Ahad, 30 Disember 2012

SEMUA ADA TALIAN HAYAT...SAMPAI MASA MAKA TUMBANGLAH...NI DALAM TAKDIR ALLAH...INGATLAH KITA TAK MAMPU MENOLAK TAKDIR ALLAH KECUALI DOA...ITU PUN JIKA DIPERKENANANKAN OLEH ALLAH...BAGAIMANA PULA JIKA BANYAK KESALAHAN...ADAKAH DOA KITA DIKABULKAN OLEH ALLAH

Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai PKR

Harakahdaily, 30 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai PKR.
KeadilanDaily melaporkan, Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum PKR itu berucap di pusat membeli-belah Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu, malam tadi.

Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin, isteri Yahya.

Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.

Program anjuran Wanita PKR Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.

KeadilanDaily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan.

Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti  ditawan Pakatan Rakyat pada PRU13.

“Anak saya minat Lady Gaga, ustaz!”

http://saifulislam.com, 30 Dis 2012
21/12/2012

“Bagaimana kami hendak menjawab kepada anak-anak yang semakin meningkat remaja, persoalan mengapa mereka perlu bertudung, kenapa kena bataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan serta hal-hal lain yang sering menjadi persoalan mereka?” salah seorang sahabat yang hadir di dalam halaqah kami bertanya.

Ia persoalan yang berat.

Menjawabnya secara mudah akan seperti memandang remeh dan enteng persoalan itu.

Kepala saya ligat berfikir.

Hari ini, saya sedang berhalaqah dengan rakan-rakan komuniti Malaysia yang berkampung di Lucan, Dublin. Kami berbicara tentang Ibrah Daripada Surah Luqman. Soalan yang hadir daripada ibu bapa yang membesarkan anak-anak mereka di ‘negeri orang’. Ironinya, soalan yang sama telah beberapa kali saya terima daripada ibu bapa yang membesarkan anak-anak di kampung halaman sendiri.

Di Malaysia.

“Saya tiada jawapan mudah untuk soalan puan. Menjawabnya secara mudah akan seperti memandang persoalan itu remeh sedangkan persoalannya sangat besar” saya berkongsi pandangan.

Satu perkara yang boleh kita analogikan, apabila seorang pesakit sentiasa mengeluh tentang tidurnya yang tidak lena, banyak berdengkur, diabetis yang tidak sembuh, celah peha dijangkiti kulat dan badan sentiasa penat, semua masalah itu serius dan mengganggu saban hari. Namun apakah semua itu masalah sebenar, atau segalanya datang daripada masalah yang lebih mendasar?

Inilah yang membawa perbincangan kami malam tadi kepada kerangka Surah al-Kahf.

Surah al-Kahf memahamkan kepada kita bahawa manusia bertindak tanduk, tidak secara rawak (random). Keputusan-keputusan harian kita, merupakan jelmaan perisian dalaman diri yang menjadi sasaran serangan Dajjal, dan Surah al-Kahf pula melindungi perisian itu daripada serangan tersebut.

Amanat Haji Hadi: Politik fitnah juga jadi pilihan

Eikhwan Ali,
Saya pada awalnya tidak bercadang untuk turut berpartisipasi dalam memberi respon berkenaan isu ini memandangkan ia telah pun 'berusia' 31 tahun apatah lagi pada tahun 1981 itu saya belum pun dilahirkan lagi dan saya juga tidak pun berkesempatan dengan fenomena seperti apa yang diceritakan oleh orang-orang lama seperti sembahyang dua imam, majlis akad nikah dua kali atau memulau majlis kenduri perkahwinan atau tahlil kematian.

Pelik sungguh apabila isu ini dibangkitkan semula setelah Malaysia bertukar-ganti 2 orang Perdana Menteri, 8 orang Yang Di-Pertuan Agong, 5 orang Ketua Polis Negara, 5 orang Pengerusi Jawatankuasa Fatwa dan 10 orang Ketua Hakim Negara. Sepatutnya, sudah pasti isu ini telah 'selesai' setelah berlalu pelbagai peristiwa sementelah lagi setelah pembatalan muzakarah yang sepatutnya diadakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dulu.

Jika benar sesat amanat itu, bodoh benarlah orang-orang agama kerajaan sehingga perlu memakan masa 31 tahun untuk mendakwa sesatnya amanat itu, belum lagi membuktikannya. Lebih logik ialah, bukan amanat itu yang sesat, dan tidak menyesatkan pun, sebaliknya UMNO yang sedang memperalat. Ulama', media dan institusi awam diperalat untuk memastikan UMNO boleh terus berehat, sebab UMNO kini sedang tenat.

UMNO menghangat isu ini dengan harapan berjaya memperdaya belia seusia saya yang merupakan 'new voters' dan dengan tujuan menghilangkan kepercayaan dan keyakinan pengundi Melayu-Islam terhadap kewibawaan sebuah parti Islam dan seorang ulama' negarawan yang dilihat semakin terkehadapan dan berjaya meraih sokongan bukan sahaja daripada orang-orang Islam bahkan juga daripada bukan Islam. Ini kerana, undi pengundi baru dan Melayu-Islam adalah penting bagi UMNO untuk ia terus mandiri dengan kekuasaannya yang sudah berumur lebih 50 tahun itu.

Sungguh-sungguh UMNO ‘manfaatkan’ apa yang ia miliki untuk matikan karakter TG Hj. Abdul Hadi Awang setelah gagal berkali-kali dalam cubaan memecahkan muafakat Pakatan Rakyat. TG Hj. Abdul Hadi Awang didesak bertubi-tubi supaya memohon maaf kepada umat Melayu dan menarik semula kenyataannya yang telah pun berusia hampir separuh umur beliau.

Nah! Tiba-tiba ulama’ ini hanya minta 1 jam siaran langsung daripada RTM dan TV3 untuk membuat penjelasan dan kemudian menyerahkannya kepada rakyat untuk membuat penilaian. Dibandingkan dengan serangan yang menelan minggu dan puluhan tulisan yang menyerang beliau, 1 jam ini permintaan yang kecil sangat, mudah dan padan sangat jika hendak ditunaikan. Tetapi, jawapan Menteri, “...boleh sahaja kita rakam. Kalau sesuai baru kita siar." Mula-mula bersungguh-sungguh ajak bertumbuk, bila lawan dah setuju dan nyatakan lokasi, tiba-tiba kecut perut pula.

Saya kira sudah-sudahlah isu ini terus dipolemikkan. Generasi baru Malaysia mahukan politik yang ‘constructive’, bukannya ‘provokatif’ dan ‘destructive’, diajak berdebat, “bukan budaya kita”, diminta siaran langsung, “kalau sesuai kita siarlah”, akhirnya, politik samseng dan fitnah juga jadi pilihan. MALAYSIA TANPA UMNO.

Penulis adalah Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Antara Hadi & Najib, mari tengok siapa takut dan tertekan

http://kedahla.blogspot.com, 30 Dis 2012

Antara Hadi & Najib... mai kita tengok bukti di bawah ni, siapa yang TAKUT dan TERTEKAN?




Oleh: Pak Dee Jantan (Pak Dee bukan Dee Pak)


Setelah diserang bertalu-talu dengan peluru kapur oleh media pro APCO, tiba-tiba Presiden PAS Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang muncul untuk beri penjelasan terhadap apa yang ditohmahkan itu. Cuma dia minta dibenarkan buat siaran langsung dalam RTM atau TV3. Mengapa siaran langsung? Sebabnya beliau tak mahu media BN putarbelitkan kenyataannya... kalau siaran tertunda maka nanti hanya mukanya saja muncul terkumat kamit tapi suaranya adalah dari pengulas yang memutarbelit ucapan itu. Satu lagi mengapa live, ialah kerana rakyat Malaysia dari semua peringkat tiap2 hari ikuti fitnah yang disiarkan dalam TV secara live jadi berpeluanglah golongan yang telah tertipu ini untuk dibetulkan balik fahaman mereka. Kalau buat live dalam internet, tak semua rakyat Malaysia akan berpeluang ikuti. Dalam hal ini Pak Dee kagum dengan keberanian tok guru untuk beri penjelasan apabila isu mengenai dirinya disensasikan.

Apa yang Pak Dee pelik ialah Perdana Menteri suami isteri (Najib Rosmah) yang didedahkan bertalu-talu oleh Deepak dengan pelbagai tuduhan dah berminggu-minggu tapi nampaknya hingga saat ini Najib nampaknya senyap sepi, haram sepatah pun tak jawab! kalau dia nak guna TV pilih saja siaran mana, TV apa, pukul berapa, lama mana? Tapi nampaknya peluang yang terbentang luas di hadapannya tak digunakan.

Presiden PAS merayu peluang kemudahan TV secara live untuk beri penjelasan tapi Presiden UMNO yang dah ada kemudahan tapi tak digunakan. Pakat pikiaglah noooo.... sapa sebenarnya penakut dan tertekan.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Lihat dan lihat

http://tukartiub.blogspot.com, 30 Dis 2012

RAKYAT MALAYSIA WAJIB MEMBUAT PILIHAN


LIHAT DAN LIHAT
gambar  muhyiddin
gambar najib
sedang melawat warga yang menjadi mangsa banjir

PERHATIKAN BETUL BETUL
gambar gambar ini membawa
sejuta makna
gambar gambar ini dipilih
oleh pengarang akhbar

PERSOALAN KURUN INI
siapa antara dua bani melayu ini
yang layak untuk menjadi
perdana menteri malaysia
fikir lama lama
tenang dan tafakur
siapa agaknya
yang akan membolehkan
united malays national organisation
masuk gelanggang pru13


SETELAH MEMBUAT PILIHAN
maka kita wajib ke jalan raya
pada 12 januari ini

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Umno tanpa rasuah bagai irama tanpa lagu

http://naimnikmat.blogspot.com, 29 Dis 2012
UMNO+Rasuah.jpg (870×483)
1.Isa Samad/ Pengerusi Felda:

Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalamPerhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang .Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

2.Ali RustamKetua Menteri Melaka:

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.

Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, demikian diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail .

3.Khairy Jamaluddin/Ketua Pemuda:

Lembaga Disiplin itu juga mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.

4.Khir Toyo/Mantan Menteri Besar Selangor:

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

5. Abd Ghani Ismail/ Ketua Umno Bahagian Pandan:

Dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007.

Begitulah kehebatan UMNO .......

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tuan Guru Nik Aziz bidas Muhyiddin, terhangat

Harakahdaily, 30 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Berita Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggelarnya mulut celupar menjadi  artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-51.


Di tangga kedua ialah berita blog http://wasukalu.blogspot.com yang melaporkan bahawa Wikipedia telah mengeluar nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada senarai bekas pemimpin dunia yang terkaya.

Laporan Harakahdaily mengenai banjir terburuk yang menimpa Kuantan Sabtu lalu pula menduduki tangga ketiga.
.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 23 Disember hingga 29 Disember, 2012.

1
Bukan taraf Muhyiddin cakap begitu – TG Nik Aziz
2
Ranking Wikipedia - Bekas PM Malaysia bukan lagi kedua terkaya
3
Banjir terburuk di Kuantan dalam sejarah
4
Askar Israel disepak oleh budak perempuan Palestin berumur 10 tahun
5
Pelesit: 300 superbike 'serang' TV3
6
Pelakon terkenal muncul di program PKR, terhangat
7
Pakatan Rakyat Bohong, Harga Minyak Memang Tak Boleh Turun.. Ini Buktinya
8
Bukti Utusan malu mengaku ketua Umno perasuah
9
Pemimpin Perkasa akui kerajaan BN lemah
10
Malunya Felda dipijak oleh orang BN

Terhot! 'Banner tahap IQ paling rendah' menyanggah qada dan qadar

http://kachipemas.blogspot.com, 30 Dis 2012
'Banner Tahap IQ Paling Rendah' yang tiba-tiba muncul ketika banjir di Kelantan Darul Naim baru-baru ni. Mungkin baru timbul setelah lama tenggelam akibat 'masuk air' dalam kepala.
PM dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuat tinjauan dan melihat mangsa banjir..bezanya PM melalui udara dan Tuan Guru...melalui bot dan meranduk air banjir...


p/s : Tak mahu tuduh sape-sape.. Biarlah anda yang menilai!


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan