Khamis, 20 Disember 2012

KITA BUKAN HEBAT...CUMA KITA SYOK SENDIRI

Ada yang tidak peduli penderitaan orang lain
Posted on Thursday, December 20 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Blog Warta Kedah

SIK – Terdapat umat Islam masa kini yang tidak lagi mengambil tahu kebajikan dan masalah orang lain. Oleh itu, kerajaan negeri Kedah berusaha dan menyeru agar masyarakat melakukan program-program yang berbentuk kebajikan kerana ianya tidak lagi dipandang mulia oleh orang ramai.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyrakat, YB Dato’ Ustazah Ashah Ghazali berkata, nilai-nilai murni di kalangan masyarakat kini kian terhakis. Oleh itu, pada hari ini kita dapat lihat sangat banyak kes anak luar nikah dan kes cerai.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Sambutan Hari Kebajikan Negeri Kedah 2012 di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Sik, Kampung Gajah Putih, Jeneri.

“Musatahil kerajaan negeri dapat menyelesaikan masalah ini tanpa bantuan masyakat.
“Mulai saat ini kerajaan negeri mahu seluruh rakyat Kedah mengambil bahagian dalam program kebajikan masyarakat setempat. Agar kita menjadi masyarakat yang harmoni,” katanya.
Menurutnya lagi, agensy-agensy kerajaan berusaha untuk memberikan bantuan kepada insan yang memerlukan tetapi masih memerlukan bantuan masyarakat setempat untuk menolong mereka yang memerlukan.
Pihaknya mahu masyarakat berusaha mencari orang yang memerlukan bantuan dan memupuk semangat bantu-menbantu.
“Kebanyakan kita melihat sesuatu masalah sebagai bukan tanggungjwab kita tetapi tanggungjawab orang lain.
“Kita juga nak masyarakat berusaha bantu orang lain untuk keluar daripada kepompong kemiskinan,” terangnya.


Sementara itu, selesai majlis jamuan makan, YB Ustazah Ashah dan ADUN Jeneri, YB Dato’ Yahaya Abdullah bersama YB Dato’ Taulan Mat Rasul sebagai wakil Menteri Besar melawat rumah Saadah Mahamud, 72 yang baru dibaiki oleh kerajaan negeri.
Saadah Mahamud mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kedah dan pihak yang terlibat dalam membaiki rumahnya yang uzur itu.
Beliau berasa senang hati kerana rumahnya yang sudah uzur itu sudah dibaiki dengan bantuan baiki rumah sebanyak RM6 ribu.

 Selangor buka permohonan kepada pemaju bina rumah mampu milik
Posted on Thursday, December 20 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Iskandar Abdul Samad

Di dalam usaha untuk menambah bilangan Rumah Mampu Milik, Kerajaan Negeri Selangor telah membenarkan pemaju-pemaju membuat permohonan untuk membina rumah tersebut bagi menggantikan Rumah Kos Rendah yang mereka perlu bina.
Bagaimanapun, permohonan untuk membina Rumah Mampu Milik ini hanya boleh diluluskan jika permintaan untuk Rumah Kos Rendah di sesuatu kawasan itu terlalu rendah.

Permohonan juga boleh diluluskan jika terdapat masih banyak Rumah Kos Rendah yang masih tidak terjual di kawasan tersebut.

Bentuk pembangunan, kemudahan awam dan infrastruktur di sekitar kawasan itu juga diambilkira.
Bagaimanapun, terdapat pihak yang mendakwa telah berlaku penyelewengan di dalam proses meluluskan permohonan-permohonan itu.
Oleh yang demikian, saya ingin menerangkan di sini prosedur untuk meluluskan sesuatu permohonan.
Setiap permohonan akan disiasat oleh jabatan dan agensi berikut yang akan mengemukakan ulasan-ulasan teknikal kepada Mesyuarat Exco :
1.Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (JPBD);
2. Pihak Berkuasa Tempatan terlibat (PBT) ;
3. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).
Berdasarkan ulasan-ulasan teknikal itu, Pengarah Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) akan mengemukakan cadangan kepada Mesyuarat Exco sama ada untuk menolak atau meluluskan sesuatu permohonan.
Memandangkan ia melibatkan banyak pihak, amatlah payah bagi pemaju untuk cuba mempengaruhi kesemua pihak-pihak yang terlibat.
Walaupun jika pemaju dapat mempengaruhi LPHS, badan yang terlibat secara langsung menguatkuasakan dasar perumahan negeri, namun ia masih memerlukan kelulusan Mesyuarat Exco.
Tetapi selari dengan dasar keterbukaan dan ketelusan Kerajaan Negeri, saya tidak mempunyai sebarang halangan jika LPHS atau mana-mana jabatan dan agensi itu diaudit atau disiasat.
Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa keputusan sama ada untuk meluluskan atau menolak dibuat oleh Mesyuarat Exco secara bersama atau ‘collective’. Ianya bukan keputusan Exco Perumahan.
Terdapat juga pihak yang mendakwa ciri-ciri Rumah Mampu Milik ini adalah tidak jelas.
Oleh yang demikian, berikut adalah ciri-ciri Rumah Mampu Milik Selangor:
1. Anggaran jualan di antara RM85,000 hingga RM120,000;
2. Keluasan rumah di antara 850 hingga 1,000 kaki persegi;
3. Rekabentuk yang terkini seperti konsep ‘green building’;
4. Mengambilkira aspek kemampuan dari segi binaan, persekitaran dan komuniti
5. Penyediaan kemudahan asas dan awam yang mencukupi seperti kawasan riadah, berinteraksi dan sebagainya termasuk untuk warga emas dan OKU;
6. Kos penyelenggaraan yang murah;
7. Perolehan keuntungan pemaju tidak melebihi 10 peratus.
Kerajaan Negeri sentiasa akan memastikan bahawa Rumah Mampu Milik yang dibina mampu dibeli oleh golongan sasaran yang ditetapkan iaitu mereka yang berpendapatan di antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan.
Permohonan untuk membina Rumah Mampu Milik ini pula sentiasa diproses dengan adil.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41437
Selangor buka permohonan kepada pemaju bina rumah mampu milik »

 Berahim Ali yang Chauvinis!
Posted on Thursday, December 20 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,
Berahim Ali ada sebut ketika persidangan PERKASA, kenyataan Pemimpin MCA yang menguris hatinya berpunca dari usaha mereka untuk menangkis sikap chauvinis pemimpin DAP.Kerana itu Berahim mengizinkan kenyataan seperti menghina Islam dan kerana itu jugalah Berahim menegaskan dia dan PERKASA akan terus menyokong MCA dalam PRU 13 nanti(ungkapan bodek Berahim).

Penulis sempat mencari makna Chauvinism dalam Wikipedia seperti di bawah :

Chauvinism, in its original and primary meaning, is an exaggerated, bellicose patriotism and a belief in national superiority and glory.[1] It is an eponymNicolas Chauvin who was credited with many superhuman feats in the Napoleonic wars. of a possibly fictional French soldier
By extension, it has come to include an extreme and unreasoning partisanship on behalf of any group to which one belongs, especially when the partisanship includes malice and hatred towards rival groups. Jingoism is the British parallel form of this French word, when referring to nation.[1]
Pada fahaman penulis yang tidak begitu pandai bahasa Inggeris ini, ciri ciri Chauvinism yang didakwa berahim itu sebenarnya dimilik oleh dirinya sendiri, terutama makna by extension itu.Secara jelas 'an extreme and unreasoning partisanship on behalf of any group to which one belongs, especially when the partisanship includes malice and hatred toward rival groups.Partisanship pula merujuk kepada:In politics, a partisan is a committed member of a political party. In multi-party systems, the term is widely understood to carry a negative connotation - referring to those who wholly support their party's policies and are perhaps even reluctant to acknowledge correctness on the part of their political opponents in almost any situation. Partisanship can be affected by many factors including current events, figureheads (presidents), decisions, and even location.
Ini menunjukkan yang chauvinisnya ialah Berahim Ali dan UMNO bukan DAP kerana selama ini yang ada ciri ciri yang disebut oleh wikipedia ialah Berahim dan UMNO.Malah kesimpulan Berahim bahawa kenyataan pemimpin MCA yang mengguris hati itu berpunca dari usaha menangkis sikap chauvinis DAP terlalu jauh tersasar dan sudah tentu mengandungi makna yang tersirat.Menghina dan membantah hudud tidak ada kena mengena dengan sikap Chauvinis DAP, membantah kenaikan peruntukan kepada pembangunan Islam di Penang tidak bersangkut paut langsung dengan sikap chauvinis DAP, menuduh PAS menggalakkan rogol terhadap gadis yang tidak tutup aurat juga tidak ada kena mengena dengan chauvinis DAP.
Yang jelasnya, Berahim hanya bekeng dengan cina yang bernaung dengan DAP dan PKR sahaja tetapi untuk cina dalam MCA dan Gerakan, Berahim mengizinkan mereka menghina ugamanya sendiri atas alasan menangkis sikap Chauvinis DAP.Bongok!

 [Video] MEJA BULAT - Ulama' Sebagai Pemimpin
Posted on Thursday, December 20 @ 00:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Antara Pos

 


Panelis:
Prof. Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Mantan Mufti Perlis
Haji Ismail Mina Ahmad - Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT)
Fadlan Othman - Pengerusi Ulama Muda Umno (ILMU)
Khalid Samad - Ahli Parlimen Shah Alam (PAS)





Video Ihsan Antara Pos
-Pejabat YB Khalid Samad-


 Najib perlu jelaskan RM196.8b aliran wang haram
Posted on Wednesday, December 19 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber HarakahDaily

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab menjelaskan bagaimana hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari negara ini pada tahun 2010 yang meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.


“Jika beliau tidak dapat menjelaskan kedudukan isu dengan telus dan jujur dan tidak mampu mengambil  tindakan mengatasi jenayah ini maka menteri tersebut wajar meletakkan jawatan,” kata Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).
Ini, ujarnya adalah suatu kepincangan yang sangat besar untuk diketepikan tanpa pertanggungjawapan  penuh daripada Menteri Kewangan.
Tambahnya, di peringkat antarabangsa aliran wang haram adalah suatu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan.
Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan ekoran laporan badan pemantau - Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia - dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38  bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.

azlanPemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".
Laporan GFI - 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010' -  dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa  (IMF).
Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun - dari 2001-2010 - Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.
Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion dan Mexico, AS$476 bilion.
“Ekonomi negara kerugian pada tahap berbilion ringgit jika isu ini tidak diatasi dengan tegas bukan sahaja akan mengakibatkan negara kehilangan pendapatan yang sangat tinggi dari cukai malah integriti pengurusan kewangan negara dilihat sangat lemah dan wang negara akan terjejas teruk bila aliran keluar wang negara berlaku tanpa kawalan,” kata Mohd Azmi lagi.
Sementara, ujar beliau disedari bahawa taktik mengeluarkan wang secara haram  sangat banyak dan canggih tetapi persoalannya kenapa aktiviti haram itu menjadi sangat mudah dilakukan di Malaysia.
“Adakah ini membayangkan polisi dan undang-undang mengenai pengurusan kewangan negara mempunyai banyak kelemahan untuk dibolosi atau ada konspirasi di peringkat tinggi wujud yang menyebabkan  hal ini boleh berlaku dengan mudah?” tanya beliau
Beliau berkata, Malaysia telah berhadapan dengan krisis besar dalam kewangan negara pada tahun 1997 apabila berlaku aliran keluar kewangan dengan sangat besar disebabkan apa yang sebut sebagai capital flight.
“Kini kita berhadapan dengan pengeluaran wang keluar dari Malaysia secara haram,” ujarnya

azlanIni, katanya menunjukkan tahap pengawasan sangat lemah dan begitu mudah untuk bolos keluar “Kami mempersoalkan apakah agensi yang bertanggungjawab memantau jenayah wang haram yang mengalir keluar dan masuk dalam negara ini tidak menjalankan tugas dengan berkesan.
“Kami berpendapat Menteri Kewangan harus mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu ini. Ia melambangkan kelemahan dan kepincangan yang amat ketara yang melibatkan masa depan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, jika menteri berkenaan tidak boleh mengatasi masalah itu maka beliau perlu melepaskan jawatan dan diserah kepada seorang yang lebih kompiten dan berkelayakan untuk menguruskan kewangan negara.
Najib perlu jelaskan RM196.8b aliran wang haram

 UFB:ustaz pencacai
Posted on Wednesday, December 19 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,.
Foto KulitLanjutan kepada artikal awal penulis mengenai Fathul Bari yang nampak bodoh dan sengal, penulis tidak dapat menahan rasa untuk menulis lagi pasal dia ni.Sebabnya panggilan UFB(ustaz Fathul Bari) di FB dan di blog blog pencacai UMNO.UFB merupakan satu paggilan yang terhormat menyamai UAI(USTAZ AZHAR IDRIS) dan panggilan yang menunjukkan taraf ilmu dan amal pemiliknya.Layakkah Fathul Bari dipanggil ustaz seperti UIA?Penulis rasa tidak kerana Fathul Bari cuma setaraf pencacai yang tidak punya harga diri selain harga yang dibayar UMNO sahaja.Nilainya ditentukan oleh UMNO!Pengajarannya null and void!

Fathul Bari cuma pandai mengikuti arus yang dibawa oleh pencacai.Apa apa yang dimulakan pencacai yang terang dan jelas menipu akan diikuti oleh Fathul Bari walaupun apa yang diikutinya itu melibatkan hukum ugama yang penting.

Baru saja dia bertempik di twiternya mendakwa PAS perlukan kebenaran DAP untuk laksanakan hudud.Sinisnya dia menghina hudud seolah olah hudud itu hanya mainan politik PAS sahaja.UMNO terlepas dari tanggungjawab melaksanakan hudud.
Fathul Bari mencacai menghina Islam dan melupai siapa yang berkuasa.Pada Fathul Bari, PAS tidak berkuasa selain terpaksa mengikuti kuasa DAP.UMNO tidak begitu, lupa sama sekali kuasa ALLAH.
Ada orang cakap Fathul Bari berfahaman wahabi, tetapi penulis berkata Fathul Bari cuma pengikut anak pak Wahab kerana Abdul wahab yang dirujuk sebagai wahabi itu sebenarnya seorang ulamak besar ahli sunnah wal jamaah, yang menyimpang itu anaknya Muhammad Abdul wahab yang menjadi ikutan Fathul Bari, jadi lebih sesuai menggelarkan Fathul Bari sebagai pengikut anak pak Wahab.
Fahamanya pula menegaskan mengikut sunnah nabi, tapi dengan menjadi pencacai Fathul Bari terlalu jauh menyimpang dari sunnah nabi.Sunnah nabi memerlukan komintment yang sepenuhnya untuk mendirikan negara sunnah yakni negara yang mengikuti sepenuhnya sunnah nabi.Mempersendakan hudud dan menyatakan secara tersirat bahawa hudud itu cuma angan angan(apabila mengatakan PAS memerlukan kebenaran DAP untuk melaksanakan hudud) amat terlalu menyimpang dari tuntutan sunnah nabi.
Itulah Fathul Bari, seorang pencacai yang digelar ustaz.   

Insiden Sg Petani: Blogger UMNO bertanggungjawab sebar fitnah
Posted on Wednesday, December 19 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.
Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.

Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.

“Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Saya juga hairan apabila orang Sungai Petani sendiri tak tahu mengenai hal itu, tapi orang luar berlebih-lebihan menyampaikan berita yang tak betul ini,” katanya.
Menurut Johari, polis turut memaklumkan keadaan di Sungai Petani terkawal dan tiada kematian. Hanya kecederaan ringan melibatkan ahli kumpulan yang bergaduh.
“Ia hanya helah untuk mengambil kesempatan di atas kejadian yang langsung tiada kena-mengena dengan perkauman,” tegas beliau.
“Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan sampai keamanan negara tergadai,” serunya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41417
Insiden Sg Petani: Blogger Umno bertanggungjawab sebar fitnah »



 Lawatan Menteri Besar ke Mesir teroka banyak manfaat
Posted on Wednesday, December 19 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Blog Warta Kedah

KAHERAH – Lawatan rasmi Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak,  selama lima hari ke Kaherah berjalan dengan lancar dan teratur. Beberapa lokasi lawatan serta perjumpaan yang telah diatur secara tidak langsung memberi impak terbaik kepada kerajaan negeri khususnya. Antara tempat menarik dilawati dalam usaha mempelajari teknik menjayakan objektif menjadikan Kedah Belanda Timur ialah Wadi Natrun iaitu sebuah kawasan padang pasir yang dibangunkan sebagai sebuah ladang pertanian yang subur menggunakan teknologi pertanian terkini.

Pelbagai jenis tanaman di tanam disini untuk makanan dalam negeri dan dieksport.

Ustaz Azizan dibawa melawat ladang limau milik keluarga bekas seorang menteri di Mesir. Ladang tersebut berkeluasan 360 ekar ditanami dengan 120 jenis limau. Rombongan Menteri Besar yang turut disertai oleh CEO Kumpulan Ladang Perbadanan Kedah, Rosli Saad tertarik untuk mempelajari teknik-teknik perladangan berskala besar. Rombongan diberi taklimat panjang lebar mengenai kaedah yang digunakan dalam penghasilan produk pertanian yang berkualiti dan produktif.
Di kawasan padang pasir yang tandus, mereka menggunakan sumber air bawah tanah yang digali kira-kira 300 meter untuk mengairi tanaman. Tanaman di ladang berkenaan dapat disiram dengan air yang siap dibekalkan dengan baja melalui saluran paip. Buah-buahan yang dihasilkan sangatlah subur dan lazat dimakan.
Ladang berkenaan mula ditanam pada tahun 2009 dan dituai pada tahun 2011. Pada tahun 2012, ianya telah memasuki untuk fasa ke dua. Selain untuk pasaran tempatan, ianya juga dieksport ke luar negara.
Walaupun lokasi sasaran agak jauh dari penginapan dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit untuk sampai namun kepenatan ahli rombongan terubat apabila melihat kehijauan pohon-pohon tanaman di situ. Selain ladang limau, rombongan juga dibawa melawat ke tapak semaian pokok mentimun. Kawasan yang begitu luas itu ditanami dengan beribu-ribu pokok mentimun yang juga untuk pasaran dalam dan luar negara.
Menteri Besar serta rombongan mengambil masa kira-kira hampir dua jam meninjau ladang-ladang berkenaan.
Sebagai Menteri Besar yang cintakan pendidikan, beliau tidak melepaskan peluang membuat kunjung hormat Rektor Al-Azhar di Universiti Al-Azhar Haiyu Sadis. Banyak perkara yang dibincangkan bersama rektor berkenaan khususnya untuk kebaikan pelajar-pelajar Kedah di universiti berkenaan di samping mengambil pengalaman beliau untuk memajukan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini.
Perbincangan agak serius ditumpukan berhubung isu pengwujudan Pusat Pengajian Bahasa Arab di negeri Kedah dan ia telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak Universiti Al-Azhar. Ustaz Azizan menerangkan bahawa pihaknya telah membina sebuah Pusat Pengajian Bahasa Arab yang antara lain boleh dimanfaatkan sebagai pusat penganjian intensif bagi para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
Peluang berada di sana, tidak dilepaskan begitu sahaja oleh Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK). Satu perjumpaan secara formal telah diadakan bersama pelajar-pelajar Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar sekitar Mesir. Majlis tesebut diadakan di Fustat’ Hall, Al-Azhar Conference Centre, Cairo ( ACC) dan dihadiri kira-kira 600 para pelajar Kedah dan termasuk ahli keluarga tenaga pengajar. Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh para pelajar khususnya berhubung isu kebajikan mendapat perhatian yang baik dari Menteri Besar.

Dikesempatan itu juga, Menteri Besar bertolak ke Turki atas utusan rasmi selain membincangkan peluang-peluang pelaburan dua hala dengan negara berkenaan. 

 Arak... Rambut... Zina !
Posted on Wednesday, December 19 @ 13:24:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: tokpepijat

"Isu parti yang kalah teruk dalam PRU 12 di Pulau Pinang hingga kehilangan jawatan Ketua menteri  membawa samsengnya dari Negeri Sembilan mengulang apa yang telah di buat oleh musuh ketatnya dalam BN iaitu MCA kira-kira 20 tahun yang lalu.

Bezanya dulu MCA mencabar dengan rancangan mengadakan pesta minum arak  khalayak ramai di Kota Bahru manakala GERAKAN menghantar "samsengnya" dari Negeri Sembilan untuk gunting rambut di Serambi Mekah.

Kedua parti perkauman BN merangkap teman sehati sejiwa UMNO itu mengadakan pesta arak dan gunting semata-mata meraih undi Cina.

Ketika MCA beriya-iya adakan pesta arak, TG Nik Aziz sekadar memberi ulasan lebih kurang berbunyi, " buatlah...minumlah bertong-tong arak hingga pecah perut......"

Kita tunggu pula komen TG Nik Aziz terhadap perangai samseng dan kebudakan GERAKAN.

Barangkali selepas isu arak dan salun, puak MCA dan GERAKAN bakal mahu pula "aksi zina" di benarkan di khalayak ramai.

Agaknya siapa pimpinan MCA dan GERAKAN yang sudi buat "aksi demo itu". Barangkali Chua Soi Lek antara calon popular untuk lakukan aksi demo tersebut.

 Arahkan seluruh pimpinan lelaki MCA dan GERAKAN turun ke Kota Bahru untuk buat aksi itu. Ambillah perempuan GRO warga China yang bersepah di seluruh negara untuk berpasangan dengan pimpinan lelaki MCA dan GERAKAN.

Tentunya yang bakal paling gembira dengan aksi itu isteri-isteri pimpinan kedua parti tersebut !

Buruknya moral puak MCA dan GERAKAN ! Semuanya akibat dipimpin oleh yang rosak moral.

Pepatah Cinia ada berkata, Buruknya ikan berpunca dari kepalanya! Kepala itu bermakna pimpinan.

Dah puas?"


 Ibrahim Ali Semakin ' CEMAS '
Posted on Wednesday, December 19 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Tinta Hijau DKB

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengatakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali (gambar) dalam keadaan “cemas” hingga terpaksa mengarahkan ahlinya menyokong MCA dalam pilihan raya nanti walaupun parti tersebut sering mengguris hati orang Islam dan kaum Melayu.

Walaupun menyedari MCA sebagai lantang mengkritik orang Melayu dan Islam, Ibrahim menyeru ahlinya mengenepikan perkara tersebut demi kemenangan Umno dan BN pada persidangan Perkasa hujung minggu lalu.“Dia (Ibrahim) sudah cemas.

“Pilihan raya kali ini mungkin yang terakhir buatnya sebab itu dia berkata demikian, kariernya politiknya akan terkubur,” kata Senator Dr Ariffin SM Omar kepada The Malaysian Insider.

Ariffin juga mengecam Ibrahim yang sering menuduh DAP sebagai anti Melayu dan Islam, tetapi demi kepentingan diri sendiri sanggup mempertahankan MCA hanya kerana mahu menang pilihan raya nanti.

“Ibrahim Ali perlu beri sebab kenapa orang Melayu perlu sokong MCA. Atau adakah ini kerana kepentingan politik?” kata Ariffin yang baru dilantik ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.

Ahli parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad pula memberitahu The Malaysian Insider kenyataan Ibrahim bukan sesuatu diluar jangkaan memandangkan kesetiaan ahli parlimen Pasir Mas itu kepada Umno dan BN.

Khalid mendakwa presiden Perkasa tersebut tidak mempunyai “wawasan politik” dan masih lagi mengamalkan sikap politik “lapuk” untuk meraih sokongan.

“Ini membuktikan Ibrahim Ali tidak mempunyai wawasan politik, kaedah yang digunakannya sudah lapuk dan lama,” kata Khalid.

“Ia bukan sesuatu yang menghairankan, ini membuktikan beliau menyokong kezaliman sekalipun melanggar prinsip Islam dan menghina orang Melayu.”

Menurut Khalid, perkara tersebut adalah formula Umno dalam BN yakni penguasaan ke atas MCA dan MIC membolehkan mereka menjadi tuan kepada kedua-dua parti tersebut.

“Inilah formula Ketuanan oleh Umno dalam BN, mereka menguasai MCA dan MIC supaya dapat menjadi tuan kepada mereka.“Ia bukti beliau sanggup mengadai apa sahaja demi Umno,” tegas Khalid.

Pada Oktober lalu, media melaporkan Naib Pengerusi Wanita MCA Senator Heng Seai Kie berkata bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita yang tidak menutup aurat dalam ucapannya pada perhimpunan agung MCA.

Kenyataan tersebut juga mendapat sokongan oleh presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek hingga menyebabkan tercetus kecaman hebat daripada parti Islam tersebut dan penyokongnya.

Walaubagaimanapun, tiada satu pun badan bukan kerajaan Melayu yang pro-Umno seperti Perkasa, Pekida, Jati dan lain-lain tampil mengulas mengenai isu tersebut.

“Tuan-tuan jangan terasa atau terguris hati, saya lagi terguris bila pemimpin-pemimpin MCA buat macam-macam kenyataan.

“Tapi saya tahu, kenyataan-kenyataan oleh MCA itu demi menangkis sikap Chauvinis daripada DAP,” kata Ibrahim pada persidangan NGO tersebut hujung minggu lalu.

“Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA.”

Walaupun menggesa supaya memberi sokongan kepada MCA, Ibrahim pada masa sama mengatakan komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi dan akan mengulangi insiden 13 Mei 1969.

Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, ketua penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty berkata presiden Perkasa itu berhak untuk berkata apa sahaja tetapi yakin pengundi sudah matang untuk memilih.

“Itu adalah hak Ibrahim Ali tapi rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk memilih. Jadi rakyat juga berhak memilih,” ujar beliau. TMI

Sumber: malaysiaberih.blogspot.com
 
 Ayuh pencacai UMNO, perangi DAP, Kafir Harbi
Posted on Wednesday, December 19 @ 13:04:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Menggelarkan DAP Kafir Harbi? Pencacai UMNO nadah kitab dengan siapa?Fatwa siapa yang dipakai? Fatwa haru sana haru sini? atau fatwa anak pak Wahab, Fathul Bari? Fatwa Prof Redzuan Tee? Atau main pakai hentam saja labu? Kafir Harbi ringkasnya wajib diperangi oleh pemerintah ISLAM. UMNO pemerintah ISLAM,  jadi kenapa UMNO tidak memerangi kafir harbi ini?

Atau cuma sekadar mahu menakut nakutkan orang melayu demi untuk mendapatkan undi?Hukum dan panduan ugama tolak tepi dulu, ambil mana yang boleh memberi faedah kepada UMNO walaupun ianya terpaksa diolah sebarangan, selagi ianya mampu menipu melayu untuk terus memberi undi kepada UMNO, kira jadi.

Percubaan memperbodohkan rakyat sebegini menyebabkan mentaliti melayu yang terpengaruh menjadi rendah atau dengan kata kata lain, melayu yang terperangkap dengan dakwaan UMNO menerusi pencacai upahan mereka akan terus terperangkap dalam kebodohan dan kalau jumlah melayu terlalu ramai terpengaruh, alamat melayu mungkin akan hilang di dunia, menafikan kata kata dato' Hang Tuah yang dibanggakan UMNO.

Kalimah harbi itu sendiri menunjukkan kewajiban memerangi mereka. Oleh itu, kalau UMNO menerusi pencacainya melebelkan DAP sebagai harbi, maka sepatutnya mereka perlu mengangkat senjata memerangi DAP sekarang, jangan pandai sebut macam burung kakak tua sahaja.

Harbi pula merujuk kepada musuh ugama, termasuk orang orang yang menghina hukum Islam, tidak menghormati Islam dan sentiasa berusaha menarik orang Islam jauh dari amalan Islamnya. Tidakkah ciri ciri ini ada pada MCA dan Gerakan yang dijadikan sahabat oleh UMNO. Jadi kenapa mereka ini tidak dilebelkan harbi?Tidak melebelkan MCA dan Gerakan sebagai harbi bermakna mereka ini ialah zimmi, kerana cuma ada dua katogeri orang kafir sahaja, kalau bukan harbi bermakna zimmi.

Adakah MCA dan Gerakan itu zimmi apabila menolak dan menghina hudud?, Mempersoalkan tambahan peruntukan kerajaan DAP terhadap Islam menjadikan mereka zimmi?

UMNO hanya berdiam diri dengan dakwaan para pencacai mereka seolah mereka meluluskan penggunaan kalimah itu, termasuk kelulusan dari para ulamak mereka yang sentiasa buat haru sana haru sini.

UMNO mahu jadi pembela ugama? malam sikit!"
 
 Putrajaya tarik sekatan ke atas jemaah Kristian ke Israel
Posted on Wednesday, December 19 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Pentadbiran Najib menamatkan kuota, had umur dan lain-lain larangan ke atas penganut Kristian di Malaysia yang mahu menziarahi Jerusalem, kata pemimpin gereja dan agensi pelancongan.
Langkah Barisan Nasional (BN) sebelum sambutan Krismas dan pilihan raya umum dilihat bertujuan memenangi hati kumpulan minoriti tersebut yang meliputi 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia,

akan tetapi dianggap penting sebagai undi penentu terutamanya dikawasan bandar dan penting dalam perebutan mendapatkan sokongan pengundi pertengahan.“Ya! Kebenaran diberikan kepada kami seperti yang dituntut,” kata Rev Hermen Shashtri kepada The Malaysian Insider dalam satu teks pesanan ringkas semalam.
Setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia (CCM), Shastri sebelum ini mengkritik Putrajaya kerana sering “menukar pendirian” semasa mesyuarat antara kerajaan dan pemimpin gereja, seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ) pada Julai tahun ini.
Masyarakat Kristian di Malaysia tidak gembira dengan keputusan Putrajaya yang hanya membenarkan gereja menghantar 20 orang jemaah ke Jerusalem setahun, menghadkan tempoh menetap selama seminggu disamping sekatan lain kerana menganggap ia membelakangi hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, masyarakat Krisitian dan Muslim di Malaysia terlibat dalam perbalahan penggunaan perkataan “Allah” dengan masyarakat Islam, mengatakan perkataan tersebut eksklusif untuk mereka kerana Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan orang Muslim.
Walaupun Malaysia mengharamkan perjalanan ke Israel, kerajaan tidak mengendahkan jemaah Kristian melawat kota bersejarah yang dianggap sebagai tempat suci kepada tiga agama iaitu Kristian, Islam dan agama Yahudi.
Seorang pegawai di Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mewakili hampir 90 peratus daripada 2.8 juta penganut Kristian dalam negara mengakui menerima surat daripada Pejabat Perdana Menteri mengatakan bahawa kerajaan telah melonggarkan syarat bagi membenarkan penganut Kristian Malaysia memasuki Israel.
“Dengan mengambilkira keperluan penganut-penganut Kristian Malaysia tersebut, Kementerian Dalam Negeri telah meminda peraturan lawatan keagamaan ke Israel seperti butiran berikut,” tulis Wong Nai Chee, setiausaha politik kepada perdana menteri dalam surat bertarikh 28 November yang ditunjuk kepada The Malaysian Insider.
Dalam senarai tersebut, kerajaan menghapuskan kuota bilangan jemaah Kristian setahun; bilangan jemaah setiap kumpulan gereja; kawasan lawatan di Israel tidak dihadkan; kekerapan melawat tidak dihadkan; tempoh maksimum lawatan di Israel adalah 21 hari berbanding tujuh hari sebelum ini; dan membatalkan keperluan umur minimum 18 tahun.
Garis panduan baru ini berkuatkuasa dari 30 Oktober, kata Wong dalam surat tersebut.
Menurut wakil CFM yang enggan dinamakan, ini adalah kali pertama kerajaan memberikan garis panduan perjalanan kepada jemaah Krstian di Malaysia, ia turut disokong oleh ejen pelancongan tempatan yang menguruskan perjalanan ke Jerusalem untuk gereja sejak 15 tahun lalu.
“Sebelum ini, hitam putih yang hanya kami terima adalah apabila mereka menolak permohonan kami,” kata Inbam Solomon daripada World Discovery Travel.
Beliau memberitahu The Malaysian Insider sebelum 2010, masyarakat Kristian di negara ini yang majoritinya penduduknya Islam bebas menziarahi bandar suci itu walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Kemudian pada Januari 2010, kerajaan mengharamkan lawatan ke rantau tersebut atas alasan risiko keselamatan ekoran konflik Palestin-Israel yang berpanjangan.
Apabila Putrajaya menamatkan larangan pada April 2011, kerajaan mengetatkan syarat perjalanan ke atas jemaah Kristian di Malaysia, tambah Solomon.
Agensi beliau sebelum sekatan mengatur lawatan hampir 2,000 jemaah Kristian di Malaysia sebelum pengharaman 2010, tetapi akibat sekatan jumlah tersebut berkurangan hampir 90 peratus.
Pihak gereja juga dikehendaki berurusan terus dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pelepasan ke Jerusalem, peranan yang sebelum ini dijalankan oleh agensi pelancongan, kata beliau.
Penganut Kristian juga tertakluk kepada syarat tambahan daripada KDN, termasuk polis dan dikehendaki untuk mengemukakan sijil pembaptisan mereka atau surat pengesahan dari gereja masing-masing untuk membuktikan mereka adalah pengikut tulen, jelas Solomon lagi.
Berita garis panduan baru oleh kerajaan sudah tersebar dikalangan penganut Kristian, yang memberitahu The Malaysian Insider mereka terharu dengan keputusan tersebut.
“Kami bersyukur kerana dapat sekali lagi pergi beribadat di Tanah Suci,” kata paderi Katolik, Father Lawrence Andrew ketika dihubungi.
Andrew yang juga pengarang akhbar Katolik ulung negara, menulis satu laporan berita ringkas mengenai garis panduan baru tersebut dalam edisi Herald Ahad lalu.
Putrajaya tarik sekatan ke atas jemaah Kristian ke Israel
 
 Salahguna Kuasa Dan Campurtangan Mesyuarat Agong KPF Ke-31
Posted on Wednesday, December 19 @ 13:20:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: PenyemakBumi

"1) Pada 25 Julai 2012 ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato Mahfuz bin Omar telah mendedahkan dalam media bahawa Dato Seri Ismail Sabri mengarahkan panel Pertikaian SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia)supaya mengisytiharkan mesyuarat Agong KPF (Koperasi Permodalan Felda)yg ke 31pada 20 Jun 2012 sebagai tidak sah. Dakwaan tersebut hingga hari ini gagal dinafikan oleh Dato Seri Ismail Sabri.

2) Pegawai-pegawai KPF yang merujuk pertikaian no. 05/2012 yg difailkan pada 18 Jun 2012 telah dimaklumkan oleh pegawai SKM bahawa pegawai-pegawai yang mendengar kes tersebut telah menerima arahan lisan dari Dato Haji Md Yusuf Shamsudin(Pengerusi Eksekutif SKM) dan DatoSeri Ismail Sabri supaya mesyuarat Agong KPF kali ke 31 pada 20 jun 2012 diisytihar tidak sah. Ini jelas bertentangan dengan fasal(tribunal)83(1)akta 52 koperasi Malaysia.

3) Terdapat dakwaan bahawa Tan Sri Isa Samad adalah individu dibelakang kumpulan yang memfailkan bantahan ke SKM terhadap kesahihan Mesyuarat Agong KPF ke 31 kerana keahlian beliau sebagai ahli KPF digantung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

4) Mesyuarat Agong KPF pada 20 Jun 2012 telah berjalan dengan lancar dan diakui sendiri oleh wakil SKM dan Pengarah SKM Wilayah Persekutuan manakala siasatan yang dilakukan SKM terhadap KPF pada 23 November 2012 mengesahkan tidak terdapat sebarang bentuk penyelewengan dalam operasi KPF bagi membatalkan Mesyuarat Agong tersebut.

5) Oleh itu, peristiharan mesyuarat Agong KPF pada 20 Jun 2012 sebagai tidak sah oleh SKM melalui surat kuasa bertarikh 4 Disember 2012, adalah tidak munasabah apatah lagi dakwaan campurtangan dan salahguna kuasa Menteri dan individu yang terlibat masih lagi belum disiasat oleh pihak berkuasa.

Tuntutan
Kami mendesak pihak berkuasa menyiasat dengan saksama aduan kami keatas salahguna kuasa yang telah dilakukan oleh Dato Seri Ismail Sabri dan individu-individu diatas terhadap sebuah koperasi milik peneroka dan kakitangan Felda yang selama ini diiktiraf antara yang terbaik di negara kita. Kami juga mendesak tindakan keras diambil oleh pihak berkuasasekiranya terdapat bukti salahguna kuasa tersebut berlaku bagimenyelamatkan sebuah kpperasi milik rakyat yang selama ini telah diurustadbir dengan baik dan ternyata sangat berjaya.


OrenMalaysia "



Mampukah BN jadi pembangkang?
Posted on Wednesday, December 19 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Soalan yang sering ditanya hari ini, mampukah BN jadi pembangkang. Penulis yakin BN tidak mampu!Malah sekiranya BN jadi pembangkang selepas PRU 13 nanti, maka bermulalah "beginning of the end" untuk BN(Bee END). Kenapa penulis berkata demikian. Sebab sejak dari awal, BN yang dimulakan dengan Perikatan ialah sebuah gabungan parti politik yang miskin.

Gabungan yang tidak memilik kekuatan kewangan tetapi banyak bergantung kepada kewangan yang dirompak dari rakyat untuk menunjukkan kekuatannya. Oleh itu apabila BN tewas PRU, maka berakhirlah penguasaan mereka kepada sumber pendapatan yang besar dan bermulalah "beginning of the end' untuk BN (Bee END).

Sifirnya cukup mudah, semudah ABC. Hari ini semua pembiayaan BN merupakan hasil rakyat dan hasil haram yang diluluskan oleh pemerintah mereka. Lantaran itu, tanpa kuasa maka tertutuplah segala peluang untuk merompak dan menjalankan kerja kerja haram buat mereka dan dengan itu juga tertutuplah sumber rezeki mereka.

Apa yang mampu mereka lakukan tanpa sumber rezeki ini?Sebenarnya dengan sumber rezeki haram yang melimpah ruahpun mereka tidak mampu menghadirkan satu kondisi kehidupan yang baik untuk rakyat, jadi tanpa sumber tersebut, terlebih tidak mampulah mereka.

Sebaliknya, sumber sumber yang tinggal akan terhakis dan penjanaan sumber mereka akan terbantu. Di sinilah bebalnya BN kerana tidak menyedari bagaimana parti parti dalam PR mampu menjadi teguh dan kuat tanpa sedikitpun mencuri wang rakyat. PAS,PKR dan DAP mampu menjanakan sumber pendapatan mereka dari sokongan rakyat bukan mencuri duit rakyat tetapi semuanya merupakan sumbangan ikhlas rakyat yang menyokongnya. Soalannya,mampukan parti parti dalam BN menjana pendapatan dari sumbangan serupa dari penyokongnya?

Jawapannya sudah diketahui ketika BN masih memilik kerajaan lagi. Tanpa kerajaan BN akan jatuh bengkrap dan bakal berkubur, berkubur seperti yang dikehendaki oleh EZAM senatak ketika dia dalam GERAK lagi. Barangkali juga Shafie Afdal perlu mengkaji semula kata katanya, bahawa kerajaan yang kuat ialah kerajaan yang memiliki majoriti 2/3.

Majoriti 2/3 mungkin diperlukan BN tetapi untuk PR, mereka cuma memerlukan kelebihan 1 kerusi dan 1 undi sahaja untuk mentadbir negara tanpa perlu risau dengan kehadiran BN. Sebab kalau ini berlaku pada PRU 13 nanti, kemungkinan besar pada PRU 14, BN sudah tiada lagi.

Sebelum terlupa, analisa di atas adalah untuk kerusi persekutuan, sementara bagi kerusi negeri, kalau BN memang di mana mana negeri sekalipun ketika persekutuan dikuasai PR, kemenangannya hanya untuk penggal itu saja, kerana untuk penggal akan datang, BN mungkin sudah tidak ada, atau mungkin sebelum penggal itu berakhir, BN sudah menyerahkan kuasanya.



 Pegawai Zambry dapat projek : PAS lapor SPRM
Posted on Wednesday, December 19 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh perakitedaily

IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian projek kepada pegawai khas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Kadir.

Ini berhubung pendedahan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Persidangan DUN Perak semalam tentang satu perjanjian diantara pemilik tanah Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd yang dimiliki oleh pegawai khasnya, Asmadi Teh.

Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-hiss berkata, Asmadi adalah pegawai khas Dr Zambry di DUN Pangkor yang juga merupakan AJK Umno Bahagian Lumut.
Menurutnya, Perjanjian tersebut berdasarkan BOT (Build-Operate-Transfer) dimana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus projek itu.
“Pemberian tersebut dilihat telah melanggari etika serta melibatkan unsur salah guna kuasa yang dianggap berat,” katanya ketika membuat sidang media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Perak, Ipoh. 
 
Kembara Oren Save Felda (Pahang)
Posted on Wednesday, December 19 @ 13:27:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: PenyemakBumi

"flye-kembara
KLIK


Kembara OREN Selamatkan FELDA Sampai di pahang... Check Lokasi dan hala tuju kembara ini pada 22 Dis 2012...

Nantikan kami di tempat anda ..

sertai kami SELAMATKAN FELDA

JUMPA DI SANA

OrenMalaysia"




Tiada ulasan:

Catat Ulasan