Selasa, 30 April 2013

BILA TAK INGAT KUBUR DAN TAK INGAT MATI....DAN TAK FAHAM APA ITU SYURGA DAN NERAKA

5 Pegawai Najib jadi Calon, Singkir 5 Orang Lama UMNO/MCA
Posted on Tuesday, April 30 @ 09:08:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh WTKO



Dalam PRU kali ini, Najib mencalonkan empat setiausaha politiknya iaitu Datuk Mohd Fatmi Salleh di parlimen Kota Baru, Datuk Shahlan Ismail (Pokok Sena), Datuk Mohd Suffian Awang (Kuantan) dan Datuk Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju), manakala seorang lagi  Pegawai Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri Datuk Latt Shahriman yang bertanding di kerusi Dun Kubang Rotan, Kedah.


Ada yang menyebut Najib cuba untuk memperluaskan kuasanya dalam parti dan juga kerajaan jika BN kekal berkuasa nanti. Maklumat ini menyebut Najib akan menyingkir secara bebesaran selepas PRU13 sebelum permilihan UMNO nanti bagi mengukuhkan kedudukannya dalam UMNO dan Kerajaan.

Oleh itu orang kuatnya mesti ada di Bahagian UMNO serta mereka juga adalah wakil rakyat yang membolehkan perlantikkan dalam kabinat nanti.

Cara Najib menyingkirkan orang lama untuk menjadi calon sangat dramatik.

Di kerusi parlimen Kota Bharu beberapa pemimpin Umno yang disebut-sebut sebagai calon akhirnya dilihati tidak lagi aktif menggerakkan markas Umno terutamanya Dun Bunut Payong atas desakan bahawa Datuk Mohd Fatmi Salleh akan kekal sebagai calon Parlimen kota Bahru.

Manakala  Datuk Shahlan Ismail (SU Politik Najib) menyingkirkan Datuk Said Ali Rastan yang menyebabkan pergolakan sehingga beberapa markaz tidak aktif. Said Ali bagaimana pun diberikan amaran, sehingga maklumat terakhir kami perolehi sudah turun menjengok bilik gerakan (baca di sini).

Datuk Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju) pula menyebab perbalahan besar dengan MCA. Yang penting Najib nak orangnya berada di sana.



Menurut maklumat kami terakhir Wangsa Maju, MCA akan membuat undi Protes.

Di Kuantan, Mohamed Suffian yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri menjadi masalah kerana telah menyingkir beberapa orang tokoh tempatan UMNO di situ. Selain bermasalah dengan MCA yang banyak kali menuntut kerusi Parlimen Kuantan.

Manakala  Pegawai Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri Datuk Latt Shahriman bertanding di kerusi Dun Kubang Rotan. Mengikut maklumat cara Datuk Latt tidak disenangi dan dipercayai terlibat membuat fitnah kepada YB Adun PAS Kubang Rotan Nasir Mustafa sehingga Mahkamah Tinggi Alor Setar telah mengarahkan RTM & Dua Ahli Umno Membayar RM120 Kepada Adun Pas Kubang Rotan,YB Nasir Mustafa & Kos RM30 Ribu Kerana Memfitnah Beliau !!

HIDUP NAJIB, HIDUP UMNO, HIDUP KRONI... MAMPUS RAKYAT!!!


 Pembohongan TV Umno dah di tahap Gaban
Posted on Tuesday, April 30 @ 08:34:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: ahmadhadeed

"Selepas warta berita 8.00 pm TV 3 suku milik umno menyiarkan talk show PRU13 dan didalam terdapat fitnah terhadap PAS di tahap Gaban atau Cartoon.

Datuk Manja ditanya tentang replika keranda yang di dakwa di bina penyokong PAS dan TV tiga suku menayangkan gambar keranda dengan perkataan 'Kuburkan BN' dan papan tanda yang di ambil separuh luar konteks bertulis ' Mati pun tak apa".

Ini adalah penipuan kerana gambar penuh papan tanda tersebut ialah:



Ini adalah gambar yang di tayang dalam TV Umno tiga suku.



Bila di tayang gambar keranda dan sebahagian dari papan tanda PAS yang mengatakan " Cita cita saya mahu melihat Islam dilaksanakan. Apabila ia terlaksana, saya mati pun tak apa' maka sudah penonton TV 3 suku menganggap maknanya PAS extremis.

Ini lah taktik UMNO zaman berzaman untuk menang pilihanraya,,,fitnah! fitnah! fitnah! "


 Calun Bebas Bunga Raya - Mula Berkempen
Posted on Tuesday, April 30 @ 08:31:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: UMPIL

"Tg Karang,kemeriahan kempen pr13 menjadi semakin meriah dan berwarna warni berikutan gerak kerja calun bebas HERMAN TINO mulai menyusun stretej dan mengerakkan jenteranya.Warna kuning  yg menjadi latar bendera berchop bunga raya menyerikan lagi deretan bendera antara hijau dan biru

Sambutan pengundi,terutamanya gulungan atas pagar dan anak muda yag menjadi peminat Herman Tino anak kelahiran TG Karang amat mengalakkan.Sepanjang kempen belau hari ini  menjadi tarikan kapada pengundi di sekitar Sg Burung ia, merupakan saingan kapada dua lagi parti yang bertanding di Parlimen Tg Karang.Calun bebas ini dijangka menguasai 30 peratus pemgundi .

Kenapa saya tinggalkan Anwar? Sebab lumayannya wang yang UMNO beri!
Posted on Tuesday, April 30 @ 08:30:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: notan

"Assalamualaikum Saya teringat kisah lampau ketika menghuni  di blok D tingkat 3, kolej keempat UM bersama sama  sebahagian besar rakan rakan pelajar dari Kelantan termasuk Proffesor Agus Yusof.

Pada masa pemilihan UMNO yang pertama kali menemukan DSAI dan Dato' Suhaimi Kamaruddin untuk jawatan ketua pemuda UMNO, ada seorang senior saya yang mengikuti perkembangannya melalui radio dan setiap perkembangan itu akan dilapurkan di bilik saya, bilik D-304 dan beberapa bilik rakan rakan yang lain termasuk bilik Agus.

Paling menarik apabila senior saya ini memberi komennya terhadap ucapan pendahuluan calon yang  bertanding.Katanya "Dato' Suhaimi kata saya serahkan kepada perwakilan untuk memilih tetapi Anwar(masa tu belum dapat dato' lagi)kata saya serahkan kepada ALLAH.  Anwar serah kepada  ALLAH, sedang Dato suhaimi serah kepada perwakilan, tak dok gapo  satu, Anwar sudah menang!

Keyakinan yang tinggi kepada kuasa ALLAH mengatasi segala galanya.Sementara sahabat yang menjadi room mate Agus, ketika mula mula menjadi pensyarah di ITM pernah juga menyatakan bahawa DSAI adalah seorang pemimpin yang mahu memartabatkan Islam, bukan PAS sahaja yang mahu memartabat Islam.DSAI mewakili keinginan ahli UMNO untuk turut sama memperjuangkan Islam.
Akhirnya saya faham dan yakin dengan kata kata sahabat yang ketika mula mula memulakan karier pensyarahnya sudah terdedah dengan apa yang mahu DSAI perjuangan.Dan saya juga faham bahawa ketika DSAI diusir dari UMNO, maka terhakislah usaha menjadikan Islam sebagai panduan dalam UMNO.Saya juga pernah membaca  risalah yang ditulis oleh DSAI ketika beliau masih dalam ABIM dan  mengajar di Yayasan Anda.Terus terang saya katakan saya kagum dengan cara DSAI menulis dan menyelitkan ayat quran di antara hujah dan keterangannya.Saya yakin DSAI adalah seorang yang mahir dengan quran walaupun saya tidak pernah setuju dengan keputusan DSAI menyertai UMNO.
Saya pernah berkata kepada rakan rakan bahawa DSAI hanya seekor ular yang masuk ke kelompok manusia, terdedah kepada dua kemungkinan samada dia membunuh atau dibunuh.DSAI membuktikan kata kata saya benar kerana akhirnya ular itu dibunuh oleh kelompok manusia yang bernaung di bawah UMNO.
Keputusannya menyertai UMNO adalah salah tetapi kesan dari penyingkirannya amat besar kepada politik negara. Kalau bukan kerana penyingkiran DSAI dari UMNO, usaha pembangkang untuk menyedarkan rakyat tidak akan jadi seperti hari ini.Kalau dulu PAS ditertawakan kerana bermimpi untuk menegakkan negara Islam sedang bertanding  cuma 70 kerusi tetapi hari ini mimpi itu bukan mimpi lagi, ianya hampir menjadi kenyataan.Kalau dulu PAS tidak dianggap boleh bergabung dengan DAP kerana ideologi yang bertentangan seperti dua orang yang tidur sebantal tetapi mimpi lain lain tetapi hari ini DAP sudah bersedia menjadi adik kepada PAS dan mempertahankan PAS walaupun masih lagi tegas  dengan ideologi mereka.
Itulah perancangan ALLAH yang maha besar dan tidak terfikir oleh manusia sebaliknya manusia yang memakai jenama UMNO tidak dapat melihat hikmah dari segala yang berlaku.Mereka masih lagi bebal dan kebal jahil kerana enggan mengakui yang berlaku ini adalah kehendak ALLAH.Sekuat mana mereka merancang dan berusaha membunuh karektor DSAI, tetapi ALLAH tetap melindunginya, maka sehingga hari ini DSAI terus hidup.
Malangnya UMNO tak pernah berhenti untuk mencuba membunuh DSAI.Lepas satu, datang satu permainan UMNO yang merupakan fitnah walaupun sudah ada bukti yang  jelas mengenai fitnah itu, namun UMNO tetap tegar untuk mengatakan itu adalah benar.
Terbaru UMNO mengedarkan risalah yang memuatkan sebab kenapa bekas rakan rakan DSAI meninggalkannya.Berbagai alasan yang diberi termasuk penegasan Dato Eskey bahawa orang yang ada dalam video fitnah itu adalah DSAI dan entah apa apa lagi.Tetapi yang peliknya, kalau benar mereka ini rakan DSAI kenapa selepas meninggalkan DSAI mesti bersubahat dengan UMNO sehingga ada yang mendakwa UMNO sajalah yang benar padahal dakwaan itu sendiri merupakan pembohongan.

 Tan Sri Musa Hasan dilantik sebagai Penasihat kepada Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR)
Posted on Tuesday, April 30 @ 08:27:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: kamal_hasan

"KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini bersetuju untuk dilantik sebagai Penasihat kepada Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini selepas bertemu dengan Pengerusi MPKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

"InsyaAllah saya kan bantu tapi sekali lagi nak saya sebut bahawa saya tidak terlibat politik. Siapa nak nasihat saya, saya akan bagi untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Saya akan berikan nasihat terbaik untuk menentukan tidak ada sesuatu masalah keselamatan akan berlaku daripada kedua-dua belah pihak," katanya.

Ditanya skop nasihat yang akan diberikan, beliau berkata ianya lebih kepada bagaimana untuk berkerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa.

Beliau yang juga Patron, Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) berkata, beliau sangat prihatin terhadap isu keselamatan negara dan melahirkan harapan agar proses kuasa berlaku secara aman.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini.

Ianya termasuk isu letupan dalam satu ceramah di Nibong Tebal serata beberapa siri perbuatan khianat ke atas markas pilihan raya kedua-dua belah pihak.

"Saya prihatin isu ini kerana kita nak pilih sebuah kerajaan dan pemimpin bukan nak bergaduh. Saya berharap penyokong tidak akan mengganggu gugat mana-mana parti yang mahu berkempen.

"Saya juga ingin menasihatkan polis agar adil dalam siasatan terhadap kedua-dua pihak, jangan ambil bahagian dalam mana-mana politikal parti," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan agar parti-parti yang bertanding memaklumkan kepada pihak polis untuk sebarang ceramah yang diadakan.

"Dengan ancaman letupan ini saya rasa polis perlu lebih memantau. Mungkin selepas dimaklumkan akan dibuat ceramah, polis akan menghantar anggota lebih awal untuk memastikan kawasan itu selamat untuk digunakan," katanya.

Sila lihat video berkaitan di sini

 Luar Biasa Mamat ni...mari saksikan
Posted on Tuesday, April 30 @ 08:26:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Pendapat Oleh: modayu

"'Aku nak cerita lebih2 kang kata aku mengayat jer pandai'. Kata gemok kpd ketua cawangan parti cap keris karat pandan tempohari.

'Ramai ker yang join program mamat tu?'. Tanya ketua cawangan tu.

'Bukan setakat ramai boss, tapi semua orang menyokongnya boss!!saya suka dengan mamat tu boss.gentlemen tak macam boss ni penakut!'.jawab gemok. 




Darah ketua cawangan itu cukup membara bila mendengar kata2 gemok itu. Banyak duit telah dileburkan untuk menjadi calon dikawasan ini..
'Apa bukti ko kata ramai yang menyokongnya gemok?'. Tanya ketua cawangan itu lagi.

'Nahhh!! tengok video ni kalau boss tak percaya'. jawab gemok sambil membuka youtube yang dia tgk semalam.

Masih tidak percaya? Tonton video ini bagaimana santainya mamat yang luar biasa hebatnya ini bersama rakan2 yang semuanya tidak kenal sesama mereka,tapi berkat ingin berubah, mereka bergotong royong membantu kempen rafizi yang menarik ini. saksikanlah...
 
 
semoga rafizi diberi kekuatan untuk terus istiqamah menerajui Malaysia suatu hari nanti insyaAllah.
 
 
A New Era Is Near
Md Daud Yusri Alhutan Melintangi
Your fardhu kifayah compliance business @ www.dadiydoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan