Isnin, 28 Januari 2013

SUKA KELANTAN WALAUPUN JARANG KESANA....RASA NAK KAHWIN DENGAN ORANG KELANTAN

Kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Karpal disambut air mata gembira

Harakahdaily, 28 Jan 2013


(PENUH KECERIAAN ... Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82 di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya)

KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.

Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.

Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.

Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya.  Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.

Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.

Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka.

"Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya.

Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.

Karpal ketika mengulas kunjungan ini berkata, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu.

Kegembiraan ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik.

Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: "Semoga Tok  menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi."

Porshe Cayman: Penjelasan Ustaz Hashim terhangat

Harakahdaily, 28 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Penjelasan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin bahawa beliau bukanlah pemilik kereta Porsche Cayman bernombor pendafataran WWF 3000 menjadi artikel paling diminati oleh para peminat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 4 Januari ini.

Penjelasan ini dibuat Ustaz Hashim berikutan serangan oleh blogger Umno kononnya beliau memiliki dan menggunakan kereta mewah itu.

Di tempat kedua pula, para pembaca memilih artikel bertajuk “Foto terbaik di majlis bantuan dana persekolahan“ tulisan blog http://malaysiaberih.blogspot.com yang memaparkan seorang pakcik tanpa segan silu hadir menerima dana bantuan persekolahan di Sekolah Kg Nyior Paka Terengganu yang disampaikan oleh Adun BN Paka dengan memakai baju ‘PAS Ganti Umno.’

Tajuk berita “Panas: 20 anggota bersenjata M-16 kawal rumah mayat, kenapa?merupakan artikel pilihan ketiga terpanas untuk para peminat Facebook dan Twitter Harakahdaily.

Ia berupa laporan terbaik dari blog yang memapar kisah pembunuhan Sugumaran yang didapati mati dalam keadaan tangannya bergari ke belakang.

Berikut adalah 10 artikel terhangat untuk minggu 20.1.2013 - 26.1.2013.

1
Porsche Cayman milik anak saya - Ustaz Hashim
2
Foto terbaik di majlis bantuan dana persekolahan
3
Panas: 20 anggota bersenjata M-16 kawal rumah mayat, kenapa?
4
Masyaallah: Mamat ni pun pemilih berdaftar SPR [Tengok]
5
Video Umno 'cuci otak' budak sekolah menengah pula tersebar
6
Dahlah dipaksa datang, pakai baju BN pula
7
Tu listen lain tu, dengar molek - Ustaz Azhar
8
[Video -CCTV] Menyamar perempuan untuk curi tabung surau
9
7 janji: Najib hina rakyat Kelantan
10
Gambar TG Nik Aziz bersama pelakon dan pengarah Pierre Andre

Turki, Iran tubuh universiti bersama

Terjemahan Mohamad Yahya, 28 Jan 2013

(Gabenor Van, Munir Karalıoğlu (Tengah) dan Menteri Iran, Arsalan Ghorbani Iran (Kiri) bersidang di Van untuk membincangkan isu-isu berkaitan kerjasama universiti - Photo: AA, Ali Ihsan Öztürk)

ANKARA: Pegawai dari dua universiti menandatangani protokol untuk mengasaskan sebuah universiti bersama di wilayah timur Van, yang bersempadan dengan Iran, selepas perbincangan pelan yang panjang  dalam mesyuarat Sabtu lalu.

Pegawai dari Van Yüzüncü Yıl University dan University Iran Tabriz akan bekerjasama untuk menubuhkan universiti bersama Turki dan Iran.

Turki dan Iran memberi tanda tahun lepas bahawa mereka akan menubuhkan sebuah universiti bersama untuk mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pendidikan peringkat tinggi.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Menteri Pelajaran Turki, Ömer Dinçer dan Menteri Pelajaran Iran, Hamid Reza Haji Babai menandatangani satu perjanjian untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan pada 19 Jun 2012.

Selepas perjanjian itu telah diluluskan oleh Kabinet Turki pada Dec 12, ia disiarkan dalam Warta Rasmi pada 23 Januari. Butir-butir perjanjian turut disiarkan.

Perjanjian itu secara automatik akan diperbaharui setiap tahun melainkan terdapat bantahan.

Walaupun perjanjian itu pada dasarnya bertujuan untuk mengukuhkan hubungan pendidikan antara kedua-dua negara, ia juga merangkumi aktiviti kurikulum bagi orang-orang muda termasuk kanak-kanak di tadika.

Menurut perjanjian tersebut, program pertukaran guru, pakar dan pelajar akan dilancarkan; kedua-dua negara akan menjemput satu sama lain dalam majlis-majlis pendidikan seperti festival seni, persidangan, seminar, acara saintifik dan acara sukan.

Kedua-dua negara telah bersetuju untuk memudahkan pertukaran pendidikan dengan memudahkan pelajar-pelajar dan guru-guru menghadiri acara-acara di kedua-dua negara.

Selain itu negara akan berkongsi data dan sumber yang mensasarkan semua peringkat dari tadika ke universiti serta perhatian khusus kepada teknologi maklumat dan komunikasi.

Perjanjian tersebut turut membayangkan kemungkinan mengadakan pesta buku, pameran, teater serta bengkel bersama dengan penyertaan pakar-pakar dari kedua-dua negara mengenai isu-isu termasuk pengurusan krisis selepas gempa bumi.

Ia juga merancang untuk menubuhkan sebuah kumpulan pelajar mewakili Turki yang akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti biasa dengan kumpulan setara yang dibentuk di Iran.

Salah satu artikel dalam perjanjian adalah untuk menghubungkan 10 sekolah tinggi di Turki dengan 10 sekolah tinggi di Iran untuk membuka jalan untuk perkongsian ilmu.

Penerbitan dari kementerian pendidikan kedua-dua negara akan dikongsi, dan pendidik akan dibantu dalam mendapatkan permit kediaman bagi pertukaran pendidikan di kedua-dua negara.

Zahid jauh lebih berani dari Najib

Abdul Aziz Mustafa, 27 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang yang akan dibuat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke atas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hakikatnya adalah satu tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya bersifat berani.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepatutnya Najib juga berani seperti Zahid untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelbagai tuduhan ke atasnya, terutama tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno meminta Rafizi memohon maaf berhubung dakwaannya bahawa terdapat penyelewengan dalam dana Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Zahid juga telah melantik peguam bagi mendakwa Rafizi di mahkamah berhubung kes itu, jika tidak memohon maaf dalam masa terdekat.

"Nampaknya Menteri Pertahanan lebih berani dari bosnya, Perdana Menteri. Naib Presiden Umno lebih berani dari Presiden Umno," kata Mahfuz (gambar kanan).

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyifatkan apa yang berlaku itu menimbulkan pelbagai tanda tanya.

"Antaranya, adakah Zahid bertindak demikian untuk menekan Najib supaya berani bertindak ke atas Deepak yang melemparkan pelbagai tuduhan ke atasnya dan juga isterinya, (Datin Seri) Rosmah (Mansor)?

"Juga, adakah Zahid berbuat demikian untuk mengheret Najib supaya bersikap berani kerana selama ini seluruh dunia melihat Najib menikus terhadap pelbagai tuduhan ke atasnya," kata Mahfuz.

Walaupun apa pun kemungkinannya, kata beliau, tindakan Zahid tetap menjadi tekanan ke atas Najib supya lebih berani menghadapi tuduhan-tuduhan terutama dari Deepak.

Antara lain, Deepak mendedahkan bahawa akuan bersumpah kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi menegaskan, beliau tidak akan memohon maaf berhubung dakwaannya bahawa terdapat penyelewengan dalam dana LTAT.

TG Nik Aziz pelawa rakyat P Pinang lawat Kelantan

Mohd Sabri Said, 27 Jan 2013
JELUTONG: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengahari tadi.

Menurutnya, mengikut kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Negeri Kelantan perlu dinaik tarafkan menjadi negeri yang lebih maju setanding negeri lain.

"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen.  Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancung tiba, " jelasnya.

Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni.

Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani.

Justeru itu sambung beliau, tidak hairan tiba-tiba sahaja Perdana Menteri mengistiharkan  tujuh agenda pembangunan semula kelantan.

Agenda itu, sekadar manis di bibir dan sedap mata kerana jika diukur itulah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang jika wang royalti diperolehi.

Menyentuh  mengenai kepentingan menjagai rumah Allah s.w.t beliau yang juga Pengerusi Majlis Syura  Ulamak PAS begitu bangga dapat bersembahyang sunat di atas tapak masjid tertua di Pulau Pinang.

Sebagai umat Islam katanya, mesti memelihara masjid kerana masjid merupakan tunggak perpaduan.

"Hilangnya masjid maka hilanglah seri tunggak Islam maka sebab itu kita disuruh mengimarahkan masjid.

"Nak masuk ke masjid langkah kaki kanan manakala kaki kiri untuk ke tandas.

"Insya Allah jika kita amalkan perbuatan yang disuruh sepertimana dalam Al Quran hidup kita akan berkat buat selama lamanya," terangnya.

Hadir sama ke program itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man,  Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husain, Adun Batu Maung, Datuk Haji Abdul Malik Abul Kasim, Adun Batu Uban, Raveentharan, Yang Dipertua PAS Jelutong, Yaacob Omar, Yang Dipertua Bayan Baru, Ahmad Rasdan Mohd Nor, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dan ramai lagi.
Batu asas dipecah

Sementara itu, batu asas pembinaan menara Masjid Jamek Batu Uban, Pulau Pinang yang akan dirasmikan oleh TG Nik Aziz telah dipecahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab awal pagi tadi.

Ketika menghubungi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim beliau sendiri mengesahkan tanpa memberitahu siapa punya angkara.

"Pagi tadi sebelum subuh salah seorang anak qariah ternampak batu asal yang siap dibina selepas Insyak semalam runtuh.

"Ia adalah permainan individu yang tidak senang dengan kehadiran Datuk Nik Aziz untuk melawat Masjid tertua di Pulau Pinang.  Apa pun kami sedang menyiasat," tegasnya.

Menurut Iszuree,  pembinaan menara masjid amat penting sebab selama ini masjid berkenaan tidak mempunyai menara.

Sempena lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang untuk berceramah pada malam ini di Sungai Nibung bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, maka pihak masjid menjemputnya untuk makan tengahari di samping bertemu rakyat Batu Uban.

Mereka berada dalam dilema kerana terpaksa pindah akibat pembangunan oleh sebuah syarikat kroni Umno untuk projek perumahan.

TG Nik Aziz sambut harilahir di rumah Karpal Singh

Harakahdaily, 27 Jan 2013

JELUTONG: Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.

(Karpal menyambut kedatangan TG Nik Aziz di rumahnya - foto Malaysiakini)

TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone.

Tuan Guru Nik Aziz dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran PAS di negeri itu.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.

Rafizi nafi mohon maaf, lawan di mahkamah

Harakahdaily, 27 Jan 2013
PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) menafikan beliau ada memohon maaf kepada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi bahkan beliau akan bertemu di mahkamah dengannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah," kata Rafizi dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Rafizi, beliau dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan beliau ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini.

Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Bagi beliau, kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat.

"Saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia," kata Rafizi.

Katanya, apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

"Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN," katanya.

Ini juga, katanya, rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah," katanya.

Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini, katanya.

"Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Datuk Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah.

"Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini," tegasnya.

D'Din Din shared Serambi Politik's photo.
MB Terengganu Kantoi? Mat Said gagal Tapisan SPRM?

Oleh Ustaz Saiful Bahri Mamat

SPRM mencadangkan antara senarai nama yang tidak layak dicalonkan dalam PRU 13 kerana tidak lulus dalam saringan dan tapisan SPRM yang bermasalah dengan undang-undang antaranya adalah seorang Menteri Besar, Seorang Ketua Menteri dan dua pemimpin utama parti yang bertaraf Menteri.

Persoalan kenapa SPRM tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka... kita semua tahu bahawa kekebalan mereka semasa mereka ditampuk kekuasaan. Apabila tiada kuasa maka jadilah macam Khir Toyo. Walaupun fail sudah ada atas meja tetapi demi maruah dan kuasa politik yang ada dan tidak mahu menjejaskan parti pemerintah maka fail itu dibekukan.

Tetapi kita sedia maklum bahawa dalam politik umno-BN ini sendiri sudah masyhur tentang politik dalaman mereka. Perbalahan dan perebutan kepimpinan dan kuasa sudah merupakan lumrah bahkan ianya tidak terubat lagi. Masing-masing sebenarnya tidak bersih dan ada salah laku masing-masing tetapi dahan manakah mereka berpaut? Sekarang ini dahan Najib maupun Mahathir mungkin akan naik tinggi.

Apatah lagi tarikh PRU semakin hampir. Bukan hanya ribut untuk merebut kuasa diperingat Majlis Tertinggi, Pemuda maupun Wanita, Negeri dan Ketua Bahagian bahkan kini siapakah bakal menjadi pilihan sebagai winnable candidate? Semua atas tangan Najib. Mana-mana yang tak sebulu... sekaranglah masanya untuk dicantas awal-awal. Mana-mana yang nak lekat... besar manakah cable yg sampai ke Najib akan diambil kira. Mereka terpaksa ikut membuntut punggung Najib & Rosmah sehingga ke Gaza & Palestine. Ibrahim Ali bukan sekadar menyalak saje bahkan mencium tangan Rosmah dalam satu majlis rasmi demi kerusi Pasir Mas!!! Boleh tak boleh itu belum tentu lagi.

Bagi Terengganu.. sejak Mat Said menunjukkan gedebe beliau merampas kuasa dari Derih Jusoh ianya amat menconteng arang ke muka Umno-BN. Umno Pusat terpaksa gigit jari dan terpaksa mengalah dengan kerenah Ahmad Said. Kejayaan Mat Said bersembunyi dan mengangkat sumpah menyebabkan BPR yang mencari beliau tidak boleh berbuat apa-apa. Meskipun fail rasuah dan penyelewengan sudah siap. Tetapi sebagai MB mereka terpaksa menahan diri dari mengambil tindakan.

Hari ini kuasa sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri dan kewangan yang dipegang oleh Mat Said sendiri menyebabkan seolah-olah Umno Pusat tidak boleh buat apa-apa. Bahkan boleh digertak dan diugut oleh Mat Said supaya mengekalkan beliau sebagai calon Kijal diperingkat Dun. Cubaan untuk mengalihkan beliau sebagai calon Parlimen nampaknya gagal. Bahkan jika kekal calon Mat said nescaya semua senarai calon-calon yang bersekongkol dengan beliau khususnya golongan lama dan veteran akan mendapat tempat. Tetapi jika sekiranya gugur nama Mat said daripada menjadi calon maka berguguranlah team Mat said dan tentera Idris Jusoh bakal membarisi calon-calon di Terengganu.

Penulis sendiri mendapat maklumat dari dalaman dan kepimpinan Umno sendiri bahawa cara yang terakhir yang akan dilakukan untuk menyekat Mat Said ini adalah dengan menimbulkan isu rasuah yang membabitkan beliau yang terbukti SPRM ada kes untuk menghalang beliau dicalonkan. Penulis sendiri tidak yakin dengan maklumat tersebut tetapi apabila hari ini pecah berita bahawa ada MB yang tidak lulus saringan SPRM... maka berita ini ada kebenarannya. Tersenyumlah Team derih nampaknya untuk membalas dendam terhadap Mat Said yang merupakan perancang strategi Umno Pusat. Sekarang kita bakal melihat bagaimana pula langkah tari dan silat Mat said pula.

Isu SPRM yang membelenggu Mat Said antaranya pernah diselongakr TV3 sendiri dikemuncak kemelut MB Terengganu pada 22 Mac 2008 dengan isu Projek Roler Coaster di kemaman pada tahun 1995, Projek pembinaan Dewan seri amar di kemaman pada tahun 2007, Projek mercu tanda Kemaman 2005 dan Projek menambun tanah Kijal. Itu belum cerita selepas belia memerintah yang banyak terdedah ketirisan dan kebocoran.

Kita tahu dalam Umno ni rasuah ibarat Kentut & Tahi aje dengan Umno. Tetapi inilah masanya. Inilah caranya untuk mencantas karier politik Mat Said. Apapun bagi penulis... takkan nak biar saje. Menda dalam tangan takkan nak serah saje. Kan Mat Said ni gedebe Umno-BN. Rasenya tak semudah itu untuk pereboh Mat Said. Kalau ada nasib sekali lagi jadi MB. Kalau tak pun boleh rase Ketua Pembangkang tapi tersalah buat... calon pun dok lekat.

untuk Ketua Menteri Sabah tu... Musa tu macam dah tak aman lagi dah...

Sumber
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
Dpp Sungai Siput shared Pakatan Rakyat Supporters's photo.
#TumbangBN #KOBN #KL112
Lihatlah sendiri undang2 Malaysia....dijatuhkan hukuman kemudian ditangguhkan pula atas sebab2 rayuan...oklah tu sebab ada klausa untuk rayuan......tetapi yang amat memeranjatkan sekali denda yang bernilai RM977,560 sudah dijelaskan....Wah banyak yer duit...jadi Ketua Umno bahagian jer...

P/S : Nilaikan sendiri....gunakanlah akal untuk berfikir....900 ribu macam 900 ringgit jer...
‎#TumbangBN #KOBN #KL112
Lihatlah sendiri undang2 Malaysia....dijatuhkan hukuman kemudian ditangguhkan pula atas sebab2 rayuan...oklah tu sebab ada klausa untuk rayuan......tetapi yang amat memeranjatkan sekali denda yang bernilai RM977,560 sudah dijelaskan....Wah banyak yer duit...jadi Ketua Umno bahagian jer...

P/S : Nilaikan sendiri....gunakanlah akal untuk berfikir....900 ribu macam 900 ringgit jer...

Pusat judi berhampiran rumah Exco Agama

Khairil Abdul Rahim, 27 Jan 2013

(Penduduk Keratong berdemo bantah judi)

ROMPIN: Kecewa dan marah dengan aktiviti judi yang berleluasa di kawasan mereka, seramai 200 penduduk sekitar gugusan Keratong berhimpun membantah selepas Solat Jumaat di masjid Felda Keratong 2 di sini kelmarin.

Mereka kesal dan merasa tercabar, kerana empat pusat judi itu terus dibiarkan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun laporan polis telah dibuat, memorandum kepada Jabatan Agama Islam Daerah telah dihantar serta pendedahan media telah tersiar.

Lebih mengecewakan, salah satu pusat judi berkenaan hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz yang juga merupakan Exco Agama kerajaan negeri.

Perhimpunan aman sekitar setengah jam itu diisi dengan pidato penduduk, bacaan doa oleh imam masjid dan pelbagai sepanduk ditunjukkan oleh penduduk.

Seorang penduduk Keratong 2, Muhamad Mohd Yasin, 66, (gambar kanan) ketika ditemui berkata, letih mereka mendidik anak-anak menjadi baik tetapi musnah apabila wujudnya pusat judi.

“Kami dengar dulu pusat judi hanya ada di bandar, tapi sekarang dah ada kat kampung kami, bukan satu malah ada empat. Pelanggannya 100 peratus Melayu, Islam termasuk anak-anak kami dan peneroka sendiri.

“Sudahlah judi itu haram, perniagaan itu juga haram kerana premis tak berlesen pula. Anak-anak muda ramai dah rosak akhlak sekali gus mengancam keselamatan penduduk akibat meningkatnya gejala sosial seperti kecurian,” katanya.

Beliau turut kesal kerana pihak pentadbiran Felda seolah-olah buat-buat tidak nampak sedangkan ada yang terletak di dalam kewasan rizab Felda.

Anak peneroka Felda Keratong 2, Mohd Nordin Saad, 32, terkilan kerana kedai judi aktif dalam kawasan Melayu itu sudah buat laporan polis, hantar memorandum ke pejabat agama dan sudah didedahkan akhbar, tetapi bukannya ditutup malah ditambah dua lagi.

“Kedai dimiliki orang tempatan, disewa kepada bukan Melayu untuk menjalankan kerja terkutuk itu dengan berselindung di sebalik cafe siber untuk mengaburi pihak berkuasa. Beroperasi dari pukul 10 malam hingga lima pagi.

“Memang tak hormati kesucian Islam langsung, malam maulid rasul baru inipun mereka beroperasi seperti biasa,” ujarnya.

Tambahnya, seolah-olah ada ‘kuasa yang kuat’ mempertahankan mereka sehingga tidak berani diusik. Justeru Mohd Nordin, sebagai generasi kedua Felda berharap semua pihak tidak ‘bermain wayang’ dan berharap diambil tindakan segera.

Din Abu Bakar Muhammad, 50 (gambar kiri), dari Keratong 5, pula bimbang jika isu judi yang makin membiak ini tidak diambil serius, akan mendapat kutukan dan bala Allah.

“Apa lagi ramai yang bercerita pusat-pusat judi itu mendapat perlindungan pihak tertentu supaya tidak diganggu.

“Saya seru semua pihak seperti polis, Felda, JKKR dan Exco perlu tegas tangani pusat judi ini. Ini perhimpunan kali pertama, kalau lepas ini tak tutup juga kami penduduk berhasrat untuk berhimpun di hadapan pejabat wakil rakyat.  

“Adun kami Exco agama, anak peneroka sini. Salah satu pusat judi itu hanya satu kilometer saja dari rumah keluarganya. Jadi wakil rakyat tidak boleh memekakkan telinga apa lagi beliau merupakan Exco agama,” tegasnya.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Shukri Ahmad,  yang turut berucap dalam perhimpunan berkenaan, berkata bahana judi menjadi ancaman besar kepada penduduk Keratong dan sekitarnya dan wajar dinyahkan dari kawasan itu dengan apa cara sekalipun.

“Atas desakan penduduk PAS sudah beberapa kali membuat laporan di  Balai Polis Bandar Tun Razak kerana wujud kebimbangan di kalangan penduduk di mana sejak judi beroperasi telah meningkat gejala sosial curi motosikal, lembu, buah sawit dan juga pecah rumah.

“Gejala sosial ini tidak boleh dipandang sebelah mata kerana menjadi barah memusnahkan masyarakat Islam dan memecahkan istitusi keluarga. Orang main judi tak pernah kaya, yang kaya taukenya yang bukan Islam itu,” ujarnya.

Justeru beliau menyeru semua pihak tanpa mengira fahaman politik, bersatu membanteras larangan Allah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan