Selasa, 29 Januari 2013

INI BARU BETUL....BARU TAHU LANGIT ITU RENDAH ATAU TINGGI..MAKA AKAN TERJADI JIKA ITU MEMANG ALLAH DAH TAKDIRKAN

Jika menang, Pakatan humban pemimpin rasuah ke penjara – Anwar
Posted on Tuesday, January 29 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh SUara Keadilan

KUALA LUMPUR 29 Jan: Pakatan Rakyat bakal menghumban mana-mana pemimpin terlibat rasuah ke penjara sebagai balasan ke atas jenayah dilakukannya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, hukuman setimpal itu wajar dilaksana tanpa mengira latar politik dan ia disepakati pimpinan Pakatan untuk membersihkan sistem pentadbiran negara.


“Jika ada pemimpin di mana-mana peringkat yang mengamalkan rasuah, kita akan pastikan mereka bakal menerima hukuman penjara,” katanya di depan 10,000 hadirin pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, malam kelmarin.
Beliau menempelak kerajaan Umno BN menggunakan isu agama Islam dan nasib orang Melayu menjadi bahan kempen bagi menghalang pemimpin Pakatan.
Anwar berkata, barisan kepimpinan Pakatan dengan dibantu penyokong perlu melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
“Kita kena muafakat, kita ambil keputusan, kita berhimpun ikhtiar. Kita kukuhkan jentera ikhtiar, kita pakat KEADILAN, PAS, DAP kita ikhtiar. Akhirnya kita bertawakal kepada Allah. Mudah-mudahan Allah beri kita ukhwah,” katanya.
Menurut beliau, sepanjang tempoh mesyuarat Pakatan sebelum ini, tidak pernah terdengar suara dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk membalas dendam jika gabungan itu menang PRU13.
“Kita tidak pernah menyuarakan sekiranya kita menang untuk membalas dendam. Tetapi semuanya sepakat sekiranya kita menang, kita akan pimpin dengan adil dan membela nasib masyarakat,” katanya dipetik Sinar Harian.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani; Pengerusi DAP Negeri, Anthony Loke dan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44039
Tak sangka adik sendiri'

Posted on Tuesday, January 29 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh BH

Segamat: Saya tak sangka mangsa kemalangan yang ingin dibantu rupa-rupanya adik sendiri,” kata Halim Yunos, 59, yang terkejut sejurus mendapati adiknya, Hakimuddin maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, di sini, malam kelmarin.

Halim berkata, kemalangan berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang dari memancing di Sungai Muar ke rumahnya di Kubu Dedap dekat Jementah, di sini, kira kira jam 7.45 malam.      

“Ketika sampai di Kampung Lubok Banda, saya terserempak kemalangan yang berlaku di situ. Melihatkan keadaan itu, saya berhenti untuk menghulurkan bantuan. 

‘Tok Hakim’

“Ketika itu, saya terdengar penduduk di situ menyebut nama ‘Tok Hakim’ terbabit dalam kemalangan, mengejutkan saya mengingatkan adik memang dikenali dengan panggilan itu dalam kalangan penduduk kerana tugasnya sebagai Ketua Kampung.

“Lemah seluruh tubuh badan saya sejurus melihat jasad adik sudah terkulai dalam kereta PERODUA Myvi dipandunya yang remuk akibat kemalangan itu,” katanya.

Halim berkata, ketika kejadian, adiknya bersama seorang rakan yang juga imam, Hassan Raja Atan, 76, dalam perjalanan ke Masjid Sungai Siput untuk menghadiri sambutan Maulidur Rasul yang dijadualkan berlangsung selepas solat Maghrib.
Dalam kejadian itu, Hakimuddin, 53, yang juga Ketua UMNO Cawangan Kubu Dedap, meninggal dunia di tempat kejadian, selepas kereta dipandunya bertembung Toyota Camry dinaiki sepasang suami isteri berusia 28 tahun.

Jurucakap Polis Trafik Segamat berkata, kemalangan berkenaan menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian, manakala rakan yang menumpang keretanya cedera parah apabila patah tulang rusuk.


Cedera ringan

Katanya, pasangan suami isteri yang menaiki sebuah lagi kereta pula cedera ringan dan hanya menerima rawatan pesakit luar.

“Punca sebenar kemalangan maut itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kes diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan jam 11 pagi semalam di Tanah Perkuburan Kampung Kubu Dedap. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Datuk Othman Jais serta kira-kira 150 penduduk setempat. 


 Tokoh Islam India ajak Rushdie debat
Posted on Tuesday, January 29 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Agensi

Mumbai: Sekumpulan tokoh yang juga anggota Lembaga Undang-Undang Persendirian Muslim Seluruh India (AIMPLB) menjemput penulis The Satanic Verses, Salman Rushdie untuk berdebat mengenai Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Tokoh berkenaan yang menyokong diadakan dialog dengan Rushdie mengambil bahagian dalam seminar Maulidur Rasul di sini, kelmarin.      

Mereka mengambil kesempatan daripada laporan bahawa Rushdie mahu melawat Mumbai untuk mempromosi filem Midnight’s Children berasaskan novelnya.



Seminar berkenaan ditaja oleh pertubuhan Wahdat-e-Islami Hind, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memprotes terhadap Rushdie dan penulis Bangladesh, Taslima Nasreen.


Terkejut cadang debat

Ramai peserta seminar dikatakan terkejut apabila seorang anggota AIMPLB yang juga peguam berpengalaman, Yusuf Muchala mencadangkan debat itu.

“Tidakkah lebih baik jika kita tidak menentang kunjungannya ke Mumbai sebaliknya kita jemput Rushdie ke sini dan mengadakan soal jawab dengannya.
“Jika dia berani, dia patut menjelaskan kepada kita mengapa dia menulis buku yang menghina (Nabi) itu,” katanya.

Yusuf yang mengetuai bahagian perundangan AIMPLB turut merayu penduduk Islam tidak melakukan bantahan ganas terhadap Rushdie.


Sokong cadangan

Cadangan Yusuf disokong profesor undang-undang Universiti Aligarh Muslim, Dr Shakil Samdani yang turut menjadi speaker seminar berkenaan.

“Rushdie wajar mendengar pandangan orang Islam secara baik. Orang Islam juga patut berdebat dengannya dan tidak mengeluarkan ancaman bunuh atau membantah lawatannya ke sini,” katanya. - AGENSI 


 Sia-sia saja UMNO melabur RM2Juta terhadapnya.. 111 Ahli UMNO keluar UMNO kerana
Posted on Tuesday, January 29 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog AnakSgDerhaka



Ingat lagi kisah seorang Guru Pondok yang Sekolahnya menerima bantuan berjumlah RM2Juta dari Kerajaan UMNO/BN setelah beberapa hari beliau mengeluarkan fatwa kononnya haram mengundi DAP kerana mereka 'kafir harbi'?

Pada 7 Ogos 2012 lalu Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah telah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan umat Islam menyokong DAP.

Katanya.. Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.. laporannya sila baca di ( SINI )

Bagaimanapun pandangan beliau itu telah disifatkan sebagai "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan" oleh Mufti Perlis Dr Juanda, tahukan anda Sekolah Abdullah Sa'amah itu hanya mempunyai 25 orang pelajar sahaja?.. Kalau tak tahu sila baca di ( SINI )

Nampaknya pelaburan UMNO/BN terhadap dirinya itu adalah sia-sia sahaja.. ini kerana keceluparan mulutnya telah menyebabkan 111 orang ahli UMNO dilaporkan telah keluar dari UMNO dan menyertai PAS..

Ahli tegar Umno masuk PAS kerana 'mulut' Haji Lah Genting Oleh: Rossem

Sesuatu itu terjadi atas sebab musabab.

Seorang wartawan bertanya Ali Lizon yang tinggal di desa Bendang Nyiur, Kemahang, Tanah Merah.

“Mengapa anda keluar Umno dan menyertai PAS?”

Jawab pria 40-an yang juga mantan Ketua Pemuda Umno desa tersebut, “kerana Haji Lah Geting”.

Sang watawan terkejut, Haji Lah Geting yang juga mudir pondok pesantren terkenal itu adalah seorang pendukung tegar Umno di desa itu, masakan kerana dia Ali Lizon keluar Umno.

Maka terbongkarlah ceritanya.

Suatu malam, tahun 2012, Ali Lizon hadir ceramah Umno bersebelahan dengan desanya. Di antara penceramah dijemput ialah Haji Lah Geting.

Siapa tak kenal dengan tok guru pondok yang paling lantang mengutuk, mencerca Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali diberi peluang naik ke pentas Umno kalau tidak Haji Lah Geting dan seorang lagi Mad Nor Deris.

“Apa Haji Lah Geting kata kepada Nik Aziz?" tanya wartawan.

“Tok Guru Nik Aziz sesat, kerana berkawan dengan DAP dan banyak lagi kata-kata yang tak masuk akal dihemburkan kepada Tuan Guru,” ujar Ali Lizon.

Benar kata orang bijaksana, sesuatu itu terjadi di atas sebab musabab!

Setelah Ali Lizon mendengar cercaan dan maki hamun yang dahsyat oleh sang penceramah Umno itu, hatinya berdetap detup, dadanya berombak dan gelora keinginan untuk mengenali Tuan Guru Nik Aziz dari dekat menerjah datang secara tiba-tiba seperti tsunami melanda Acheh 2004.

Sejak peristiwa itu Ali Lizon bersama isterinya tak pernah absen hadir mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz bila Menteri Besar itu datang berceramah di sekitar daerah tempat tinggalnya.

Bahkan kuliah rutin Tuan Guru Nik Aziz setiap pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, juga beliau hadir sekali sekala walaupun jauh dari desanya.

Dengan sifat Tuan Guru Nik Aziz yang lemah lembut, tidak pernah meninggi diri berserta ilmu yang diajar dan difahaminya sangat kontradiktif dengan apa yang disampaikan Haji Lah Geting, baru Ali Lizon faham, tuduhan mengatakan Tuang Guru sesat, munafik adalah karut dan fitnah kubro semata-mata.

Tiga bulan sepelas itu Ali Lizon Isa, isteri, emaknya Che Som Mamat, 11 adik beradiknya bersama 100 pengikut menyerahkan borang sertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud di sebuah pentas ceramah yang diadakan di desa itu tanggal 27 Januari 2013. ~ Harakahdaily
Sumber: darisungaiderhaka.blogspot.com

  Pendidikan : Perniagaan TERBESAR KAPITALIS
Posted on Tuesday, January 29 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh usinwafer

Manusia kini di era DUNIA KAPITALIS telah dididik untuk "BEKERJA" bukan untuk MEMAHAMI DIRI MEREKA SENDIRI ataupun HAKIKAT KEJADIAN...Malah majoriti manusia yang mengajar dalam sistem pendidikan KAPITALIS tidak mempunyai pengetahuan yang sebenar iaitu pengetahuan mengenai ALLAH.

PENGETAHUAN yang sebenar adalah "PERCUMA"...Sebaliknya apabila bayaran dikenakan ..anda hanya akan memperolehi maklumat apabila anda ada wang sahaja..tetapi kebanyakan pengetahuan tersebut tidak berguna langsung.Maklumat yang berguna ditakrif sebagai maklumat yang membawa kepada pengetahuan sebenar.Yang sebaliknya pula adalah pengetahuan yang tidak berguna atau sia-sia.

Mereka yang memiliki pengetahuan sebenar akan sama-sama berkongsi tanpa mengenakan sebarang bayaran kerana mereka tahu pengetahuan itu bukan milik mereka yang boleh dijual beli.Mereka juga sedar bahawa pengetahuan mereka adalah anugerah Ilahi yang telah diberikan kepada mereka kerana mereka mahukanya dan ALLAH memberikannya...bukan kerana mereka membelinya.Bayaran yang diperlukan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang sebenar ialah dengan menyembah ALLAH ,bertakwa kepadaNYA dan bertawakkal kepadaNya.Sebenarnya pengetahuan itu diberi dengan sifat Maha Pemurah ALLAH jika itu yang ALLAH mahukan...Manusia tidak akan memperolehi ilmu tersebut dengan mencarinya ..tetapi hanya dengan mecari seseorang akan mendapatkanya..

Firman ALLAH didalam Al-Qur'an:

"Bertawakalah kepadaKu dan Aku akan memberikanmu pengetahuan"

dan;

"Ingatilah Aku dan Aku akan mengingatimu"

dan;

"Bertanyalah dan Aku akan menjawab"

Sistem universiti KAPITALIS yang kita ketahui hari ini adalah kemuncak kepada sistem pendididkan KAPITALIS yang merupakan perniagaan yang besar.Ia bukan hanya melengkapkan asuhan terhadap mereka yang diberi kawalan proses pengeluar-pengguna dan sistem yang mengawal serta menentukan fungsinya dan menjadikan kemungkinan kewujudanya tetapi juga memastikan keuntungan yang besar diperolehi semasa ia dilakukan .Ia juga memastikan pentadbir masa depan bagi negara-negara yang telah berjaya dijajah oleh pencipta proses pengeluar-pengguna supaya boleh diprogramkan untuk mempertahankan kemerdekaan kononya ...yang jelas dilepaskan daripada kawalan bekas ketuanan penjajah KAPITALIS mereka.Antara helah mereka ialah apabila penjajah kelihatan seolah-olah melepaskan kawalan tetapi hakikatnya mereka masih menjajahnya yang juga dipanggil neo-kolonialisme.

50 tahun dulu universiti amat sukar ditemui.Yang ada hanya sebilangan kecil pelajar yang mana objektif utama mereka ialah pengetahuan ,walaupun sebenarnya ianya hanya untuk pengajian anak-anak gologang elit pemerintah yang dididik untuk mengambil alih kuasa apabila saudara mereka meninggal.Dengan kemunculan universiti-universiti ibarat cendawan tumbuh pada mulanya meeka mengekalkan ciri-ciri dan matlamat seperti universiti terdahulu ataupun sekurang-kurangnya cba meniru mereka.

10 tahun selepas berakhirnya perang dunia ke2..perubahan yang amat ketara dalam polisi adalah jelas sekali.Bilamana pada masa lepas pencarian pengetahuan yang selalunya merupakan cadangan yang sia-sia bagi mana-mana institusi yang kebanyakan tenaga pengajarnya tidak mempunyai perhubungan terus dengan petunjuk kerasulan yang hidup dan utuh serta menjadi pertimbangan utama dan kini dua objektif baru pula muncul.
Objek pertama ialah untuk berkembang secepat mungkin bagi mendapatkan seramai mana pelajar yang akan dikenakan yuran ,meskipun dengan fakta bahawa perhubungan yang rapat di antara pengajar dan pelajar tidak lagi mungkin terjadi.
Objektif kedua ialah untuk meyalurkan lebih ramai individu kepada bidang sains dan memberi kurang penekanan dalam bidang sastera.
Tentunya objektif-objektif ini disertakan dengan istilah-istilah yang sesuai seperti semua orang berhak medapatkan pelajaran yang baik dan demi kepentingan dan keselamatan negara ,kajian kehidupan mesti diteruskan.

Realitinya apa yang kononya dipanggil pendidikan adalah jauh daripada baik,manakala metodologi asas yang digunakan oleh institusi pendidikan KAPITALIS kerap kali memastikan apa yang dikaji tidak akan ditemui.Kajian yang sia-sia digalakan di universiti KAPITALIS kerana ia mengekalkan kesibukan manusia dan menyediakan untuk segelintir yan bernasib baik peluang-peluang bagi membina reputasi dan pendapatan yang lumayan daripada tiada apa-apa.

Sumber: apadianie.blogspot.com


  Sahabat Nabi yang masih hidup
Posted on Tuesday, January 29 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: setisab

"TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?

Sahabat Nabi yang masih hidup


Sahabat Nabi yang masih hidup
✔ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.


✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".

Sedikit sejarah mengenainya, di sini.
✔ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

 ✔ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

 ✔ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

 ✔ Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria.

Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra
1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.

2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas. Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.

 ✔ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya - Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ. - Sumber: KR"


 OCPD Taiping : Majlis Memperingati Mat Indera di Taiping boleh diteruskan
Posted on Tuesday, January 29 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Orang Ni



29 Jan 2013 -- Taiping : Ustaz Mohamad Fakharuddin selaku Yang DiPertua PAS Taiping (YDP) bersama Sdr Pengerusi KERABAT Perak, Mej (B) Yahya Arif Kamaruzzaman SU KERABAT Perak, Haji Alias Ahmad (TYDP),Sdr Ibrahim Ismail (NTYDP) dan Sdr Ahmad Saad Pengerusi Lajnah Perpaduan Negeri Perak telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping setelah dipanggil pihak polis berkaitan isu bantahan "Majlis Memperingati Mat Indera ".



Majlis ini dijadual berlangsung hari ini 29/1 di tapak Pasar Malam Kemunting telah menjadi isu panas disini yang dipercayai didalangi UMNO Taiping yang mendakwa bakal mengugat ketenteraman awam dan berbagai dakwaan yang sengaja dibuat-buat.

Berikutan itu penganjur untuk majlis ini telah dipanggil oleh pihak Polis hari ini untuk memberi keterangan.

Hasil perjumpaan dan perbincangan antara Penganjur dan pihak Polis iaitu OCPD Tuan Yusof Mat Diah yang berlangsung dipejabatnya disini telah menetap bahawa majlis tersebut boleh diteruskan.

Bagaimana pun lokasi-nya telah diubah ke Balai Islam Bukit Jana pada masa yang sama seperti yang dijadualkan pada malam ini.

Ust Fakharuddin

Pihak penganjur majlis ini akur dengan arahan pihak Polis supaya mengubah lokasi kerana kawasan Pasar Malam Kemunting adalah kawasan awam dan perlu dipohon kebenaran dari pihak berwajib sekiranya ingin mengunakanya.

"Saya mewakili penganjur mengucapkan terima kasih kepada Tuan OCPD Taiping yang membenarkan majlis ini diteruskan walaupun lokasinya diubah tidak jauh dari lokasi asal, Kita pihak penganjur amat menghormati undang-undang demi kebaikan semua"

"Bagaimana pun pihak PAS Taiping amat kecewa dengan fitnah dari artikal sebuah blog Pro UMNO yang memfitnah bahawa PAS Taiping membuat majlis Puja Roh Komunis, tindakan seterusnya mungkin diambil terhadap pemilik blog tersebut kerana didapati terlalu biadap dengan kenyataanya" - Ujar Ust Mohamad Fakharuddin ketika ditemui disini.


Sumber; orangni.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan