Khamis, 17 Januari 2013

AKIBAT SOMBONG...BERLAGAK SERTA GOPAH-GAPAH SERTA TAK MATANG

Isu KS Bawani menjadi bahan jenaka di internet
Posted on Thursday, January 17 @ 10:12:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Blog PenjualCendol



KS Bawani, mahasiswi Universiti Utara Malaysia tampil ke hadapan menyatakan pandangannya terhadap pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dalam satu forum.

Isu ini melutup dan menjadi bahan perbahasan dalam blog, facebook, forum dll. Antara bahan-bahan yang di upload sempat saya kumpulkan adalah :-






Bagaimana nak menang debat.



Masalah haiwan antara yang tertonjol..


FB Sharifah Zohra dengan 1 Malaysia!!

Cemuhan Sharifah Zohra menjadi kritikan.



Humor mengenai animal!!


Joke untuk masalah haiwan pada FB


Masalah haiwan


Sama...


Petikan kata-kata Sharifah Zohra.


Pelajar hanya pandai tepuk tak tahu apa yang ditepuk. Itu mentaliti pelajar U sekarang terutamanya pelajar Melayu.


Bagaimana forum Brainwash ini dilakukan.

Lawatan Dewan Pemuda Pas Pusat ke Rumah KS Bawani.

Di luar rumah

Selain daripada itu, terdapat video yang dimuatkan dalam hal ini..


 




LIHAT BALIK....BACA BALIK....TENGOK LAGI





Isu KS Bawani menjadi bahan jenaka di internet
Posted on Thursday, January 17 @ 10:12:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Blog PenjualCendol



KS Bawani, mahasiswi Universiti Utara Malaysia tampil ke hadapan menyatakan pandangannya terhadap pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dalam satu forum.

Isu ini melutup dan menjadi bahan perbahasan dalam blog, facebook, forum dll. Antara bahan-bahan yang di upload sempat saya kumpulkan adalah :-




Bagaimana nak menang debat.


Masalah haiwan antara yang tertonjol..


FB Sharifah Zohra dengan 1 Malaysia!!

Cemuhan Sharifah Zohra menjadi kritikan.



Humor mengenai animal!!


Joke untuk masalah haiwan pada FB


Masalah haiwan


Sama...


Petikan kata-kata Sharifah Zohra.


Pelajar hanya pandai tepuk tak tahu apa yang ditepuk. Itu mentaliti pelajar U sekarang terutamanya pelajar Melayu.


Bagaimana forum Brainwash ini dilakukan.

Lawatan Dewan Pemuda Pas Pusat ke Rumah KS Bawani.

Di luar rumah

Selain daripada itu, terdapat video yang dimuatkan dalam hal ini..






dan satu facebook untuk masalah binatang juga di create..

https://www.facebook.com/pages/Pusat-Aduan-Haiwan-1-Malaysia-PAH1M/394525883969714
PenjualCendol
http://penjualcendol.blogspot.com


 

Pemuda MCA, Gerakan turut kecam penalis
5:20PM Jan 16 2013  
Biro pendidikan Pemuda MCA dan Gerakan turut tampil mengecam layanan penalis Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin terhadap pelajar undang-undang, KS Bawani dalam sebuah forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8  Disember lalu.
Ketua biro pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata ia tidak sepatutnya berlaku dan mengingatkan penalis tersebut bahawa pelajar universiti hari ini tidak lagi seperti "Katak di bawah Tempurung".

NONESebaliknya, tegas Chong, pelajar universiti mampu untuk berfikir
secara kritis mengenai isu-isu semasa dan adalah hak mereka untuk mempunyai pandangan dan pendirian mereka sendiri.

Dalam satu kenyataan, Chong berkata, Bawani menunjukkan keberanian dan tidak mencelah ketika berdepan dengan apa yang didakwanya sebagai pelakuan dan sikap meninggi diri Sharifah.

Sementara itu, ketua biro pendidikan Gerakan, Thor Teong Gee menggesa universiti awam supaya menyaring secara terperinci penalis yang akan dipanggil bercakap di forum dan persidangan anjuran mereka.

Jika tiada calon yang sesuai, kata Thor, maka jangan adakan langsung forum


Kesal UUM dan Umno jauhkan diri dari Syarifah Zohra

Harakahdaily, 16 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak melahirkan kekesalan mereka terhadap sikap Umno dan pihak berkuasa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang cuba mencuci tangan dengan apa yang berlaku dalam video kontroversi antara Sharifah Zohra Jabeen dan Bawani (gambar).

Bagi mereka, tindakan ini tidak bertanggungjawab dan cuba untuk melepaskan diri ekoran kekalutan yang berlaku selepas video itu tersebar.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau, Teo Kok Seong dalam kenyataannya turut menyesali sikap BN dan UUM itu.

Video yang menunjukkan sikap angkuh Pengerusi Kelab Wanita 1 Malaysia (KW1M) Sharifah Zohra terhadap seorang pelajar kini menjadi video paling hangat di Malaysia.

Sehingga kini, lebih setengah juta iaitu 560,505 telah menonton video ini.

Namun 6,603 dari mereka menyatakan tidak suka dengan kandungannya.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihaknya hanya menyediakan dewan sahaja untuk program yang dianjurkan Suara Wanita 1Malaysia (SW1M).

Oleh itu, adalah tidak adil mengaitkan UUM dengan apa yang berlaku dalam forum itu, katanya sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina, China Press.


"Kalau pemimpin BN kata forum tersebut tiada kaitan langsung dengan mereka saya rasa tidak ada pihak akan percaya," kata Teo Kok Seong dalam satu kenyataan medianya.

Selain itu, kalau pihak UUM kata tiada kaitan dengan forum tersebut, "saya ingin menanya siapakah yang meluluskan dan memberi kebenaran kepada NGO tersebut untuk mengadakan forum 'seiringkan mahasiswa dan politik' di dalam kampus UUM?"

Daripada video tersebut, semua dapat lihat betapa hebat penalis "NGO" ini mempertahankan Kerajaan Barisan National serta menyerang dan mengutuk Bersih sehingga mendakwa Datuk Ambiga dan Bersih cuba mencetuskan arnaki.

"Ini semua merupa fitnah yang jahat, dan ia sengaja dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawap ini untuk mencetuskan kebencian mahasiswa terhadap Bersih dan Datuk Ambiga," katanya.

Beliu juga percaya kalau tiada pihak atasan yang beri kebenaran ataupun "green light", forum tersebut tidak akan dapat dijalankan dengan begitu lancar.

"Janganlah pihak berkuasa UUM kata  forum tersebut tidak diketahui sehinggalah video clip pertikaman lidah tersebut terbongkar di youtube dan facebook," kata Teo Kok Seong lagi.

Klik untuk lihat video itu.

Isu Azrul, Bawani bukti kebejatan Intelek Umno BN

Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi, 16 Jan 2013
Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) amat terkejut dengan insiden penggantungan ketua ekonomis Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajudin - yang membuat pembentangan mengenai PRU13 di Singapura minggu lalu - yang jelas bertentangan dengan prinsip asas undang-undang dan kebebasan hak asasi.

Malah, adalah suatu yang ironi apabila berlakunya suatu insiden berasingan melibatkan seorang mahasiswa undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga penyelaras JERIT, KS Bawani yang 'berperang mulut' dengan pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.

Kedua-dua insiden ini bukanlah sesuatu yang baru dan aneh, tetapi ia sebenarnya sudah sinonim dengan sikap UMNO/Barisan Nasional dari dulu lagi yang gemar untuk menyekat suara-suara yang bertentangan dengan indoktrinasi lapuk UMNO/Barisan Nasional bagi mengekalkan tahap pemikiran rakyat di kedudukan jahiliyah demi mengekalkan kuasa di Putrajaya.

Hal ini kerana UMNO/Barisan Nasional khuatir kuasa mereka di Putrajaya akan pupus sekiranya rakyat menjadi cerdik dan celik terhadap kezaliman dan korupsi yang dilakukan mereka selama ini.  Oleh itu, UMNO/Barisan Nasional inginkan tahap pemikiran rakyat di tahap jahil dan bodoh yang paling maksimum dengan cara menyekat suara rakyat yang boleh membuka pekung di dada mereka.

Jika dilihat kepada kedua-dua insiden tersebut, Azrul dan Bawani kedua-duanya bersuara berasaskan kepada fakta dan kajian; bukannya  berasaskan kepada sesuatu yang retorik. Namun, oleh kerana UMNO/Barisan Nasional dayus dan gagal untuk berhujah balas menggunakan fakta dan khuatir populariti mereka terus menjunam, maka tindakan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan menyekat mereka daripada terus bersuara.

Inilah sikap UMNO/Barisan Nasional yang sebenar. Biarlah rakyat bodoh, asalkan mereka kekal berkuasa. Tindakan UMNO/Barisan Nasional melalui agen-agen mereka ini jelas mencerminkan status pemikiran yang terkongkong dan tahap intelektual yang rendah mutunya serta memalukan imej Negara Malaysia sebagai sebuah Negara membangun. Maka tidak hairanlah Malaysia akan kekal sebagai Negara Membangun, dan bukannya Negara Maju. Tindakan menyekat kebebasan bersuara ini adalah bersifat mengundur ke belakang malah bertentangan dengan aspirasi dan ekspektasi intelektual yang suci.

Ironinya, saudari Bawani dikecam kerana bersikap biadap dan telah mencemarkan nama baik Universiti. Sebaliknya, tindakan Sharifah Zohra Jabeen yang merampas mikrofon dan memaksa Bawani untuk berhenti bercakap itu sendiri sebenarnya amat memalukan dan tidak mencerminkan keintelektualan dirinya yang cukup berbangga kerana mempunyai Ijazah.

Juham amat kesal dengan tindakan ini dan percaya tindakan tidak berintelektual sebegini juga ada diamalkan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain.

Maka, tidak hairanlah kebanyakan daripada institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia gagal untuk menyaingi institusi-institusi pengajian tinggi di luar negara kerana tindakan UMNO/Barisan Nasional yang gemar melahirkan graduan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata, bukannya berfikiran kritis dan kritikal.

Malah, ia juga menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia yang bijak dan terpelajar akan lari berkerja di luar negara. Juham menggesa Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyiasat perkara ini dan Juham mencadangkan supaya Kementerian Pengajian Tinggi menggubal modul pengajaran dan pembelajaran di seluruh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia agar mutu intelektual graduan di Negara kita tidak seperti Sharifah Zohra Jabeen.

Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
Pengarah Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda Pas Pusat Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan