Khamis, 27 Disember 2012

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan 4

http://cintaiindah.blogspot.com/2012/12/maka-yang-mana-satu-di-antara-nikmat_2941.html
http://cintaiindah.blogspot.com/2012/12/maka-yang-mana-satu-di-antara-nikmat_25.html\
http://cintaiindah.blogspot.com/2012/12/maka-yang-mana-satu-di-antara-nikmat.html



Surah Ar-Rahman
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. (1) Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. (2) Dialah yang telah menciptakan manusia. (3) Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (4) Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. (5) Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (6) Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (7) Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8) Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (9) Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain. (10) Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang. (11) Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum. (12) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (13) Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar. (14) Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang. (15) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (16) (Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. (17) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (18) Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. (19) Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. (20) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (21) Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan. (22) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (23) Dan Dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang. (24) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (25) Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. (26) Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (27) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (28) Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! (29) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (30) Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! (31) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (32) Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! (33) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (34) Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu). (35) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (36) Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak. (37) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan? (38) Pada masa itu tiada sesiapapun, samada manusia atau jin yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya). (39) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (40) Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka). (41) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (42) (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahanam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya. (43) Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! (44) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (45) Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga. (46) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (47) (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan. (48) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (49) Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir. (50) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. (51) Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). (52) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (53) Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. (54) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55) Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. (56) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (57) Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (58) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (59) Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? (60) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (61) Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua). (62) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (63) Kedua-duanya menghijau subur tanamannya. (64) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (65) Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya. (66) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (67) Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima. (68) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (69) Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (70) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (71) Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. (72) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (73) (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (74) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (75) Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. (76) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (77) Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. / (78) 



Muslimah saman Disney kerana larang pakai tudung

Posted on the August 15th, 2012 under Luar Negara by admin
Ketua Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (American Civil Liberties Union) Mark Rosenbaum (bertali leher merah) berucap sambil bekas pekerja Disney Imane Boudlal, (bertudung) melihat pemberita selepas mereka mengumumkan tuntutan mahkamah terhadap Disney, atas dakwaan diskriminasi dan gangguan kerana kepercayaan agamanya di ibu pejabat ACLU di Los Angeles, California OGOS 13, 2012. REUTERS / Jason Redmond.
LOS ANGELES: Seorang bekas pekerja restoran Disneyland menyaman Walt Disney Co pada Isnin lalu atas alasan gangguan dan diskriminasi agama, mengatakan beliau dipecat hanya kerana mahu memakai tudung di tempat kerja.
Imane Boudlal, seorang Muslim yang berusia 28 tahun, bekerja sebagai pelayan di Storytellers Cafe, sebuah restoran di dalam Disney’s Grand California Hotel & Spa di Disneyland di Anaheim, California, menurut aduan yang difailkan di mahkamah persekutuan.

Selepas dua tahun bekerja, Boudlal meminta kebenaran untuk memakai tudung ketika di tempat kerja.
Beliau menawarkan untuk memakai tudung yang sepadan dengan warna pakaian seragam beliau atau yang memaparkan logo Disney.
Menurut tuntutan mahkamah itu, pengurus Disney menafikan permintaan tersebut, dengan alasan ia akan melanggar dasar syarikat yang berkaitan ‘penampilan’ pekerja mereka semasa bertugas.
Disney juga melarang tatu yang jelas kelihatan dan kuku yang melebihi satu perempat inci, jelas tuntutan mahkamah itu lagi.
Boudlal telah diberikan pilihan untuk bekerja di bahagian belakang, jauh daripada pelanggan, atau memakai topi gaya fedora di atas tudungnya.
Apabila Boudlal enggan, dia terus dipecat dari jawatannya, jelas tuntutan mahkamah.
Seorang warganegara Amerika Syarikat yang dilahirkan di Maghribi, Boudlal berkata beliau juga menjadi subjek kepada penghinaan anti-Arab dan anti-Islam, termasuk dipanggil “pengganas” dan “unta” oleh rakan sekerja dan penyelia.
Beliau berkata beliau melaporkan kejadian tersebut kepada pengurus tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan.
“Disneyland memanggil dirinya sebagai tempat yang paling gembira di bumi, tetapi saya menghadapi banyak gangguan sejak saya mula bekerja di sana,” Boudlal berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Kebebasan Awam Amerika.
“Ia hanya menjadi lebih buruk apabila saya memutuskan untuk memakai hijab.”
Jurucakap Disney bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Kes ini adalah kes Boudlal melawan Disney.
Harakah

Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung

Posted on the July 29th, 2012 under Luar Negara by admin

LONDON – Arab Saudi bertindak mengemukakan aduan kepada Jawatan Kuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berang dengan keputusan saat akhir penganjur yang melarang atlet judo heavyweight, Wodjan Shaherkani memakai tudung semasa bertanding.
Kelmarin, jurucakap IOC memaklumkan mereka kini sedang mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) dan Jawatan Kuasa Olimpik Arab Saudi untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan atlet muda berumur 18 tahun itu menyertai acara tersebut.
“Berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh IJF, Wodjan tidak boleh memakai tudung semasa bertanding untuk acara seni mempertahankan diri itu atas faktor keselamatan,” kata Presiden IJF, Marius Vizer.

Difahamkan, IJF mengenakan peraturan keselamatan ketat termasuk melarang pemakaian tudung kerana ia didakwa akan memberi risiko terhadap kesihatan atlet.
Arab Saudi sebelum ini bersetuju membenarkan atlet wanita bersaing dalam temasya Sukan Olimpik London untuk pertama kali dengan syarat mereka mengenakan kod pakaian yang tidak melanggar hukum agama Islam.
Sinar

Majlis Syura pertimbang benarkan wanita Arab Saudi memandu

Posted on the September 28th, 2011 under Luar Negara by admin

AL-KHOBAR (Arab Saudi): Majlis Syura sedang mempertimbangkan dengan serius cadangan untuk membenarkan wanita Arab Saudi memandu.
Menurut Pengerusi Majlis Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Dr Misha’l Mamdooh Al-Ali, membenarkan wanita memandu itu tidak melanggar undang-undang Islam.
Katanya lagi, majoriti yang melarang wanita memandu adalah kerana tradisi dan budaya.

“Ia tidak ada kena mengena dengan agama,” kata Dr Misha’l.
Ramai wanita Arab Saudi berpendapat, memandu itu tidak melanggar hukum Syariah dan tidak ada sebab agama yang melarang mereka daripada memandu, katanya.
Katanya, sekumpulan wanita telah melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan susulan dengan Majlis Syura.
“Jawatankuasa Hak Asasi Manusia sekarang menunggu keputusan daripada Majlis Syura,” katanya.
Majlis Syura akan mengkaji dan membentangkannya sekiranya rakyat masih lagi berminat dengan isu ini,” katanya. Kemudian Majlis Syura akan memanggil peguam dan kliennya untuk mendengar perbincangan isu itu, katanya lagi.
Dr Mishail berharap, Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Aal Al-Sheikh dan ulama kanan yang lain akan memberikan pandangan mereka terhadap isu ini.
“Kami akan menurut keputusan mereka kerana mereka tahu mana yang terbaik untuk kita,” katanya.
Harian Metro

Fatwa tutup kedai ketika waktu solat akan dikeluarkan

Posted on the April 16th, 2012 under Luar Negara by admin
JEDDAH: Majlis Fatwa Arab Saudi dijangka mengeluarkan fatwa mengenai menutup kedai ketika waktu solat, sedikit masa lagi.
Ia menyusuli kenyataan kontroversi seorang ulama tempatan yang mendakwa perbuatan menutup kedai ketika waktu solat sebagai bidaah.
Fatwa berkenaan akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak Bagi Kajian Ulama dan Pengeluaran Fatwa.

Abdullah Al-Owailit, penyelidik dan anggota Biro Siasatan dan Pendakwaan awal bulan ini menyifatkan perbuatan menutup kedai ketika waktu solat sebagai bidaah dan tidak mempunyai asas dalam Islam.
Menurutnya, undang-undang Islam tidak menuntut supaya ia dilaksanakan dan berkata, beliau mempunyai bukti untuk menyokong kenyataannya itu.
Bagaimanapun, Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Aal Al-Sheikh yang juga pengerusi Lembaga Ulama Kanan dan Penyelidikan Agama mengecam kenyataan itu dalam khutbah Jumaat baru-baru ini. “Mereka yang mencadangkan supaya kedai dibuka ketika waktu solat adalah golongan yang lemah dan tidak betul,” kata mufti itu.
Meskipun orang ramai setuju kedai sepatutnya ditutup ketika waktu solat, ada pihak yang berkata, stesen minyak dan farmasi sepatutnya dibuka untuk kecemasan. – SG

Islam AS hidupkan peranan asal masjid zaman Nabi Muhammad SAW

Posted on the May 21st, 2012 under Luar Negara by admin
Untuk mengembalikan peranan asal masjid dalam Islam, sebuah Islamic Center di Houston menyeru kepada para Imam untuk memberikan pengajaran kepada jamaah Muslim tentang pengurusan masa kemajuan ekonomi umat.
“Seringkali kita lupa bahawa model masjid pada masa Nabi Muhammad bukan hanya tempat beribadah,” kata Khalis Rashaad, Imam of Ibrahim Islamic Center di bandar Houston, kepada Houston Chronicle.

Terletak di Jalan Almeda, masjid ini hanya mendapatkan sumbangan serta memaklumkan kegiatan masjidnya melalui laman facebooknya. Tidak seperti masjid lain, tempat ibadah Muslim itu mempunyai reka bentuk geometri.
Sementara banyak masjid hanya berfungsi terutama sebagai tempat ibadah untuk lima waktu solat, khutbah Jumaat dan kelas agama, Islamic center di Houston tersebut mempunyai kegiatan yang berbeza.
Beroperasi lebih seperti pusat komuniti, pengelolanya sedang bekerja untuk melancarkan beberapa program baru khusus untuk melayani masyarakat dari ekonomi menengah kebawah. Program ini meliputi dapur awam dan bengkel undang-undangdan program sukan, ditambah kaunseling ubat dan alkohol, bengkel perubatan, keusahawanan dan kelas pengurusan kewangan.
“Rancangan kami adalah untuk menangani projek-projek yang banyak organisasi tidak suka menangani,” katanya. “Dan di daerah di mana pekerjaan yang diperlukan.”
Rashaad berharap untuk menghidupkan kembali peranan asal masjid pada masa Nabi Muhammad SAW ketika umat Islam mengunjungi Masjid untuk mengatasi isu-isu sosial, masalah ekonomi dan membahagikan zakat.
“Sebuah masjid yang berdiri di dalam tembok bukanlah masjid sama sekali, itu kelab,” kata Rashaad.
“Kami perlu keluar dalam masyarakat, memenuhi keperluan masyarakat di wilayah mereka, dengan keadaan mereka.”
Imam Rashaad, ayah dari dua anak ini juga salah seorang di antara muslim yang dibesarkan di Amerika yang mengambil kedudukan kepimpinan dalam masjid.
Tahun lalu, ia menyelesaikan program tiga tahun latihan Imam yang dianjurkan oleh Imam Wazir Ali, Muslim kelahiran El Paso yang memimpin di sebuah masjid di tenggara Houston.
Halim Islam Online

Umat Islam di Moscow terpaksa solat dalam kesejukan

Posted on the March 30th, 2012 under Luar Negara by admin
Kerana tidak mempunyai masjid yang cukup untuk melakukan solat, jamaah Muslim di ibu negara Rusia, Moscow, tidak mencari pilihan lain selain solat di luar dalam keadaan bersalji.
“Kami meminta pihak berkuasa untuk membenarkan kami membina masjid baru, tetapi mereka mengabaikan tuntutan kami,” kata Hasan Fakhritdinov, imam Masjid Bersejarah Moscow pada BBC News Online, Khamis, 22 Mac.
“Sekarang orang perlu solat di luar saat hujan atau bersalji.”

Moscow adalah rumah bagi kaum minoriti Muslim, lebih dari dua juta dan salah satu bandar besar di Eropah dengan tumpuan Muslim paling besar.
Tapi bandar ini memiliki hanya empat masjid, yang tidak dapat menyelesaikan dan menampung jamaah pada hari Jumaat. Hal ini akan memaksa banyak jamaah solat di luar masjid dalam cuaca membeku.
Dalam solat Jumaat, umat Islam dari seluruh bandar empat masjid datang dari pagi untuk mencari tempat yang mempunyai ruang. Melimpahnya mereka hingga ke luar masjid biasanya menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di bandar.
Para pemimpin Islam telah lama mengeluh bahawa beribadah di salah satu masjid telah semakin sukar dan bahawa ada keperluan untuk membina lebih banyak tempat ibadah bagi minoriti yang cukup besar untuk menampung mereka.
“Kita harus bersyukur bahawa masih ada masjid di Moscow. Bandar ini tidak bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi berjuta-juta dari kita umat islam.”
Tapi pembangunan masjid baru untuk menampung jamaah Muslim mempunyai bahagian di Moscow.
“Moscow sedang berkembang dan ini menarik lebih banyak pendatang yang kebetulan adalah Muslim,” kata dua wanita muda yang berjalan dekat masjid tua kepada BBC.
“Rusia sedang membangunkan gereja dan tidak ada orang yang perlu menghentikan Islam daripada membina masjid mereka juga”.
Tapi Yuri Gorsky, seorang aktivis dari kumpulan nasionalis Russovet, yang menyeru kawalan imigresen ketat, tidak setuju akan hal ini.
“Tidak banyak wajah Slavia yang anda lihat di jalan-jalan sekarang. Saya tidak membantah penghijrah dari negara-negara Slavia. Tapi kita harus menghentikan Muslim.”
Ada sejumlah serangan xenophobia terhadap pendatang Islam di Rusia. Tahun lalu, tujuh Muslim terbunuh dan 28 cedera dalam serangan rasis dan xenophobia, turun dari 57 kematian dan 196 kecederaan pada 2008.
Walaupun kurang masjid, Muslim Rusia memuji suasana yang bersahabat di Moscow. Semakin banyak orang Rusia memeluk Islam, termasuk Ali Vyacheslav Polosin, seorang imam Ortodoks dan bekas ahli politik.
Polosin pula memeluk Islam 12 tahun lalu, menjalankan sebuah pusat sokongan Islam di Moscow untuk mengajar dan menasihati para mualaf.
Aisyah Lárisa, yang bekerja di tempat tersebut, mengatakan bahawa mereka telah mendaftarkan lebih dari 10,000 wanita Muslim yang menjadi mualaf.
“Mereka memerlukan bantuan dan nasihat kita” kata Aisyah.
“Kami mengajarkan mereka bagaimana beribadah dan cuba untuk membantu mereka jika mereka mempunyai masalah dengan ahli keluarga.”
Ada sekitar 23 juta Muslim di Persekutuan Rusia yang tertumpu di Kaukasus utara, kira-kira 15 peratus daripada 145 juta penduduknya.
Islam adalah agama kedua terbesar di negara itu di belakang Kristian Ortodoks Rusia.
Diyakini jumlah Muslim di Moscow tumbuh secara ketara. Menurut Rusia Today para ahli mengatakan bahawa, pada tahun 2050, orang Islam akan menjadi kira-kira setengah penduduk Rusia menjadikannya salah satu negara terbesar di dunia.
Halim Islam Online

Ken Livingstone bersumpah akan jadikan London sebagai pusat bandar Islam

Posted on the March 22nd, 2012 under Luar Negara by admin

Datuk Bandar London dari Parti Buruh, Ken Livingstone, bersumpah untuk mengubah bandar London menjadi sebuah pusat bandar Islam dan mendidik rakyat London tentang keyakinan Islam.
“Langkah ini akan membantu bandar kami sebagai ciri dan standard yang menunjukkan erti dari kata-kata bijak Nabi Muhammad,” kata Livingstone dalam ucapannya di Masjid Finsbury Park yang dipetik daripada The Daily Telegraph pada Isnin, 19/03/2012 lalu.
Livingstone juga berjanji untuk “mendidik warga London” tentang Islam.

Kenyataan Livingstone dilakukan di depan jamaah solat Jumaat di Masjid London Tengah Utara, atau yang juga dikenali sebagai Masjid Finsbury Park, yang dikendalikan oleh Persatuan Muslim Britain.
Livingstone, salah satu ahli politik Britain yang menyinar dan popular. Ia terpilih menjadi Datuk Bandar London pada tahun 2000 dan kemudian terpilih kembali pada tahun 2004.
Dia selama ini dikenal luas sokongannya terhadap kaum minoriti Islam dalam menentang kempen Islamofobia.
Selepas tahun 2008, ia kehilangan kedudukan Datuk Bandar kerana kalah dengan lawannya dari Parti Konservatif Boris Johnson pada tahun 2008, yang terkenal kerana menyentuh etnik kaum minoriti.
Livingstone pada ketika ini secara luas disokong oleh para pengundi Islam di Britain.
Ia telah melibatka diri di acara-acara umat Islam seperti IslamExpo, yang menarik puluhan ribu orang setiap tahun.
Dia pernah mendapat serangan sengit dari kubu sayap kanan pada tahun 2004 kerana mengundang Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi, presiden persatuan ulama Muslim antarabangsa, dalam sebuah undangan persidangan pro-hijab.
Halimislam Online!

Cabaran Islam menghadapi tentangan di Korea

Posted on the April 16th, 2012 under Luar Negara by admin

Demi menunjukkan jati diri sebagai muslim, komuniti Muslim di Korea Selatan sedang Berjuang untuk mengatasi cabaran yang ditimbulkan oleh pihak media.
Ada sinar Islam yang sebenarnya, tetapi tidak terlihat di media,” kata Shariq Saeed,penduduk yang telah sembilan tahun menetap di Seoul dari Pakistan, mengatakan pada Korea Times Umat, 13 April.
“Islam yang sebenar adalah apa yang kita lihat di sekitar kita di sini, saudara-saudara (muslim) hidup aman damai.”

Setiap hari Jumaat, Saeed adalah salah satu jamaah yang menjawab panggilan untuk melakukan solat Jumaat di Masjid Seoul Pusat atau Seoul Central Masjid.
Seoul Central Masjid merupakan masjid yang terbesar di Korea dan dibina pada tahun 1974 dengan bantuan dari Arab Saudi.
Populasi Muslim Seoul menggambarkan Kepelbagaian Islam. Komuniti yang terbentuk di sekitar Seoul Central Masjid terdiri daripada jamaah dari Timur Tengah, Asia Selatan dan Tenggara, dan Afrika.
Meskipun hidup aman damai selama bertahun-tahun di Korea, komuniti Muslim menyatakan bentuk Misi dalam Penggambaran media terhadap agama mereka, yang mempengaruhi saya.
“Media Menunjukkan Muslim sebagai orang miskin yang saling bergaduh antara satu sama lain, tapi itu bukan Kebenarannya,” kata Mohd Fakrul,seorang mahasiswa dari Malaysia.
“Kadang-kadang ketika saya beritahu orang lain bahawa saya Seorang Muslim mereka agak ragu-ragu.”
Di masjid tersebut, Fakrul mengatakan bahwa komuniti Muslim di Seoul akan menunjukkan Idealogi Islam sebenar.
“Kami Lihat Ini adalah satu Perdamaian,” katanya.
Cabaran
“Di Malaysia kami memiliki banyak masjid, tapi di Seoul hanya ada satu masjid,” kata Mohd Fakrul, pelajar dari Malaysia.
“Jika kita sembahyang waktu tengah hari, sukar untuk menemui tempat yang betul.”
Jeon Seung-Joon, Seorang Muslim Korea yang memeluk Islam ketika berada di Ireland, mengatakan bahwa mencari makanan halal merupakan salah satu cabaran besar bagi Umat Islam di Korea.
“Makanan sangat sukar, karena saya suka Daging tapi hanya makan produk halal.”
“Di sini saya merasa lebih berkewajiban untuk memenuhi yang Wajib ke atas saya sebagai seorang Muslim dan jika saya bertemu orang yang saya dapat berkongsi maklumat tentang Islam bersama dengan mereka,” kata Ammar, juga dari Malaysia.
Menurut kesatuan Korea Muslim (KMF), yang ditubuhkan pada tahun 1967, sekitar 120,000 hingga 130,000 Muslim yang tinggal di Korea Selatan, baik penduduk Pribumi dan orang asing.
Secara mutlaknya muslim terdiri daripada pekerja yang berhijrah asal Pakistan dan Bangladesh. Bilangan Muslim asal Korea dijangka mencapai sekitar 45,000.
Halim Islam Online

Solat Jumaat di Kota London

Posted on the February 16th, 2012 under Luar Negara by admin

“Mekah di tengah-tengah London”. Begitulah tajuk akhbar harian terkemuka British Daily Mail pada hujung minggu lalu.
Laporan tersebut menulis mengenai orang Islam British yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah jalan di London. Mereka terpaksa solat di atas jalan kerana ruangan masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung jemaah yang ramai.

Dalam artikel bertajuk “The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows”, harian itu melaporkan ramai yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada Jumaat lalu. Mereka melihat ramai orang berdoa bersama di luar.

”Perkara itu bukanlah pemandangan biasa di England,” tulisan the Daily Mail.
Dalam bayangan gedung pencakar langit dan ruang kaca serta batu-batu di Mile Square, ratusan umat Muslim berlutut di jalanan melaksanakan solat Jumaat. Kegiatan selama satu jam di jantung daerah kewangan kota London itu ternyata menjadi sangat popular sehingga jemaah memenuhi jalan-jalan di sekitar masjid komuniti kecil.

Pekerja yang memakai uniform bercampur dengan umat Islam dari komuniti Bangladesh tempatan. Mereka terkeluar sehingga ke jalan-jalan di sekitar Bentley dan kawasan letak kereta.
Masjid Brune Street di Spitalfields, London Timur, merupakan masjid terdekat untuk solat Jumaat bagi pekerja. Ramai juga jemaah yang datang dari Brick Lane dan Whitechapel. Pekerja-pekerja profesional mengisi jalan di bawah bangunan perniagaan yang menjulang tinggi. Umat Muslim tanpa memakai kasut melakukan solat Jumaat dan bersujud menghadap ke kiblat.
Dalam ruangan masjid yang hanya dapat menampung 100 orang, sekitar 300 umat Muslim yang bekerja di kawasan berhampiran hadir bersama penduduk setempat yang juga ingin menjalankan solat Jumaat. Hasilnya, jemaah solat Jumaat melimpah sehingga ke jalan.
“Ia berkembang dalam beberapa tahun terakhir ini” ujar seorang pekerja yang masih mengenakan pakaian solat Jumaat. “Ramai orang yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada hari Jumaat. Kerana, mereka melihat ramai orang berdoa bersama di luar. Mereka melaksanakan solat tepat di tengah Kota London.”

Pemain forex tak hirau fatwa

Posted on the April 9th, 2012 under Tempatan by admin
JOHOR BAHRU: Walaupun Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam dari mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing (forex) sejak Februari lalu, masih ada yang enggan menerimanya dengan alasan pengharaman hanya dilakukan di negara ini.
Mereka berpendapat, jika benar perniagaan itu haram ia perlu diharamkan di seluruh dunia membabitkan negara lain seperti Indonesia, Arab Saudi dan Mesir, namun statusnya di negara asing masih belum dipastikan.
Hakikatnya, pemain berkenaan sebenarnya bimbang untuk terbabit dalam bidang lain kerana mampu mengaut keuntungan berlipat ganda menerusi forex.

Mendedahkan kejahilan itu, Pengerusi Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia, Norizam Tukiman berkata, dia menerima maklumat ramai pemain forex masih aktif walaupun mereka sedar ia diharamkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Katanya, pemain terbabit aktif memperdagangan forex di Internet dan berpendapat mereka tidak perlu menurut garis panduan ditetapkan pihak berkuasa.
“Apabila ditanya, mereka akan mempersoalkan mengapa forex hanya diharamkan di Malaysia sedangkan banyak negara Islam lain tidak melakukan tindakan sama.
“Saya tidak mahir soal agama dan pada saya, alasan diberikan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan munasabah dan mengikut arahan dikeluarkan.
“Bagaimanapun, sebagai umat Islam saya berpendapat kita perlu mengikut arahan dikeluarkan,” katanya.
Februari lalu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing kerana tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
Keputusan dibuat selepas kajian Jawatankuasa mendapati perniagaan itu membabitkan spekulasi mata wang selain banyak isu meragukan.
Harian Metro

Fatwa dan hukum menyambut ‘April Fool’s Day’

Posted on the April 1st, 2012 under Agama by admin
Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab:
  1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.
Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
[Solihinzubir]

Muslim Kazakh berang botol vodka ada perkataan Allah

Posted on the April 5th, 2012 under Luar Negara by admin
ALMATY: Umat Islam di Kazakhstan berang dengan pengeluar minuman beralkohol di negara itu kerana terdapat kalimah Allah pada botol arak yang dikeluarkannya.
Imam besar Masjid Semey, Bekzat Boranbaiuly meminta pengeluar minuman vodka meminta maaf kepada umat Islam Kazakhstan atas penghinaan itu.
“Ini satu bentuk penghinaan kerana Islam secara tegas melarang minum arak,” katanya dalam kenyataan sebagaimana dipetik Washington Post, semalam.

Media tempatan kelmarin melaporkan mengenai promosi minuman vodka terbaru di negara itu dan pada label bekas minuman berkenaan tertulis “The Power of Allah Suffices for All” (Kuasa Allah Cukup Untuk Semua).
Kazakhstan adalah bekas negara jajahan Soviet dan majoriti penduduknya yang berasal dari etnik Kazakh beragama Islam.
Bagaimanapun, negara itu juga dihuni penduduk minoriti berketurunan Slav yang gemar minum vodka dalam kehidupan seharian mereka. – Agensi

Orang Islam di Xinjiang China perlukan doa kita

Posted on the August 11th, 2011 under Luar Negara by admin
Media minggu lepas melaporkan keganasan kaum di Western part of China, Xinjiang yang mengorbankan 156 nyawa dan 1080 mengalami kecederaan. Bgaimanapun laporan lain melaporkan sekurang2nya 600 mati dalam pertembungan Uyghur Muslim dengan Han Chinese majoriti. 95% kematian adalah dari Uyghur Muslim & 1,400 Uyghur Muslim di tangkap atas alasan terlibat dalam pergaduhan ni.
Media rasmi China hanya menunjukkan gambar beberapa kecederaan di pihak Han Chinese dan terus menyalahkan Uyghur Muslim sepenuhnya. Beratus-ratus kematian Uyghur Muslim tidak di tunjuk di media rasmi tersebut padahal realitinya sangat-sangat berbeza. Klik link di bawah untuk mendapatkan laporan yang lebih jelas:
  1. http://www.csmonitor.com/2009/0706/p06s04-woap.html
  2. http://www.democracynow.org/shows/2009/7/7
Noman Khan adalah seorang Uyghur Muslim yg tinggal di Chicago. Ibu bapa & keluarganya masih belum dapat di hubungi kerana pihak berkuasa telah menutup line internet & telefon, beliau hanya sekadar mampu berdoa.
10 juta Uyghur Muslims adalah dari East Turkistan di Barat Daya China yang dikuasai komunis pada 1950. Mereka telah di diskriminasi & ditindas sehingga Xinjiang yang dulunya 97% Muslim hanya tinggal 50% dalam 20-30 tahun lalu.
Dibawah ni gambar seorang Han Chinese yg bersenjata menyerang Muslim Uighur.
Biasanya waktu solat Jumaat kita selalu dengar doa untuk Palestinians, Kashmiris, Afghanis, Iraqis and Chechnyans, tetapi cukup menyedihkan kerana tiada sorang pun yang mendoakan saudara-saudara se Islam di Uyghur. Dunia telah melupakan, bahkan tiada sokongan walaupun di segi moral dari saudara-saudara se Islam. Tangkapan besar-besaran di lakukan, tinggal para ibu & anak-anak yang hanya mampu buat bantahan penangkapan itu di jalanan. Tidak tahu apa akan di lakukan keatas mereka seterusnya.
Di bawah komunis mereka tak dibenarkan mengamalkan agama Islam sebelum berumur 18 tahun. Kakitangan kerajaan seperti guru, doktor tidak di benarkan solat atau ke masjid walaupun berumur lebih dari 18 tahun. Murid-murid & guru dipaksa makan di bulan Ramadhan. Jawatan-jawatan tinggi bergaji tinggi di beri kepada Han Chinese yang lebih rendah kelayakan di bumi Uyghur sendiri. Kerajaan mempunyai agenda melenyapkan Islam & tradisi-tradisi mereka di Uyghur.
Noman meminta disebarkan artikel ini dan membantah pembunuhan & tangkapan besar2an Uyghur Muslims di Xinjiang di samping mendoakan keselamatan semua di East Turkistan, Uyghur & Han Chinese. Dia menyeru & merayu kita semua melahirkan semangat perpaduan memberi sokongan padu kepada mereka yg sangat2 memerlukan sokongan kerana semua itu sangat bermakna bagi mereka sebagai bukti penderitaan mereka di dengar & nasib mereka tidak di lupakan oleh saudara se Islam di dunia ini di samping berdoa untuk kesejahteraan mereka.
Sumber: Carigold
From: “Khan, Noman {Quaker}” >
To: Zulfiye Osman >
Sent: Friday, July 10, 2009 1:12:55 AM
Subject:
Assalam Alaikum Brothers and Sisters,
You might have read and heard about the ethnic violence in the Western part
of China, Xinjiang this past weekend. According to Chinese official media,
156 are dead and 1080 injured. However the unofficial figures report that
at least 600 people died in the clashed between Uyghur Muslim and Han
Chinese majority, and about 95% of the casualties are Uyghur Muslims.
Chinese authorities have arrested at least 1400 Uyghur s, claiming they took
part in the riot. The official Chinese media, Xinhua, only shows the
pictures of few Han Chinese injuries with no mention of the hundreds of
Muslims who died in these clashes, putting the blame completely on the
Muslims. The reality is far from it.
Please see the links below for some unbiased reporting.
http://www.csmonitor.com/2009/0706/p06s04-woap.html
http://www.democracynow.org/shows/2009/7/7
The unrest in Xinjiang (East Turkistan), is near and dear to my heart.
I am an Uyghur living in Chicago. My parents and the rest of the family are
still in Xinjiang. While they are away from Urumqi where the clashes
happened, I still have not been able to get hold of them in past couple of
days as the authorities have shut down internet and telephone services. I
am praying every moment for their safety.
Uyghurs are the Turkic speaking Muslim people living in the northwest part
of China under occupation. Their short lived republic, East Turkistan went
under Chinese communist rule in 1950. Since then they have been subjected
to severe discrimination because of their Muslim identity and they have seen
their 97% majority in Xinjiang shrink to almost 50% in last few decades.
There are many underlining sources of tension and humiliation of over 10
million Uyghur Muslims.
I am writing to you for your support in helping spread the word and plight
of Uyghur Muslims. I go to Juma prayers and everyone prays about suffering
of the Palestinians, Kashmiris, Afghanis, Iraqis and Chechnyans, however not
once I have heard someone pray for the Uyghurs.
We are the forgotten people in this world and not even our Muslim brothers and sisters have ever provided any moral support for us. Well I’m asking
for the support in this hour of dire need. My brothers and sisters are
being persecuted as we speak. They have been captured in mass arrests with
no sight of what will happen to their future. Uyghur woman with their
children have went on street to protest against the mass arrest of thousands
of Muslim Uyghur men. Under communist Chinese rule we are not allowed to
practice our religion until the age of 18 and even after the age of 18 if
anyone who works for government like teachers and doctor are not allowed to
pray or go to Mosque. Our children and teachers are force fed in schools
during the month of Ramadan. There is a governmental agenda to slowly take
Islam out of common people’s lives. Majority of the high paying jobs go to
the Han Chinese with a lot less qualification in our own home land. Our
culture is being slowly disappearing.
I urge you to send this to your friends and families and condemn the
killings and mass arrest of Uyghurs in Xinjiang. I ask you to pray for the
safety of the people of East Turkistan (Xinjiang), Uyghurs and Han Chinese.
I ask you to please stand in solidarity with your Uyghur Muslim brothers.
The moral support of Muslim community means a lot to me and the Uyghurs as
we are desperate to be seen and heard by our brothers and sisters.
I urge you to send a message of solidarity with Uyghur Muslims and pray for
them. I urge you to send this message to at least 5 other family members
and friends.
Sincerely,
Zulfiye Osman
Noman Khan (husband)

Umat Islam dilarang puasa di Xinjiang China

Posted on the August 10th, 2011 under Luar Negara by admin
Kini Muslim Uighur kembali menderita terbaru akibat tindakan keras pemerintah Cina terhadap minoriti etnik di wilayah barat laut Xinjiang itu dengan larangan berpuasa dan beribadah di masjid-masjid.
“Jika ada tokoh agama bertazkirah Ramadhan atau mendorong orang untuk ambil bagian, maka mereka akan kehilangan keizinan permit untuk berdakwah,” kata Dilxat Raxit, juru cakap Kongres Uighur Dunia yang berpangkalan di Munich minggu lalu

“Kes yang lebih serius apabila penangkapan dibuat bagi mereka yang melakukan ibadah tarawih yang dinilai menyalahi undang-undang” katanya lagi.
Dibawah pemerintahan Beijing, Pemerintah Daerah Xinjiang, penduduk Islam diminta menandatangani ‘surat akuan’ yang isinya berjanji untuk tidak berpuasa dan solat tarawih atau kegiatan keagamaan lainnya selama ramadhan.Sementara perusahaan swasta menawarkan makanan disiang-hari kepada pekerja Muslim Uighur. Siapa yang menolak untuk makan akan kehilangan bonus tahunan mereka, atau bahkan pekerjaan mereka, Raxit menambahkan.Sasaran juga termasuk sekolah Islam, untuk menyediakan makan diwaktu siang hari selama masa puasa. Seorang warga Uighur Beijing mengatakan siswa di bawah 18 tahun dilarang puasa selama bulan Ramadhan. Selain itu, pemerintah memaksa restoran di wilayah majoriti Muslim untuk tetap dibuka sepanjang hari.
Kawalan juga dilakukan kepada mereka yang cuba untuk menghadiri solat di masjid-masjid. Mereka harus mendaftar dengan kad pengenalan mereka. “Mereka harus mendaftar, dan setelah selesai solat dan berdoa mereka tidak diizinkan untuk berkumpul dan berbicara satu sama lain,” tegasnya.
Sehari sebelum dimulainya bulan suci ramadhan bagi umat Islam Cina, setidaknya 11 orang terbunuh dalam rangkaian serangan di wilayah utara-barat Xinjiang. Pihak pemerintah Cina menyerang minoriti etnik setelah polis Cina menembak mati dua Muslim pada minggu lalu.
Sebelum 18 orang Islam dibunuh dalam serangan di wilayah Xinjiang yang bergolak. Setelah kerusuhan, lebih dari 100 orang Uighur ditahan pemerintah Cina. Penduduk setempat mengatakan, kebanyakan dari mereka yang ditahan dan dituduh adalah mereka yang tengah beribadah di masjid dan istri mereka yang mengenakan jilbab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan