Selasa, 22 Januari 2013

SOMBONG DIBALAS SOMBONG ADALAH SEDEKAH...MAKSUD HADIS...ORANG SOMBONG WALAUPUN SEKECIL MANA MAKA DIHARAMKAN MASUK SYURGA

7 janji: Najib hina rakyat Kelantan

Rizal Tahir, 21 Jan 2013
KOTA BHARU: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan tawaran tujuh projek pembangunan jika BN menang di Kelantan sebagai suatu penghinaan pada rakyat di negeri itu.

Menurutnya, meletakkan syarat kemenangan BN Kelantan dalam PRU 13 untuk melaksanakan tujuh projek mega Kerajaan Persekutuan amat tidak wajar kerana hak wajib yang patut mereka perolehi melebihi tujuh projek pembangunan.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata demikian dalam sesi wawancara dengan Harakah dan Harakahdaily di pejabatnya petang ini.

Menurutnya, Kelantan sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tanggungjawab Persekutuan menyediakan kemudahan sebagaimana negeri-negeri lain.

“Kemenangan tidak seharusnya dijadikan syarat sekiranya Kerajaan Persekutuan jujur dan menghormati rakyat Kelantan kerana apa yang dijanjikan adalah hak rakyat Kelantan dalam negeri berdaulat di Malaysia.

“Tujuh projek mega yang dijanjikan juga sebagai pengulangan kepada janji terdahulu sebelum PRU 12. Jika royalty Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana tuntutan sebanyak RM12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yang dijanjikan,”ujarnya.

Tambahnya, sebagai contoh dengan RM50 juta kos pembinaan masjid ikonik, RM2 billion untuk lebuh raya dan lain-lain janji yang disenaraikan yang jumlahnya tidak sampai RM12 billion berbanding tuntutan Kelantan terhadap royalty Petroleum.

Sambungnya rakyat Kelantan tidak harus diberikan hak yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya mereka dapat.

Beliau menambah hak pemberian royalti petroleum langsung tidak disebut dalam ucapannya untuk negeri ini, selain Jawatankuasa Khas yang sengaja dicipta untuk dilengahkan pemberian royalty Petroleum atau bayaran tunai kepada Kelantan.

Malangnya, menurut beliau lagi dalam kes Terengganu dan Pahang tidak ada Jawatankuasa Khas ditubuhkan, namun negeri itu telah mendapat hak masing-masing.

“Terengganu mendapat hak royalty Petroleum dan Pahang diumumkan untuk diberikan royalty sekalipun hasil minyak belum dikeluarkan,”ujarnya.

Husam yang juga Naib Presiden PAS seterusnya berkata, janji pembinaan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai amat memalukan kerana dalam RMK-9 telah disebut dan kemudiannya dibatalkan.

Janji-janji tersebut sebenarnya telah diciplak dari Kelantan khususnya pembangunan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai dan Stadium yang telah dijadikan projek Kerajaan Negeri.

Katanya, Cadangan projek yang seharusnya diberikan keutamaan oleh Kerajaan untuk kebaikan penduduk Kelantan dan bukan hanya menyebut tujuh projek ulangan yang berskala kecil.

Sambungnya, kerajaan Pusat seharusnya memberi tumpuan pada pembinaan Benteng Sungai Golok untuk mengelak banjir yang sering berlaku di kawasan berdekatan ekoran limpahan Sungai Golok.

Selain itu, katanya pemberian status Lapangan Terbang Antarabangsa kepada Kelantan misalnya boleh menjadi katalis kepada pemacuan ekonomi Kelantan.

Bagaimanapun, menurutnya hak pemberian status ini sehingga ke hari ini tidak diberikan.

Beliau bagaimanapun yakin, rakyat Kelantan  matang dan tidak mudah termakan  janji-janji politik sebegitu.

Hikayat 7 Janji

-, 21 Jan 2013

Janji ditatah permata janji
Lidah menutur bibir mengukir
Arakian janji berganti janji
Dulu tagih kini mungkir

UMNO janji berganti janji
Dulu janji sekarang janji
Pak Lah Badawi berjanji
Najib  Tun Razak berjanji
Muhyidin Yassin pun berjanji

Janji buat jambatan
Janji bina rumah kos rendah
Janji kawasan wifi percuma
Janji lapangan terbang
Janji lebuhraya
Janji tak nak buat janji palsu
Janji tiada projek mee segera
Janji nak tepati janji

Namun realiti janji tinggal janji
Hanya sambung legasi janji
Mengumpul tambah koleksi janji
Berjanji untuk terus berjanji
Berjanji tidak henti berjanji
Berjanji senantiasa berjanji

Seminggu tujuh hari berjanji
Sehari tujuh kali berjanji
Sejam tujuh perkara berjanji

Janji lama belum dikota
Janji baru menyumbat telinga
Janji Bagan Pinang janji yang hilang
Janji Tenang hanya untuk dikenang
Janji Manek Urai belum terurai
Janji Galas pun tidak tergalas

Sifat munafik suka mungkir janji
Islam benci tabiat mungkir janji
Rakyat tolak pemimpin mungkir janji

Banyak sungguh berjanji
Siang berjanji
Malam berjanji
Perdana Menteri berjanji
Timbalannya berjanji
JKKK pun nak berjanji

Asal cakap berjanji
Adal pidato berjanji
Asal ceramah  berjanji
Asal melawat berjanji
Asal jumpa orang berjanji
Asal masuk  tv berjanji

Asal dekat pilihanraya berjanji
Asal berjanji pilihanraya dekat

Nukilan
Nasrudin bin Hassan

Tujuh dulang hantaran untuk Kelantan

Rossem, 22 Jan 2013
Negeri Kelantan ibarat anak dara sunti yang cantik menawan, jelingan matanya  tajam bab pisau, lenggang lenggoknya bab bidadari istana,  sesiapa memandang pasti tergila-gila lebih-lebih lagi lelaki hidung belang.

Kerana kecantikannya yang luar biasa  maka ramai lelaki mahu masuk meminang, antaranya  dari Putrajaya. Tanggal 19 Januari  datang satu rombongan, ketua rombongan, masih ganteng orangnya meskipun usia  50an, mulutnya  merah bab delima merkah, rambutnya  putih bagaikan kapas  dijemur,  berkata kepada  si gadis ayu: jika menerima pinanganku akan ku berikan padamu tujuh dulang hantaran yang mahal-mahal, ada lagi pemberian istimewa lain yang tak disebutkan sekarang. Antara  tujuh jenis hantaran itu,   sebuah masjid berkubah emas, jalan raya dengan aspal daripada emas hitam import dari luar negara,  stadium bolasepak berbumbungkan perak dan lain-lain. Stadium bolasepak diulangsebut beberapa kali kerana lelaki itu tahu si gadis ayu merupakan peminat tegar bolasepak.

Bunyinya seperti hantaran yang akan dibawa Sultan Melaka ketika mahu meminang Tuan Puteri Gunung Ledang sepertimana  diriwayatkan  dalam hikayat Melayu klasik. Hanya sedikit berbeza  ialah  hantaran  yang akan dipersembahkan  Sultan Mahmud Shah  adalah atas kemahuan Puteri Gunung Ledang, sementara hantaran lelaki dari Putrajaya, Najib Shah  itu atas kehendaknya sendiri, belum tahu sang gadis menerima atau tidak.

Puteri Gunung Ledang bukan sembarangan manusia, leluhurnya dari kaum bangsawan yang terhormat. Kepintaran akalnya melebihi Sultan Melaka. Puteri Gunung Ledang tak mahu menjadi permaisuri sultan yang sudah tua renta itu, lalu dicarinya helah  supaya sultan membatalkan hasrat memperisterikannya dengan cara yang berhemah. Hati sultan harus dijaga, jangan sampai terluka atau gila, maruah sultan harus dipelihara, jangan sampai malu.  Lalu Puteri Gunung Ledang mengenakan syarat yang berat dengan harapan sultan tak sanggup menunaikannya.

“Baginda sultan perlu menyediakan  tujuh dulang hantaran,  antaranya;  jambatan emas dari Kota Melaka ke Gunung Ledang, jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati hama, 7 tempayan air mata anak dara, 7 tempayan air pinang muda dan satu mangkuk  darah Sultan Ahmad, iaitu putra Sultan Mahmud Shah yang masih kanak-kanak.

Demi cinta yang berkobar-kobar, sang sultan  sanggup menunaikan  sepertimana dipinta, kecuali semangkok darah Sultan Ahmad, sangat sukar baginya,  mengenangkan itulah  satu-satunya putra lelaki kesayangan baginda. Akhirnya hasrat mempersuntingkan Puteri Gunung Ledang hancur berkecai seperti kaca terhempas ke batu.

Begitu juga dengan Kelantan, sekiranya lelaki ganteng dari  Putrajaya itu benar-benar tergila-gilakan Kelantan, tak perlu hantar tujuh dulang hantaran, memadai dengan hanya satu dulang, iaitu Umno mesti terima Islam sebagai wadah perjuangannya!.

Forum tetap berlangsung walau tanpa Sharifah Zohra

Harakahdaily, 22 Jan 2013


KUALA LUMPUR: Forum ‘Kebebasan Akademik dan Hak Asasi’ yang akan berlangsung jam 8 malam ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur diteruskan sekalipun tanpa kehadiran Sharifah Zohra Jabeen.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan mengucapkan tahniah buat anak muda dari Segmentasi Mahasiswa SAMM, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) dan INSTEF di atas kerjasama utuh untuk menjayakan forum malam ini.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, dengan hasrat mempertemukan semula dua ikon yang bertembung idealisma dalam satu forum di UUM bulan lalu sehingga menerbitkan sebuah fenomena, forum malam ini merupakan medan terbaik untuk Sharifah Zohra Jabeen dan KS Bawani berhujah dengan tatacara yang sebenar.

Maka atas sebab itu, ujarnya SAMM melalui Segmentasi Mahasiswa menyediakan lapangan yang terbaik cukup luas untuk Syarifah Zohra menyatakan segala pandangan dan meluahkan kecelaruan yang bermain di minda masyarakat umum.

Tambahnya, adil untuk semua pihak, KS Bawani juga berpeluang menjawab telahan sehala dari Sharifah Zohra menjadikan pertemuan ini cukup menarik dan saling melengkapi.

“Forum malam ini juga menjadi medan sesuai untuk semua pihak juga di atas keperluan dan permintaan rakyat seluruh negara, demi mendengar sendiri lontaran idea yang terhasil dari persediaan yang cukup, bukan secara spontan sepertimana fenomena ‘listen’ terhasil,” katanya dalam satu kenyataan.

Begitupun, katanya hanya secara lisan diketahui dari beberapa portal berita yang menyatakan Sharifah Zohra tidak sudi untuk bertemu KS Bawani dalam aksi debat mahupun forum.

“Jika benar Sharifah mengambil keputusan untuk tidak tampil malam ini, itu adalah haknya dan kita wajar hormati. Apa yang termampu telah disediakan ruangan yang selesa untuk semua, namun bukanlah sehingga mengampu untuk Sharifah Zohra hadir malam ini,” katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya SAMM Kebangsaan juga menjemput semua pihak termasuk pengamal media untuk terus hadir malam ini ke Dewan Cina KLSCAH tanpa prejudis terhadap kehadiran Sharifah Zohra Jabeen.

PAS Sabah terima permohonan tubuh cawangan baru

Mohd Firdaus Mohd Nor, 22 Jan 2013


(Mahfuz menerima permohonan menjadi ahli dan penubuhan cawangan baru PAS)

SANDAKAN: Ibarat belum pun reda menahan penat dan lelah, PAS Sabah terus dihujani permohonan demi permohonan untuk menjadi ahli di kalangan para belia dan juga warga veteran.

Terbaru, PAS Sabah menerima dua lagi permohonan bagi menubuhkan cawangan PAS di Pulau Terong dan Pulau Timbang dalam Parlimen Batu Sapi.

Yang DiPertua PAS Kawasan Batu Sapi, Hamzah Abdullah yang berkongsi kegembiraan tersebut menjelaskan mengenai niat dan minat yang mendalam rakyat terutama di Batu Sapi terhadap PAS.

“Kami menerima permohonan ini dengan hati yang terbuka, dan semestinya berasa gembira dengan kehadiran ini.

“Ini turut membuktikan bahawa PAS terus mendapat tempat di hati masyarakat,” ujar beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

Permohonan penubuhan cawangan tersebut disampaikan oleh wakil bagi setiap cawangan kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sempena Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS yang diadakan di Hotel Sandakan, dekat sini pada Sabtu.

Turut hadir ialah, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu serta beberapa lagi Ahli Jawatankuasa PAS Negeri dan Kawasan.

Hentikan proses pembodohan di IPTA!

Ahmad Lutfi Othman, 22 Jan 2013
Kontroversi "video Listen!" menyedarkan kita bahawa proses "brainwashing" dan "pembodohan" masih berterusan di kampus-kampus. Dan ia dilakukan secara terbuka serta dinaungi pihak berkuasa.

Lebih mengejutkan, majoriti mahasiswa, seperti dapat dikesan melalui paparan video berkenaan, nampak agak "kebingungan". Seolah-olah mereka bertepuk dan bersorak tanpa mengetahui hujung pangkal.

Terima kasih kepada ledakan teknologi maklumat dan keajaiban dunia komunikasi hari ini yang "secara tidak sengaja" telah mendedahkan  "penghinaan terhadap intelektual anak-anak muda" dan realiti sebenar di menara gading.

Sehingga 21 Januari, pengunjung klip video tersebut di YouTube mencecah lebih 960,000. Sekelip mata, pelajar tahun kedua undang-undang Universiti Utara Malaysia, KS Bawani dikenali ramai dan begitu popular.

Ada pihak melihatnya sebagai mengulangi jejak Adam Adli dan Umar Mohd Azmi, tetapi saya kira kes Bawani lebih klasik lagi.

UUM sejak sekian lama  dikenali sebagai antara universiti yang sukar memberi ruang selesa buat warganya menjalani kehidupan sebagai cendekiawan. Pernah mendapat jolokan "Universiti Untuk Mahathir" dan kewajiban mahasiswanya memakai "tali leher di tengah ladang getah" sering dijadikan bahan ketawa.

Saya teringat peristiwa lucu (dan juga tragis) pada akhir 1980-an, semasa menziarahi rakan-rakan pemimpin gerakan pelajar di Taman Siswa, Bandar Darul Aman, dekat Jitra (UUM ketika itu masih di kampus sementara).

Saya terpaksa dibawa menyelinap dari satu rumah ke rumah yang lain, kononnya untuk mengelabui pengawal keselamatan. Mereka cukup bimbang pelajar UM dipengaruhi "anasir asing".

Difahamkan, agak kerap pihak HEP melakukan pemeriksaan mengejut (spot check) ke atas bilik pengenapan mahasiswa yang disyaki menyokong pembangkang (PAS). Bukti yang dijumpai hanyalah buku-buku mengenai gerakan Islam!

Proses "cuci otak" ini -- seperti lagak Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin -- bukan hanya tertumpu di UUM atau kampus IPTA yang lain, khususnya di UiTM dan kampus-kampus yang agak muda usianya, malah melibatkan kakitangan awam di setiap peringkat, terutama dikendalikan Biro Tata Negara (BTN).

Program "brainwashing" itu selalunya dianjurkan secara tertutup, sarat dengan sentimen perkauman dan berselindung di sebalik faham agama yang sempit. Walhal tujuan sebenarnya hanyalah untuk mempertahan dan mengukuhkan kuasa Umno-BN.

Lagu "Anak Kecil Main Api", yang dinyanyikan di Perhimpunan Agung Umno 2012 merupakan mantera yang sentiasa diulangi dalam program indoktrinasi itu sehingga "bercucuran air mata" mengenang nasib malang "bumi dipijak milik orang". Alahai!


Bawani juga mengenangkan saya satu lagi peristiwa "memalukan", kali ini di kampus tertua, Universiti Malaya. Cuma adegan tersebut tidak dirakam dalam YouTube, sebaliknya hanya sekeping gambar mati.

Tarikhnya, 10 Februari 2011. Sekumpulan 20 mahasiswa UM dihalang secara tidak bertamadun daripada mengadakan sidang media, membantah beberapa peraturan pilihan raya kampus, yang sememangnya sengaja digubal untuk memberi laluan sukar kepada kumpulan Pro-M.

Tiba-tiba sahaja seorang pengawal keselamatan bertindak nekad menekap mulut seorang aktivis mahasiswa ketika beliau mahu memberi ucapan dalam sidang media itu. Gambar itu memang klasik dan patut diabadikan dalam sejarah "pembodohan massa" ini!

Dalam video Listen itu juga menyerlahkan bagaimana mahasiswa UUM dimomokkan dengan propaganda murahan mengenai demonstrasi jalanan, khususnya Bersih. S Ambiga diburukkan imejnya secara terbuka, begitu juga dengan pemimpin Pakatan.

Dan ketara sekali Sharifah dan konco-konconya mahu memaksakan pandangan mereka terhadap mahasiswa secara unilateral.

Cuma, saya kasihan melihat gelagat seorang pemimpin pelajar yang mengetuai bacaan ikrar-- yang kontang nilai dan maknanya -- rasanya Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa UUM. Nampak dengan jelas beliau seperti "diperbudakkan" oleh Sharifah.

Saya turut bersimpati dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, yang dilihat begitu bersungguh-sungguh, malah ikhlas, mahu membebaskan universiti daripada segala elemen yang merendahkan martabat ilmu dan ilmuwan.

Pada 5 Januari lalu, saya mengikuti forum anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang membincangkan pembabitan pelajar dalam PRU13, termasuk sebagai calon pilihan raya. Saifuddin yang diundang sebagai penalis (dan bersedia hadir) memberikan buah pandangan dan reaksi menarik, serta mengemukakan beberapa cadangan untuk mengembalikan status universiti ke landasan asalnya.

Saya kira Saifuddin keseorangan dan tidak mendapat sokongan, bukan sahaja daripada pemimpin Umno-BN, malah idea pembaharuannya itu diremehkan oleh pentadbir tertinggi universiti.

Baru-baru ini, beberapa universiti mendapat naib canselornya yang baru dan mereka yang dilantik itu merupakan bekas timbalan naib canselor yang menjaga hal ehwal pelajar. Sepanjang mengetuai HEP, permusuhan mereka  dengan mahasiswa yang mahukan perubahan begitu ketara.

Lebih menarik, mereka juga terbukti begitu aktif menekan persatuan pelajar dan turut memomokkan isu demonstrasi jalanan ini, seperti dilakukan Sharifah Zohra Jabeen dalam forum di UUM, pada 8 Disember 2012 itu.

Seorang profesor menulis surat kepada saya memaklumkan ia bukan satu kebetulan. Katanya, memang sengaja dipilih pegawai kanan yang berjasa  "menjinakkan" pelajar, sekali gus menyumbang kepada kepentingan elit penguasa itu sendiri. Mereka juga mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno.


Sepatutnya kes Bawani ini membuka jalan untuk kita meneropong dengan cermat apa sebenarnya berlaku di kampus-kampus?  Ia bukan saja menghimpit kehidupan mahasiswa tetapi juga "memenjarakan" para pensyarah dan kakitangan akademiknya. Kemudahan yang mereka terima dan lingkungan  universiti juga cukup daif dan langsung tidak menyuburkan tradisi ilmu.

Ada kalangan akademia yang masih memegang teguh idealisme terpaksa menelan segala peraturan dan situasi yang mengongkong itu asalkan dapat terus berbakti buat anak bangsa.
Dr Maszlee Malik sempat berkongsi "keperitan" tersebut dalam forum bersama Saifuddin itu. Saya kira sampai masanya perjalanan IPT di negara kita dibedahsiasat secara holistik ... atau mungkin proses itu lebih mudah jika kerajaan persekutuan bertukar tangan, insya-Allah.

II.

Ramai pembaca yang masih tidak puas dengan foto-foto menarik Himpunan Kebangkitan Rakyat yang kami siarkan. Mereka mahu melihat lebih banyak gambar "candid" terutama yang menggambarkan sisi-sisi istimewa, seperti gandingan masyarakat pelbagai kaum melangkah seiring menuntut hak.

Satu daripada tohmahan media Umno ialah penglibatan rakan-rakan Cina yang didakwa jauh merosot berbanding Bersih 3.0. Beberapa rakan FB saya menunjukkan bukti bergambar bahawa mereka mendapat ramai kenalan baru, dari masyarakat Tionghua.

"Di sebelah saya adalah seorang ahli perniagaan Cina berjaya, bergelar Dato'," kata seorang daripadanya. "Saya perhatikan banyak juga yang dia dermakan," tambahnya. Ada gambar disertakan dalam emel saya.

"Semasa berjalan dari Jalan Sultan dan Bukit Bintang, saya perhatikan ramai kawan-kawan Cina, cuma mereka seperti tidak selesa masuk ke stadium, dan ramai di antara mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang,  mahu memberi peluang kepada orang luar," ujar seorang rakan saya yang turut berarak lebih 10km.

Saya sendiri tidak berminat untuk menafikan tuduhan Utusan Malaysia itu. Semua sudah maklum gaya pemberitaannya, seperti juga TV3.

Namun begitu, bagi saya, kita terima sajalah laporan itu. Bukankah selama ini dibayangkan Pakatan Rakyat -- termasuk PAS yang dilihat agak menyerlah dalam HKH itu -- tidak mendapat sokongan bulat daripada masyarakat Melayu?

Orang Tionghua dikatakan bakal memberi undi tidak berbelah bahagi kepada Pakatan hinggakan  majoriti daripada 15 wakil rakyat MCA yang ada disebut-sebut akan tewas dalam PRU13.

"Orang bukan lagi bercakap soal berapa ramai ahli Parlimen MCA nanti, tapi orang berbicara soal berapa ramai lagi ahli MCA yang ada," kata seorang pemimpin kanan Pakatan, dalam nada bergurau.

Saya tidaklah sampai begitu sekali mahu memperkecilkan kemampuan MCA atau parti komponen BN lain, tetapi sekadar membayangkan bahawa BN kini hanya bersandarkan kepada sokongan orang Melayu. Seolah-olah sudah "berpatah hati dan berputus harap" dengan pengundi bukan Melayu, khususnya orang Cina.

Dan jika majoriti pengundi Melayu pun semakin mendekati Pakatan, khususnya PAS, termasuk menyertai HKR, saya kira itu perkembangan amat positif, 'kan? Bukankah mutakhir ini, kempen Umno -- yang nampaknya diterajui sendiri oleh Dr Mahathir Mohamad -- ghairah bermain dengan sentimen perkauman bagi mengikat sokongan orang Melayu?

FGVH catat nilai terendah RM4.36, peneroka rugi besar

Harakahdaily, 22 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) menjunam mengikut Indeks Komposit Kuala Lumpur semalam dan akhirnya tutup di bawah harga IPO pada RM4.42 semalam.

Ini adalah julung kalinya FGV ditutup di bawah harga IPO walaupun sebelum ini pernah mencecah ke paras RM4.52 dalam dagangan harian.

Semalam, FGV juga merekodkan harga terendah RM4.36 sebelum ditutup pada RM4.42. Kejatuhan ini menyebabkan para peneroka dan lain-lain pelabur rugi besar.
Selain itu, jika ini berterusan, peneroka juga bakal dibebani hutang dengan bank apabila pelaburan mereka rugi, hutang terpaksa dibayar bersama bunga bank.

Sementara itu, indeks KLCI merosot untuk hari keempat berturut sebanyak 40.81 points or 2.43 peratus pada hari Isnin.

Ini adalah penurunan paling besar sejak 26 September 2011.

Penganalisa berkata ketidak-tentuan politik dan tarikh pilihanraya antara faktor menyumbang kepada kejatuhan indeks KLCI.

Gerald Ambrose, pengarah urusan Aberdeen Asset Management dipetik The Malaysian Insider sebagai berkata keputusan pilihan raya kini dilihat oleh para pelabur sebagai faktor “risiko”.

“Saya cuma berkata pasaran akan lebih berisiko jika mereka masuk ketika menunggu keputusan pilihan raya,” katanya.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong  Chen pada 11 Januari 2013 mendakwa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) mengalami kerugian atas kertas yang dianggar RM75 juta ekoran pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Jumlah itu masing-masing RM40 juta bagi KWSP dan RM35 juta KWAP kata beliau. Harga FGV ditutup pada harga RM4.60 pada hari sebelumnya.

Katanya, kerugian itu adalah daripada jumlah keseluruhan pembelian saham oleh kedua-dua badan itu dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 iaitu kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP.

Anwar pertimbang ambil tindakan ke atas Hasan Ali

KeadilanDaily, 21 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum PKR itu dalam Utusan Melayu.
“Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. Saya akan bincang dengan peguam,” kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.

“Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan.

“Yang penting, keterangan terperinci oleh hakim yang mempertahankan kebebasan badan kehakiman. Dia (hakim) tahu kes ini melibatkan Umno. Dia juga tahu wakil Presiden Umno duduk dalam pengurusan Utusan,” jelas Anwar.

Anwar menyokong ketegasan Hakim Datuk VT Singham yang mempertahan kebebasan media tetapi perlu mengikut etika kewartawanan dan profesionalisme.

“Kebebasan media itu perlu tetapi bukan kebebasan menyebarkan fitnah. Dalam kes ini Utusan berulang kali dan paling tidak bertanggunjawab memfitnah saya kononnya saya menyokong homoseksualiti, mengikut pandangan Hassan Ali yang bertopengkan agama tapi bila ditanya tidak ada asas,” tegasnya.

“Sekali lagi saya bersyukur, berlaku satu lagi episod penegasan bahawa media Umno di bawah pengurusan Datuk Seri Najib Razak terus meningkat fitnah menjelang pilihan raya,” kata Anwar lagi.

Dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Lagi sekali Utusan kecundang di mahkamah

Aspan Alias, 21 Jan 2013
Datuk VT Singham, Hakim Mahkamah Tinggi hari ini memberikan kemenangan kepada saman DS Anwar terhadap Utusan Malaysia dan ini adalah kekalahan yang terbaru terhadap saman-saman yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Kes terbaru ini merupakan satu kes yang saya berminat untuk menulisnya sedikit sebanyak walaupun saya bukannya mahir dan faham tentang undang-undang secara mendalam.
Saya juga tidak mahu menyentuh tentang isu yang dihakimkan oleh mahkamah itu kerana semua orang tahu apakah isu yang berbangkit yang menyebabkan Anwar membawanya ke mahkamah untuk diadili. Tentulah jika ia membabitkan Utusan ia tidak lain selain dari tindakan Utusan yang membuat laporan dan tulisan yang tidak benar kerana membantu UMNO yang sedang dalam kegeringan sekarang ini.

Isu yang dibawa ke mahkamah oleh Anwar ialah isu penulisan Utusan Malaysia yang cuba mengelirukan rakyat untuk mempercayai Anwar adalah pejuang kepada LBGT. Perkara yang dibangkitkan oleh Utusan itu sememangnya diketahui umum sebagai satu fitnah yang berniat jahat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Apa yang menarik bagi saya ialah tentang komen Hakim VT Singham itu semasa pembacaan penghakiman beliau tentang isu Anwar VS Utusan ini. Yang Ariff VT Singham telah berkata semasa memulakan penghakiman beliau, “Judges aren’t party to the state…Judges are beholden to no man…” dan seterusnya beliau memberikan penghakimannya sampai selesai.

Dalam penghakimannya VT Singham telah mengarahkan Utusan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM45 ribu kepada DS Anwar dan ini merupakan kemenangan moral kepada pejuang-pejuang yang mahukan media massa memainkan serta melaksanakan profesyen mereka secara adil dan saksama serta beretika yang tinggi.

Kata-kata Hakim itu yang saya sebut di atas itulah yang saya hendak saya olah sedikit dalam posting ini. Apa yang dimaksudkan oleh VT Singham ialah Badan Kehakiman perlu bebas untuk keadilan yang sebenarnya. Badan Kehakiman merupakan badan yang sepatutnya bebas dari campur tangan Badan Legislatif mahu pun Badan Eksekutif negara.

Pengasingan kuasa ini sudah lama terkubur. Ia tercemar dan terkubur oleh Dr Mahathir Mohammad semasa beliau mengetuai Badan Eksekutif sehinggakan beliau bertindak ganas terhadap hakim-hakim Mahkamah Agung pada tahun 1998 dahulu.

Mahathir telah meruntuhkan sistem kehakiman kerana kepentingan beliau sendiri dan kata-kata VT Singham yang mengatakan secara terang yang ‘Judges are beholden to no man’ itu merupakan kata-kata yang sangat sedap hati orang seperti saya mendengarnya. Bagi Dr Mahathir tidak ada sistem yang baik kecuali sistem yang boleh diperkudakannya dan mempertahankan kepentingan peribadi beliau semata-mata. “Mahathir cares for no one. He is self serving, and appreciates no one but his own selfish self”. Itulah kata-kata yang selalu saya dengar semasa orang ramai berjuang untuk membetulkan isu kehakiman ini dahulu.

Hakim VT Singham juga mengingatkan supaya media massa tidak diperguna oleh pihak yang berkepentingan politik dan melaksanakan profesyen mereka secara benar dan jujur dan beretika.

Jika benih ini boleh disuburkan maka Badan Kehakiman akan dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadapnya dan ia akan lebih mudah untuk dicapai selepas perubahan yang bakal berlaku dalam pilihanraya yang akan datang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Sekat masuk Felda: Anak fail saman pemula

Hazayani Zakaria, 21 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan saman pemula memohon satu pengisytiharan bahawa tindakan Felda melarang sebarang ceramah politik diadakan di tanah rancangan adalah tidak sah.

Peguam Anak, Mohd Harris Abdullah berkata, tindakan menghalang itu bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Fasal 9 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, undang-undang itu menyebutkan, ‘Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan’.

"Kita sebagai rakyat Malaysia berhak untuk bergerak bebas di mana-mana bahagian Persekutuan," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Difahamkan, tindakan melarang program Pakatan Rakyat di Felda adalah bersandarkan kepada Seksyen 34 Akta Group Settlement Area (GSA) yang kononnya memperuntukkan kuasa pengurus rancangan.

Di bawah Seksyen 34. 2 (b) menyebutkan: “that upon such declaration being made, the area shall vest in the development authority” iaitu bahawa apabila perisytiharan dibuat, kawasan itu hendaklah terletak hak pada pihak berkuasa pembangunan.

Namun Harris berkata, Felda hanyalah agensi yang menguruskan tanah yang tertakluk kepada kerajaan negeri.

"Jadi Felda tidak ada hak untuk menghalang mana-mana pihak untuk masuk ke Felda," tegasnya.

Justeru saman pemula itu akan difailkan Isnin depan di Mahkamah Tinggi Kuantan dengan menamakan Pengurus Pejabat Felda Jengka 12, Mohd Yazid Abdullah dan Penolong Pengurus Besar Komoditi wilayah Jengka yang mengeluarkan arahan sekatan itu.

Sementara itu, Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, sekatan ke atas mereka untuk masuk ke Felda semakin melampau sejak Faizol ahmad mengambil alih jawatan Penagrah Besar Felda.

"Sekarang ini kita nak buat majlis di rumah ahli sendiri pun disekat. Tapi kalau program Umno boleh sahaja dibuat di Felda," katanya.

Kalah saman: Eloklah Utusan ‘gulung tikar’

Harakahdaily, 21 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Akhbar Utusan Malaysia dinasihatkan supaya ‘gulung tikar’ atau tutup sahaja operasinya kerana sering kalah dalam kes saman.
Demikian saranan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi.

Justeru, beliau merasa simpati kepada Utusan Malaysia kerana kerap kalah di mahkamah dan terbaru adalah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas akhbar tersebut di atas kesalahan memfitnah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar tersebut awal tahun lalu.

Katanya, dengan siri kekalahan Utusan Malaysia di mahkamah, apalah malang bagi rakyat Malaysia memiliki akhbar nasional yang rendah mutunya sehingga boleh dibakulsampahkan.

“Hampir setiap kes yang dibawa di mahkamah, akhbar ini kalah dan terpaksa membayar gantirugi.

“Selepas ini berapa banyak lagi kes akan dibawa ke mahkamah dan berapa banyak lagi kes Utusan akan kalah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, beliau sendiri merasa malu untuk menatap dan membaca akhbar tersebut.

“Saya merasa malu akhbar ini dijadikan akhbar rasmi di mana-mana perpustakaan, dihidang disekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, dijual di kedai-kedai buku ternama, malah dijual di kedai kaki lima, seolah-olah apa yang dibaca dan ditatap oleh rakyat adalah akhbar pembawa berita palsu dan penyebar fitnah tersohor di negara ini,” ujarnya yang juga seorang peguam.

Menurutnya, reputasi Utusan di mata rakyat kini sudah jatuh merudum.

“Apakah ada berita yang ada dalam akhbar itu boleh dipercayai lagi?” tanya beliau,

Kerana itulah, ujarnya ada rakyat yang nakal membaca akhbar Utusan secara terbalik, sama ada benar-benar terbalik atau memahami maksud Utusan dari sudut yang terbalik.

Jika benar kata akhbar tersebut, kata beliau maknanya berbohonglah ia, jika bohong kata Utusan maka benarlah berita itu.

Sepatutnya, tambah beliau lagi keputusan mahkamah itu menjadi suatu pengajaran paling berharga buat Utusan atau mana-mana akhbar, termasuk media televisyen dan radio.

Beliau berkata, budaya fitnah, menokok tambah cerita, mengadu domba, dan melaga-lagakan pemimpin adalah budaya liar yang ditolak oleh masyarakat negara ini.

Katanya, rakyat tidak menerima sama sekali budaya pemberitaan yang dibohongi bagi menyenangkan pihak tertentu.

“Saya nasihatkan Utusan supaya ‘gulung tikar’ atau tutup sahaja akhbar tersebut daripada menanggung malu di samping kos yang banyak untuk membayar saman di mahkamah, lebih baik Lembaga Pengarah Urusan Utusan berbincang untuk menjalankan perniagaan lain yang lebih menguntungkan.

“Lebih baik menjadi sebuah majalah dakwah alternatif untuk kepentingan umat Islam di negara ini, setidak-tidaknya ada juga manfaat dan pahalanya kepada umat Islam,” ujarnya.

Berpakaian jarang diharam cium bau syurga

MANUSIA memerlukan pakaian bagi membalut atau menutupi tubuhnya. Pakaian adalah nikmat Allah yang penting kepada manusia.

Allah menyuruh manusia, khususnya umat Islam supaya memakai pakaian, seperti firman-Nya bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang atau pun memasuki masjid, makan dan minumlah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas."(Surah al-A'raaf, ayat 31).

Pada masa ini, ramai berpakaian bagi melambangkan personaliti dan melindungi tubuh daripada cuaca panas atau sejuk.

Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas, maka rekaan dan corak pakaian pun sentiasa bertukar dan semakin canggih. Oleh itu, tidak hairan jika hari ini lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak dan moral.
Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian tertentu untuk dipakai, baik ketika beribadah atau luar ibadah. Islam menetapkan pakaian itu mesti menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.
Pakaian itu tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan yang melihatnya.

Antara adab berpakaian yang diatur oleh Islam ialah:-

l Hendaklah menutup aurat.
Aurat lelaki menurut ahli hukum Islam ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.
Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Hadis riwayat Imam Bukhari).

l Pakaian tidak jarang supaya tidak menampakkan tubuh.
Pakaian yang jarang menampakkan aurat dan tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Nabi bersabda bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

l Pakailah pakaian yang tidak ketat supaya tidak kelihatan bentuk tubuh. Lagi pun pakaian yang ketat menyusahkan pergerakan pemakainya.

l Memakai pakaian yang tidak menimbulkan rasa sombong di hati pemakainya. Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat."
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud: "Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

l Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam kerana dibimbangi orang Islam akan meninggalkan keperibadian Muslim sendiri.
Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

l Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya.
Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Nabi juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

l Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera kerana diharamkan kaum lelaki memakai sutera.
Nabi bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Hadis riwayat Muttafaq 'alaih)

l Muslimah perlu melabuhkan pakaian hingga menutupi kaki. Pakailah tudung/mini telekung yang sesuai bagi menutupi kepala/rambut, tengkuk, leher dan dada.
Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

l Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai. Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga melambangkan kesucian.
Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya." (Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim).
Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.

l Lelaki Islam tidak dibolehkan memakai cincin emas. Nabi bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

l Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan. Apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakanlah dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

l Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakanlah juga dengan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."

l Apabila memakai pakaian yang baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi (bermaksud): "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakaikannya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya, Demikian itu telah datang daripada Rasulullah."

l Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian supaya memperoleh keberkatan. Ketika memakai pakaian, lafazkanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."

Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya. Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah imej seorang Muslim.

Sumber : http://www.tranungkite.net/

Jangan sombong dan bongkak di bumi Allah.


You want to challenge Allah S.W.T

• The man who build Titanic was asked,How safe the Titanic would be?

With an ironic tone he said "Not even God can sink it"

& we all know what happened to Titanic!

• President of Brazil Tancredo Neves during a campaign said he got 500,000 votes from his party and not even God can remove him from presidency.

He got the votes but he got sick and died a day before being president.!

• Cazuza, Brazilian singer & poet during a show while smoking puffed out some smoke in air and said "God that's for you"

He died at the age of 32 from Lung cancer in a horrible manner!

Now see what Allah says in the Glorious Quraan:

"And walk not on the earth with conceit and arrogance. Verily, you can neither rend nor penetrate the earth, nor can you attain a stature like the mountains in height. "(Al-Isra 17:37)


Bismillahirrahmanirrahim . .
15 March 2012 , Thursday . .

Nak tahu ke ? 15 orang yang takkan cium bau syurga ? Takuuttt nya , jom kita tengok di bawah ni , haaa !


15 golongan tak cium bau syurga (sedangkan syurga itu dapat dibau sejauh 1000 tahun perjalanan.. bau tak dapat apatah lg masukk)

1)orang derhakai ibu bapa
2)org yang mengaku bapa kepada insan yang bukan anaknya
3)org yang putuskan hubungan silaturrahim (hubungan keluarga)
4)isteri yang meminta cerai tanpa sebab munasabah(kesalahan yang patut disisi syarak) pada suaminya
5)perempuan yang keluar rumah dengan bersolek (tabarruj)
6)orang tua yang berzina
7)orang yang bersifat takabbur (pakaian bermegah2 / khuyalak)
8)orang yang belajar ugama semata mata untuk kepentingan dunia (belajar semata2 nak tunjuk pndai kat orang/ajak berdebat dsb)
9)peminum arak tegar (kekal)
10)orang yang suka ungkit2 amalan tnpa sbb munasabah (mannan)
11)orang yang mati yang ada dalam diri nya sikap kibr(sombong)
12)orang yang membunuh kafir dzimmi / muahad (kafir yang bayar cukai kepala / jizyah)
13)pemimpin yang tidak menasihati (keagamaan) kepada rakyat
14)pemimpin yang berlaku zalim pd rakyat
15)orang tua yang mencelup dan menghitamkan ubannya....

semoga ALLAH pelihara ummat ini dengan sifat2 sedemikiann....Dan dijauhkan daripada perkara-perkara di atas , Aminnnn .


Setakat itu sahaja yang Yana sampaikan , sekian Assalamualaikum , kbubui ! ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan