Khamis, 31 Januari 2013

JANGAN KITA ORANG YANG CELAKA...ATAU BUAT KERJA2 CELAKA

Daftar pemilih tak mungkin 100 peratus bersih, kata SPR
Posted on Wednesday, January 30 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Zurairi AR

PUTRAJAYA, 30 Jan - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata adalah mustahil untuk daftar pemilih bersih sepenuhnya, walaupun menerima tuntutan untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa tidak ada sebuah negara yang 100 peratus daftar pemilihnya bersih kerana kematian, berpindah atau penarikan kewarganegaraan.

"Kita telah cuba sebaik yang boleh untuk bersihkan daftar pengundi mengikut undang-undang," kata Abdul Aziz kepada pemberita hari ini.
"Jika saya bersihkan daftar pemilih hari ini, esok seseorang (mungkin) mati, ia akan tidak bersih lagi."
Abdul Aziz mengatakan SPR tidak boleh secara undang-undang mengubah daftar pemilih sewenang-wenangnya.
SPR turut menyebut tarikh pilihan raya 2013, dimana perdana menteri Australia Julia Gillard mengumumkan pilihan raya negara itu berlangsung lapan bulan dari sekarang.
"Apa saya boleh katakan tarikh pilihan raya semakin hampir," kata Abdul Aziz lagi.
"Kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain, kita ada cara kita sendiri."


سُوۡرَةُ لهب / المَسَد
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ (١) مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُ ۥ وَمَا ڪَسَبَ (٢) سَيَصۡلَىٰ نَارً۬ا ذَاتَ لَهَبٍ۬ (٣) وَٱمۡرَأَتُهُ ۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ (٤) فِى جِيدِهَا حَبۡلٌ۬ مِّن مَّسَدِۭ (٥)
Surah Al-Masadd
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama; (1) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. (2) Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang. (3) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. (4) Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. / (5)

 


Surah Al-Masad - سورة المسد

Dengar Surah Al-Masad
Bismillah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001 Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
(Al-Masad 111:1) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A002 Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
(Al-Masad 111:2) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A003 Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
(Al-Masad 111:3) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A004 Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
(Al-Masad 111:4) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A005 Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.


 ASTRO pula jadi CELaka!!!
Posted on Wednesday, January 30 @ 21:38:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Oleh WTKO



Satu drama yang ditayangkan oleh ASTRO menghina Islam dan sengaja memburuk-burukkan ISLAM!! Drama mengenai wanita yang memakai niqab digambar bergaul bebas dengan bukan mahram malah bersentuhan tanpa batasan.

Penerbit ASTRO memang sengaja untuk menghina Islam!! Perbuatan celaka seperti ini tidak boleh dibiarkan, sebelum banyak lagi filem dan drama yang menghina Islam akan di sajikan!! KITA perlu bertindak SEGERA!!



 

Drama Astro Prima Sahara Mencemarkan Islam? | Allahuakbar penulis harap pihak astro mengambil tindakan untuk drama astro prima sahara yang memalukan nama Islam terutama sekali wanita islam yang niqabis.
Penulis tak paham sungguh , dah memang terang lagi bersuluh drama SAHARA tu bertentangan syariat ISLAM.
Penulis malu pelakon yg memakai niqab tu membawakan watak bergitu berpelukan dengan bukan mahram, sungguh merosakkan pandangan orang awam terhadap wanita berniqab .
DRAMA ASTRO PRIMA SAHARA MENCEMARKAN ISLAM?
Anda lihat video promo share, apa tindakan kita? hanya lihat dan biarkan sahaja.
Drama ini patut dikritik dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab.
Wanita berhijab tidaklah sedemikian murah untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram.
VIDEO PROMO DRAMA SAHARA

Bagi penulis tak perlu untuk pelakon lelaki tersebut meraung menjerit-menjerit i love u sahara, i love u sahara ini bukan cara Islam untuk meluahkan rasa perasaan cinta.
Drama Astro Prima Sahara
Anda juga boleh pergi ke page Hentikan Drama Sahara yang banyak kongsikan update terbaru mengenai isu drama sahara.
 
Penulis sudah dapatkan respon dari facebook dan twitter mengenai drama sahara.
Lihat antara pandangan orang ramai mengenai Drama Sahara .
Drama Astro Prima Sahara
2
3
4Klik untuk besarkan gambar dan untuk boleh membaca.
Anda boleh ikut perkembangan mengenai komen isu drama sahara di sini
KOMEN USTAZ ZAHARUDDIN.NET TENTANG DRAMA SAHARA
    Tapi saya tidak mahu duduk diam-diam sahaja, ataupun duduk bising-bising tapi tiada tindakan yang diambil. Saya nak cuba untuk mengambil langkah proaktif.

    So, saya hantar complaint straight dekat ASTRO untuk meminta mereka hentikan siaran “Sahara” (sila rujuk screen capture).
    Berikut ialah mesej penuh yang saya hantar kepada mereka:
    “Saya, sebagai seorang Muslim di Malaysia, tidak bersetuju dengan cara Islam digambarkan dalam drama “Sahara” yang disiarkan di ASTRO PRIMA. Adegan-adegan seperti berpegang-pegangan dengan yang bukan mahram dan menjerit-jerit “I love you, Sahara!” adalah bertentangan dengan Islam.
    Tambahan pula, imej wanita Islam yang bertudung dan berniqab juga tercemar.
    Justeru, saya meminta jasa baik pihak yang berkenaan untuk menghentikan siaran drama tersebut serta merta.
    Sekian, terima kasih.”
KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS TENTANG DRAMA SAHARA
Komen Ustaz Azhar Idrus tentang Drama Sahara
Mari semua umat islam yang ada akaun astro bertindak segera! Jalankan tanggungjawab anda sebagai umat islam! Pastikan pihak Astro Hentikan Drama Sahara ini!
Berikan komen dan pendapat anda mengenai Isu Drama Sahara ini, insyAllah dengan harapan pihak astro akan memandang masalah ini.

Sumber
http://harianislam.com/2013/01/30/drama-astro-prima-sahara-apa-tindakan-anda/
 Umno Titiwangsa Mengesahkan Salah Guna Dewan Orang Ramai
Posted on Wednesday, January 30 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh AHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI

Saya membaca respons Datuk Johari Abdul Ghani, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa di dalam akhbar Sinar Harian kelmarin apabila kenyataan saya mengenai penyalahgunaan dewan orang ramai di Parlimen Titiwangsa oleh UMNO bahagian disiarkan. Kenyataan Datuk Johari menyebut bahawa dewan-dewan itu hanya digunakan untuk Majlis Perasmian Gerak Kerja Pilihanraya di Zon Kampung Bharu, Zon Datuk Keramat, dan Zon Kampung Pandan dan bukannya bilik gerakan.

Kenyataan Datuk Johari telah mengesahkan bahawa UMNO sememangnya telah menggunakan dewan-dewan tersebut untuk kegiatan parti mereka. Jika dewan tersebut digunakan hanya untuk majlis perasmian Gerak Kerja Pilihanraya, sudah tentu perasmian tersebut hanya memakan masa beberapa jam atau paling lewat sehari sahaja. Tetapi mengapa sehingga sekarang bendera UMNO-BN masih terpasang sekitar dewan-dewan manakala banner tertulis perasmian Bilik Gerakan masih digantung di depan dewan? Dalam erti kata lain, mengapa sehingga sekarang UMNO masih tidak kosongkan kesemua dewan-dewan orang ramai yang digunakan mereka?
Tambahan pula, jika mereka menggunakan premis awam ini untuk majlis Perasmian Gerak Kerja Pilihanraya sahaja, mengapa pula dewan ini telah digunakan sejak bertahun dahulu?
Isu penggunaan dewan oleh UMNO bukan sehari dua ini muncul, tetapi telah berbangkit sejak sekian lama. Malah Almarhumah Dr Lo' Lo' Datuk hj Ghazali selaku Ahli Parlimen Titiwangsa pernah membangkitkan perkara ini tetapi tiada reaksi apa-apa dari UMNO Bahagian. Saya mengambil inisiatif mendedahkan perkara ini kerana terlalu banyak rungutan daripada penduduk mengenai penyalahgunaan dewan orang ramai oleh UMNO Bahagian. Apakah Datuk Johari tidak menyedari perkara ini dan apakah beliau tidak merasa malu dengan tindakannya?
Jika UMNO Titiwangsa dikatakan banyak membantu membiayai kos penyelenggaraan dewan-dewan orang ramai, sepatutnya mereka menjadikan dewan tersebut benar-benar diduduki oleh orang ramai untuk kepentingan rakyat, bukannya untuk UMNO. Banner, bendera serta dan sepanduk yang terpacak di depan dewan-dewan ini menjadikan orang ramai semakin takut untuk menghampirinya. Ini bukannya untuk membantu rakyat, tetapi lebih menyusahkan rakyat. Rakyat pasti merasa kesal kerana dewan komuniti yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti masyarakat seperti kenduri kendara tidak dapat digunakan kerana diambil alih oleh UMNO.
Saya ingin mengingatkan UMNO Titiwangsa bahawa penyalahgunaan mana-mana premis awam untuk kepentingan parti politik dalam pilihanraya adalah suatu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Mengikut tafsiran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penyalahgunaan premis awam untuk kepentingan parti politik dianggap sebagai salahguna kuasa dan boleh diambil tindakan.
Justeru, saya sekali lagi mencabar Datuk Johari dan UMNO Titiwangsa supaya segera mengosongkan dewan komuniti atau dewan orang ramai untuk kegunaan orang ramai. Carilah mana-mana premis eksklusif dengan biaya parti sendiri sebagaimana PAS lakukan. Mari kita bertanding di pentas politik pilihanraya di atas padang yang sama rata, baru kenal langit itu tinggi atau rendah.
AHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI
Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa


 Aduan Salah Laku Ksu Kementerian Belia Dan Sukan Siri II
Posted on Wednesday, January 30 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WARGA YANG MELUAT

MENYALAHGUNAKAN KUASA DENGAN MENUBUHKAN SYARIKAT PROKSI STADIUM FIRST SDN. BHD BAGI MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGAUT PERUNTUKKAN KBS BAGI PIHAK DIRI SENDIRI.

Stadium First Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai syarikat proksi kbs yang menguruskan segala program-program mega KHUSUSNYA HARI BELIA NEGARA SETIAP TAHUN...serta penyewaan khemah-khemah untuk semua event yang dibuat oleh KBS diketuai oleh CEO kroni Mohid iaitu Roslan Sadikon.

Roslan Sadikon ini merupakan ‘orang kanan' Mohid yang bertindak sebagai orang tengah untuk mengaut segala komisyen-komisyen event @ program besar yang melibatkan pulohan Juta Ringgit daripada KBS akan diberikan secara terus tanpa Tender Terbuka kepada Stadium First (SF)!!!!
Masih ingatkan saudara/ ri dengan bayaran RM10 juta untuk artis Hip Hop dari Korea Super Junior yang didatangkan khas untuk Himpunan Hari Belia Negara 2011 (HBN) yang mendapat kritikan hebat oleh masayarakat belia adalah dibayar oleh SF ini. Apatah lagi perbelanjaan untuk HBN tahun 2011-2012 juga adalah mencecah lebih daripada RM25 juta...banyak tu komisyen yang Mohid dapat !!!.
Oleh yang demikian bagi menyenangkan urusan komisyen dan juga duit perbelanjaan bulanan diberikan secara terus (masuk akaun) Mohid ni, Mohid telah melantik Roslan Sadikon orang yang tidak ada pengalaman pun dalam soal pengurusan event ni (yang tiba-tiba datang macam putera bunian) terus dilantik sebagai CEO SF. Sudah ada perjanjian MOU Roslan Sadikon untuk membayar Mohid setiap bulan sekiranya ada projek yang masuk ke SF!! Jadi bayangkanlah berapa komisyen yang akan dibayar secara bulanan kepada Mohid ni setiap kali SF mendapat projek daripada KBS.

Mohid juga melantik Wan Ramli Wan Daud, Setiausaha Sumber Manusia (SUB) di KBS sebagai COMPANY DIRECTOR DI STADIUM FIRST... bagaimana seorang Pegawai awam yang masih lagi berkhidmat di KBS dan menerima gaji daripada kerajaan BN dilantik sebagai Company Director yang mestinya dibayar Elaun secara bulanan daripada SF???

Maknanya Wan Ramli ni menerima gaji 2 x imbuhan setiap bulan hmm.. hebat betul yer.. dah lah di KBS memegang jawawatan PTD M54 gaji tidak kurang RM10,000.00 sebulan YANG KERJANYA ASYIK MENUKARKAN PEGAWAI-PEGAWAI YANG TIDAK SEBULU DENGAN MOHID dan di SF juga sebagai Pengarah Syarikat busuk-busuk pun mesti terima RM10,000.00 sebulan juga. Jadi RM20,000.00 sebulan. Banyak betul... hebat betul BARUA NO 1.. MOHID NI..
Meletakkan Wan Ramli di SF ni adalah perancangan rapi Mohid sebagai barua mata dan telinga beliau di Stadium First selain Wan Nor Azinah Zaniby yang baru bertukar ke PJS dekat tu dengan stadium First!! sebagai pegawai yang baru dilantik di PJS bekas Pengurus Besar Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sebagai Barua no 2 MOhid untuk mengira berapa komisyen yang beliau akan dapat setiap bulan bulan sebagai wang belanja untuk bercuti di luar Negara dan main golf di Over Sea.. setiap bulan.!!!!...(boleh tengok lampiran yang disediakan)
SF juga telah mendapat pejabat operasinya di bangunan Stadium akuatik KBS di Bukit Jalil tanpa di kenakan apa-apa sewaan bulanan!! Dah lah projek banyak masuk!! Kos sewa pejabat pun xpayah bayar!! Bagus betul kerja Mohid!!..
2. MEMASUKKAN DUIT PERUNTUKAN KBS SEBANYAK RM5 JUTA KE DALAM AKAUN HARAM (TIDAK RASMI) MBM UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.
Sebagai perancangan rapi untuk mendapatkan wang lebih setiap bulan, Mohid juga telah memasukkan wang berjumlah RM5 juta ke dalam akaun haram MBM yang hanya boleh diakses oleh presiden MBM sahaja untuk diberikan kepada Mohid ikut berapa yang boootak!!!! ni nak setiap bulan.
RM5 juta itu adalah duit lebihan peruntukkan daripada Caw. Strategik dan Sosial KBS yang Pengarahnya Barua no 3 Mohid ...Engku Azmi bin Engku Basri yang kerjanya melaksanakan program politik ala-ala JASA di bawah Kementerian Penerangan gitu.. bagi mengampu Mohid dan asyik mencari salah orang yang tidak sehaluan dengan Mohid dan akan dimaklumkan kepada Wan Ramli untuk MENUKARKAN orang tu tanpa sebarang sebab!!!
Wang RM5 juta itu adalah duit belanja Mohid yang digunakan untuk bermain golf di luar Negara dan juga duit belanja Holiday Over Sea beb.....!!!. so xpayah pakai duit sendiri... boleh pakai duit KBS yang dibuat seperti DUIT KEPALA BAPAK DIA PUNYA SENDIRI!!!!

3. MENGEKALKAN PEGAWAI-PEGAWAI YANG BERMASALAH, KORUP DAN TIDAK KOMPETEN DI BAHAGIAN-BAHAGIAN PENTING DI KBS SEBAGAI BARUA UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN BELIAU DI KBS.
Wan Ramli Wan Daud -barua no 1 Mohid yang juga SUB Bahagian Sumber, bahagian tukar-tukar pegawai.. Bab naik pangkat pegawai...yang tidak sehaluan dengan Mohid.. tu lah kerja UTAMA DIA.... nilah merupakan barua yang paling hebat dan yang paling dipercayai oleh Mohid.. kalau tidak tak kan diletakkan Wan Ramli sebagai Pengarah Syarikat yang ada kepentingan secara langsung dengan Mohid!!!

Engku Azmi Engku Basri, yang baru naik pangkat S54, Pengarah Caw. Haram Strategik KBS, yang jadi barua no 2 Mohid ..BERKUASA MENENTUKAN .. SIAPA YANG boleh naik pangkat dan siapa yang patut ditukarkan!!!. Pegawai yang boleh bagi duit kat Mohid berapa sahaja yang Mohid nak.... Banyak saluran projek di bawah cawangan beliau!!
Wan Azinah Zaniby-yang baru naik pangkat S48, isteri Engku Azmi yang jadi barua Mohid di PSM Bekas Pengurus Besar PSM yang jadi tukang jaga komisyen Mohid untuk projek-projek kerja selenggara stadium bawah PSM!!.
Hasnata barua no 1 engku azmi ( S48), yang diberi kuasa untuk membawa duit Cash!! Dalam beg melebihi RM1 juta setiap kali diangkut dengan beg sandang!! DAN BOLEH DIBERIKAN SECARA CASH MONEY KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MOHID NAK....ATAS NAMA PROGRAM KBS...Untuk kerja-kerja kotor politik Mohid dan Bosnya Engku Azmi!!!
Rosli Ibrahim (M52) KPSU Kewangan - merangkap barua no 4 Mohid, yang dah beberapa kali pindah kementerian tapi masih kembali ke KBS, kerana diberikan tugas Penting untuk jaga setiap projek-projek di bawah IKBN yang berniai ratusan Juta Ringgit!!... Setiap tahun dan dipastikan setiap projek diberikan keada Syarikat Proksi Mohid kalau tidak tak kanlah satu syarikat yang di punyai oleh orang yang sama boleh dapat projek chatering makanan seluruh IKBN dalam Malaysia???
Otman Arshad (M54) SUB Kewangan - barua yang setia dengan Mohid....yang jaga segala urusan kewangan bagi tender dan projek kepada syarikat proksi Mohid yang tidak pernah bertukar ke kementerian lain.. walaupun dan lebih 10 tahun di KBS.!!!!
Dan ramai lagi barua Mohid di KBS ni...tunggu siri iii yer.......
4. MENGAMBIL PEKERJA KONTRAK TANPA PROSES TEMUDUGA DAN DITANDATANGANI OLEH SUB PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KBS.
Dengan restu Mohid....Wan Ramli barua no1..yang menjadi SUB Sumber Manusia KBS telah menyalah gunakan kuasa beliau dengan melantik anak beliau sendiri (dengan menandatangani surat perlantikan jawatan ke Gred S27) anak beliau tanpa proses temuduga ataupun saringan keselamatan jawatan pegawai awam.!!!
Anak wan ramli yang masuk kerja d KBS dilantik oleh bapak dia sendiri tetapi dibayar gaji oleh KBS!!! Ini merupakan satu kerja penyalahgunaan kuasa yang paling jelas di KBS semuanya atas restu KSU!!!!
Wan Ramli juga bertindak menukarkan mana-mana pegawai yang didapati tidak sealiran dengan Mohid!! Tapi demi menjaga periuk nasi beliau bersama mohid (nak nasi tambah selalu!!!...) kadang-kadang asas perlantikan dan kenaikan pangkat pegawai langsung tidak melihat scenario seniority pegawai yang lain.
Dan apa yang pasti mohid dan wan ramli ni lebih berminat kepada golongan kaum hawa untuk mengetuai apa-apa jabatan yang penting di KBS walaupun kadang-kadang dilihat pegawai hawa yang dilantik langsung tidak layak mengetui JBSN di peringkat negeri!!!!.. sekarang ni dilihat lebih daripada 50% jawatan sektou utama diberikan kepada kaum hawa ini yang dilihat oleh Mohid dan Wan ramli sebagai Barua-barua yang senang dijinakkan dan di suruh buat apa sahaja tanpa APA-APA....BANTAHAN!!!!
Memang DASAR jenis yang gila betina mamat 2 ekor ni!!!!.....

APA YANG PASTI...Sekarang ini senario ini masih lagi berlaku di KBS..... dan pihak-pihak yang diatas masih lagi bermaharaja lela melakukan apa sahaja PERBUATAN DAN tindakan mengikut hawa nafsu gila mereka!!! TANPA APA-APA SEKATAN DARIADA PIHAK LUAR!!!

Pihak-pihak yang sepatutnya mengawal dan memantau perkara ini daripada terus berulang HANYA MENDIAMKAN DIRI DAN BERPELUK TUBUH SAHAJA!!!!!...
TAPI TIDAK MENGAPA.. SELAGI PERKARA INI MASIH BERTERUSAN DAN MOHID TIDAK DIKELUARKAN DARI KBS. DAN SEGALA PERJAWATAN KBS TIDAK DIBETULKAN SEMULA.... SAYA YAKIN PROTES DAN SILENT MAJORITY DARIPADA SEMUA PEGAWAI KBS AKAN DIZAHIRKAN DALAM PRU 13 NANTI.....

SAMA-SAMA KITA TUNGGU EPISOD SETERUSNYA....
SIRI III..... TUNGGUUUUU........


DARIPADA:
WARGA YANG MELUAT TENGOK MOHID DI KBS ........



 Zainon? Saya juga nak tanya dia itu, siapa?
Posted on Wednesday, January 30 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Berita Oleh JAMILAH HAMZAH

SHAH ALAM - "Saya tidak tahu, saya tak pernah bermimpi pun mengenai perkara itu." Demikian kata Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh (gambar) kepada Sinar Harian Online berkenan laporan bahawa akan ada lagi yang akan dipecat susulan kes bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Mengikut laporan terbaru, seorang  bekas pengikut setia Pas Zainon Ismail menyatakan seorang pemimpin kanan Pas, Datuk Harun Taib dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura.

Menurut Nik Zawawi, beliau tidak pernah mengenalinya, sekali gus mempersoalkan status Zainon dalam Majlis Syura.

Beliau juga berkata pihaknya tidak mahu melayan sesuatu kenyataan yang tidak dikeluarkan oleh Majlis Syura.

"Dia (Zainon) tahu mana? Saya juga nak tanya dia itu, siapa?

"Kalau kenyataan dari dia saya memang tak mahu komen," katanya.

Dalam laporan media, Zainon turut berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas Nasharudin digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Januari lalu.

"Majlis Syura Ulama Pas adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," katanya  yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai adakah perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dan pihaknya ingin menafikannya, Nik Zawawi berkata, beliau tidak mahu megulas lanjut.

"Maaflah saya tak mahu komen lagi," katanya lagi. - Sinar Harian
 Pemimpin Hamas temu Presiden KEADILAN Khamis ini
Posted on Wednesday, January 30 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Aisha Geoffrey

PETALING JAYA 29 Jan: Dua pemimpin Hamas dijadual akan bertemu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya di sini Khamis ini.

Pemimpin berkenaan adalah Ahli Kabinet Hamas, Walid Amudi dan balu salah seorang pengasas Hamas, Dr Aziz Rantisi, yang syahid pada 2004.

“Khamis ini saya akan bertemu wakil Hamas. Mereka kata nak buat kunjungan hormat. Datang mengucapkan ‘hello’ sebab mereka tahu kita (KEADILAN) punya hubungan baik (dengan Hamas),” kata Wan Azizah ketika ditemui di pejabat beliau, hari ini.

Isteri Ketua Umum KEADILAN itu turut menyatakan harapan dan sokongan terhadap perjuangan umat Islam di Gaza, Palestin.

“Kita beri sokongan semampu yang boleh. Tak kira dalam apa jua yang memberi kebebasan kepada Gaza. Dengan harapan rakyat tak perlu ditindas lagi, dan Gaza sendiri tidak berpecah,” kata beliau.

Umat Islam di Palestin mengalami kezaliman Zionis Yahudi sejak lebih 70 tahun lalu dengan pelbagai cabaran.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Mahmoud Abbas dan mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin di Gaza yang memilih secara demokratik Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri.

Katanya, Pakatan juga secara konsisten termasuk pada sidang Parlimen Disember 2012, mengutuk keengganan kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas.

Ketua Penerangan KEADILAN, Muhd Nur Manuty menyifatkan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza 22 Januari lalu semata-mata mahu meraih undi orang Melayu-Islam pada Pilihan Raya Umum ke 13.

“Ia sekadar memberi bayangan memberi kononnya Umno bersama Palestin sedangkan selama ini mereka pasif berhubung isu Hamas.

“Najib selama ini tidak pernah mengiktiraf Hamas. Sejak zaman Mahathir Mohamad, Umno tidak mengiktiraf Hamas. Buktinya pemimpin Hamas dihalang masuk ke Persidangan Negara-negra Berkecuali (NAM) pada 2006,” katanya.

Dalam kunjungan itu, Najib bertemu Ismail Haniyeh dan menawarkan bantuan dalam usaha perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Sumber
 'Ahli PAS menangis pun tidak, ketawa pun tidak'
Posted on Wednesday, January 30 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: imamsurau

"

Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.
Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air. 
"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat.

"PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Pengguguran Nasharuddin diumumkan Setiausa Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 27 Januari lalu.

Ia dikatakan berpunca daripada kegagalan beliau mematuhi beberapa peraturan majlis syura - antaranya ialah kegagalannya menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu.

Sebelum ini, Nasharuddin sendiri tidak hadir ke muktamar tahunan PAS yang lalu walaupun beliau pernah menyandang jawatan timbalan presiden PAS.

Mengulas lanjut, Agus menegaskan di luar lingkungan PAS, orang ramai melihat pengguguran Nasharuddin sebagai satu isu sampingan.

Justeru Agus meramalkan nasib politik Nasharuddin tidak akan mampu menimbulkan 'gelombang' rakyat - satu fenomena yang menurutnya hanya mampu dicetuskan personaliti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pengundi kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu seperti keadilan sosial dan pentadbiran.

"Jikalau isu-isu sempit, ia tidak akan memberikan kesan melainkan ia melibatkan isu-isu sejagat," katanya.

Sebelum ini, Nasharuddin dilihat semakin intim dengan kepimpinan Umno terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penggugurannya juga berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menemani Najib melawat Palestin.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Zainal Kling sependapat dengan Agus dan merasakan faktor Nasha tidak akan banyak mempengaruhi senario politik negara menjelang pilihan raya.

"Kita sendiri melihat Nasha tidak ada pengikut yang kuat, tidak banyak reaksi dari anggota PAS berkenaan pemecatan ini.

"Saya tak fikir dia (Nasha) akan beri sumbangan besar kepada kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang ini," katanya.

Bagaimana pun, beliau meramalkan Nasharuddin akan kekal di dalam PAS dan pengguguran ini membuka peluang yang lebih besar untuk beliau bersikap lebih kritis terhadap PAS.

Jelasnya, personaliti seperti Nasharuddin masih mempunyai perasaan yang kuat terhadap perjuangan asal PAS yang menekankan agenda negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud walaupun kedua-dua perkara itu tidak lagi dibincangkan kepimpinan PAS di peringkat nasional.

"Walaupun di peringkat nasional sudah kurang membincangkan hal itu, ahli-ahlinya masih lagi membincangkan perkara itu.

"Justeru, golongan-golongan yang telah 'tersingkir' ini merasakan mereka masih lagi ahli PAS," katanya.

Menurut Agus pula, pengajaran yang lebih besar daripada pengguguran Nasharuddin adalah - ia mencerminkan tahap tolak ansur parti-parti politik terhadap mereka yang mempunyai pandangan berbeza dengan pihak majoriti dalam parti.

Beliau menyifatkannya sebagai satu cabaran yang masih perlu ditangani semua parti di Malaysia.

"Yang penting pemecatan Nasharuddin menimbulkan persoalan kepada sejauh mana perbezaan pendapat diraikan dalam parti-parti politik.

"Ini seterusnya memberikan gambaran kepada tahap demokrasi yang masih rendah di dalam negara kita," kata Agus.

sumber

 Foto 14 bawa kanak-kanak ke perhimpunan 12 Januari
Posted on Wednesday, January 30 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"NONEPolis telah mengeluarkan gambar 14 orang yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan pada 12 Januari lalu.

Ia diumumkan dalam satu kenyataan di laman Facebook Polis Kuala Lumpur, berserta dengan gambar mereka yang terlibat. Ini dirakamkan semasa perhimpunan, yang juga digelar KL112.

Ia menyatakan bahawa perbuatan membawa kanak-kanak ke perhimpunan tersebut di Stadium Merdeka, melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak.

Pihak polis telah merayu kepada mereka dalam gambar tersebut , serta sesiapa yang mempunyai maklumat, datang ke balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat ASP Tonny Lunggan di talian 014-6225 262.

Star Online memetik Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh sebagai berkata walaupun tarikh akhir tidak ditetapkan, tetapi mereka harus tampil secepat mungkin untuk memudahkan siasatan.

sumber"
 Hebatnya Cara Dakwah Mereka
Posted on Wednesday, January 30 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh : Muzammil Bin Haji Daud

"Orang-orang agama" dari bangsa Melayu Malaysia perlu belajar dari pendakwah barat seperti Yusuf Estes ni. Gaya jerkah dan kasar seperti yang dipaparkan dalam isu "Allah" ini akan menjauhkan bukan Islam dari Islam. Menganggap orang Kristian sebagai musuh juga akan membina tembok pemisah antara kita dan mereka. Ingatlah, Allah s.w.t. menugaskan kita berkongsi Islam kepada semua manusia. Nabi s.a.w. sedih memikirkan umatnya yang tidak mengenali dan tidak mengakui Allah sebagai Tuhan yang berhak disembah.

Jika kita mahu mengongsi Islam, hanya dengan membina jambatan antara kita dan mereka sahajalah caranya, bukan dengan sengaja membina tembok pemisah. Malahan, tembok itu dipasang pula obor-obor api dan dawai besi. Bagaimana mereka mahu dekati kita? Dan bagaimana kita mahu dekati mereka?

Gaya seperti  Yusuf Estes inilah yang boleh menarik bukan Islam mengenali Islam.

Tontonlah video ini di saat ke 3276 :-



 Kata Yusuf Estes :-

"Jesus really fulfill all the scriptures.
For us as Muslims, we are saying congratulation to the Jews, congratulation...your Messiah will come. He was already here and you didnot recognize him. I hope you recognize the second time.

For the Christian, we say to you congratulation to you as well, because your book still has, even though you have lost the original you still has some truth in it and we can verify it for you as well.

And for the Muslims,...when Jesus return, we have to be on the state of the Takwa when Jesus comes back

So for all of those who follow the monotheistic faith, congratulation.
Believe in one God and follow the messenger and believe that Jesus is coming back".

Kata Yusuf Estes
"Nabi Isa a.s. memenuhi janji2 dalam semua kitab-kitab (Torah, Bible, Quran)

Sebagai Muslim, kami katakan kepada orang Yahudi, tahniah,...Messiah (penyelamat) anda akan datang. Malahan, dia dah pun datang dulu tetapi anda tidak kenali dan tidak akuinya. Saya harap anda akan kenalinya dan akuinya bila dia datang untuk kali ke 2.

Untuk orang Kristian, kami kata tahniah kepada anda juga, kerana kitab anda masih ada sedikit kebenaran di dalamnya walapun anda telah kehilangan kitab yang asal. Kami boleh menolong anda kenalpasti yang mana benar dan yang mana tidak

Dan kepada Muslimin,...apabila Nabi Isa a.s. kembali, kita kena berada dalam keadaan penuh takwa.

Jadi, kepada semua yang beragama monotheisitc (Tuhan-Satu), tahniah.
Yakinlah kepada Tuhan Yang Satu dan ikutilah rasulNya dan percayalah Nabi Isa akan kembali"

Sama-samalah kita fikirkan.



http://www.siapa-allah.blogspot.com
 Kenyataan Anifah Aman Satu Penghinaan Terhadap Rakyat Sabah
Posted on Wednesday, January 30 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Khairul Faizi

Datuk Seri Anifah Aman merayu rakyat Sabah supaya jangan berputus asa jika permintaan mereka tidak terlaksana di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). Nada suaranya pula seperti sudah berputus asa sehingga merayu-rayu rakyat mendengar permintaannya.
Hakikatnya, kenyataan beliau telah menghina rakyat Sabah. Rakyat Sabah masih diminta bersabar untuk sepenggal malah sedekad lagi di bawah pemerintahan BN meskipun janji mereka tidak tertunai. Sudah berpuluh tahun menderita diminta bersabar lagi?


Sabah bukannya sebuah negeri yang miskin. Hasil buminya banyak, daripada minyak petroleum kepada hasil hutan - balak, kelapa sawit, getah dan lain-lain lagi. Melalui hasil minyak petroleum sahaja sebenarnya mampu menampung kehidupan rakyat di sana. Namun entah berapa peratus hasil kekayaan bumi Sabah mengalir ke dalam kehidupan rakyat negeri itu. Apabila Pakatan Rakyat memberi komitmen untuk memberi royalti minyak kepada negeri itu sebanyak 20 peratus serta merta beliau dan pemimpin UMNO Sabah lainnya menggelabah. Mengapa beliau begitu gelisah apabila PR mahu hadiahkan hasil kekayaan bumi yang disedut dari negeri tersebut kepada warganya? Apakah salahnya jika rakyat Sabah menikmati sebahagian kecil dari kekayaan negeri itu?
Jika royalti 20 peratus diberikan kepada Sabah atau negeri-negeri pengeluar minyak dikatakan boleh memufliskan negara, mengapa beliau tidak menilaikan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO-BN negeri tersebut berjumlah berbilion ringgit tidak pula boleh memufliskan negeri Sabah dan negara? Amalan ketirisan, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa kerat pemimpin negara jauh lebih memudaratkan negara daripada memberi sebahagian kecil untuk rakyat negeri itu.
Dengan kekayaan yang dimilikinya sebagai Menteri Luar dan adiknya sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau boleh menasihatkan rakyat supaya bersabar dan berputus asa. Lihatlah jurang kehidupan beliau, adik dan keluarganya dan bandingkan dengan kehidupan rakyat di bawah sana. Bayangkan jika beliau sendiri adalah sebahagian dari rakyat Sabah yang hidup dalam kesempitan dan di bawah paras kemiskinan. Mungkin beliau dan adiknya antara yang paling lantang menentang pemimpin korup seperti pemimpin negeri itu sekarang.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia

 Cabaran Ali Rustam Dedah Tahap Politiknya Setakat Lutut
Posted on Thursday, January 31 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Mohd Sayuti Omar

Di antara pemimpin Umno yang membuat ulasan terhadap tindakan Dewan Syura Ulama PAS yang memecat seorang ahlinya yang dilantik menganggotai dewan berkenaan, iaini bekas TP PAS, (dikenalai sebagai 'orang itu' (OI) ) ulasan dari Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustamlah yang saya rasakan paling dangkal dan 'songeh' sekali.

Ali Rustam: Politik rendah.
Kalau Najib Razak dan Mahathir Mohamad cuba membelitkan dengan menuduhkan pemecatan 'orang itu' kerana OI mengikutnya (Najib) pergi ke Gaza agak ada juga mutunya walaupun sangkaan itu berniat jahat dan melset kerana majlis syura membuat keputusan itu lebih awal sebelum 'orang itu'  pergi ke Gaza.

Namun ulasan Ali terhadap insiden itu dengan mencabar PAS memecat orang itu sesuatu yang lucu dan memalukan serta menjatuhkan maruah dan martabat politik. Lebih dungu dan 'budak' lagi apabila beliau mengatakan Nik Aziz dan Abdul Hadi tidak berani memecat 'orang itu' kerana pengaruh 'orang itu' lebih hebat dari Nik Aziz dan Abdul Hadi. Hahaha...

Saya tertanya-tanya bagaimana orang Melaka boleh menyanjungi Ketua Menteri yang gagap itu sehingga lebih 130,000 hadir ke rumah kenduri anaknya kalau itulah standard kualiti ulasan politiknya.

Ali menyifatkan PAS tidak berani memecat orang itu kerana bimbang kehilangan pengaruhnya yang banyak. Waduh...waduh waduh si Mulan....  Dengan mesen pengiraan apa Ali menghitung pengaruh orang itu. Apakah dia belajar menghitung dengan sipembakar jambatan, Rais Yatim yang membuat hitungan ke atas peserta Bersih yang jauh beribu-ribu batu pembohongan dari kebenarannya itu?
 
Untuk pengetahuan Ali kalau pengaruh orang itu besar sudah pasti dia tidak akan kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PAS. Pasti orang itu akan mendapat undi terbanyak dan kekal jawatan itu. Tetapi kenapa dia kalah dan mendapat undi paling rendah dari tiga orang calon? Apakah ini pun tidak dapat difikirkan? Jangan sesekali cuba memaniskan buah jadam yang sudah diketahui pahit., nanti kaki ditindih traler. Jangan...

Mungkin sebab sudah lupus sifir jugalah maka Ali sudah membuat perkiraan untuk lari bertanding di parlimen dalam pilihan raya akan datang. Mungkin dia sudah menyedari pengaruh dan sokongannya sudah menurun sejak ke belakangan ini. Khabarnya dengan penyertaan anak Tun Ghafar Baba, Tamrin ke dalam PAS Umno Melaka dalam keadaan terumbang ambing. Sambutan terhadap ceramah Tamrin ribuan. Mungkin kerana itu Ali merasai yang tongkang politiknya bakal pecah maka itu dia merapu dan cuba meluruskan kegagapannya.

Beliau tidak perlu cabar Nik Aziz dan Abdul Hadi memecat orang itu, tetapi beliau kena minta orang itu keluar dari PAS. Suruh dia keluar PAS bawa bersama anak semua bini, tikar bantal, tuku dan lekalnya sekali. Ajak semuuuaaaaa penyokongya dari seluruh negara bersamanya dan menyertai Umno.

Politik waras akan mengira demikian bukannya seperti apa yang Ali fikirkan. Itu yang patut Ali lakukan dan bukan suruh PAS pecat dia. Nilai dan daya fikir politik Ali juga hanya setakat lutut saja. Apakah dia tidak faham apabila majlis syura menggugurkan kedudukan orang itu sebagai anggota syura ulama itu ia adalah simbolik kepada pemecatan. Kalau orang itu masih ada air muka, dia perlu hantar surat meninggalkan PAS kelmarin juga sebelum Ali mencabar Nik Aziz dan Abdul Hadi. Orang cerdik tidak payah dikeluarkan rotan, cukup berdeham saja dia sudah tahu dan akan melarikan diri.

Sekerdil-kerdil kucing pun kalau kita menjeling dia tahu kita benci ia akan mengelak membawa diri, sanggup tinggalkan tulang dan belulang yang sedang dikekahnya. Janganlah kita hidup ini lebih hina dari kucing kurap. Sia-sia ilmu yang kita panggung atas kepala.

Sedihnya kalau ahli politik Melayu tidak dapat berfikir mengenai perkara-perkara mudah dan 'semesek' begini. Kalau kita ada prinsip, ada maruah diri, tidak payah ahli datang membawa karak dan obor berhimpun didepan rumah kita desak kita letak jawatan baru hendak lakukan sesuatu. Bertindaklah sendiri. Berbau saja kentut orang tidak suka ke kita, kita perlu bertindak sama ada tutup hidng dengan kopiah atau pun bergerak perlahan-lahan meninggalkan ruang.

Saya pernah menasihat orang itu agar berundur diri melepaskan jawatan ahli parlimen dipegangnya apabila dia pernah 'disumpah' oleh Nik Aziz Aziz agar tidak duduk buat sampah dalam PAS. Nik Aziz pernah minta dia keluar meninggalkan PAS kerana usahanya hendak bergabung dengan Umno dengan mengharapkan akan dapat kerusi menteri. Orang itu sebenarnya tergilakan hendak menjadi menteri kabinet. Terliur sangat apabila asyik mendengar keseronokan jadi menteri dari Zahid Hamidi kerana naik kapal terbang dapat duduk first class.

Ketika ini kalau dia ada air muka, seorang yang kononnya berprinsip dan berwibawa dia perlu meletak jawatan dan keluar dari PAS. Sepatutnya selepas satu masa dia bersalam dan mencium tangan Nik Aziz dia perlu menyerahkan surat perletakan jawatan dengan terhormat tanpa prejudis. Tetapi apakah dia sanggup berbuat demikian, tidak. Mengapa, kerana RM7,000 hingga RM13,000 sebulan elaun sebagai MP siapa nak bagi. Rakyat Bachok baik.

Maka jelas orang itu tidak ada maruah dan air muka sangat kontradik sebagai seorang yang dianggap ilmuan.

Kepada Ali Rustam yang mempercayai bahawa orang itu mempunyai pengaruh besar, mintalah orang itu keluar dari PAS. Dan Ali sementara masih ada kuasa di Melaka tawarkan mana-mana kerusi untuk orang itu bertanding dalam pilihan raya akan datang. Atas keyakinan yang Ali rasakan itu insyaAllah Umno akan menang besar dengan ada pertolongan orang itu yang bersama Umno. Dan lepas menang di Melaka nanti bagilah porfolio Menteri Agama dan Wakaf kepadanya bersama sebuah jet eskutif. [wm.kl.5:46 pm 30/01/13]
 Langgan Berita Harian??
Posted on Wednesday, January 30 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Maut UMNO
Salam, Saya adalah penduduk desa coalfields sungai buloh,selangor.saya ingin berkongsi cerita.

Hari ini saya hairan kerana mendapat surat dari pibg sekolah rendah desa aman di sini agar melanggan surat khabar berita harian yang penuh kehairanan ini dengan harga diskaun RM1 berbanding RM1.50. Cara memancing nya pula,surat khabar ini mempunyai sisipan didik upsr yang akan di gunakan dalam latihan tambahan khas.baru je dapat rm100,dah mintak RM30 sebulan pulak.

Pibg desa aman ini seharusnya memperjuangkan nasib anak-anak murid yang bergelut dengan bau tahi ayam dari kilang baja  haram lay hong yang dapat di lihat dari sekolah.masaalah yang di hadapi dari zaman kerajaan bn lagi.kilang yang sudah masuk tv3,kosmo,harian metro dan laporan kepada pbt yang lain tapi masih beroperasi.hairan bukan?? 
Cukuplah rakyat serta pelajar universiti di branwash,jangan pula anak-anak kecil kami juga di brainwash.

Disini disertakan attachment borang langganan yang dikatakan bukanlah wajib tetap seperti terselindung maksud ayatnya(sisipan itu akan digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh guru mata pelajaran semasa sesi pembelajaran).dalam kata tersirat:tak beli tak belajarlah anak anda.

SEKIAN

 




 Selangor bubar DUN hujung Februari – MB
Posted on Wednesday, January 30 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Suara Keadialan

SHAH ALAM 30 Jan: Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan Parlimen selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung perkara itu.


“Jika PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh Meh, kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen,” katanya dalam twitter.
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.
“Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mendapat mandat baru demi  kepentingan rakyat,” jelas Khalid.
Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.
Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.
Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.
Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.
Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing yang diarah mengundi BN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44126


 S'gor mahu ambil alih khidmat air dalam 14 hari
Posted on Wednesday, January 30 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: imamsurau

"

Kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada syarikat konsesi sekarang, dalam masa dua minggu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, ia ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa kerajaan pusat tiada halangan terhadap langkah tersebut.

"Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan bahawa kita akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari," kata menteri besar dalam dalam satu kenyataan hari ini.

"Dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, menteri besar berkata, pihaknya mendapat aduan rakyat bahawa SYABAS telah mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air.

"Hasil siasatan awal yang kita lakukan, didapati kenyataan SYABAS tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal SYABAS, Ir V Subramaniam," katanya.

Menurut Khalid lagi, risalah tersebut dikeluarkan tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah SYABAS.

"Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam SYABAS, kerajaan Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan," katanya.

Menteri besar berkata, kerajaan negeri juga telah dimaklumkan bahawa mutakhir ini berlaku kekerapan kejadian paip bocor yang memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.
"Kerajaan Negeri Selangor akan memantau perkara ini dengan serius demi menjaga kepentingan rakyat dan memastikan lebih lima juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak terjejas dengan gangguan bekalan air akibat  kegagalan SYABAS menyelenggara paip dengan baik dan berkala," tambahnya.

 Deepak mohon imuniti Pakatan untuk banyak lagi pendedahan
Posted on Wednesday, January 30 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Norutul Ilham
KUALA LUMPUR 30 Jan: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan akan bertemu ahli perniagaan kontroversi, Deepak Jaikishan pada 6 Februari ini di Ibu Pejabat PAS jam 11 pagi.
Naib Presiden PAS itu berkata, pertemuan tersebut bagi mendengar sendiri penjelasan Deepak yang meminta mendapatkan imuniti dari Pakatan Rakyat berhubung pendedahannya melibatkan individu berkuasa.


"Saya menyatakan kesediaan untuk bertemu Deepak, ekoran permohonan beliau untuk mendapatkan imuniti untuk buat lebih banyak pendedahan berhubung maklumat yang dimilikinya."Saya mahu dengar pendedahannya terlebih dahulu. Kemudian saya akan dapatkan nasihat peguam. Sebabnya kita nak tahu dulu imuniti bagaimana yang dimahukannya," kata Mahfuz pada sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.
Menyifatkan pertemuan itu yang dinantikan rakyat khususnya, beliau memastikan ia menjadi sejarah.
"Saya minta pembantu saya hubungi Deepak hari ini dan berharap dia dapat bertemu dengan saya," katanya.
"Selepas pertemuan itu yang hanya mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam, saya akan buat sidang media," ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44129




 Suhakam mahu terus jadi pemerhati bebas pilihan raya
Posted on Wednesday, January 30 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Malaysia Insider

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menjadi pemerhati bebas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan bukan sebagai pemerhati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Naib Presiden Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata demikian ketika ditanya media sama ada Suhakam akan bekerjasama dengan SPR bagi memastikan sebuah pilihan raya yang bebas dan adil dengan mengambil peranan sebagai pemerhati rasmi.

Setakat ini SPR tidak membuat sebarang pelawaan kepada Suhakam ataupun Suhakam menyatakan minat untuk berbuat demikian.

"Mereka mengambil tindakan yang betul dengan tidak mempelawa kami," kata Khaw kepada media semasa Perundingan Semakan Berkala Sejagat (UPR) Kedua mengenai Hak Asasi Manusia Malaysia di sini hari ini.

Khaw menarik perhatian adalah penting untuk Suhakam memantau sendiri proses pilihan raya, terutamanya dalam isu berkaitan hak asasi manusia.

Suhakam harus mengekalkan sikap tidak berat sebelah memandangkan pihak yang terkilan boleh merujuk isu berkaitan hak asasi manusia kepada suruhanjaya itu, terutamanya semasa pilihan raya, katanya. — Bernama

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan