Selasa, 30 April 2013

JIKA TAK TAHU AGAMA....LEBIH BAIK DIAM....LEBIH2 LAGI TAK BELAJAR AGAMA ATAU TAK MAHIR...TERLIBAT PULA DALAM BIDANG HIBURAN

Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya 24/4/2013
Posted on Monday, April 29 @ 23:14:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Oleh ALBA
Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya pada 24/4/2013.


Paparan lebih jelas




Pesta Buku Tak patut diadakan di Kompleks Umno lagi!
Posted on Monday, April 29 @ 22:49:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Oleh Ahmad Lutfi Othman
Sememangnya semalam memang memenatkan, selepas kempen promosi Harakah, Bangkit dan Inikalilah! bermula stesen keretapi Sg Buloh ke Kuala Lumpur, seterusnya mengedarkannya di sekitar Sogo dan Jalan Tunku Abdul Rahman,
pada sebelah petangnya... saya ke ...majlis bedah buku Kemilau Publika, di PWTC, yang turut membabitkan buku saya "PENCURI PILIH ANJING", bersama Pak Subky Abd Latiff dan Dr Muhaimin Sulam.


Belum sempat selesai acara, ada arahan daripada pihak pengurusan Pesta Buku (Kementerian Pelajaran atau pihak PWTC atau Umno) minta diberhentikan majlis bedah buku itu segera. Apabila moderator Baharuddin Ali Masrom seperti melewat-lewatkan untuk melaksanakan arahan itu, seorang petugas naik ke atas pentas utama dan cuba memberhentikan diskusi serta-merta.
Saya cuba mengingatkan, apalah sangat yang sensitifnya dalam penjelasan saya kepada audien di Pesta Buku di PWTC tadi sehingga pihak pengurusan mengarahkan majlis bedah buku itu berhenti .... Buku-buku yang diulas pengarang masing-masing tidaklah mengancam keselamatan negara, 'kan? Pencuri Pilih Anjing, Propagandis Zamn dan Aku Melayu di Kota Inggeris ....

Satu isu yang patut ditimbulkan sekarang:
MULAI TAHUN DEPAN PESTA BUKU TIDAK PATUT DIADAKAN DI KOMPLEKS UMNO LAGI
 .....................................................................................................
 kempen promosi Harakah, Bangkit dan Inikalilah!




 Bendera PKR dan PAS di Buang Di Kuantan
Posted on Monday, April 29 @ 21:30:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh ALBA



Ni kerja puak UMNO. 27 April 2013 di Flat Alor Akar, Blok A, Kuantan Pahang. Ini minda puak UMNO memahami demokrasi.


Paparan lebih besar


Penerbangan bawa pengundi Sabah ke Selangor?

Hazayani Zakaria, 29 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi mendakwa terdapat penerbangan yang disediakan kepada rakyat Sabah ke Selangor bagi tujuan membuang undi pada 5 Mei ini.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang kakitangan sebuah syarikat penerbangan.

"Daripada sumber dalaman pihak penerbangan sendiri, memang wujud penerbangan yang disediakan khusus untuk mereka di Sabah untuk ke Selangor," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga calon Parlimen Titiwangsa turut berkata, pihak PAS masih menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan bagi mengelakkan mereka mengundi pada 5 Mei ini.

"Kita tak tahu apa status mereka sekarang ini. Tapi kalau benar mereka ini pengundi hantu yang digunakan untuk mengundi BN di Selangor, kita kesal dengan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pilihan Raya dalam perkara ini," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.

Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT).

Sementara itu, Zamri juga menegaskan, Juham tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-udang sekiranya mendapati wujud warga asing yang turut mengundi pada hari tersebut.

"Kalau memang ternyata mereka warga asing yang diberikan kad pengenaan semata-mata untuk mengundi, kita ada kuasa menahan mereka daripada berbuat demikian," katanya.

Beliau juga menggesa SPR mengambil tindan segera dalam tempoh berbaki sebelum berlangsungnya hari pengundian.

"PAS harap SPR ambillah tindakan sewajarnya bagi memastikan demokrasi di negara ini benar-benar terlaksana," katanya.

Dakwaan paip keluar angin tidak berasas

Aslani M, 29 Apr 2013
KOTA BHARU: Dakwaan penduduk kononnya empat bulan mereka berdepan masalah tekanan air rendah di Kampung Pengkalan Nangka, Tumpat dianggap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak berasas.
Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanapi Mahmud berkata, tekanan air di kampung terbabit tidak menghadapi masalah sehingga sekarang.

“Kakitangan AKSB Tumpat datang ke kampung tersebut hari ini dan mendapati air keluar seperti biasa, tidak seperti didakwa seorang penduduk dalam sebuah akhbar hari ini.

“Gambar yang disiarkan dengan menyebut air tidak keluar sebenarnya di hadapan pos kempen BN di Kampung Pangkalan Nangka,” katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang penduduk, Che Mohd Irwan Abdul Latif mendakwa masalah tekanan rendah sering berlaku di Kampung Pengkalan Nangka pada waktu puncak.

Menurutnya apabila dibuka paip hanya keluar angin dan bil air tetap meningkat.

Ir Hanapi berkata, bekalan di Tumpat disalurkan daripada loji rawatan air di Kelar, Pasir Mas dengan kapasiti 18 juta liter padu sehari (MLD) sekarang.

Katanya, jumlah itu akan dipertingkatkan kepada 25 MLD selepas loji baru di Wakaf Bharu siap sepenuhnya.

Menurut beliau loji tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Julai hadapan bagi meningkatkan lagi bekalan air kepada pengguna di seluruh jajahan Tumpat.

Antara lembu RM250 juta dan runtuhnya stadium RM290 juta

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, 29 Apr 2013
Antara Projek Lembu NFC RM250 juta dan skandal runtuhnya Stadium Sultan Mizan bernilai RM290 juta. Ikan bilis ditangkap, Jerung-jerung masih bebas:

Isu NFC mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang di bentangkan di parlimen menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Isu tersebut menjadi semakin panas selepas beberapa ahli Parlimen serta pimpinan Pakatan Rakyat telah mendedahkan bukti wujudnya penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Sementara itu, dalam kes Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang runtuh pada pada 2 Jun 2009, seorang jurutera perunding Wan Manan Wan Ali telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Beliau didakwa atas tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Isu Stadium Sultan Mizan yang dianggap 'tercanggih' di Pantai Timur telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu. Perasmiannya disempurnakan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008 dalam satu upacara yang gilang gemilang. Malangnya baru hanya setahun digunakan stadium tersebut telah runtuh dan tidak dapat digunakan sehingga sekarang.

Secara faktanya, projek ’kebanggaan’ kerajaan negeri di bawah kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya dijangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta. Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta.

Projek Mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada 3 ’kontraktor kroni’ utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn. Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk ’Space Frame’ ini adalah syarikat SOWON PTE. LTD. dari Korea Selatan.

Namun pada 2 Jun 2009 trajedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Sebahagian daripada bumbung utama stadium kebanggaan ini telah runtuh. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini. Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam ’Tempuh Tanggungan Kecacatan’ dan pihak kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.

Satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini telah ditaklimatkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia. Semua punca keruntuhan telah dikenalpasti olh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC dan telah diserahkan juga kepada kerajaan negeri.

Namun sehingga kini, ramai kalangan yang tertanya-tanya, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap skandal keruntuhan yang memalukan ini? Walaupun begitu banyak laporan telah dibuat kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), hanya seorang konsultan bertaraf ’jutera Perunding’ yang boleh dianggap sebagai ’bilis kecil’ telah diseret ke mahkamah. ’Jerung-Jerung besar’ yang telah mengaut laba berganda dari projek pembinaan stadium yang bernilai hampir RM300 juta ini masih lagi bebas berfoya-foya dengan keuntungan yang mereka dapat.

Sekurang-kurangnya dalam kes projek lembu NFC, setelah diasak dengan laporan kepada pihak polis dan SPRM serta pelbagai ’pendedahan’ akhirnya ’jerung besar’ yang beristerikan seorang Menteri terpaksa dikorbankan pihak Peguam Negara dan diseret ke mahkamah. Berbeza dengan kes skandal Sultan mizan, walaupun semua punca keruntuhan telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian Kerjaraya (JKR) dan telah ditaklimatkan kepada PAC Parlimen, namun setelah lebih 3 tahun laporan lengkap telah disiapkan oleh pihak JKR, kenapakah masih belum ada ’Jerung-Jerung Besar’ yang didakwa dan diseret ke Mahkamah?

Bayangkan stadium Sultan Mizan yang runtuh yang nilainya jauh lebih besar dari skandal lembu NFC. Semua pihak seolah-olahnya mahu ’cuci tangan’ dan meletakkan seluruh bebanan kesalahan kepada seorang jurutera ‘bilis kecil’ yang dikambing-hitamkan’. Apakah tragedi akan hanya tinggal satu kenangan yang terus menjadi ’titik hitam’ dalam sejarah negeri Terengganu Darul Iman sendiri? Ke mana perginya ’kontraktor kroni’ dan kepimpinan Bekas Menteri Besar Dato Sri Ahmad Said? Yang nyata, stadium tersebut jelas merupakan satu lagi ‘Projek Kebanggaan Kerajaan Barisan Nasional’.


UBAH TERIK NI. SELAMATKAN GANUKITE. SELAMATKAN MALAYSIA.


Norman KRU dan Zed Zaidi... Undi Umno-BN, Bisnes kita selamat....
Posted on Monday, April 29 @ 23:26:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WTKO



Artis, bapuk dalam kempen memastikan UMNO @ BN kekal di Putrajaya. UMNO mengguna apa sahaja untuk memastikan mereka kekal tanpa mengambil kira moral.

Kita semua ada alasan & sebab masing-masing kenapa kita sokong sesuatu parti atau ideologi politik tertentu. Ada orang kerana ini, dan ada orang lain pula kerana itu. Semua atas kefahaman, pengalaman dan realiti hidup masing-masing. Terpulanglah kepada semua. Norman KRU sokong BN kerana industri hiburannya. Saya sokong UMNO-BN atas dasar darurat untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar dari agenda global NWO yang bergerak atas nama DEMOKRASI BEBAS di Malaysia ini. Semua orang ada alasan tersendiri.

Faizal Tahir pula tegur Norman KRU kononnya rezeki itu dari Allah, ya betul, tahu pun, tapi adakah dengan menegur sedemikian rupa menjadikan Faizal Tahir itu lebih mulia dan alim berbanding Norman KRU? I don't think so. Selagi Faizal Tahir masih bergelumang dengan industri hiburan juga, rezeki yang dikatakan datang dari Allah itu adakah benar-benar suatu rezeki yang tidak syubhah? Atau ia adalah suatu ujian materialistik dari Allah?



NORMANKRU melabel PAS itu Agama...dasat tuan puan
Posted on Monday, April 29 @ 23:29:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DUKUNPASIR

"

Semalam Norman Kru diserang seorang diri dalam twitternya yang isunya ini Klik sini.... tanpa boleh dibantu oleh jentera Internet penyokong BN sendiri,jika ada pun cuma mampu memberi pendapat yang paling bernas iaitu MAKI HAMUN kepada penyokong PR.

HARI NI NORMAN KELUARKAN KENYATAAN untuk menyelesaikan masalah SEMALAM .....Iaitu SALAH FAHAM DAN DIA CUMA MEMBERIKAN PENDAPAT...Itu diterima.....

Tapi.....RAMAI TAK TERIMA KENYATAAN BELIAU yang penulis tandakan ini....

APAKAH MAKSUDNYA?? Apakah PAS itu satu Agama? Adakah Norman YANG SALAH FAHAM atau sengaja BUAT BUAT TIDAK FAHAM....

Jangan menghina dengan melabelkan PAS itu AGAMA....seolah olah seluruh pengikut PAS itu bukan ISLAM....Jangan berpolitik cara kotor begini...


Lihatlah macam mana Norman menerima tamparan DARI KENYATAAN SINIS BELIAU ITU



Penulis pun minat Erma Fatima, Amy Search...dan penulis pun tahu mereka bekerja keras untuk membantu kempen BN seperti dalam pic ini...ITU HAK DAN PENULIS TAK pula nak rancang HINA mereka ini, nak boikot mereka semata mata kerana berlainan pendirian politik....

Begitu juga dengan AC Mizal....Ada sesiapa nak join bersama mereka .......sila kan....tak ada salah pun.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan