Selasa, 23 April 2013

ADA MEMANG TAK BOLEH PAKAI...RASA DIRI BAIK...RASA DIRI BETUL DAN ORANG TAK MACAM DIA...NI ORANG SYOK SENDIRI

Herman tino jangan fikir berapa undi anda dapat?
Posted on Monday, April 22 @ 20:47:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: spikeT

"Herman Tino, penyanyi era 80-an bertanding sebagai calon Bebas pada PRU 13 kali ini. Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, popular dengan lagu seperti ‘Yale Yale’ dan ‘Pelita Dalam Kabus’ mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di Sek Men Keb Dato’ Haron di sini.

Herman Tino pasti memberi pengajaran berguna buat Barisan Nasional agar golongan artis tidak terlepas dari Transformasi Politik.

Dalam isu mengangkat darjat artis atau pengiat seni PAS kedepan dalam isu ini.PAS meletakkan calon bekas-bekas artis seolah-olah PAS nampak betapa besar masalah cetak rompak,Masalah moral dan kebajikan artis dalam negara ini.

Mereka perlu dibela kerana cetak rompaklah walaupun kita menyanyi atau bernasyid sekali pun artis takkan hidup senang.Keringatan mereka diperah dan industri hiburan atau seni tidak dibela sepenuhnya dimanakah Transformasi dalam kesenian yang hendak dibawa.Selama 55 tahun kerajaan Barisan memerintah isu cetak rompak masih tidak dapat diselesaikan,artis atau pengiat seni langsung tidak dibela.

Tahniah kepada Herman Tino berani berdepan untuk menjadi isu utama negara agar artis juga perlukan tempat untuk membela masa depan mereka.Herman Tino Jangan fikir berapa undi yang anda dapat tapi biarlah minda pemerintah dan rakyat berfikir dimana Transformasi buat anda gologan artis dan pengiat seni.Anda artis atau pemgiat seni pun perlukan perlindungan dan pembelaan.

Tahniah kepada PAS kerana berani mengangkat Artis-artis atau pengiat seni ke arah yang dihormati masyarakat dan itulah sepatutnya,Bukan mereka di calun di Dun tapi peringkat yang tertingi peringkat Parlimen amat sukar dilakukan tapi demi keadilan kita harus memberi peluang buat mereka.Hanya artis atau pengiat seni yang tahu jerit perit mereka dalam mehanrungi bidang seni.

Biarlah mereka bersuara diparlimen dan mengubal undang-undang bagi membela nasib mereka. Buat Pengiat seni yang bertanding Tahniah moga anda dapat membela nasib Pengiat seni dalam negara kita.Ayuh ini kalilah .."
 


 Pas kecewa dolak-dalik PSM
Posted on Monday, April 22 @ 12:28:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Sinar Harian
Tindakan PAS bertanding di beberapa tempat adalah atas dasar menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada berlaku sebagaimana Negeri Perak sebelum ini.


SHAH ALAM - Pendirian Pas turut bertanding di Dun Kota Damansara walaupun PKR mencalonkan penyandangnya, Dr Mohd Nasir Hashim dikatakan berpunca daripada sikap berdolak-dalik Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sebelum ini keengganan Mohd Nasir yang juga Presiden PSM menggunakan logo PKR pada pilihan raya kali ini turut dikatakan menjadi punca awal jentera Pas Kawasan Subang kecewa.

Ini ditambah dengan tindakan PSM yang seolah-olah tidak mahu menggunakan logo PKR apabila sehingga hari penamaan kelmarin, masih terdapat penyokong membawa bendera PSM malah di sesetengah lokasi di Dun bendera PSM dikibarkan lebih banyak daripada bendera PKR.

Meskipun PSM bersetuju menggunakan logo PKR di masa kecederaan nyata keputusan itu masih tidak dapat diterima Pas yang awal-awal lagi tidak bersetuju jika PSM bertanding sekali lagi pada PRU kali ini.

Bagi Pas Subang, kerusi Dun Kota Damansara adalah milik mereka yang sebelum ini dipinjamkan kepada PKR    pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Sewajarnya pada PRU kali ini ianya diberikan kepada Pas kembali atau jika PKR mahu bertanding mereka perlu menghantarnya calon sendiri.

Sehingga semalam Pas Kawasan Subang tidak  berganjak dari keputusannya dan akan meneruskan pertandingan itu malah  yakin undi akan berpihak kepada Pas.

Yang Dipertua Pas Kawasan Subang, Mesni Dahalan berkata, PSM tidak menghormati PR apabila sepanjang lima tahun itu, PSM  langsung tidak menggunakan logo PKR yang merupakan parti komponen PR dalam setiap urusan rasminya.

Malah Pas juga berpegang kepada tahaluf siyasi di mana PSM bukan parti komponen PR dan sehingga semalam Jawatankuasa Pilihan Raya Pas Selangor merestui tindakan menghantar calonnya di Kota Damansara.

“Jika PSM bertanding tanpa ada calon Pas atau PKR semua jentera dan termasuk bilik gerakan Pas akan ditutup di Kota Damansara dan berdasarkan permintaan dari akar umbi ini juga kita tetap akan meneruskan hasrat untuk bertanding di Dun ini dan yakin ianya tidak akan memecahkan undi kerana pengundi hanya mengenali Pas dan juga BN,” katanya.

Menurut Mesni, Pas masih memberikan kerjasama penuh kepada PKR yang bertanding untuk kerusi Parlimen Subang yang diwakili oleh penyandangnya yang juga bekas Naib Presiden PKR, R Sivarasa.

“Undi PR tidak akan berpecah kerana Pas mempunyai sokongan yang kuat di Kota Damansara sebab itu kami yakin dengan keputusan ini,” katanya.

Walau bagaimanapun pihaknya kecewa dengan tindakan Setiausaha Pas Selangor yang juga calon untuk Dun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang mempertikaikan watikah pelantikan  ketika penamaan calon Ahad lalu.

Jelas Mesni lagi, kesahihan watikah itu tidak perlu dipersoalkan kerana ia ditandatangani sendiri oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu dalam kenyataan selepas penamaan calon semalam, penyandang kerusi Dun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim berpendirian bahawa Pas boleh bertanding bagi merebut kerusi itu dan tidak akan menghalangnya. Kerusi Dun Kota Damansara kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru selain BN, Pas dan PKR,  dua calon bebas turut mencuba nasib.

Mereka ialah Halimaton Saadiah Bohan (BN), Ridzuan Ismail (Pas), Dr Mohd Nasir Hashim (PKR), Datuk Edros Abdullah (Bebas) dan A Suupiah dan Halmi Omar (Bebas).
Untuk rekod Pas pernah bertanding di Dun Kota Damansara pada pilihan raya 2004 namun calonnya Mohamad Ariff Md Yusof tewas dengan calon BN Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan.

Pada pilihan raya 2008, Dr Mohd Nasir yang bertanding atas tiket PKR berjaya menewaskan calon BN, Datuk Zein Isma dengan 11,846 undi berbanding 10,771.



Pakatan Rakyat bakal kuasai Dean Rakyat, 5 negeri dikuasai pakatan rakyat
Posted on Monday, April 22 @ 20:48:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"Selepas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan calun dan parti yang bertanding pilihanraya umum ke-13. Pakatan Rakyat  (PAS, DAP, PKR) berada kedudukkan yang baik untuk menjadi kerajaan Pakatan Rakyat Malaysia dengan menawan 115 kerusi Parlimen. Barisan Nasional berada dalam kedudukkan 107 kerusi parlimen.

Peluang pakatan rakyat mendapat kerusi parlimen 120 kerusi cukup baik dan cukup cerah. Ini berdasarkan peribadi calun dan kawasan tempat calun bertanding.


Negeri negeri yang bakal dikuasai oleh pakatan rakyat walaupun dengan majoriti berkurang atau tipis. Negeri tersebut ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.
Terengganu kekal dengan Barisan Nasional dengan kerusi BN/UMNO bertambah.  Dari kajiseiidik BN Terengganu mendapat sekurang-kurangnya 23 kerusi DUN.
Negeri Sembilan Pakatan Rakyat hampiri berkuasa dan memerintah. Barisan Naional berada dengan 20 kerusi DUN dan Pakatan Rakyat dengan 16 kerusi DUN.
Namun kita mengharap rakyat Malaysia membuat pilihan yang bijak bagi menyelamatkan negara Malaysia diromoak oleh pemimpin BN/UMNO buat sekelian kalinya.
Dari kajiselidik bersakan polar kedudukkan pengundi, isu semasa, logistik dan kewangan masih dikuasai oleh BN/UMNO. Malah media berada dibawah tangan jahat BN/UMNO yang menjadi senjata terakhir,
Johor satu satu negeri yang diluar jangka. Johor adalah satu satunya negeri penyumbang tetap dan besar kepada BN/UMNO. Namun PRU13,Negeri Johor bakal menyumbang 11kerusi parlimen pakatan rakyat.
Malah pakatan rakyat bakal menjadi tetamu teramai dalam sejarah kerajaan Johor semenjak merdeka, dijangkan 23 kerusi DUN dan BN/UMNO 33 kerusi DUN.
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan) 13 kerusi Parlimen. Pakatan rakyat mendapat 10 kerusi parlimen dan BN 3 kerusi parlimen.
Namun kita mengharap Sabah dan Sarawak menyumbang 20 kerusi parlimen. Namun dalam kajian Pakatan Rakyat mendapat dibawah 20 kerusi parlimen.

 Kari Kepala Ikan & Seluar Pendek
Posted on Monday, April 22 @ 19:48:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh ALBA



Satu video yang menarik. Kemunting (ISA) membawa pertemuan awal PAS-DAP dua parti yang 'bermusuhan' sebelum ini kerana mainan politik umno @ BN.



PAPARAN LEBIH JELAS




Kubur Zulkifli Nordin sudah digali, 101% pasti

Posted on Monday, April 22 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: modayu

"'Ini kerja gila namanya, ada ker diletakkan orang gila disini!'.

Marah setiausaha umno cawangan bila diketahui zulkifli nordin (ZN) menjadi calon parlimen dishah alam. Bukan sahaja cawangan itu yang geram dengan pencalonan zn itu malah hampir 85% ahli2 umno shah alam benci dengan keputusan najib meletakkan calon yg dianggap haprak ini.

Sudahlah calon umno pasir mas, sengaja tidak datang untuk mencalonkan dirinya atas kerana memberi laluan kepada ibrahim ali (AI) yang meraung kepada najib utk diberikan kerusi parlimen itu. Aku seronok IA bertanding kali ini dipasir mas, kerana kita harus akhirkan karier politik IA itu dengan cara yang dunia ketahui. Biar rakyat yang mewawarkan kekalahan IA itu dan bukan dengan membunuh kariernya secara senyap.Itu tidak menarik dan tidak seronok. Biar IA malu dengan dunia, biar dia tahu masanya sudah lama berakhir..

'Najib tu ingat orang2 shah alam ni kebulur sangat ker nak undi ZN tu, sejak muka dia keluar tv ni,aku tengok makin benci dan makin nak ludah jer muka dia tu', marah ketua bahagian disalah satu bahagian ketika menutup bilik gerakkannya malam itu.

'Kalau kau nak menang ZN, kau buatlah sendiri kempen2 kau tu, Aku takleh tengok muka kau lagi,naik angin jer aku tengok muka kau tu'. sambung beliau kepada rakan2 umnonya disitu.

Begitu sekali marah orang2 shah alam kepada najib dan ZN atas perletakkan orang2 sampah seperti zn ini. Shah alam yang merupakan kawasan elit melayu berpendidikan tinggi dihina keintelektualan mereka dengan pencalonan zn itu. Shah alam yang terdiri daripada para ilmuan, datok2, tan sri2 dan orang kebanyakkan merasa bahawa ini adalah penghinaan yang amat sangat. Orang seperti zn itu patut bertanding di dalam zoo sahaja kerana dia tidak menepati citarasa orang2 shah alam yang inginkan wakilnya itu berada pada standard yang tinggi serta akhlak yang baik.

'Aku dah malu nak pakai lencana gambar dacing dengan gambar zn ini. Dah takder nur dah aku tengok muka zn ni. Kalau ia pun najib ni letaklah orang yang semenggah sikit, dulu dah diletaknya aziz shamsudin pun aku dah benci, inikan pula zn ni.aduhhh pening aku dengan umno ni'. Begitu sekali marahnya bendahari umno cawangan itu kepada najib.

Perletakkan calon bn iaitu zn telah menjadikan shah alam tidak bermaya untuk ahli2 umno utk bekerja memasang bendera parti. Didalam hati mereka cuma ada sumpah seranah kepada pucuk pimpinan yang langsung tidak menghiraukan calon2 berkaliber mereka di akar umbi yang sentiasa menunggu utk dinaikkan oleh pengikut2 mereka disitu.

'Kenapa harus orang luar itu mewakili kita. Sudah lah orang luar, munafik politik pulak tu.'

Marah mereka bukan kepalang lagi. Keadaan ini telah menjadikan kerja2 saudara khalid samad semakin mudah. Tiket MP shah alam semakin digenggaman tangan. Selangor wajib dipertahankan walau sesiapapun musuh yang datang. PAra askar2 PR wajib berusaha keras memangkan para2 pejuang yang sekarang ini semakin kuat berjuang untuk memepertahankan kuasa rakyat yang semakin tertindas ini.

'Kubur kau zn dah aku gali, kau matilah kat sini'. jerit seorang ahli ketika hari penamaan calon berlangsung itu hari.Marah mereka sudah tidak mampu lagi utk disimpan. Biarlah dibuang dari parti sudah tidak memberi kesan lagi buat mereka.

'Tahniah khalid samad, aku akan undi kau secara senyap,jangan takut'. Bisik ketua cawangan umno ketika membakar bendera2 dacing yang dikutipnya sebelum menutup bilik gerakannya buat selamanya.

-laporan HMnews-

Ketahuilah para pejuang2 rakyat, kami dibawah ini juga berkerja seperti kalian semua, biar siang mahupun malam malah kepagi kami berkerja demi kerana Agama dan masa depan anak2 kami semua.Lihatlah kesungguhan kami dan kami harap 'INI KALILAH" kita menguasai putrajaya. Ameen



semoga bermanfaat untuk kita semua.

'yang elok itu Allah'

Md daud yusri alhutan melintangi'

perlukan walkie talkie dan perkakasan car wash? cari kami di www.dadiydoo.com"


 Tumbukan padu buat Umno. .. Mike Tyson sertai PAS
Posted on Monday, April 22 @ 12:38:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Dr Siti Mariah


"Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.
Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13. 


Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.


Tahniah Mat Taib
Oleh Roslan SMS



Tan Sri Muhammad bin Hj Muhammad Taib dengan rasminya menjadi ahli PAS hari ini, dua hari selepas proses penamaan calon PRU ke 13. Beliau sebelumnya adalah Ketua Umno bahagian Kelana Jaya dan bekas Menteri Besar Selangor, 1986-1997.Blog ini banyak mengulas berkenaan beliau sebelum ini, ternyata Tan Sri memiliki rekod yang berwarna-warni. Tetapi ditakdirkan Allah swt pada usia 67 tahun Tan Sri memilih menyertai perjuagan menegakkan Islam sebagaimana dipelopori oleh PAS, semoga beliau istiqamah dan membantu menegakkan Islam sebagaimana dasar perjuangan PAS.
Hari ini Tan Sri Muhammad adalah ahli PAS. Mulai hari ini beliau akan mencatitkan rekod sejarah saki baki hidupnya menggalas perjuangan sebagai seorang pejuang Islam. Adapun yang sebelum ini adalah sejarah lampau beliau, sebagaimana manusia biasa kita semua punya sejarah lampau, semoga ianya menjadi iktibar dan pengajaran buat beliau, dan buat kita terhadap sejarah lampau kita.
Kita mendoakan semoga Tan Sri dapat memberi sumbangan besar terhadap perjuangan Islam ini khasnya dalam tempoh berkempen PRU ke 13 ini.

Tahniah Tan Sri.






Video Ucapan menyentuh perasaan.. gementar hati daripada Mat Taib
Posted on Monday, April 22 @ 13:29:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh ALBA



Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasminya menyertai Pas apabila beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu.

Sayu saya dengar ucapan, gementar hati saya... Allahu akhbar semoga Allah merahmati Mat Taib.



Paparan yang lebih jelas



DUN Rantau dalam Parlimen Rembau ialah pusat pembuangan sisa toksik Malaysia

Posted on Monday, April 22 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Antara isu besar penduduk di DUN Rantau dalam Parlimen Rembau yang masih tidak dapat diselesaikan hingga ke saat ini ialah kewujudan operasi tapak pelupusan sisa toksik, Pusat Kualiti Alam di Bukit Nenas berdekatan Sendayan yang mengancam kesihatan penduduk sekitar.

Dato Seri Mohamad Hassan, calon Umno DUN Rantau pernah berkata sekiranya didapati kajian yang dibuat menunjukkan operasi di Pusat Kualiti Alam tidak lagi sesuai, kerajaan negeri akan membuat keputusan untuk tidak menyokong kewujudan kilang tersebut untuk operasi selepas tahun 2012.

Kini sudah tahun 2013, apakah penduduk di DUN Rantau akan terus diancam kesihatan mereka oleh operasi tapak pelupusan sisa toksik tersebut?

**************

Padah pencemaran sisa toksik
Sinar Harian 14 April 2013

NILAI - Penghuni Felda Sendayan, di sini, gusar berikutan pusat pelupusan sisa toksik berhampiran menghasilkan pencemaran yang menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan. Penduduk mendakwa, tahap kesihatan mereka sering terjejas akibat bau busuk dan asap pelbagai warna dilepaskan premis itu yang wujud sejak 15 tahun lalu. Salah seorang penduduk, yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 33, berkata, hampir 10 tahun dirinya menderita masalah kulit yang serius dan keadaan bertambah teruk setiap kali dia berpeluh lantaran gatal tidak terhingga. “Saya mula alami masalah ini selepas bekerja selama tiga bulan di pusat pelupusan itu suatu masa dahulu. Selain itu, penyakit saya akan berulang apabila terhidu bau gas toksik di rumah, hampir setiap malam. “Saya sudah puas berulang alik ke hospital dan bermacam-macam ubat telah dicuba, namun tetap tidak sembuh sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

**************

'Kami tak mampu bersabar lagi'
Sinar Harian 23 Oktober 2012

Kesabaran penduduk Felda Sendayan berhadapan dengan pencemaran udara sejak 16 tahun lalu sampai ke kemuncaknya apabila mereka yang tinggal berdekatan Pusat Kualiti Alam mendesak agar ia dipindahkan segera. Seorang penduduk, C Poopathy, 68, berkata, sejak pusat pelupusan sisa kimia itu dibuka, dia sering mengalami sakit tekak dan sesak nafas. “Rumah saya yang paling hampir dengan pusat pelupusan itu kira-kira satu kilometer sahaja dan saya boleh melihat dengan jelas asap tebal yang keluar dari pusat berkenaan. “Selain itu, saya juga sering mengalami gatal-gatal kulit. Saya menghidap asma dan sering berulang alik ke hospital setiap bulan, keadaan ini sudah tentu menyebabkan penyakit saya bertambah teruk,” katanya. Poopathy berkata, dia menetap di kampung itu sejak 50 tahun lalu dan tidak berhasrat untuk berpindah.

**************

Hujan berwarna kuning di Felda Sendayan

Peneroka Felda di Negeri Sembilan yang dijanjikan menjadi jutawan segera setelah menjual tanah mereka merungut bukannya kekayaan yang turun daripada langit, tetapi mereka mendakwa sekarang ini hujan “berwarna kuning” yang turun berkemungkinan berpunca daripada pusat pembuangan sisa toksik industri yang berhampiran. “Dalam beberapa kilometer daripada sini terdapat kilang memproses sisa toksik berjadual. Pada peringkat permulaan pembinaan kilang ini, ramai penduduk yang telah membantah”, kata salah seorang daripada 185 peneroka yang menandatangani memorandum. Peneroka-peneroka ini adalah daripada Sendayan – terletak 20 km daripada Seremban yang mempunyai sekitar 5,000 orang penduduk dari 513 keluarga. Menurut penduduk di situ, pada mulanya mereka tidak menyangkakan kerajaan akan membina kilang pemprosesan sisa toksik Bukit Nanas yang boleh membahayakan kesihatan mereka. Walaubagaimanapun, asap yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan yang terbina sejak 1998 telah mula mengganggu kesihatan dan kehidupan mereka.

**************

Kerajaan Negeri Sembilan kaji operasi Pusat Kualiti Alam
December 16, 2012

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan berkata Kerajaan Negeri Sembilan sudah memulakan langkah dalam mengkaji secara terperinci sama ada operasi tapak pelupusan sisa toksik, Pusat Kualiti Alam di Bukit Nenas berdekatan Sendayan perlu dikekalkan atau tidak. Mohamad menambah sekiranya didapati kajian yang dibuat menunjukkan operasi di Pusat Kualiti Alam tidak lagi sesuai, kerajaan negeri akan membuat keputusan untuk tidak menyokong kewujudan kilang tersebut untuk operasi selepas tahun 2012.

*************

Perkembangan terkini Pakatan Rakyat di Parlimen Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan