Jumaat, 25 Januari 2013

BILA KITA ADA KUASA...AKHIRAT NANTI SEMUA TIADA KUASA...MAKA ALLAH LAH MAHA BERKUASA....NERAKA KE...SYURGA KE KETENTUAN@KETETAPAN ALLAH

Porsche Cayman ini bukan Ustaz PAS yang punya

http://amenoworld.blogspot.com, 25 Jan 2013

Porsche Cayman ini bukan Ustaz Pas yang punya walaupun atas nama Ustaz Pas

Harap maklum.

Gambar kereta mewah kat bawah neh memang atas nama Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin. Ini pengakuan dia sendiri oke;


Pemuda PAS Kelantan terbit buku jawab 7 janji Najib

Harakahdaily, 25 Jan 2013
 
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melalui Lajnah Penerangan telah menerbitkan satu buku bertajuk 'Al-Kisah 7 Janji Najib'.

Menurut Ketua Penerangan DPPNK, Ahmad Fadhli Shaari, buku setebal 50 mukasurat itu khusus bagi menjawab janji-janji yang telah ditaburkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu datang ke Kelantan 20 Januari lalu.

"Buku ini bakal menjawab semua persoalan di sebalik tujuh janji yang dikemukakan perdana menteri itu satu-persatu.

"Janji-janji seperti lebuhraya, pembinaan masjid terbesar, menyelesaikan masalah air dan sebagainya tidak lebih merupakan helah politik Najib untuk merampas Kelantan.

"Kesemuanya telah dijawab dengan fakta dan data yang dimuatkan di dalam buku ini," katanya.

Najib ketika 'kempennya' dalam program Jelajah Janji Ditepati di Kelantan baru-baru ini berjanji membawa tujuh projek besar ke negeri ini.

Antara janji itu termasuk untuk membina lebuhraya bagi menghubungkan kawasan Kuala Krai dan Kota Bharu di negeri itu yang tertangguh sejak Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) sehingga hari ini.

Enam lagi projek termasuk pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek menyelesaikan masalah air.

"Janji-janji tersebut kononnya akan dilaksanakan sekiranya Umno berjaya merampas negeri Kelantan daripada PAS dalam pilihanraya umum yang akan datang.

"Hakikatnya, tujuh janji itu hanyalah merupakan janji kosong yang tidak berpijak di bumi nyata.

"Bahkan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia sudah boleh melaksanakan kesemua projek yang dijanjikan memandangkan kuasa yang dimiliki oleh kerajaan pusat pada hari ini," tegasnya.

Buku tersebut, mula diedarkan di kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu hari ini.

Kepada mana-mana pihak yang berminat boleh dapatkan di Kedai KITA, Bangunan Perhubungan PAS Negeri Kelantan atau melalui emel ahmadfadhli80@gmail.com.

Panas: 20 anggota bersenjata M-16 kawal rumah mayat, kenapa?

http://shalehudin.blogspot.com, 24 Jan 2013

PANAS: 20 anggota bersenjata M-16 kawal rumah mayat, KENAPA..?

Lihat http://shalehudin.blogspot.com/2013/01/panas-20-anggota-bersenjata-m-16-kawal.html

PAS dibuli, Hamas disantuni

Nik Nasri Nik Malek,
Perdana Menteri Malaysia ziarah Gaza buat pertama kali. Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyyah ditemui. Cuma lawatan kemanusiaan (?) hanya sehari. Cakna Palestin sungguh ke atau bina imej semula sebelum PRU 13 nanti? Bagaimana dengan Apco dan ‘rangkaian’ halus Zionis melalui pelbagai aktiviti?

Palestin diziarah selepas pergi ke Kelantan tabur janji. Sedangkan janji-janji lepas belum dipenuhi. Royalti Kelantan tidak diberi. Kerajaan PAS Kelantan dimusuhi. Peruntukan untuk Kelantan penuh birokrasi. Projek minyak dan gas syarikat nasional dibuat macam hak sendiri.

PAS berjuang Islam di sini. Hamas berjuang Islam di Palestin hingga kini. PAS dan Hamas seperti adik-beradik dalam satu famili. Saya masih ingat, ketika mantan Imam Masjid al-Aqsa Sheikh Mahmud as-Siyam datang berceramah di Malaysia, beliau berkata PAS dan Hamas adalah sama parti. Hanya tempat yang menjarakkan kami. Justeru, kenapa PAS dibuli sedangkan Hamas disantuni?

Kerajaan BN pun masih belum mengiktiraf kerajaan Hamas lagi. Justeru, lawatan itu atas sifat apa punya diplomasi? Dengarnya, Rosmah yang nak isytihar bantuan RM4 juta untuk hospital kanak-kanak itu baik, tapi atas apa punya kapasiti? Menteri? Isteri Perdana Menteri? atau ikut suka hati?

Dalam gambar, Ustaz Nasha juga ada berdiri. Baguslah kalau jadi orang tengah antara dua perdana menteri. Cuma dari dua perdana menteri itu, seorang berjuang Islam sungguh dan seorang lagi dari parti Melayu kat sini. Ismail Haniyyah hidup zuhud, tawadhuk, tiada rasuah, tidak mewah dan merendah diri. Seorang lagi tak payah cerita, tahu sendiri. Anta pergi kalau tolong sungguh Alhamdulillah tapi jangan ada udang di sebalik mi.

Yang pasti, PAS dan Palestin tetap di hati ini.

Penulis ialah Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan, Dewan Ulama PAS Terengganu.
Pendedahan 'panas', PR dakwa BN seleweng tanah pusat rekreasi
SITI AISAH HABIRIN
25 Januari 2013
Pendedahan 'panas', PR dakwa BN seleweng tanah pusat rekreasi
Shuhaimi (kiri) dan Suee Lim menunjukkan dewan komuniti serba guna.
SHAH ALAM - Umno diminta beri penjelasan terhadap dakwaan penyelewengan pemilikan tanah seluas lebih kurang 2.86hektar di atas Lot 18908, Seksyen 25, Taman Sri Muda di Bukit Kemuning di sini, yang berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Tanah yang diluluskan bagi tujuan kompleks sukan dan rekreasi atau pusat komuniti pada 2007 itu kini berdiri megah lima blok pangsapuri, tujuh hingga 14 tingkat bersama 11 unit kedai yang sudah 60 peratus siap untuk Fasa 1.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, tanah tersebut pada asalnya milik dua syarikat swasta yang telah dilucut menjadi tanak kerajaan pada 13 Mei 1999 kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai bernilai RM152,406.50.

Menurutnya, Pejabat Tanah pada 2005 telah menerima 12 permohonan, satu daripadanya adalah BN Kota Raja dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) manakala bakinya adalah daripada pihak swasta.

“BN Kota Raja dan MBSA mendapat kelulusan pemilikan tanah seluas 2.86 hektar itu pada 2007 di mana ia dibahagi kepada tujuh bahagian semasa pemerintahan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo.

“Pemilikan asal menunjukkan empat per tujuh daripadanya milik MBSA manakala selebihnya milik BN Kota Raja namun selepas kelulusan pemilikan itu menjadi sebaliknya dan MBSA hanya memiliki tiga per tujuh daripada tanah itu.

“Namun yang menjadi kemusykilan, tujuan asal MBSA ke atas tanah berkenaan adalah bagi membina pusat komuniti bertukar menjadi kawasan penempatan yang sudah semestinya berorientasikan keuntungan dan jumlah premium yang dibayar ketika itu hanya RM1,000 nominal bagi satu lot,” katanya kepada media berhubung Skandal Sapu Tanah 1 Malaysia (SAT1M) berhampiran lokasi tanah berkenaan bersama Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, semalam.

Sementara itu, Shuhaimi berkata, MBSA seolah-olah dipergunakan pihak tertentu sebagai batu loncatan untuk memiliki keseluruhan tanah berkenaan dan ia terbukti apabila keluasan tiga per tujuh milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu  hanya dibina sebuah dewan yang luasnya dipercayai tidak melebihi 0.16 hektar.

Merujuk kepada perkara itu katanya, kerajaan negeri dalam mesyuarat Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) mencapai keputusan mengesyorkan pemaju memberi sagu hati sebanyak RM500,000 kepada MBSA.

Katanya, nilai tanah berkenaan sekitar RM600,000 bagi 0.16 hektar ketika kelulusan pemilikan pada 2007 dan harga terkini hampir RM10 juta untuk keseluruhan.

Difahamkan, cadangan pembangunan di atas tanah berkenaan secara usaha sama MBSA dengan sebuah syarikat swasta dan MBSA menerima sebuah dewan komuniti serba guna bernilai RM1.5 juta dan tunai RM500,000.

Sementara itu, Mohamad Khir ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan tersebut.

"Itu perkara lama, saya sudah tidak ingat dan tidak mahu ulas apa-apa," katanya.
Anwar: 'Jawatan PM bukan isu, yang penting rakyat'
DR G MANIMARAN, SITI SALMI DRAHSIN dan NOOR AZURA SAHRIL
FOTO: SAFWAN MANSOR

25 Januari 2013
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah nama besar dunia politik Malaysia, malah namanya terkenal di seluruh dunia. Dikenali sebagai seorang reformis, beliau sering menggegarkan negara sejak beliau di bangku universiti lagi.
Malah karier politiknya cerah apabila dalam tempoh yang singkat, Anwar diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun, pada 1998, segalanya berubah, Anwar dipecat dan kemudian mengetuai barisan pembangkang. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Pakatan Rakyat (PR) yang diketuainya berjaya memecah dominan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, malah Anwar terus mengorak langkah untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ikuti wawancara eksklusif bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan DR G MANIMARAN, SITI SALMI DRAHSIN dan NOOR AZURA SAHRIL dengan jurugambar SAFWAN MANSOR di pejabatnya kelmarin.

SINAR HARIAN: Selepas lima tahun PRU pada 2008, bagaimana perasaan Datuk Seri melihat suasana politik dan perkembangan dilalui Pakatan Rakyat?

ANWAR: Alhamdulillah, kerana tahap kesedaran rakyat itu meningkat walaupun iklim politik masih tidak terbuka dan demokratik, ruang media itu sangat terbatas tetapi wujud kesedaran sehingga membawa kepada kebangkitan rakyat. Itu pada saya sangat meyakinkan.

SINAR HARIAN: Pilihan raya semakin hampir, adakah  Datuk Seri berasa gementar untuk hadapi PRU13 kali ini?

ANWAR: Sudah lama kita tunggu jadi dah tiba waktunya, sudah tentu kita bekerja dengan suasana yang lebih tertekan dan juga  dalam beberapa aspek melelahkan. Tetapi PRU ruang berdamping secara langsung dengan rakyat dan memberikan kesempatan untuk mengungkap dasar dan menjelaskannya. Saya rasa itu suatu yang positif.

SINAR HARIAN:  Apakah perkara menggembirakan yang Datuk Seri rasakan sejak lima tahun lalu. Adakah gembira dengan pencapaian PR setakat ini?

ANWAR: Walaupun perjalanannya penuh dengan onak dan getir, peristiwa di Perak, tekanan di negeri-negeri yang diperintah, pendakwaan baru terhadap saya, tetapi saya syukur Alhamdulillah, itu tidak sedikitpun mengalihkan fokus kita yang utama untuk memenuhi agenda.
Tahun ini, kita nampak prestasi dengan negeri-negeri makin mantap, kerjasama dalam Pakatan dengan pelbagai serangan, jauh lebih kukuh dan muafakat dalam isu-isu besar. Saya lihat ini perkembangan yang menggalakkan termasuk tahap dan keupayaan kita menerobos ke rantau dan daerah baru yang dahulunya sukar diterima.
Jadi itu permulaan yang sangat baik dan saya dapat kesan baik di Lahad Datu, Baram, Hulu Kelantan dan Johor. Sambutan itu sangat meyakinkan.  Di sebalik kelebihan itu, pastinya ada kekurangan dengan PR atau kerajaan Negeri, bolehkah  Datuk Seri kongsikan bersama?
Kalau Kerajaan Negeri, sementara langkah yang diambil itu baik, menghindar rompakan khazanah negeri, beberapa kemudahan merakyatkan ekonomi, tetapi mungkin kerana ada yang kurang pengalaman daripada segi pentadbiran, maka penyampaiannya kurang menyeluruh sehinggakan media Umno dapat menyerang hal-hal negatif dan kita tidak dapat menyampaikannya.
Bagi saya, kekalahan kita di Hulu Selangor itu ada hikmahnya, iaitu sementara kita berkuasa di negeri, tetapi ada sebahagian penduduk yang tidak mengikuti perkembangan sebenarnya dan masih bergantung kepada media Umno.
Maka kejutan itu telah menyebabkan kerajaan negeri umpamanya mengambil langkah-langkah segera untuk turun secara langsung.
Ini bagi saya cara kita respons positif terhadap apa yang kita kesan sebagai hal yang negatif.
Dari sudut PR, kerjasama antara pimpinan itu jauh lebih mantap dan muafakat dan berjalan baik, tetapi kita  mengambil sedikit masa untuk kerjasama dan muafakat itu difahami di peringkat bawahan dan akar umbi. Itu dianggap sedikit kelemahan.
Keduanya, tanpa pendedahan daripada media utama, maka beberapa program kita dan kenyataan kita tidak dihadam oleh penyokong parti. Ini merupakan sedikit hambatan yang perlu diperbaiki.

SINAR HARIAN:  Pada pandangan Datuk Seri, adakah PR memainkan peranan sebagai pembangkang yang baik sepanjang   5 tahun lalu?

ANWAR: Pada saya, prestasi pembangkang jauh lebih baik daripada ahli Parlimen BN. Ada satu dua yang dulunya terlalu lembap mengemukakan pandangan, tetapi telah lompat. Jadi kita telah selesai bab itu, tetapi saya tekankan ahli Parlimen itu harus menjalankan tugas mampu membahaskan dasar dan menilai projek-projek program pemerintah selain bahaskan rang undang-undang. Tetapi kalau dilihat secara keseluruhan  prestasi kita, ahli Parlimen kita jauh lebih baik. Ini diakui lebih baik oleh Speaker, walaupun tidak secara umum.

SINAR HARIAN:  Berdasarkan prestasi sedemikian, adakah Datuk Seri yakin PR boleh menguasai Putrajaya?

ANWAR: Saya yakin sebab pertamanya kerana dukungan rakyat dan keduanya kerana prestasi barisan pimpinan PR, termasuk prestasi di kalangan  pemimpin muda DAP, Pas dan PKR. Jauh keupayaannya berbanding Umno dan BN. Itu kenyataan dan tidak dipertikai. Kita lihat pengolahan mereka di Parlimen dan luar Parlimen, penglibatan mereka dalam perbincangan isu dasar itu banyak membantu.

SINAR HARIAN:  Datuk Seri dilihat menjadi formula pengikat kepada parti komponen PR. Adakah Datuk Seri melihat peranan yang dimainkan Datuk Seri sendiri?

ANWAR: Bukan sebab Anwar, saya cuma membantu menyelaraskan mesyuarat, tetapi agenda dasar bersama itu yang mengikat.
Sebab itu saya mempunyai keyakinan, PR boleh kekal. Lebih menyakinkan, kerana kita setuju formula, dasar  dan perkara asas. Ada beberapa perkara kecil yang kita tidak setuju, orang kata, ini akan menyebabkan (PR) pecah.
Saya tidak nampak kita akan pecah kerana ada perbezaan pendapat sama ada Beyonce patut menyanyi atau tidak. PR akan pecah sebab itu? Tidak!
Tetapi soal yang fundamental, soal peruntukan Perlembagaan, soal dasar media yang bebas, profesionalisme polis, kebebasan badan kehakiman, dasar ekonomi, pasaran tetapi dengan penekanan kepedulian terhadap rakyat, hentikan rasuah dan penyelewengan dan ini sikap rasis dan menggunakan agama untuk menakutkan.
Ini bagi saya hal-hal dasar yang jauh lebih sukar dipersetujui daripada isu-isu yang kecil, mungkin berbangkit dari semasa ke semasa. Ini kita hadam bersama dan bahas dengan panjang dan kita bersetuju.
      
SINAR HARIAN:  Apa cita-cita Datuk Seri dalam ikatan bernama PR? Nak jadi Perdana Menteri atau...?

ANWAR: Ya, kalau ada sokongan Insya-ALLAH. Tetapi yang lebih penting itu apakah yang kita mampu lakukan berbeza daripada keupayaan Perdana Menteri pimpinan Umno-BN. Ini bagi saya ukuran keupayaan kita.
     
SINAR HARIAN:  Jawatan bukan isu?

ANWAR: Ya, kerana jawatan itu membolehkan kita melaksanakan pelbagai program umpamanya.
Bolehkah kita pastikan bahawa menyandang jawatan perdana menteri itu bukan ruang untuk memperkayakan keluarga atau pun kesempatan untuk merubah sistem dengan menjamin rakyat hidupnya lebih selesa? Ya, kenyataan orang politik itu mungkin dipertikai.
Tetapi kalau kita ada keupayaan membuktikan isu-isu pendidikan percuma, meringankan beban rakyat, meningkat mutu kesihatan, hal-hal itu bagi saya, impian saya. Kita boleh laksanakan dan kita boleh buktikan.
Tidak ada masalah. Kalau orang miskin Melayu yang banyak terlantar, tidak terbela, tapi mereka rasa selesa kerana dasar Melayu itu memang diungkapkan.
Jadi rasa selesa. Walaupun dia berada dalam keadaan paling miskin, rumah paling robek, bendera BN paling besar. Itu kerana dia tidak dapat menangkap isu-isu yang kita bangkitkan.
Jadi kita hendak beri ruang kepada orang-orang ini supaya tidak diabaikan dan tidak dikhianati amanahnya.
SINAR HARIAN: Salah satu serangan ke atas Datuk Seri sejak lima tahun lalu dan lebih kuat tiga tahun ini, mereka kata PR kerana seorang yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita hendak jadi perdana menteri dan ia berterusan, apa pandangan Datuk Seri?

ANWAR: Ya lah kerana dia rasa mengikut tafsirannya itu, kehadiran Anwar itu membantu PR, membantu melemahkan Umno-BN. Orang sudah tak nak dengar, nak buat macam mana. Jadi kutuklah saya. Bukan tiga tahun, 15 tahun lalu pun begitu.
Apakah saya tidak punya maruah, (Presiden PKR, Datin Seri) Wan Azizah (Wan Ismail), anak-anak tidak merasa sedih? Ya, kami ada. Tapi kita kena terima dengan sabar apa yang kita lalui kerana apa yang kita lawan ini, siapa? Perasuah besar. Bila kita bercakap tentang dasar elektrik IPP, yang kita kritik siapa? digabungkan kekayaannya puluhan bilion ringgit. Gabung lagi dengan kekuatan Umno, dengan kerajaan, saudara, gabung ini, tak terlawan kita dalam keadaan biasa. Ini cerita David and Goliath.
Tetapi kita harus dedahkan. Kalau kita tidak hebohkan begini, siapa tahu? Bahawa perjanjiannya sekian, mereka untung berbilion, kadar elektrik naik orang tak tahu. AES kalau kita tak bangkitkan, siapa (tahu). Semua apabila kita bangkitkan ialah subahat kaitan kepentingan di antara penguasa iaitu ahli politik dengan konglomerat yang kaya. Ia merentas kaum.
PRU13, rakyat akan mengundi untuk menentukan kerajaan. Tapi menurut Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin, PRU13 pertarungan personaliti antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.            

Saya tidak hendak komen tentang beliau, tetapi kalau beliau profesor, beliau patut baca agenda kami. Mana-mana pertarungan tentunya orang akan tengok pimpinan, tetapi orang tengok juga dasar.

Orang tengok harga minyak, orang tengok harga barang, dasar ekonomi, orang tengok isu konflik yang berlaku, tak akan ada sebahagian orang Cina yang tidak menyokong BN sebab Anwar, orang Melayu sokong Pas sebab Anwar, tak betul. Logika itu tidak terpakai dalam teori dan politik. Kalau dia kata bahawa faktor pimpinan itu boleh mempengaruhi, adalah kemunasabahannya.

SINAR HARIAN:  Bagaimana peluang PR? Rafizi sudah bercakap, Saifuddin sudah, Pas pun sudah, Datuk Seri punya ukuran peluang kemenangan macam mana?

ANWAR: Ya, ia sukar. Kita belum beres tentang pilihan raya yang bersih. Masih jadi isu dan sidang Parlimen terakhir, saya kemukakan bukti penipuan angka berdasarkan buku terakhir nama pengundi SPR. Jadi ada masalah. Kemudian, Selangor lakukan tinjauan umum menemui 138,000 yang tidak dapat dikenal pasti berdasarkan alamat yang diberikan kerana orang itu tidak ada di alamat yang berkenaan. Jadi maknanya langkah penipuan itu akan diteruskan.

Tapi saya masih yakin dan media masih belum berubah walaupun menteri penerangan ada menyebut bahawa akan ada ruang untuk menerangkan manifesto, bebas apa? Lepas ini syarat itu, syarat ini, maknanya kebebasan media bagi menteri penerangan ini adalah peluang mengungkapkan sedikit tentang manifesto.

Kita ini di zaman apa? Jadi itu menunjukkan sikap keangkuhan. Ini “listen, listen, listen”, gejala peraturan autoritarian baik di universiti, baik di media, itu dia yang kamu dengar dan dalam istilah Inggerisnya “condescending” (meninggikan diri), memberi arahan dan tidak memberikan ruang tapi dengan semua keterbatasan ini, 2008 kita di Semenanjung, kita sudah capai majoriti mudah. Kita tewas teruk di Sabah Sarawak.

Saya yakin Insya-ALLAH, kita bukan sahaja dapat memperkukuh kawasan yang kita kuasai sebelum ini termasuk Perak, di Kuala Lumpur 10 daripada 11 dan kita boleh terus menawan Negeri Sembilan, boleh bertapak kuat di pantai barat Johor dan beberapa kawasan Sabah Sarawak itu tidak ada yang menyangkal kita menembusi beberapa kawasan menewaskan apa yang dahulunya kubu-kubu Umno-BN. Maknanya ada kebebasan dan Sinar Harian adalah satu media yang memberi kebebasan penuh tanpa dipanggil pegawai Kementerian Dalam Negeri setiap kali Anwar muncul di muka depan akhbar.

Ataupun dalam hal ini setiap kali Ketua Pembangkang yang baru, Datuk Seri Najib keluar di muka depan Sinar kemudian, Kementerian Dalam Negeri yang baru tidak mungkin memanggil dan memberi amaran.
Itu petanda PR akan berada di Putrajaya pada 2013?
Insya-ALLAH. Sekurang-kurangnya untuk media ini, kita mesti bebas. Ini yang kita kena dapat melihat, batalkan lesen, batalkan gangguan, undang-undang ada, kalau anda fitnah, ikut proses mahkamah. Apa urusan politik untuk menahan?
Kadang-kadang pegawai, saya tahu pegawai-pegawai ini, editor beritahu saya, hari ini berita keluar, pegawai ini akan panggil akan panggil dan tanya, “Kenapa dengan u ni, kenapa kamu sokong pembangkang?”.
     
SINAR HARIAN:  Kalau PR menang, berapa kerusi yang selesa dan yakin?

ANWAR: Saya tak buat kiraan ikut kerusi. Asalkan menang, Alhamdulillah.

SINAR HARIAN: Ada yang kata tipis?

ANWAR: Tak terlalu tipis. Insya-ALLAH. Satu lagi yang sering disebut ialah apabila PR menang dalam pilihan raya, kuasa Melayu akan terhakis.
Kuasa pemimpin Umno, kuasa rasuah, bukan sahaja terhakis, tapi akan hilang. Tapi kuasa Melayu umum tidak akan terjejas. Kita tidak akan bertolak ansur. Malah kalau pendapat saya, saya jelaskan dalam pimpinan Pakatan Rakyat secara umum, saya mahu tahap penguasaan orang Melayu itu jauh lebih baik daripada di bawah pencapaian Umno selama lebih 50 tahun dan ini terpakai kepada semua jenis persekolahan Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, tanpa syarat kerana inilah bahasa kebangsaan yang telah pun disepakati dalam Perlembagaan.

Kemudian yang lain-lain seperti soalnya pendidikan bahasa Inggeris, saya tidak ada masalah. Soal Islam, penghayatan Islam, mengimarahkan masjid, memastikan undang-undang dan peraturan itu dikemaskan, soal membanteras rasuah yang patut, soal kepedulian terhadap masyarakat yang dihina, terpinggir dan miskin, Muslim atau bukan Islam, ini penghayatan Islam yang patut kita ketengahkan bahawa pimpinan itu adanya amanah untuk tidak merompak kekayaan negara.
Apa sebab kita umpamanya selain daripada Nabi Muhammad SAW sebagai contoh terbaik, apa sebabnya kita selalu hebahkan sumbangan Umar Abd Aziz sebagai sebagai khalifah utama dari segi tatakelola yang adil dan bijak?

Justeru, kerana ia tidak menyalah guna kuasa. Kalau ini dilakukan siapa yang akan mendapat manfaatnya paling banyak? Orang Melayu. Kalau saya katakan pendidikan percuma, siapa yang paling banyak dapat? Siapa yang paling miskin dari segi jumlah? Orang Melayu.

Golongan mana yang dapat meningkat keupayaan mereka daripada tahap hidup yang rendah di rumah asal mereka kepada peningkatan yang lebih baik? Itu dengan sosial mobiliti, dengan pendidikan bermutu dan juga dengan pendidikan percuma.
Tetapi apakah dengan membantu mengangkat martabat Melayu majoriti ini hanya dengan menafikan kemudahan kepada individu India miskin atau Cina miskin? Saya jawab tidak. Saya boleh angkat bersama, kita tolong semua.
Walaupun di kalangan masyarakat India itu memang tahap sosioekonomi itu amat parah. Tetapi jumlah mereka masih kecil berbanding dengan Melayu dan Bumiputera di Sabah Sarawak. Jadi kita berfaedah.
Saya kalau ada RM10 bilion yang digunakan sekarang untuk Dasar Ekonomi Baru, memperkayakan kroni, caj elektrik lebih, caj AES, pelbagailah. Gula naik semua. Untung berapa syarikat? Kalau saya ada RM10 bilion itu, saya akan agihkan kepada yang di bawah.
Bagaimana pendidikan percuma? Bagaimana kos barangan yang lebih rendah? Bagaimana pendapat gaji yang minimum? Ini soal kita, ini tuduhan Pas akan khianati Islam, Anwar akan khianat Melayu, ini hanya slogan murahan sahaja.
Betapa pun Pas itu sebagai parti politik dengan kerjasama bersama-sama Keadilan dan DAP, soal Islam mereka konsisten. Saya tahu dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, mereka sentiasa mengingatkan dasar akhlak dan Islam yang harus difahami dan disepakati dalam program-program dan kerangka besar Pakatan Rakyat.
DAP tentunya ada pendirian tentang demokratik, prinsip meritokrasi. Dan saya dalam Keadilan, apatah lagi sebagai seorang Muslim, saya tidak berganjak dalam soal ini. Jadi kalau soal Melayu ini kalau dikatakan Umno itu berjaya, hanya dari sudut slogan politik, kuasa tetapi dari sudut program, kepedulian di bawah, kita kena ingat berdasarkan fakta berapa jumlah saham Bumiputera? RM22 bilion.
Berapa yang dapat melepas bil akhir sekarang, RM2 bilion. Berapa yang diambil oleh keluarga menteri, keluarga pimpinan Umno? Berapa permit teksi yang diberikan? Berapa yang diperolehi oleh orang Melayu di bawah dan berapa yang diberikan kepada pemimpin di atas?

Berapa permit AP yang diberikan untuk kelapa sawit? Siapa yang dapat? Kita boleh teruskan “ad nauseam” dan ia akan membuktikan bahawa apa yang disebut sebagai program Melayu itu memberi manfaat kepada kelompok kecil.
Saya tidak pernah menafikan ada program yang memberi manfaat kepada masyarakat Felda, pembangunan luar bandar,UiTM, ada. Saya tidak nafikan. Kita tidak semestinya ganggu.
Kita tidak akan ganggu Felda melainkan perjalanannya supaya jangan ada rasuah. Kita tidak akan ganggu UiTM melainkan mengangkat kedudukan dan mutu pendidikan UiTM dan tidak menjadikannya sebagai bahan propaganda murahan untuk merendahkan keupayaan anak-anak seperti “listen,listen,listen”.

BERSAMBUNG

Presiden Palestin tolak dan kecam kehadiran Najib ke Gaza


Iklan - Tapak Car Wash untuk disewa lokasi Sekinchan tepi jalan hubungi 016-7383847
TIDAK sampai 24 jam Najib Razak berbangga sebagai Perdana Menteri Pertama Malaysia ke Palestin, beliau terpaksa menerima satu lagi title iaitu Perdana Menteri pertama Malaysia dikecam oleh Presiden Palestin kerana cuba menjadi hero.

“Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza,” kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.

“Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin,” tambah kenyataan itu lagi.

Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia lapor Al Arabiya News



Menjawab kecaman itu Najib menyatakan bahawa lawatan beliau ke Palestin tidak berniat untuk mencampuri urusan dalaman negara itu seperti dilaporkan oleh Awani




Kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Padahal, tidak sampai 24 jam media-media arus perdana kongkongan Barisan Nasional melaporkan Najib Razak ingin menjadi hero menawarkan pelan damai Hamas dan Fatah seperti  dilaporkan Berita Harian.

Adakah ini bukan cubaan mencampuri urusan dalaman negara Palestin? Najib nak tipu siapa?



Menjelang Pilihanraya Umum ke 13, Najib cuba menunjukkan watak hero kepada rakyat dengan melawat Palestin. Dia nak tunjuk bahawa dia jauh lebih hebat berbanding mahadewa Umno, Tun Mahathir.

Strategi politik yang agak baik, jika beliau datang sekadar untuk menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin dan misi bantuan. Namun cubaan lebih dari itu, iaitu untuk menjadi hero nampaknya memakan diri dan berakhir dengan lawatan yang memalukan.

ReJaM© "Jangan jadi hero tak tentu pasal, ukur baju di badan sendiri... "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/presiden-palestin-tolak-dan-kecam.html#ixzz2IxAfZWmW
Syirik jika sokong bukan Islam guna kalimah ALLAH
MOHD IDROS MOHD ALI
24 Januari 2013
Syirik jika sokong bukan Islam guna kalimah ALLAH
Ahli panel forum (dari kanan) Hasan, Mohd Syamsul dan Shabudin
BUKIT MERTAJAM - Orang Islam yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH untuk penganut agama lain sama ada dalam Bible versi Bahasa Melayu atau menggantikannya dengan nama tuhan dianggap perbuatan syirik.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Hasan Ali berkata, ketetapan itu diputuskan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din sejak dua tahun lalu dan pendiriannya itu konsisten sehingga hari ini.

Beliau berkata, sebagai seorang ulama dan pemimpin kanan atau orang nombor dua parti Islam itu, Haron membuat fatwa itu berdasarkan kajian mendalam dari pelbagai kitab dan kajian mendalam dari pelbagai sudut.

"Jadi sepatutnya pemimpin dan ahli Pas lain akur dengan keputusan. Kenapa masih ada yang mahu mempertikaikannya kerana ia turut dipersertujui oleh Majlis Syura Pas.

"Jadi saya serahkan kepada anda semua untuk membuat penilaian sendiri mengenai pendirian pemimpin tertentu dari Pas dan PKR yang masih enggan menerima keputusan itu," katanya kepada media selepas menyertai forum sempena Maulidur Rasul di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PR masih berkeras dan mempertahankan keputusan mesyuarat majlis Pimpinan PR 8 Januari lalu amat dikesalkannya walaupun Majlis Syura Pas menyatakan sebaliknya selepas itu.

"Adakah ini pemimpin yang mahu dianggat sebagai ketua. Jika isu kalimah ALLAH pun tidak mampu ditangani dan diperjelaskan kepada rakan PR lain, inikan pula nak mentadbir negara.

"Adakah kita mahu memberi sokongan kepada pemimpin yang mengamalkan pluralisme agama dan LBGT (lesbian, biseksual, gay dan transeksual) untuk memerintah Malaysia," katanya.

Menurutnya, media luar sudah mengangkat Anwar sebagai "penghulu" untuk menjayakan agenda pluralisme dan LGBT di negara ini dan maklumat mengenai sudah tersebar luar di merata tempat.

Sehubungan itu, rakyat negara ini perlu menolak fahaman ini dan pengamalnya agar akidah umat Islam tidak terus terpesong dengan amalan karut dan dimurkai ALLAH.

"Kita kena tentang habis-habisan dakyah jahat ini. Kita kena fikir nasib anak cucu kita pada masa akan datang. Jika kita lalai, maka masa depan mereka akan dipenuhi dengan gejala yang menyimopang jauh dari ajaran Islam," katanya.

Najib lawat Gaza untuk tujuan politik, raih undi Melayu- Muhd Nur

(Oleh: Aisha Geofrey)

KUALA LUMPUR 23 Jan: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhd Nur Manuty berkata, lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza bertujuan meraih undi orang Melayu dalam Pilihanraya Umum (PRU-13).
“Ia  sekadar memberi bayangan kononnya Umno bersama Palestin, sedangkan selama ini mereka pasif berhubung isu Hamas,” kata Muhd Nur ketika dihubungi Keadilan Daily.
Dalam kunjungan 22 Januari lalu, Najib bertemu perdana menteri Hamas, Ismail Haniyeh dan menawarkan bantuan dalam usaha perdamaian antara Hamas dan Fatah ke arah penyatuan rakyat Palestin.
“Usaha penyatuan antara Hamas dan Fatah adalah hasil peranan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi, yang sememangnya punya wibawa dan telah lama menyatakan hasrat untuk penyatuan tersebut,”
“Najib pula, selama ini tidak pernah mengiktiraf Hamas, bermula dari era Mahathir, buktinya pada Persidangan NAM (Negara-negara Berkecuali) pada 2006, apabila pemimpin Hamas tidak dibenarkan masuk oleh Perdana Menteri ketika itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi),” jelas Muhd Nur.
Menurutnya, tindakan Najib secara tiba-tiba menyokong Hamas membuktikan cubaan menaikkan imejnya dengan menggunakan sentimen Palestin menjelang PRU-13.
Menurut laporan Reuters, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menolak dan mengecam kunjungan Najib ke wilayah bergolak tersebut.
““Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza,” kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.
“Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin,” tambah kenyataan itu lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43792

Sugumar mati dalam keadaan bergari, tanpa dihalang polis

Oleh: Mohd Arif Juhani
Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, saksi melihat Sugumar Cheliah, 40 dikejar empat anggota polis menaiki dua kereta peronda sebelum kejadian pembunuhan kira-kira jam 6 petang, semalam.
Selepas diberhentikan, mangsa dibelasah sekumpulan individu berhampiran rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat  dalam keadaan tangan bergari dan ditekan dengan pengusung.
“Mangsa yang bergari turut dipukul beramai-ramai oleh orang sekeliling tanpa halangan polis. Polis memijak tengkuk mangsa dan menyapu muka mangsa dengan serbuk kunyit,” katanya ketika dihubungi.
Difahamkan,  Sugumar yang tiada rekod jenayah, turut dicampakkan ke bahu jalan dalam keadaan bogel, selepas kematiannya.
“Profesionalisme polis juga amat diragui kerana pasukan forensik hanya datang selepas jam 11 malam untuk mengambil mayat,” katanya.
Menurut Latheefa, mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, namun keluarganya tidak dibenar masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman selepas dimaklumkan lewat malam semalam.
“Keluarga mangsa datang awal pagi hari ini ke hospital namun selepas pukul 2 petang barulah keluarga mangsa dan peguam dibenarkan masuk,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mendesak polis yang terlibat dalam pembunuhan itu ditangkap dan digantung tugas kerana insiden itu di bawah tanggungjawab polis.
“Saya desak polis segera menangkap dan mendakwa semua yang terbabit dalam pembunuhan ini. Insiden ini berlaku ditempat awam dan ramai saksi melihat kejadian itu,” ujarnya kepada Keadilan Daily.
Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN, S. Jayathas berkata kehilangan nyawa akibat kecuaian polis bukan isu baru kerana rekod menunjukkan banyak orang awam mati di tangan polis.
“Polis gagal bertindak waras dengan mengenepikan undang-undang ketika berhadapan suspek. Ini akibat kegagalan polis melaksanakan Suruhanjaya Bebas Terhadap Salah Laku dan Aduan Polis (IPCMC),” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43818

Pegawai HEP Tampar Mahasiswa Malaysia di Mesir
Posted on Friday, January 25 @ 10:13:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Siswadaily

KAHERAH, 21 Jan 2013 — Seorang pelajar pengajian Islam yang juga merupakan salah seorang pimpinan pelajar Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah ditampar oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Perak Mesir, Encik Abdul Muhaimin B Abdul Majid pada 19 Januari 2013 baru-baru ini.

Menurut dari laman rasmi PMRAM pusat, kejadian ini berlaku berpunca daripada tindakan Pegawai Hal Ehwal Pelajar itu yang mengunci pintu Surau Wisma Perak B tanpa sebarang notis.

Setelah gagal mendapatkan respon daripada pihak Hal Ehwal Pelajar Perak Mesir, kumpulan pelajar itu (KPIPM) cuba membuka pintu surau itu untuk diadakan mesyuarat namun dihalau oleh pihak berkenaan sebaik saja mesyuarat baru dimulakan.

Berikutan dengan kejadian tersebut, dua orang pelajar yang merupakan AJKT KPIPM telah berjumpa dengan pihak yang tertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan, namun pegawai HEP tersebut gagal memberikan jawapan yang munasabah bahkan dilaporkan turut mempamerkan akhlak yang kurang baik kepada dua org pelajar tersebut.

Setelah pelajar mula beredar dari pejabat HEP, seorang pegawai dilaporkan menuju ke arah mereka dalam keadaan beremosi memarahi mereka dan lantas menampar salah sorang daripada mereka.

“Setelah dua pelajar tersebut beredar daripada pejabat HEP Perak, Encik Abdul Muhaimin dengan tergesa-gesa keluar daripada bilik pejabatnya dalam keadaan beremosi lantas memarahi kedua-dua pelajar tersebut. Tidak cukup dengan itu, tanpa sebarang sebab beliau menampar salah seorang daripada pelajar tersebut.” -Pmram.org

Rentetan daripada itu, Yang Dipertua KPIPM Muhammad Hanif Bin Abdullah telah mengambil tindakan dengan berjumpa Pegawai HEP Perak bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Dalam perjumpaan tersebut, beliau sendiri(Pegawai HEP Perak) mengakui bahawa beliau sememangnya menampar pelajar tersebut, namun amat mendukacitakan kerana tiada sebarang permohonan maaf atas kelakuan buruk beliau.

Menurut Hanif, “Saya sebagai Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir melahir perasaan dukacita saya terhadap apa yang berlaku semalam. Kami sebagai mahasiswa di bumi Mesir ini ibarat dinafikan hak kami sebagai rakyat Malaysia apabila dilakukan sebegini rupa.”

Berkata Hanif lagi, “Harapan kami adalah, hak yang selama ini dicanang-canangkan kepada kami semasa menuntut ilmu di sini diberikan kepada kami. Mahasiswa berhak mendapat layanan yang baik dan tidak disekat sedemikian rupa.”


Ustaz Abdul Aziz Ali, Presiden PMRAM Pusat

Turut memberi respon adalah Persekutuan Melayu Repulik Arab Mesir (PMRAM Pusat ) yang amat berdukacita dengan kejadian ini.

Menurut presiden PMRAM Saudara Abdul Aziz Ali ketika dihubungi menyatakan kekesalan terhadap tindakan yang dilakukan oleh pihak HEP ke atas Mahasiswa Malaysia di sana.

Menurut Abdul Aziz lagi, pihak HEP seharusnya memudahkan urusan pelajar, bukannya memberi bebanan kepada pihak mahasiswa dalam urusan mereka.

Sumber: siswadaily.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan