Khamis, 17 Januari 2013

BILA MANUSIA SUKA MENYOKONG MANUSIA DARIPADA MENDENGAR SERTA MEMATUHI PERINTAH ALLAH...SEDANGKAN KEPERLUAN KITA SEMUA DISEMPURNAKAN OLEH ALLAH@ALLAH YANG MEMBERI REZEKI

Isu Azrul, Bawani bukti kebejatan Intelek Umno BN

Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi, 16 Jan 2013
Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) amat terkejut dengan insiden penggantungan ketua ekonomis Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajudin - yang membuat pembentangan mengenai PRU13 di Singapura minggu lalu - yang jelas bertentangan dengan prinsip asas undang-undang dan kebebasan hak asasi.

Malah, adalah suatu yang ironi apabila berlakunya suatu insiden berasingan melibatkan seorang mahasiswa undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga penyelaras JERIT, KS Bawani yang 'berperang mulut' dengan pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.

Kedua-dua insiden ini bukanlah sesuatu yang baru dan aneh, tetapi ia sebenarnya sudah sinonim dengan sikap UMNO/Barisan Nasional dari dulu lagi yang gemar untuk menyekat suara-suara yang bertentangan dengan indoktrinasi lapuk UMNO/Barisan Nasional bagi mengekalkan tahap pemikiran rakyat di kedudukan jahiliyah demi mengekalkan kuasa di Putrajaya.

Hal ini kerana UMNO/Barisan Nasional khuatir kuasa mereka di Putrajaya akan pupus sekiranya rakyat menjadi cerdik dan celik terhadap kezaliman dan korupsi yang dilakukan mereka selama ini.  Oleh itu, UMNO/Barisan Nasional inginkan tahap pemikiran rakyat di tahap jahil dan bodoh yang paling maksimum dengan cara menyekat suara rakyat yang boleh membuka pekung di dada mereka.

Jika dilihat kepada kedua-dua insiden tersebut, Azrul dan Bawani kedua-duanya bersuara berasaskan kepada fakta dan kajian; bukannya  berasaskan kepada sesuatu yang retorik. Namun, oleh kerana UMNO/Barisan Nasional dayus dan gagal untuk berhujah balas menggunakan fakta dan khuatir populariti mereka terus menjunam, maka tindakan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan menyekat mereka daripada terus bersuara.

Inilah sikap UMNO/Barisan Nasional yang sebenar. Biarlah rakyat bodoh, asalkan mereka kekal berkuasa. Tindakan UMNO/Barisan Nasional melalui agen-agen mereka ini jelas mencerminkan status pemikiran yang terkongkong dan tahap intelektual yang rendah mutunya serta memalukan imej Negara Malaysia sebagai sebuah Negara membangun. Maka tidak hairanlah Malaysia akan kekal sebagai Negara Membangun, dan bukannya Negara Maju. Tindakan menyekat kebebasan bersuara ini adalah bersifat mengundur ke belakang malah bertentangan dengan aspirasi dan ekspektasi intelektual yang suci.

Ironinya, saudari Bawani dikecam kerana bersikap biadap dan telah mencemarkan nama baik Universiti. Sebaliknya, tindakan Sharifah Zohra Jabeen yang merampas mikrofon dan memaksa Bawani untuk berhenti bercakap itu sendiri sebenarnya amat memalukan dan tidak mencerminkan keintelektualan dirinya yang cukup berbangga kerana mempunyai Ijazah.

Juham amat kesal dengan tindakan ini dan percaya tindakan tidak berintelektual sebegini juga ada diamalkan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain.

Maka, tidak hairanlah kebanyakan daripada institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia gagal untuk menyaingi institusi-institusi pengajian tinggi di luar negara kerana tindakan UMNO/Barisan Nasional yang gemar melahirkan graduan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata, bukannya berfikiran kritis dan kritikal.

Malah, ia juga menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia yang bijak dan terpelajar akan lari berkerja di luar negara. Juham menggesa Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyiasat perkara ini dan Juham mencadangkan supaya Kementerian Pengajian Tinggi menggubal modul pengajaran dan pembelajaran di seluruh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia agar mutu intelektual graduan di Negara kita tidak seperti Sharifah Zohra Jabeen.

Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
Pengarah Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda Pas Pusat Malaysia

AES: PAS gesa Peguam Negara 'tutup mulut'

Anis Nazri, 16 Jan 2013
KUALA LUMPUR: PAS meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menghentikan sebarang kenyataan berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), dan mengekalkan penangguhan prosiding sehingga pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata sebarang kenyataan berkaitan AES hanya akan menimbulkan kerumitan, lebih-lebih lagi masalah berkaitan teknikal.

"Dalam suasana menjelang pilihan raya, AG sendiri tahu Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan menunggu, yang tidak mustahil diberikan mandat oleh rakyat pada pilihan raya akan datang.

"Apa yang penting bagi saya, kekalkan keputusan menangguhkan prosiding, sebab saya bimbang jika AG mengeluarkan kenyataan lain, hanya akan menyukarkan keadaan," tegas beliau pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase), berkata Pakatan Rakyat akan menangguhkan operasi AES jika diberikan mandat pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya penangguhan operasi yang diputuskan Pakatan Rakyat itu bersesuaian dengan tuntutan mereka untuk membuat kajian semula berkaitan pelaksanaan AES.

"Jika Pakatan Rakyat mendapat mandat, kita 'switch off' kamera ini, dan dalam masa sama membuat kajian membabitkan semua pihak. Semua saman sebelum ini, secara automatiknya terbatal," tegas beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, Mahfuz berkata beliau masih belum mendapat respons daripada pihak Istana Negara berhubung permohonannya untuk mendapatkan tarikh janji temu bagi menyerahkan memorandum berkaitan pendedahan Deepak Jaikishan.

Memorandum tersebut antara lain memohon Yang Dipertuan Agong menitahkan Perdana Menteri memanggil satu sidang parlimen tergempar berhubung tuduhan ahli perniagaan itu.

Kalimah Allah: Tiada ‘U-Turn’ Mursyidul Am PAS selari Majlis Syura

Harakahdaily, 16 Jan 2013



Saya diarahkan untuk merujuk kepada laporan New Straits Times pada 15 Januari 2013 di muka hadapan yang membawa tajuk ‘NIK AZIZ MAKES U-TURN ON ‘ALLAH’ berkaitan dengan isu kalimah Allah yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Syura Ulama PAS Pusat pada 13 Januari 2013. Sebagaimana yang telah dimaklumi bersama, Mesyuarat Syura Ulama pada tarikh tersebut telah membuat keputusan untuk tidak bersetuju kalimah Allah digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan GOD di dalam kitab Bible berbahasa Melayu.

Amat dikesali apabila New Straits Times di dalam laporannya pada 15 Januari 2013 tersebut membawa pemberitaan yang salah dan boleh mengelirukan apabila membawa tajuk tersebut. Begitu juga dengan Utusan Malaysia hari ini yang juga menggunakan perkataan ‘u-turn’ apabila merujuk kepada pendirian YAB Al-Mursyidul Am PAS dan Majlis Syura di dalam isu ini.

Suka untuk diingatkan bahawa tidak ada sebarang pusingan ‘u-turn’ khususnya yang melibatkan Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah ini. Ini dapat dilihat di dalam kenyataan awal beliau sebelum mesyuarat syura berlangsung bahawa non muslim perlu diberikan ruang untuk menggunakan kalimah Allah. Ini selaras dengan firman Allah SWT (yang bermaksud):” Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik)…” -Surah al-Ankabut, ayat 63.

Ayat ini jelas mendatangkan isyarat daripada Allah SWT bahawa ada di kalangan non muslim yang menyebut nama Allah SWT sebagai Pencipta Langit dan Bumi dan ia tidak ditegah. Inilah yang menjadi pegangan YAB Tuan Guru dan beliau konsisten dengan pegangan ini. Dalam erti kata lain, tidak ada mana-mana pihak yang boleh menutup ruang golongan non Muslim untuk menyebut nama Allah SWT dan merujuk nama tersebut sebagai Tuhan Semesta Alam dalam urusan seharian mereka.

Namun demikian, dalam isu terjemahan perkataan GOD daripada bahasa Inggeris kepada perkataan ALLAH dalam kitab Bible berbahasa Melayu, beliau sudah membuat penegasan awal bahawa isu ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat syura yang akan berlangsung pada 13 Januari 2013. Majlis Syura atas sifatnya sebagai badan tertinggi parti akan melihat dari semua aspek pro dan kontra berasaskan nas-nas al-Quran dan Hadis untuk membuat keputusan berkaitan isu ini.

Sikap YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am ini dapat dilihat dengan jelas melalui laporan berikut:

1. Laporan News Straits Times sendiri pada 9 Januari 2013, halaman 6 di bawah tajuk Opposition coalition defies sultan’s decree yang antara lain memetik kenyataan YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am. Laporan tersebut memetik In Kota Baru, Pas spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said non-Muslims should have the opportunity to use the word Allah in their religion. “There are seven or eight verses in the Quran which relate to this situation, meaning that the use is not limited only to Muslims as it can also be used by non-Muslims,” he said after presenting appointment letters to municipal and district councillors here.
Nik Aziz said he would attend Pas’ syura consultative council’s meeting in Kuala Lumpur on Saturday where the party was supposed to officially decide on the matter. “If the council reaches a decision which is different from my personal view, I will adhere to its stand.”

2. Laporan Sinar Harian pada 9 Januari 2013, halaman 4 yang memetik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bersetuju membuka ruang kepada orang bukan Islam menggunakan kalimah itu. Berdasarkan pandangan peribadi itu, beliau berkata ruang bagi membolehkan kalimah ALLAH itu digunakan adalah sebagai langkah untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam. Bagaimanapun katanya, bagi menjelaskan pendirian Pas yang dipertikaikan sebelum ini Nik Aziz menegaskan keputusan muktamad adalah ditentukan pada Sabtu ini menerusi mesyuarat Ulama Syura Pas yang adakan diadakan di Kuala Lumpur.

Di dalam kedua-dua laporan tersebut yang dilaporkan oleh media massa bukan milik parti PAS, jelas menunjukkan sikap YAB Tuan Guru yang daripada awal lagi menyatakan persetujuan agar dibuka ruang kepada golongan bukan Islam untuk menggunakan perkataan ALLAH dalam urusan mereka. Dalam masa yang sama, beliau juga telah menyatakan bahawa isu terjemahan GOD kepada perkataan ALLAH di dalam kita Bible akan dibincangkan di dalam mesyuarat syura.

Justeru, tidak ada mana-mana pusingan ‘U-Turn’ yang dibuat oleh beliau. Ini diperkukuhkan lagi dengan keputusan Majlis Syura yang bersetuju nama Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak bersetuju nama Allah menjadi terjemahan kepada perkataan God dalam Bible kerana ia tidak tepat, mengelirukan dan boleh membawa kepada silap faham.

Semoga dengan penjelasan ini, kekeliruan yang ditimbulkan oleh laporan New Straits Times dan Utusan Malaysia tersebut dapat dijernihkan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh: 2 Rabiul Awwal 1433H bersamaan 16 Januari 2013M

Khairy tarik balik tuduh Anwar pengkhianat Melayu

Harakahdaily, 16 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersetuju kes saman RM100 juta terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar diselesai di luar mahkamah.

Persetujuan itu dicapai berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah ke atas beliau.

Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Kes saman fitnah RM100 juta difailkan oleh Anwar terhadap Khairy pada 7 September 2007.

Anwar mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Khairy sebelum ini didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Kenyataan ini antara lain mendakwa Anwar adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Semalam, Khairy bagaimanapun dilaporkan menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.

Sementara itu, Anwar dalam mesej Twitter berkata, beliau berpuas hati dengan tindakan Khairy menarik balik kenyataan fitnah ke atasnya, yang dikeluarkan lima tahun lalu.

“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar.

“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayu lah,” seloroh Anwar.

Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.

Sementara itu, Khairy yang dipetik Sinar Harian berkata, beliau tidak menarik balik kenyataannya, tetapi mengakui kenyataannya terhadap Anwar yang dipetik akhbar tidak betul dan tidak tepat.

Katanya lagi, beliau turut bersetuju dengan penyelesaian itu kerana tidak mahu membuang masa di mahkamah kerana terdapat tugasan-tugasan lain yang lebih penting.

Fenomena Listen! Listen! Listen!.. Let Me Speak!

Analisa Mohd Zainal, 16 Jan 2013
‘Virus’ terbaru yang menular telahpun menjadi fenomena pantas di Malaysia, malah mungkin telah tembus ke beberapa negara luar seperti Brunei, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Walaupun tidak menjangka akan berterusan lama, masih boleh dikatakan, ini merupakan pencapaian yang hebat apabila dua wanita yang pertamanya tiada jawatan prima dalam politik, tidak pun dikenali masyarakat besar sebelum ini, dan tidak juga siapa yang mengaku mengenali beliau sehingga kini, berjaya mencetus fenomena ini dalam tempoh sekelip mata.

Manakala wanita yang kedua menepati ciri-ciri yang pertama, cuma bezanya nasib beliau berubah menjadi pujaan masyarakat apabila semua mula menyanjungnya dan ingin mengaku mengenali beliau.

Dan saya terpaksa mengakui mengenali beliau sebagai seorang yang aktif dengan aktiviti kepimpinan kemahasiswaan, cuma beliau tidak mengenali saya.

Impak peristiwa yang berlaku melampaui senario politik semasa secara santai dan tajam. Tanpa perlu membuka siaran lawak jenaka, ia masih mampu menyejukkan sebentar kepanasan kepala menghadap politikus menjawab sana-sini bagi menjustifikasikan kebenaran perjuangan masing-masing. Dan kesannya ini jelas merentas segala elemen kemasyarakatan yang wujud, pastinya kerana ia melibatkan tunjang sosial negara dan budaya timur rantau ini.

Pertembungan ini boleh sahaja dilihat pertembungan bangsa, boleh juga dilihat pertembungan ideologi politik, atau pertembungan orang tua orang muda, atau pertembungan golongan terpelajar dengan golongan kurang ajar, atau juga pertembungan tata susila adat dan agama.

Ia boleh diulas dari apa jua perspektif, menjadikannya unik dan hangat, dan pastinya segar, lantas menarik minat bukan sahaja golongan intelek, malahan agamawan, politikus, atas pagar, artis, pakcik sawah mahupun nelayan di laut dan mungkin haiwan yang melata jika mereka bijak membaca.

Semuanya bermula apabila manusia bereaksi kepada aksi pembodohan. Sudah ditakdirkan manusia punyai akal, sentiasa berakal, cuma kadangkala terlupa untuk digunakan dengan tepat. Ia merupakan satu elemen gila kuasa tetapi berlaku pada skala kecil.

Gila kuasa apabila ada mikrofon di tangan sehinggakan merampas hak berbicara seorang yang lain. Gila kuasa apabila tersilap meletakkan peranan diri sebagai diktator walaupun asalnya cuma seorang moderator.

Gila kuasa sebagai seorang intelek, walaupun bezanya O’level dan Ijazah itu cuma kurang lebih 4 – 5 tahun perjalanan jam sahaja dan tidak memerlukan roket untuk sampai. Dan gila kuasa untuk menonjolkan diri berilmu dengan meremehkan perbandingan insan lain yang penuh dengan statistik dan fakta walaupun diri sendiri hanya mampu membacakan kembali kamus haiwan yang boleh sahaja turut disebut oleh kanak-kanak di kelas peralihan.

Gila kuasa ini bergabung dengan emosi tahap rendah dengan mentahnya strategi politik menzahirkan watak fizikal yang dilihat sebagai al-kibr. Membesarkan diri dan meremehkan orang lain.Sifat mazhmummah ini ada dalam kebanyakkan diri manusia. Cuma ia kadangkala terselindung dan kadangkala terzahir tanpa sedar.

Kali ini kepada Sang Moderator tersebut ia terzahir kerana beliau bukanlah ahli agama yang warak untuk berkelakuan seperti malaikat, dan beliau juga bukanlah politikus licik yang bijak berhipokrisi. Beliau hanya seorang manusia yang belum cukup pra syarat untuk berdepan khalayak dengan tenang dan sopan.

Setelah menghadam semua yang di atas, kerana apakah perisitiwa meletus laharnya? Bukankah ia sentiasa berlaku di pelbagai peringkat? Tidak salah untuk kita katakan apabila minyak sendiri-sendiri atau api sendiri- sendiri tidak akan memudaratkan. Bila ada bahan yang akan terbakar barulah ia membakar dan menghancurkan.


Sang moderator harus ingat, beliau berdepan dengan beberapa elemen besar masyarakat ketika memegang mikrofon tersebut. Pertama, melibatkan seorang individu bergelar MAHASISWA yang sedang bergerak ke zon bijak dan tidak boleh diperbodohkan, kedua, ALAM MAYA yang tidak boleh ditutup walau dengan bangkai gajah sekalipun, ketiga MASYARAKAT KRITIS yang apabila diikat mata mulut bercakap, disumbat mulut tangan menaip, diikat tangan jiran membantu dan keempat beliau telah terlajak menzahirkan TUTUR BICARA KHALAYAK dengan kalimah dan intonasi yang tidak dapat diterima baik di benua timur, barat, utara mahupun selatan.

Elemen-elemen ini adalah antara titik sensitif yang wujud dan perlu dijaga oleh sesiapa sahaja yang ingin meneruskan kehidupan dengan tenang dalam masyarakat majmuk berbilang bangsa, agama dan daya intelek ini. Baik anda ahli politik, ulama, pelajar, pensyarah, doktor perubatan atau apa sahaja gelaran.

Kepada pelajar yang pada pandangan masyarakat telah dimangsai, percayalah, ia tidak seteruk mana. Anda bukan mangsa, tetapi penerima anugerah. Tidak mudah untuk berdepan dengan rasa aib begitu, tetapi ia hanya berlangsung kurang lebih suku jam. Selebihnya ia adalah anugerah proses pembelajaran yang amat berguna kepada anda dalam berdepan dengan masyarakat sebenar.

Ramai lagi yang sebegitu sifatnya dan jika anda tidak berada pada platform pada hari itu, anda tidak akan mengenal manusia dengan lebih baik. Maka berterima kasihlah kepada guru segera yang datang dari jauh menceruk masuk ke universiti anda untuk memberikan pendidikan percuma dan segera ini. Syabas! Dan ingatlah, janganlah menjadikannya sebagai satu wadah untuk meraih populariti segera yang tersilap langkah mencambah ego dalam diri pada fasa kehidupan yang akan datang.

Kepada rakan-rakan pelajar tadi, ramai yang mengecam dan mencemuh. Namun harus difahami, proses indoktrinasi menggunakan peluru tabur, yang dilambakkan kepada umat muda yang belum pernah mengenal erti susah dan payah sebenar kehidupan. Dan tidak pernah diterjah dengan keganasan moderator seperti Sang Moderator tadi, sangat sukar untuk ditentang oleh minda lemah.

Mahasiswa yang berada di dalam dewan sana terbahagi kepada pertama, KELOMPOK LEMAH MINDA HALUS JIWA yang akan mengiakan mencacai apa sahaja dengan penuh rela asalkan tidak terusik periuk nasik dan matlamat mereka. Kepada golongan ini, dinasihatkan untuk mengambil kursus asas masakan dan penyediaan makanan. Agar tepat dikenali sebagai mahasiswa makanan, atau mahasiswa periuk nasi.
Kedua kelompok yang TIDAK LEMAH MINDA TETAPI TEKUN MENCERNA SUASANA. Memikirkan kemaslahatan jangka panjang, membina kewibawaan dalam diam lantas akan berupaya menzahirkan kekuatan kemahasiswaan dalam proses jangka panjang berbanding jika terus membantah lantas akan dihantar ke universiti lain atau ke negara lain (memetik idea Sang Moderator).

Ketiga adalah kelompok yang TIDAK AMBIL KISAH baik periuk nasi atau kewibawaan kemahasiswaan. Mereka ini datang untuk membeli, merebus dan menggoreng segala apa yang berkaitan akademik, lantas ditelan semahunya biarpun dunia kiamat dan bulan bintang terhempas di depan mata.

Kelompok keempat yang nampaknya tidak muncul pada hari tersebut, melainkan mangsa, adalah yang KUAT MINDA, KUAT TEKADNYA. Mewujudkan lebih ramai kelompok keempat ini, yang merupakan mercu tanda sebenar dunia mahasiswa yang berakar umbi berpuluh tahun yang lepas, mungkin memerlukan pengislahan sistem pendidikan burung belatuk dicengkam singa, mengangguk sambil menangis, untuk dipindah kepada sistem yang lebih memuliakan daya intelek mahasiswa sejak dari awal.

Akhir bicara, menelah isu ini dari banyak perspektif, memberikan kita pengajaran cukup bermakna agar pertama, diri kita sendiri tidak melakukan yang sedemikian terhadap orang lain bagi memastikan kemuliaan diri kita sebagai khalifah Allah terpelihara.

Kedua, sama-sama kita menarik nafas yang dalam, betapa di luar dunia kita, wujud manusia seperti Sang Moderator, baik sedar atau tidak sedar, mencium harumnya bau ideologi yang diyakini betul, sehingga dengan semberono melupakan bahawa, yang dikata betul boleh jadi salah dengan kesilapan strategi kita menzahirkan sokongan, dan pada masa yang sama terlupa, bahawa bukan kita dan pujaan kita seorang sahaja yang ada akal dan otak di dunia ini.

Namun jauh dari itu, kita harus sedar bahawa mana-mana daripada mereka masih lagi berada di bawah lingkungan dakwah kita. Dalam rasa amarah saya kepada Sang Moderator, saya masih lagi tersentuh dengan salah satu ucapan beliau, lebih kurangnya bermaksud, walaupun beliau belum lagi cukup lengkap sepenuhnya sebagai seorang Muslim tetapi insyaAllah pada masa mendatang beliau akan menjadi muslim yang baik.

Dan menutup artikel ini, saya ingin tekankan, jika kita mengaku menjadi dai’e, wahai para du’at, jangan tinggalkan ruang dalam hati untuk tidak berasa cakna dengan ayat tersebut.

Firman Allah SWT bermaksud

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?

Fussilat : 33


* Penulis boleh dihubungi melalui mzainal@yahoo.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan