Posted on Saturday, February 23 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: Ruqayya Rahman
KUALA LUMPUR 22 FEB: Ahli Perniagaaan, Deepak Jaikishan hari ini memfailkan saman fitnah ke atas Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Deepak berkata, Najib mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada 17 Januari lalu.
Beliau turut memetik laporan Malaysiakini.com bertajuk ‘PM Dismisses Deepak’s Allegation as Not True’ yang disiarkan portal itu pada hari yang sama.
Deepak berkata, kenyataan itu adalah respon terhadap dakwaan beliau yang mengaitkan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap pembuatan akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramanim.
Antara lain, kenyataan fitnah tersebut berbunyi “It’s not true. He is not a credible person” (Perkara itu tidak benar, Dia (Deepak) tidak boleh dipercayai).
Dalam pernyataan tuntutannya, Deepak selaku plaintif berkata, kenyataan Najib membawa maksud beliau mempunyai reputasi tidak baik, seorang penipu dan tidak boleh dipercayai, rendah moral dan tidak layak mengadakan hubungan profesional.
“Kenyataan Najib sebagai Perdana Menteri yang menuduh saya menipu dan tidak boleh dipercayai memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan dan kerjaya saya sebagai seorang ahli perniagaan” katanya.
Justeru beliau yang memfailkan saman menerusi firma guaman M/s Daim & Gamany menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada Najib.
Sebelum ini, Deepak mendedahkan kaitan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Syaribu dan tindakan mempengaruhi P Balasubramaniam menandatangani Akuan Bersumpah kedua.
“Kebenaran tidak boleh diselindungkan, saya mahu beliau mengaku atau nafikan hal ini sebelum kepulangan P.Bala Ahad ini,” tegasnya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
Bercakap kepada Keadilandaily, Deepak turut menuntut Najib menjawab semua tuduhan termasuk penafian beliau mempunyai hubungan intim dengan Altantuya dan seorang lagi individu bernama Flora Ong.
Malah Deepak berkata, Najib turut membiayai kewangan kedua-dua wanita tersebut.
Sementara itu, peguam R.Sivarasa yang mewakili Deepak berkata, saman berkenaan difailkan ekoran tindakan Najib mengeluarkan perkataan fitnah dan berniat jahat.
“Kami hanya tunggu jawapan Najib untuk mengaku atau nafikan penglibatan beliau dalam semua tuduhan ini dan proses seterusnya adalah di Mahkamah,” katanya.
Turut hadir ketika saman itu difailkan adalah peguam Afiq M Noor.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45743
Berbeza mazhab Pakatan dan Barisan
Posted on Saturday, February 23 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Subky Latif
SUATU yang banyak dijaja oleh pemuka-pemuka UMNO betapa muafakat Pakatan Rakyat dikatakan tidak seindah perkongsian politik Barisan Nasional.
Barisan ada lambang dan ada organisasi didaftarkan di pejabat pendaftaran pertubuhan, tetapi Pakatan tiada lambang bersama dan ia wujud tetapi tiada failnya dalam pejabat pendaftaran.
Maka BN dapat berbangga betapa ia lebih sempurna. Maka padanya ialah yang terbaik yang wajar jadi pilihan rakyat.
Dakwaan itu tidak lebih dari pegangan mazhab yang berbeza. Penganut Syafie rata-rata menerima ia lebih praktikal dari mazhab yang lain dan yang lain mengira mazhabnyalah senang dari mazhab Syafie.
Apapun secara ijmak semua mengiktiraf ke empat-empat mazhab Suni yang terbesar itu adalah releven dan masing-masing fikah yang diterima pakai oleh pengikutnya. Kesemuanya bersandar kepada Al-Quran dan Sunnah. Mazhab yang ditegakkan oleh ulama masng-masing inilah yang jadi pemudah memandu umat terutama orang awam untuk beribadat.
Maka Pakatan Rakyat jadi satu mazhab juga bagi orang politik demokrasi di Malaysia untuk jadi pilihan kepada rakyat. Ia jadi pelengkap kepada mazhab BN yang sedia ada yang 50 lebih tua daripadanya.
Selama hari ini Malaysia ada satu mazhab saja. Ia jadi pilihan kepada parti-parti yang terkemudian yang tidak berupaya membentuk mazhab sendiri. Parti-parti yang bersendiri tidak berdaya bersaing dengan mazhab BN dan tidak pula dapat membentuk mazhab sendiri. Masa depannya tidak cerah atau tutup kedai.
Bagi menjamin kewujudannya parti-parti itu masuk mazhab tunggal yang ada dan mereka ditentukan oleh fikah mazhab itu.
Tetapi PAS, PKR dan DAP yang punya kekuatan sendiri tidak dapat menerima mazhab yang ada itu kerana demokrasi tidak menggalakkan wujud satu mazhab saja dalam satu wilayah. Sebagai mana Islam membenarkan wujudnya berbilang mazhab, maka demokrasi tidak mengira sihat politik itu ada satu mazhab saja.
Mazhab politik tunggal adalah menurus kepada pengkebumian demokrasi. Itulah yang terjadi pada pemerintahan Firaun, Hosni Mubarak, Ghadafi dan lain-lain.
Bagi mengelakkan Malaysia diperintah secara Firaun dan Mubarak, maka perlu ada mazhab lain. PAS, DAP dan PKR tidak menyertai mazhab BN kerana tidak akan menyuburkan kehidupan berdemokrasi dan ia melihat BN tidak menjadi padang yang sama rata buat kerabatnya.
Lalu Pakatan menjadi mazhab baru. Sebagai mazhab itu tidak semestinya serupa serba serbi dengan mazhab yang sedia ada. Yang penting ialah demokrasi membekalkan lebih dari mazhab. Ia boleh tidak mengadakan lambang yang satu, ia boleh tidak menjadi parti tunggal, ia tidak menjadi medan bagi parti besar mewajibkan parti kecil tundak kepada kehendaknya.
Pada Pakatan keanggotaannya sama rata dan masing-masing dapat bermain di padang yang sama rata. Walaupun ia tidak ada satu ketua yang besar kepada semua, tetapi ia tahu bagaimana mahu hidup dalam bahtera yang ada beberapa orang nakhoda.
BN memberi kuasa besar kepada pemimpin UMNO. Tiada orang boleh jadi nakhoda selain dari ketua UMNO. Buruk baik, bapak rasuah, penuh dengan skandal, tetapi dia jadi ketua yang ada kuasa veto kepada ketua kerabat yang lain.
Pakatan tidak mensyaratkan PAS atau PKR jadi ketua atau DAP jadi ketua. Semuanya ketua tetapi ketua yang tidak membuat keputusan seandiri, tetapi sama-sama membuat keputusan. Sekalipun ia tiada ketua, ia tahu bagaimana hendak menjadikan salah seorang jadi Perdana Menteri.
BN mensyaratkan ketua UMNO jadi Perdana Menteri. PR tidak begitu. Semua rakyat boleh jadi Perdana Menteri. Habis apa jaminan Perdana Menteri itu Melayu? DAP tahu waqi’ politik di Malaysia. Ia tahu siapa dari semua yang layak boleh jadi Perdana Menteri. Bukan semua yang layak itu boleh dan dapat menjadi Perdana Menteri.
Yang penting Pakatan yang tidak sama dengan BN dalam serba serbi tetapi kelainnya dapat memenuhi ciri mazhab yang dikehendaki oleh politik demokrasi di Malaysia dan boleh menjadi saingan yang lebih releven dari BN. Ia tahu apa yang ia patut buat dan apa yang tidak patut dibuat.
Disebalik Ruang Gelap Hati MSO
Posted on Saturday, February 23 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: attakiri
"Oleh : Panglima Gegak Gempita
Merujuk kepada tajuk "Zawawi Buat Isyarat Syahadat 1Malaysia…?" karya MSO yang disiarkan dalam blognya www.msomelayu.blogspot.com menampakkan sisi gelap yang terpendam lama dalam agenda beliau. Bermula dengan menyatakan tujuan sebenar menayangkan foto adalah hendak jawapan secara direct dari Ustaz Nik Zawawi (UNZ), lalu berakhir dengan natijah Ust perangai macam Ust Nasha. MSO menyebut diakhir tulisannya: "dia ini yang sekali imbas semacam wajah bekas timbalan presiden PAS itu juga mempunyai fiil dan perangai sama dengan orang itu".
MSO
tidak pandai menyimpan tujuan sebenar penulisannya. Sisi putih bertanya
khabar dan sisi hitam tersembul pula kebaculan merendah-rendahkan
seorang figur ulama. MSO menyamakan fiil dan perangai sebagai sisi putih
yang dipenuhi kehitaman merah tinta. Mungkinkah harapannya adalah Ust
Nik Zawawi disingkirkan seperti Ust Nasha? Dahulu, Ust Nasha dianggap
menikam dari belakang dengan membuat perbincangan dengan UMNO. Kini, Ust
Nik Zawawi cuba dianggap menikam dari belakang dengan membuat
perbincangan “satu Malaysia” dengan UMNO.
Bukan setakat itu sahaja kehitaman tinta Merah MSO, gambar ini turut dicoretkan "Sekeping foto boleh meyebabkan pembangkang yang dibayangkan menang tiba-tiba kalah". Ust Nik Zawawi digambarkan membawa kekalahan. Padahal, PRU tidak bermula lagi. Menang kalah belum ditentukan. Andaian semberono yang tidak berpijak kenyataan. Hanya andaian dan tekaan agar menggambarkan Ust Nik Zawawi berperibadi serba kalah. Kekalahan ini sehingga merebak kepada kekalahan parti, malah merebak kepada kekalahan PR. Anehnya andaian ini bagaikan reputasi dan ketokohannya boleh meranapkan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri dari trio-parti: PKR, PAS dan DAP. Kalau benarlah andaian ini, bermakna tahap Ust Nik Zawawi bukan sahaja mempunyai reputasi dan ketokohan yang berkesan terhadap PAS bahkan terhadap PR.
Fallacies di sini kian jelas menyuluh. Ust Nik Zawawi yang menimbulkan geram di hati MSO sebenarnya menimbulkan dengki MSO terhadap keperibadian Ust Nik Zawawi. MSO sebenarnya menganggap seorang anak muda yang bergelar ulama ini mempunyai masa hadapan yang lebih cerah dan cemerlang. Mampu menandingi figur-figur politik yang ada dalam PR. Reputasi dan ketokohan Ustaz Nik Zawawi dalam kaca mata MSO dianggap bakal merombak masa depan yang mampu mengatasi reputasi dan ketokohan tuan-tuan guru dalam PAS. Malah, bakal mengatasi reputasi dan ketokohan Parti keadilan seperti DS Anuar Ibrahim serta kaum keluarganya dan juga YB Azmin. Begitu juga mengalahkan reputasi dan ketokohan dalam parti DAP seperti Karpal Sighn dan keluarga Lim. Kesemua tokoh-tokoh dalam pakatan pembangkang boleh diranap oleh Ust Nik Zawawi. Reputasi dan ketokohan inilah yang menimbulkan perasaan dengaki MSO.
Seperti kisah anak-anak nabi Ya'kob yang mempunyai hubungan beradik bersisi hitam. Si adik paling bongsu dari anak-anak nabi Ya'kob yang mempunyai jelas tampak sisi putih. Sisi putih ini tidak pernah menampakkan langsung sisi hitamnya. Namun, apabila sembilan orang abang-abangnya berbincang konspirasi untuk meranapkan Yusuf a.s., si adik bongsu ini tiba-tiba menampakkan sisi hitam dalam hatinya lalu berkata "Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna" (surah Yusuf: 9).
Sisi gelap hati si adik bongsu ini mengejutkan kesembilan abang-abangnya. Tidak terlintas dalam kepala si abang-abang ini segelap ini hati si adik bongsu. Mungkin sama gelapnya warna tinta Merah MSO. Seorang abangnya bersuara tidak bersetuju dengan ungkapan gelap si adik bongsu lalu berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia dalam perigi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu" (surah Yusuf: 10).
Cukuplah MSO memperlekehkan karekter orang yang didengki ini. Beringatlah hukum “pembalasan Allah” akan menimpa jikalau kamu memburuk-burukkan dan terus menyerang seorang ulama yang disayangi ramai ini. Ambillah kisah nabi Yusuf sebagai iktibar. Nabi Yusuf yang didengki ini tetap dijulang tinggi oleh Allah malah kesepuluh saudara sebapa nabi Yusuf ini mendapat pembalasan di dunia. Sepatutnya kamu takut pembalasan ini akan berlaku kepada kamu yang bertujuan membunuh karekter kepada kata-kata yang makruf. Hargailah usia kamu yang semakin menghampiri hujung usia.
Bukan setakat itu sahaja kehitaman tinta Merah MSO, gambar ini turut dicoretkan "Sekeping foto boleh meyebabkan pembangkang yang dibayangkan menang tiba-tiba kalah". Ust Nik Zawawi digambarkan membawa kekalahan. Padahal, PRU tidak bermula lagi. Menang kalah belum ditentukan. Andaian semberono yang tidak berpijak kenyataan. Hanya andaian dan tekaan agar menggambarkan Ust Nik Zawawi berperibadi serba kalah. Kekalahan ini sehingga merebak kepada kekalahan parti, malah merebak kepada kekalahan PR. Anehnya andaian ini bagaikan reputasi dan ketokohannya boleh meranapkan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri dari trio-parti: PKR, PAS dan DAP. Kalau benarlah andaian ini, bermakna tahap Ust Nik Zawawi bukan sahaja mempunyai reputasi dan ketokohan yang berkesan terhadap PAS bahkan terhadap PR.
Fallacies di sini kian jelas menyuluh. Ust Nik Zawawi yang menimbulkan geram di hati MSO sebenarnya menimbulkan dengki MSO terhadap keperibadian Ust Nik Zawawi. MSO sebenarnya menganggap seorang anak muda yang bergelar ulama ini mempunyai masa hadapan yang lebih cerah dan cemerlang. Mampu menandingi figur-figur politik yang ada dalam PR. Reputasi dan ketokohan Ustaz Nik Zawawi dalam kaca mata MSO dianggap bakal merombak masa depan yang mampu mengatasi reputasi dan ketokohan tuan-tuan guru dalam PAS. Malah, bakal mengatasi reputasi dan ketokohan Parti keadilan seperti DS Anuar Ibrahim serta kaum keluarganya dan juga YB Azmin. Begitu juga mengalahkan reputasi dan ketokohan dalam parti DAP seperti Karpal Sighn dan keluarga Lim. Kesemua tokoh-tokoh dalam pakatan pembangkang boleh diranap oleh Ust Nik Zawawi. Reputasi dan ketokohan inilah yang menimbulkan perasaan dengaki MSO.
Seperti kisah anak-anak nabi Ya'kob yang mempunyai hubungan beradik bersisi hitam. Si adik paling bongsu dari anak-anak nabi Ya'kob yang mempunyai jelas tampak sisi putih. Sisi putih ini tidak pernah menampakkan langsung sisi hitamnya. Namun, apabila sembilan orang abang-abangnya berbincang konspirasi untuk meranapkan Yusuf a.s., si adik bongsu ini tiba-tiba menampakkan sisi hitam dalam hatinya lalu berkata "Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna" (surah Yusuf: 9).
Sisi gelap hati si adik bongsu ini mengejutkan kesembilan abang-abangnya. Tidak terlintas dalam kepala si abang-abang ini segelap ini hati si adik bongsu. Mungkin sama gelapnya warna tinta Merah MSO. Seorang abangnya bersuara tidak bersetuju dengan ungkapan gelap si adik bongsu lalu berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia dalam perigi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu" (surah Yusuf: 10).
Cukuplah MSO memperlekehkan karekter orang yang didengki ini. Beringatlah hukum “pembalasan Allah” akan menimpa jikalau kamu memburuk-burukkan dan terus menyerang seorang ulama yang disayangi ramai ini. Ambillah kisah nabi Yusuf sebagai iktibar. Nabi Yusuf yang didengki ini tetap dijulang tinggi oleh Allah malah kesepuluh saudara sebapa nabi Yusuf ini mendapat pembalasan di dunia. Sepatutnya kamu takut pembalasan ini akan berlaku kepada kamu yang bertujuan membunuh karekter kepada kata-kata yang makruf. Hargailah usia kamu yang semakin menghampiri hujung usia.
Awas PAS/PR Trenggananu Posted on Saturday, February 23 @ 23:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,Kalau tak nak bantu rakyat, tak apa, kalau tak nak tolong rakyat tak apa, tapi jangan hina rakyat, bantuan kerajaan bukan sahaja ingin tolong rakyat tetapi ianya adalah amanah kerajaan mengikut Islam, demikian antara lain kata kata Najib di Kuala Terengganu siang tadi.
TV sembilan suku menyiarkan kehadiran Najib di Kuala Terengganu di mana antara lain menyiarkan Najib menaiki beca Pok Loh Beca dan sarapan pagi di kedai Maimunah di komplek stesen bas Kuala Terengganu.Apa yang menarik ialah kehadiran yang penuh sesak seperti yang tayangkan di TV 9 suku.Hampir semua yang hadir ini ialah dari keturunan melayu.
Satu gambaran yang membuktikan sokongan BN masih terasa di Terengganu dan satu gambaran bagaimana orang melayu Terengganu mudah untuk dikotak katikkan oleh orang orang macam Najib.Ramai orang melayu Terengganu masih kuat mempercayai orang seperti Najib walaupun seorang penarik yang sudah lebih 30 tahun menarik beca masih bangga lagi untuk membawa Najib dengan becanya, situasi yang sungguh sedih apatah lagi apabila dia berkata tiada apa yang PAS buat semasa memerintah.
Begitu juga dengan seorang peniaga gerai yang teruja kerana dikunjungi oleh seorang PM.Apa yang berlaku di seluruh negara tidak berminat bagi melayu melayu jenis ini kerana sudah terlalu lama disogok dengan wang yang tidak sebanyak mana, orang orang melayu macam ini tidak peduli apa yang dialami oleh orang lain, tidak peduli kroni dan anak beranak wakil rakyat mengaut harta rakyat, pada mereka asalkan mereka diberi RM300-00 atau RM500-00 sudah memadai.
Kerana itu melayu jenis ini bertepuk sorak apabila Najib berkata sudah menjadi amanah dan tangungjawab kerajaan untuk membantu rakyat sesudah lebih 50 tahun memerintah.Melayu jenis ini tidak peduli kalau PM sebelum ini tidak pernah menyebut soal amanah dan tanggungjawab, tidak pernah peduli untuk memberi bantuan selain dari bantuan yang boleh menguntungkan mereka seperti bantuan wang ehsan dulu yang dirampas dari royalti minyak Terengganu.
Malah melayu jenis ini langsung tidak kisah kerajaan yang pernah dianggotai Najib merampas hak rakyat sebaliknya bersetuju dengan Najib hanya kerajaan BN sahajalah yang pandai membantu rakyat.Mereka langsung tidak berminat untuk menyelidik apa apa yang disampaikan Najib itu benar atau salah, begitu juga tidak berminat dengan mesej yang disampaikan oleh kem PR sebaliknya menolak mesej itu mentah mentah.Mereka lebih rela di brainwash oleh BN dari menerima kebenaran.Kerja kerja brainwash menjadi lebih mudah kerana Terengganu negeri majoriti melayu di mana lebuh mudah menanam perasaan benci kepada cina dan India dengan mengambil contoh contoh yang dimanupulasi dari negeri lain kerana melayu melayu yang dibrainwash tidak tahu apa sebenarnya berlaku, berbeza melayu yang tinggal di luar Terengganu yang lebih hampir dengan insiden insiden yang dijadikan contoh itu.
Melayu jenis ini juga tidak kisah dengan kemelut yang dihadapai Najib, tentang saman Deepak, tentang Altantuya, tentang kapal selam malah mereka tidak pernah percaya dengan semua berita ini.Mereka lebih percaya cerita Cikgu Nun, cerita Hassan Ali dan orang orang sejenisnya.
Melayu jenis ini cuma masih ramai di Terengganu yang hidup bawah tempurung dan memudahkan operasi memasukkan hantu ke negeri Terengganu.
PAS/PR Terengganu harus kerja dan berdoa dengan lebih kuat.
Nota :Memberi bantuan kepada rakyat itu adalah amanah kerajaan menurut Islam, tetapi melaksanakan hudud bukan amanah yang diberikan kepada kerajaan(inikah yang nak disampaikan Najib kepada rakyat Terengganu yang galak bertepuk tangan itu?)
RCI: Pemastautin tetap mengundi dalam 3 p'raya
Posted on Saturday, February 23 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: imamsurau
"Pemastautin tetap dapat mendaftarkan dirinya sebagai pengundi dan pergi mengundi dalam tiga pilihan raya, demikian suruhanjaya diraja menyiasat pendatang di Sabah diberitahu hari ini.
Omar Mohd Subair mengaku beliau adalah seorang pengundi selepas disoal oleh pegawai pengendali RCI, Jamil Aripin.
"Selepas menerima sijil kelahiran anda, anda memohon untuk menukarnya kepada kad pengenalan biru (warganegara) pada tahun 1991 dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) mengeluarkan resit sementara yang mengandungi nombor 12 digit," kata Jamil.
Tanpa pengetahuan Suruhanjaya Pilihanraya, Omar berjaya didaftarkan sebagai pengundi, kata Jamil dan Omar bersetuju dengannya.
Omar kemudiannya mengundi dalam 1994 pilihan raya negeri Sabah serta pilihan raya umum 1999 dan 2004.
Jamil menjelaskan bahawa Omar telah mengambil kesempatan daripada kecacatan dalam sistem 12 digit itu yang dilaksanakan pada tahun yang sama - 1991.
Beliau berkata SPR, yang dalam proses mengemaskini kepada sistem baru itu, gagal untuk menyemak nombor 12-digit baru itu dengan nombor kad pengenalan lama dengan awalan 'H', yang menunjukkan ia adalah IC merah.
"Tetapi pada 2008, apabila saya menyemak status saya sebagai pengundi, nama saya tidak ada lagi," kata Omar.
Ini, kata Jamil, adalah kerana SPR telah memperbetulkan masalah itu selepas mengesan kesilapan tersebut.
sumber
UMNO Terengganu seleweng Tanah TOL Felda pemberian PAS
Posted on Saturday, February 23 @ 21:22:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: LensaHandphone
"Bukan seorang atau dua orang yang tertipu, jumlahnya 1,080 peserta tanah rancangan Felda telah ditipu oleh kerajaan UMNO BN selepas mengambil alih kerajaan daripada PAS. Semasa PAS memerintah satu usaha telah dilakukan untuk memastikan peneroka memiliki tanah sendiri.
Geran TOL untuk peserta RTB Kawasan Beril, Mukim Kuala Paka dimana temuduga untuk peserta RTB berkenaan diadakan di Pejabat ADUN Paka, pada 1 Julai 2002.
Majlis
penyampaian surat kelulusan dan undi lot RTB itu diadakan pada 11 Mac
2004 di Tebing Tembah, Paka. Peneroka telah diberikan lot tanah pada
masa itu oleh Pejabat Tanah Negeri sendiri dengan suat rasmi Pejabat
Tanah. Hairan bin Ajaib selepas sahaja UMNO BN ambil alih pemerintahan,
lot-lot tanah itu telah hilang. Dipercayai didalangi oleh UMNO Dungun.
Antara yang mengecam sikap UMNO Dungun (Terengganu) kerana meneyeleweng tanah rakyat |
Cara
rampasan tanah ini sama seperti berlaku di tempat lain di
Terengganu. Menurut Seksyen 67 dan 68 Kanun Tanah Negara, bayaran Lesen
Menduduki Sementara (LMS) untuk RTB Malah sebahagian besar peneroka
telah membayar wang LMS ini tetapi bukan sahaja Lot Tanah hilang wang
peneroka juga dikebas oleh UMNO Terengganu.
Lot Tanah sudah diberikan |
Pemuda Dungun
Kerana wartawan UM ni, Harussani mempercayai fitnah!!
Posted on Saturday, February 23 @ 19:12:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: laniismaa
"Gambar di atas dikatakan wartawan Utusan Malaysia yang membuat fitnah dengan memutar belit kenyataan TG Nik Aziz yang kini berlegar di internet. Wartawan yang tanpa segan silu memutar belit kenyataan TG Nik Aziz tentang pemberian BR1M.
Menariknya juga apabila Mufti Umno Perak Tan Sri Harussani terpengaruh dengan fitnah tersebut dan begitu seronok mengulasnya dan dipergunakan Utusan Malaysia.
“Adakah apabila kita bersedekah kepada seseorang, orang itu juga seperti haiwan. Ini tidak betul. Jangan menghina mereka yang kurang berkemampuan.Pelik juga kalau sesuatu berkenaan dengan Nik Aziz, Harussani dengan pantas dan bingkas menghurainya tanpa meneliti setiap tutur kata Nik Aziz terlebih dahulu. Adakah Harussani juga mempercayai Nik Aziz akan tergamak berkataan seperti yang Utusan Malaysia maksudkan. Rasanya Harussani lebih mempercayai lidah biawak Utusan Malaysia dari sumber sahih hanya kerana berminat dengan Umno.
“Lainlah kalau kerajaan hanya beri bantuan kepada orang tertentu. Baru salah. Ini terbukti semua rakyat dapat bantuan tanpa mengira bangsa, keturunan mahupun ‘warna baju’.” – Utusan Malaysia
Tonton Video kenyataan TG Nik Aziz di http://www.facebook.com/photo.php?v=424819704263508
Laman
LAGI"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan