Ahad, 20 Januari 2013

ALLAH MELARANG MENGAMBIL HAK ORANG....TAK BERLAKU ADIL....PILIH KASIH SERTA MENINDAS...ZALIM DAN SEANGKATANNYA

"Kami ke jalan raya jika PRU tipu"

Harakahdaily, 20 Jan 2013

(Penonton yang mengikuti ceramah Mohamad Sabu malam tadi)

SELAYANG: Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112), Mohamad Sabu berjanji akan menghimpunkan lebih ramai rakyat lagi jika berlaku sebarang penipuan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Jika berlaku demikian, beliau berjanji, rakyat tidak akan pulang selagi kerajaan yang naik secara penipuan itu tidak turun.

"Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang," katanya dengan disambut tepukan gemuruh para hadhirin.

Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS itu berkata demikian ketika memberikan ceramah di tapak Uptown, Bandar Tasik Puteri malam tadi.

Turut serta memberikan ceramah bersama beliau adalah Dr Dzulkefly Ahmad (anggota Parlimen Kuala Selangor), Datuk Mohd Arif Sabri (bekas Ketua Penerangan Umno Pekan) dan Faris Musa (Pengerusi Jingga 13.)

Lebih 1,000 menyertai ceramah anjuran PKR itu.

Sudah beberapa himpunan dibuat untuk mendesak agar pilihan raya umum diadakan dengan bersih.

Bersih, Bersih 2 dan Bersih 3 dibuat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dilakukan.

Segala perkara yang dibangkitkan dalam himpunan itu kini terbukti melalui siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang dibuat di Sabah.

Pelbagai pihak membuat pengakuan mengenainya termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya yakin, perkara yang berlaku di Sabah inilah yang dibuat di Terengganu menjelang pilihan raya 2004 lalu dan kini sedang dibuat di Selangor," kata Mohamad Sabu (gambar).

Dalam pilihan raya 2004, kerajaan PAS Terengganu ditumbangkan selepas hanya satu penggal mentadbir apabila berlaku kenaikan mendadak pengundi di Terengganu.

Di beberapa kerusi DUN dan Parlimen, jumlah pengundi yang keluar mencecah hampir 90 peratus yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Dalam masa yang sama, pusat-pusat pengundian di Selangor telah dilanjutkan tempohnya melebihi jam 5 petang untuk membolehkan mereka yang pergi mengundi ke Terengganu sempat pula mengundi di Selangor.

Menjelang PRU 13 ini, peningkatan pengundi mendadak berlaku di Selangor iaitu sehingga hampir setengah juta.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa, usaha telah dibuat untuk membawa balik pengundi yang didaftarkan di Terengganu itu ke Selangor.

Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor mengeluarkan satu laporan penuh Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang mendapati 497,084 baru didaftar dalam Daftar Pemilih Induk di Selangor.

Sejumlah 28 peratus (134,675) dari pemilih itu tidak dapat dikenal pasti siapa mereka.

MB Selangor mendakwa peta pilihan raya tidak lengkap dalam kawasan dewan undangan negeri (Dun) adalah punca kerajaan negeri Selangor menghadapi situasi terkini itu.

Kajian-kajian yang dibuat pula mendapati pelbagai perkara berlaku termasuk sejumlah besar pengundi yang didaftar di bawah satu alamat.

Lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi.

Banner Listen sambut Najib di Kota Bharu

http://omakkau.blogspot.com, 20 Jan 2013

BANNER SAMBUT KUNJUNGAN NAJIB NAK MENGEMIS UNDI RAKYAT KELANTAN DI KOTA BHARU HARI INI.


LISTEN... LISTEN... LISTEN.....MANA ROYALTI KAMI?
Salah satu banner yang sambut kunjungan Najib Razak dan Rosmah Mansor ke Kota Bharu hari ini demi mengemis simpati dan undi dari rakyat Kelantan agar beri beliau mandat untuk 5 tahun lagi memerintah negara.

RAKYAT DAH BIJAK SEBAB ITU UMNO NAZAK...RAKYAT BANGKIT UMNO PASTI SAKIT..RAKYAT BERSATU UMNO TERUS JADI KUTU.

Cina Kelantan sokong tuntutan 'R'

Harakahdaily, 20 Jan 2013

(Ngo R bersama dengan AJK Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan)


KOTA BHARU: Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan (GPTHK) berikrar akan menyertai gerakan menuntut royalti minyak untuk Kelantan melalui ngo 'R'.

Dalam pertemuan dengan ngo 'R' di sebuah restoran dekat sini, mereka mencapai tiga kata sepakat iaitu:

1. Menyokong penuh tuntutan royalti petroleum negeri Kelantan. Bayaran
harus dibuat melalui akaun kerajaan negeri supaya rakyat boleh menyemak dan menghukum melalui Dewan Undangan Negeri.

2. Akan melancarkan R kaum Cina dalam masa terdekat.

3. Mengadakan pertemuan dan menyerahkan deklarasi tuntutan dan hasrat kaum Cina terhadap perbelanjaan dan pengurusan hak hasil bumi tersebut.

Pertemuan itu diadakan bagi mengetahui perkara sebenar tuntutan NGO berkenaan.

Mereka mahu mendengar dari kesemua pihak sebelum membuat sebarang keputusan.

Antara yang hadir pertemuan itu adalah Pegerusi GPTHK Ooi Poh Chun, Ketua Pemuda GPTHK Wee Kian Khai, Penasihat Pemuda GPTHK  Lau Chee Fang dan beberpa AJK R Malaysia.

Turut hadir ialah Timbalkan Ketua Pemuda GPTHK, Ng Yit Foong, naibnya Song Tai Bee dan Koh Teck Hui.

Listen: Komen Dr Asri, Saifuddin terhangat

Harakahdaily, 20 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily paling menyukai artikel bertajuk “Bawani: Dr Asri, Saifuddin beri komen berapi” yang muncul sebagai artikel terhangat untuk minggu ketiga 2013.

Di tempat kedua, para pembaca memilih berita bertajuk “HKR112: Raba punggung, blogger Umno kantoi” yang berbicara bagaimana blogger MiloSuam membongkar dan mengkantoikan satu lagi fitnah blog Umno, kali ini mendakwa peristiwa mencabul wanita berlaku ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari yang lalu.

Sementara itu, berita bertajuk “Video panas yang perlu anda tontonmengenai video yang mencetuskan fenomena ‘Listen’ di seluruh negara pula dipilih menjadi artikel ketiga terhangat minggu lalu.

Berikut adalah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily dari 13 hingga 19 Januari:

1
Bawani: Dr Asri, Saifuddin beri komen berapi
2
HKR112: Raba punggung, blogger Umno kantoi
3
Video panas yang perlu anda tonton
4
Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM kutuk Sharifah Zohra
5
Amanat Mahathir Mohammad pulak..?
6
Kesal UUM dan Umno jauhkan diri dari Syarifah Zohra
7
Kantoi! Apa kata Mahathir
8
Perang di twitter antara Dr. Maza dan Ustaz Fathul Bari?
9
Najib bakal didesak letak jawatan, terhangat
10
Listen: Pemuda PAS temui Bawani ucap tahniah

HKR112: IDEAS sifatkan situasi menang-menang

Hazayani Zakaria, 20 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyifatkan kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu sebagai 'situasi menang-menang'.

Pengurus Projek dan Operasi IDEAS, Amin Ahmad berkata, rakyat berjaya membuktikan HKR berlangsung aman walaupun jumlah peserta jauh lebih ramai berbanding himpunan sebelum ini.

Manakala kerajaan pula katanya, dapat menunjukkan komitmen mereka terhadap transformasi yang mahu dilakukan.

"Sudah tentu kita tidak dapat mengelak daripada sejumlah kritikan dan juga sikap ahli politik yang akan mengambil peluang mendakwa perhimpunan ini adalah satu petunjuk positif bagi mereka, sama ada pembangkang atau kerajaan.

"Tapi lebih penting daripada itu ialah rakyat mempunyai keyakinan bahawa mereka mempunyai suara dan meskipun jumlahnya hanya satu orang, kebebasan bersuara ini mesti dijamin," kata beliau kepada Harakahdaily.

Respons kepada tuntutan rakyat

Beliau juga berkata, semua pihak khususnya kerajaan harus memberi perhatian kepada tuntutan rakyat.

Tegasnya, tidak semua tuntutan mesti dilihat sebagai satu serangan kepada kerajaan sebaliknya apa sahaja tuntutan yang dikemukakan harus dilihat sebagai petunjuk bahawa rakyat masih percaya kepada fungsi kerajaan.

"Dalam konteks demokrasi, sudah tentu tidak salah mengemukakan apa juga tuntutan. Kerajaan mesti menjelaskan keutamaan yang ingin mereka ambil dan mengapa keutamaan itu dibuat," katanya.


(Saifudin membacakan deklarasi HKR112 Stadium Merdeka)

Deklarasi 10 tuntutan yang dibacakan dalam HKR di Stadium Merdeka 12 Januari lalu ialah:

1) Menuntut pilihan raya yang bersih adil dan telus merangkumi media yang bebas

2) Menuntut prestasi, reputasi dan wibawa Felda di selamatkan demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka

3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diiktiraf adil dan setara dengan Semenanjung Malaysia

4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.

5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme menjamin kebajikan dan melindungi masa depan kakitangan awam termasuk guru dan anggota keselamatan

6) Menuntut kehidupan dengan persekitaran alam yang bersih dan menyihatkan

7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan bahasa ibunda kembali dijulang dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan dalam sistem pendidikan negara serta pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia

8) Menuntut pembebasan tahanan politik yang ditahan tanpa keadilan

9) Menuntut agar kampung-kampung tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan.

10) Menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia.

Kilang operasi waktu malam ganggu penduduk

Khaulah Azwar, 20 Jan 2013

(Penduduk membantah kilang buat bising hingga jam 12 malam)

GOMBAK: 30 penduduk Taman Desa Minang dekat sini berhimpun membuat bantahan terhadap sebuah kilang kitar semula  yang telah  mengganggu ketenteraman  penduduk sekitarnya dengan bunyi  bising sehingga  lewat 12 malam.

Kilang yang memproses pembuangan sisa bahan plastik, peralatan kereta rosak telah di tubuhkan 10 tahun  lalu di kawasan itu.

Salah seorang penduduk di situ, Yap Yin Sang berkata, beliau telah 28 tahun tinggal di situ.

Namun sejak kilang itu dibuka di situ, penduduk sentiasa terganggu dengan bunyi bising.

Pelbagai rungutan telah disuarakan namun tidak diendahkan oleh kilang itu.

Katanya, semenjak kilang ditubuhkan gangguan bising telah menjejaskan tidur semua penduduk disini.

Penduduk sekitar sering merungut apabila tidak cukup tidur akibat gangguan bising yang berpunca daripada kilang berkenaan.

"Saya mengalami sakit tua hendak berehatpun tidak menyenangkan hati lebih-lebih lagi apabila kilang tersebut operasi sehingga 12 malam," katanya.

Selain bunyi bising, tanah di sini juga telah runtuh dan banyak batu-bata daripada kilang batu berdekatan juga jatuh berhampiran rumah mereka.

Menurut Yap, lima tahun lalu kilang tersebut beroperasi mengikut waktu bekerja tetapi selepas itu  kilang berkenaan bekerja tujuh hari seminggu dan sehingga lewat malam.

Norlina Kassim menetap di Lorong 5,  turut tidak berpuas hati dengan kilang tersebut.

Katanya, semenjak kilang ini di tubuhkan, kawasan perumahan mereka berbau busuk terutamanya rumah-rumah yang berhampiran Kilang.

Tapak kawasan Kilang yang di tubuhkan disini dikenal pasti sebagai tanah pertanian milik kerajaan itu begitu semak tanpa pengurusan berkala sehingga di dapati nyamuk begitu banyak di kawasan perumahan penduduk.

"Setiap bulan kita sering menerima aduan ada sahaja penduduk yang masuk hospital kerana  mengalamai demam denggi," katanya.

John Muthya, yang menetap selama 38 tahun di situ sangat berharap isu ini mendapat perhatian daripada pimpinan setempat seperti Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 7 dan Kerajaan negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, tinjauan wartawan di kawasan tapak seluas 2 ekar itu didapati empat buah kilang antaranya kilang papan, besi, kilang kosong tetapi ada beberapa bungkusan pasir dan simen dan kilang kitar semula itu.

Chin Chee Keong (gambar), Pengurus TH Cycling ketika di temubual wartawan menjelaskan kilang ini telah beroperasi 10 tahun lalu dengan mendapat permit sementara daripada (MPS).

Waktu operasi Isnin - Sabtu  8.30 pagi sehingga 6.30 petang dan  Ahad 9.00 pagi hing 5.00 petang.

Apabila di soal lagi oleh  pihak  wartawan tentang operasi waktu malam, Chin akui kilang pernah operasi luar daripada waktu yang telah ditetapkan "tetapi kami berhenti apabila penduduk buat bantahan."

Ahli Majlis MPS Zon 7 Maznah Abdul Aziz pula berkata, pihak kita telah menerima aduan penduduk bulan lepas dan telah di usulkan  dalam mesyuarat (MPS) tetapi saya tidak dapat hadir kerana bercuti melawat anak di luar negara.

"Insya-Allah dalam masa terdekat, mesyuarat pembangunan dan perlesenenan akan diadakan dan saya akan minta penjelasan pihak MPS apakah tindakan yang telah dilakukan," katanya dalam sidang media.

[Video -CCTV] Menyamar perempuan untuk curi tabung surau

http://greenboc.blogspot.com, 20 Jan 2013

Walaupun rumah itu dinamakan rumah Allah, dan kita yakin Allah akan menjaga rumahnya, tetapi sebarang kejadian di dalam rumah itu tetap menjadi perhatian AJK masjid dan surau. Walaupun kita disuruh bertawakkal dalam semua perkara, usaha dan ikhtiar adalah sendi dalam bertawakkal.

Berbekalkan sepasang baju kurung, seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah menceroboh ke sebuah surau di bandar pinggiran subang shah alam selangor. Surau yang bernama surau Arrazi ini, tempat dimana para jemaah di sekeliling menunaikan solat jumaat mereka di sini. Kejadian yang cukup menggemparkan ini betul-betul membuka mata AJK surau di situ…

Video ini berjaya dirakamkan melalui CCTV yang baru dipasang di surau tersebut. Tarikh itu pun masih belum diubah lagi akan tetapi pencuri jelmaan wanita ni begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil duit sedekah orang ramai di situ... Mari kita lihat apa sebenarnya berlaku di situ.

Semoga menjadi pengajaran kpd semua AJK masjid dan surau di seluruh malaysia agar sentiasa mengawasi harta berda yang didermakan oleh orang ramai. Itu adalah amanah orang ramai kepada kita sebagai AJK masjid dan surau... Jangan dipersiakan amanah mereka. Kuncilah tabung-tabung itu seelok-eloknya.

-md daud yusri alhutan melintangi.

http://www.youtube.com/watch?v=yROMg5M3_7o&feature=player_embedded#!

Jangan Mengambil Hak/Milik Orang Lain, Walaupun Hanya Setangkai Siwak

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam

“Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya surga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”[HR Muslim]

“Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, yaitu seseorang tidak lagi peduli dari mana dia mendapatkan harta, dari jalan halal ataukah (yang) haram”. [HR Bukhari]

Alhamdulillah, segala puji hanyalah milik Allah. Dia-lah yang telah memberikan ampunan kepada setiap pelaku dosa. Dan Allah pula yang telah melipat-gandakan pahala bagi para pelaku kebajikan. Dia melimpahkan berbagai kebaikan dan kenikmatan kepada segenap makhlukNya.

Ketahuilah, pemberian terbaik yang Allah anugerahkan kepada seorang hamba adalah keimanan dan ketakwaan. Kekayaan dan kecukupan hidup, hendaknya tidak menjadi kendala seseorang untuk bertakwa. Dia juga harus yakin, bahwa iman dan takwa merupakan nikmat dan karunia Allah semata. Oleh karena itu, pemberian yang sedikit, jika disyukuri dan dirasa cukup, itu lebih baik daripada banyak tetapi masih menganggapnya selalu kekurangan. Sehingga tidaklah berfaidah limpahan nikmat dan banyaknya harta bagi orang-orang yang tidak bersyukur kepada Allah.

Ingatlah, kekayaan tidak disebabkan harta yang melimpah. Namun kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan yang terdapat pada jiwa. Yaitu jiwa yang selalu qana’ah (yaitu rela menerima dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki, serta menjauhkan diri dari sifat tidak puas dan merasa kurang yang berlebihan, red) dan menerima dengan lapang dada setiap pemberian Allah kepadanya, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Sungguh beruntung orang yang telah berserah diri, diberi kecukupan rizki dan diberi sifat qana’ah terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya”. [HR Muslim]

Dengan sifat qana’ah ini, seorang muslim harus bisa menjaga dalam mencari rizki atau mata pencaharian. Ketika bermu’amalah dalam mencari penghidupan, jangan sampai melakukan tindak kezhaliman dengan memakan harta orang lain dengan cara haram. Inilah kaidah mendasar yang harus kita jadikan barometer dalam bermu’amalah. Allah berfirman :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu…” [an Nisaa/4 : 29].

“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui”. [al Baqarah/2 : 188].

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengingatkan :

“Setiap muslim terhadap muslim yang lain adalah haram darahnya, harga dirinya, dan hartanya”. [HR Muslim].

Lihatlah contoh pada diri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallm. Ketika menjual kepada al ‘Adda`, beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menuliskan : “Ini adalah yang telah dibeli al ‘Adda` bin Khalid bin Haudhah dari Muhammad Rasulullah. Dia telah membeli tanpa cacat yang tersembunyi. Tidak ada tipu daya maupun rekayasa,” kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam melanjutkan : “Inilah jual beli muslim dengan muslim yang lainnya”.

Begitulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan contoh etika jual beli sesama muslim, dengan mengadakan akad secara tertulis, dan tidak ada unsur dusta.

Namun para pemburu dunia yang tamak, telah menempuh jalan menyimpang dalam mencari harta. Mereka lakukan dengan cara batil, melakukan tipu daya, memanipulasi, dan mengelabuhi orang-orang yang lemah. Bahkan ada yang berkedok sebagai penolong kaum miskin, tetapi ternyata melakukan pemerasan, memakan harta orang-orang yang terhimpit kesusahan, seolah tak memiliki rasa iba dan belas kasih. Berbagai kedok ini, mereka namakan dengan pinjaman lunak, gadai, lelang, atau yang lainnya. Kenyataannya, bantuan dan pinjaman tersebut tidak meringankan beban, apalagi mengentaskan penderitaan, tetapi justru lebih menjerumuskan ke dalam jurang penderitaan, kesusahan dan kemiskinan. Benarlah sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, yaitu seseorang tidak lagi peduli dari mana dia mendapatkan harta, dari jalan halal ataukah (yang) haram”. [HR Bukhari]

Kita menyaksikan pada masa ini, betapa menjamurnya usaha-usaha yang diharamkan agama, seperti bandar perjudian, praktek perdukunan, para wanita tuna susila, hasil perdagangan dari barang-barang yang diharamkan semisal khamr, rokok dan narkoba, hasil pencurian dan perampokan, tidak jujur dalam perdagangan dengan penipuan dan mengurangi timbangan, memakan riba, memakan harta anak yatim, korupsi, kolusi. Padahal Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengingatkan kita :

“Demi Allah, bukanlah kefaqiran yang aku takutkan menimpa kalian. Akan tetapi, yang aku takutkan adalah terbukanya dunia bagi kalian, sebagaimana telah terbuka bagi umat-umat sebelum kalian. Sehingga kalian akan berlomba-lomba, sebagaimana mereka telah berlomba-lomba. Demikian itu akan menghancurkan kalian, sebagaimana juga telah menghancurkan umat sebelum kalian”. [Muttafaqun 'alaih].

Ketahuilah, seseorang yang memakan harta haram, hidupnya tidak akan tenang dan bahagia. Doa yang dia panjatkan akan tertolak. Rasulullah telah menyebutkan sebuah kisah. Yaitu seorang laki-laki yang telah menempuh perjalanan jauh, sampai keadaannya menjadi kusut dan berdebu, kemudian dia menengadahkan tangannya ke langit seraya berdoa “ya Rabbi, ya Rabbi,” akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dikenyangkan dari yang haram. Lantas, bagaimana mungkin doanya bisa dikabulkan?! [HR Muslim].

Oleh karena itu, ingatlah terhadap hisab, pembalasan dan siksa di akhirat. Para pelaku kezhaliman akan mengalami kebangkrutan di akhirat. Meskipun ia membawa pahala begitu banyak yang dikumpulkan ketika di dunia, namun pahala-pahala yang telah berhasil ia himpun sewaktu di dunia, akan dialihkan kepada orang-orang yang pernah dia zhalimi. Jika pahalanya telah habis sementara kezhaliman yang ia lakukan belum bisa tertutupi, maka dosa orang-orang yang dia zhalimi dialihkan kepada dirinya, sehingga dia terbebani dengan dosa orang-orang yang ia zhalimi tersebut, sehingga ia pun bangkrut tanpa pahala. Dan akhirnya dilemparkan ke dalam api neraka. Wal ‘iyyadzu billah.

Lihatlah sekarang ini, begitu banyak orang-orang yang pintar namun licik dengan memakan harta orang lain. Bahkan ada di antaranya yang mempermasalahkan dan membawanya ke hadapan hakim. Ditempuhlah berbagai cara, supaya bisa mendapatkan harta yang bukan menjadi haknya. Padahal, barangsiapa mengambil bagian hak milik orang lain, maka hakikatnya dia telah mengambil bagian dari bara api neraka.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam

“Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya surga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”[HR Muslim]

Kepada para majikan, ingatlah! Janganlah Anda menyunat upah para pegawai, atau malah enggan membayarnya. Takutlah kepada Allah. Ketahuilah, para pegawai yang telah bekerja tersebut, mereka telah mengorbankan pikiran, waktu dan tenaga untuk Anda. Para pekerja itu juga memiliki tanggungan anak dan isteri yang harus dinafkahi. Sungguh, celakalah orang-orang yang berbuat zhalim. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengingatkan.

“Berilah upah kepada para pegawai sebelum kering keringatnya”. [HR Ibnu Majah].

Bahwa usaha yang haram tidak akan menghasilkan, kecuali kebinasaan. Suap demi suap makanan yang didapat dari jalan haram, akan menurunkan harga diri kita di masyarakat. Sebaliknya, usaha yang baik dan halal, walaupun sedikit, akan menjadi pahala dan tabungan yang selalu bertambah tidak terputus di akhirat dan berbarakah.

Dalam kehidupan, terkadang kita tidak bisa dipisahkan dengan apa yang disebut dengan hutang, disebabkan adanya keperluan tertentu. Meski demikian, sebaiknya kita menjauhi dan menghindari hutang, kecuali keadaan telah memaksanya, karena adanya hajat mendesak, yang tak mungkin kecuali harus dengan menempuh hutang. Karena seorang yang berhutang, ia akan selalu dalam keadaan tertawan, sampai dia melunasi hutangnya.

Dikisahkan, ada seseorang yang bertanya di hadapan Rasulullah :

“Wahai, Rasulullah. Bagaimana menurut engkau bila aku terbunuh fi sabilillah, apakah dosa-dosaku terhapuskan?” Maka Rasulullah menjawab: “Tentu, bila engkau bersabar dan hanya mengharapkan pahala, terus melangkah maju dan tidak surut mundur, kecuali jika engkau mempunyai hutang. Sesungguhnya Jibril telah mengatakan yang demikian itu kepadaku”. [HR Muslim]

Melihat betapa besarnya pengaruh dan akibat yang akan ditanggung oleh orang yang berhutang, maka semestinya kita memiliki kepedulian. Karena, barangsiapa bisa membantu orang yang sedang dalam kesusahan, ikut meringankan beban yang ditanggungnya, memberikan tempo atau bahkan membebaskan orang yang terlilit hutang, maka Allah akan menaungi dirinya pada hari Kiamat. Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Barangsiapa yang memperhatikan orang yang dilanda kesusahan, atau bahkan ikut menghilangkan kesusahannya, maka Allah akan menaungi dirinya pada hari Kiamat” [HR Muslim].

Akhirnya, marilah dalam mencari rizki, tetaplah dari jalan yang halal, yang diridhai Allah, sehingga kita akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kita hindari sejauh-jauhnya jalan-jalan yang diharamkan. Dan tidak ada kebenaran, kecuali datang dari Allah dan RasulNya. Wallahu a’lam.

Oleh  Syaikh Shalah al Budair
(Diadaptasi oleh Abu Ziyad dari Khutbah Jum’at di masjid Nabawi dengan tema : Al Makasibul Khabitsah oleh Syaikh Shalah al Budair,  tulisan disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 10/Tahun X/1427H/2006M. Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Solo)

Hukum Mengambil dan Menguasai Hak Orang Lain secara Zalim (bag. 1)

Segala puji bagi Allah, shalawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulullah, kepada keluarganya, kepada para sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya hingga hari Kiamat, amma ba’du:
Berikut ini pembahasan tentang ghasb atau merampas, mudah-mudahan risalah ini Allah jadikan ikhlas karena-Nya dan bermanfaat.

Ta'rif (definisi) ghasb

Kata Ghasb disebutkan dalam Alquran. Allah berfirman,
أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدتُّ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُم مَّلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
"Adapun perahu itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan perahu itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas setiap bahtera." (Al Kahfi: 79)
Ghasb secara bahasa artinya mengambil sesuatu secara zalim. Sedangkan menurut istilah fuqaha adalah mengambil dan atau menguasai hak orang lain secara zalim dan aniaya dengan tanpa hak[1].
Ghasb adalah haram. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَتَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ
 “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.........” (QS. An Nisaa’: 29)
Di samping itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لاَ يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِطِيْبِ نَفْسٍ مِنْهُ
Tidak halal mengambil harta seorang muslim kecuali dengan kerelaan dirinya.” (HR. Abu Dawud dan Daruquthni, dishahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 7662)
Ketika khutbah wadaa', Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ، وَأَمْوَالَكُمْ، وَأَعْرَاضَكُمْ، بَيْنَكُمْ حَرَامٌ، كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا، فِي شَهْرِكُمْ هَذَا، فِي بَلَدِكُمْ هَذَا
"Sesungguhnya darahmu, hartamu dan kehormatanmu terpelihara  antara sesama kamu sebagaimana terpeliharanya hari ini, bulan ini dan negerimu ini." (HR. Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لاَ يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَشْرَبُ الخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَنْتَهِبُ نُهْبَةً، يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِيهَا أَبْصَارَهُمْ حِينَ يَنْتَهِبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ
"Tidaklah seseorang berzina dalam keadaan beriman, tidaklah seseorang meminum minuman keras ketika meminumnya dalam keadaan beriman, tidaklah seseorang melakukan pencuria dalam keadaan beriman dan tidaklah seseorang merampas sebuah barang rampasan di mana orang-orang melihatnya, ketika melakukannya dalam keadaan beriman." (HR. Bukhari dan Muslim)
As Saa'ib bin Yazid meriwayatkan dari bapaknya bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لَا يَأْخُذْ أَحَدُكُمْ عَصَا أَخِيهِ لَاعِبًا أَوْ جَادًّا، فَمَنْ أَخَذَ عَصَا أَخِيهِ فَلْيَرُدَّهَا إِلَيْه
"Janganlah salah seorang di antara kamu mengambil tongkat saudaranya baik main-main maupun serius. Jika salah seorang di antara kamu mengambil tongkat saudaranya, maka kembalikankah." (HR. Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi dan ia menghasankannya. Hadits ini dihasankan pula oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih Abi Dawud dan Shahih At Tirmidzi)
Dalam hadits yang lain yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Umamah secara marfu' disebutkan:
مَنِ اقْتَطَعَ حَقَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينِهِ، فَقَدْ أَوْجَبَ اللهُ لَهُ النَّارَ، وَحَرَّمَ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ» فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: وَإِنْ كَانَ شَيْئًا يَسِيرًا يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: «وَإِنْ قَضِيبًا مِنْ أَرَاكٍ
"Barangsiapa yang mengambil harta saudaranya dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan masuk surga. Lalu ada seorang yang bertanya, "Wahai Rasulullah, meskipun hanya sedikit?" Beliau menjawab, "Meskipun hanya sebatang kayu araak (kayu untuk siwak)."
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ أَخَذَ شِبْرًا مِنَ الأَرْضِ ظُلْمًا، فَإِنَّهُ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ سَبْعِ أَرَضِيْنَ
"Barangsiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, maka Allah akan mengalungkan tujuh bumi kepadanya."
Oleh karena itu orang yang melakukan ghasb harus bertobat kepada Allah Subhaanahu wa Ta'ala dan mengembalikan barang ghasb kepada pemiliknya serta meminta maaf kepadanya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لأَحَدٍ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ شَىْءٍ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ الْيَوْمَ ، قَبْلَ أَنْ لاَ يَكُونَ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ ، إِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ » .
Barangsiapa yang pernah menzalimi seseorang baik kehormatannya maupun lainnya, maka mintalah dihalalkan hari ini, sebelum datang hari yang ketika itu tidak ada dinar dan dirham. Jika ia memiliki amal saleh, maka diambillah amal salehnya sesuai kezaliman yang dilakukannya, namun jika tidak ada amal salehnya, maka diambil kejahatan orang itu, lalu dipikulkan kepadanya.” (HR. Bukhari)
Jika barang ghasb masih ada, maka dikembalikan seperti sedia kala. Namun jika sudah binasa, maka dengan mengembalikan gantinya.

Menanam tanaman atau pohon atau membuat bangunan di atas sebuah tanah ghashb (rampasan)

Barangsiapa yang menanam di tanah rampasan, maka tanaman itu milik yang punya tanah, dan bagi perampas memperoleh nafkah. Hal ini, jika tanaman belum dipetik, adapun jika sudah dipetik, maka pemilik tanah tidak berhak selain upah.
Pohon yang ditanam juga wajib dicabut, demikian juga bangunan yang dibuat juga harus dirobohkan. Dalam hadits Raafi' bin Khudaij disebutkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ زَرَعَ فِي أَرْضِ قَوْمٍ بِغَيْرِ إِذْنِهِمْ، فَلَيْسَ لَهُ مِنَ الزَّرْعِ شَيْءٌ وَلَهُ نَفَقَتُه
"Barangsiapa yang menanam di sebuah tanah milik sebuah kaum tanpa izin mereka, maka ia tidak berhak memperoleh dari tanaman itu sedikit pun, dan untuknya (perampas) nafkah yang dikeluarkannya." (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, Tirmidzi dan ia menghasankannya, dan Ahmad, ia berkata: "Sesungguhnya saya berpegang kepada hukum tersebut atas dasar istihsan; dengan menyelisihi qiyas.")
Abu Dawud dan Daruquthni juga meriwayatkan dari hadits Urwah bin Az Zubair bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ أَحْيَا أَرْضًا فَهِيَ لَهُ وَلَيْسَ لِعِرْقِ ظَالِمٍ حَقٌّ
"Barangsiapa yang menghidupkan tanah, maka tanah itu menjadi mililknya, dan untuk keringat orang yang zhalim tidak memiliki hak."
Urwah berkata, "Telah memberitakan kepadaku orang yang menceritakan hadits ini kepadaku bahwa ada dua orang yang bertengkar lalu menghadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Yang satu menanam pohon kurma di tanah milik yang lain. Maka Beliau menetapkan (tanaman tersebut) untuk pemilih tanah karena tanahnya dan memerintahkan kepada pemilik pohon kurma untuk mengeluarkan pohon itu darinya. Ia berkata, "Sungguh, saya melihatnya ketika pohon kurma itu dipotong akarnya dengan kapak, padahal pohon itu adalah pohon kurma yang tinggi."
Syaikh Shalih Al Fauzan dalam al-Malkhash Fiqhiy berkata, "Jika orang yang melakukan ghasb telah membuat bangunan di tanah rampasannya atau menanam di atasnya tanaman, maka ia harus melepas bangunan itu atau mencabut tanaman itu, jika pemiliknya meminta demikian. Jika tindakannya itu sampai membekas ke tanah yang dirampasnya, maka ia wajib mengganti rugi kekurangannya, di samping ia juga harus menghilangkan sisa-sisa tanaman dan bangunan sehingga ia menyerahkan tanah kepada pemiliknya dalam keadaan baik. Ia pun wajib membayar upah standar dari sejak merampas sampai menyerahkannya, karena ia mencegah pemiliknya untuk memanfaatkan di masa itu dengan tanpa hak. Jika ia merampas sesuatu dan menahannya hingga menjadi murah harganya, maka harus menanggung kekurangannya menurut pendapat sahih."
Jia barang yang dirampas bercampur dengan barang lainnya yang bisa dibedakan seperti gandum dengan sya’ir, maka perampas wajib membersihkannya dan mengembalikannya. Namun jika bercampur dengan barang yang sulit dibedakan, seperti gandum dengan gandum,  perampas wajib mengembalikan barang itu; ada berapa takar atau timbangan ketika diambilnya sebelum dicampur?
Jika dicampur dengan dengan barang yang di bawahnya atau lebih baik darinya atau tidak sejenis, namun sulit dibedakan, maka campuran itu dijual, lalu diberikan seukuran harganya masing-masing. Dan jika barang rampasan berkurang nilainya jika secara terpisah, maka perampas menanggung kekurangannya. Disebutkan oleh para fuqaha,
الْأَيْدِي الْمُتَرَتِّبَةُ عَلَى يَدِ الْغَاصِبِ كُلِّهَا أَيْدِيْ ضَمَانٍ
“Tangan-tangan yang muncul di atas tangan perampas semuanya adalah tangan tanggungan.”
Maksudnya Tangan-tangan di mana barang rampasan berpindah kepadanya melalui jalan perampas semuanya menanggung jika binasa.
Dengan demikian, jika orang kedua mengetahui hakikat sebenarnya dan bahwa orang yang memberikan barang kepadanya adalah perampas, maka ia harus menanggungnya karena ia berbuat zhalim dengan kesengajaan (diketahuinya) tanpa izin pemiliknya. Namun jika orang kedua tidak mengetahui keadaan sebenarnya, maka yang menanggung adalah perampas (orang pertama).
Jika barang rampasan adalah yang biasa disewa, maka perampas wajib mengganti upah semisalnya (standar) selama barang itu berada di tangannya. Karena manfaat adalah harta yang jelas nilainya, maka wajib ditanggung seperti menanggung barang.
Semua tindakan ghaasib (perampas) adalah batal, karena tidak ada izin pemiliknya.
Jika seseorang merampas sesuatu dan ia tidak mengetahui di mana pemiliknya serta tidak mampu mengembalikannya, maka ia bisa serahkan kepada hakim yang akan menaruhnya di tempat yang benar atau ia sedekahkan memakai nama pemiliknya. Sehingga jika disedekahkan, maka pahalanya untuk pemilik barang dan si perampas sudah lepas tanggungan.
Bersambung…
Wallahu a’lam wa shallallahu ‘alaa nabiyyinaa Muhammad wa ‘alaa aalhihi wa shahbihi wa sallam.
Oleh: Ustadz Marwan bin Musa
Maraji’: Fiqh Muyassar Fii Dhau'il Kitab was Sunnah (beberapa ulama), Fiqhus Sunnah (Sayyid Sabiq), Al Mulakhash Al Fiqhiy (Shalih Al Fauzan), Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan At Tirmidzi dll.
Sumber: Yufidia.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan