Selasa, 30 April 2013

JANGAN MAIN2 SEKARANG...SURIRUMAH SEKARANG PUN ADA YANG PEMEGANG IJAZAH ATAU DIPLOMA...JANGAN2 PENGUNDI LEBIH TERPELAJAR DARI CALON...JANGAN BUAT KERJA MAIN BALON JE...DAN CUBA NAK TIPU2

Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis

Roketkini.com, 30 Apr 2013


( Isteri anggota tentera menunjukkan laporan polis yang dibuatnya)

KLUANG: Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal  pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.

Pilih PR untungkan negara dan rakyat - Ikram

Harakahdaily, 30 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) berpandangan penglibatan politik adalah sebahagian daripada tuntutan Islam sebagai ad-din yang syumul.


Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad (gambar) berkata, kuasa pemerintahan diperlukan bagi menjayakan agenda penegakan syariah dan pelaksanaan amar makruf nahi mungkar.

“Justeru, penglibatan  umat Islam di dalam PRU kali ini adalah amat penting dan dianggap kritikal untuk memilih wakil pemimpin yang mampu membantu merealisasikan cita-cita dakwah tersebut,” ujarnya dalam perutusan kepada para pengundi sempena PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei ini.

Ikram, jelas beliau merumuskan bahawa memilih wakil dari blok Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU13 kali ini adalah satu kewajaran yang lebih berasas dan menguntungkan negara dan rakyat jelata.

Rumusan itu, katanya berdasarkan kaedah dan prinsip ‘kemudharatan yang lebih ringan’ iaitu ‘pilihan terbaik di antara dua pilihan, pilihan yang lebih ringan kemudaratannya dan kurang kejahatannya’.

Beliau menjlaskan, Ikram menganggap pemilihan tersebut sebagai satu kecenderungan atau pilihan yang pragmatis yang dijangka akan lebih menyebelahi rakyat, lebih adil kepada semua, lebih bermanfaat kepada negara, lebih jujur kepada Islam dan bangsa Melayu serta lebih memantapkan institusi Raja berperlembagaan.

“Pilihan ini akan membuka lebih banyak ruang dialog, perbincangan, perundingan dan permuafakatan bagi melaksanakan agenda perubahan dan pembersihan pentadbiran dan pengurusan perjalanan negara, supaya tiada berlaku lagi salah laku dan penyelewengan pegawai-pegawai pemerintah, sekaligus menghapuskan kemungkinan rasuah,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau lagi, Ikram menyeru agar ummah tidaklah perlu takut, jika pendirian politik ummah kali ini membawa kepada perubahan kerajaan di peringkat pusat.

Katanaya, kejatuhan kerajaan BN tidak akan melucutkan kuasa pemerintahan daripada genggaman umat Islam.

“Ummat Islam tetap memiliki jumlah kerusi parlimen yang cukup selesa,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, penguasaan ummah akan terus terpelihara dengan kewujudan berbagai-bagai institusi dan badan yang sedia ada bagi menjamin kelangsungan kekuasaan ummah.

“Institusi Raja berperlembagaan, institusi angkatan bersenjata, tentera dan polis, jabatan pentadbiran awam, badan-badan berkanun seperti Majlis-majlis dan Jabatan-jabatan Agama Negeri-negeri, dan kesemua NGO akan terus berperanan mempertahankan survival dan kelangsungan kekuasaan ummah di bumi Malaysia,” ujarnya.

Mat Bangla jadi model kahwin BN

Omak Kau, 30 Apr 2013


Dahlah iklan tidak masuk akal, muka mat bangla dijadikan model sebagai warga bujang dan akhirnya berkahwin setelah mendapat bantuan Bujang 1M'sia.

Kini tuan punya karya gambar pengantin tampil meluahkan rasa ketidak puas hatinya...Berikiut adalah luahan hati tuan punya karya:-


Klik untuk lihat laporan penuh dari blogger ini.
ORANG MACAM NI PUN ADA

N.Ponnusamy sudah 3 kali umum keluar PKR

Mohd Sabri Said, 30 Apr 2013

(Ini kali ketiga dia umum keluar PKR)


PERMATANG PAUH: Individu India yang mengistiharkan diri keluar parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya dua hari lepas pernah mengumumkan keluar parti dua kali sebelum ini.

Naib Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Abdul Jalil Che Ros dalam kenyataan berkata, N. Ponnusamy bukan Pembantu Khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang tonjolkan dalam media sebaliknya jawatan tersebut dilantik oleh beliau sendiri kononya mewakili kaum India.

"Mana mereka ambil sehingga 1,200 orang India sedangkan di bahagian Permatang Pauh sendiri hanya 440 sahaja ahli PKR keturunan India," terangnya.

Baginya, pertama kali N.Ponnusamy istihar keluar parti ialah kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan  Datuk Seri Anwar.

Keduanya beberapa bulan lalu di mana beliau berserta 200 orang ahli PKR Permatang Pauh keluar parti dan sertai DAP kerana kecewa dengan sikap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman kerana langsung tidak memperdulikan nasib masyarakat India.

Manakala pada 28 April sekali lagi N.Ponnusamy sekali lagi buat pengumuman keluar parti bersama 1,200 ahli PKR menerusi jurucakap kumpulan terbabit bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, S. Jenapala.

"Peristiwa terbabit amat memalukan.  Semua kepimpinan Umno termasuk calon BN Parlimen Permatang Pauh, Dr.Mazlan Ismail diperbodohkan begitu sahaja," ujarnya senyum sinis melihat Umno sudah terkena perangkap N.Ponnusamy.

13 Mei angkara Dr M mahu rampas kuasa Tunku - Tamrin

Abdul Aziz Mustafa, 30 Apr 2013
JOHOR BAHRU: Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Tamrin Tun Ghafar (gambar).

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umno, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

"Tunku telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi.

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang peristiwa berdarah 13 Mei itu.


(Tun Ghafar dan Tunku Abdul Rahman)

Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu.

"Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

"Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini.

Kajian Unisel PRU13: PR 50.6%, BN 49.4%

Hazayani Zakaria, 30 Apr 2013
PETALING JAYA: Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di peringkat Persekutuan.

Di peringkat negeri Selangor pula, PR mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13.

Kajian tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.

Pembentangan oleh pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzizs itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan parti yang dijangka menang dalam PRU13 di peringkat persekutuan dan negeri.

Di peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang.

Bagi kaum Melayu pula, sebanyak 52.3 peratus menjangkakan PR akan menang dan 47.7 peratus menjangkakan BN akan menang.

Manakala responden India cenderung meramalkan BN akan menang di persekutuan iaitu sebanyak 62.9 peratus dan 37.1 menjangkakan PR akan menang.

Sementara itu, kajian berkaitan persepsi ketokohan kepimpinan di Negeri Selangor mendapati kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim lebih tinggi berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebanyak 63.1 peratus responden meyakini kepimpinan Khalid, 58.4 peratus meyakini kepimpinan Anwar dan 51.2 peratus meyakini kepimpinan Najib.

Pembentangan kajian impak program kerajaan terhadap pola pengundian di Selangor menjelang PRU yang diadakan di Menara Yayasan Selangor itu turut turut mendapati inisiatif 20 meter padu air percuma sebulan paling disukai iaitu sebanyak 91 responden menyokongnya.

Kajian berkaitan persepsi positif terhadap program kerajaan negeri mendapati sebanyak 79 peratus menyokong program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), 77 peratus menyokong program baucar RM100 'jom shopping' warga emas, 83 peratus menyokong hadiah anak masuk universiti RM1000 dan 83 peratus menyokong khairat kematian RM2500.

Dakwat kekal hilang, dapatkan bantuan peguam

Harakahdaily, 30 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun, kata Pengarah Perundangan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Zulqarnain Lukman.
Oleh itu, katanya petugas parti khususnya Paca (polling agent dan counting agent) yang bertugas jika mendapati kejadian itu berlaku di tempat para pengundi dipersilakan membuat laporan polis segera.

“Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera hari ini.

Katanya, laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

Beliau juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi.

Justeru, ujarnya sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti.

Oleh itu, jelas beliau amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.

“Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan.

“Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara,” ujarnya lagi.

Justeru, beliau memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera.

Jika SPR enggan, ujarnya maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat.

“Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut,” katanya.

Anggota tentera dakwa tidak dapat kertas undi pos

Aslani M, 30 Apr 2013
JELI: Seramai 40 anggota tentera dari Kem Batalion Satu Rejimen Sempadan di Batu 11, Tanah Merah mendakwa mereka tidak diberi kertas undi pos.
Naib Yang Dipertua PAS Jeli, Sufely Abdul Razak berkata, anggota-anggota tentera terbabit memberitahu kepada petugas PAS mereka tidak diberi kertas undi biar pun disenarai sebagai pengundi pos.

Katanya, berdasar kepada semakan didapati nama-nama anggota tersebut memang ada pada senarai pengundi pos.

“Isunya sekarang di mana kertas undi pos milik anggota tentera terbabit. Mungkinkah ada pihak lain mengundi bagi pihak anggota berkenaan?

“Ini kerana kertas undi pos tidak sampai ke tangan mereka. Ini sesuatu yang serius. Kami telah mengemukakan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Dakwaan manipulasi undi pos yang duar-uarkan sebelum ini memang wujud. Dan apa yang berlaku hari ini semakin jelas,” katanya di sini.

Menurutnya juga anggota tentera terbabit hari ini memasuki tempat pengundian awal di kem Batu 11 untuk membuang undi, sedangkan nama mereka tersenarai sebagai pengundi pos.

Kata Sufely sekiranya anggota tentera berkenaan dibenarkan mengundi awal pula, bermakna wujud dua undi bagi satu pemilih.

“Ini kerana undi pos milik mereka sudah dikeluarkan cuma tidak sampai kepada pemilik nama. Ini sesuatu yang cukup serius,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan