Rabu, 24 April 2013

LANTAI SENGET KALAU KALAH MALU OI

Dr Mariah yakin pertahan parlimen Kota Raja

Harakahdaily, 24 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Calon PAS yang juga penyandang kerusi Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yakin pengundi di kawasan tersebut akan bersamanya pada PIlihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Biarpun kali ini berlaku persaingan empat penjuru, namun beliau yakin PAS mempunyai kelebihan memandangkan khidmat lima tahun beliau sebagai wakil rakyat

“Saya sudah berada lima tahun di sini dan rakyat sendiri tahu bahawa saya sentiasa turun padang dan menerima kehadiran orang ramai di Pusat Khidmat DUN pada bila-bila masa.

“Saya rasa mereka (rakyat) mengenali saya. Lima tahun ini, kita bukan macam wakil rakyat sebelum 2008.

“Kami merakyatkan diri kami dan kami tak merasa bahawa menyandang yang berhormat itu adalah satu penghormatan (orang hormat pada kita) tapi kita adalah ‘khadam’ rakyat,” katanya dipetik Selangorku.

Dr Mariah bagaimanapun tidak mahu memandang ringan pencabarnya memandangkan PRU13 adalah pertarungan sengit.

“Saya tahu bahawa saya kurang serba serbi. Orang sebut bahawa BN ada banyak bendera, poster dan pelekat. Tapi PAS tak mempunyai banyak dana, yang keluarnya daripada poket kami sendiri.

“Kami negeri hanya bagi poster dan bendera tertentu sahaja. Tak cukup, kami terpaksa cari duit. Yang ada pada kami ialah keperihatinan yang kami berikan lima tahun dan rakyat tahu perkara itu,” katanya.

 Ramai ahli UMNO yang berhijrah, UMNO berharap kepada hantu!
Posted on Wednesday, April 24 @ 10:39:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,,

Berita yang diterima di seluruh negara, semakin ramai ahli dan penyokong UMNO berhijrah ke PR walupun mungklin ada di antara mereka yang berhijrah kerana tidak dapat jadi calon atau tidak puas hati dengan calon yang yang dikemukakan.Penghijrahan ini memberi tamparan hebat kepada UMNO yang masih berusaha mengekalkan kuasa mereka.

Kini UMNO bergantung harap kepada hantu di mana ada berita mengatakan UMNO sudah menyewa kapal terbang untuk membawa penduduk Filipina yang ada IC dari Sabah untuk mengundi di Selangor.Betul atau tidak belum dapat dipastikan lagi tetapi kebiasaannya bila ada di kalangan mereka berkata BN pasti 110% akan menang di Selangor, maka ianya benar berdasarkan pengalaman 2008 apabila Derih Jusoh melaungkan keyakinan yang sama walupun di peringkat akar umbi, UMNO jelas kelihatan ketinggalan kepada BA ketika itu.

Yang agak aneh sedikit, keyakinan yang mengatasi ketentuan ALLAH ini datang dari katak gomok, Zul pembohong besar abad ini.Kalau seorang yang menyatakan keyakinan melebihi 100% kepada perkara yang belum berlaku, itu tandanya dia mahu menunjukkan dia lebih bijak dari penciptanya, maka tunggulah balasannya kalau tidak di dunia pasti di akhirat kelak.

Berbalik kepada berita usaha UMNO membawa pengundi hantu dari Sabah, Saya melihat kalau benar, ini adalah usaha terdesak mereka sedangkan bukan rahsia lagi ribuan warga Bangla, Nepal, Indonesia, India, Pakistan dan lain lain pendatang asing sudahpun ada mykad di Semenanjung terutama di Selangor.

UMNO menggelabah kerana sentimen penolakan bukan setakat satu negeri sahaja, walaupun nampaknya UMNO berminat dengan Selangor lebih dari negeri lain, tetapi apa agaknya usaha UMNO untuk memastikan negeri yang mereka kuasai sekarang tidak terlepas ketangan PR dan terlebih penting, apakah usaha UMNO untuk memastikan mereka tidak tewas di persekutuan? Sedangkan kini mereka menumpukan untuk merampas Selangor sehingga Najib sendiri turun menjelajah Selangor?

UMNO merancang sesuatu yang agak merbahayakan diri mereka sendiri serta rakyat jelata jika benar maklumat yang mengatakan mereka akan membawa masuk pengundi dari keturunan Sulu ke Selangor. Risikonya cukup besar kalau ada di antara mereka mengulangi perbuatan biadap seperti di Paka dulu sehingga ada yang mati.

Mungkinkah akan berlaku huru hara di PRU 13 nanti yang melibatkan puak puak Sulu yang ada my kad? Untuk petugas dan penyokong PR, adalah lebih baik kita semua bersedia sekarang walaupun berita itu belum dapat disahkan. Tidak rugi bersedia demi negara tercinta, lagipun sanggupkah kita melihat apa yang berlaku di Lahad Datu berulang di Selangor.

Berita itu juga menyebut ada usaha membawa masuk pengundi Sulu ke Johor, jadi rakyat Johor juga perlu bersedia terutama di Johor Baru.Kita berdepan dengan PRU yang bermakna setiap penyokong perlu memberi sokongan di tempat masing masing.

Pengalaman lalu menunjukkan penipuan UMNO bukan hanya penipuan kecil dan tidak ada masa untuk kita pergi membantu kawan kawan di kawasan lain.Oleh itu komitmen setiap penyokong adalah perlu di kawasan masing masing demi mematahkan percubaan menipu UMNO yang disokong kuat oleh SPR."


 Kempen panas, PAS saingi kempen 'agresif' Mukhriz
Posted on Wednesday, April 24 @ 10:06:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh Abdul Rahim Sabri
Kempen pilihan raya umum ke-13 memasuki hari kelima semakin rancak dan bahang kerusi 'panas' DUN Ayer Hitam, Jerlun yang diwakili Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, semakin dirasai.

Darjahnya dilihat meningkat apabila pemasangan bendera merentangi jalan, penyebaran risalah, menampal poster Mukhriz dan calon BN lain serta menggantung kain rentang memenuhi jalan di kawasan DUN dan parlimen itu.



Berbanding sebelum penamaan calon, tinjauan Malaysiakini setakat semalam mendapati hampir keseluruhan jalan memasuki Ayer Hitam - dari jalan Alor Setar-Simpang Empat-Kangar - dipenuhi poster, bendera serta banting wajah Mukhriz berbanding calon PAS Abdul Ghani Ahmad.

Boleh dikatakan hampir tiada pokok yang terlepas daripada bahan kempen BN dan seorang petugas PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) yang ditemui semalam bagaimanapun berkata ia tidak melemahkan semangat jentera yang dididik dengan kesabaran dan semangat jihad.

Malah, katanya, rakyat setempat sedar kemampuan BN menyediakan bahan kempen 'agresif' seperti itu berbanding mereka bergerak seadanya tetapi dengan semangat perjuangan yang tinggi tanpa balasan.

Kempen agresif BN turut diterjemahkan dengan 'mengangkut' orang ramai ke majlis perasmian peletakan batu asas cadangan pusat sukan dalam parlimen Jerlun oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi semalam (Selasa).

Beberapa buah bas disediakan untuk tujuan itu termasuk berbondong-bondong pemuda berkonvoi motosikal ke tapak projek tersebut sambil memakai baju dan mengibarkan bendera BN. Kira-kira 2,000 yang hadir pada majlis itu.

Manakala, risalah wajah pemimpin Pakatan Rakyat yang menganggotai "Kabinet Rakyat 2013" dan buku kecil setebal 108 muka surat bertajuk "Mengapa kami tinggalkan Anwar" mengenai bekas sahabat dan pemimpin PKR yang meninggal ketua umumm PKR itu, turut ditemui dan dibaca oleh hadirin dalam majlis itu.

Tidak cukup dengan itu, pejabat Umno Jerlun, turut meletakkan satu risalah mengenai lima sebab utama pengundi perlu menyokong BN dan menolak Pakatan Rakyat.

Hal demikian mengundang tandatanya sama ada 'lemahnya' jentera PAS di kawasan DUN itu. Bagaimanapun 'kegusaran' itu ditangkas petugas itu sambil menegaskan bahawa jentera bergerak dalam keadaan senyap "tak mahu menang sorak, kampung tergadai" dan mengikut kemampuan.

"Fasa kempen kami berterusan siang dan malam. Kami turun siang malam. Risalah dan manifesto Pakatan diedarkan di kawasan nat (pasar sehari). Hari ini (semalam) saja, satu kumpulan seramai 20 orang bersama Ustaz Ghani beramah mesra di pekan Ayer Hitam.

"Sebelum penamaan calon lagi kita dah mula edar risalah. Di Kampung Telaga Batu, Kampung Melele, dan di DUN Kota Siputeh. Semua habis diedar. Pagi tadi adalah pusingan kedua," kata petugas parti PAS yang tidak mahu namanya disebut.

Dianggarkan lebih 300 risalah termasuk buku kejayaan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah diedar kepada penduduk di kawasan DUN Ayer Hitam pagi semalam.

Kawasan Jerlun mempunyai 100 cawangan PAS , merangkumi 61 buah dalam DUN Ayer Hitam dan bakinya dalam DUN Kota Siputeh.

Tekad Muhkriz merampas DUN Ayer Hitam serta mempertahankan parlimen Jerlun dan DUN Kota Siputeh tergambar dalam ucapannya sewaktu majlis perasmian pagi tadi termasuk menyenaraikan rekod pencapaian pembangunan yang diusahakan beliau dan wakil rakyat.

"Dalam masa lima tahun ini, bukan setakat saya (saling) kenal mengenali (dengan rakyat) tetapi sudah sayang menyayangi antara satu sama lain.

"Kerja buat saya selama lima tahun, maka saya boleh bergantung sebagai rekod pencapaian saya dan juga kepada calon-calon lain," katanya sambil membidas kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang didakwanya gagal mentadbir negeri itu.

Sungguhpun begitu, rata-rata masyarakat tempatan yang ditemui Malaysiakini di situ mengakui 'bukan mudah' bagi anak lelaki mantan perdana menteri itu bertapak di situ sekalipun merupakan ahli parlimen Jerlun sebelum ini.

Rata-ratanya mereka termasuk pengundi atas pagar meletakkan peluang 50-50 antara Mukhriz dan Abdul Ghani bersaing bagi kerusi tersebut.

Namun, 'rahsia umum' yang menjadi buah mulut di Jerlun kononnya berlaku 'pepecahan dalaman' antara beberapa pemimpin kanan bahagian Umno itu sehingga dikatakan berlakunya 'pergaduhan' kerana wujudnya 'cantas-mencantas' menjadi calon pada saat-saat akhir.

Oleh yang demikian, ia dilihat menyulitkan lagi peluang Mukhriz yang berpindah ke kerusi DUN dengan mesej untuk dicalonkan menjadi menteri besar Kedah jika BN menang dua pertiga majoriti.

Pada masa yang sama, ia berkemungkinan memberi kelebihan kepada Abdul Ghani hasil kekecewaan kumpulan calon yang tidak terpilih dengan memberikan 'undi protes' kepadanya yang juga bekas exco kerajaan negeri.

"(Pergolakan) ini memberikan satu tamparan hebat (kepada BN). Ia memberikan satu undi protes. Ini mungkin memberi kemenangan kepada PAS.

"Dan pemimpin Umno (yang tidak terpilih) tidak senang apabila mereka tidak diberi tempat," kata Abdul Ghani yang ditemui Malaysiakini sehari sebelum penamaan calon.

Menetap bersama akar umbi memberi kelebihan pada Abdul Ghani menyelesaikan pelbagai isu masyarakat setempat dengan segera termasuk menghadiri kenduri, menziarahi kematian, apatah lagi beliau adalah bekas exco kerajaan negeri.

Ia sekaligus memudahkan penerimaan rakyat terhadapnya berbanding Mukhriz yang berada di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kuala Lumpur.

"Sambutan terhadap Ustaz Ghani (baik) khusus kaum Cina. Beliau juga turun padang, buat konvoi dan santai anak muda dengan buat penerangan tentang isu semasa. Buat pertandingan bola.

"Orang Cina pun mahu berubah. Ada orang Cina berkempen untuk PAS... Tapi tunggu tengok macam mana (keputusan pilihan raya nanti)," katanya petugas PAS yang ditemui di Pusat Khidmat DUN Ayer Hitam.
Kempen panas, PAS saingi kempen 'agresif' Mukhriz

  Turunkan segera banner kempen
Posted on Wednesday, April 24 @ 09:38:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya





Lantai senget di medan pilihanraya
Posted on Wednesday, April 24 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Dr. Lim Teck Ghee

Sementera peminat dan pemerhati politik tanahair tidak sabar-sabar menunggu hari mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula nampak seolah-olah menjalankan latihan ‘khidmat negara’ bagi pihak Barisan Nasional (BN).

Parti pemerintah yang wakil Umno-nya memegang portfolio Menteri Penerangan telah menawarkan jangkamasa 10 minit untuk Pakatan Rakyat (PR) menjelaskan manifesto pilihanraya mereka melalui media rasmi nasional, yakni saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim, masa singkat yang ditawarkan itu adalah memadai bagi PR untuk menjelaskan ketetapan dan halatuju politik mereka. Memang tawaran yang dibuat oleh Rais tidak masuk akal. Namun pada hakikatnya, menteri itu bukan berseloroh tetapi bercakap sungguh.

Memandangkan tawaran 10 minit tersebut kurang munasabah maka terpaksalah SPR mencelah dengan mengemukakan alasan bahawa telah timbul salah faham. Mengikut tafsiran SPR, 10 minit yang diberikan itu kononnya merujuk kepada satu segmen sahaja dalam siri rancangan yang akan dilanjutkan. Tindakan masuk campur SPR itu adalah untuk tujuan ‘damage control’ (mengelak daripada kerajaan menanggung malu).

Namun niat asal SPR tidak mampu diselindung. Badan itu kelihatan menutup sebelah mata kepada kerajaan menggunakan monopolinya ke atas media rasmi (dan banyak media cetak yang dimiliki parti-parti politik) untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya.

Kawalan ketat media oleh BN menjanjikan bahawa orangramai – terutamanya pemilih luar bandar dan kaum Melayu – hanya akan dibenarkan terdedah kepada liputan berita positif tentang parti pemerintah manakala gabungan PR pula dimomokkan serta pencapaian mereka diremehkan.

Keputusan yang diambil PR untuk menolak tawaran RTM itu adalah bertepatan. Pemimpin pembangkang telah mengibaratkan tawaran 10 minit tersebut sebagai sebuah "jenaka" dan penghinaan terhadap hak kebebasan akhbar.

Malah manipulasi media menjadi salah satu batu asas yang memungkinkan kelangsungan rekod luarbiasa BN menjangkaui tempoh 50 tahun yang mana BN selalu berjaya menang pilihanraya. Jadi ia tidak menghairankan bahawa BN dan konconya SPR mengkehendaki tipu muslihat mereka itu dikekalkan sahaja tanpa sebarang gangguan.

Pendekatan media nasional yang sering melebihkan BN akan berterusan andaikata pihak berkepentingan masih lagi enggan membuat pendirian tegas untuk menghapuskan amalan berat sebelah ini.

Meskipun media bukan faktor penentu keputusan pilihanraya di Malaysia, namun ia berperanan mempengaruhi pemikiran khalayak umum serta cara bagaimana mereka membuat keputusan mengundi. Maka dengan itu, media mesti bebas kerana ianya tidak adil jikalau sesebuah pasukan didesak untuk bertarung di padang permainan yang senget.

Rakyat Malaysia harus mempunyai akses kepada media yang berciri terbuka dan adil, dan bukannya disaji dengan propaganda BN dan iklan-iklan politik pro-BN yang melambak-lambak melalui syarikat media seperti the New Straits Times, The Star, Utusan Malaysia, dll yang berkait rapat dengan BN.

Sebelum ini, para pemimpin pembangkang pernah menuntut agar mereka diberikan akses setara kepada media arus perdana dan stesen televisyen nasional.

Maka ia membingungkan untuk melihat sikap acuh tak acuh pembangkang yang sekarang melepas tangan dalam isu ini.

Tidakkah pembangkang sedar bahawa kekangan akses kepada media merupakan satu penghinaan terhadap proses demokrasi? Manakala RTM berhasrat mengehadkan pembangkang kepada tempoh singkat 10 minit, BN sebaliknya diberikan liputan bertali-arus.

Sekatan akses media akan menghindar, kalaupun tidak mencantas peluang PR untuk menambil alih tampuk kuasa. Ini adalah kerana media mempunyai daya potensi “gamechanger” (memenangkan sesuatu pihak).

Jadi sepatutnya PR meletakkan pra-syarat supaya mereka diberikan akses sama rata kepada media. Sekiranya syarat mustahak ini tidak dipenuhi, maka PR harus bertekad untuk memulau PRU13.

Cadangan untuk memboikot bukannya satu syor yang melampau. Kekangan ke atas PR dari segi ruang bebas media adalah ibarat persaingan lumba lari pecut 100 meter yang mana BN dibenarkan berdiri 30 meter ke depan dari garis permulaan.

Menteri Penerangan sementara Rais Yatim sebelum ini dipetik agensi berita nasional Bernama sebagai berkata tidak timbul apa-apa kemusykilan jika BN mahu menggunakan kemudahan-kemudahan media nasional selagi belum sampai tarikh rasmi bermulanya musim kempen (20 April).

Sekatan media memberi kesan berat sebelah di mana PR tidak berpeluang bertindak balas kepada dakwaan atau asakan BN. Seterusnya PR pun pasti mahu memujuk orangramai bahawa parti mereka harus terpilih untuk membentuk kerajaan baru.

Dalam keadaan masakini, PR masuk gelanggang dengan sebelah tangan terikat di belakang. Justeru itu, mahu tak mahu, PR tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyatakan bantahan melalui tindakan boikot sekiranya akses media yang setara tidak diberikan mereka. Jangan hanya kerana kemaruk kuasa dan mahu menang serta memerintah beberapa buah negeri, PR boleh mengetepikan prinsip.

Sebaliknya nescaya PR kalah nanti, sudah terlajak dan tiada guna lagi untuk pembangkang mengadu. Sekiranya akses media masih terbuntu, besar kemungkinan PR akan kalah nanti dalam PRU13. Sekiranya tatkala itu PR membuat aduan, SPR boleh mendakwa bahawa pilihanraya telah dijalankan dengan bebas dan adil. Lantaran itu, BN akan menggelar PR sebagai bersikap buruk siku. Dalam pada itu, padan muka PR apabila tidak dapat melepasi takuk lama dan terus kekal sebagai pembangkang buat selama-lamanya.

Wajar pihak pembangkang berdiri teguh atas prinsip dalam, menuntut, mempunyai kes penting untuk ke Malaysia dan dunia dengan dan enggan untuk pergi ke pilihan raya tanpa akses media yang sama. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, ia boleh ditafsirkan bahawa buta oleh bau kuasa, Pakatan Rakyat telah diperdayakan atau telah dibenarkan lengan mereka boleh dipintal pada prinsip yang penting ini.

Dan mereka harus kehilangan - seperti yang mungkin berlaku jika akses media dan isu liputan tidak diperbetulkan - ia akan menjadi terlalu lewat bagi mereka untuk mengadu. SPR akan mendesak ia telah menjalankan pilihan raya yang bebas dan adil, BN akan memanggil lawan mereka sakit dan kalah saka, dan PR akan layak untuk terus memanaskan bangku pembangkang.

English version: Stealing the elections: Act One

Sumber: english.cpiasia.net


  TGHH Bolehlah Saman www.terengganutoday.com
Posted on Wednesday, April 24 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: fairuzhafeez

"
Karikatur ini seolah nak bagitau TGHH nak tempah bilik hotel untuk melakukan seks. Boleh sangatlah kalau TGHH nak saman sebab memang dah melampau tindakan mereka.



Saya memang tak faham kenapa ada pemimpin UMNO yang sanggup pautkan laman ini dari laman web mereka (ya .. saya klik pautan ke laman ini dari laman web seorang pemimpin UMNO Terengganu). 

Teruk sangat keterdesakan mereka. Mungkin kerana Terengganu dah 50 - 50.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan