Sabtu, 15 Disember 2012

KALAU DE NAIK..BERUNTUNG JUGA...TAKUT KIAN MENURUN..BANYAK ORANG TAHU APA YANG TELAH BERLAKU...ALLAH SEDANG MENGHUKUM

Tawaran 6+3: PAS anggap Adnan stereotaip, dangkal

Khairil Abdul Rahim, 14 Dis 2012
TEMERLOH: PAS Pahang menganggap kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa tawaran 6+3 Pakatan Rakyat (PR) sebagai tidak munasabah dan menghancurkan negara adalah stereotaip dan dangkal.


Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad (gambar) berkata ia juga melambangkan kebimbangan Adnan, rakyat akan tertarik untuk membuat perubahan dengan memilih PR demi survival dan masa depan mereka.

Suhaimi dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily, menyebut sudah ada jawapan ‘standard’ oleh pemimpin Umno dan BN apabila PR menawarkan kepada rakyat sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum yang akan datang.

Suhaimi memberi memberi kenyataan demikian sebagai reaksi kepada ucapan negatif Adnan semasa penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang disiarkan sebuah media cetak semalam.

Sementara dalam edisi online akhbar berkenaan meletakkan tajuk: ‘Tawaran mega 3+6 Pakatan boleh hancur negara’.

Adnan pula memberi respons demikian berikutan perisytiharan tawaran kerajaan PR kepada rakyat negeri Pahang semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP) Ahad lalu.

“PAS Pahang menganggap, mentaliti Menteri Besar ini menjadi ikutan semua pemimpin Umno segenap peringkat. Bagaimana menolong rakyat hancurkan negara? Sedangkan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran dianggap tuntutan kemajuan. Hakikatnya negara dan negeri Pahang sedang menuju kehancuran selepas 55 tahun Umno diberi mandat. Pada PRU 12 apabila PR tawarkan air percuma kepada rakyat Selangor, Umno kata hancur negeri.

“Maka PAS Pahang berpandangan, komen Adnan itu melambangkan kebimbangan Adnan, rakyat akan tertarik untuk buat perubahan sekali gus Adnan akan kalah dalam pertaruhan yang melibatkan telinganya.

“Hakikatnya, tidak ada mana-mana negara yang menolong rakyatnya menuju kehancuran. Tetapi terlalu banyak negara yang hancur akibat keangkuhan penguasa yang terus selesa  dengan rasuah dan salah guna kuasa,” jelas Suhaimi.

Dalam HKRP, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah telah membuat pengumuman tawaran bersama iaitu pertama, menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun.

Kedua, menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

Ketiga, mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Keempat, memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

Kelima, menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.

Tawaran terakhir ialah menjanjikan sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri negeri pakatan rakyat.

Sementara tiga tawaran mega Kerajaan PR Pusat kepada rakyat negeri ini ialah menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga generasi kedua, ketiga Felda, serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

Kedua, memberikan royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi. Ketiga, memberi perhatian dalam meningkatkan prasarana yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai.

Tawaran itu diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam majlis yang sama.

PAS utus surat kepada Perdana Menteri Palestin

Khairul Azlam Mohamad, 14 Dis 2012

Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan surat daripada PAS kepada ketua rombongan Yayasan Amal Malaysia, Dr Suhazeli untuk disampaikan kepada Ismail Haniyeh.

MARANG: Komitmen PAS terhadap nasib dan perjuangan umat di Gaza, Palestin tidak pernah padam bagi menyatakan sokongan moral serta rasa kebersamaan dalam gerakan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin dan percaya dengan bantuan yang penuh barakah dari umat Islam di negara ini akan memberi kekuatan kepada umat Islam di Gaza.

Katanya, PAS menyediakan bantuan kepada penduduk Gaza dan rakyat Palestin mengikut kadar kemampuan.

“Hari ini, kita melancarkan rombongan kita untuk menyampaikan bantuan ke Gaza, bantuan kita sekadar kemampuan.

“Saya menulis surat kepada Perdana Menterinya, Ismail Haniyeh dan menyatakan itulah sekadar kemampuan yang mampu diberikan kepada penduduk di Gaza dan rakyat Palestin.

“Kita yakin dan percaya dengan bantuan yang ‘barakah’ ini menjadi kekuatan kepada mereka. Di samping bantuan-bantuan dari rakan-rakan seluruh pelosok dunia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Rombongan Yayasan Amal Malaysia bagi Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Gaza, Palestin di pekarangan Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Katanya, PAS bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain sentiasa memberi perhatian terhadap isu kekejaman Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Majlis Syura Muassasah al-Quds menegaskan misi ke Palestin, PAS mempunyai tanggungjawab bagi mempertahankan kerajaan Islam Hamas.

Menurutnya, Parti Islam Hamas telah berjaya dalam pilihan raya yang sah empat tahun lalu tetapi kemenangan itu tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta dikebanyakan negara Arab.

PAS tetap perjuang bayaran royalti Terengganu

Harakahdaily, 14 Dis 2012
KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan tetap memperjuangkan hak royalti Terengganu biarpun Kerajaan Negeri yang diterajui BN ketika ini telah membatalkan saman terhadap Petronas.

Presiden PAS itu berkata, perjuangan menuntut bayaran balik royalti Terengganu yang dihentikan pada 2000, iaitu sebaik sahaja PAS mengambilalih negeri itu selepas pilihanraya umum 1999, bukan atas sentimen politik, tetapi perjuangan mengembalikan hak rakyat negeri itu.

"Kami (PAS) berjuang untuk dapat balik royalti Petroleum. Walaupun, kerajaan negeri telah menarik-balik saman yang dikemukakan. Ini adalah hak negeri yang wajib diminta.

“Kerana sentimen politik, (Umno) sanggup meminta supaya royalti ini dibatalkan. Dengan sebab sentimen politik mengatasi kepentingan negeri dan rakyat negeri ini," katanya yang juga Adun Rhu Rendang.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian membahaskan Belanjawan Negeri Terengganu (Bajet) 2013 pada Mesyuarat Yang Ketiga Penggal Persidangan Yang Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-12, di Wisma Darul Iman, dekat sini, Rabu lalu.

Mengulas bajet negeri, beliau turut menegur sikap membuat peruntukan bajet yang besar namun menggunakan kaedah berhutang.

Beliau juga berkata, jika Terengganu diberi semula bayaran royalti, sudah tentu ianya menjadi sumber pendapatan utama negeri, sekaligus mampu meringankan beban rakyat negeri ini dan mengurangkan hutang dalam bajet.

"Dalam bajet ini jangan sangat kita (kerajaan) bergantung kepada hutang, sepatutnya kita bergantung kepada sumber hasil kita sendiri.

"Marilah kita sama-sama minta balik royalti ini. Satu sumber yang sangat besar di samping itu kita manfaatkan sumber-sumber yang telah sedia ada tanpa membebankan rakyat dengan kenaikan cukai,” tegasnya.

Sikap si kaya dengan si miskin

Ustaz Hamizul Abdul Hamid, 12 Dis 2012
Segala puji bagi Allah SWT yang telah menjadikan kekayaan dan kemiskinan sebagai satu ujian bagi setiap manusia. Di dalam Islam, kemiskinan bukanlah sesuatu yang wajar dicari; namun jika ditakdirkan menjadi miskin, seseorang itu tidak pula seharusnya membiarkan dirinya terus-menerus berkeadaan miskin. Mereka dianjurkan agar berusaha, dan mencipta kejayaan dalam hidupnya. Namun, jika mereka bersabar dalam tempoh kemiskinan itu, pastilah besar pahalanya di sisi Allah SWT.

Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyeru manusia agar berusaha dan menjadikan diri mereka mampu bersedekah dan berzakat. Sudah pastilah, ia adalah satu isyarat agar kita berusaha untuk keluar daripada kemiskinan.

Namun, jangan kita lupa bahawa manusia boleh menjadi miskin dengan pelbagai sebab. Ada orang menjadi miskin atas faktor keadaan. Misalnya, harta-benda dan kekayaannya musnah akibat gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Atau dia menjadi miskin kerana kegawatan ekonomi, perusahaannya bankrap atau dia dibuang kerja. Maka, dia menjadi miskin secara tiba-tiba tanpa diduga.

Ada juga orang menjadi miskin atas faktor latar belakang keluarga yang tidak berpendidikan, atau memang terkekang dengan belenggu yang menghalang perubahan. Misalnya pada zaman dahulu, ada orang menjadi miskin kerana mereka lahir dalam keturunan miskin, pekerja bawahan dan juga keturunan hamba abdi, seperti Bilal bin Rabah. Sukarlah mereka untuk keluar daripada keadaan sedemikian.

Maka, untuk memuliakan manusia hamba itulah, Allah SWT telah mengizinkan agar mereka dibebaskan dengan peruntukan zakat. Bahkan, Nabi Muhammad SAW juga menyeru agar manusia sentiasa berfikir untuk menjadi lebih baik dan keluar daripada status yang lemah.

Nabi Muhammad SAW menyatakan: “Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maka, sebab itulah Islam menghendaki agar golongan miskin ini dilayan secara sepatutnya. Jika perlu memberi, maka berilah. Jika enggan memberi, maka tolaklah dengan baik. Bahkan, pemberian yang diiringi ucapan yang jahat, dipandang hina oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” (al-Baqarah: 264)

Perkara yang paling dilarang adalah, jika si kaya itu enggan memberikan hartanya maka dia turut mendabik dada bahawa harta itu adalah miliknya; bahkan sebaliknya mengherdik orang-orang miskin itu agar berusaha sendiri mencari hartanya. Allah SWT menyelar golongan ini kerana mereka telah berkelakuan seperti Qarun.

Firman Allah SWT: “(Qarun berkata) Sesungguhnya aku diberi harta itu karena ilmu yang ada padaku. Dan apakah dia (Qarun) tidak mengetahui bahawa, Allah sesungguhnya telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta?” (Al-Qasas: 78)
Yang orang Islam wajar tahu, bahawa semua kekayaan adalah milik Allah SWT. Sebaliknya, kita selaku manusia walau sekaya mana pun di atas dunia, hakikatnya ia adalah milik Allah SWT. Harta kekayaan itu hanyalah pinjaman ataupun amanah sementara menuju ke akhirat sana. Allah SWT berfirman: “Wahai manusia, kamu semua adalah fakir di sisi Allah; dan Allah sesungguhnya, Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Fatir: 15).

http://www.hamizul.com

Kantoi! Penipuan BN terbongkar seluruh dunia!

http://jalanpulang1978.blogspot.com, 14 Dis 2012

Memalukan!

Satu lagi projek penipuan Umno dan Barisan Nasional yang selama ini berjaya diselindungkan dari pengetahuan kita dalam negara kini terbongkar ke seluruh dunia!

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) didakwa “sengaja” memanipulasi standard lulus mata pelajaran Sains dan Matematik untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang mengambil peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata pemimpin DAP.

Dakwaan mengikut penilaian antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi dua mata pelajaran tersebut mengalami penurunan ketara.

Dalam satu kenyataan bersama, Tony Pua dan Ong Kian Ming hari ini menegaskan, tindakan KPM “memudahkan” silibus pendidikan bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan standard pendidikan negara.

“Tindakan kementerian memudahkan silibus dan menurunkan markah lulus merupakan sebab utama penurunan standard sistem pendidikan negara kita,” kata mereka dalam kenyataan tersebut mengenai peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kementerian telah memudahkan silibus bagi memberikan persepsi terdapatnya peningkatan prestasi, diukur melalui jumlah lulus dan ‘A’ yang diperolehi semasa peperiksaan,” tambah mereka.

Jelas kedua-dua pemimpin DAP tersebut, tindakan itu lebih menyedihkan apabila Kajian Sains Dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011 yang menunjukkan Malaysia merupakan negara yang mana pelajarnya mengalami penurunan mendadak bagi dua mata pelajaran tersebut.

Kajian berkenaan menunjukkan Malaysia memperoleh 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua ― bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei (Taiwan), Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas.

Pelajar berusia 14 tahun Malaysia juga gagal menyaingi rakan-rakan sebaya mereka di Israel dengan 516 mata, Lithuanian (502) dan Lebanon (449) disamping hanya di hadapan Thailand dengan perbezaan yang tipis, dengan mendapat 427 mata.

Dalam bidang sains, Malaysia mendapat 426 mata, bersamaan dengan Syria dan hanya mendapat mata tipis berbanding Palestin, Georgia, dan Oman yang mendapat 420 mata.

Singapura mendapat mata tertinggi dengan 590 mata, Chinese Taipei (564), Korea Selatan (560), Jepun (558), Israel (516), Kazakhstan (490) dan Thailand dengan 451 mata.

Tambah mereka, walaupun TIMSS menunjukkan penurunan yang amat ketara terhadap sistem pendidikan kita, lebih mengejutkan pelajar di sekolah menengah di negara ini terus memperolehi keputusan membanggakan setiap tahun bagi mata pelajaran matematik dan sains bagi PMR dan SPM.

“Penurunan Malaysia dalam pencapaian TIMSS yang diukur bersama dengan 59 negara lain jelas menunjukkan perbezaan ketara dalam pencapaian oleh pelajar yang sama dalam PMR dan SPM,” kata Pua dan Ong.

Purata mata bagi TIMSS ialah 500 mata, dengan negara yang menunjukkan mata melebihi angka tersebut dianggap sebagai terbaik dalam dua bidang tersebut, manakala di bawah mata tersebut dianggap tidak mencapai prestasi yang dikehendaki.

Tony dan Ong turut menunjukkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) yang diperolehi pelajar bagi peperiksaan PMR dan SPM di negara ini.

“Bagi PMR, secara lebih tepat, mereka yang memperolehi A dalam matematik meningkat daripada 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011, manakala bagi mata pelajaran sains, meningkat daripada 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011.

“Pada masa sama, keputusan SPM kita pada 2011 dilaporkan antara yang terbaik sejak lima tahun, apabila Gred Purata Kebangsaan menunjukkan peningkatan daripada 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011 (gred yang lebih rendah adalah skor yang baik),” kata mereka.

TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia.

Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian tersebut.




Dalam kajian TIMSS menunjukkan Malaysia masih tidak mencapai prestasi yang baik dalam tiga kajian sebelum ini dalam dua bidang tersebut yang dianggap penting untuk negara  mencapai negara berpendapatan tinggi.

Pada tahun 2007, purata pelajar Malaysia mendapat 474 mata di dalam matematik dan 471 di dalam sains dalam kajian TIMSS.

Pada tahun 1999, purata bagi pelajar ialah 519 mata bagi matematik dan 492 bagi sains.

Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan (NEB) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini jelas Tony dan Ong perlu mengakui secara terbuka kementerian berkenaan melakukan tindakan “memudahkan” silibus dalam sistem pendidikan negara.

“NEB perlu secara terbuka mengakui terdapatnya tindakan memudahkan sistem pendidikan kita,” kata mereka.

“Pelan tersebut bukan sahaja mengabaikan perkara itu, malah turut memuji pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM.

“Sekiranya Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin gagal untuk memulihkan proses tersebut, dan meningkatkan standard peperiksaan dan silibus kita, kami yakin, bukan hanya setakan NEB akan gagal, kedudukan Malaysia dalam TIMSS akan terus menjunam pada masa akan datang,” tegas mereka lagi.
Deepak dakwa Najib ada peranan dalam isu SD Bala
11:46AM Dis 14 2012
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.

Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.

NONE"Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah bersedia.

"Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level," kata Deepak.

Pada masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum 2008.

SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.

NONE"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah seterusnya.

"(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.

Deepak mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.

Deepak mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau mengenali Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari tersebut.

Susulan itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib di Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan bekerjasama.

"Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam) setuju, untuk batalkan SD dia.

"Saya telefon Bala... Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD," dakwa Deepak.

NONEDeepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.

Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Dakwanya lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak didedahkan itu kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi Najib untuk mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.

Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.

Deepak mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya memanggil seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi bertemu media.

Deepak mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan melindungi integriti insitusi tersebut.

"Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang hendak dengar cakap sepasang suami isteri. Kita ada 28 juta manusia di Malaysia," katanya.

VIDEO l 14.39 mins

Populariti PM hanya naik 1 peratus lepas belanjawan
6:32PM Dis 14 2012
Satu tinjauan yang dijalankan selepas pengumuman Belanjawan 2013 menunjukkan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya meningkat sedikit ke takah 65 peratus pada November berbanding 64 peratus pada Jun tahun ini.
Belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 itu, yang perlu diadakan sebelum Jun 2013m dilihat sebagai 'belanjawan pilihan raya' yang mencadangkan antara lainnya bayaran tunai kepada isirumah berpendapatan rendah dan golongan muda.

Tinjauan itu dijalankan pusat kajian Merdeka Center di antara 22 Oktober hingga 20 November, sebelum perhimpunan agung Umno, untuk menilai persepsi pengundi ke atas perkembangan semasa di dalam negara. 

  • Azman Shah · Pengulas Tertinggi
    Ceh..! Cuma naik 1 persen saja. Populariti Najib hanya boleh melonjak naik dengan syarat brani berdebat dgn Anwar Ibrahim didalam gelanggang dan bukannya berkokok di luar gelanggang.Lihat saja Obama kekal jawatan Presiden AS setelah beberapa kali berdebat dengan Mitt Romney dengan hujahan2nya yang lebih hebat. Najib ada brani ka ? Hehe..

    • Rokiah Khalid · Pengulas Tertinggi · SMDB Taiping
      A Shah: btooollll der, jika popularrrr ... x kan hanya 1persen ajeee ... ini bermakna takxxxx ppopularrrr laaa tuuuuuuu ... x gentleman, x berani menyahut cabaran DSAI untuk berdebatttttt .... emmmm ... haprakkkkkkkk punya orangggggggg .... kecuali yang buta/pekak badak sahaja yang menyokongnyaaaa dulu kini n selama-lamanya .... bagaikan tipah tertipuuuuuuuu ..... kerana kilauan emas dsana sini .....

      Rakyat sekarang semuanya cerdikx, bijaksana, bijaksini ... hanya menunggu tarikh keramattt B End dkuburkan selama-lamanyaaaaaa .... In Sha Allahhhhh PRU13, milik PR selama-lamanyaaaaaaaa .... aminxxxx ... Takbirrrrxxx ...

    • Abie Piea · Pengulas Tertinggi
      Pasal tu terpaksa terbit buku puji BigMomma... Alahai.. bijaN Rojak basi.
      Dan Mamak Madeey yg sama 'ketakutan' terpaksa sama puji walau sebenarnya hipoktir je tu.... Tanda besar PRU dah makin dekat.

    • Nora Azlin · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kesatuan melayu muda
      bn akan menang besar..................................d kala itu pembangang menikus seribu bahasa

    • Adnan Yasin · Pengulas Tertinggi · SMK Seri Sendayan
      bukan takda popler tapi tak berbuah peler.

    • Apa Apa Pun Okay · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
      nora azlin KAH KAH KAH menang tipu boleh la KAH KAH KAH cuba ganti pengurusi dgn timbalan pengurusi spr KAH KAH KAH ada berani ka KAH KAH KAH

    • Matt Zackk · · Pengulas Tertinggi · Di Mana~mana Saja
      Nora Azlin sayang hujahmu tak seayu wajahmu..
      Bila PRU semakin ditangguh
      Bila berdebat buat tak acuh
      Bila rasuah sewenangnya dibancuh
      Bila ruang demokrasi dipukul dipelupuh
      jangan cuba berlagak angkuh
      jangan cuba merapu mengeluh
      itu tanda BN nak jatuh
      telah jelas siapa menikus!

    • Abie Piea · Pengulas Tertinggi
      Adnan Yasin, Roti Najib satu!!!

    • Abie Piea · Pengulas Tertinggi
      Nora Azlin, semangat putri umNGOK balik dr PAU. Muka kat gambo pun tak ceria. Nangis banyak2 nanti dapat dato' mcm cikgu Seman... hehehe siannn..

    • Mohd Zulkhibri Hassan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Jobless
      Nora Azlin memang besar..kopek big mama yg besar

    • Majid Hamid · Pengulas Tertinggi · Sekolah pondok je..
      65% sudah boleh menang PRU13... Awat masih takut nak bubar parlimen??? Aku amat2 hairan!!!!!

  • Pembangkang Berhemah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Penganggur
    kalau betul peratus dia dah naik kenapa smpai skrng dia xberani nk buat pilihan raya. Maknanya semua ini hanya pembohongan belaka.

  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 293 subscribers
    Naik 1% bila belanjawan dibentang tapi akibat skandal Altantuya yg sekarang mengambil tempat.. turun 70%...!!!!tapi tidak disiarkan dimana survey dibimbangi individu itu akan menjadi mangsa C4..!!

    • DzulSharif Dzul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuli-kuli sahaja
      aikkk..naik 1 % jer...kira banyak lah tuh..kekekeke

    • Bee End · Pengulas Tertinggi
      NAIK 1% PUN TAK GUNA KALAU DAH MASUK ICU...DAH TENAT DAH...

    • Nora Azlin · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kesatuan melayu muda
      hahaha...nampak 1 tu je kan?65 itu banyak ooooooooo..........itu baru najib...............tak lagi machineray....hahahahahah

    • Apa Apa Pun Okay · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
      nora azlin KAH KAH KAH 65 tu mmg nampak banyak tapi tambah 1 KAH KAH KAH ingatkan tambah 10 ke KAH KAH KAH lepas budget la sis, budget pilihanraya plak tu kira x banyak la KAH KAH KAH

  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    Populariti PM yg naik 1 % selepas bajet x membawa apa2 makna, krn sokongan terhadap umno/bn kian jatuh & merudum tanpa henti. Fenomena ini telah, sedang & akan terus berlaku sehingga mana PRU13 diadakan. Ini adalah fakta yg x dpt disanggah oleh sesiapa. Kejatuhan sokongan terhadap umno/bn membawa makna, sokongan bertambah terhadap kem Pakatan. Go on Pakatan, PRU13 insyaAllah milikmu & rakyat malaysia...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Knape umno/bn ditolak? Krn kerajaan umno/bn berjiwa kroni, disamping 1001 salahlaku. Knape kerajaan Pakatan semakin disokong? Krn hanya kerajaan ini berjiwa rakyat. Ini telah terbukti dinegeri2 tadbirannya...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Kekuasaan itu adalah hak milik mutlak Allah, bukan milik mana2 manusia. Dia boleh bagi pd sesiapa yg Dia kehendaki, & boleh tarik dari sesiapa yg Dia kehendaki. Begitu jua kesukaan manusia/populariti, Dia boleh bagi pd sesiapa yg Dia kehendaki & tarik dari sesiapa yg Dia kehendaki. krn hati2 manusia, adalah dlm genggaman/penguasaan Allah. Dia boleh mengubah hati manusia utk condong pd sesiapa ataupun beralih arah darinya dlm sekelip mata. & apa yg ditentukan Allah itu pasti berlaku, x ada apa2 & sesiapa yg dpt menghalangnya & mengubahnya. Sekadar peringatan & muhasabah...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Mmg tepatlah firman Allah, "katakanlah (wahai Muhammad saw), 'Ya Allah Engkaulah Pemiilik sgala kekuasaan. Engkau kurniakan kekuasaan pd sesiapa yg Engkau kehendaki & Engkau TARIK kekuasaan dari sesiapa yg Engkau kehendaki. & Engkau muliakan sesiapa yg Engkau kehendaki & Engkau HINAKAN sesiapa yg Engkau kehendaki. Ditgn Engkau sgala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa keatas sgala sesuatu" al-'Imraan.

    • Halizan Ali · Johor Bahru, Malaysia
      amboi. kroni? pr yg hanya memerintah 4 negeri tak kroni ke? nuar, zizah, nurul..bukan anak beranak ke? kit siang, guan eng, karpal, govind....mrk tu apa? nak sebut ke anak2 nik aziz kat kelantan? peliklah...gajah depan mata pun tak nampak..lagi pelik, bila nafi dlm keadaan sedar..tu nama org tak berfikir...betul tak????

    • Rokiah Khalid · Pengulas Tertinggi · SMDB Taiping
      WAWR: btooollll der, jika popularrrr ... x kan hanya 1persen ajeee ... ini bermakna takxxxx ppopularrrr laaa tuuuuuuu ... x gentleman, x berani menyahut cabaran DSAI untuk berdebatttttt .... emmmm ... haprakkkkkkkk punya orangggggggg .... kecuali yang buta/pekak badak sahaja yang menyokongnyaaaa dulu kini n selama-lamanya .... bagaikan tipah tertipuuuuuuuu ..... kerana kilauan emas dsana sini ......

      Rakyat sekarang semuanya cerdikx, bijaksana, bijaksini ... hanya menunggu tarikh keramattt B End dkuburkan selama-lamanyaaaaaa .... In Sha Allahhhhh PRU13, milik PR selama-lamanyaaaaaaaa .... aminxxxx ... Takbirrrrxxx ...

    • DzulSharif Dzul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuli-kuli sahaja
      Selama ni Najib perasan giler kunun dia glamer....kekekeke

    • Darakula Sommi · Pengulas Tertinggi
      Halizan Ali,betul kau cakap tu..negeri yang diperintah PR pun pakai kroni jugak,cuma bezanya keturunan kroni tu dari mana asalnya...kalau kroni PR curi dt rm 10 je pon SPRM,polis,jpn,jpj,jabatan hutan,imegresen,jabatan laut dalam dan semua jabatan dikerah untuk menyiasat...manakala belah penyamun rompak pakai treller pun buat2 tak nampak

    • Wan Doboq · Macai di Spirit AeroSystems
      Halizan Ali , cuba bagitau aku sapa nama anak2 tgna yg pegang jawatan dlm kerajaan negaer? jgn cakap tanpa fakta

    • DzulSharif Dzul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuli-kuli sahaja
      Darakula...sebelah sana bukan saja merompak bertreller2 malah guna jentolak, kapal kontena, kargo pun sprm buat2 sakit mata jer....lanun keparat tullll!!!

      tp kalu PR ada dakwaan menyelweng sekupang dua pun ribut taufan satu dunia.....

    • Pembangkang Berhemah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Penganggur
      halizan ali mereka dipilih oleh rakyat, bkn dimasukan ikut pintu belakang, seperti kroni2 BN

    • Khor Sui Eng · Pengulas Tertinggi · Penang, Malaysia
      Halizan Ali
      Halo, mcm mana kroni pun tak sehebat kroni amgok be end,bangang punya komen...u tak cakap org tak anggap awak bisu...otak cow..

    • DzulSharif Dzul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuli-kuli sahaja
      Halizan Ali..jgn layan budak lembu umno nih....bodoh budak ni...

    • Love Umno · Pengulas Tertinggi · Kampung Hulu International University
      Wow, tahniah PM sbb naik 1%!!! Ingatkan naik 20%..Lepas pengakuan Deepak, Musa Hassan dan banyak lagi peristiwa dramatik akhir2 ini agak2 dpt "naik" -30% tak????

    • Matt Bayev · Pengulas Tertinggi · Universidad Anáhuac México Norte
      Halizan Ali gambar nko dan komen nko macam orang sakit dah.. napa?? dah ada isyarat kah parti nko dan nko sekali gulung tikar pru 13 ni??

    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Mamak!!!! Roti Najib satuuuuu!!!!!!

  • Darakula Sommi · Pengulas Tertinggi
    apa lagi dato najib...sokongan dah meningkat,,,, bubar la UMNO..eh silap .....parlimen...kalau nak bubar dua2 sekali pon takpe

    • Darakula Sommi · Pengulas Tertinggi
      aku rasa,,,parliment akan terbubar sendiri da...pastu barulah UMNU terbubar dengan sendirinya akibat salah guna kuasa..

    • Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      sapa yg bagi angka 64% sebelum tu? heh heh heh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan