Selasa, 23 April 2013

HABISLAH DAH RAMAI ORANG MELUAT...JIKA PERANGAI BURUK MEMANG BEGITU.... SAPE PUN

Kes Scorpean di Perancis: Americk dan Cecil akan disapina

Harakahdaily, 23 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Dua peguam, Americk Sidhu (peguam P Balasubramaniam) dan Cecil Abraham bakal disapina oleh Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan ekoran dakwaan penyelewengan pembelain kapal selam Scorpean.

Menurut kenyataan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel dan peguam mereka, Fadiah Nadwa Akuan Bersumpah satu dan dua (SD 1 dan 2) P Balasubramaniam kini menjadi isu dalam penyiasatan oleh mahkamah Perancis ini.

Menurut kenyataan itu, pada 19 April lepas kedua-dua mereka telah dipanggil secara tergesa-gesa oleh peguam mereka di Perancis yang mengendalikan kes ini iaitu William Bourdon dan Apoline Cagnat.

Hakim yang mengendalikan kes ini, menurut kenyataan Suaram, Roger LeLoire and Serge Tournaire telah mendapat maklumat dari pelbagai sumber tentang kematian wanita Monggolia, Altantuya Shaaribuu.

Dalam misi itu, mereka telah berbincang tentang:-

1) Penemuan penting tentang peranan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal Scorpean dengan pembunuhan kejam Altantuya Shaaribuu.

2) Penemuan baru berkaitan dengan SD 1 dan 2 dan penyataan PI Bala sejurus sebelum kematiannya, tentang hubungan Najib dan keluarga secara langsung dalam kes ini dan pendedahan peguam Americk Sidhu dalam mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam pada 16 Mac 2013.

3) Hakim utama dalam kes ini, Roger Le Loire, telah meminta maklumat lanjut bagaimana penyataan terkini berkaitan dengan penyiasatan yang sedang berjalan.

Mahkamah Perancis sekarang melanjutkan siasatannya ke atas maklumat berkaitan pembunuhan, khasnya dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Najib selaku timbalan perdana menteri ketika itu untuk menutup kebenaran di sebalik pembunuhan Altantuya.

4) Penyiasatan yang sedang berjalan sangat sulit dan menunggu lampu hijau dari hakim untuk didedahkan ke pengetahuan umum, harap-harapnya dapat dibuat beberapa hari lagi.


Hasil dari misi ini, kata kenyataan itu, peguam mereka telah memaklumkan kepada hakim maklumat terkini dan mencadangkan adanya unsur-unsur jenayah di bawah Penal Kod.

Ia termasuklah menghalang keadilan oleh Najib melalui pembikinan SD 2  yang mempunyai banyak unsur-unsur penipuan dan tidak mendapat pengarahan dari PI Bala.

"Sekurang-kurangnya dua pendedahan baru akan dibuat beberapa minggu ini selepas mendapat kebenaran hakim," kata kenyataan itu.

Calon BN Pasir Salak dapat projek RM1.3 bilion?

Kedailan Daily, 23 Apr 2013
PETALING JAYA: Calon BN Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman (gambar) didapati menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, walaupun syarikat milik beliau, Detik Utuh Sdn Bhd bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai rekod prestasi yang baik.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan demikian pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Di bawah pendedahan penuh Rafizi mengenai projek kontroversi itu:

Datuk Seri Najib Razak berjanji bahawa calon-calon Barisan Nasional dalam PRU13 ini benar-benar ditapis agar mereka mempunyai rekod cemerlang yang bebas dari rasuah, atau anugerah projek yang diragukan.

Pemilihan calon BN terus menjadi kontroversi sehingga menyebabkan ramai pimpinan Umno Barisan Nasional sendiri tidak puas hati dan mengambil tindakan keluar parti.

Terbaru, Datuk Kamillia Ibrahim menyertai seramai 61 orang anggota Umno yang telah dipecat kerana bertanding bebas.

Di kerusi Parlimen Pandan pun, lawan saya (Gary Lim) masih bergelumang untuk membersihkan namanya yang dituduh melanggar etika dan peraturan guaman sehingga bekas majikannya sendiri membuat satu laporan polis terhadap beliau.

Seperti yang dijanjikan, KEADILAN terus meneliti calon-calon BN untuk meneliti sendiri kredibiliti mereka seperti yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Salah seorang yang diteliti adalah Datuk Tajuddin Rahman, calon BN bagi Parlimen Pasir Salak yang didapati menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, walaupun syarikat miliknya (Detik Utuh Sdn Bhd) bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai rekod prestasi yang baik.

Merujuk kepada pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia (rujuk Lampiran A), rakan kongsi yang juga merupakan syarikat pembinaan sebenar dalam projek ini iaitu Crest Builder Holdings Berhad mengumumkan bahawa projek itu dimiliki secara bersama oleh Crest Builder Holdings Berhad (51%) dan Detik Utuh Sdn Bhd (49%) melalui syarikat pegangan khas bernama UniTapah Sdn Bhd.

Kos pembinaan UiTM Tapah hanyalah RM285 juta tetapi Unitapah diberikan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyenggara kemudahan universiti itu pada jumlah RM1.3 bilion sepanjang tempoh itu.

Kadar bayaran kepada Unitapah oleh Kerajaan Malaysia adalah seperti berikut:

· Bayaran tetap penyediaan bangunan – RM4.50 setiap kaki persegi setiap bulan

· Bayaran penyenggaraan bulanan – RM1.146 setiap kaki persegi setiap bulan

Jumlah keluasan kaki persegi keseluruhan UiTM Tapah yang diberikan melalui konsesi ini adalah seluas 837,872 kaki persegi.

Ini bermakna, setiap bulan Kerajaan Persekutuan terpaksa membayar sewa dan yuran penyenggaraan sebanyak RM56.77 juta. Jumlah keseluruhan sepanjang tempoh konsesi adalah RM1.3 bilion, iaitu 5 kali ganda berbanding dengan kos pembinaan yang hanyalah RM285 juta.

Detik Utuh Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Ali Baba yang hanya mendapat keuntungan atas angin dengan menggunakan Crest Builder Holdings Berhad untuk mengusahakan sepenuhnya pembinaan dan penyenggaraan UiTM Tapah. Pada masa yang sama, kosnya melambung sehingga 5 kali ganda akibat pemberian konsesi yang menguntungkan Dato’ Tajuddin Rahman.

Maklumat ini adalah maklumat yang diperolehi dari Perjanjian Konsesi yang ditunjukkan kepada saya.

Sebagai calon boleh menang yang sepatutnya bersih dari tuduhan kronisme, rasuah dan mengaut untung atas angin hasil dari kontrak kerajaan, Dato’ Tajuddin Rahman perlulah membersihkan namanya dan menjelaskan perkara-perkara berikut:

1. Apa kelayakan dan rekod pembinaan Detik Utuh Sdn Bhd miliknya?

2. Kenapa projek ini tidak diberika terus kepada sebuah syarikat pembinaan yang layak tanpa perlu ada usahasama dengan syarikat ahli politik Umno yang tidak membawa apa-apa kepakaran?

3. Berapa dari jumlah RM1.3 bilion itu yang akan disumbangkan kepada penduduk Pasir Salak?

Perjanjian konsesi ini adalah salah satu dari perjanjian konsesi yang akan disemak semula sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13.

Muhamad Taib jelajah jumpa rakyat seluruh Selangor

Harakahdaily, 23 Apr 2013

( TS Muhamad diserbu wartawan di pintu Pejabat Agung PAS tengahari tadi)

KUALA LUMPUR: Selepas menyerahkan borang menyertai PAS semalam, bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib mempunyai jadual yang sangat padat.

Hampir setiap malam dan siang beliau mempunyai acara penuh sehinggalah hari pilihan raya umum 5 Mei depan.

Semasa mengumumkan penyertaan ke dalam PAS semalam, Muhamad berjanji akan turun ke kampung-kampung seluruh Selangor bagi bertemu dan bercakap dengan rakyat.

Sebaik sahaja selesai penyerahan borang semalam, beliau di wawancara oleh akhbar Sinar Harian.

Malam tadi beliau memberikan ceramah pertama di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang disertai hampir 10,000 orang.

(Muhamad dan Tamrin mengajak ahli Umno khasnya yang dipecat untuk membuat perubahan bersama PAS dan Pakatan tengahari tadi)

Hari ini, beliau dijadual memenuhi program di Sepang dan Putrajaya, tempat dua tokoh PAS bertanding.

Di Sepang, peguam Mohamad Hanipa Maidin akan bertembung dengan calon BN di samping dua AJK Bahagian Umno yang bertanding atas tiket bebas.

Di Putrajaya Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bertembung satu lawan satu dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Hari ini, Muhamad dan Tamrin Tun Ghafar menyeru semua 61 calon bebas Umno yang kini telah dipecat itu bersama-sama beliau membantu Pakatan Rakyat membuat perubahan.

Besok Muhamad dijadualkan ke Subang dan Kota Raja sebelum ke Hulu Selangor bagi membantu calon-calon Pakatan.

Pendekata, hampir setiap kawasan di Selangor akan dikunjungi oleh bekas MB Selangor itu.

Ketika ditanya wartawan Berita Harian tengahari tadi, apakah beliau tidak takut masa silam beliau dibongkar kembali oleh media, Muhamad dengan tenang menjawab:

"Semua orang ada kisan silam masing-masing. Yang penting dia mahu berubah. Para sahabat Rasulullah juga ada kisah silam masing-masing," kata Muhamad kepada wartawan berkenaan.

Selepas dicium India, 104 ahli MIC Shah Alam keluar parti

Harakahdaily, 23 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Selepas media BN menyiarkan gambar seorang lelaki India mencium calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin,  Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya keluar meninggalkan MIC.


(Seorang India berpakaian BN mencium Zulkifli Nordin. Kesannya, Naib Pengerusi MIC Shah Alam bersama 104 pengikutnya keluar MIC)

Ia dibuat sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.

"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi laman itu.
Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman

Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi.

Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 disamping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

Zulkifli Nordin adalah Naib Presiden Perkasa.

Sebelum ini tersebar video beliau menghina tuhan orang India yang beragama Hindu.

Di Pasir Mas pula, Datuk Ibrahim Ali bertanding sebagai calon bebas selepas namanya tidak terpilih sebagai calon BN.

Ketika Umno memecat 61 pemimpinnya kerana bertanding calon bebas, calon BN di Pasir Mas tiba-tiba tidak memfailkan namanya di hari penamaan calon.

Ibrahim telah merayu kepada Umno supaya tidak bertindak ke atas Che Johan Che, Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Mas kerana tidak memfailkan namanya sebagai calon BN di situ.

Orang India amat meluat dengan Zul Noordin'
 
Ciuman dari anggota masyarakat India tidak memadai untuk menyelamatkan calon BN untuk kerusi parlimen Shah Alam, Zulkifli Noordin, atau menjadi penawar kepada perasaan “amat meluat” di kalangan warga berkenaan, kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jarang sekali kita mendapat ahli politik seperti ini, penuh dengan ketaksuban kaum, merendah-rendahkan agama dan kepercayaan lain,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Anwar juga tertanya-tanya mengapakah pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak meletakkan Zulkifli sebagai calon di kawasan tersebut.

Sedangkan, masyarakat India kini “sangat meluat” dengan Zulkifli yang merupakan naib presiden PERKASA itu, katanya.

Sentimen itu tidak boleh ditawarkan dengan hanya satu ciuman, kata Anwar lagi.

Zulkifli pada hari penamaan calon Sabtu lalu dirakam dalam keadaan beliau dirangkul erat dan dikucup oleh seorang lelaki, yang merupakan seorang penyokong dari BN dari kelompok masyarakat India.

Najib menguar-uarkan kucupan tersebut sebagai tanda bahawa masyarakat India sudahpun menerima Zulkifli yang sebelum ini mencetus kontroversi berhubung kenyataannya berhubung dewa Hindu.

Najib juga berkata Zulkifli berikrar untuk menjaga kebajikan orang India di kawasan tersebut.

Penarikan balik tulisan

Harakahdaily, 23 Apr 2013

"Merujuk kepada rencana bertajuk 'Rakyat Kelantan lebih kaya dari Melayu Johor' yang disalin dari blog http://msomelayu.blogspot.com, Harakahdaily dengan ini menarik balik tulisan tersebut.

"Harakahdaily  memohon maaf dari Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Syed Ali Alattas kerana menyiarkan satu rencana yang tidak tepat tentang beliau."


Editor Harakahdaily.

Anak muda tolak pemimpin Umno rasuah

Ibnu Shahid,
Apabila melihat senarai calon BN yang dibarisi oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang pernah dijatuhi hukuman oleh UMNO kerana kesalahan rasuah, saya merasa geli hati dengan ungkapan Datuk Seri Najib yang inginkan “winnable candidate” untuk memenangkan Barisan Nasional pada Pilihanraya Ke13 ini. Agaknya Datuk Sri Najib tak sedar lagi bahawa anak muda sekarang penuh dengan maklumat dan informasi?

Saya tertanya-tanya adakah calon ini yang rata-rata bertukar dari DUN ke Parlimen mampu memenangkan BN dengan majoriti 2/3? Calon seperti Tan Sri Isa Samad, Datuk Sri Mohd Ali Rustam, Khairy Jamaludin dan ramai lagi adalah calon yang pernah terpalit isu rasuah suatu masa dahulu. Saya berpendapat sekiranya mereka ini memenangi pilihanraya dan membarisi Kabinet Datuk Seri Najib, akhirnya Malaysia akan memperoleh Barisan Menteri Kabinet yang paling rasuah dalam sejarah negara.

Saya dan ramai anak muda lain akan pastikan mereka ini ditolak dalam pilihanraya kali ini kerana tidak mahu lagi negara ini ditadbir oleh pelaku rasuah yang akhirnya akan menjahanamkan negara.  Bila sebut saja nama mereka ini, semua rakan mengatakan mereka adalah pelaku rasuah. Sekali mereka menceburkan diri dalam rasuah adalah amat sukar untuk diterima mereka telah bertaubat dan insaf dengan begitu mudah dan memberi keyakinan seolah mereka sudah tidak akan melakukan rasuah lagi. Apatah lagi jika mereka diberikan kuasa memerintah sekali lagi, entah apa yang akan dilakukan oleh mereka yang hanya mementingkan diri dan kroni mereka sendiri. Cukuplah pelbagai isu rasuah  yang telah meremukkan hati rakyat yang tidak diambil tindakan oleh kerajaan sehingga sekarang seperti isu NFC, PKFZ dan pelbagai isu rasuah yang lain.

Kali ini, anak muda akan menunjukkan jalan demokrasi yang sebenarnya, iaitu BN bukan lagi parti dominan yang mendakwa hanya BN sahaja yang mampu mentadbir negara berbanding Pakatan Rakyat. Kami akan menunjukkan jalan keluar dari masalah rasuah yang dilakukan oleh para pemimpin BN dan membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah kuasa yang tidak boleh disekat dengan apa cara sekalipun walau disogokkan dengan wang ringgit seperti BRIM dan pelbagai lagi.

Sungguhpun demikian, kepada Pakatan Rakyat, buktikanlah kewibawaan dalam mentadbir negara apabila amanah yang berat diberikan oleh rakyat seperti kami ini kepada PR. Kami inginkan negara ditadbir oleh golongan yang ikhlas dan tidak mementingkan diri sendiri serta mampu membawa kesejahteraan kepada keseluruhan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum ini. Ayuh semua anak muda, kita robohkan egoistik pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dengan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya Ini Kalilah!!!!…

Muar, Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan