Rabu, 13 Februari 2013

BILA ALLAH TAKDIRKAN SENTIASA BERNASIB MALANG...TIBA MASA ALLAH MENGHUKUM DARI KEJAHATAN2 KITA

Perbahasan Dengan Fathul Bari: Memilih Antara DAP dan UMNO
Posted on Wednesday, February 13 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh YB Khalid Samad

Isu ini adalah isu terakhir yang ditimbulkan Fathul Bari yang akan saya jawab. Sembilan isu telah beliau kemukakan dan kesemuanya saya telah hurai dengan panjang lebar. Saya tahu beliau akan tetap di atas pendiriannya kerana paksi kepada segala hujjahnya ialah bersandarkan bahawa beliau mesti bersama dengan pemerintah walau sejahat mana sekalipun pemerintah tersebut.


Namun dalam mempertahankan pemerintah, beliau sanggup memutar-belitkan fakta dan ini amat sangat mendukacitakan.

Di antara fakta yang diputar-belit ialah kedudukan DAP dan bagaimana PAS lebih rela bersama DAP berbanding dengan UMNO. Kenyataan ini dikeluarkan dengan tujuan memperlekehkan pendirian PAS untuk menyertai PR sedangkan hakikatnya tiada pilihan yang sebegitu perlu dilakukan.

Ini adalah kerana pilihan sebenar adalah di antara PAS atau UMNO bagi ummat Islam dan DAP atau MCA/MIC/Gerakan bagi yang bukan Islam. PAS ingin menggantikan UMNO sebagai peneraju politik Melayu dan Islam. PKR juga mempunyai cita-cita yang sama walaupun mereka adalah parti berbilang kaum. PAS berkerjasama dengan DAP kerana PAS memerlukan rakan untuk mendapat sokongan bukan Islam sepertimana juga UMNO apabila bersama MCA/MIC/Gerakan. Bagi pandangan PAS, DAP adalah parti yang lebih mulia berbanding MCA/MIC/Gerakan kerana DAP mempunyai prinsip perjuangan yang berpaksikan konsep keadilan sosial. MCA/MIC/Gerakan telah sebati dengan kronisma dan rasuah sepertimana rakan kongsi mereka iaitu UMNO.

Dalam usaha menggantikan UMNO, adalah pelik sekiranya PAS berganding pula dengan UMNO! Hakikatnya, dari perspektif PAS, UMNO adalah penghalang kepada kebangkitan ummat kerana mereka menawarkan kepada orang Islam kaedah politik yang selain dari Islam. Pada masa yang sama mereka menghalang kemaraan PAS dalam usaha memperbetulkan minda Muslim dengan menutup segala saluran dakwah yang mampu ditutup mereka.

Bagi UMNO kefahaman yang jelas berhubung politik Islam adalah ancaman kepada politik perkauman UMNO. Oleh itu mereka berusaha sedaya upaya untuk menghalang peningkatan kefahaman ummat Islam. Dan inilah sebabnya UMNO adalah musuh Islam yang sebenar. Oleh itu tidak masuk akal untuk PAS berkerjasama dengan UMNO.

Ini adalah kerana PAS ingin kefahaman terhadap politik Islam ditingkatkan sambil UMNO mahu ianya semakin disekat! Adakah mungkin berganding bersama? Satu ingin tambah dan satu lagi ingin kurang!

DAP sebaliknya bukan merupakan saingan terhadap PAS. Ini adalah kerana PAS dan DAP tidak merebut ‘market’ yang sama. DAP inginkan yang bukan Islam berpegang kepada corak politik berprinsip, walaupun bukan prinsip Islam, namun ada banyak persamaan dengan Islam. Persoalan keadilan sosial, keadilan, ketelusan, kecekapan semuanya adalah prinsip yang selari dengan ajaran Islam. Berbanding MCA/MIC/Gerakan mereka merupakan rakan yang lebih mulia.

Maka jelas PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai rakan kerana ingin menggantikan UMNO. Pada masa yang sama, adalah amat lojik bagi PAS untuk berkerjasama dengan DAP kerana perlukan rakan bukan Islam untuk menghadapi hakikat masyarakat majmuk. Fathul dalam menyentuh persoalan ini hanya menyentuhnya dari sudut emosi perkauman dan ‘keislaman’ yang songsang. Iaitu DAP bukan Islam sambil UMNO Islam. Persoalannya, adakah kita sebagai ummat Islam wajar berkerjasama dengan orang Islam yang ingin mengongkong kefahaman Islam itu sendiri?

Sudah pasti tidak! Maka biarlah PAS bersaing dengan UMNO demi membebaskan ummat Islam dan agama Islam itu sendiri dari terus dikongkong UMNO!

Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

Sumber: khalidsamad.com


  BN/UMNO Memang Sejak Azali Gagal Tadbir Air!
Posted on Wednesday, February 13 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Ulama pewaris Nabi



Kegagalan dan kebodohan UMNO sejak dulu lagi menghadapi dan mentadbir pengurusan air memang fel atau gagal.Lihatlah bagaimana bekal air ke Singapura dan beli semula dengan harga berganda.



Ditambah pula perjanjian hingga seratus tahun? Kini di Selangor dengan syarikat yang dinamakan PUAS masih tak puas dan bila kantoi dan rugi ditukar pula kepada SYABAS tapi akhirnya lebih kantoi.

Pengurusan air di Pahang bukan makin elok sejak dari UMNO hingga UMNO sekarang masalah air terus melanda Bera, Temerloh dan Teriang.Itupun masih berlagak hebat dengan ada hati nak bekalkan air ke negeri Selangor.

Sumber: pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com


 14 Feb: Gerakan Hari Menutup Aurat Sedunia
Posted on Wednesday, February 13 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia ingin menarik perhatian umum berkenaan pelancaran kempen Gerakan Menutup Aurat (Gemar) yang kini telah masuk tahun kedua.

“Gemar merupakan satu usaha kreatif untuk memberi pendedahan dan kefahaman masyarakat berkenaan isu-isu eksploitasi wanita dan lelaki melalui kempen penutupan aurat yang sempurna,” ujar Setiausaha Gemar Malaysia, Hikmah Sahimi dalam satu kenyataan.

Katanya, eksploitasi tubuh sebagai sebuah komoditi komersial jarang disedari oleh masyarakat kerana eksploitasi itu dijelmakan dalam bentuk fesyen atau ‘trend’ tanpa masyarakat sedar tubuh mereka sebenarnya telah dieksploitasi demi keperluan meterialistik.

Tambahnya, terdapat juga tanggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam, tidak kurang juga yang mengatakan penetapan menutup aurat ke atas wanita Muslim adalah bentuk penindasan kaum lelaki ke atas wanita.

Sebagai contoh, ujarnya isu yang pernah ditimbulkan oleh salah satu pertubuhan wanita di Malaysia yang mengatakan bahawa wanita mempunyai hak dan kebebasan untuk menentukan cara mereka berpakaian.

“Dalam hal ini, kami berpandangan bahawa dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik mutlak individu.

“Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain,” tegasnya.

Katanya, komuniti yang berpakaian sopan adalah hak yang perlu dinikmati masyarakat, sementara persoalan-persoalan lain berkenaan aurat telah juga Gemar sediakan jawapannya di laman ‘facebook’ Gemar Malaysia’.

Justeru, katanya  diharapkan ia dapat menjadi rujukan umum bagi mereka yang memerlukannya.

Tambahnya, tarikh 14 Februari pula dipilih sempena sambutan hari kekasih dan ia diharapkan dapat menjadi satu sambutan alternatif kepada keghairahan sambutan tersebut.

Jelasnya, Gemar Malaysia turut menegaskan, sambutan Hari Kekasih oleh warga muslim pada hari ini, tidak lebih dari sekadar eksploitasi komersial untuk melariskan produk-produk cinta, mengambil kesempatan diatas kejalihan dan pendek akal masyarakat.

Katanya, kempen Gemar telah dimulakan di peringkat nasional dan antarabangsa sejak pertengahan Januari.

Kata beliau, di peringkat nasional dan Pulau Pinang khususnya, satu garis panduan mudah telah dipromosiakan di laman ‘facebook’ Gemar Malaysia.

“Melalui garis panduan ini, sesiapa sahaja yang mempunyai kesedaran tentang kempen aurat ini boleh memulakan usaha dakwah mereka di komuniti masing-masing dengan mudah dan secara rasmi, mereka adalah sebahagian daripada 1,500 penyokong Gemar setakat ini,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, katanya hal ini menyatakan bahawa anda tidak berseorangan dalam memperjuangkan isu kewajipan menutup aurat.

Beliau berkata, kempen Gemar Malaysia telah disambut oleh komuniti-komuniti di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Di peringkat antarabangsa, kempen ini dijalankan secara aktif oleh rakan NGO-NGO Indonesia di samping sokongan oleh komuniti muslim Nusantara di Mesir, Perancis dan Hong Kong,” jelasnya lagi.

Katanya, acara kemuncak kempen itu akan diadakan di Pulau Pinang pada 14 Februari iaitu aktiviti turun lapangan untuk temu seru komuniti di sekitar Bayan Baru dan Kepala Batas dan Karnival Gemar di Masjid At-Taqwa, Bertam Indah pada 17 Feb yang akan menampilkan selebriti bertudung Diana Amir sebagai tetamu.

Selain itu, ujarnya penyokong-penyokong Gemar Malaysia di komuniti yang lain juga, merancang aktiviti mereka tersendiri.

Sumber


  Borong akhbar Harakah, bimbang pekong terdedah?
Posted on Wednesday, February 13 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Insiden memborong akhbar Harakah oleh pihak tertentu dikesan di sekitar Pekan Parit Betak, Benut dekat sini, menjadi tanda tanya penduduk.

Menurut sumber, akhbar terbitan Isnin yang dijual didapati laris sekelip mata dipercayai telah dibeli akibat bimbang kepada satu pendedahan yang berkait rapat dengan penyandang Parlimen ini Datuk Ahmad Maslan.

Difahamkan, ada satu isu besar melibatkan Felda dibongkar termasuklah pendedahan berhubung janji yang ditabur di kawasannya.

Dalam laporannya menyebut, Majlis Pecah Tanah sudah pun dilakukan tahun lepas dan peruntukan pun khabarnya sudah ada, persoalannya kenapa sampai sekarang surau yang dijanjikan masih belum dibina sehingga hari ini.

Apakah Majlis Pecah Tanah yang disempurnakan Datuk Ahmad Maslan, di Taman Seri Api-api dekat sini, pada Ogos tahun lepas, hanya gimik politik semata-mata memandangkan ketika itu bahang Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 sedang begitu hangat diperkatakab seolah-olah PRU akan diadakan pada tahun tersebut.

Justeru beliau mengambil kesempatan ini untuk mengambil hati penduduk dengan menjanjikan pembinaan surau baru untuk kegunaan tetapi apabila jangkaan beliau meleset maka projek tersebut tidak diteruskan sehingga hari ini, dakwa Penydlia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Dr Ungku turut dilaporkan berkata, pihaknya mengingatkan penduduk taman tersebut supaya tidak termakan dengan janji manis pemimpin UMNO yang berkemungkinan akan datang semula untuk menabur janji yang sama menjelang PRU nanti.

Sumber: ibn75.wordpress.com


 Artis KL Gangster hadir ke-kuliah Timbalan Mursyidul Am PAS
Posted on Wednesday, February 13 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Orang Ni

10 Feb 2013: Kuliah Perdana Bukit Gantang -- Alhamdullilah, dalam ribuan hadirin di surau Ma'arof Taman Simpang Bukit Gantang rupa-rupanya terdapat seorang artis yang popular ditanahair ini berada sama dalam majlis ilmu tersebut.

Majlis ilmu tersebut ialah Kuliah Perdana dengan tajuk "Menjawap: Persoalan isu Pengunaan Kalimah Allah" yang berlangsung disurau ini di sampai oleh YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din iaitu Timbalan Mursyidul Am PAS.

Artis yang dimaksudkan ialah Adam Corrie Lee Abdullah, 43 tahun,seorang pelakon dan koreografer tarian yang sudah terkenal didalam industri perfileman dan TV Realiti diMalaysia. Beliau juga salah seorang pelakon dalam filem popular tanahair "KL Gangster".

Menurut Adam Corrie,beliau datang bersama isteri-nya serta ahli keluarga yang sememangnya tinggal di Kemunting Taiping.

Syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa, semakin ramai artis-artis tanahair mendampingi majlis ilmu yang disampaikan oleh pimpinan PAS dan bersama dengan jemaah yang memperjuangkan Islam ditanahair ini.


YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din ,Timbalan Mursyidul Am PAS penyampaikan kuliah


Melimpah: Hingga diluar perkarangan surau hadirin datang mendengar kuliah


Kelihatan Adam Corrie sedang berdoa bersama hadirin yang lain diluar surau Ma'arof Taman Simpang Bukit Gantang


Adam Corrie sempat bergambar dengan YDP PAS Taiping Ust Fakharuddin

Kepada Sdr. Adam Corrie- Admin Orangni mengucapkan syabas dan tahniah diatas sokongan yang diberikan kepada perjuangan Islam...Takbir..!!!

Sumber:



  PRU13: BN Johor fokus 5 kerusi panas
Posted on Wednesday, February 13 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mengenal pasti lima kerusi ‘panas’ yang akan diberi tumpuan khusus bagi mencapai sasaran kemenangan 100 peratus di 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dun Johor.

Ketua Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan mengesahkan lima kerusi Parlimen iaitu Kluang, Segamat, Gelang Patah, Kulai dan Bakri, yang satu-satunya kerusi Parlimen milik pembangkang, akan diberi tumpuan utama pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Semua sedia maklum tentang kerusi tumpuan yang kita perlu perkukuhkan, perkemas dan mantapkan, ia tidak bermakna kerusi kita kalah tetapi kita mahu kerusi di situ perlu diberi penekanan dalam semua segi bagi mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) 100 peratus kemenangan.

“Ini tidak bermakna 21 kerusi lain kita akan berasa selesa dan goyang kaki, kita telah diarahkan untuk mantapkan jentera di semua peringkat,” katanya selepas mesyuarat tertutup Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perhubungan BN dan Umno Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), di sini, semalam.

Najib yang mempengerusikan mesyuarat itu hadir tepat jam 10 pagi untuk bersama parti komponen negeri selama hampir 4 jam.

Turut kelihatan perwakilan di lima kawasan yang disenaraikan ‘panas’ dipanggil secara bergilir-gilir bagi membentangkan situasi politik di kawasan masing-masing.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno berkata, lima kawasan tersebut dipilih atas pelbagai sebab khususnya menawan Parlimen Bakri milik DAP selepas kekalahan pada PRU12.

“Bila kita hendak menang kita tidak mahu ada kawasan Parlimen yang kalah di kerusi Dun, antara sebab lain diberi fokus kerana komposisi pengundi, selepas pembentangan itu kita yakin BN akan mengekalkan kerusi sedia ada dan merampas kembali satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dun.

“Namun ditegaskan dalam perjumpaan ini Presiden (Najib) nyatakan amanat dan siapsiagaan jentera PRU, tidak ditimbulkan mengenai kerusi dan calon,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Negeri, Datuk Abdul Ghani yakin BN Johor telah bersiap sedia dan turut melahirkan keyakinan Johor tetap akan menjadi kubu kuat BN dalam PRU13.

“Ada beberapa kawasan yang perlu BN Johor berikan tumpuan untuk kita dapatkan sokongan pengundi bagi pastikan kita tempa kemenangan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perjumpaan bersama Perdana Menteri itu.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, yang juga Naib Presiden Umno, dan pemimpin parti komponen MIC dan MCA.

sumber"


 PANAS! Dah Malu, Tuduh Pakatan Rakyat 'Sabotaj' Majlis Sendiri??
Posted on Wednesday, February 13 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Jalan Pulang

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mengesyaki majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina anjuran parti itu, yang turut dihadiri perdana menteri pada hari Ahad lalu kononnya disabotaj pihak tertentu.

Teng dalam laporan akhbar Sinar Harian itu berkata demikian dengan merujuk kepada tindakan kumpulan tersebut, dalam majlis berkenaan, yang melaungkan "Tidak" apabila ditanya Najib Altantuya sama ada sedia untuk memilih BN.

"Saya percaya mereka dihantar untuk sabotaj rumah terbuka yang kita anjurkan ini dan kita dapati ada beberapa pengunjung yang hadir turut memakai baji seperti yang disarankan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Dalam ucapannya itu, Najib Altantuya antara lainnya bertanya para pengunjung sama ada mereka bersedia untuk menyaksikan persembahan rap Korea Selatan, Oppa Gangnam Style nyanyian Psy.

Najib Altantuya mengulangi soalan itu sebanyak empat kali dan para hadirin berkenaan menyahut "Ya" dengan bersemangat.

Sebahagian daripada mereka bagaimanapun menunjukkan reaksi berbeza apabila ditanya sama ada bersedia untuk "BN".

Kumpulan orang ramai di kawasan belakang padang tersebut menyahut "Tidak" dan tertawa.

Mereka juga ketawa apabila Najib Altantuya menyebut nama kolej Han Chiang dengan nama "Han Niang", ketika perdana menteri mengumumkan untuk menaik taraf kolej tersebut kepada sebuah kolej universiti.

DAP seterusnya cuba memalukan BN sekali lagi dalam satu majlis rumah terbuka anjurannya dengan menyoal tetamu yang hadir sama ada mereka akan menyokong parti yang membentuk kerajaan persekutuan itu.

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dalam ucapannya semalam bertanya demikian dengan merujuk kepada soalan sama yang diajukan perdana menteri itu.

Ditanya sekiranya mereka sedia untuk menyokong BN, hadirin dianggarkan seramai 5,000 orang di Times Square Pulau Pinang itu melaungkan jawapan "Tidak".

Ditanya lagi sama ada mereka bersedia untuk DAP dan Pakatan, kumpulan berkenaan menjawab "Ya".






Sumber: jalanpulang1978.blogspot.com


 Awie si tauke pub nak benteras maksiat!!
Posted on Wednesday, February 13 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: laniismaa

"Bernama melaporkan bagaimana Timbalan Presiden Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Azhar Othman atau Awie ingin membantu pihak berkuasa membenteras gejala sosial terutamanya di Pulau Pinang.

Awie nak benteras lumba haram, judi haram dan maksiat seperti dilaporkan Bernama.

Paling seronok bagi Awie apabila nak wujudkan radio internet untuk didik masyarakat yang mempunyai nilai murni dan sayang kepada bangsa, agama dan negara.

Jelik dan pelik juga apabila kita membaca berita tersebut, bagaimana si tauke pub Malai Rock Station ingin benteras maksiat. Si tauke yang meradang sebelum ini apabila masyarakat yang mempertikaikan sumber rezekinya daripada pub bercerita tentang nilai murni dalam agama.

Untuk pengetahuan Awie membuka Malai Rock Station Bistro di Ipoh, Perak.

Pertanyaan kita, adakah Malai Rock Station hanya menyediakan ‘sky juice’ dan tidak menyediakan kencing syaitan seperti pub-pub yang lain. Adakah pub itu disantuni wanita-wanita berpakaian sopan.

Bagaimana pula penyedia kencing syaitan bercerita tentang nilai murni Islam. Inilah akhlaknya pencinta UMno yang nak bercakap tentang Islam. Ada yang menggelarnya di FB, Ustaz Fathul Bawie…

Lihat antara gambar di bawah daripada FB Malai Rock Station yang nak benteras maksiat!! LAGI

MalaiRockStation2"


 Video Seks: Tiada Asas Undang-undang
Posted on Wednesday, February 13 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Perakite Daily

IPOH - Lima Adun DAP melalui peguam mereka akan mengeluarkan permohonan membatalkan kes serta menuntut bayaran kos mahkamah selepas mereka menerima salinan writ saman malu yang difailkan Speaker Dun Perak, Datuk R Ganesan di Mahkamah Tinggi, di sini, kelmarin.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, setakat ini, semua Adun belum menerima salinan writ saman malu itu dan mereka masih menunggu untuk tindakan selanjutnya.

“Sejurus selepas menerima salinan writ saman malu itu, kami akan mengkaji tuntutan yang dibuat.

“Pada masa sama, kami akan memfailkan permohonan pembatalan kes memandangkan kenyataan beliau (Ganesan) seolah-olah tiada asas undang-undang,” katanya pada sidang media di Wisma DAP Perak.

Hadir sama, Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Buntong, A Sivasubramaniam dan Adun Sungkai, A Sivanesan.

Sementara itu, Sivakumar tidak menolak kemungkinan Ganesan bertindak demikian memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin hampir.

“Tindakan beliau (Ganesan) memfailkan kes itu mungkin dengan harapan supaya mana-mana pihak tidak boleh buka mulut mengenai perkara berkenaan kerana ia akan dianggap ‘sub judice’ jika berbuat demikian,” ujarnya.

Katanya, mereka bertindak membuat laporan polis kerana tidak mahu nama baik institusi speaker dicemari tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami sudah berunding dengan peguam dan akan mempertahankan tindakan sebelum ini,” katanya.

Kelmarin, Ganesan memfailkan writ saman malu berjumlah RM25 juta kepada lima pemimpin tertinggi DAP Negeri berhubung pendedahan rakaman video cakera padat (DVD) seks yang dikatakan mengandungi aksi beliau bersama seorang wanita di
Mahkamah Tinggi, di sini.

Writ saman difailkan peguamnya, menamakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, Kor Ming, Sivakumar, Sivasubramaniam dan Adun Menglembu, Lim Pek Har sebagai defendan.

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan