Jumaat, 22 Februari 2013

KEBENARAN AKAN TERSELAH JUA....INGAT...ALLAH LAH MENGUASAI SEGALA2NYA...KITA TIDAK MAMPU MELAWAN KUDRAT SERTA TAKDIR ALLAH SWT....SEDARLAH KITA NI MAKHLUK BILA2 ALLAH BOLEH MATIKAN

Follow · Tuesday

... Maha Suci Allah.. DI TEMUKANNYA INJIL ASLI DI TURKI ...

Bismillahir-Rah maanir-Rahim ... Belum lama ini, pemerintah Turki mengumumkan tentang penemuan Kitab Injil Asli Barnabas, salah satu murid pertama Yesus (Isa Almasih).
Hal yang tentu saja mengejutkan banyak pihak, termasuk kubu Vatikan itu sendiri.Sebagaimana diberitakan oleh DailyMail, basijpress dan NationalTurk, bahwa Injil Barnabas asli tersebut ditemukan pada tahun 2000 lalu di Turki, namun ditutupi oleh pemerintah Turki selama lebih dari 12 tahun, dan baru sekarang di beberkan ke publik.Lembaran-lembaran kulit hewan itu ditulis dengan huruf Syriac dengan dialek bahasa Aram, bahasa yang sama seperti bahasa yang umum dipakai pada masa Yesus Isa Almasih.

Pemerintah Turki menyakini bahwa kitab kulit hewan tersebut adalah Injil Barnabas orisinal.Hal yang menarik dari Kitab Injil Barnabas Asli asal Turki tersebut menyatakan bahwa YESUS TIDAK PERNAH DI SALIB, dan terdapatnya ayat-ayat yang menyatakan bahwa Islam adalah agama yang benar serta pengakuan tentang kehadiran Nabi Akhir Jaman, Muhammmad SAW.

Pengakuan itu terdapat pada bab 41 dari Kitab Barnabas yang ditemukan di Turki tersebut. Berikut ini terjemahannya :"Allah telah menyembunyikan diriNya sebagai Malaikat Agung Michael berlari mereka (Adam dan Hawa) dari surga, (dan) ketika Adam berbalik, ia melihat bahwa di atas pintu gerbang ke surga tertulis "La Ela ELA Allah, Mohamad Rasul Allah"Kitab yang masih menjadi perdebatan tersebut disebutkan kini disimpan di Justice Palace, Ankara, Turki dengan pengawalan ketat polisi bersenjata lengkap dan keamanan maksimum.

Pihak Iran lewat Basij Press menyatakan bahwa apa yang tertulis di kitab Barnabas asli tersebut adalah bukti tentang kebenaran Islam, yang walau begitu ditanggapi oleh sinis dari berbagai pihak.

Bahkan pihak Kristen lewat berbagai jamaatnya menyatakan bahwa Kitab Barnabas tersebut diragukan keotentikannya.
Namun walau begitu pihak Vatikan lebih arif dengan menyatakan telah mengajukan permohonan resmi ke pemerintah Turki untuk membaca dan menganalisa keaslian kitab kontroversial itu.

Para agamawan menyatakan bahwa jika Alkitab Barnabas tersebut terbukti asli, maka akan mengakibatkan rusaknya kredibilitas Gereja, dan akan menimbulkan revolusi agama Nasrani besar-besaran di seluruh Dunia.Tentu saja penemuan ini cukup menarik, sama menariknya dengan penemuan dan fakta sejarah bahwa Benua Amerika pertama kali di temukan oleh para pelaut tangguh Islam ^_^

Wallahu a'lam bish-shawab ...
Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah ....

Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ...

Salam Terkasih ..
Dari Sahabat Untuk Sahabat ...

... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...

~ o ~

Semoga bermanfaat dan Penuh Kebarokahan dari Allah ...
Silahkan DICOPAS atau DI SHARE jika menurut sahabat note 
 
 

Konsep kebebasan pada kaca mata Islam

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, 22 Feb 2013
Antara dasar penting Negara Islam, ialah memberi hak kebebasan kepada rakyat sesuai dengan fitrah manusia kerana ia merupakan keperluan hidup manusia. Semua makhluk di dunia ini mempunyai fitrahnya yang tersendiri. Islam menjamin kebebasan manusia kerana dalam Islam tiada sebarang paksaan walaupun dalam soal agama. Tidak ada paksaan ke atas manusia untuk menganut Islam walaupun telah jelas agama yang lain daripada Islam adalah agama yang tidak benar. Islam memberikan kebebasan berfikir tanpa mengganggu kepentingan orang lain, memberi kebebasan bekerja untuk keperluan manusia.

Islam melihat manusia itu dengan adil dari segi kemanusiaan dan asal-usul mereka secara menyeluruh. Iaitu daripada keturunan Adam tanpa mengira keturunan menurut kasta yang direka-reka atau warna kulit dan bangsa.

Mereka diberi hak yang sama sebagai rakyat dalam negara Islam untuk mendapat keadilan melalui kebebasan walaupun mereka tidak menganut agama Islam. Orang yang bukan Islam turut dipelihara hak peribadiriya, harta bendanya dan maruahnya dalam perkara yang tidak menjejaskan kepentingan umat Islam dan penganutnya.

Kebebasan menganut agama Islam adalah satu-satunya agama dan cara hidup yang benar. Allah menyebut perkara ini dalam al-Quran seperti firman-Nya dalam ayat 19 surah Ali Imran yang berbunyi:

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya."

Tegas Allah lagi dalam surah yang sama ayat 85 yang berbunyi:

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi."


Islam yang sebenar adalah suatu keyakinan di dalam hati dan perkara ini tidak berlaku dengan paksaan, kerana paksaan hanyalah akan membanyakkan golongan munafik. Sebuah pemerintahan Islam tidak memaksa rakyatnya yang bukan Islam supaya menganut Islam.

Mereka dibenarkan untuk memilih agama mereka dan beramal dengan adat resam mereka. Mereka juga dibenarkan mengamalkan peraturan-peraturan yang berhubung dengan kekeluargaan seperti nikah kahwin, makan-minum dan Iain-lain selagi tidak mengganggu kepentingan umum.

Sejarah telah membuktikan bahawa orang yang bukan Islam bebas beragama ketika Islam memerintah dan berkuasa pada zaman kegemilangannya. Peperangan berlaku pada awal penaklukan kerana Islam ditentang hebat dengan kekerasan bersenjata dan kebebasan dakwahnya diganggu-gugat oleh pihak musuh.

Selepas musuh berjaya dikalahkan, negeri-negeri yang bukan Islam dibebaskan daripada kerajaan yang zalim sebelumnya. Rakyatnya yang ada di dalam negara tidak dipaksa menganut Islam, harta benda mereka tidak dirampas, gereja-gereja tidak dirobohkan, cara hidup mereka tidak diganggu, bahkan mereka dilayan dengan adil, lebih baik daripada pemerintah yang sebangsa dengan mereka.

Tidak ada sebarang paksaan walaupun pada masa itu kekuatan bala tentera boleh digunakan untuk kekerasan dan paksaan. Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah SAW dan Para Sahabat yang memerintah pada masa itu sentiasa berpesan dalam perkara ini. Perkara ini tidak berlaku apabila orang bukan Islam menguasai mana-mana negeri di dunia ini. Hakikat ini disedari oleh orang yang mengkaji sejarahnya dengan jujur, penuh kesedaran, beretika dan berdisiplin.

Kebebasan Nasihat

Islam meletakkan nasihat sebagai perkara penting dan menjadi kewajipan semua orang dalam negara Islam. Nasihat mempunyai kaitan yang erat dengan ajaran Islam sehingga Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), "Agama itu nasihat, para sahabat bertanya, untuk siapa? Rasulullah SAW menjawab: Bagi Allah, bagi Rasul-Nya, bagi kitab-Nya, bagi pemimpin-pemimpin orang Islam dan orang ramai dalam kalangan mereka."

Setiap khalifah Islam dalam kalangan khalifah-khalifah ar-Rasyidin yang dilantik sentiasa memberi nasihat dan menerima nasihat. Kebiasaan nasihat menasihati sering dilaksanakan sehingga tiap-tiap orang khalifah menyebut perkara itu dalam ucapan sulung mereka apabila memegang teraju pemerintahan Islam.

Abu Bakar As Siddiq pernah menegaskan dalam ucapan sulungnya, "Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dipilih menjadi ketua kamu, pada hal aku bukanlah orang yang paling baik dalam kalangan kamu, oleh itu sekiranya aku betul, maka tolonglah aku, dan sekiranya aku terpesong, maka perbetulkanlah aku."

Sementara Umar bin al-Khattab pula pernah menegaskan, "Apabila kamu nampak aku melakukan penyelewengan, maka perbetulkanlah aku."

Mereka tidak memarahi orang yang menegur dan memberi nasihat, malah mereka bersedia untuk mendengar nasihat walaupun daripada seorang rakyat biasa yang dhaif. Mereka tidak sombong diri apabila nasihat itu tidak menepati kebenaran, sebaliknya mereka mengemukakan cara Islam yang menjadi amalan kepada orang lain.

Kebebasan nasihat ini boleh menjalinkan hubungan yang erat antara rakyat dengan pemimpin yang menjadi salah satu daripada punca kekuatan negara.

Hanya mereka yang zalim tidak membenarkan nasihat, tidak bersedia menerima nasihat dan melakukan tekanan kepada orang yang memberi nasihat. Apabila kebebasan menyuarakan nasihat dan pandangan yang baik dibelenggu, negara akan dilanda oleh kelemahan-kelemahan yang banyak.

Pemimpinnya boleh bertindak sewenang-wenangnya pada hal perkara ini bercanggah dengan ajaran Islam. Islam tidak pernah membenarkan pemimpinnya berlagak menjadi tuan kerana mereka sebenarnya adalah hamba yang dibebankan kepadanya amanah Allah untuk menegakkan keadilan Allah kepada seluruh negara.

Kaedah-Kaedah Kebebasan

Terdapat beberapa kaedah kebebasan yang dapat diamalkan di dalam negara Islam. Antara kaedah-kaedah itu ialah:

Kebebasan dalam negara Islam itu menjadi sebahagian daripada ajaran Islam. la dibina atas dasar kewajipan mematuhi perintah agama, bukannya mengikut kemahuan hati.

Pemerintah Islam mesti sentiasa memberi perhatian kepada rakyat dalam setiap tindakan. Rakyat pula mestilah mentaati pemimpin secara mutlak selagi ia taat kepada ajaran Islam.

Kebebasan itu hendaklah seiring dengan ajaran Islam dan bukannya mengikut kemahuan. Ia mestilah dalam batas-batas sempadan ajaran Islam sama ada dari segi halal dan haram atau dari segi membawa kebaikan dan menolak keburukan. Semua ini perlu supaya kebebasan itu tidak menjadi hanyut atau disalahgunakan.

Negara hendaklah memberi galakan supaya peluang kebebasan itu direbut oleh semua pihak. Bermakna bukan dirasai oleh pihak pemimpin tetapi juga oleh pihak rakyat, upaya perkara-perkara yang membina dan membawa kebaikan dapat berkembang dan sentiasa tumbuh dengan baik dari semasa ke semasa.

Kepimpinan negara hendaklah bersifat sabar dalam menghadapi karenah rakyat yang pelbagai. Kemungkinan ada orang yang tidak beradab dan memberi pandangan dengan cara yang tidak bersopan dan kadang-kadang memberi pandangan yang tidak betul.

Kebebasan pula tidak boleh disalahgunakan sehingga menimbulkan perpecahan, tindas menindas dan tipu menipu dalam masyarakat. Islam mewajibkan ketaatan kepada pemerintah dan bersabardi atas kezaliman selagi tidak melakukan kufur yang nyata, dan mudarat yang lebih besar.

http://blog.tarbawi.my
 
 Kursus Keselamatan Dan Kawalan Pengiring Kenamaan
Posted on Friday, February 22 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Abu Bakar Abdul Rahman
Pilihanraya umum ke 13 semakin hampir . Tarikh pembubaran secara automatik bagi  Dewan Undangan Negeri  (DUN)  paling hampir ialah negeri Johor iaitu pada 21 Mac 2013 sementara pembubaran secara automatik  Parlimen Malaysia  pula adalah pada 28 April 2013.  Sudah begitu banyak tanda-tanda akhir,  tarikh yang ditunggu oleh bukan sahaja warga Malaysia malah pemerhati politik antarabangsa, semakin menghampiri kita.

Ramai pemerhati beranggapan bahawa  Pilihanraya Umum kali 13 ini adalah dianggap paling sengit dan getir malah tidak kurang juga meramalkan “paling kotor” dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Ini diperjelaskan lagi dengan berbagai insiden  ganas yang berlaku secara berleluasa dan  sebahagiannya dibawah pemerhatian pihak berkuasa . Dibawah ini disenaraikan  sekadar beberapa contoh  peristiwa ala ‘samseng’ yang telah mewarnai politik negara  mutakhir ini:-

i.  Peristiwa keganasan petugas sebuah  parti  politik yang menyerang dan memukul  anggota UNIT AMAL PAS  pada 10 dan 11 Oktober 2011 di Pilihanraya Kecil , Bagan Pinang , Negeri Sembilan. 
ii. Provokasi  melampau yang dilakukan oleh penyokong fanatik parti tertentu dalam insiden siri 'Jelajah Merdeka Rakyat' di Kampung Baru Rim   Jasin, Melaka pada 8 September 2013  sehingga  memaksa salah seorang dari Pengawal Peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan pistol yang dibawanya . 
iii. 6 November  2012. Di Felda Lawin Selatan . Bagaimana majlis anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan telah dihalang secara tidak beradab  oleh petugas parti tertentu.
iv. Situasi  tidak bertamadun ala samseng  oleh  pihak tertentu ketika  menganggu Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat  pada  4 Disember 2012 di Dataran Shaharuddin, Batu 8 1/2, Gombak Utara.  Selangor. 
v. 23 Disember  2012. Peristiwa di Felda Bukit Rokan Barat dan Utara, dan di Tampin, yang melibatkan berlaku provokasi paling teruk dari segerombolan lelaki terhadap anggota konvoi parti PAS . Mereka ini yang awal-awal sudah menunggu dengan bangga mengibarkan bendera  dacing sambil memegang kayu, besi dan batu besar.
vi. 5 Februari 2013. Pengerusi ANAK yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Saudara Mazlan Aliman telah dihalau secara kasar oleh  lebih kurang 100 orang petugas ala “samseng” di  Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor .

Dengan mengambil kira ,Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai budaya politik samseng yang ditanamkan oleh pemimpin-pemimpin kepada penyokong-penyokong mereka berlaku disebabkan ketidakfahaman mereka di dalam mematuhi amalan sistem demokrasi.


Latihan Comando Rest

Beliau juga menjelaskan bahawa politik kebencian yang ada ketika ini telah mewujudkan satu generasi yang tidak bertamadun dan pemimpin-pemimpin seharusnya mengawal penyokong-penyokong mereka.Dalam keadaan demokrasi, sepatutnya sesuatu pemilihan kerajaan tidak akan wujud perkara-perkara yang boleh menimbulkan masalah keselamatan.
Menyedari bahawa tugas untuk memastikan aspek keselamatan sentiasa dititik-beratkan apatah lagi sewaktu berlangsungnya pilihanraya nanti, maka Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP)  telah menganjurkan Kursus Keselamatan dan Kawalan Pengiring Kenamaan siri 2 /2013 pada 16 dan 17 Februari  2013.

Kursus yang berlangsung selama dua hari satu malam di Kuang Selangor ini, bertujuan mendedahkan  aspek – aspek keselamatan yang perlu ada pada setiap  petugas pemuda PAS.  Selain dari itu peserta seramai hampir 50 orang ini juga didedahkan dengan latihan fizikal di darat dan keselamatan di dalam air. Kursus kali ke dua dalam tahun ini dijalankan ekoran permintaan dan sambutan yang amat menggalakan setelah berjaya dianjurkan pertengahan bulan Januari lalu.


Pratikal dalam kursus
Peserta kursus juga didedahkan tentang aspek protokol yang menjadi isu penting yang perlu diketahui oleh seseorang petugas keselamatan termasuk cara berpakaian, penggunaan bahasa yang sesuai ketika berurusan dengan kenamaan serta menjaga prinsip pengawal peribadi iaitu amanah dan menjaga kerahsiaan parti.

Selain dari itu peserta juga telah didedahkan dengan aspek formasi dan bentuk kawalan, situasi cemas dan tindakan, merempuh halangan, jenis ancaman, pergerakan naik turun kenderaan (fender), pertolongan cemas, ketahanan fizikal dan mental serta pemantapan kerohanian . Latihan secara teori dan amali ini berjaya meningkatkan tahap kefahaman dan keyakinan petugas keselamatan  dari kalangan pemuda PAS untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak dijangkakan. 

Walaupun latihan yang diberikan kepada peserta adalah sedikit sulit dan mencabar, meliputi aspek kekuatan fizikal dan pengetahuan undang-undang tetapi semua peserta kursus mampu mengikuti dengan jayanya. Antara yang diberi penekanan adalah kaedah untuk melengahkan masa penyerang untuk menyelamatkan orang kenamaaan sebelum dibawa keluar ke zon selamat, satu perkara kritikal yang perlu diketahui oleh setiap petugas keselamatan. 

Dengan merujuk kepada UCAPAN DASAR MUKTAMAR PAS 2012  dibawah bab ARAHAN KEPADA AHLI DAN PIMPINAN PAS. Tuan Guru Dato Seri Presiden telah mengingatkan :-

“Saya mengarahkan kepada semua pihak dalam parti, supaya berada di tahap bersiap-siaga yang paling tinggi untuk menghadapi Pilihanraya umum ke-13 – di mana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan BN yang terus menerus  melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan,  akan terus memporak-perandakan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita.” 

Oleh sebab itu penganjuran kursus sebegini akan diperluaskan lagi penyertaannya dengan diperturunkan pula ke peringkat Dewan Pemuda PAS kawasan – kawasan  dan cawangan- cawangan di seluruh  Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat. 

Harapan saya, moga usaha sekecil ini ni akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan RAKYAT . Kepada seluruh rakyat MALAYSIA, anda adalah warganegara   bijak yang pastinya cintakan keamanan. Tolaklah golongan , kumpulan atau parti yang masih menyuburkan budaya samseng dan  keganasan.  Pilihlah kumpulan, parti atau golongan  yang akan membawa kita kepada keadilan dan keamanan serta bencikan kemungkaran . Insya-allah, saya yakin pilihan seluruh  RAKYAT MALAYSIA nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS dan PAKATAN RAKYAT di persada politik tanah air.
 
Sekian, wassalam.
 


SAUDARA ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN 
Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
Bertarikh : 21  Feb 2013/ 10 Rabiul Akhir 1434
 
 UiTM Rembau, dulu MB, kini Menteri Pengajian Tinggi pula berjanji
Posted on Friday, February 22 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Pada tahun 2008 Menteri Besar Negeri Sembilan pada ketika itu, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengumumkan pembinaan Kampus UiTM Rembau, selepas 5 tahun berlalu, kini tahun 2013, Menteri Pengajian Tinggi pula yang mengumumkannya.

****************

Kampus UiTM Rembau dijangka siap pd 2016 akan menampung 3k siswa dr Fakulti Perniagaan, Masscom & Pengurusan Maklumat

Sumber dari Facebook Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di facebook.com/MohamedKhaledNordin

KOSMO 31 Jan 2008

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

kosmo.com.my

Khaled: Six IPTS Begin Undergoing Sustainability Review
Thursday, 21 February 2013 21:08

PUTRAJAYA: Six private institutions of higher learning (IPTS) are undergoing a sustainability review on private universities to monitor their administration as well as programs and services offered.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said six other private universities are awaiting their turn to be inspected.

Earlier, Mohamed Khaled witnessed a development concession agreement for the Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau campus in Negeri Sembilan between UiTM and Konsesi Kota Permatamas Sdn Bhd, a contract valued at RM230 million.

He said the 32.37-hectare campus situated about 14 kilometers from Rembau will house the Faculty of Communication and Media Studies, Faculty of Business Management and the Faculty of Information Studies.

"Construction of the campus is expected to begin next September and completed in September 2016, to accommodate 3,000 students in the faculties and about 1,500 students for the hostel facilities," he added.

- Bernama

malaysiandigest.com"
 
 Isi Surat Deepak Kepada Tun Mahathir
Posted on Friday, February 22 @ 05:58:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Deepak

Tun, Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu “Abaikan Deepak”, dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya.

Tun, Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya. Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun.

Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai ”orang pakistan” namun kami sama sama ”anak malaysia” yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis ”Surat Sejarah 17 Jun 1969” yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.

Tun,
Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja.

Saya juga diminta oleh pihak SPRM untuk membantu siasatan bagi jualan sebuah bangunan di KLCC kepada syarikat perbankan Islam antarabangsa, di mana kami telah mengemukakan bukti bayaran melalui slip, kenyataan video dan testimonial bertulis di mana saya telah bertindak sebagai saluran bagi DS Najib dan DS Rosmah, dan wang telah diserahkan ke tangan mereka dalam berbagai bentuk dan suasana dalam tempoh dua (2) tahun, Pengarah Kanan SPRM yang mengetuai penyiasatan itu ialah Datuk Jamidan, yang juga terlibat dalam kes Sime Darby.

Mengapa setelah begitu banyak bukti yang dikemukakan secara terang-terangan dan mengikut saluran, sehingga kini masih tiada siasatan yang dibuat terhadap DS Rosmah, DS Najib atau Datuk Nazim?

Adakah keadaan ini melibatkan “dakwaan untuk individu terpilih” atau siasatan di peringkat yang berbeza untuk orang yang berlainan taraf? Macam mana lagi Tun hendak saya buat untuk mendapatkan keadilan? Kini mari kita berbicara tentang pengalaman saya di mahkamah pula.

Tun,
Saya telah membeli 200 ekar bidang tanah daripada Raja Ropiah pada tahun 2007, kini beliau adalah Ketua Wanita Umno Selangor dan Ketua Wanita BN. Kami telah membayarnya secara tunai sebanyak RM13,000,000.00 dan bond tanah (Waranti Bank) sebanyak RM72,500,000.00 telah dikeluarkan bagi tujuan bayaran.

Selepas menerima wang tersebut, Raja Ropiah secara sengaja telah melewatkan pengeluaran geran tanah buat kami dengan cara mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyerahkan geran itu dan sebaliknya telah membuat janji dengan CBT untuk menjual tanah tersebut kepada syarikat lain dengan harga yang lebih tinggi dan juga telah mengumpul sejumlah wang tunai hampir kepada RM90,000,000.00 dan Waranti Bank daripada mereka.

Ini juga terjadi ketika bon tanah kami masih sah digunakan dan meminta sejumlah RM13,000,000.00 daripada kami dalam bentuk tunai. Kami juga telah membayar secara tertutup di mahkamah terbuka sebanyak RM8,000,000.00 kepada keluarga DS Najib. Saya telah membuat laporan polis dan sehingga kini masih tiada tindakan terhadap Raja Ropiah dan keluarga D. Najib.

Sebaliknya saya perlu melalui pengalaman memeritkan dan menerima notis disita daripada Bank yang bergelar “16 D”, yang tidak lain tidak bukan daripada firma guaman milik adik DS Najib, Datuk Johari Razak, Shearn Delamore, tepat 24 jam selepas sidang media memaklumkan rasuah dan tindakan tidak bermoral pasangan ini. Tun, jika tidak keberatan, harap dapat maklum pada saya, bank manakah yang membuat sitaan tanpa melalui peringkat undang-undang yang betul?

Sitaan mereka berjumlah RM30,000,000.00 dan secara kebetulan Boustead Holding tiba-tiba muncul hendak membeli syarikat kami yang memiliki tanah sejumlah 200 ekar di atas kertas ini, di atas nama Asta Canggih Sdn Bhd dengan jumlah jualan RM30,000,000.00!! Sangat ajaib bukan??

Yang lebih menariknya, syarikat Boustead juga telah membayar pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian pembelian, dengan syarat kami menarik-balik kes dari mahkamah serta-merta, memandangkan tarikh untuk kes dibaca dalam mahkamah terbuka adalah dalam minggu yang sama.

Sekarang Tun, tolong nasihatkan saya, apakah yang akan Tun sendiri lakukan dalam situasi begini? Apa yang menarik sekali, Raja Ropiah turut dibayar sebanyak RM29,000,000.00 sebagai ’hukuman’ dia untuk CBT.

Tun,
Kami telah menjual sebuah bangunan kepada sebuah badan bank Islam antarabangsa pada tahun 2008 dan mereka gagal untuk membayar kepada kami pada tahun 2010 apabila pemegang saham yang baru menyertai mereka. Kini kami telah memenangi kes ini di mahkamah melalui pengadilan pada 7 November 2012 dan Mahkamah mendapati
Bank Islam Antarabangsa:
a) Menggunakan tindakan yang melanggar undang-undang untuk membuat konspirasi terhadap kami secara sengaja.
b) Melanggar perjanjian Surat Pengambilalihan yang dikeluarkan terhadap kami.
c) Terlibat dalam pengeluaran dan pelepasan surat salah laku untuk memusnahkan kami dan perniagaan kami.

Bank tersebut juga telah didedahkan di mahkamah terbuka bahawa:
i) Telah menipu apabila bertindak sebagai pendeposit dengan membeli asset menggunakan syarikat bersama di mana mereka mengakui mempunyai hak milik sebanyak 19% padahal sebenarnya ia adalah milik mereka 100%, melalui Deklarasi Pengakuan Amanah, di mana mereka kemudiannya dipaksa mengaku di mahkamah terbuka dengan kemunculan DeklarasiPengakuan Amanah tersebut.
ii) Telah menipu berbagai organisasi seperti Bank Negara Malaysia, SC, FIC dan juga ROC dengan menggunakan nama-nama pemegang saham Malaysia untuk mengelak deklarasi pemilikan asing dalam mendapatkan kelulusan.
iii) Menipu Bank Negara Malaysia, dengan menunjukkan pinjaman melebihi modal berbayar pada ketika yang sama sebagai pinjaman pihak ketiga Syarikat di mana pada sebenarnya ia adalah pinjaman untuk anaksyarikatnya sendiri.

Tun,
Kami telah menulis kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan yang dirasakan patut buat Bank Islam Antarabangsa ini mengikut undang-undang perbankan:
a) Tukar CEO serta-merta.
b) Hadkan atau menahan lessen bank untuk mengelak bank daripada menerima pendeposit.
c) Pihak Bank perlu membuat pengumuman mengenai konspirasi ini dan memberitahu kepada pendeposit dan pemegang sahamnya di Malaysia dan Timur Tengah di mana ia adalah sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Saham dan ditadbir oleh Badan Amanah.

Tun,
Saya telah banyak kali menulis surat buat Tan Sri Zeti dan Ahli Lembaga Bank Negara Malaysia sehingga kini tetapi masih belum dibalas, mengapa? Kerana bank Negara maklum bahawa DS Rosmah dan D Nazim terlibat dalam penjualan bangunan itu? Mengapa? Kerana surat dan kenyataan video kami kepada SPRM pada tahun 2011 telah membuktikan bahawa kedua mereka terlibat di dalam transkrip termasuk bukti-bukti bayaran yang telah dibuat?

Oleh itu Tun, mempunyai institusi keadilan yang suci seperti Mahkamah di Malaysia ini tidak mencukupi jika institusi Bank Negara Malaysia turut mendendangkan irama DS Rosmah dan tidak lagi lagu ‘I did it my way’.

Izinkan saya bertanya kepada Tun, adakah Tun mahu melihat Barisan Nasional dan Malaysia ini dirosakkan oleh pasangan rasuah yang tidak bermaruah ini? Saya inginkan pandangan Tun, apakah yang saya dapat jika saya ke mahkamah dan memenangi kes ini?

Kesemua institusi di Negara ini adalah di bawah kawalan pasangan Bonnie & Clyde ini. Ke mana kami pergi selepas ini? Ke Mahkamah Antarabangsa? Media? Atau pembangkang? Harap Tun dapat nasihatkan saya dengan kebijaksaan yang Tun miliki itu kerana saya sendiri sudah jijik dengan apa yang berlaku di Malaysia sejak 11 tahun yang lagi di dalam kerajaan ini.

Saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan media Tun yang meminta agar saya tidak dipedulikan. Bagaimana untuk tidak mempedulikan saya jika sebenarnya saya kini sedang mempertahankan maruah dan integriti Negara? Mungkin Tun telah mendengar di pihak yang salah jika mereka mengatakan saya bekerja dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Tun, saya adalah seorang negarawan, saya tidak akan menjatuhkan maruah Negara saya, TIDAK.

Tun,
Tun sendiri pernah berkata, Najib sangat lemah, di mana ia merupakan satu realiti. Kaum Cina tahu rasuah ini tidak akan berakhir dan kaum Melayu juga tahu, hanya mereka yang kaya sahaja akan lebih kaya, manakala yang lain akan sentiasa bergantung kepada biasiswa, KR1M, BR1M dab DR1M, di mana kami semua menjadi seperti pengemis atau hamba, dan menyebabkan jumlah hutang kita mencecah kepada RM1 trillion pada 2014.

Semua orang tahu Najib bertindak seperti Perdana Menteri Santa Claus memberi wang tunai kepada setiap orang dan merasuah satu Negara!! Semua orang juga tahu bahawa PM yang sebenar ialah Rosmah dan Najib hanyalah seorang PM Santa Claus yang gembira dengan tugasnya.

Apa yang saya risaukan bukan sahaja Negara ini akan mogok ketika atau selepas pilihanraya tetapi juga pihak tentera yang akan bertindak mengawal semua keributan akibat daripada pilihanraya yang kotor. Dengan mengambil risiko sendiri, saya meminta Tun M mencadangkan kepada Najib agar beliau meletakkan jawatan dan membiarkan timbalannya mengambil alih BN mengetuai pilihan raya akan datang di mana perlu berlaku dalam tempoh 60 hari akan datang.

Tun,
Saya harap surat ini diterima Tun dengan penuh ikhlas tidak kira bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh.

Ikhlas,
DEEPAK J TEKWANI 
 
 
PI Bala pulang semula menetap di M'sia Ahad ini
 
Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang menjadi masyhur kerana membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan kembali semula menetap di Malaysia Ahad ini.

NONEDalam berkomunikasi melalui emel dengan Malaysiakini,
Balasubramaniam berkata, beliau juga mahu menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ianya rasmi. Saya akan kembali semula ke tanahair pada hari Ahad, mudah-mudahan berkekalan.

"Terdapat keperluan untuk berubah dan saya berharap Pakatan akan memerintah. Saya berharap untuk menjelajah ke seluruh membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ini," katanya.

Ini juga disahkan oleh peguamnya, Americk Singh Sidhu, yang berkata orang ramai akan hadir menyambut Balasubramaniam apabila dia tiba pada hari Ahad.

Americk berkata beliau juga akan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut Balasubramaniam, dengan mengambil kira kemungkinan bekas penyiasat persendirian itu menghadapi masalah dengan Jabatan imigresen.

'Saya tidak melakukan apa-apa yang salah'


Balasubramaniam, yang selama ini tinggal di India, telah beberapa kali pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.

Semasa berada di tanahair pada bulan Ogos lalu, beliau mengadakan temubual dengan Malaysiakini di mana beliau mendakwa, antara lain, terdapat tawaran untuk merasuahnya untuk memburuk-burukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya sama ada beliau merasa takut berada di khalayak ramai apabila dia kembali di Malaysia nanti, Balasubramaniam menjawab tidak.

"Mengapa mereka harus tangkap saya? Apa salah saya? Saya bersama Malaysiakini bila balik dulu dan dapat kembali semula (ke India). Mereka tidak halang saya.

"Tarikh ketibaan saya telah disahkan dan saya tidak menjangka berdepan dengan apa-apa masalah," katanya.
MP mohon mahkamah perintah SPR jelas pemilih hilang
 
Ahli parlimen Klang memfailkan permohonan semakan kehakiman agar mahkamah memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjawab pertanyaannya berkenaan daftar pemilih kawasan beliau.

Menurut Charles Santiago, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi untuk menuntut SPR menjelaskan 'kehilangan' 3,457 pemilih dan perpindahan keluar 2,195 pemilih daripada parlimen P110 Klang.

NONEMenurutnya, 3,457 nama pemilih dikeluarkan terus daripada daftar pemilih untuk penggal keempat dan 2,195 nama pemilih ditukar tempat pengundiannya tanpa pengetahuan mereka.

NONEPerkara itu dakwanya dikesan selepas pilihan raya umum 2008.

Beliau turut memohon penjelasan SPR berhubung kewujudan 61 orang terdiri daripada seorang Cina, 13 orang India dan 47 orang Melayu dalam satu rumah beralamat 994, Jalan Papan, Pandamaran.

Menurutnya, nama itu tidak terdapat dalam senarai pemilih tambahan yang diwartakan pada suku ketiga 2012 tetapi dikesan dalam senarai pemilih bagi suku keempat 2012.

Menurutnya, beliau telah menulis surat bertarikh 21 Disember 2012 dan dihantar secara serahan tangan kepada SPR pada 24 Disember bagi menuntut penjelasan.

Namun katanya, SPR masih belum membalas surat itu walau pun dua bulan telah berlalu daripada tarikh ia dihantar.

Tambahnya, SPR hanya menelefon beliau dan memaklumkan mereka tidak dapat meneliti pertanyaannya kerana juruteknik yang menjaga pengkalan data SPR kini menghadiri pendengaran RCI Sabah.

"Kita kini hanya tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum pilihan raya umum diadakan dan ini tidak adil buat mereka yang tidak dapat mengundi kelak," katanya.

Awal Januari lalu, Charles dilaporkan memohon SPR menjelaskan perbezaan seramai 6,245 orang pemilih bagi statistik rasmi pemilih sehingga penggal ketiga 2011 yang berbeza di antara jumlah rasmi dan pecahan mengikut kaum.
Pencerobohan Lahad Datu, apa kata penduduk
 
Sejurus selepas berita mengenai pencerobohan orang asing yang bersenjata di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17 tersebar, suasana di bandar Lahad Datu bertukar menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa.

Menurut sumber dari penduduk Lahad Datu, ekoran daripada kejadian itu, banyak trak-trak tentera kelihatan bergerak ke arah Jalan Silabukan menuju ke lokasi kejadian.

NONEDi samping itu, tentera bersenjata turut dilihat berjalan kaki membuat rondaan bandar. Rondaan helikopter polis juga dilihat dibuat berterusan. Pemeriksaan polis turut dilakukan di beberapa kawasan bandar terutamanya Jalan Silabukan.

Manakala sekolah-sekolah di sepanjang jalan tersebut yang meliputi Bakapit, Tungku, Felda dan lain-lain turut ditutup. Askar tambahan juga telah ditempatkan di Felda.

Berdasarkan maklum balas yang diterima dari penduduk sekitar bandar Lahad Datu menunjukkan reaksi yang berbeza. Ada yang merasa suasana tegang dan ada juga yang tidak terasa sedemikian.

Prichard Jimmy menggambarkan, walaupun kehadiran ramai tentera membuat rondaan, tetapi keadaan adalah seperti biasa dengan banyak kedai masih dibuka.

NONE"Keadaan di sini masih seperti biasa. Masih banyak kedai dibuka. Tapi ada juga yang tutup. Penduduk tidak berapa panik sebab mereka tahu pemeriksaan jalan raya oleh pihak berkuasa sedang dijalankan dengan ketat.

"Banyak helikopter yang terbang ulang-alik ke Tungku. Tapi saya takut jalan malam sebab takut diculik," katanya.

Menurutnya lagi, ramai yang mengelak untuk pergi ke Jalan Silabukan melainkan mereka yang tinggal di kawasan sepanjang jalan tersebut.

Seorang lagi penduduk, Nihal Singh mengesahkan apa yang dikatakan oleh Prichard mengenai banyak kedai yang ditutup.

Selain itu, ramai penduduk khususnya kaum Cina juga telah meninggalkan bandar Lahad Datu, kata Nihal lagi.

NONE"Ramai orang Cina dari Semenanjung sudah keluar dari bandar ini. Mungkin ada yang pergi ke bandar lain dan mungkin ada juga yang balik ke Semenanjung.

"Selain ini, ada juga yang enggan menghantar anak-anak mereka ke tadika, termasuk saya," katanya.

Sementara itu, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti pula berkata, dia ada terserempak dengan tujuh trak askar yang diiringi oleh dua penunggang motorsikal.

Trak-trak itu kelihatan kosong, akui Siti cemas yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Semporna.

Manakala bagi Anthony Teo pula, dia juga ada terserempak dengan banyak kenderaan tentera yang dilihat bergerak ke arah kawasan Felda Sahabat dan juga merasakan keadaan yang tegang.

Berlainan pula dengan keadaannya di sekitar kawasan Felda Sahabat.

Walaupun urusan harian berjalan seperti biasa, tetapi keadaan menjadi sunyi semenjak kejadian tersebut.

azlanSeorang pekerja sebuah institusi kewangan di sana mengatakan, situasinya adalah menakutkan dan beliau keberatan untuk turun kerja dengan keadaan tersebut.

Malah, beliau risau kerana lokasi kejadian hanya kira-kira 16km dari tempat beliau bekerja.

Kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan tidak menggambarkan perkara sebenar, katanya yang enggan namanya disiarkan.

Seorang lagi penduduk kampung yang tinggal di sepanjang Jalan Silabukan pula berkata, sudah banyak trak tentera lalu di kawasan mereka.

"Helikopter juga tidak henti-henti membuat rondaan manakala jalanraya menjadi lengang. Suasana sini tegang dan menakutkan," katanya yang juga enggan namanya disiarkan.

Antara khabar angin yang tersebar di kalangan segelintir penduduk Lahad Datu adalah, orang-orang asing yang menceroboh tersebut adalah askar-askar veteran Abu Sayaff yang telah berusia.
Anwar ramal peralihan kuasa lancar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipenjara kerana dakwaan salahguna kuasa dan liwat, meramalkan peralihan kuasa yang lancar apabila Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun dalam pilihan raya umum yang dijangka beberapa minggu lagi.

NONE"Pihak polis telah berubah dalam beberapa bulan kebelakangan ini,"
kata Anwar.
"Hampir tidak ada sebarang gangguan daripada pihak polis dalam semua program kami. Ia adalah satu perubahan yang tulen."

Anwar berkata, pilihan raya sudah hampir dan akan dimenangi dalam medan pertembungan di luar bandar Sabah dan Sarawak.

Perbezaan ideologi dalam Pakatan tidak akan menjejaskan kejayaan gabungan itu, katanya dalam satu temubual selama sejam di ibupejabat PKR di Petaling Jaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti membubarkan Parlimen pada 28 April dan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Kemenangan pembangkang, selepas kerajaan BN menang tipis lima tahun lalu, akan mengakhir pemerintahan BN selama lebih lima dekad di Malaysia.

Indeks KLCI Bursa Malaysia telah jatuh 4.8 peratus sejak mencapai rekod pada 7 Januari ekoran kebimbangan BN mungkin tergelincir terus di peti undi, menjadikannya satu-satunya penanda aras indeks saham Asia yang merosot tahun ini.

Anwar, yang berkata hukukman penjara terhadapnya  bermotif politik, menganggap pembebasannya daripada tuduhan liwat pada 2012 sebagai satu petunjuk bahawa badan kehakiman akan menerima keputusan pilihan raya umum nanti, walaupun ia dimenangi pembangkang.

Beliau juga berkata pihak polis tidak menghalang perhimpunan pembangkang di Kuala Lumpur bulan lepas dan membantu untuk "memudahkan" perjalanannya.
PRU13: Tee Keat tiada dalam senarai calon MCA
 
MCA tidak mencalonkan bekas presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat  untuk bertanding di kerusi Parlimen Pandan, walaupun beliau dianggap berpeluang mempertahankan kerusi tersebut.
NONESebaliknya, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memberitahu
pemberita malam tadi bahawa MCA Bahagian Pandan telah mencalonkan muka baru Gary Lim (kiri), seorang peguam berusia 39 tahun.

Menurutnya, jawatankuasa pusat parti itu bergantung kepada pandangan bahagian dalam pemilihan calon, walaupun kata putusnya adalah di tangan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Beliau tidak disokong oleh bahagian (MCA Pandan). Mungkin kerana beliau tidak bekerja dengan baik dengan (mereka). Mungkin mereka merasakan bahawa selepas sekian lama, perlu ada pertukaran.

azlan"Ini pun yang anda cakap. Malaysiakini kata PM harus membariskan
muka-muka baru. Itulah apa yang pembangkang kata, tetapi pembangkang mencalonkan mereka yang berusia 81, 71 (dan 73)," kata Chua, merujuk kepada beberapa pemimpin tertinggi pembangkang.

Chua berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA Bahagian Pandanmalam tadi.

Ong tidak kelihatan di majlis tersebut.

'Calon mampu menang'

Ditanya sama ada peluang MCA akan terjejas sekiranya Ong bertanding sebagai calon bebas, Chua menjawab ia akan menguntungkan BN kerana undi pembangkang akan berpecah.

Katanya, 'calon mampu menang' adalah seseorang yang mendapat sokongan MCA, parti-parti komponen BN serta NGO.

Ong telah meiwakili Pandan selama lima penggal dan  adalah antara 15 ahli Parlimen MCA yang terselamat dalam tsunami politik pada tahun 2008 yang menyaksikan wakil rakyat MCA di Parlimen hanya tinggal separuh.

Beliau juga merupakan calon NONEMCA tunggal yang memenangi kerusi Parlimen di Selangor.

Ong (kanan) dilihat sebagai salah seorang pemimpin BN yang lebih berwibawa, dan diingati kerana memulakan siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang dan dijangka mampu mengekalkan kerusi tersebut.

Selepas pilihan raya umum 2008, beliau dipilih sebagai presiden MCA, tetapi tewas kepada Chua 16 bulan kemudiannya ekoran persengketaan sengit dalam parti itu.

Sejak itu, Ong beroperasi kebanyakannya di luar rangka kerja MCA dan BN. Lamanwebnya juga tidak memaparkan logo MCA mahupun BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan