Sabtu, 1 Disember 2012

JANGAN SOMBONG...JANGAN DULUKAN TAKDIR...DULU ADA YANG NAK POTONG JARI BILA MENANG...MENANG PUN...TAK POTONG JARI PUN...SEMBANG SOMBONG TU...PATUT KITA SEDIH ISLAM DIHINA DAN PERLEKEH...SEDIH JIKA IMAN KITA ROSAK...AKIDAH KITA MELAYANG

Undi PBB: Palestin naik taraf negara bukan ahli

Terjemahan Mohamad Yahya, 30 Nov 2012
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengundi memihak Palestin dan memberikan Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.


Undi Perhimpunan Agung PBB yang diadakan  pada mesyuarat di New York Khamis lalu, merupakan kejayaan yang telah lama diimpikan Palestin dan kekalahan diplomatik bagi Amerika Syarikat, dengan 138 negara mengundi memihak Palestin untuk menaik taraf status.

Sembilan negara mengundi menentang dan 41 negara yang lain berkecuali.

Satu bendera Palestin terus dikibarkan di tingkat Perhimpunan Agung, di belakang delegasi Palestin.

Status baru tersebut merupakan pengiktirafan tidak langsung tuntutan Palestin terhadap kenegaraan di Tebing Barat, Timur Baitul Muqaddis Timur dan Semenanjung Gaza. Ia membolehkan mereka menyertai beberapa agensi PBB, serta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Sejurus selepas keputusan diumumkan, duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice menggelarkan tindakan itu "tidak produktif" dan jabatan negara Amerika Syarikat memberi amaran perubahan status boleh membawa kepada pengurangan sokongan ekonomi Amerika Syarikat untuk rakyat Palestin.

"Resolusi yang malang dan tidak produktif ini menambahkan lagi halangan dalam usaha ke arah keamanan. Itulah sebabnya Amerika Syarikat mengundi menentang tuntutan tersebut," katanya.

"Para penyokong resolusi hari ini berkata mereka mahukan negara Palestin yang bebas dan berfungsi berdamai dengan Israel, dan kami pun mahukan perkara yang sama. Tetapi kita telah lama jelas bahawa satu-satunya cara untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang bebas dan menyelesaikan semua isu adalah adalah melalui rundingan langsung yang memenatkan tetapi penting antara kedua-dua pihak. "

Amerika Syarikat dan Israel mengundi menentang pengiktirafan, bersama dengan Kanada, Republik Czech, Marshall Islands, Micronesia, Nauru, Palau dan Panama.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon memperbaharui panggilan untuk penyambungan semula rundingan langsung antara Israel dan Palestin.

"Undi hari ini menegaskan kepentingan penyambungan semula rundingan," kata Ban.

"Kedudukan saya konsisten selama ini. Saya percaya bahawa rakyat Palestin mempunyai hak yang sah untuk negara yang bebas. Saya percaya bahawa Israel mempunyai hak untuk hidup dalam keamanan dan keselamatan dengan jiran-jirannya. Tiada pengganti untuk rundingan bagi mencapai matlamat ini." (aljazeera.com)

Mohon maaf: Najib lebih lemah dari Pak Lah

Hazayani Zakaria, 30 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak buat kali ketiga memohon maaf kepada rakyat 'atas kekhilafan kerajaan' menggambarkan beliau lebih teruk 'gagal' berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Abdullah Ahmad Badawi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin permohonan Najib itu kerana kegagalannya mengurus tadbir negara dengan baik.

"Najib sedar beliau tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik untuk mengangkat negara ke arah yang lebih baik.

"Dan ini menunjukan beliau rasa beliau lagi gagal dari Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi)," kata beliua ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sebelum ini, pada Mac lalu ketika satu majlis di Baling Kedah, Najib juga pernah membuat rayuan momohon maaf kepada rakyat negeri itu atas kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak di negeri itu.

Dalam satu majlis di Pelabuhan Kelang dua minggu sebelum itu, Najib juga memohon maaf dan mengakui bahawa BN ada melakukan beberapa kesilapan di negeri Selangor sehingga mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.

Mengulas lanjut, Salahuddin juga berkata, rakyat boleh memaafkan Umno BN atas kegagalan mereka namun tidak bermaksud rakyat akan terus memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Mungkin rakyat boleh memaafkan Umno BN tapi tidak bermaksud rakyat akan terus memberi peluang kepda mereka. Memaafkan dan terus memilih dua perkara berbeza," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Justeru katanya, tiada masalah bagi rakyat memaafkan Umno BN tapi jangan sampai memberi peluang kepada parti yang terbukti gagal.

"Memaafkan itu boleh tapi pastikan rakyat tidak memilioh parti yang gagal lagi dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Najib dalam ucapan dasaranya dilaporkan sebagai berkata,"bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan"
Keuntungan sebelum cukai FGV susut kepada RM900j
 
Harga minyak sawit mentah (MSM) dan pengeluaran yang rendah menyebabkan Felda Global Ventures Holdings  Bhd mencatatkan penyusutan keuntungan sebelum cukai kepada RM900 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2012 berbanding RM1.5 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
  
Bagaimanapun, pendapatannya meningkat 61.9 peratus kepada RM9 bilion berbanding RM5.58 bilion, kata syarikat itu, yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun, dalam satu kenyataan hari ini.
  
Bagi suku ketiga, FGV juga mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat yang lebih rendah sebanyak RM318.7 juta daripada RM544.64 juta ekoran perolehan sebanyak RM3.8 bilion berbanding RM1.877 bilion.
  
FGV menjelaskan bahawa antara faktor-faktor penyumbang kepada penyusutan keuntungan suku ketiganya ialah kejatuhan harga MSM kepada RM3,330 setan metrik pada 2011 dan kepada RM3,107 pada 2012, penyusutan pengeluaran buah segar sebanyak 365,326 tan metrik dan kemerosotan sumbangan daripada syarikat sekutu
sebanyak 13.7 peratus.
  
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Group, Datuk Sabri Ahmad, berkata perbandingan sukuan atas dasar tahun ke tahun tidak akan menghasilkan penilaian adil tentang prestasi FGV kerana model perniagaannya telah berubah.
  
"Tahun lepas, kami menggunakan model perniagaan yang lain. Kita tidak membandingkan benda yang sama," katanya pada satu taklimat media mengenai keputusan kewangan FGV hari ini.
  
Sabri berkata pada 1 Januari 2012, FGV menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dengan Felda yang melibatkan 347,584 hektar tanah Felda.
  
Ini telah menyebabkan perubahan pada nilai patut dalam liabiliti LLA, yang diambil kira dalam Penyata Pendapatan, kata Sabri.
  
"Ekoran penyepaduan nilai penuh tanah ladang itu, FGV menanggung bayaran berulang bagi pajakan tanah kepada Felda mulai 2012 dan kini menanggung semua kos berhubung penggunaan baja dan penanaman semula ladang-ladang ini," tegasnya.
  
Mengenai keputusan, Sabri berkata prestasi FGV amat menggalakkan, memandangkan keadaan industri sawit sekarang.
  
"Seperti juga peserta-peserta industri lain, kami terjejas oleh harga komoditi yang rendah. Bagaimanapun, struktur kami sebagai peserta minyak sawit bersepadu sepenuhnya memberikan kami kelonggaran untuk bertindak balas kepada perubahan-perubahan pasaran jangka pendek," katanya.
  
Seiringan dengan arah aliran umum industri, kumpulan ini mencatatkan harga MSM yang lebih rendah pada RM3,107 setan metrik tahun ini berbanding RM3,330 setan metrik tahun lepas.
  
Pengeluaran tandan buah segar (FFB) juga merosot sebanyak 365,326 tan metrik kepada 3.47 juta tan metrik berbanding 3.83 juta tan metrik pada 2011.
  
Sabri berkata faktor penyumbang yang lain ialah penyusutan sumbangan syarikat sekutu sebanyak 13.7 peratus, perubahan nilai patut liabiliti LLA sebanyak RM235.7 juta dan caj tidak berulang berhubung dengan perbelanjaan tawaran awam awal (IPO) sebanyak RM41.5 juta.

Dalam satu perkembangan berkaitan, Sabri berkata FGV akan memulakan rancangan strategik lapan tahun untuk meningkatkan perolehan perniagaan sebanyak lapan kali ganda dalam masa lapan tahun, meskipun harga MSM berada dalam arah aliran menyusut dan pengeluaran berkurangan disebabkan oleh keadaan cuaca.
  
"Ini bererti, contohnya, jika kami mencatatkan pendapatan sebanyak RM1 bilion bagi tahun ini, menjelang tahun fiskal berakhir 31 Disember 2020 kami menyasarkan RM8 bilion.
  
"Kami telah mengambil perunding terkenal untuk melakukannya. Peningkatan pendapatan sebanyak lapan kali ganda itu diharapkan dapat menghasilkan keuntungan dan perolehan sesaham," tegasnya.
  
Sabri juga berkata FGV menjangka untuk membesarkan perniagaan perladangannya dengan membeli lebih banyak tanah untuk simpanan selain meningkatkan produktiviti dan kecekapan aset semasa.
  
Dengan tumpuan kepada rantau Asean dan Afrika Barat, katanya, peluasan yang akan dilaksanakan tahun depan ialah di Myanmar dan Indonesia.
  
Di Indonesia, FGV telah mula menanam sawit di kawasan seluas 15,000 hektar di Kalimantan Barat dan menjelang tahun depan, syarikat itu akan mengkaji kawasan-kawasan lama dalam kawasan yang sama, mungkin kira-kira 30,000 hektar, katanya.
  
Sabri berkata FGV berminat untuk meneroka peluang di Mindanao di selatan Filipina tetapi menunggu rundingan perdamaian selesai.
  
Beliau juga berkata syarikat itu mempunyai struktur sistematik untuk meluluskan pelaburan dan pelupusan, dengan prosedur lima peringkat yang ketat.
  
"Kami perlu meneliti risikonya, kesesuaian strategi, keuntungan dan kemampanan sebelum mengambil sebarang langkah pembelian atau pelupusan," tegasnya.

  • Noah Zig · Pengulas Tertinggi · International Islamic University Malaysia
    Walau apa pun anlisis dan ulasan presidennya, cuma untuk mengelirukan peneroka dgn tipu muslihat yang dilihat bersifat lips service atau window dressing. Hakikatnya FGV sedang menuju zaman gelap selepas disenaraikan. peneroka akan mengggigit jari sampai kecut harga saham FGV tidak akan naik dalam masa terdekat dan pemegang saham akan rugi atas kertas untuk satu jangka masa yang tidak terduga.
  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
    Ini berita Bernama.. Kalau dia kata Susut tu.. Maknanya Itu Rugi Bersar la tu.. Ini lah Nasib Peneroka Felda dibawah Transformasi najib, Antara Kejayaan Transformasi Najib keatas FELDA ->
    1- Saham Felda Jatuh Teruk Merudum dibawah harga penyenaraian.
    2- Keuntungan Felda Jatuh Teruk atau lebih tepat Rugi.
    3- Harga Sawit Menjunam teruk kejatuahn lebih 50%

    Cuma satu je kejayaan Felda - Berjaya Menembusi Eksport baru.. iaitu eksport Sawit Kepada Negara ISRAEL LAKNATULLAH..
  • Arif Adam · Pengulas Tertinggi · HSBP
    PEPATAH DAHULU ADA BERKATA...IKUT HATI...MATI, IKUT RASA, BINASA, IKUT NAFSU, LESU...SEMUA PERTIMBANGAN DIKETEPIKAN...BILA BINASA SALAHKAN SURAT KHABAR..HARAKAHLAH...SUARA KEADILAN..INILAH TAHAP PEMIKIRAN KONTOT DITAMBAH VIRUS BANGANG...SEAPA YANG TANGGUNG...PENEROKA JUGA
  • Asri Ahmad · Pengulas Tertinggi
    Lebai Malang. Banyak damage control PR kena buat lepas ambik alih nanti. Kalau menang in shaa Allah.
  • Rahman Yusof · Pengulas Tertinggi · SMK Mersing, Johor
    Bagaimana peneroka felda. Ada faham ke...
    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
      Ini berita Bernama.. Kalau dia kata Susut tu.. Maknanya Itu Rugi Bersar la tu.. Ini lah Nasib Peneroka Felda dibawah Transformasi najib, Antara Kejayaan Transformasi Najib keatas FELDA ->
      1- Saham Felda Jatuh Teruk Merudum dibawah harga penyenaraian.
      2- Keuntungan Felda Jatuh Teruk atau lebih tepat Rugi.
      3- Harga Sawit Menjunam teruk kejatuhan lebih 50%

      Cuma satu je kejayaan Felda - Berjaya Menembusi Eksport baru.. iaitu eksport Sawit Kepada Negara ISRAEL LAKNATULLAH..
    • Idaham Rasna · Pengulas Tertinggi · STI College
      Rahman Yusof ....
      PAHAM 1000x ...NAJIBAH SUDAH BERJANJI JATUH ATAU NAIK SHAM FGV PENEROKA TETAP AKAN DAPAT DUIT LAGI...YANG PERTAMA PENEROKA RM15,000...KEDUA ANAK RM5,000 DAN YANG AKAN DATANG CUCU RM3,000 PULA....SEBELOM PRU13......HEBAT KAN ...BANYAK NYA DUIT NAJIBAH
    • DzulSharif Dzul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuli-kuli sahaja
      Kenapa dlm PAU UMNO tak sebut2 langsung ttng FGV dan Felda?.......pelik gak!!
    • Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      adakah dgn lapuran ni akan memadamkan satu statement yg mengatakan saham fgv jatuh sebab lapuran negative berniat jahat? pa daaaa, heh heh heh
    • Syrayhan Ahmad · · Pengulas Tertinggi · UiA
      Itulah kerajaan berkebajikan....kita tak perlu nak derma buat jalan raya....tapi kerajaan yg derma kat rakyat...

- Bernama
Zahid jawab dakwaan Deepak esok
 
Menteri pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan menjawab isu berhubung dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan terhadap keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penangguhan di perhimpunan agung Umno esok.

"Esok saya akan jawab dalam ucapan penangguhan," jawab Ahmad Zahid ringkas ketika ditanya Malaysiakini mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian pertahanan berhubung beberapa dakwaan yang dibuat Deepak sebelum ini.
Deepak sebelum ini mendakwa membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.

Selain itu, beliau juga mendakwa akuan berkanun (SD) kedua oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menarik balik tuduhan awalnya – yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu – adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Deepak mendakwa penglibatannya dalam SD kedua Balasubramaniam adalah atas permintaan seorang "kawan wanita" yang didakwanya mempunyai hubungan dengan satu pihak yang mungkin akan terjejas jika pengakuan bersumpah pertama itu tidak digugurkan.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pula diberitahu bahawa Najib ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada syarikat penama milik Deepak.

 
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 239 subscribers
    Aku dah tau apa jawapan Zahid..!!! 'Semua itu tuduhan dan cubaan menfitnah pemimpin yg kita sayangi...dan ini juga cubaan utk menjatuhkan pemimpin Melayu dan memburukkan UMNO.. ini fitnah.. UMNO adalah parti yg dipilih oleh Allah.. pemimpin UMNO juga pilihan Allah.'... margin of error 1.5%.....
    • Nathan Michael · King Ewdards Collage
      SALAM 1 MALAYSIA,JANGAN NAMA ALLAH,KECUALI JIKA ANDA INGIN MINTA RESTU DARI DIA
    • Aqif Sham · Pengulas Tertinggi
      klu x de undi pos....kalah deme yob
    • Jom Undi Pakatan Rakyat · Pengulas Tertinggi · Harvard University
      Zahid terpaksa jawap on behalf...org yg disabitkan tu dh keluuu...org tuduh ko, ko lah yg kena jawap jib..
    • Matjari Ibrahim · Pengulas Tertinggi · Membakut
      Betul, Raja,tu lah jawabannya.
    • Syamsyul Anuar · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Evolution Security Solution Sdn Bhd
      berani Deepak tuduh Ulil Amri sampai mcm tu.. Huhhh~!!
    • Faishal Ahmad · Pengulas Tertinggi · KSAH
      RMS..nak jawap tunggu esok pasai apa nooo..nak spin dulu kot camna nk jawap..hahahha
    • Anggerik Desa · Pengulas Tertinggi · Miri, Sarawak
      Boleh percayakah cakap Zahid Komidi.. dulu pernah cakap sanggup jadi saksi isui rasuah pembelian kapal tak boleh selam scorpene ke Perancis.. kemudian bila di minta bermacam-macam alasan.
    • Norashikin Abdul Rahman · · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
      deepak nih tipu nih... pm kita the best la... mcm2 gelaran dia ada... terbaru, ulul amri... lepas nih apa plak aku pun tatau... silap2 blh jd wali kutub umno tuh...
    • Jariah Bob · Pengulas Tertinggi · Temerloh
      Jom Undi Pakatan Rakyat ...malam ni zaid tak tido, sedang mencari apa idea/helah untuk menjawab nya esok..
    • Sapiye Sanib · Pengulas Tertinggi
      koma ni mcm dsai juga...semua nya tahu ya..tapi bertopeng..
    • Hamzah Mahmod · Pengulas Tertinggi · Forever
      Talak bole pecya sama itu DEEPAK oh!!!...cakap manyak pusing!..Ini DEEPAK mana satu?..Ini DEEPAK itu Rosmah punya kawan karpet atau DEEPAK masuk mari tarak permit?....OH...manyak panas...lagi lama tahan itu PRU13 lagi manyak isu panas kasi keluar lah...ayo---yo yo....
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Kami amat yakin UMNO(BN) tidak akan memerintah lagi selepas PRU13.
    • Zamri Mohd · Pengulas Tertinggi · Politeknik ungku omar
      Mungkin juga Zahid akan jawab; "Najib tak kenal Deepak, dan dia akan bersumpah macam sumpah tak kenal Altantuya"
    • Muhammad Hisham · Pengulas Tertinggi · Musk Ox Hunter di Musk Ox Farm
      Najib sudah buntu apa mau klentong......
    • Wong See Pang Wong · Pengulas Tertinggi
      DSNR....tak de teloq kut....yg si pencaci pun kedepan nak jawab isu org lain... sudah ler zahiddddd... ko punya masalah pun tak boley settle.... org dok bising hal org lain... nak bedla kononnnn... empunya diri pun tak terjawap... sibuk hal oprg lakk...hang pun kecut teloq gak kutttt........
    • Idaham Rasna · Pengulas Tertinggi · STI College
      Anggerik Desa ...
      JIKA TAK SPIN AND PUTAR2 ALAM BUKAN SPESIS DARI UMNGOK BN...
    • Idaham Rasna · Pengulas Tertinggi · STI College
      Pakai Otak ....
      BUKAN YAKIN LAGI...110% SUDAH PASTI UMNGOK/BN AKAN BEEE END DIPRU13
    • Yusoff Alias · · Pengulas Tertinggi · Owner di Self Employed and Loving It!
      DEEPAK tak ada kepentingan politik mengapa ianya akan dituduh menfitnah.
      Bisness dia pun dah punah angkara si pendek.
    • Pertama Tengah Akhir Mati
      http://www.youtube.com/watch?v=KNM0qElIj6E

      http://www.youtube.com/watch?v=QcECuly_Hhc

      AGAK AGAK DAH TAHU KE BELUM
    • Ramesh Rao Krishnan Naidu · · Pengulas Tertinggi
      MANIFESTO BUKAN JANJI,KAMI JANJI UNTUK TIPU RAKYAT!Kalau tak puas hati sila saman Kami-Jangan takut kami tidak cabar kamu semua seperti yang cabar oleh sigagap Mb Selangor!!!!!
    • Akmal Muhyedden · SM Selayang Baru
      sume nya adalah rekaan semata... zahid akan kata, pemimpin ulul azmi mcm PM mana ada buat salah... hahahahaha
    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 239 subscribers
      Ramesh.. Amende kau mengarut neh... org ceta lain.. kau trus ceta pasal len.. apa masalah.. jiwa kaco..?? atau takut PR menang nanti kau akan diletakkan dlm ZOO..?? (Zon Orang UMNO).. keke
    • Angah Suhaini · · Maintenance Engineer di IBS Technology Sdn Bhd
      Dalam PAU bergegar-gegar DIA, pasal ni kelu la pulak.
    • Zalin B Salim Lein · Pengulas Tertinggi · Bekerja di KTM
      Aqif Sham ,Aje bebeno tu , memang kalah, jika x guna peralatan kerajaan.Malu le UMNO /BN, jentera parti x bolih bergerak ke , kata kuAT
    • R Mohan Tg Malim · Pengulas Tertinggi · SMK Slim River, Perak
      Raja Mohd Shahrim ZOO mana yeop zoo KL dah penuh,zoo Sg Buluh nanti saya tanya dulu ya .kikikkiikiki
    • Bikir Perak · · Pengulas Tertinggi · 113 subscribers
      Raja Mohd Shahrim SETUJU banggat gua..cadangan tu..!!
      ZOO BAGI BIAWAK2 umNO.
    • Suprie Sapie · Pengulas Tertinggi · Ikm alor star, kedah
      esok zahid hanya akan jawab...itu bukan masaallah saya...ko org tanyalah najib...kahkahkah....
    • Ahmad Jakobi · Pengulas Tertinggi
      Jom Undi Pakatan Rakyat ..yang dikaitkan sohih jenis takde telor..yang nak tolong jawab tu..biasa la..i help u..u help me.
  • Faishal Ahmad · Pengulas Tertinggi · KSAH
    orang suruh najib yang jawap bukan pencacai diaaa
    • Hassan Hussin · Pengulas Tertinggi
      benda baik elok jangan tangguh-tangguh, tangguh pun tak guna, buat orang keliru saja, apa lagi nak cerita dalam ucapan penangguhan-tangguh lagi. cerita pada suku sakat amno saja buat apa, semua pak angguk belaka mana ada geleng-geleng, puiak-puak ni peduli apa, janji projek ma....syuk.
    • Rosmadi Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
      NAJIB tak buleh JAWAB,,dia EMO je LEBIH..
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Zahid telah diturunkan pangkat sbagai pencacai, sedangkan pangkatnya yg sbnar adalah menteri pertahanan...
  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi · 201 subscribers
    Kesian PEMIMPIN akhir ZAMAN nie. Lagi suka cover TUAN mereka dari menceritakan kebenaran.

    Aku ingatkan Firaun jer yang berjaya BODOHKAN orang2 kanannya, rupanya2 zaman sekarang pun ada.

    Nasib aku sempat tengok perkara2 nie sebelum aku mati.

    Semoga Allah memberi HIDAYAH kepada mereka yang mencarinya.

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!
    • Abrahim Abdan · Pengulas Tertinggi · SMV Alor Gajah Melaka
      Apa nak gertak2 kalau lapuran tu salah atau sebagai fitnah ..buat lapuran dan jadikan kes..itu pun kalau berani..kalau setakat nak war2 kan dlm akhbar dan TV...x perlu lah ramai akan alih saluran lain
    • Zinbad Battle Station · Pengulas Tertinggi · Smk victoria kl
      entah apa bakal dia nak buat pada deepak...
      jalan cerita sedang di susun..kita tenguk
      esok apa akan jadi...
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Kenapa pulak Zahid yg jawab. Bukan ada kaitan dgn Zahidpun. Sepatutnya Najib dan Rosmah yg perlu jawab. Cukup2lah nak bodek PM wahai Zahid..//..
  • Mujahid Yusoff · Pengulas Tertinggi · University of Texas Medical Branch
    Jawab dalam majlis dan kandang sendiri, cakap berapi-rapi tanpa ada fakta - mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan dan disiarkan dalam berita TV mereka..itulah majlis parti AMENO..
    • Mannuha Fdc · Maahad raudhah an-nazirin
      KAMI UNDI PR
    • Sapiye Sanib · Pengulas Tertinggi
      undi lah pkr...JAHANAM NEGERA DIKERJAKAN SIKETOL...
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Setakat menafi, budak kecikpun boleh buat..
    • Faidullah Ruzali · Pengulas Tertinggi · Teacher di SK SG Sebatu,Baram,Miri
      Ngra tgh jhnm pun dkerjakn puak2 perompak khazanah negara SS
    • Cincinku Jutajuta · Pengulas Tertinggi · Pecacai di FIRST LADY OF MALAYSIA
      Sapiye Sanib

      kamu tak tengok ke empat negeri yg di tadbir PR. terbaik bro. mantap. pendapatan belebihan. tak seperti najib tadbir negara......hutang negara bertambah lebih 500 bil. BUTA KE?
    • Zamri Mohd · Pengulas Tertinggi · Politeknik ungku omar
      Masalahnya dalam majlis sendiri pun Najib bacul untuk jawab, terpaksa suruh Zahid.
    • Idaham Rasna · Pengulas Tertinggi · STI College
      Sapiye Sanib ....
      OH TIDAK....JIKA UMENGOK BANGSAT NEGARA MENANG LAGI ...SEMAKIN SENGSARA LAH ORANG MISKIN & GENERASI MENDATANG UNTUK MENCARI SESUAP NASI DI NEGARA NYA SENDIRI...LIHAT SEKARANG PON HUTANG NEGARA SUDAH MENCECAH RM 500 BILLION ANGKARA KELAGAKAN PEMIMPIN2 UMNGOK LAGI2 PM MEROYAN2 KESANA SINI DENGAN BERANIKA BR1M...SUMBER MANA JIKA TIDAK BERHUTANG DARI SOROS...HANYA RAKYAT YANG MAMPU MEROBAH NYA ***ABU KAN DPRU13....
    • Pertama Tengah Akhir Mati
      http://www.youtube.com/watch?v=KNM0qElIj6E

      http://www.youtube.com/watch?v=QcECuly_Hhc

      AGAK AGAK DAH TAHU KE BELUM
    • Yusmelaka Pikear · Pengulas Tertinggi · -
      sapiye..najib lah si ketol tu...tu pasal Najib bermati2an nak pertahankan PJ...biar lah rakyat menentukan
    • Ahmad Jakobi · Pengulas Tertinggi
      Cincinku Jutajuta ..sapiye dan yang seangkatan denganya dah dibutakan hati..terus-terusan menegakkan kebatilan.
  • Abdul Halim Saad · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Perfect channel sdn bhd
    BETOL TU .....orang suruh najib yang jawap bukan pencacai diaaa
    • Hasmira Hasmi · Pengulas Tertinggi · SGB
      dia nak fikir dulu apa yang dia nak jawab,mungkin auta saja
    • Radzi Suhaimi · Pengulas Tertinggi · Pengurus Ladang di Kerja sendiri jeeee
      ada masa 16jam lagi untuk berfikir,sama ada nk ugut deepak n kluarga or bagi habuan kt deepak.agar tarik balik kenyataan deepak yg di siarkan mlysiakini..depa leh buat pe shja..knknkn
    • Abdul Halim Saad · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Perfect channel sdn bhd
      setuju.. macam depa(depaak) buat kat Bala... Semua dapat Bala .... Satu BN...
    • Annuar Ismail · Pengulas Tertinggi · Bekerja di FBI – Federal Bureau of Investigation
      Penjilat Besaq
    • Niru Ssb · · Pengulas Tertinggi · Smk simunjan no 1
      Fuhh....percaturan terbaik bagi ''PUAK HANTU "" ni kes lembu...kak jat nafikan...kes rogol samudin nafi kan.....kes rm 40 juta....nazri nafikan....kes keluarga pm zahid nafikan.....agaknya lepas ni UMNO masuk kubur rosmah nafikan....itupun kalau sempat....cheehhh...
    • Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      aku agak, jawapannya fitnah je, apa yg dicakapkan pembangkang semuanya fitnah, air free pun fitnah, selangor dapat kumpul duit banyak pun fitnah, pilihanraya, pembangkang tak tahu tarikhnya pun fitnah, keh keh keh
    • Rohan Abd Rahman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Perodua
      RAKYAT MALAYSIA NAK NAJIB YANG JAWABLAH MANGKOK..!!!
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Kenapa pulak Zahid yg jawab. Bukan ada kaitan dgn Zahidpun. Sepatutnya Najib dan Rosmah yg perlu jawab. Cukup2lah nak bodek PM wahai Zahid.././/..
    • Idaham Rasna · Pengulas Tertinggi · STI College
      Abdul Halim Saad ...
      NAJIB DAH TERKENCING2 DALAM SELUAQ SEBAB BANYAK SANGAT TUDUHAN2 TERHADAP NYA BELOM LAGI KES SCOREPENE ALTANTUYA
    • Idaham Rasna · Pengulas Tertinggi · STI College
      Radzi Suhaimi ....
      DEEPAK TIDAK MAMPU LAGI DENGAN PERMINTAAN KAK ROSE NGAN NAJIB BAK KATA ORANG CINA KATA * HARI2 MAU..LEBIH GANAS DARIPADA HARIMAU....INI LAH JIKA SUDAH MENDAPAT TENDER PROJECT2 DARI UMNGOK BN. HINGGA MENGAKIBATKAN WANG RAKYAT NILAI PROJECT RM1.00 MENJADI RM15.00 MAKA BERTAMBAH2 LAH HUTANG NEGARA YANG AKAN DITANGGUNG OLEH RAKYAT...ABU KAN DPRU13...
    • Pertama Tengah Akhir Mati
      http://www.youtube.com/watch?v=KNM0qElIj6E

      http://www.youtube.com/watch?v=QcECuly_Hhc

      AGAK AGAK DAH TAHU KE BELUM

MB: 'Potong telinga saya jika DAP menang Bentong'
 
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.
Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.
Ditanya sama ada referendum mengenai Lynas itu hanya terhadap di Kuantan, Adnan menjawab: "... jika kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi."

Adnan yang juga pengerusi BN dan Umno Pahang menegaskan demikian ketika ditemui pemberita di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Ditanya mengenai tahap keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, Adnan berkata:

"Sangat, sangat yakin. (Kalau Lim) Guan Eng datang pun dia akan kalah. Betul. Jika MCA kalah di Bentong, MCA mesti tutup kedai.

"MCA adalah perimeter di Pahang, jika MCA kalah kepada DAP, lebih baik tutup kedai. Tapi jika MCA menang, DAP kena tutup kedai di Pahang," tegasnya.

 
  • Pak Din · Pengulas Tertinggi · 46 years old
    Jawapan org umNO yg sombong, bongkak......tunggulah bang nan rakyat bentong akan potong telinga coW.......
    • Harun Nasir · Pengulas Tertinggi · UITM
      cara cakap yang tak ikut aturan orang Islam,
    • Steve Lee · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      itulah cara seorang menteri besar..pahang
    • Mohd Harris Ahmad Jaal · Pengulas Tertinggi
      alaa .... skrg berani la cakap ... nanti bila dah jadi .... batang hidung pun tak nampak
    • Nasir Ariffin · Pengulas Tertinggi
      Pak Din
      anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang DENGAN SYARAT SUNGAI TU ADA BANYAK BUAYA. KALAU LAH DITAKDIRKAN ALLAH MENGHENDAKI SESUATU AKAN TERJADI. INSYAALLAH.
    • Norhamidi Black Itam Legam · Pengulas Tertinggi · MaT KlengToNg di Bank Tin Kosong
      Masyaallah takbur nya.....Ya Muhawillal Ahwal Hawi Ahwallana, Ilaa Ah Sani Hal....... takut hilang telinga bukan sebab DAP menang tapi sebab Allah ambik telinga kau.... terjun sungai Pahang sebab bot karam.....
    • Radzi Suhaimi · Pengulas Tertinggi · Pengurus Ladang di Kerja sendiri jeeee
      buktikan apa yg di ckpkan denan...biar ianya jadi sejarah hitam buat orang yg "takabur+bongkak"kalahkan bn di bentong...biar ada orang kena potong telinga+terjun sungai pahang.
    • Triton Hilux · Pengulas Tertinggi
      Maeri Ramai2 kita berdoa: Semoga Be end tewas di bentong AMIN....
    • Jaff Abg Jaff · Pengulas Tertinggi
      Janji kena ditepati..jangan esok orang kemana dan telinga pula kemana...kita tungguuuuu. ingat semuaaa apa yang dijanji orang angkuh dan sombong ni.
    • Mohd Saleh Senin · · Pengulas Tertinggi · Rawang, Selangor
      serupa budak-budak, kalau berani sunat sekali lagi lah
    • Abrahim Abdan · Pengulas Tertinggi · SMV Alor Gajah Melaka
      Kita pastikan kata2 nya ditepati..wahai orang Bentong kalau nak tenguk berani ke tidak MB Pahang ni potong telinga...
    • Amy Setapak · Pengulas Tertinggi · Bekerja di ZTE Corporation
      MB cakap besar nampak. Macam hebat sangat ?
    • Norashikin Abdul Rahman · · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
      err... potong teling ok lg... tp dia nak terjun sg pahang tuh aku takot... kang aku balik pahang nnt nak minum apa??? kena bawak mineral water dari umah aku kot???
    • Ngiow Get Chung · Pengulas Tertinggi · TAR College, KL
      ini akan menyebab MCA kalah di bentung ..... sebab issue Lynas telah membawa negatif kepada BN... sekarang pula dicabar oleh Menteri besar ini pula..... kita tunggu ok..... sama sama pengundi melayu dan india kita sampaikan hasrat Menteri ini...
    • Putera Islam · Pengulas Tertinggi · Malacca High Scholl
      hebat betul MB Phg ni... Nujum Pak Belang... Dah tau keputusan walau belum betanding ha ha ha...
    • Mazmin Korib · Pengulas Tertinggi · Malaysia di Penyawit Tua
      ada gak org umno ckp dgn saya, jika PR memerintah Pas boleh laksanakan hudud, saya rela tangan saya dikerat, waaaa ni celupar terlampau, macam tau jer benda2 dimasa2 akan datang.
    • Syahira Razali
      memang lah berani cakap macam tu sebab bentong banyak undi pos boleh tipu undi
    • Kairiel Amree · Pengulas Tertinggi
      InsyaAllah PRU ke 13 nasib beliau sama spt Bekas MB S'gor. Terlalu angkuh bila berkuasa.
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Apa potong lagi..Masa tu nanti sembelih terus leher si Adnan ni..Cakap tak ingat Tuhan.
    • Joseph Abdul · Pengulas Tertinggi · Project Manager di QS
      dulu brahim ali pun cakap gitu..sanggup jilat bontot mahadir ..tapi tak buat pun..cium tangan je
    • Niru Ssb · · Pengulas Tertinggi · Smk simunjan no 1
      kalau ''dipotong telinga''macamana agaknya wajah MB pahang ni yea......mungkin sebij macam ''sekerap getah'' tak......agaknya yea...heh......
    • Cincinku Jutajuta · Pengulas Tertinggi · Pecacai di FIRST LADY OF MALAYSIA
      lagi 15 minggu kita akan jumpa mantan MB tanpa telinga......tak sabo teman nak nengok wei!
    • Jasni Othman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di CIMB Bank
      Dia tak tahu kuasa Allah... Pak Din kau potong aku buat sop bagi anjing makan......
    • Mohd Nozani Ghazali · Pengulas Tertinggi · Boss di Uncle zaini katering
      Sah pemimpin ubn ni memang sombong dan takbur seolah2 ia tuhan tahu segala galanya ya Allah panjangkan umor ku untuk ku lihat manusia takbur ni terhumban di dalam Sungai Pahang, jangan kutuk saya dia yang minta.
    • Mann Greco · Pengulas Tertinggi
      adnan yakob..takburnya engkau...tu ciri-ciri syaitan tu
    • Raqiah Idris · · Pengulas Tertinggi
      org sombong n terdesak.....mau sangat jln dng teling sebelah.
    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Adnan ni cakap takbur! Dia lupa setiap patah perkataannya adalah seperti doa. Aku yakin ramai yg sanggup kejar si Nan ni untuk potong telinga dia, bila BN kalah di Bentong. 12 tahun belanjawan defisit d Pahang, masih lagi Nan samseng ni nak tunjuk hero! Rakyat Pahang dah tak sabar nak mengkebumikan umno/BN!!!!! Hanya yang bodoh tuli saja yang masih sokong umno/BN. ABU!!! VOTE PAKATAN RAKYAT!!
    • Hassan Hussin · Pengulas Tertinggi
      tak sempat potong telinga dia terjun sungai pahang, last sekali jumpa dekat kuala semantan, dah kembong!
  • PAS Kawasan Indera Mahkota (PASKIM)
    Ayuh rakyat Pahang!!!! kalau nak tengok Datuk Nan potong telinga dia, lepas tu terjun sungai Pahang....kita kuburkan BN di Pahang!!!! Sebarkannn.....
    • Bm Eng Banny · Pengulas Tertinggi · Director di REGENT LINK INT LTD
      kuburkan BN dengan Tanah LYnas...jangan lupa..mesti TANAH LYNAS....
    • Ary Yaacob · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Ye...sebarkan segera
    • Michael Lee · Pengulas Tertinggi · Klang
      adnan...lu jauh2 pigi main...buka mulut x pakai otak...
      konon mb .... puke !
    • Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      dah lah kena tutup kedai, telinga lak kena potong, bley lah nak mula asah pisau, tengok sapa dulu dapat potong, atau nak terjun sungai dulu? heh heh heh
    • Zainuddin Ajub · SMKE VII TAIPING
      Dia orang ni cakap je lebih....dulu Menteri sukan yang debat dengan DSAI pun cakap macam tu...kalau dia kalah debat nak letak jawatan...dah kalah debat tak letak jawatan pun...
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Jangan cakap besar wahai Adnan. Allah tu maha berkuasa. kalau nanti DAP betul2 menang, sanggup ke kau nak potong teliga kau tu dan kemudian terjun sungai Pahang.../////..
    • Zakaria Ngah · Pengulas Tertinggi · Sultan Haji Ahmad Shah Politeknik
      Kalau Datuk Seri anak jantan next election , mari bertanding di Kuantan , Parlimen boleh Dun pun boleh......
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 239 subscribers
    Denan ni Islam ke bukan..?? Telinga tu sebaik anugerah tuhan.. tujuannya utk mendengar bahasa Ilmu dan menjadikan kita lebih bijak dari binatang...baik dia cakap.. kalau DAP menang diBentong.. LYNAS akan ditutup..!! dari mencacatkan anugerah pemberian Allah.. nilah pemimpin UMNO.. mereka lupa kejadian mereka.. mereka lupa kuasa itu bukan ditentukan oleh mereka.. jika Allah mahukan sesautu.. maka jadilah ia.. Denan terlupa................
  • Mohamad Fairose · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Madrasah Irshadiah Addiniah Batu 26, Bagan Datoh Perak
    inilah sikap takbur pemimpin umno...moga ketakburan ini mendapat balasan yg setimpal dari Allah...kita tunggu pengumuman pru-13....kalau kalah biar dia potong telinganya sendiri...
  • Abdul Jalil Mohd Shah · Pengulas Tertinggi · Puchong
    "... jika kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi." <-- anda="anda" bukan="bukan" dengar="dengar" div="div" jadi="jadi" layak="layak" lebih="lebih" mb="mb" pahang..="pahang.." pakatan="pakatan" pelindung="pelindung" penduduk="penduduk" pilihan...="pilihan..." rakyat="rakyat" tapi="tapi" wahai="wahai">
Lagu rintih nasib Melayu buat perwakilan sebak
 
Para perwakilan dan pimpinan di Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini bangun berdiri dalam keadaan terharu dan ada di antara mereka yang menangis dek tersentuh dengan seorang perwakilan kelab Umno luar negara yang menyanyikan lagi 'Anak Kecil Main Api'.
Ia merupakan sebuah lagu mengenai keluhan nasib bangsa Melayu yang tersisih di bumi sendiri.

Lirik lagu yang dinyanyikan oleh wakil Kelab Umno Tokyo Ariff Yasir Zulkifli antara lainnya menyebut: "Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang,"

"Nenek moyang kaya-raya, tergadai segala harta benda, akibat sengketa sesama kita, pribumi merintih sendiri".

Turut menyanyikan lagu itu ialah Pengerusi Tetap Tan Sri Amiruldin Bahruldin dan juga para perwakilan.

Ariff Yassir kemudiannya melaungkan slogan "Hidup Melayu!" beberapa kali yang turut diikuti para perwakilan.

Lagu berkenaan diajar kepada individu yang mengikuti kursus di agensi kerajaan dan juga kepada siswa yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Lirik itu menceritakan mengenai pergaduhan di kalangan orang Melayu yang menyebabkan golongan itu hanya memiliki kuasa politik akibat tetapi kehilangan semua kekayaan.

Lagu itu menggesa kaum Melayu untuk menggunakan kuasa politik bagi membebaskan mereka serta  meraih semula kekayaan dan tanah air.

Lirik lagu tersebut ditulis oleh seorang bekas pemimpin Biro Tata Negara (BTN).

 
  • Anggun Atok · Pengulas Tertinggi
    HARI NI NYANYI DENGAN PENUH SEDIH N HIBA SEBAGAI LAKONAN MELAYU UMNO. NANTI BILA BALIK KAWASAN BERFIKIR BILA NAK JADI KAYA..HIMPIT BANGSA SENDIRI..ITULAH AMALAN PEMIMPIN UMNO....
    • LeoSabri
      ni tambahan ayat; RAKYAT DAH JEMU LAKONAN LAPOK & X SIMPATI PON & DAH BIASA BILLION² DUIT KELUAR UTK PERHIMPUNAN + BAYAR MEDIA UTK SEMUA AKSI LAKONAN PENIPUAN MRK & BILA PRU TRILLION HABIS & DAH MENANG SEMUA BARANG NAIK & BUAT ISU & SOH ORG SURUHAN ENTAH MANA DPT TITLE PROF/DR UTK BUAT STATEMENT & DAH BASI CARA NEY YERRR! LOL MEMALUKAN JERRR! :D :D :D
    • Ahmad Pan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuala Lumpur, Malaysia
      Angguk Atok, hari ni sedih nyanyi lagu anak kecil main api, lepas PRU 13 nyanyikan pula lagu SELAMAT TINGGAL PUJAAN......
    • Hari Kebangkitan Rakyat 112 official
      Kepalkan tinjumu ke awan
      Nyanyi budaya pembebasan
      Rapatkan barisanmu kawan
      Hancurkan segala penindasan

      Yo semua turun ke jalan
      Lantang suarakan segala tuntutan
      Hancurkan feudalisme, militarisme dan kapitalisme
      Jangan ragu, ayoh bersatu
      Yakinlah rakyat pasti menang
      Yakinlah rakyat pasti menang!

      jom like page www.facebook.com/HKR.KL112 laman rasmi Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013!

      Turun Tibai Rosmah! #KL112
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 239 subscribers
    BTN..? hehe.. sebut BTN teringat aku RASIS dan PERKAUMAN.. dan inilah ygberkait rapat dgn UMNO.... kadang kadang aku heran.. kenapa mereka tak nampak apa sebenarnya yg berlaku...mcm bebudak.. UMNO itu sendiri punca kegagalan melayu, punca melayu tersisih dan disisihkan.. hanya segelinitr melayu yg membolot semuanya... yet mereka bercerita mengenai kehilangan kuasa melayu.. tanah melayu dirampas, melayu mengemis dibumi sendiri.. kenapa tidak menuding jari pada UMNO..?? siapa yg berkuasa selama berpuluh tahun..?? adakah PAS, DAP atau PKR..? Bukan UMNOkah..?.. jadi air mata budak UMNO tu hanya membazir.. menangis didalam istana tak sama dgn tangisan rakyat...
  • Zizi Nisa · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di “Laa ilaaha illallah” (tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) · 542 subscribers
    6 pm melayu, party peneraju melayu, raja melayu, menteri besar melayu, menteri kabinet banyak melayu....3 dari4 orang miskin adalah melayu....HEY UMNO...parti melayu..parti bangsat yang membangsatkan orang melayu....ada bantahan..
  • Mohd Razali · Pengulas Tertinggi · Samts bt 38
    bermula 31 ogos 1957 Malaya merdeka sehingga sekarang siapa yang memerintah..siapa yang mengurus wang negara..sudah berapa trilion ringgit..siapa yang diberi amanah oleh rakyat..siapa ?????salah siapa MELAYU jadi begini ????
    • Steve Lee · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      nak menangis pula tu..
    • Udin Dien · Pengulas Tertinggi · Pondok jer
      naNgis sungguh la,iskandar bg kat singapore,tanjong pagar,pulau batu putih semua serah kat sana,sapa yg bg kalau bukn ameno...MENANGIS KONON
    • Ahmad Shapii · Pengulas Tertinggi
      Anwar Ibrahim pernah diberi amanah menguruskan kewangan negara, tapi apa yang terjadi? Interest loan bank naik bagai nak rak.
  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    Soalnya, siapa yg buatkan melayu merempat dibumi sendiri, parti melayu mana?? Bukankah parti itu yg syok mengayakan diri mereka & kroni sj sehingga bangsa mereka sendiri yg tertinggal dibelakang nak dibandingkan dgn kaum2 yg lain? Sendiri buat hal, sendiri nak merintih konon! Bodoh punya drama, & hanya org2 yg bodoh & buta perut sj yg menangis (atau buat2 menangis). Krn yg nyatanya, amat jelas siapa & parti mana yg mengkhianati amanah pemerintahan, sehingga bangsa melayu jauh tertinggal dibelakang!...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Saya amat yakin, pelajar2 malaysia ditokyo sendiri malu dgn apa yg dilakukan oleh ariff yasir. Krn mereka adalah penyokong gerakan pembaharuan (reformasi) sperti mana majoriti pelajar2 malaysia dinegara2 lain...
    • Mohd Nozani Ghazali · Pengulas Tertinggi · Boss di Uncle zaini katering
      Yang bertambah pelik MB Melayu, Pegawai Daerah pun melayu tapi beribu2 lagi rakyat melayu yang tidak ada tapak untuk dirikan rumah terpaksa ,menyewa rumah dari bangsa lain.
    • Inginkan Kebenaran · Pengulas Tertinggi · Kolej bandung
      Lagu ini sedap didengar
    • Hanapiah Pandak Osman · SMK Hamid Khan
      Mohd Nozani Ghazali setuju dengan mng kalau ditanya orang melayu dr nenek moyang dulu dan sampai sekarang se inci tanah pun kita tidak ada....untuk buat rumah apatah lagi ladang-ladang
Ahli veteran Umno Taiping meninggal dunia dekat PWTC
 
Seorang anggota veteran yang menyertai rombongan Umno bahagian Taiping, Perak ke Perhimpunan Agung Umno 2012, meninggal dunia selepas rebah di hentian bas berhadapan sebuah hotel berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
  
Ahmad Hariri Alang Othman, 62, dari Kampung Pinang, Kamunting, rebah di tempat kejadian pada jam 5.40 petang ketika rombongan yang disertainya sedang bersiap untuk pulang ke Taiping.
  
Azis Taib, 44, yang menyaksikan kejadian itu, berkata beliau melihat Allahyarham dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum rebah.
  
"Saya menghampirinya dan melihat darah keluar dari kepala. Kemudian saya mengangkat tangan kiri Allahyarham tetapi beliau tidak menunjukkan sebarang reaksi.
  
"Selepas itu beberapa orang menghampiri Ahmad Hariri dan saya terus lari meminta bantuan... seorang pengawal keselamatan kemudian menghubungi ambulans," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
  
Sementara itu ketua rombongan Mazlan Abd Majid, 55, berkata semasa kejadian, beliau dan rombongan sedang berkumpul untuk pulang ke Taiping tetapi mendapati seorang daripada peserta rombongan belum sampai.
  
"Pada awalnya kami berjanji untuk berkumpul di hadapan PWTC antara jam 5.30 dan 6 petang. Kami dapati seorang peserta tidak ada, jadi saya mengambil keputusan untuk mencari dan tidak lama selepas itu saya dimaklumkan ada orang meninggal dunia dan mendapati orang itu ialah Ahmad Hariri," katanya.
  
Beliau berkata Allahyarham Ahmad Hariri menghadiri perhimpunan itu kerana menggantikan anggota lain yang tidak dapat hadir.
  
Ketua Umno bahagian Taiping, Datuk Shalimin Shaffie pula berkata Ahmad Hariri merupakan anggota veteran bahagian Taiping dan datang ke PWTC untuk mengikuti perhimpunan agung Umno.
  
"Kerana Ahmad Hariri meninggal di tempat awam, polis membawa jenazahnya ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan saya akan mengurus proses menuntut jenazah," katanya.
  
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu pada 5.45 petang.
  
Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang turut berada di tempat kejadian mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berkata Umno akan menanggung segala kos pengurusan jenazah.
  
- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan