Ahad, 16 Disember 2012

DAP DENGAN DAP NYA...IBRAHIM ALI DENGAN IBRAHIM ALI NYA..NILAILAH SENDIRI

Pelantikan CEC Melayu berdasarkan kebolehan

KONGRES DAP dikemaskini Pelantikan dua orang Melayu ke dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) adalah berdasarkan kebolehan mereka dan mereka juga berperanan untuk mendekati rakyat Malaysia merentasi sempadan perkauman.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata demikian sewaktu mengulas pelantikan Zairil Khir Johari dan Senator Ariffin SM Omar ke dalam CEC selepas tiada satu pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding untuk mendapat tempat dalam jawatankuasa itu menang.

Beliau bagaimana pun tidak menolak yang pelantikan itu juga adalah satu simbol perwakilan Melayu dalam DAP.

"Kita lantik berdasarkan kebolehan tetapi kita juga tidak nafikan ia satu simbolik (perwakilan Melayu) kerana Ariffin adalah seorang cendekiawan yang juga seorang senator," katanya dalam sidang akhbar selepas Kongres ke-16 DAP ditangguhkan tengah hari tadi.
Ditanya jika DAP akan turut meletakkan calon Melayu dalan pilihan raya umum akan datang, Lim menegaskan DAP akan menurunkan calon Melayu yang terpilih kerana mereka merupakan "rakyat Malaysia yang layak" untuk bertanding.

"Kita hendak letak calon rakyat Malaysia yang layak dan berpeluang cerah untuk menang.

"Ya saya sahkan akan ada calon Melayu," katanya.

Beliau bagaimanapun mengunci mulutnya dengan kemas apabila diminta memperincikan tentang calon Melayu berkenaan.

Mengulas ketetapan 'satu calon satu kerusi' yang diluluskan kongres ini, Lim berkata ia adalah ketetapan yang tertakluk kepada kelonggaran yang akan ditentukan pucuk pimpinan.

"Itu adalah ketetapan tetapi kena lihat juga keadaan dan perkiraan strategi kawasan-kawasan tertentu dan di sini ada kelonggaran yang diberikan kepada pucuk pimpinan," katanya.

Kongres DAP ke-16 yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) berakhir tengah hari tadi selepas berlangsung selama dua hari dan melangsungkan pemilihan anggota baru CEC semalam.

Pimpinan utama seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, dan Karpal Singh kekal dalam CEC dan 20 anggota CEC yang dipilih juga membuat keputusan mengekalkan jawatan ketiga-tiga mereka.
Sementara itu, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak menggesa DAP merencanakan usaha untuk meyakinkan perwakilan agar menerima kepimpinan Melayu dalam parti itu.

Beliau nyata kecewa apabila tiada wakil Melayu terpilih dalam pemilihan semalam.

"Ya, kita melahirkan perasaan terkilan yang amat sangat tetapi dari sudut rasional, kami sedar kuasa adalah di tangan perwakilan bukan di tangan  parti DAP itu sendiri," katanya.

Tegasnya, DAP tidak boleh hanya bergantung kepada mekanisme melantik ahli Melayu ke dalam CEC jika mereka benar-benar berbilang kaum.

"Sudah sampai masanya kepimpinan tertinggi DAP menilai semula satu mekanisma untuk meyakinkan para perwakilan menggunakan budi bicara mereka berpaksikan kepada sistem berbilang kaum," katanya.
Laporan oleh Ahmad Fadli KC, Koh Jun Lin, Lee Long Hui, Low Chia Ming dan Susan Loone.
Karpal kekal pengerusi, Guan Eng setiausaha agung DAP

KONGRES DAP Seperti yang dijangka, barisan baru jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP memutuskan untuk mengekalkan Karpal Singh sebagai pengerusi dan Lim Guan Eng sebagai setiausaha agung selepas pemilihan parti itu semalam.

Mencerminkan hasrat 1,826 perwakilan yang mengundi semula 20 anggota lama CEC - kecuali tiga orang - jawatankuasa baru itu memilih untuk tidak membuat perubahan drastik dalam barisan kepimpinannya ketika parti bersiap sedia bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan dalam enam bulan yang akan datang.

Lim Guan Eng at DAP AGMIni ekoran seruan pemimpin kanan parti itu, Lim Kit Siang yang
meminta perwakilan mengekalkan kepimpinan Karpal-Guan Eng - di mana kedua-duanya kini akan ditugaskan mengetuai 'kempen 100 hari' untuk menawan Putrajaya bersama-sama dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Sementara itu, dua pemimpin yang tewas semalam -  Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw - telah dilantik menganggotai CEC yang menjadi badan membuat keputusan parti itu.

Untuk menangkis kritikan bahawa parti itu anti-Melayu kerana tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih semalam, Senator Ariffin Omar dan Zairil Khir Johari, yang juga merupakan setiausaha politik Guan Eng, turut dilantik menyertai jawatankuasa kerja tersebut.

Turut dilantik ialah Jimmy Wong dan Edwin Bosi (Sabah), John Brian Anthony (Sarawak), Leong Ngah Ngah (Pahang), V Sivakumar dan Thomas Su (Perak).

Pemimpin veteran Tan Kok Wai telah dipilih menjadi timbalan pengerusi DAP, manakala barisan naib presiden terdiri daripada Chow Kon Yeow, M Kulasegaran, Chong Chieng Jen, Teresa Kok dan Ariffin.

Senarai penuh CEC

Pengerusi - Karpal Singh

Timbalan Pengerusi - Tan Kok Wai

Naib presiden - Chow Kon Yeow, Ariffin Omar, Chong Chieng Jen, M Kulasegaran, Teresa Kok

Setiausaha agung - Lim Guan Eng

Timbalan setiausaha agung - Chong Eng, Ngeh Koo Ham, P Ramasamy

Bendahari - Fong Kui Lun

Setiausaha organisasi - Loke Siew Fook

Timbalan setiausaha organisasi - Vincent Wu, Thomas Su

Setiausaha publisiti - Tony Pua

Timbalan setiausaha publisiti - Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari

Setiausaha antarabangsa - V Sivakumar

Pengarah pendidikan politik - Liew Chin Tong

Timbalan pengarah pendidikan politik - Boo Cheng Hau

Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong, John Brian Anthony, Edwin Bosi, Gobind Singh Deo.



Laporan oleh Ahmad Fadli KC, Koh Jun Lin, Lee Long Hui, Low Chia Ming dan Susan Loone.
'Tiada Melayu terpilih, konsep Malaysian Malaysia belum dihayati'

KONGRES DAP Perwakilan DAP rata-ratanya masih belum menerima konsep Malaysian Malaysia yang menerima kemajmukan kepimpinan pelbagai kaum dan ia terzahir melalui keputusan pemilihan jawatankuasa kerja pusat (CEC) yang menyaksikan tiada wakil Melayu terpilih, kata seorang calon yang bertanding, Zulkifli Mohd Noor.

dap national congress 161212 malay zulkifli mohd noor 1Menurutnya, ia berbeza dengan BN yang kelihatannya telah menerima konsep itu walaupun ia dijenamakan dengan nama yang berbeza.

"Saya dah hantar mesej kalau DAP serius hendak jadi Malaysian Malaysia yang dah diterima BN, ia mesti dizahirkan di sini (pemilihan CEC)," kata Zulkifli (kiri) yang gagal terpilih dalam pemilihan CE  semalam.

Manakala Ahmad bin Ton yang gagal mengekalkan kerusinya dalam CEC, turut menyuarakan pendapat yang hampir sama.

Beliau menggesa agar semangat Malaysian Malaysia itu diperkukuhkan di dalam DAP pada masa-masa akan datang.

"Sukar bagi DAP pada masa akan datang kalau tak dinilaikan konsep bangsa Malaysia ini.

dap congress 161212 ahmad ton"Cuma saya berpesan pada ahli sedia ada, kita kena kuatkan konsep Malaysian Malaysia," kata Ahmad (kanan).

Beliau bagaimanapun kekal yakin dengan DAP sebagai wadah untuk melihat konsep kemajmukan Malaysian Malaysia diterjemahkan dalam politik tanahair.

"Saya dah menjadi ahli (DAP) selama 36 tahun dan saya percaya dengan DAP  sebab konsep dia nak wujudkan satu konsep rupa bangsa Malaysia," katanya.

Ariffin SM Omar yang dilantik sebagai naib presiden pula berpandangan bahawa perkara yang utama buat DAP adalah menarik keahlian Melayu yang berprinsip teguh ke dalam parti.

"Kita perlukan Melayu yang berpegang pada prinsip, bukan Melayu yang sertai parti hari ini dan keluar esok demi manfaat kewangan.

"Bagi saya mungkin DAP perlukan sedikit masa untuk perolehi keyakinan orang Melayu terhadap DAP," katanya.
Laporan oleh Ahmad Fadli KC, Koh Jun Lin, Lee Long Hui, Low Chia Ming dan Susan Loone.
Ahli Melayu tiada masalah pendirian hudud DAP

KONGRES DAP dikemaskini Keahlian orang Melayu dalam DAP bukan lagi perkara luar biasa walaupun jumlah mereka belum lagi seramai keanggotaan kaum Cina atau India.

Malaysiakini  semalam bertemu beberapa di antara mereka di Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang dan berpeluang memahami perkara yang menarik minat mereka untuk menyertai parti yang dilihat masih lagi didominasi oleh kaum bukan Melayu ini.

Zainal Mohd Nasir dapMohd Nasir Zainal, 54, (kiri) merupakan antara ahli pengasas bahagian Sungai Tong, Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 2000.

Menurutnya, beliau berminat dengan sebuah parti yang menampilkan keahlian pelbagai kaum dan DAP merupakan pilihan terbaik.

Menurutnya beliau boleh memilih untuk menyertai PKR namun pada peringkat awal penubuhannya PKR dianggotai terlalu ramai bekas ahli Umno - dan ia bertentangan dengan prinsipnya yang tidak menyukai Umno.
Ditanya tentang pendirian DAP yang menolak pelaksanaan hudud, Nasir nyata tiada masalah dengan perkara itu kerana menurutnya pelaksanaan hudud itu sendiri tidak meliputi golongan bukan Islam.

"Hudud itu untuk orang Islam, untuk bukan Muslim saya rasa tiada masalah," katanya.

Menurutnya, beliau menghormati perjuangan PAS dalam isu hudud dan yakin parti itu akan mendapat persetujuan semua pihak sebelum melaksanakannya.

Mengimbau kembali awal penglibatannya, Nasir berkata beliau pernah ditanya ibu bapanya kenapa beliau "masuk parti Cina dan bukan parti Melayu".

"Saya beritahu mereka saya berminat dengan DAP.

"Sampai sekarang kadang kala masih ada pertanyaan sama daripada orang lain ada tapi mereka boleh terima penjelasan saya," katanya yang percaya bahawa perjuangan sesebuah parti itu lebih penting berbanding komposisi keahliannya.

othman salleh dapOthman Salleh, 52, (kanan), pula meminati DAP kerana imej bersih parti itu.

Dengan imej berkopiah, tiada sesiapa akan menyangka beliau seoarang ahli DAP.

Menurut Othman, beliau percaya penglibatannya dalam DAP memberikannya lebih ruang untuk menyumbang kepada masyarakat.

Namun, kadangkala beliau berhadapan cabaran menangkis persepsi orang ramai terhadap keahlian Melayu dalam DAP.

"Orang tak suka Melayu masuk DAP. Orang ingat masuk DAP macam tukar agama," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin kepentingan orang Melayu tetap terbela di bawah DAP kerana kepimpinan tertinggi parti terbukti mampu bekerjasama dengan pimpinan PKR dan PAS yang rata-ratanya Melayu.

Shari Othman, 58, juga mengiyakan kenyataan Othman.

Beliau yang mengasaskan cawangan Damansara Bistari SS2, Petaling Jaya Utara nyata gembira dengan penglibatan pemimpin setempat DAP dengan masyarakat Melayu di kawasannya.

"Sembelih lembu korban selama ini dapat seekor sahaja, tapi bawah DAP kami dapat dua ekor lembu dari YB Tony Pua," katanya.

Menurutnya, surau di kawasan Damansara Bistari juga telah menerima peruntukan sebanyak RM20 ribu di bawah pentadbiran DAP.

"Mana ada DAP anti-Melayu, anti-Islam. Umno yang anti-Islam," katanya.

Beliau turut gembira dengan gaya tadbir DAP yang tidak banyak kerenah birokrasi atau pilih bulu.

"DAP ini senang berurusan, tak banyak soal, lengkap (dokumen) apa yang diperlukan, permohonan kita diluluskan," katanya.
Laporan oleh Ahmad Fadli KC, Koh Jun Lin, Lee Long Hui, Low Chia Ming dan Susan Loone.
'DAP tak akan melampau seperti BN'

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini kembali mengulangi konsep "Jalan Tengah Malaysia" dalam ucapan dasarnya pada kongres ke-16 parti itu.
Menurut Lim, konsep itu diperkenal beliau pada kongres DAP tiga tahun dahulu di Ipoh sewaktu kontroversi penggunaan kalimah "Allah" memuncak.

"DAP tidak akan mengambil pendirian melampau seperti BN.

dap national congress 151212 2"Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa hanya ada satu jalan tengah dalam politik Malaysia dan ia adalah jalan tengah yang penting.

"Pakatan Rakyat mestilah dilihat sebagai sederhana dan inklusif, menjarak dan membezakan diri kita dari lawan kita yang eksklusif, rasis dan pelampau," katanya.

Beliau menyuarakan kegembiraannya terhadap keutuhan perpaduan parti Pakatan Rakyat sewaktu parti lawan cuba memberikan gambaran salah terhadap mereka.

"Sekarang MCA cuba menggambarkan PAS sebagai parti yang mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Islam seperti berkhalwat, yang pastinya tidak benar," katanya.

Tambah kerusi


Menyentuh isu salun rambut di Kelantan, Lim menyifatkkannya sebagai "isu pentadbiran yang sedang diselesaikan".

"DAP berharap saman yang dikenakan ke atas pengendali salun rambut wanita yang memotong rambut lelaki bukan Islam akan dibatalkan bagi membuktikan bahawa PAS dapat memberi keadilan kepada bukan Islam," katanya.

Lim dalam ucapannya turut merakamkan kebanggaannya dengan kerjasama yang terjalin di antara DAP dan PKR serta PAS selama ini.

Namun, beliau tetap berharap agar DAP diberikan lebih banyak kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya akan datang bagi mengiktiraf kesetiaan parti itu dalam Pakatan Rakyat.

"Kita terbukti menjadi rakan yang setia dan tulus kepada PAS dan PKR.

"DAP berharap kesetiaan kita ini diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada PRU akan datang.

"Kita mensasarkan tambahan tiga kerusi parlimen dan sepuluh kerusi DUN di Semenanjung Malaysia," katanya.
'Sudah ada bibit-bibit politik wang'

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim mencadangkan agar jawatan penting dalam DAP dipertandingkan secara terus dan bukan lagi dibincangkan oleh jawatankuasa eksekutif pusat semata-mata.

Menurutnya, perubahan itu dicadangkannya mengambil kira keahlian DAP yang semakin bertambah dan bagi membanteras bibit politik wang yang didakwanya sudah mula bercambah di dalam parti itu.

"Saya rasa sudah sampai masanya kita kaji semula perubahan dalam parti pimpinan pusat, setiausaha agung, pengerusi dan jawatan-jawatan penting kita biarkan rakyat, seluruh ahli kita memilih secara terus.

dap congress election polling booths"Kerana apa? Kerana ahli kita sudah bertambah dan ada pemimpin-pemimpin yang sekarang ini sudah ada bibit-bibit mereka menggunakan politik wang.

"Walaupun tidak jelas tetapi sudah ada bibit-bibit menunjukkan keadaan ini.

"Maka dengan itu, kalau kita ubah sistem kita dengan pilihan secara terus saya yakin elemen rasuah, politik wang dalam parti akan dapat kita cegah seminimum yang boleh," katanya.

Ng berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar pengerusi parti petang ini Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu di Pulau Pinang.

Sementara itu, seorang lagi perwakilan Melaka mencadang agar CEC menambah keahliannya daripada 20 orang kepada sekurang-kurangnya 25 orang.

Tey Kok Kiew dari cawangan Parameswara turut mencadangkan agar jawatan ketua Pemuda Sosialis DAP diserap secara automatik ke dalam keanggotaan CEC.

Tey membuat cadangan itu bagi membolehkan ketua sayap pemuda itu menimba pengetahuan daripada ahli lain yang berpengalaman.

DAP kini mengamalkan sistem pemilihan seramai 20 anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) yang kemudian akan berbincang dan melantik individu di kalangan anggota jawatankuasa berkenaan bagi mengisi jawatan penting seperti setiausaha agung dan pengerusi.

20 anggota CEC itu kemudiannya akan melantik sepuluh lagi anggota tambahan menjadikan jumlahnya 30 orang.
PAS sekutu penting dalam Pakatan, kata Karpal

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat.Karpal menyifatkan PAS sebagai "sekutu penting" yang "berprinsip tegas" walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP.

dap national congress 151212 2"PAS adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin ada pandangan berbeza dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip tegas dan parti yang DAP sangat percayai di samping
PKR," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP yang menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

"DAP menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia," kata Karpal ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata calon perdana menteri itu hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon pilihan raya umum ke-13 kelak.

Laporan Bernama menyebut, Mustaf berkata calon perdana menteri itu mesti dipilih dalam kalangan calon yang bertanding dan menang dalam pilihan raya berkenaan.

"Saya fikir masa paling baik untuk mengumumkannya ialah selepas penamaan calon kerana orang yang mahu menjadi perdana menteri perlu dipilih. Dia mesti jadi calon (pilihan raya) dan menang baru boleh (dipilih jadi perdana menteri)," katanya seperti dipetik agensi itu.
Guan Eng: Adakah masuk penjara juga nepotisme?

Dakwaan nepotisme dalam kepimpinan dan pilih kasih dalam melayan mereka yang berbeza pendapat semakin rancak diperkatakan menjelang kongres nasional DAP yang ke-16 di Pulau Pinang hari ini.

Bagaimana pun, seorang pemimpin tertinggi parti menolak dakwan itu dan memberi ingatan tegas kepada 2,576 perwakilan yang akan mengundi badan pembuat keputusan parti yang utama –  jawatankuasa eksekutif pusat yang baru hari ini – agar bersatu atau menghadapi akibatnya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kekal bersatu walau apa keputusan pemilihan parti sekali pun.

"Tiada maknanya jika menang pemilihan parti tetapi kalah pilihan raya umum," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"Kita perlu menempuh pilihan raya dengan satu semangat sebagai satu pasukan," tambahnya.

Menurut Lim, yang merupakan anak penasihat kebangsaan dan pemimpin veteran parti Lim Kit Siang, tuduhan nepotisme terhadap beliau dan yang lain dalam parti itu adalah "tidak adil".

Ini kerana mereka yang ada pertalian darah dengan kepimpinan parti tidak mendapat layanan istimewa atau jawatan istimewa.

"Nepotisme bermakna ahli keluarga mendapat layanan istimewa (yang tidak diperoleh orang lain).

"Saya mahu tanya layanan istimewa apa yang kami dapat? Masuk penjara itu anda rasa istimewakah?" katanya.
PRU13: DAP akan letak calon Melayu

16 Disember 2012
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - DAP akan menampilkan calon-calon mengikut kelayakan dan mempunyai peluang cerah untuk menang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Katanya, calon keturunan Cina yang dipilih oleh parti juga mestilah yang boleh berkhidmat untuk kepentingan masyarakat lain, tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.

"Yang penting ialah kita mahu semua pemimpin mendekati semua rakyat Malaysia. Kenapa hanya Melayu mendekati orang Melayu, Cina mendekati kaum Cina, India mendekati kaum India sahaja? Ini bukan konsep Malaysian Malaysia yang kita tentukan (perjuangkan)," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Kongres Kebangsaan DAP ke-16 hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, memberi jaminan bahawa DAP, yang menjadi tunjang parti pakatan DAP-PKR-Pas, akan menampilkan calon Melayu bagi meraih sokongan khususnya orang Melayu.

Mengenai permintaan DAP yang mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga kawasan Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (Dun), beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut oleh Biro Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan parti itu.

Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi Dun.

Anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor berkata, parti itu mesti mengetengahkan calon Melayu dalam pilihan raya umum akan datang untuk memastikan kemenangan DAP dan seterusnya mengekalkan pentadbiran di Pulau Mutiara ini.

"Sekiranya DAP mahu memerintah Pulau Pinang sekali lagi maka rakyat mesti nak lihat yang menganggotai Adun ada daripada kaum Melayu DAP. Kalau tidak ada, apa mesej yang anda (DAP) mahu hantar kepada rakyat, khususnya orang Melayu?" katanya.

Zulkifli merupakan seorang daripada lapan pemimpin DAP Melayu yang gagal dalam perebutan jawatan CEC.

Menyatakan keputusan pemilihan CEC itu tidak mengecewakannya, beliau berkata: "Sama ada mereka pilih saya atau tidak, ia tidak meninggalkan sebarang kesan lagi kerana saya sudah pun menjadi veteran."

"Saya akan luahkan apa sahaja yang perlu saya perkatakan dan saya akan menyumbang bukan sahaja untuk parti tetapi juga Malaysia," katanya. - Bernama
PERKASA ikrar sokong BN dalam p'raya

NGO pendesak Melayu PERKASA hari ini berikrar akan menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti itu mendapat kerusi majoriti dua pertiga dan membentuk kerajaan.

Ikrar tersebut dibaca oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di hadapan kira-kira lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati di Persidangan Agung Tahunan PERKASA di Astaka Taman Tasik Tititwangsa di ibu negara.

NONE"Bahawasanya kita berikrar demi agama bangsa dan negara, kita tidak akan berpecah, menyerah diri, tidak jadi pengkhianat, tetapi membantu beri kemenangan kepada BN dua pertiga majoriti," kata Ibrahim yang kemudian diikuti satu persatu oleh perwakilan.

Dalam ucapan dasarnya itu, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata sekiranya majoriti dua pertiga dapat maka isu yang berkaitan raja-raja Melayu dan persoalan agama Islam tidak akan berbangkit lagi.

Beliau juga meminta seramai lebih 350,000 anggotanya untuk menunggu arahan selanjutnya daripada pucuk pimpinan NGO itu, bagi menyokong mana-mana calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya umum itu.

"Jangan rasa terguris... (Ada) pemimpin MCA beri pelbagai respon (kepada kita)... Saya juga terguris... MCA boleh membantu Umno untuk menubuhkan kerajaan kuat.

"Sebab itu kita undi Umno dan BN... Kalau nak ikut, saya lagi marah kepada Umno dan BN tetapi marah saya tidak boleh mengatasi agama, bangsa dan negara," katanya.

Bercakap dalam sidang media kemudiannya, Ibrahim berkata sokongan kepada calon BN termasuk MCA dan MIC "tidak ada percanggahan" dengan prinsip perjuangan PERKASA yang berteraskan Melayu.

NONEKatanya, lagi mereka mahu membantu kerajaan menyatukan rakyat sekaligus menjadikan negara ini dalam keadaan aman dan menjamin kestabilan negara.

"Kita sokong semua calon BN termasuk MCA dan MIC. Kita tidak lihat isu peribadi. Pemimpin datang dan pergi... Bukan soal individu. Tak adil seorang bawa lumpur, semua kita kena tolak.

"Kita sokong BN atas dasar BN sebagai satu gabungan membawa wadah politik yang berkongsi kuasa dengan semua kaum," katanya.

Ditanya sama ada menyokong BN juga bermaksud PERKASA menyokong perjuangan MCA, Ibrahim menegaskan bahawa NGO itu menyokong BN dan bukan individu tertentu semata-mata.
"Saya tegaskan kita sokong BN, kerana konsep gabungan antara kaum yang terbukti sejak merdeka," katanya yang merayu supaya mandat diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam sidang media itu juga, Ibrahim turut membaca 10 perisytiharan dan resolusi PERKASA yang antara lainnya menyeru pengundi pengundi memilih kestabilan politik, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
"Pilihan yang betul bagi membentuk kerajaan yang kuat ialah dengan memilih parti yang mempunyai rekod trek kecemerlangan mentadbir negara.

"Kita tidak mempunyai pilihan lain kerana tawaran yang dibuat oleh pakatan alternatif jelas berkecamuk, sangat kacau dan semberono serta memperlihatkan percanggahan dan pertentangan sesama mereka," katanya.
Beliau bimbang parti dalam Pakatan "yang tidak sehaluan" itu akan membawa "mudarat besar kepada rakyat dan negara".

Sembilan lagi perkara yang digariskan dalam resolusi itu termasuk soal perpaduan bangsa, kebebasan beragama, ancaman pluralisme dan pengaruh lesbian, gay serta transgender (LGBT).
Perkasa juga menyatakan sokongan terhadap Pelan Tindakan Pendidikan Negara serta kecaman mengenai campurtangan kuasa asing dalam negara.
Perkara itu, menurutnya, akan diluluskan dalam mesyuarat Agung PERKASA di sebelah petang.
Ibrahim Ali akan bertanding 'walau 15 penjuru'

Ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi yang diwakilinya itu dalam pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang.

Presiden PERKASA itu berkata beliau tetap akan bertanding walaupun sebagai calon bebas, namun akan turut berunding dengan mana-mana parti yang ingin mengadakan kerjasama dengannya.

"Nak berunding saya kena tengok dulu dasar perjuangan, tindak tanduk... Tengok dasar perjuangan, boleh berunding dan berkongsi dengan sesiapa sahaja dalam pilihan raya akan datang

"(Jika) tidak ada perkongsian, saya bebas, saya solo, saya tetap akan bertanding walaupun saya seorang diri.

"Saya tetap bertanding walaupun 10 atau 15 penjuru, tetapi terbuka untuk bekerjasama dengan orang mahu bekerjasama dengan saya," katanya.
Ibrahim turut mendakwa Umno telah "melukakan hatinya" kerana menggugurkan beliau daripada jawatan ketua bahagian Pasir Mas semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya dijalankan sebelum ini.

Susulan itu, beliau kemudiannya bertanding atas tiket PAS pada 2008 dan memenangi kerusi tersebut hasil kerjasama "menang-menang" dengan parti Islam tersebut, katanya.

Ibrahim berkata beliau juga tidak sepatutnya dianggap sebagai "kacang lupakan kulit" kerana PAS, dakwanya, mendapat keuntungan daripada perkara itu.

"Sokongan saya kepada PAS, tidak sedikit yang mereka dapat. Kena tengok sejarah. Kena teliti betul-betul," katanya.

Beliau juga mendakwa menjadi "mangsa cemburu" pihak tertentu atas prestasi dan khidmat yang diberikannya selama ini.

"Siapa yang melukakan siapa? Dua-dua parti ini melukakan saya. Saya tidak pernah melukakan Umno, Umno melukakan saya," katanya.

Ibrahim bercakap dalam satu sidang media selepas majlis perasmian persidangan agung PERKASA hari ini.

Dalam majlis perasmian itu, beliau mengetuai sekumpulan 5,000 perwakilan dan pemerhati ke mesyuarat agung PERKASA untuk membaca ikrar bagi menyokong BN dalam pilihan raya umum ke-13.
Ibrahim Ali: 'Sertai Perkasa, kami akan pulih semangat orang Melayu'
JAMILAH HAMZAH
15 Disember 2012
Ibrahim Ali
Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR - Perkasa mengakui bangsa Melayu semakin layu, tetapi memberi keyakinan bahawa pertubuhan bukan kerajaan yang berusia empat tahun itu akan memulihkan kembali semangat mereka untuk terus mempertahankan bangsa, agama dan negara.

Dalam ucapan dasarnya, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kaum Melayu yang telah layu dan lemah boleh dipulihkan semangat mereka dengan menyertai Perkasa.

Menurutnya, usaha pihak tertentu yang mahu menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri adalah faktor kaum utama negara itu semakin lemah.

Bagaimanapun, beliau berkata, masih mempunyai orang Melayu yang mampu memulihkan semangat bangsa yang kian layu.

"Anak pemimpin Melayu mengeluarkan  kenyataan bahawa orang Melayu bebas tukar agama, yang memang salah dari segi perundangan negara dengan akidah dan Islam.

"Kenapa berlaku? Sebab mereka tengok umat Islam khususnya Melayu berpecah, layu, longlai dan tak pegang pada Kalam Allah.

"Melayu sudah layu, sudah lemah tapi masih ada Melayu yang bersemangat iaitu orang Melayu yang jadi anggota dan pejuang Perkasa,  Insya-ALLAH," kata beliau pada Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga,  bertemakan "Hapuskan Petualang Bangsa dan Negara", di sini hari ini.

Perkasa ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan perubahan landskap politik negara.

Sejak itu, Perkasa dan Penaungnya, Tun Dr Mahathir Mohamad seringkali mendakwa bahawa orang Melayu semakin lemah dari segi politik.
Ibrahim Ali sedia tanding atas mana-mana tiket pertahan Pasir Mas

15 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali bersedia untuk bertanding atas mana-mana tiket pada pilihan raya umum akan datang bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang disandangnya.
 
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) berkata beliau sedia berunding dengan mana-mana pihak atau bertanding atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi itu.
 
"Perlu ada perbincangan sebelum boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak. Saya mengharapkan sokongan semua pihak termasuk pembangkang dan Barisan Nasional kerana saya tahu saya boleh buat lebih baik daripada mereka.
 
"What banner saya bertanding? Saya terbuka untuk semua. Saya kena tengok dasar perjuangan, tingkah laku mereka. Tapi kalau kena bertanding atas tiket bebas, saya tetap akan bertanding dan tidak kisah berapa penjuru sekali pun," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan dan Persidangan Agung Perkasa ke-3 di sini hari ini.

Pada PRU lepas, Ibrahim yang bertanding atas tiket PAS menewaskan Ahmad Rosdi bin Mahmad (BN-UMNO) dengan majoriti 8,991 undi.
 
Dalam pada itu, lebih 5,000 anggota Perkasa hari ini berbaiah menyatakan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.
 
Ibrahim yang mengetuai baiah tersebut berkata sokongan ini perlu kerana tiada parti lain yang membela kepentingan dan hak orang Melayu dan mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam di negara ini selain BN.
 
"Kita perlu menyatakan sokongan termasuk kepada calon-calon BN dari MCA dan MIC. Kita seru semua rakyat supaya beri peluang kepada BN untuk mendapat mandat pada PRU13 secara rasmi.
 
"Beri peluang kepada kerajaan sedia ada. Tidak perlulah mengubah dengan mengambil risiko yang besar untuk menukar kerajaan," katanya - Bernama
Lebih 100 ahli Umno sertai solat hajat p'raya

Lebih 100 anggota Umno Bahagian Pasir Puteh mengadakan solat hajat bagi memohon Allah melindungi dan memberi kemenangan kepada calon Umno dan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13) akan datang.

Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman berkata solat berkenaan yang diadakan malam tadi bukan bertujuan melaknatkan PAS, sebaliknya mendoakan Allah memberi hidayah kepada mereka agar memilih calon Umno yang banyak berjasa kepada agama Islam.

"Ini berbeza ketika PAS mengadakan solat hajat di Kota Baharu bulan lepas di mana mereka mahu Allah melaknatkan Umno seperti melenyapkan firaun," katanya kepada pemberita di Pasir Puteh, hari ini.

Mereka yang menyertai solat berkenaan terdiri daripada imam dan bilal masjid di sekitarnya, pendakwah dan penyelia pembangunan mukim (PPM) terutama yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan di Pasir Puteh.

Solat berkenaan diimamkan oleh Pemangku Imam Masjid Mukim Padang Pak Amat Mohd Nor Jusoh.

Zawawi berkata sudah sampai masanya umat Islam di Kelantan berfikir secara bijak tanpa emosi bahawa PAS banyak melakukan perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam termasuk mengkafirkan Umno dan bersekongkol dengan DAP yang secara terang menolak negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

Beliau berkata 22 tahun PAS memerintah Kelantan, tidak banyak perkara yang dilakukan untuk membangunkan negeri ini sama ada dalam bidang rohani dan jasmani.

Katanya banyak janji yang dibuat PAS tidak ditunaikan seperti pembinaan stadium di Bukit Merbau di Pasir Puteh.

Beliau berkata rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada Umno untuk membangunkan negeri ini agar setanding dengan negeri lain.

- Bernama

  • Noah Zig · Pengulas Tertinggi · International Islamic University Malaysia
    Surah hud 113: Jgn lah kamu bertolong-tolongan dan cenderung kepada berbuat kezaliman, kelak kamu disambar api neraka, tiada siapa kan menolong. Umno adalah paksi maksiat tidak perlu di sokong kalau disokong maka bala seoerti ayat surah hud 113 itu akan berkuat kuasa.

  • Teuku Zacharyah Iskandar · · Pengulas Tertinggi · 1WHP COLLEGE INTERNATIONAL MALAYSIA
    100 org jer kerr.. oh.. terlupa pulak aku setiap programe UMNO kena bayar duit upah.. tapi takkan nak buat solat hajat pun nak kena bagi upah kot.. sebab tu tak de sambutan.. yg hadir cuma 100 org jerr.. para penyokong UMNO pun tak bersama2 dgn pemimpin UMNO buat solat hajat.. kalau PAS boleh kumpul 80 ribu umat islam bersolat hajar bersama2 dgn para pemimpin..

    Najib ker yg menegtuai solat hajat tersebut.. nak juga tgk Najib selaku pemimpin no satu menjadi imam solat hajat.. tak kan nak upah org lain pulak jadi imam solat hajat

  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 295 subscribers
    Rakyat Kelantan mesti mengajar UMNO cukup cukup..!!! Masalah air, Royalti minyak yg ditahan bertahun tahun dari disalurkan ke kerajaan PAS adalah wajah Israel opss UMNO yg sebenarnya..!!! Petronas dah bagi.. UMNO pegi joli..!! bukan disalurkan utk rakyat melayu Kelantan yg amat memerlukan utk tujuan pembangunan...!! air juga sama.. peruntukan diberi sedikit demi sedikit agar kelancaran program rawatan air dan menganti paip lama tergendela.. malah semua kontraktor dilantik oleh UMNO...!!! Jika Israel membunuh rakyat Palestine dan senjata.. UMNO membunuh dgn senjata dan HAK rakyat Kelantan sendiri iatu Air dan Minyak...!!

  • Perajurit Keadilan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Temerloh
    Niak pun doh tak betul... Nak tunjukkan kat semua kononnya mung bukang macam PAS hok suka melaknak orang... Kalau mu dok zaling, mu nak takut buatpe, bodoo... Yang di doakang adalah organisasi mung, iaitu UMNO, bukannye orang2 UMNO... Hok takut nie, orang yang zaling jer... Doh kalau mung kate mung dok zaling, mung buak rilex doh arr... Koho lame koho bodoh, koho lame koho bangang... Berat nanang mung nie...( Kang Kuor base tranung aku)... HaHaHa..

  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    'Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman berkata solat berkenaan yang diadakan malam tadi bukan bertujuan melaknatkan PAS, sebaliknya mendoakan Allah memberi hidayah kepada mereka agar memilih calon Umno yang banyak berjasa kepada agama Islam.'
    Kui3! Kelakar benar bunyinya. Bukankah lebih baik & afdhal kamu sekelian berdo'a pd Allah spaya membuka pintu hati kamu pd jln hidayah, spaya dgnnya menyokong pihak yg benar & membuang sokongan pd pihak yg bathil. Klau dah gelap pintu hati camnilah! Org yg berjuang mati2an utk kebenaran & keadilan x mahu disokongnya, tapi pihak yg jelas mengkhianati agama Islam tetap menjadi 'pujaan hatiku'. Wahai, zawawi, berdo'alah pd Allah spaya dibuka pintu hati kamu & ahli2 umno yg lain utk nmpak jln kebenaran, bukan sebaliknya...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      'Beliau berkata 22 tahun PAS memerintah Kelantan, tidak banyak perkara yang dilakukan untuk membangunkan negeri ini sama ada dalam bidang rohani dan jasmani.'
      Ini contoh kata2 yg x mengendahkan sgala kebaikan & keindahan yg dibawa oleh kerajaan PAS klantan. W'laupun 1001 mcm kebaikan yg dilakukan, tetap membutakan mata! Krn apa? Krn taksub membuta tuli pd parti yg disokong, sehingga menafikan sgala kebaikan yg dibuat oleh PAS. Masyarakat non muslim diklantan pun amat menghormati kerajaan PAS klantan hasil sgala kebaikan yg telah dilakukan selama ini. Kamu x malu pd merekakah, wlaupun x beragama Islam masih dpt menilai mana permata mana kaca?!...

    • Mohd Fariq Q · Pengulas Tertinggi
      Adakah Allah akan melindungi calon Umno/BN itu kalau hatinya sendiri hitam dr dakwat. Jangan ler buat sesuatu kalau akhirnya akan memakan diri sendiri.....

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Hanya org yg giler x akui dia giler, begitu juga hanya org yg jauh dari hidayah berkata org2 dijln hidayah perlu dipohon hidayah. Sedangkan diri sendiri yg lebih memerlukan. Ish ish ish...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan