Jumaat, 26 April 2013

KEMPEN DI TV DAN RADIO MEMUALKAN...ORANG KURANG CERDIK SAJA MENERIMA HASUTAN...YANG CERDIK MELUAT SANGAT2

BN gelabah, indikator jelas Putrajaya dah goyang

Harakahdaily, 26 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.

Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu  Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.



Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.


(Orang ramai yang memenuhi ceramah Husam di Putrajaya)

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.

Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.


(Lim Kit Siang di Gelang Patah)

“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan.

"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan berseloroh.

Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini.

2 kereta dibakar di Klang, henti politik ganas

Harakahdaily, 26 Apr 2013
KLANG: Dua buah kereta dibakar di dalam kawasan Parlimen Kota Raja dan salah seorang mangsanya adalah anak calon PKR di Sri Andalas, Dr Xevier Jayakumar.

Sehubungan itu, calon PAS Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) mendesak siasatan segera perlu dibuat dan dihentikan politik ganas.

Sebelum ini, satu letupan bom berlaku di dalam satu majlis anjuran BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Namun, hanya seorang sahaja yang mendapat cedera ringan di kakinya.

Polis yakin ia dibuat bukan untuk mencederakan sesiapa tetapi ada tujuan lain.



Sokongan India



(Dr Mariah bersama penyokongnya di kalangan masyarakat India)

Sementara itu, Dr Mariah terus mendapat sokongan dari pelbagai peringkat masyarakat khasnya di kalangan masyarakat India.

Beliau terus menerima sokongan tidak berbelah bahagi sebagaimana yang beliau dapat dalam pilihan raya 2008 lalu.

Dalam PRU 2008, Dr Mariah mendapat majoriti undi paling besar di kalangan calon PAS.

Beliau mengalahkan S. Vigneswaran calon BN dari MIC dengan majoriti 20,751 undi.

Lautan manusia dalam ceramah di Pandan

Omak Kau, 26 Apr 2013


Beginilah suasana pemandangan ceramah PR di Parlimen P100 Pandan Selangor malam tadi yang diadakan di Teratai, Ampang.

Kehadiran dianggarkan melebehi 20,000 orang...Penceramah undangan ialah Setiausaha Agung DAP, Sdr Lim Guan Eng... Cuaca agak baik...Harapan rakyat mau hasrat dan impiannya menjadi realiti juga bertambah baik.

Lihat saja mood kebangkitan rakyat mau melakukan satu perubahan besar dalam pentadbiran negara..Angkat PR jadi pemerintah dan letakkan UMNO/BN jadi pembangkang.


Klik untuk laporan penuh.

Agenda menyekat pendatang asing perlu

Dr Rajiee Hadi,
BARISAN Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) patut menyebut dalam akujanji atau manifesto masing-masing bagaimana mahu membendung kemasukan menggila pendatang asing ke negara kita. Kemasukan pendatang asing ke Malaysia ada yang dikategorikan pendatang tanpa izin/haram (PATI), pendatang tanpa permit, pendatang menyalahgunakan  pas lawatan sosial dan pendatang yang menyalahi peraturan-peraturan lain imigresen.

BN sebagai kerajaan yang memerintah lebih  55 tahun sepatutnya ada pelan pembangunan yang terkawal dan tidak amat bergantung kepada pendatang asing.

Mencontohi Singapura negara maju yang membangun era 1970-an adalah wajar. Singapura telah 'menghalau atau mengusir' pekerja-pekerja asing yang membanjiri republik itu suatu ketika dahulu. Apabila negara tersebut tidak lagi bergantung sangat kepada pekerja asing separuh mahir maka Singapura dapat membendung pelbagai gejala sosial yang kita sedia maklum.

Kini difahamkan jika kita meninjau di beberapa lokasi hospital kerajaan contohnya Hospital Serdang, Selangor , saban hari akan adanya kelahiran anak-anak pekerja lndonesia, Vietnam, Myanmar, lndia, Bangladesh, Filipina bahkan Afrika!  Itu hanya contoh kelahiran di sebuah hospital. Dan bagaimana pula kelahiran di luar hospital dan seumpamanya?


Tidakkah ini memberi impak masalah dan beban sosial pada masa akan datang.? Bak  kata seorang teman; bukan mustahil pula 20-30 tahun akan datang pendatang  asing contohnya pendatang Vietnam ini akan menzahirkan  tanpa segan-silu  keperluan  bahasa Vietnam akan diajukan pula di sekolah-sekolah rendah kerajaan dan macam-macam perkara yang bukan mustahil kelak.

Justeru adalah bukan cerita lawak jika dikatakan pendatang asing kini telah 'menawan' negara kita dari Langkawi hingga ke Johor Bahru dan dari Perlis hingga ke Sabah.


Pendatang Myanmar yang tidak kita sedar kehadiran mereka kian ramai sudah pun ditangkap di Kuala Lumpur dan di Johor Bahru. Itu belum termasuk pendatang asing yang lain. Mereka kini bebas ke mana-mana. Seolah-olah mereka telah ‘menawan’ negara kita .Bahkan ada syarikat yang menggunakan pendatang asing termasuk pati bekerja di sektor yang menyalahi undang-undang.


Oleh itu penggunaan frasa 'menawan'  bagaikan   mereka sudah 'menguasai kita' sehingga jabatan penguat kuasa pun tidak begitu berkesan lagi menangani pelbagai karenah jenayah mereka. Di Kuala Lumpur umpamanya, Datuk Bandar mengakui penguat kuasa Dewan Banda Raya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mampu mengambil tindakan terhadap pendatang asing yang berniaga di gerai-gerai, pasar awam dan sebagainya. Ini baru kesalahan  kecil yang belum lagi termasuk jenayah besar dan sofistikated.


Maka negara kita yang aman makmur dan sikap kita yang suka berbudi dan 'tak kisah apa nak jadi', mengundang berbagai-bagai kategori pendatang dari seluruh dunia. Dan kita dapati semakin hari semakin galak kehadiran dan jumlahnya makin bertambah.

Pelbagai berita jenayah oleh pendatang yang serius tersiar dalam media elektronik dan media cetak hampir setiap hari bagaikan sudah menjadi semacam fiksyen hiburan.


lsunya kini dalam kempen-kempen PRU 13; baik BN mahupun PR adakah mana-mana pihak mahu membangkitkan isu membendung kebanjiran pendatang asing ini? Apakah isu seperti ini tidak disedari oleh parti-parti politik yang bertanding? Adakah pihak berkenaan tidak menyedari bahawa ini  boleh memberi banyak kredit patriotik kepada parti mereka pada masa berkempen sekarang? Terserahlah kepada mereka.




DR RAJIEE HADI,
Bandar Bukit Mahkota, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Pemuda PAS sokong, pengerusi BN perlu mohon maaf

Mohd Sabri Said, 26 Apr 2013
NIBUNG TEBAL: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mendesak pasukan keselamatan menyiasat segera letupan bom di samping menyokong kenyataan agar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang, Teng Chang Yeow memohon maaf segera kerana mengaitkan letupan tersebut dengan Pakatan Rakyat.

Ketuanya, Ustaz Yusni Mat Piah (gambar) berkata, letupan tersebut walaupun kecil dan hanya mencederakan seorang petugas keselamatan di bahagian kaki namun perlu ditangani segera supaya suasana pilihanraya umum ke 13 tidak terpalit dengan kejadian yang tidak diingini.

"Dewan Pemuda mengutuk tindakan seumpama itu dan berharap pasukan keselamatan mencari punca dan mengheret mana-mana individu yang ingin mengcetuskan kegelisahan rakyat.  Kami juga menyokong saranan Datuk Mahfuz agat Teng Chang Yeow menarik balik pertuduhan kononya Pakatan Rakyat  terlibat, " terangnya.

Dewan pemuda PAS juga tidak mahu peristiwa berkaitan diimpot masuk ke Malaysia dengan niat menakut-nakutkan rakyat yang sudah mulai berani melakukan perubahan.

Permainan sekarang baru bermula tegasnya, usah timbulkan suasana yang boleh menambah kemarahan penyokong Pakatan Rakyat.

Adakah peristiwa tersebut sengaja dirancang  untuk menunjukan Pakatan Rakyat berniat jahat pada BN kerana terlalu yakin mencapai kemenangan, kata Ustaz Yusni.

PAS Terengganu lancar 33 klip video ‘soal jawab’ isu

Buletin Online, 26 Apr 2013
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu meningkatkan penerangan kepada para pengundi menjelang PRU13 dengan melancarkan 33 klip video 'soal dan jawab' berkaitan isu-isu semasa.

Setiausahanya, Yahaya Ali berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang menjawab 33 persoalan semasa termasuk yang berkait dengan isu kalimah Allah dan isu Amanat Haji Hadi.

"Insya Allah, isu-isu semasa yang berabngkit, Tuan Guru (Presiden PAS) akan menjawab," katanya pada sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini semalam.

Hadir sama ialah Ketua Dewan Ulamak dan bendahari PAS negeri, Datuk Husain Awang dan Shukrimun Shamsuddin.

Di bawah adalah tajuk dan pautan klip-klip video tersebut:

1. PR menang, DAP PM? http://youtu.be/TKBQMAXNbnw

2. PAS keldai DAP? http://youtu.be/9uV1lT_vhPA

3. Isu hudud di Kelantan dan Kedah http://youtu.be/6wg1-tlzzC8

4. Tolak Umno tapi bersama DAP? http://youtu.be/haa19uzyiuE

5. Isu Tabung Memali http://youtu.be/2xEgyAIlBpc

6. Negara bankrap kalau PR menang? http://youtu.be/90wYClPzQ84

7. Isu sembahyang 2 masjid http://youtu.be/Pizwthl5SzE

8. Isu kafirkan orang Umno 1983 http://youtu.be/9zbpHMjnTc8

9. Batalkan projek BN Terengganu? http://youtu.be/gYsCfNQqbY4

10. Peranan Tok Guru di Marang http://youtu.be/qpkco6N4N0o

11. Tol dalam pemberian tanah http://youtu.be/m-60wxCzyws

12. Dasar hiburan dan siaran TV http://youtu.be/lYHCvzBi7d4

13. Islam PAS for all? http://youtu.be/rYa5wKm00tM

14. Hanya BN mampu memerintah? http://youtu.be/U5szyW6c4Vw

15. Ekonomi dan kesejahteraan PR http://youtu.be/4ZkoMoIJ-Js

16. Hudud di Terengganu http://youtu.be/DgMw-EHSwNc

17. Kilang arak Selangor http://youtu.be/spzP_eFLeL8

18. Judi Genting Highland http://youtu.be/spzP_eFLeL8

19. Projek membazir Terengganu http://youtu.be/IHfbdSTm0yk

20. Projek bermasalah dan membazir di Terengganu? http://www.youtube.com/watch?v=IHfbdSTm0yk

21. Isu media seperti Utusan Malaysia, TV1, TV2 dan TV3, http://www.youtube.com/watch?v=gwSulHa613k

22. Isu 5 buah kontraktor bumiputera projek LPT yang dinafikan Umno http://www.youtube.com/watch?v=nVprduaO2CE

23. Isu pegambilan balik 60 ribu lot tanah oleh kerajaan http://www.youtube.com/watch?v=iycFOvwVN84

24. Perancangan hospital perubatan percuma  http://www.youtube.com/watch?v=GcOUzmvekx8

25. Pelan segera dalam masa 30 hari kerajaan PAS. http://www.youtube.com/watch?v=j7eVPpuDyPk

26. Adakah BR1M akan dilakukan oleh kerajaan PR? http://www.youtube.com/watch?v=yepPFIoQbgQ

27. Penubuhkan tribunal bagi rakyat yang dizalimi BN membuat aduan? http://www.youtube.com/watch?v=bXZ-G_0q8VM

28. Adakah PAS dan PR akan mengenakan tol di LPT? http://www.youtube.com/watch?v=FCdvGgc-ZJo

29. Penentuan siapa PM? http://www.youtube.com/watch?v=jder6IDX4jM

30. Khidmat JKKK akan ditamatkan? http://www.youtube.com/watch?v=Cvarl1pz7UQ

31. Apakah hukum mengundi? http://www.youtube.com/watch?v=oGwsAXCrpZU

32. Apakah hukum cerita keburukan calon semasa kempen? http://www.youtube.com/watch?v=F3wsovUzNeE

33. Isu bersumpah mengundi BN  ketika terima bantuan? http://www.youtube.com/watch?v=vuCYQWjFU0U

Tiada ulasan:

Catat Ulasan