Khamis, 17 Januari 2013

INN SAA ALLAH...SATU KETIKA AKAN ADA TERGULING...DAN BERGULING2...ATAU KENA GULING

Patahkan fitnah bergambar Blogger Umno
Posted on Thursday, January 17 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: paskuantan

"Assalamualaikum w.b.t.

Akhir-akhir ini kita kerap diserang oleh blogger-blogger upahan UMNO dengan menggunakan gambar-gambar palsu. Sehingga ada yang terpengaruh untuk mempercayai artkel-artikel yang menyertakan gambar-gambar yang palsu.

Setelah banyak gambar-gabar palsu yang dijadikan senjata memfitnah berlegar-legar di internet, di sini saya sertakan sebuah artikel yang saya temui yang saya rasa penting untuk dikongsikan bersama-sama pembaca tranungkite.net

Cari Gambar Dengan Gambar

Assalamualaikum w.b.t.


Pernahkah anda mendengar pengguna-pengguna internet mencari gambar dengan menggunakan gambar? Pernahkah anda cuba memeriksa gambar anda digunakan oleh orang lain? Atau pernahkah anda cuba membuktikan gambar-gambar yang ada di internet ini telah dimanipulasi secara ubah suai, dan cuba mencari asal usul gambar tersebut? Mungkin sebelum ini, saya telah mengongsikan penggunaan laman web Tineye, di dalam post Gambar Asli atau Diciplak?

klik link untuk bacaan lanjut

http://duiton999.blogspot.com"


Mat Sabu: Himpunan memang untuk 'guling' k'jaan
Posted on Thursday, January 17 @ 03:40:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: imamsurau

"Pengerusi penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu hari ini dengan menyindir berkata himpunan yang berlangsung pada 12 Januari lalu sememangnya bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.Memang kami mahu gulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang, kata naib presiden PAS itu secara berjenaka dalam satu sidang media pagi tadi.

"Jadi (bekas perdana menteri) Tun Mahathir (Mohamad) jangan bimbang. Dia boleh berada di Malaysia atau bercuti di mana-mana jika kami mengambil alih Malaysia," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir yang dilaporkan mendakwa himpunan Sabtu lalu, yang menarik kehadiran 100,000 orang di Stadium Merdeka itu bertujuan menjatuhkan kerajaan BN.

Mahathir mendakwa penganjur himpunan itu cuba meniru perkara yang berlaku di beberapa negara Arab kerana tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jadi mereka cuba menggulingkan kerajaan sekarang dengan meniru negara-negara Arab. Tetapi Malahysia bukan seperti mereka, kita tidak ada pemerintahan diktator, kerajaan kita dipilih oleh rakyat," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Dalam sidang media pagi tadi, Mohamad Sabu turut mengumumkan baki daripada derma sebanyak RM268,802.10 yang dikutip sewaktu himpunan itu disalurkan kepada Tabung Impian Rakyat Malaysia.

Katanya, golongan yang ingin membuat sumbangan masih boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank bernombor 5621-0623-5615 atas nama Tabung Impian Rakyat Malaysia.

"Tabung ini kita akan gunakan untuk kegiatan penerangan, kebajikan dan gerakan untuk mendemokrasikan Malaysia," katanya.

Sharifah Zohra Jabeen, now you listen listen listen, Anwar Ibrahim cakap
Posted on Thursday, January 17 @ 03:37:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: setisab

"Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin; now you listen listen listen, Datuk Seri Anwar cakap.
 
 
 
 
 
 
 
 
  
Sharifah Zohra Jabeen, listen listen listen. Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin; now you listen listen listen, Datuk Seri Anwar cakap. 


"Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! ‘Salute’ dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!,” kata Anwar dalam facebooknya.
Hello Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, tawaran saya kepada anda semalam masih terbuka. Andai anda mempunyai keberanian berpaksikan keikhlasan dan ilmu bersulamkan fakta, sila sambut cabaran saya!
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pemerintah.

Katanya, mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak.
“Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! ‘Salute’ dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!,” kata Anwar dalam facebooknya.
Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video berdurasi 24 minit yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa anjuran UUM memaparkan panelis, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur dan enggan memberi ruang kepada Bawani memberi pandangan.
Difahamkan, Syarifah Zohrah juga adalah Timbalan Ketua Wanita Kimma, atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia, komponen baru dalam BN.
Bawani memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.
Beliau turut menegaskan kepada penganjur forum bahawa negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.
Pelajar jurusan undang-undang itu mempersoal mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton, rata-ratanya mahasiswa.
Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya.
Sharifah kemudian berkata ‘listen’ kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon.
Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak dan masyarakat.
Dalam isu ini, Pakatan Rakyat menegaskan, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seterusnya melaksanakan sistem pendidikan percuma adalah antara 10 agenda utama dalam mereformasikan hala tuju pendidikan negara.
 
  Icon-icon demokrasi Malaysia
Posted on Thursday, January 17 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Aspirasi rakyat untuk melihat demokrasi benar benar diamalkan di Malaysia kian mendapat sambutan. Satu ketika dulu, mana mana rakyat yang mahukan demokrasi akan terpinggir. Dipinggir oleh parti politik pemerintah dan dipinggir oleh parti politik pembangkang.

Di zaman awal kemerdekaan, politik semacam menjadi medan mengumpul kekayaan dengan cara yang salah, baik oleh pemuka parti pemerintah atau segelintir pemuka parti pembangkang, hatta PAS sendiripun turut sama dalam arus mencari kekayaan ini ketika berada dalam BN sehinggalah berlakunya revolusi yang diketuai oleh beberapa ulamak seperti Allahyarham Hj. Yusof Rawa, Allahyarham Ust. Fadhil Noor, TGNA, TGHH dan termasuk juga ust Nakaei dan Arwah Ust Asyaari Abuya di mana kedua dua orang ini kemudiannya meninggalkan PAS kerana sebab sebab tertentu tetapi akhirnya terbabas.

Dua orang manusia yang komited menjadi pemimpin kebenaran dan menegakkan cara hidup Islam menerusi proses demokrasi yang masih kekal memimpin PAS ialah TGNA dan TGHH. Mereka adalah icon demokrasi yang evergreen sehingga hari ini.

Kalau dalam tahun tahun akhir 70an dan awal 80an, seruan mereka tidak begitu mendapat perhatian tetapi kini mereka adalah antara tokoh yang terkedepan dalam perjuangan menegakkan kebenaran menerusi demokrasi sehingga diterima bukan sahaja oleh umat Islam malah orang orang bukan Islam juga semakin ramai yang tampil memberi sokongan.

Sungguhpun semarak demokrasi ini sebenarnya dicetuskan oleh DSAI tetapi tanpa sokongan kuat kedua dua tok guru ini mungkin apa yang dicetuskan oleh DSAI mungkin tidak begitu mampu melawan arus kebathilan yang ditaman erat dalam negara oleh Mahathir. Sesungguhnya Kesediaan Mahathir menerima DSAI dalam kerajaan merupakan satu kesilapan besar yang dibuatnya tanpa disedari kerana sebelum DSAI menyertai UMNO, beliau terlebih dahulu meminta restu dari Allahyarham Ust Fadhil dengan membentangkan wawasan beliau dalam UMNO.

DSAI juga merupakan seorang icon demokrasi yang kemudiannya mencetuskan inspirasi rakyat terutamanya mahasiswa untuk melihat demokrasi yang tempang diperbetulkan. Kini ramai icon icon demokrasi sudah kelihatan dalam negara dari sekelumpuk pemimpin yang didahulu oleh DSAI, TGNA dan TGHH sehinggalah semakin ramai icon icon demokrasi terutama dari kalangan mahasiswa.

Penulis juga tidak lupa kepada rakyat Malaysia dari kalangan bukan Islam kerana di kalangan mereka turut terdapat ramai icon icon demokrasi yang antaranya juga evergreen walaupun ada antara mereka seperti Karpal Singh dan LKT dituduh dengan berbagai bagai tuduhan namun fakta tetap fakta, mereka ini pejuang demokrasi tulin atau icon icon yang turut menyumbang kepada kemunculan ramai lagi icon icon dari kalangan bukan Islam yang merancakkan lagi perjuangan mengembalikan demokrasi di Malaysia.

Penubuhan tabung impian demokrasi adalah pada masa yang tepat kerana terdapat ramai icon icon yang bakal menjadi duta demokrasi dari segenap lapisan, dari lapisan pemimpin sehinggalah kepada mahasiswa yang sudah mula membuka mata, mungkin kita bakal melihat penyatuan mahsiswa pro Aspirasi dan pro mahasiswa dengan rancaknya aktiviti tabung impian demokrasi nanti!"
 
 
 Ada juga jerung yang tidak punya masalah.
Posted on Wednesday, January 16 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Roketkini

SUARA Wanita 1Malaysia, ringkasnya (SW1M) pastinya akan dipertanggungjawabkan kerana telah melahirkan kesedaran di kalangan golongan atas pagar untuk menolak United Malays National Organisation dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang semakin dekat tarikh hari jadinya.

Sudah masuk empat hari dan jenaka #listen masih lagi menjadi bualan ramai. Mujur videonya itu tidak ada babak menari ala Gangnam. Jika tidak, barangkali populariti Sharifah Zohra Jabeen akan melonjak naik hatta mendapat tawaran berlakon atau mungkin dilantik menjadi Ketua Wanita UMNO. Ya lah, Ketua Wanita yang dahulu hanya prihatin kepada lembu. Si Zohra Jabeen ini bukan sahaja pedulikan lembu, tetapi juga haiwan lain yang menanggung pelbagai masalah. Termasuk ikan jerung.

Menurut Zohra Jabeen, jerunglah haiwan paling sengsara di atas muka bumi ini kerana diburu untuk siripnya yang dibuat sup. Sebagai nota pinggir, saya sarankan tuan-tuan janganlah makan sup sirip ikan yu (jerung) menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang. Kasihan ikan jerung tersebut.

Namun kita tidak patut merasa kasihan dengan jerung lain yang tidak sangat bermasalah, malah hidup aman sentosa sebagai kroni UMNO. Jerung ini mandiri dalam UMNO sebagai konco-konco pemerintah yang sentiasa mengalirkan projek dan dana kepada mereka untuk terus mengisi tembolok sendiri di kala rakyat ramainya miskin melarat dan hidup dalam kesusahan serta dibebani hutang.

Namun jerung-jerung UMNO tiadalah peduli akan susah senang rakyat jelata, kerana menurut Zohra Jabeen, haiwan pun ada masalah.

Tidak payah peduli dengan krisis air yang menjadi senjata ampuh UMNO untuk menekan warga Selangor dan Kuala Lumpur hanya demi memperkayakan kroninya yang mengawal urusan jual beli air. Dasar jerung.

Jerung UMNO mahu kita semua berada di bawah rantaian makanan, supaya dia boleh ‘ngap’ kita bila-bila masa, termasuk dengan mengganggu bekalan air sambil selamba berkata bahawa masalah yang ia cetuskan itu boleh diselesaikan jika UMNO dan BN diberi mandat untuk ke sekian kalinya. Eh? Mestikah tunggu pilihan raya baru mahu selesaikan masalah air yang puncanya datang dari Tuhan?

Bagi UMNO dan para pengikutnya, penyelesaian untuk setiap masalah terletak pada mengekalkan kuasa UMNO. Ini boleh difahami dengan mudah kerana memang dialah punca masalah. Dari dialah masalah datang, dan kepada dialah masalah kembali. Kalau tidak suka, boleh keluar dari Malaysia. Mudah betul.

Mentaliti beginilah yang melahirkan bukan sahaja satu malah ribuan lagi Sharifah Zohra yang mempunyai kapasiti intelek sebesar hama.

Masanya telah tiba untuk lawan pembodohan. Masa telah tiba untuk bangkit dan lawan.




Sumber
 
 Khutbah: Pengutusan Nabi Dan Rasul
Posted on Thursday, January 17 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: ustaznik

"rahmatan-lilalaminSinopsis: Kita memasuki bulan RabiulAwwal, bulan kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW. Kelahiran yang memberikan seribu satu makna kepada manusia dan alam seluruhnya.

Nabi SAW menjadi nabi akhir zaman, penutup segala para nabi dan rasul. Allah mengutuskan para nabi dan rasul ini dengan maksud yang besar. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai pengutusan para nabi dan rasul ini pada 28 Safar 1434H (11 Jan 2013) :

pengutusan nabi dan rasul"
 
 
 
 Air Kotor Pun Kena Bayar!
Posted on Thursday, January 17 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Jofri Jaraiee

Pengguna Air Terpaksa Bayar Bil Air Kotor?

MIRI - Projek pembinaan parit yang dibina ditepi bukit jalan menuju ke Luak baru-baru ini telah menyebabkan paip air pecah dan tekanan air menjadi rendah. Pagi ini penduduk dalam kawasan Luak menghadapi masalah air kotor mungkin disebabkan oleh kekotaran dari paip air pecah beberapa hari yang lalu.

Air yang berwarna kecoklat-coklatan ini telah menyebabkan pengguna terpaksa membuangnya kerana apabila menggunakan air kotor ini untuk mandi sudah pasti badan kita akan terasa gatal-gatal.

Pihak pengguna tidak puas hati dengan pihak LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara) Miri kerana air pili yang berwarna coklat dan kotor ini pihak pengguna terpaksa juga membayar bil air setiap bulan walaupun kita terpaksa membuang air dalam takungan kerana terkena kekotoran dari air pili ini. Pihak pengguna terasa kerugian kerana terpaksa membayar air tanpa menggunakannya.

Bukan saja masalah air kotor, pengguna air paip dalam kawasan Miri juga akan dikenakan caj bil seminimum sebanyak RM4.50 sekiranya tidak menggunakan air pili selama lebih dari satu bulan. Bila kita bertanya kepada pihak LAKU Miri mereka mengatakan sebab kos perkhidmatan menggunakan meter air.

Kalau kerajaan Selangor menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyatnya tetapi di Miri lain pula halnya.

Sepatutnya kalau pengguna tidak menggunakan air selama lebih dari satu bulan tidak perlu membayar sebarang bil tetapi berlaku sebaliknya.

Tetapi apabila pihak LAKU yang buat kesilapan dan tidak memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna mereka pula bebas tanpa perlu membayar sebarang ganti rugi kepada pengguna atas kecuaian serta perkhidmatan yang tidak memuaskan seperti mana pengguna yang terpaksa mengguna air kotor tetapi masih juga dikenakan caj.

Kita mengesa pihak LAKU mengkaji semula caj atau bil yang dikenakan kepada pengguna yang menghadapi masalah air kotor tetapi terpaksa pula membayar bil air yang kotor dan pengguna yang tidak menggunakan air selama lebih dari satu bulan yang juga dikenakan caj.

Kita harap pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian tentang masalah pengguna air LAKU ini dari terus berlarutan. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

The user forced to Pay Dirty Water Bill?


MIRI – Drains construction projects built beside the hill roads leading to the Luak recently has caused a water pipe burst and water pressure becomes low. This morning the people in the Luak areas face the problems of dirty water may be due to impurities from tap water burst a few days ago.

The brownish water has caused the users had to discard it because when using this dirty water to bathe our bodies certainly will feel itching.

The users is not satisfied with the LAKU (Northern Region Water Board) Miri because this tap water is brown and dirty, the users also had to pay water bills every month although we had to remove the water in the tank as affected by these impurities from the tap water. The users feel the loss by paying for water without using it.

Not only the problem of dirty water, tap water users in Miri area also will be charged a minimum bill of RM4.50 if not using tap water for more than a month. When we ask the Miri LAKU they say because the cost of using the services of water meters.

If the Selangor government offer clean water of 20 cubic meters, equivalent to 20,000 liters or 5.680 gallons, per month free of charge to its citizens but in Miri other case. Supposed if users do not use water for more than 1 month are not required to pay any bills but the other way round.

But when the LAKU who make mistakes and do not give the best service to their users are free without having to pay any compensation to the user for their negligence and poor service as users are forced to use dirty water but have also been charged.

We urge the LAKU to review the charges or bills charged to users who face problems of dirty water but forced to pay the dirty water bills and users who do not use the water for more than a month also imposed charges.

We hope the relevant parties can pay attention on this problem of LAKU water users from continues. The cooperation with the relevant parties is very much appreciated.

Sumber: PAS Miri
 
 
 RM268,802.10, boleh tahan Abang Mat!
Posted on Wednesday, January 16 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,

Sdr. Mat Sabu aka Abang Mat baru saja mengumumkan baki kutipan sebanyak RM268,802.10 di hari perhimpunan KL 112 akan disalurkan ke tabung impian rakyat Malaysia yang mana dana ini akan digunakan untuk "Mendemokrasikan" Malaysia. Apa macam?

Penulis mungkin terlepas mengenai jumlah kutipan sebenar di hari perhimpunan tetapi berdasarkan jumlah baki atau lebihan kepada kutipan, boleh disimpulkan perbelanjaan menguruskan KL 112 tidak melebihi pendapatan sehingga pendapatan lebihan itu pula masih boleh digunakan untuk tujuan mendemokrasikan Malaysia. Apa kata 1Malaysia? Ayuh kita lawan, Malaysia lawan 1Malaysia.

Lebih membanggakan lagi, hasil kutipan ini tidak mengandungi satu senpun sumbangan kerajaan atau agensinya sebagai bukti nyata rakyat yang kesempitan masih mampu menyumbang kepada pembaharuan. Kini kerajaan dan kuncu kuncunya boleh bersiap siap seperti persiapan mangsa banjir kerana jangkaan banjir akan melanda kerajaan tidak lama lagi.

Siapa Kerajaan. Entiti entiti yang terdiri dari komponen parti BN, pencacai pencacai UMNO yang diberi upah, NGO, NGI yang turut menerima upah merupakan antara mereka mereka yang perlu bersiap sedia.Katak katak juga kerana tidak lama lagi hujan dijangka melanda.

Ahli ahli BN terutama ahli ahli UMNO juga boleh membuat persediaan untuk meninggalkan parti mereka kerana selepas kehilangan kuasa, UMNO sudah jatuh miskin.UMNO tidak akan mampu mengutip seperti kutipan KL 112, malah beraspun mungkin sudah tidak mampu dibeli lagi.

Untuk Abang Mat, lebihan kutipan sebanyak RM268,802.10 boleh tahanlah!"
 
 
 Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC
Posted on Wednesday, January 16 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.

Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.

Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR.

sumber"
 
 MPMMJ gesa Sharifah Zohra mohon maaf secara terbuka kepada Bawani – Kailani
Posted on Wednesday, January 16 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Siswadaily.com

JORDAN – Ahmad Kailani Bin Zahari selaku Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) menyatakan kekesalan beliau atas tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen yang seolah-olah dilihat memalukan seorang mahasiswa bernama Bawani dalam sesi dialog Forum Mahasiswa lepas.

Menurut Kailani, “Rentetan daripada insiden yang berlaku semasa Forum Suara Mahasiswa yang bertajuk “Seiringkah Mahasiswa dan Politik” yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini, saya menyifatkan tindakan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Puan Sharifah Zohra Jabeen terhadap sesorang siswi India yang bernama Bawani sebagai tidak wajar dan tidak mesra mahasiswa.”





Menurut beliau lagi, mahasiswa sepatutnya diberikan hak yang sewajarkan untuk menyatakan pandangan dan idea, bukannya menyekatkan dan memalukan mahasiswa itu dikhalayak ramai.

“Secara tuntasnya, pandangan dan cadangan yang diutarakan oleh Bawani perlulah didengari dan dibincangkan dengan penuh bijaksana, bukannya bertindak ‘menconteng wajah’ Bawani di hadapan orang ramai dengan perumpamaan-perumpamaan binatang yang sama sekali jauh berbeza dengan manusia.”

Dengan itu, beliau yang mewakili suara MPMMJ menggesa Sharifah Zohra agar memohon maaf secara terbuka kepada Mahasiswa Bawani atas tindakan tidak menghormati suara mahasiswa bahkan turut memalukannya di khalayak ramai.

“Saya menggesa Puan Sharifah Zohra Jabeen supaya beliau memohon maaf secara terbuka kepada Bawani di atas tindakan yang telah dilakukan.”

Sumber

 
 
 Gempar : Ular Hitam tunggu Mayat [kisah benar]
Posted on Wednesday, January 16 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abuluqman

"

Sesiapa yang masih lagi ingat solat itu tak penting...... masih lagi leka dan lalai.... kejap kerjakan.... kejap tidak...... maka saya paparkan kisah benar ini untuk tatapan kita bersama..... semuga ianya memberi pengajaran kepada kita........

Insya'Allah........

Kisah ular hitam menunggu mayat. (Kisah Benar)

Kisah ular hitam menunggu mayat. (Kisah Benar)

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah.. Kisah Benar…, kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukan
yang datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. more story

Nukilan Abu Luqman"
 
 
 
 Listen Problem la pula..kalah mat Sabu nii.
Posted on Wednesday, January 16 @ 18:39:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Tebas

Wow...bila bab Amanat Hj Hadi dibangkitkan..puak-puak umno pun mula melalak kisah 30 tahun lalu...yang entah terbatal iman atau pun tidak...yang jelasnya ia umpama "Siapa makan cili,dia merasa pedas".

Lepas tu timbul pula bab Kalimah "Allah"...hinggakan ada yg keluarkan kenyataan siapa yang membenarkan masyarakat bukan Islam gunakan kalimah Allah ini akan menjadi murtad...tapi apakah bukan kerajaan juga yang membenarkan penggunaan perkataan tersebut dicetak didalam "Bible"  yang digunakan di Sabah dan Sarawak ?
 
 
 
 
 
 
 
 


Kemudian HKR 112 berlangsung dengan aman...tup tup...meletup pula bab LISTEN..LISTEN..LISTEN ni..

Wow...boleh kalah populariti Mat Sabu ni....
PROBLEM..PROBLEM..PROBLEM 
 Problem pada akal sesetengah manusia yang tak tau listen..listen to the others.
Maka timbul pula pandangan balas terhadap peristiwa listen problem ni.

NOW YOU MUST LISTEN..LISTEN..LISTEN..LISTEN...
as to make yourself clear..
 
 
LAGI
 
 
Dont worry..everything happens for a reason.
 
 
I'm sure about it..
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan