Sabtu, 16 Februari 2013

KENAPA CONTOH MONGOLIA TENTU NAK SABITKAN DENGAN ALTANTUYA...LAWAK...TENTU ADA TUJUAN TERTENTU

Jangan pandang ringan isu daging kuda

SM Mohamed Idris,

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa rakyat Malaysia supaya tidak memandang ringan isu daging kuda yang menggegarkan Eropah baru-baru ini dan tidak memakan produk daging terutama sekali, burger, salami, sosej dan daging dalam tin sehingga pihak berkuasa  memberikan jaminan bahawa daging itu bebas daripada sebarang bentuk pencemaran.

Kementerian Pertanian, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi perlu bekerjasama dan memantau semua produk daging termasuk makanan segar, yang diproses dan yang ditinkan yang masuk ke negara ini.

Produk daging perlu diuji untuk menghapuskan kebimbangan berhubung pencemaran dan hasil ujian yang dibuat  mestilah didedahkan kepada umum.

CAP juga menggesa Kerajaan Malaysia dengan segera menubuhkan Agensi Pusat Pengesahan Makanan bagi membolehkan semua makanan yang diimport menjalani pemeriksaan dan ujian yang lebih ketat sebelum dijual di negara kita.


Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Rezeki: Terkejut dengar ucapan Muhyiddin

Harakahdaily, 16 Feb 2013
KUALA LUMPUR: “Mendengar kata-kata ini membuatkan saya hampir terjatuh dari kerusi kerana terkejut dengan taraf pemikiran seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri itu,” tulis Aspan Alias.
Aspan di dalam blognya semalam menyebut terpaksa memberikan komen terhadap kata-kata Muhyiddin di Johor kelmarin di mana Timbalan Perdana Menteri itu telah menjanjikan BR1M akan di tambah menjadi RM1,000 selepas ini.

Muhyiddin dilaporkan berkata jika menolak BN dan Umno, itu merupakan penolakan terhadap rezeki.

Ulasan penuh Aspan di dalam blog http://aspanaliasnet.blogspot.com/ seperti di bawah.

Muhyiddin Yassin yang diura-urakan oleh sebahagian pimpinan UMNO untuk mengambil alih kepimpinan dari Najib itu adalah seorang pemimpin yang lebih lagi tidak menggunakan alat untuk berfikir (otak) anugerah Tuhan untuk digunakan dengan sebaik-baiknya. Itulah sebabnya saya tidak berhenti-henti berkata bahawa siapa sahaja dalam kepimpinan tertinggi UMNO itu adalah mereka yang tidak sempurna akal fikiran politik mereka. Mereka tidak tahu apa yang baik untuk disebut dan yang sepatutnya dihindari untuk terkeluar dari mulut seorang yang bercita-cita tinggi untuk mengambil alih kepimpinan negara kita yang kita sayangi ini.

Saya terpaksa memberikan komen terhadap kata-kata Muhyiddin di Johor semalam di mana beliau telah menjanjikan BRIM akan di tambah menjadi RM1,000 selepas ini. Beliau berkata jika menolak BN dan UMNO itu merupakan penolakan terhadap rezeki. “Kalau hendak rezeki yang seribu itu terpaksa lah kekalkan kepimpinan BN dalam pilihanraya ini” kata beliau lebih kurang kepada orang-orang yang menyambut ketibaan beliau dan disiarkan dalam saluran-saluran TV arus perdana malam tadi. Mendengar kata-kata ini membuatkan saya hampir terjatuh dari kerusi kerana terkejut dengan taraf pemikiran seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri itu.

Kalau inilah contoh kata-kata seorang yang berselera untuk menjadi PM, beliau akan menjadi seekor tikus membaiki labu. Tiada apa yang beliau boleh perbaiki dalam kerajaan malahan beliau akan menjadikan nilai kepimpinan kerajaan bertambah buruk dan nesta lagi. Ayat yang saya acap kali sebut dalam blog ini ialah sesiapa sahaja dalam kepimpinan tertinggi UMNO itu merupakan jenis yang sama kerana mereka adalah dari acuan yang sama. Acuan ini adalah acuan yang di bentuk oleh Dr Mahathir sebaik sahaja beliau mengambil alih kerajaan pada 1981 dahulu.

Muhyiddin dalam keadaan tertekan beliau telah berkempen dengan terang dan jelas serta disiarkan dalam media perdana yang beliau melakukan pujukan secara rasuah dan ini merupakan satu tindakan yang amat buruk dilakukan oleh seorang pemimpin kerajaan yang semakin hari semakin lemah itu. Apa eloknya menggantikan Najib dengan Muhyiddin ini? Jika Najib berkata kepada orang Cina dan rakyat “Lu tolong gua. Gua tolong lu”, Muhyiddin pula ‘kalau hendak BRIM lebih besar undilah BN dan kekalkan kuasa BN’.

Inikah jenis kepimpinan  yang kita hendak letakkan harapan untuk menjamin masa depan anak-anak dan generasi kita yang akan datang? Pernahkah kita mendengar kerajaan dan parti-parti di negara-negara maju menjanjikan wang tunai kepada rakyat mereka jika mereka dipilih untuk memerintah negara? Bagaimana kah caranya negara kita hendak menjadi negara maju jika mentaliti pimpinan yang memerintah tidak lebih dari mentaliti pemimpin zaman kuno atau zaman batu dahulu.

Apa yang menyebabkan mereka sanggup melutut begitu rendah semata-mata untuk mendapatkan serta menguasai kerajaan yang mereka telah lama menguasainya. Inikah dia hasil dari didikan parti yang telah lama memerintah. Tidakkah mereka belajar dari kesilapan dan kesalahan orang lain atau dari kesalahan diri sendiri yang begitu banyak mereka lakukan itu? Baik Najib mahu pun Muhyiddin, mereka adalah dari kumpulan dan bermentaliti yang sama, iaitu membeli perasaan dan undi rakyat dengan menggunakan wang rakyat itu sendiri?

Kita merasakan amat mual dan menjelekkan mendengar kata-kata Muhyiddin yang mengatakan mengundi pembangkang itu adalah mengundi untuk menolak rezeki kerana hanya BN boleh memberikan BRIM kepada rakyat.  Dalam pada mereka ini berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat mereka memalui proses berkempen itu dengan menghina orang ramai seolah-olah hanya BN yang boleh memberikan rezeki sedangkan kita tahu rezeki itu datangnya dari mana.

Itulah sebabnya janji-janji Pakatan Rakyat itu lebih menepati kehendak ramai kerana dengan hanya menghapuskan tol dan penghapusan PTPTN itu sahaja sudah jauh melebihi keuntungan dari menerima BRIM seribu dua itu. Dengan hanya mendapatkan BRIM rakyat masih terpaksa membayar kos pendidikan anak-anak serta perjalanan orang ramai yang semakin hari semakin tinggi itu.

Dengan penghapusan bayaran tol dan PTPTN ini sahaja sudah menguntungkan rakyat puluhan ribu ringgit jumlahnya setahun. Lebih penting lagi rakyat tidak akan mendengar ungkitan-ungkitan seperti yang dilakukan oleh Najib setiap malam melalui TV semasa melawat seluruh negara sekarang ini. Beri rakyat sejemput tetapi diungkit setiap malam dalam ucapan-ucapan mereka setiap hari. Wang yang diberikan itu seolah-olah wang Barisan Nasional, tetapi mereka terlupa wang itu adalah wang rakyat sendiri yang tidak putus-putus membayar cukai kepada kantung negara setiap tahun itu.

Sesungguhnya negara mesti bermula dengan politik dan negara yang baru. Rakyat sudah tidak berdaya menahan cemuhan dan penghinaan dari pimpinan setiap hari. Marilah kita berusaha mencari jalan kearah pembaharuan ini. Kata Muhyiddin itu jelas membuktikan yang pemimpin UMNO mahu membuktikan bangsanya boleh dijual beli dengan wang ringgit mereka sendiri yang sejemput.

Kepada kedua-dua pimpinan UMNO ini orang Melayu rendah darjatnya.....beli undi mereka dengan empat lima ratus ringgit sahaja sudah cukup untuk memenangi pilihanraya.Pemimpin-pemimpin ini sudah hilang hidayah dan tidak pun merasakan yang orang Melayu sudah tidak mahu lagi dipujuk dengan wang ringgit. Mereka mahukan sebuah kerajaan yang bermoral dan berdisiplin dan faham tentang tanggungjawab terhadap negara dan rakyat.

Kita mulakan pencarian ini dengan menolak BN dalam pilihanraya kali ini. Insyaallah secara beransur-ansur kita akan dapat memperbaiki mentaliti kerajaan dan rakyat pada masa-masa yang akan datang.

Masanya pun sudah hampir tiba. Lakukanlah pembaharuan itu tanpa was-was. Selari dengan usaha-usaha kita itu, kita berdoa dengan intensif agar kita berada di dalam sepenuh keredhoan Allah SWT.

It’s now or never.

Demo: Lakonan hebat pencacai Umno terbongkar

Harakahdaily, 16 Feb 2013



KUALA LUMPUR: Lakonan hebat pencacai Umno Melaka terbongkar lagi. Kali ini pencacai Umno menyamar sebagai ahli PAS dan berdemo di Masjid Selat adalah lawak yang hebat.

Demikian ulasan blogger addin77. Ulasan beliau seterusnya seperti di bawah.

Sudahlah gaya pun tak ada macam ahli PAS, buat demo di masjid yang terpencil dari orang ramai. Dihadiri tak sampai sedozen penyokong. Lawak hebat dari pencacai Ali Rustam.

Buat pencacai-pencacai.. lain kali nak buat demo biarlah nampak real baru lah orang percaya. Untuk makluman pencacai, dari maklumat Addin terima.. tiada arahan demo oleh pimpinan PAS Melaka kepada ahli-ahlinya untuk buat demo.

So.. confirmlah!! yang buat demo ni adalah pencacai Umno.. Satu lagi yang pelik, pencacai-pencacai ni tutup muka? Takut penyokong PR dapat kesan identiti-identiti pencacai tegar ni ke..

Demokrasi: Mongolia lebih baik daripada Malaysia

Harakahdaily, 16 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Politik samseng menggambarkan lagi demokrasi tempang di Malaysia walhal ianya bukan perkara yang baru di negara kita.
Sejarah politik samseng termaktub utuh yang diukir dalam sejarah oleh Pemuda Umno Tahan Lasak pada era 60-an yang menggemparkan seluruh negara dan mengakibatkan implikasi negatif terhadap senario politik tanah air.

“Terbarunya, seluruh mahasiswa merasakan sangat kecewa dan mengutuk tindakan samseng dan ganas ke atas aktivis-aktivis Gempur Mahasiswa 13 (GM13) di Parlimen Pekan,” kata Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Negeri Pahang, Ahmad Fatihi Makhtar.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan Indeks Demokrasi 2011 keluaran The Economist, Malaysia berada di kedudukan ke-71 daripada ke-167 negara yang dikaji.

Kedudukan itu, ujarnya sama dengan tahun 2010, selepas jatuh daripada kedudukan ke-68 pada tahun 2008 dengan pengurangan mata daripada 6.36 kepada 6.19.

Ini, tambahnya menempatkan Malaysia di kalangan negara yang dikategorikan sebagai tempang demokrasinya, bersama sejumlah negara lain bermula daripada kedudukan ke-26 hingga ke-78, antaranya Israel (36), Sri Lanka (57), Mongolia (69) dan Ghana (78).

Menurutnya, dari kalangan negara Asia Tenggara, hanya Thailand dan Indonesia berkedudukan lebih baik, iaitu di tempat ke-58 dan ke-60.

Beliau menambah, rakyat Malaysia telah dihantui oleh media perdana bahawa sekiranya Pakatan Rakyat (PR) kalah dalam PRU-13, maka seluruh negara akan huru-hara dan berlaku rusuhan.

Walau bagaimanapun, ujarnya berdasarkan pengalaman pilihan raya umum yang sudah berlangsung sebanyak 12 kali, sudah terbukti bahawa parti-parti komponen dalam PR dapat menerima kekalahan dalam suasana harmonis dan sikap yang terbuka.

“Pengalaman mengajar kita untuk mengenali sosok tubuh BN apabila di saat kekalahan, seperti komplot terancang menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak yang dilantik secara sah pada 2009,” katanya.

Selain daripada itu, kata beliau sejarah hitam politik tanah air pada tahun 1978 di Negeri Kelantan yang mana kelantan diisytihar darurat di bawah Mageran seterusnya berlaku Pilihan Raya Negeri dan Umno berjaya merampas Kelantan.

Oleh itu, ujarnya sekiranya PR menang dalam PRU13, seluruh mahasiswa bimbang dengan asuhan politik samseng dan ganas yang telah dididik dalam ahli Umno sejak zaman berzaman, antara cabaran awal yang perlu diselesaikan oleh kerajaan PR adalah kekacauan dan gangguan yang akan digerakkan oleh samseng politik jalanan yang tidak mampu menerima kekalahan dan sudah sinonim dengan mencabul prinsip dan hak demokrasi.

Justeru, tegasnya rakyat Malaysia perlu bersepakat dan berpadu untuk meyuburkan suasana demokrasi yang adil di Malaysia.

Munurutnya lagi, menutup saluran untuk mendapat hak demokrasi yang adil boleh diibaratkan seperti bom jangka yang boleh meledak dan meletus pada bila-bila masa.

“Rakyat Malaysia perlu menolak politik samseng agar suasana dan proses pilihan raya demokrasi di negara kita berlangsung dalam semangat keadilan dan cintakan negara,” ujarnya.

Lif kem rosak, isteri anggota tentera mati

Harakahdaily, 16 Feb 2013
LUMUT: Ketika harta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digunakan sewenang-wenangnya untuk mengkayakan kroni, seorang isteri anggota maut akibat kerosakan lif di dalam kem mereka.

Yang sedihnya, menurut sumber, mangsa berkenaan sedang mengandung.

Isteri seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dilaporkan meninggal dunia tengah malam tadi setelah koma dua hari.

Beliau koma selepas lif yang dinaikinya di rumah kelamin kem TLDM Lumut tiba-tiba tidak berfungsi dan jatuh dari tingkat lima.

Isteri malang itu koma sejak itu dan dimasukkan ke Hospital Manjung sebelum meninggal tengah malam tadi.

Selepas berita ini diposkan ke facebook, komen-komen yang dibuat pembaca menjurus kepada permohonan agar kebajikan angkatan tentera dijaga bukannya mengambil kesempatan dari harta benda mereka untuk kepentingan pihak tertentu.

"Perkara macam ini tidak seharusnya berlaku. Duit berbillion dia orang spent untuk beli kapal selam yang komisennya hanya untuk menyelenggara kemewahan Najib dan Rosmah tapi kenapa tak gunakan duit tu untuk menyelenggara kemudahan penghuni TLDM. Sangat terkilan dan sedih dengan kejadian yang menimpa mangsa. Kita pikir2 lah," tulis seorang pelayar facebook.

Ugut, bunuh untuk tutup malu

Harakah, 16 Feb 2013

(Muka depan Harakah edisi Isnin ini)

KUALA LUMPUR: SETELAH Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dimalukan dengan teruk di Pulau Pinang, 11 Februari lalu, kini strategeis BN gelabah dan panik dalam usaha memulihkan imej Perdana Menteri.

Video yang memaparkan penolakan terbuka rakyat, Najib dan BN di majlis Tahun Baru Cina dikatakan telah diedit walaupun ia memang benar-benar berlaku.

Paling teruk, BN memutarkan cerita rekaan kononnya Najib dan penyanyi popular Korea, Psy diancam bunuh pada tarikh majlis berkenaan.

Inilah “Teori Huru-Hara” yang sedang dilaksanakan bagi tangani keadaan tidak untungkan Umno-BN.

PAS Pekan bantu mahasiswa sewa bas balik KL

Harakahdaily, 15 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang dikepung samseng di sebuah madrasah di Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur menggunakan bas yang disewa PAS Kawasan Pekan.


Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menghubungi Harakahdaily jam10.30 malam ini berkata pelajar sedang menaiki bas untuk bertolak ke Kuala Lumpur sambil diiringi polis sehingga ke Gambang.

“PAS Pekan sewa sebuah bas RM1,600 untuk hantar pelajar ke terus ke KL, polis iring sampai Gambang,” katanya.

Petang tadi, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerahkan anggota di sekitar Pekan, Pahang ke Madrasah Darul Husna, bagi membantu mahasiswa yang dikepung samseng.

30 mahasiswa dikepung di madrasah tersebut yang merupakan markas PAS.

Menurut maklumat daripada mahasiswa yang berada di sana, sekumpulan samseng mengepung mereka di luar pagar bagi menghalang mereka meneruskan program edaran risalah ke kampung-kampung.

"Sebelum ini Anak diserang kini mahasiswa,  apa nak jadi dengan politik negara kita?

"Saya nasihatkan rakan-rakan mahasiswa sabar hadapi ujian ini dan jangan gentar untuk terus berjuang menepati idealisme mahasiswa dan lunas demokrasi negara," kata kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Beliau juga berharap agar pihak polis memberikan jaminan keselamatan kepada mahasiswa.

"Malaysia bukan negara gengster dan mafia. Semoga pihak PDRM dapat bantu memberi hak aman dan selamat kepada mahasiswa G13 di Pekan," katanya.

Sebelum ini, mahasiswa dua siswa dan dua siswi dari kumpulan GM13 diserang dengan parang oleh samseng di Felda Chini 4.

Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat ‘Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan’ dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan.

Terdahulu, seorang aktivis GM13, Ekhsan Bukhari diserang di Kampung Datuk Keramat dalam Dun Pulau Manis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan