Rabu, 13 Februari 2013

JIKA LEPAS DAKWAAN DIDUNIA...DAKWAAN AKHIRAT TAK LEPAS

Video Psy tidak mahu gaul yee-sang bersama Najib

Harakahdaily, 13 Feb 2013

(Gambar dari blog Anak Sungai Derhaka.)

KUALA LUMPUR: Selain dimalukan oleh ribuan rakyat Pulau Pinang yang menolak BN secara terang-terang apabila memberikan jawapan 'NO' kepada soalan Najib yang berbunyi 'Are U ready for BN', Perdana Menteri juga telah dimalukan oleh bintang Korea, Psy.

Psy enggan naik ke pentas untuk bersama-sama Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah bersama beberapa pemimpin BN untuk upacara tradisi menggaul 'yee-sang' dalam konsert sempena sambutan Tahun Baru Cina itu.

Video yang telah dimuatnaik di laman Youtube itu turut dipetik beberapa blogger.

Komen beberapa blogger menyebut bahawa Psy telah menerima jemputan Barisan Nasional tetapi dalam masa yang sama beliau mengelak daripada dijadikan alat politik Umno BN.

Lihat video di sini.

‘Tidak’ untuk BN musnah jutaan ringgit buat Najib

Harakahdaily, 12 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Apa yang akan selamanya dikenang tentang Tahun Baru Cina Najib di Pulau Pinang adalah video satu minit yang sudah tersebar luas lebih hangat berbanding Psy dan Gangnam Style – ketika Najib bertanya kepada hadirin di Sekolah Han Chiang sama ada mereka bersedia untuk Psy dan bersedia untuk BN.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata sebenarnya gema tiga kali “Ya” untuk soalan Najib sama ada orang ramai telah bersedia untuk Psy diikuti dengan gema yang sama kuat dan spontan tiga kali “Tidak” ketika Najib bertanya sama ada mereka bersedia untuk BN telah memusnahkan keyakinan tinggi untuk menang besar dalam PRU13 yang dibina Najib.

Katanya, kejadian itu lebih memusnahkan peluang pilihan raya Umno BN dalam PRU13 berbanding Bersih 2.0, Bersih 3.0 atau Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 – lebih-lebih lagi apa ia adalah kemusnahan yang ditimpakan ke atas diri.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menambah, kejadian itu telah mencalarkan gambaran indah yang dicipta pemimpin dan propagandis Umno BN akan menang besar dalam PRU13, bukan sahaja dengan majoriti dua pertiga parlimen malah untuk memenangi semula negeri-negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat termasuklah Pulau Pinang.

Menurutnya, melihat kembali kelak, apabila sejarah PRU13 dicatat, kemunculan Psy dan Gangnam Style dengan tiga “Ya” untuk Psy dan tiga “Tidak” untuk BN, akan meninggalkan kesan di dalam sejarah politik Malaysia menandakan bermulanya pengakhiran buat Najib dan penguasaan penuh Umno di dalam politik Malaysia.

Walaupun Najib dan Umno BN telah mengalami tamparan dalam pusingan akhir ke PRU13, pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat hendaklah tidak terlebih yakin dan menganggap perlawanan ke Putrajaya sudah pun dimenangi.

“Saya sentiasa berpandangan bahawa hasil PRU13 sukar ditentukan siapa pemenangnya walaupun Umno BN mempunyai kelebihan juga kerana penyalahgunaan kuasa,” ujarnya.

Katanya, PR masih boleh memenangi PRU13 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan memandangkan tempoh kempen pilihan raya adalah kunci penting dan terakhir menentukan siapa akan menjadi pemenang.
Siswa dakwa diugut dengan parang pula di Pekan
 
Sekumpulan anggota Gerakan Mahasiwa PRU-13 hari ini mendakwa diugut oleh sekumpulan individu bersenjatakan parang dalam satu kejadian ketika mereka mengedarkan risalah di satu rancangan Felda di kawasan parlimen Pekan.
Mereka adalah antara 50 mahasiswa yang berkumpul di kawasan parlimen tersebut sejak 11 Februari lalu. Mereka berpecah dalam kumpulan kecil untuk mengedar surat tersebut di kawasan berkenaan.
NONESeorang siswa terlibat, Safwan Shamsudin ketika dihubungi Malaysiakini berkata kumpulan lima individu bermotosikal itu mengepung dan mengacukan senjata tajam tersebut ke arah mereka.
Kumpulan tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat serta mengarahkannya dan tiga lagi rakannya supaya keluar dari tempat kejadian, itu, kata Safwan.

"Bila nampak parang, kami pun beritahu (kepada pemuda bermotosikal), kami akan beredar. Salah seorang mereka merampas risalah (surat) yang kami bawa.
"Kita tidak melawan. Kita bimbang keselamatan siswi. Kita ambil pendekatan yang rasional. Kalau melawan, nampak radikal.
"Kami beredar balik ke rumah penunjuk arah yang terletak kira-kira 500 meter daripada tempat insiden berlaku," katanya.

Menurut Safwan, dia bersama kumpulan siswa berkenaan, termasuk dua orang siswi, sedang mengedarkan risalah bertajuk 'Surat Mahasiswa untuk Warga Pekan' ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11 pagi di kawasan sebuah rumah di Felda Chini 4 itu.

Beliau seterusnya melaporkan kejadian tersebut di balai polis Chini kira-kira 50 minit kemudian, kata siswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu lagi.

Tiga rakan mereka semalam turut berdepan tindakan kekerasan oleh sekumpulan individu dalam satu kejadian berasingan ketika mengedarkan risalah tersebut di Kampung Dato' Keramat, Mukim Ganchong, juga di Pekan.

NONEKumpulan siswa berkenaan mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu.

Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan surat berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Surat tersebut yang diperolehi Malaysiakini, antara lain menyatakan mereka nekad untuk menjadikan pilihan raya umum itu sebagai "masa untuk BN bermuhasabah atas segala pelakuan semasa menjadi kerajaan Malaysia" serta mendesak rakyat membuat perubahan dengan memilih parti selain BN memimpin kerajaan baru.

"Tidak ada salah kita mencuba kerajaan baru, kita berhak untuk mengundi BN, kita juga berhak untuk mengundi selain BN.
"Jika kepimpinan baru nanti gagal memenuhi kehendak rakyat, maka kita berhak untuk kembali memenangkan BN sebagai kerajaan Malaysia," surat itu dipetik.

Safwan berkata sebelum insiden itu berlaku, seorang pemuda menaiki kereta putih mengambil gambar dan menyuruh mereka beredar dari situ sebelum "apa-apa berlaku".

"Kami ingat ia hanya ugutan biasa sahaja. Jadi kami teruskan. Kami tidak syak apa-apa," katanya sambil menambah tindakan pemuda itu berlaku sewaktu mereka mula mengedar surat tersebut.
'Menteri' dipersalah, punca Psy tak gaul yee sang
 
Seorang 'menteri' telah dipersalahkan kerana menyebabkan suasana yang memalukan apabila artis sensasi Korea Selatan, Psy, tidak naik untuk bersama dengan orang kenamaan di atas pentas menggaul yee sang sebelum membuat persembahan di Pulau Pinang Isnin lalu.

NONEKetua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong (kiri) - yang menjadi pengerusi penganjuran rumah Tahun Baru Cina BN itu - berkata menteri berkenaan memberitahu pengacara untuk menjemput Psy turut sama menggaul yee sang.
Oleh kerana menteri berkenaan tidak memaklumkannya kepada jawatankuasa penganjur lebih awal, dan oleh itu tidak dapat memberi taklimat kepada penyanyi tersebut - Oh berkata beliau dapat memahami kejanggalan Psy apabila pengumuman mengenainya dibuat.

Oh memberitahu Malaysiakini bahawa syarikat pengurus acara itu mesti mengikuti norma-norm, dan sebagai bintang mega, Psy juga mempunyai "standard yang kita mesti ikut".

NONE"Itu adalah satu cadangan 'ad-hoc' yang menyebabkan kita jadi malu. Saya kemudian bertanya pengacara mengapa dia menjemput Psy naik ke pentas, dan dia menjawab dia berbuat demikian atas arahan seorang menteri."

Walaupun Oh enggan menamakan menteri berkenaan, terdapat tiga orang menteri di atas pentas - Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Ahli Majlis Tertingi Umno, Tan Sri Mohamed Yakcop dan Naib Presiden MCA, Datuk Ng Yen Yen.

Akhbar China Press hari ini memetik sumber yang mendakwa bahawa
"seorang pegawai kanan wanita" bertanggungjawab terhadap pengumuman tersebut.

Dalam segmen acara berkenaan, meja dibawa naik ke atas pentas dan pinggan yee sang diletakkan di atasnya.

NONEPemimpin BN tertunggu-tunggu ketika mereka bertepuk tangan dan
melihat sekeliling, selepas pengumuman pengacara, tetapi akhirnya meneruskan menggaul hidangan tradisional tanpa Psy.

Selepas menunggu Psy selama lima minit, para pemimpin - termasuk Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi - meninggalkan pentas.

Ini dirakamkan dalam video, yang telah dimuatnaik ke YouTube dan menjadi bahan jenaka warga internet.
Isu tebang hutan: MB Kedah mahu pusat bayar RM100 juta

13 Februari 2013
Azizan Abdul Razak
Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri itu tidak dilakukan.
  
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pampasan itu sebenarnya pernah dijanjikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak pernah ditunaikan hingga kini.
  
"Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta... hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
  
Bagaimanapun, beliau berkata perjanjian oleh Dr Mahathir itu hanya dibuat secara lisan manakala Menteri Besar Kedah sebelum ini tidak pernah menuntut janji berkenaan.
  
Dalam perkembangan lain, Azizan sekali lagi menegaskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah tidak akan dibubar selagi Perdana Menteri tidak membubarkan Dewan Rakyat.
  
"Saya takkan bubar, saya ada strategi. Saya tunggu isyarat pusat, tak boleh sesuka hati bubar," katanya dan menurutnya manifesto pilihan raya umum kerajaan negeri sudah siap.
  
Sementara itu, Azizan memberitahu tempoh lantikan Exco sedia ada akan berakhir 28 Februari ini dan upacara angkat sumpah dijangka diadakan pada 24 Februari ini, mengikut kelapangan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah. - Bernama
Deepak hantar surat pada AG hari ini mohon imuniti
 
Saudagar permaidani Deepak Jaikishan memohon imuniti daripada sebarang dakwaan undang-undang sebagai galang ganti untuk mendedahkan "lebih banyak maklumat berkaitan salah guna kuasa dan rasuah perdana menteri".

Permohonan itu dibuat Deepak dalam satu surat rasmi yang diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di Putrajaya sekitar jam 12 tengahari tadi.

Dalam surat tersebut, Deepak menyatakan kesediaannya untuk menyalurkan maklumat lanjut berkenaan salah guna kuasa pemimpin tinggi negara itu kepada mana-mana pihak berkuasa .

"Saya bersedia bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasa untuk memberikan maklumat lanjut mengenai penglibatan perdana menteri di dalam penyalahgunaan kuasa yang melibatkan keluarga beliau dengan syarat saya diberikan perlindungan daripada sebarang dakwaan jenayah dan diberikan 'certificate of immunity'," kata Deepak dalam surat itu.
Bercakap kepada Malaysiakini, Deepak berkata surat itu diterima seorang wakil kepada  Tan Sri Mohd Gani Patail yang hanya dikenali sebagai Haji Nasaruddin.

Menurutnya, beliau memberikan masa sehingga 11 Mac depan - yang merupakan tarikh hari jadinya - untuk Peguam Negara memberi maklum balas kepada permohonan beliau itu.

Beliau turut ditemani Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sewaktu menyerahkan surat itu.

Deepak sebelum ini mendakwa menjadi orang tengah dalam akuan bersumpah kedua penyiasat P Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya.

Beliau turut membuat beberapa lagi dakwaan salahlaku terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Najib telah menafikan semua dakwaan Deepak dan menyifatkannya sebagai tiada asas dan tidak boleh dipercayai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan