas kelihatan ketinggalan kepada BA ketika itu.

Yang agak aneh sedikit, keyakinan yang mengatasi ketentuan ALLAH ini datang dari katak gomok, Zul pembohong besar abad ini.Kalau seorang yang menyatakan keyakinan melebihi 100% kepada perkara yang belum berlaku, itu tandanya dia mahu menunjukkan dia lebih bijak dari penciptanya, maka tunggulah balasannya kalau tidak di dunia pasti di akhirat kelak.

Berbalik kepada berita usaha UMNO membawa pengundi hantu dari Sabah, Saya melihat kalau benar, ini adalah usaha terdesak mereka sedangkan bukan rahsia lagi ribuan warga Bangla, Nepal, Indonesia, India, Pakistan dan lain lain pendatang asing sudahpun ada mykad di Semenanjung terutama di Selangor.

UMNO menggelabah kerana sentimen penolakan bukan setakat satu negeri sahaja, walaupun nampaknya UMNO berminat dengan Selangor lebih dari negeri lain, tetapi apa agaknya usaha UMNO untuk memastikan negeri yang mereka kuasai sekarang tidak terlepas ketangan PR dan terlebih penting, apakah usaha UMNO untuk memastikan mereka tidak tewas di persekutuan? Sedangkan kini mereka menumpukan untuk merampas Selangor sehingga Najib sendiri turun menjelajah Selangor?

UMNO merancang sesuatu yang agak merbahayakan diri mereka sendiri serta rakyat jelata jika benar maklumat yang mengatakan mereka akan membawa masuk pengundi dari keturunan Sulu ke Selangor. Risikonya cukup besar kalau ada di antara mereka mengulangi perbuatan biadap seperti di Paka dulu sehingga ada yang mati.

Mungkinkah akan berlaku huru hara di PRU 13 nanti yang melibatkan puak puak Sulu yang ada my kad? Untuk petugas dan penyokong PR, adalah lebih baik kita semua bersedia sekarang walaupun berita itu belum dapat disahkan. Tidak rugi bersedia demi negara tercinta, lagipun sanggupkah kita melihat apa yang berlaku di Lahad Datu berulang di Selangor.

Berita itu juga menyebut ada usaha membawa masuk pengundi Sulu ke Johor, jadi rakyat Johor juga perlu bersedia terutama di Johor Baru.Kita berdepan dengan PRU yang bermakna setiap penyokong perlu memberi sokongan di tempat masing masing.

Pengalaman lalu menunjukkan penipuan UMNO bukan hanya penipuan kecil dan tidak ada masa untuk kita pergi membantu kawan kawan di kawasan lain.Oleh itu komitmen setiap penyokong adalah perlu di kawasan masing masing demi mematahkan percubaan menipu UMNO yang disokong kuat oleh SPR."


 GEMPAR: Betoi ka orang KUAT Amno neh dah kena strok [Saksikan...]
Posted on Wednesday, April 24 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Shalehudin



Satu Malaysia jadi hairan, satu Malaysia jadi rindu... Dulu riuh rendah macam keling karam, tetiba sunyi sepi betoi-betoi dah karam tenggelam... haha...

Inilah antara balaci-balaci yang sebelum ini bukan main punya bodek dan jilat.... akhirnya senyap dan sepi bilamana nama tak dicalonkan dalam PRU 13 nanti...

Ka korang semua nih dah bisu kena strok tak..?

Kahkahkah...

Sumber: shalehudin.blogspot.com



 PRU-13 Penting Untuk Mengembalikan Demokrasi dan Maruah Rakyat
Posted on Wednesday, April 24 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Skuad BO

KUALA TERENGGANU - Pilihanraya Umum Kali Ke-13 (PRU-13) adalah amat penting untuk mengembalikan demokrasi dan menebus maruah serta harga diri seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Terengganu khususnya.

Menurut, Calon PAS N.16 Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, rakyat Terengganu telah dihina kerana walaupun ia sebuah negeri kaya, namun rakyatnya masih bergelut dengan kemelut kemiskinan.

"kita nak mengembalikan demokrasi di negara kita, kita nak mengembalikan harga diri rakyat Malaysia dan juga rakyat negeri Terengganu, dalam konteks negeri Terengganu ia cukup penting,

"dimana......negeri Terengganu kaya tetapi rakyat Terengganu mash miskin, kepincangan inilah yang kita nak ubah.........kita melihat 5 tahun pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) mereka membelanjakan lebih RM10 bilion, tetapi pergi ke mana (wang itu)?,

"terlalu banyak pembaziran.......terlalu banyak salah urus.......salah tadbir, penyelewengan dan rasuah yang berlaku,"tegasnya. [Lihat Video]

Beliau berkata demikian ketika ditemui berkempen di pasar malam Kampung Cendering, dekat sini, pada Seelasa petang 23 April.

Beliau yakin, akan berlaku perubahan di negeri Terengganu sebagaimana kebangkitan rakyat yang sedang berlaku diseluruh negara.

"InsyaAllah dalam pilihanraya ini dngan kebangkitan rakyat yang sedang berlaku di seluruh Malaysia, Terengganu juga akan berlaku satu 'Tsunami' perubahan rakyat ke arah yang lebih baik dan kuasa rakyat yang akan dapat  melakukan perubahan yang besar di negeri Terengganu dan seluruh Malaysia,"tambahnya.

Sumber: buletinonline.net

 Ceramah Husam di Presint 9
Posted on Wednesday, April 24 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog dariputrajaya

HARI INI DALAM SEJARAH PUTRAJAYA
Buat julung kalinya Ceramah Umum yang di anjurkan oleh Pas Putrajaya di Presint 9, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, kenderaan di parkir hampir 1KM panjang di sekitar Presint 9 menunjukkan warga Putrajaya am-nya sudah tidak gentar lagi untuk menunjukkan sokongan mereka terhdap calon Pas, Dato Paduka Hj Husam Bin Musa.

Antara Isu yang di ketengahkan adalah untuk membela nasib Penjawat Awam yang berpendapatan rendah, tentang isu perumahan, Kemudahan Parkir, dan juga masalah-masalah lain yang melibatkan warga guru.

Penjawat Awam sudah tidak perlu gentar lagi untuk menunjukkan sokongan dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat kerana telah di wujudkan satu Biro Aduan yang berfungsi untuk sesiapa sahaja tampil membuat aduan jika diugut atau mempunyai masalah dan isu yang boleh diketengahkan. Biro Aduan ini juga disediakan khidmat guaman jika ada antara penjawat awam yang diugut sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat. Negara Demokrasi. Rata-rata penjawat Awam yang hadir menyatakan mereka bersedia untuk berkhidmat untuk Kerajaan Baru.

Apabila ditanya mereka tentang ancaman, mereka hanya menjawab, Kami penjawat awam, berkhidmat untuk negara, bukan berkhidmat untuk Barisan Nasional, Kerajaan boleh bertukar, TETAPI negara kita tetap satu, Malaysia.~!

Dalam ribuan yang hadir, ternyata ramai juga penjawat Awam yang sudah berani tampil menunjukkan sokongan secara terbuka, dan ada juga yang mendengar dari jauh, di bawah-bawah pokok sekitar padang Presint 9. Lori LED yang pertama di Malaysia menambahkan lagi keberkesanan penyampaian maklumat dan Fakta selain manifesto dari Calon .

Penceramah

1) Tan Sri Muhammad Mohd Taib
(Mantan MB Selangor)

2) Dr. Zaiyadi Hj Awang Noh
(Mantan ketua pemuda UMNO Kelantan)

3) Dato Paduka Hj Husam Musa
(Calon P-125 Putrajaya)



Barisan Penceramah



Bakal Ahli Parlimen Putrajaya menyampaikan ceramah



Kehadiran anak muda yang kini bangkit menyokong perjuangan Islam tanpa perlu mengharapkan ganjaran.



Suasana dari pandangan belakang, 100 Meter dari pentas ceramah, di kiri dan kanan masih ramai lagi yang khusyuk mendengar fakta & hujah dari penceramah.



Sudut di sebelah pentas utama

Sumber: dariputrajaya.blogspot.com


 Khairy Jamaludin: Adakah hari esok untukmu?
Posted on Wednesday, April 24 @ 12:28:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: modayu

"'Susahnya PRU13 ni tanpa pak mertua aku'. bisik hati kecil khairy jamaludin (KJ) disuatu pagi ditepi surau disebuah kampong di rembau.

'Kalau pak lah ada kan senang aku nak jadi PM pada usia paling muda, tapi lani semua itu dah jadi samar2 jer skrg ni, cepat sgt masa berlalu,sedar2 dah semakin susah aku nak mendaki pejabat PM tu'. getus hatinya lagi.


KJ merupakan ketua pemuda UMNO yang ada gaya seorang pemimpin. Gaya dia berhujah dan bercakap mempunyai karektor seorang pemimpin yang disegani.Semasa pentadbiran pak lah dahulu, beliau merupakan antara calon favorite untuk menduduki kerusi empuk diputrajaya. Dikatakan semua urusan diputrajaya itu dibawah pemantauan beliau. Tapi kini semuanya hilang begitu sahaja.
'Ahhhh!!! alang2 seluk pekasam, biar lengan aku ini basah sepenuhnya'. azam KJ utk PRU13 ini.. 
Nasib beliau kini sudah dihujung tanduk. Segala perancangan beliau semasa era paklah kini sudah hancur. Keinginan beliau untuk menjadi PM paling muda diMalaysia sudah kabur kelihatannya. Beliau kini dimusuhi luar dan dalam umno sendiri.
'KJ tu kalau dia dlm PR tu boleh pergi jauh tu, tp sebab dia buat perangai masa pak mertua dia jd PM, ramai dah benci dengan dia'. cerita penyokong kuat DSAI disebuah kedai kopi disentul.
PRU13 ini adalah titik tolak beliau didalam politik. Nyawanya kini hanya betul2 mengharapkan ihsan najib dan rosmah. Dia yang amat dibenci oleh DR M bernasib baik dicalonkan diparlimen rembau. Walaupun dia memegang jawatan ketua pemuda umno malaysia, tapi kedudukannya itu tidak dapat menjamin sebarang jawatan menteri selama itu walaupun ketika zaman pak lah berkuasa.
Beliau pernah menyuarakan untuk tidak dicalonkan pada PRU13 ini, tetiba najib tetap menyebut namanya untuk rembau,terus KJ tidak menolaknya.Semua katanya itu hanya untuk memancing ihsan najib sahaja.Perkara ini juga pernah diusulkan oleh nazri aziz, tapi itu semua auta politik sahaja untuk menagih simpati presiden umno semata-mata.
'Aku harap pencalonan aku dirembau kali ini mendapat mandat rakyatlah hendaknya. Jika aku kalah kali ini, manalah aku nak cari kerja untuk menampong hidup aku yang penuh dengan hutang2 besar ini'. Kata hati KJ ketika memandu kereta mewahnya menuju ke kampong halaman di rembau.
'Nak pancing undi kat kampong pun nak pakai duit banyak juga.Mana nak aku nak cekau semua ini.Dulu masa pak lah ada, ramai juga yang jadi 'lembu' hulur wang kat aku utk aku berkempen, tapi lani semua dah takder. Duit simpanan pun tinggal seredak jer ni'. Risau KJ memikirkan semua ini.
KJ bermula didalam arena politik cukup bergaya.Beliau naik secara mendadak disebabkan pengaruh pak mertuanya. Semua orang mendengar kata2nya tanpa sebarang bantahan. Semua tunduk dengan kemahuannya. Ketika itu KJ merupakan penasihat PM yang paling berpengaruh sekali. Tingkat 4 diputrajaya merupakan tempat beliau mengemudi negara disebalik tabir.
'Lawan aku dirembau bukan calang2 orang, Tuan Haji Radzali, calon PKR itu hebat orangnya.Banyak pengalaman dan cukup dipercayai orangnya. Menang ker aku kali ini'. Risau KJ semakin tinggi. Direnungnya kawasan pekan rembau yang baru dia lalui ini yang semakin lesu dengan sokongan kepadanya. Masa depannya kini betul2 dihujung tanduk.
'Kalau aku kalah kali ini, dan kalau BN juga tewas, aku nak hubungi DSAI lah minta kerja.'  KJ memikirkan jalan untuk beliau terus bernafas dibumi malaysia ini jika BN tewas buat kali pertama dalam sejarah ini.
'Tapi, diorang terima ker aku ni yang pernah aku kutuk diorang dulu tu?'. Tanya hati KJ ketika membelok kepejabat BN rembau untuk melihat persiapan mereka disitu.
-HMnews-
Tidak dilupakan akan calon bebas yang bertanding di parlimen subang untuk PRU13 ini. Bukan nak promote saudara kita ini, cuma nak tengok apa hala tuju beliau dalam memenangi hati rakyat subang yang dia diami sejak 30 tahun lalu. Susah rupanya menjadi calon bebas ini,segalanya harus menggunakan wang poket sendiri dan keringat sendiri untuk mendapat kepercayaan orang ramai disini.Saksikan celoteh beliau yang bersahaja dengan menggunakan bahasa melayu yang amat puitis sekali.


 Semoga bermanfaat hendaknya.
Md daud yusri alhutan melintangi
Fardhu kifayah compliance partner @ www.dadiydoo.com
 POLIS dan SPR bekerjasama gagalkan ceramah
Posted on Wednesday, April 24 @ 12:38:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: ramlisdar

"POLIS dan SPR perlu berkecuali.  UMNO tidak semestinya kekal bertampok di situ. Bagaimana anda akan berdepan dengan rakyat bila UMNO tumbang

Sejak dulu lagi POLIS adalah tidak lebeh dari peliharaan UMNO. Mereka akan buat apa yang tuan yang memelihara mereka suroh buat

Terpulang lah untok POLIS untok membuktikan pada rakyat yang mereka bukan peliharaan Syaitan yang dikenali. 

Buktikan juga yang rakyat tersalah anggap terhadap mereka. 
Yang terkini :  rujok newspaper hari ini, di mana jurucakap PEMANTAU Pn Marina Chin Abdullah, melaporkan kejadian di mana POLIS menggangu dan cuba menggagalkan ceramah yang di buat oleh Pakatan Rakyat. 
Dalam kejadian ini POLIS yang menjadi peliharaan,  mengganggu ceramah  di mana Datuk Ambiga Sreenevasan sedang berucap, sunggoh pon terdapat kakitangan SPR yang hadir sama.
Kelihatan seolah2 POLIS dan SPR berkerjasama menjadi peliharaan UMNO.
Sila rujok surat kabar hari ini THE SUN muka surat 8 tarekh 24hb April 20132                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     "
 Pengakuan Terbuka Yang Membuat UMNO Bertambah Luka Dan Duka!!!!!
Posted on Wednesday, April 24 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Omak Kau!!!

"SAYA MENJADI SEORANG HINDU YANG LEBIH BAIK SELEPAS KAWAN DGN ORANG PAS"

Begitulah bunyi ayat yang diluahkan oleh seorang warga kita kaum India beragama Hindu....

Luahan hati ini taubat lahom tidak akan dihebahkan kepada umum oleh TV3, RTM, Utusan ,Berita Harian, Bernama, NSTP maupun The Star.



Para pemimpin UMNO kalau nampak akan kata-kata sebegini punya rupa, pasti pening kepala kerana segala dakyah hatta tanda tangan MoU dengan Hindraf langsung tidak memberi kesan sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang cuba digambarkan sebagai parti yang membawa perjuangan ekstrimis.

UMNO boleh buat apa saja.. dari menakut-nakutkan sampailah memfitnah pihak lawan, tetapi akhirnya rakyat jua yang akan membuat keputusan...Jangan kita pandang rendah kemampuan rakyat untuk berfikir dan menilai... Jangan ingat dengan pemberian BR1M rakyat sudah terasa teramat terhutang budi kepada UMNO....Hentikan politik caci mencaci dan memfitnah lebih-lebih lagi penayangan video lucah...Sokongan rakyat kepada UMNO tidak akan bertambah malahan semakin berubah dan ramai yang berduyun-duyun berhijrah.

Sumber:
omakkau.blogspot.com
Bos Perkasa Kemaman Koma Di Dungun.

Posted on Wednesday, April 24 @ 13:40:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Gendang Perang



Cybertrooper Pakatan Rakyat  melaporkan bahawa....

Satu pergaduhan telah berlaku di DUNGUN TERENGGANU,,, KETUA PERKASA bahagian dungun dan juga merupakan orang kuat mat said, koma setelah jatuh tersembam ke dalam longkang setelah di serbu oleh penduduk Dungun yang berang dengan lagak samseng beliau...

Kejadiannya berpunca daripada tindakan majlis perbandaran Dungun bertindak membuang bendera-bendera PAS di hadapan PASAR BUAH DUNGUN, sedangkan bendera umno tidak di buang.. lalu penyokong-penyokong PAS mempertikaikan HAL itu.. lalu datanglah Samseng taik kucing Perkasa mebuat kecoh di tempat tersbut ..

Penyokong-penyokong yang sedang panas dengan tindakan majlis perbandaran yg sememangnya di kenali sebagai barua umno bertambah panas bila samseng itu memaki hamun dan mngatakan PAS parti ajaran sesat .......   lalu berlakulah tolak menolak.

Semasa penyokong2 PAS mula menyerbu , dia cuba melarikan diri lalu jatuh ke dalam longkang dan terhantuk hingga berlaku perdarahan di kepala dan penyokong2 PAS datang meludah orang tersebut yg masih di dalam longkang saat itu,,, polis dtg tenteramkan keadaan dan penyokong umno yg ketakutan di situ mula mengangkat orang tersebut untuk dibawa ke hospital.. dan sehingga kini dia masih belum sedarkan diri...

Mangsa merupakan orang KEMAMAN .. ko ingat samseng ko jer.. ko pikir samseng orang simpan kat pajak gadai ? ke guaner?- Cybertrooper Pakatan Rakyat 

wakaka.... yang tak boleh tahan ayat brader kita ni. Perkataan yang gua rasa tak patut gua tukar dengan perkataan "orang tersebut"

Yang kelakarnya mamat tu cuba tunjuk hero. Dialah yang kuat, dialah perkasa dan segalanya. Baru kena sergah dah lari lintang pukang sampai longkang pun tak nampak. Punya la gelabah...Lagi memalukan jika penyokong PAS yang ada di situ hanya berkain pelikat sahaja. Nak rentap macam mana..... wakaka

Adios
 for my own record


...................................................
http://www.wasukalu.com
* Gambar di atas hanya hiasan sahaja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan