Isnin, 12 November 2012

ZAKAT JANGAN BAGI MASUK PULUN USAHA BAGI BANYAK MASUK...TAPI TAK PULUN AGIH2KAN PADA ASNAF2...HINGGA RAMAI YANG MISKIN DAN MEREMPAT

'Jangan hanya tuduh Umno libat rasuah'
HIDAYAH HAIROM
12 November 2012
Ahmad Maslan
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR - Persepsi rakyat kepada Umno terhadap gejala rasuah yang digambarkan seolah-olah hanya parti itu yang terlibat perlu dihakis kerana gejala tidak bermoral itu boleh melibatkan sesiapa sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gejala tersebut tidak mengenal parti, pangkat, jantina, mahupun kaum, yang ianya tetap salah di sisi undang-undang.

Menurutnya, masyarakat tidak seharusnya menunding jari kepada Umno kerana sesuatu persepsi itu tidak semestinya benar.

"Jangan hanya menuduh rasuah ini hanya orang Umno itu tidak betul kerana rasuah ini merentas semua, tanpa mengenal siapa, yang mana rasuah ini adalah keruntuhan akhlak tanpa mengira apa juga partinya. Jika terlibat, salah tetap salah.

"Perlu menerima dengan terbuka bahawa sesungguhnya rasuah itu bukan hanya berlaku kepada orang-orang tertentu, parti-parti tertentu, tetapi rasuah berlaku kepada orang yang mempunyai nilai moral yang rendah," katanya pada sidang media selepas mengadakan Walkabout Penerangan Bajet 2013 di Terminal Bas Jalan Duta, di sini, hari ini.

Ahmad Maslan mengulas kenyataan setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor bahawa cabaran parti tersebut ketika ini adalah menangani isu persepsi rasuah.

Beliau menegaskan, dalam konteks tersebut, kerajaan Barisan Nasional (BN) serius menangani isu itu bagi usaha membasmi rasuah.

Katanya, apa yang penting adalah usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan sendiri, yang dalam masa sama mahu sebagai langkah menghakis persepsi rakyat terhadap Umno.

"Adakah kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak ini membiarkan rasuah? Tidak. Adalah kerajaan tidak berbuat sesuatu? itu tidak betul, kerana yang penting, kerajaan BN ada petunjuk prestasi utama (KPI) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang mana terdapat tujuh perkara utama dan salah satunya membasmi rasuah," katanya

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, pihaknya belum mempunyai sebarang rancangan untuk menetapkan agar setiap calon baru bagi pilihanraya umum akan datang, membuat pengisytiharan harta.

Katanya, sepanjang pengetahuannya perkara itu tidak pernah dibincangkannya, namun hanya semakan sama ada calon terlibat dengan perkara-perkara berkaitan bankrup sahaja dibuat.

"Masalah kita adalah senarai calon itu ramai, dan ia masih belum diputuskan, jadi jika mahu mereka ishtihar harta, mereka belum muktamad menjadi calon," katanya.


 PUAK PUAK AMNO BERMATI MATIAN MEMPERTAHANKAN PARTI DAN TOK TOK KETUA MEREKA....

ADA YANG KATA "MANA ADA RASUAH.... PARTI AMNO ADALAH BERSIH"

TEMAN CUMA TERKEDU..... EH!!! BETUKE? JADI YANG INI APA?


Subscribe · 18 hours ago


Cerita sebenar peristiwa roboh binaan haram di P.Pinang

SEKUMPULAN Direktorat Penguatkuasaan Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) semalam menjadi mangsa keganasan 10 pemuda - dipercayai penyokong Umno - gara-gara mahu merobohkan sebahagian binaan tambahan tanpa kebenaran membabitkan sebuah rumah milik Melayu di Sungai Gelugor, Sungai Pinang.

Seorang pemandu jentera turut dikasari selain cermi
n jenteranya dipecah oleh pemuda-pemuda misteri berkenaan.

Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 10.00 pagi itu tergendala sehingga jam 11.30 pagi sebelum menerima campur tangan polis.

Dilaporkan, sehingga kini langkah penguatkuasaan masih tertangguh sungguhpun aduan penduduk setempat kepada Majlis dilakukan sejak lima tahun lepas lagi.

Ekoran itu, beberapa blog serta Facebook mesra pembangkang Pulau Pinang - Umno dan Barisan Nasional - mula menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng serta DAP anti Melayu hatta cuba digambarkan mengusir Melayu daripada negeri berkenaan.

PenangInsight.com pagi tadi cuba mendapatkan maklum balas Jabatan Pembangunan MPPP mengenai insiden yang dikatakan membabitkan rumah pusaka seorang warga emas (kiri) berbangsa Melayu bersama anaknya.

Sumber memberitahu, langkah penguatkuasaan itu sebenarnya adalah hasil aduan jiran setempat sendiri sejak lima tahun lepas dan MPPP telahpun melaksanakan prosedur berwajib sebelum langkah akhir merobohkan binaan tanpa kebenaran itu cuba dilakukan semalam.

Malah kata sumber lagi, Majlis pernah beberapa kali menangguhkan langkah penguatkuasaan ke atas rumah berkenaan, termasuk selepas diminta secara rasmi oleh Koid Teng Guan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi Kawasan Sungai Pinang.

Berikut adalah kronologi kes bagi membuktikan MPPP mengikut prosedur sebelum langkah meruntuhkan binaan haram itu cuba dilakukan semalam.

2007, 1 Oktober – Satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan ke atas kerja-kerja pindaan dan tambahan yang telah dijalankan tanpa kebenaran.

Majlis juga telah menerima aduan berhubung pembinaan ini.

Tambahan adalah dari jenis tiang dan konkrit bertetulang berukuran 10' 0'' x 80' 0'' dan juga pada bahagian depan 20' 0'' x 10' 0''.

Tiada sebarang pelan dan kelulusan diperolehi dari MPPP dan juga bangunan tiada anjakan 2 meter dari sempadan lot sisi.

2007, 11 Oktober – Notis susulan dibawah Sek.72(6) Akta Jalan Parit dan bangunan dikeluarkan memberi tempoh 30 hari kepada pemilik untuk meroboh dan mengosongkan premis terbabit .

2008, 2 Januari – Notis 24 jam Sek.97 dikeluarkan meminta pemilik mematuhi arahan notis sebelum ini dan juga notis untuk memberi MPPP kuasa untuk memasuki bangunan bagi tujuan penguatkuasaan.

2008, 21 Julai – Kes ini telah dibawa ke mahkamah untuk kesalahan dibawah Seksyen 70 AJPB dan pada 21/7/2008 En.Md.Noor bin Tahir pemilik premis telah mengaku salah dan telah dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak RM2,000/=.

2008, 4 November - Kes ini kemudiannya dibentang ke mesyuarat JPO pada untuk tindakan perobohan.

2009, 19 Januari - Penguatkuasa telah memberikan amaran lisan kepada pemilik premis.

2009, 17 Februari - Satu surat rayuan daripada YB Koid Teng Guan telah diterima meminta Majlis menangguhkan tindakan perobohan dan beri tempoh masa kepada pemilik untuk mematuhi notis.

Rayuan ini telah dipanjangkan kepada Tuan SU utk pertimbangan dan pemilik diberikan tempoh 3 bulan untuk patuhi undang-undang.

2009, 12 Mac - Surat makluman kepada YB Koid Teng Guan dan pemilik berkenaan lanjutan tempoh 3 bulan telah dikeluarkan pada 12/3/2009.

Untuk makluman pemilik tidak mengemukakan sebarang permohonan pelan bangunan kepada majlis sehingga kini dan struktur haram di tapak juga dibiarkan terbengkalai dan tidak dirobohkan.

Tempoh lanjutan juga telah tamat dan tiada sebarang permohonan dikemukakan.

2012, 7 Disember – Pengadu En.Zulkifly menghantar emel kepada Majlis menyatakan kelewatan Majlis mengambil tindakan ke atas aduan yang beliau yang telah berlarutan selama 5 tahun.

2012, 25 Julai – Memo jabatan kepada Penguatkuasa minta tindakan penguatkuasaan dijadualkan.

2012, 28 Ogos – Surat pemberitahuan kepada YB Kawasan Tuan S.N Rayer dan juga kepada YB Exco dikeluarkan untuk memaklumkan tindakan penguatkuasaan yang akan diambil ke atas premis ini.

2012, 4 Oktober – Surat maklumbalas dari YB kawasan Tuan S.N.Rayer diterima memaklumkan yang pihak YB tiada bantahan ke atas tindakan penguatkuasaan.

2012, 7 November – Memo diterima dari Pejabat Penguatkuasa memaklumkan yang perobohan akan dilaksanakan pada 8.11.2012 ke atas premis tersebut.

2012, 8 November – Jam 10.00 pagi tiba di tapak dan memaklumkan penghuni rumah seorang perempuan warga emas dan anak perempuan beliau akan tujuan operasi dan menerangkan kepada beliau secara baik akan perlanggaran undang-undang yang telah dibuat oleh pemilik rumah.

Perobohan dilaksanakan ke atas pindaan tambahan di premis terbabit, bermula jam lebih kurang 10.00 pagi dan pada jam 11.30 pagi operasi terpaksa dihentikan kerana berlaku kekecohan dan kegawatan di tapak.

Di mana pada jam lebih kurang 11.15 pagi terdapat sekumpulan ( 10 orang ) pemuda melayu tiba dan membuat kecoh ditapak.

Pemandu jentera berantai telah dikasari oleh pemuda-pemuda terbabit dan cermin kaca jentera tersebut telah ditendang hingga pecah oleh salah seorang daripada mereka.

Dengan bantuan dari pihak Polis yang ada kekecohan dapat dileraikan dan keadaan adalah terkawal.

"Kronologi kes ini akan dibentangkan kepada kepemimpinan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat, mungkin minggu depan untuk menolak fitnah pihak-pihak tertentu," ujar sumber kepada PenangInsight.com.
— with Mohamad Ghazi, Yakub Uton, Muhd Jack and 23 others.


Subscribe · 4 hours ago

Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar.
Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,
"Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata,
"Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah,

Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)

Semoga cerita sederhana ini dapat memberikan pengajaran yang berharga kepada kita agar tetap memperjuangkan dan mempertahankan agama kita..

ALLAH,tersentap hatiku dgn cerita ni..
Pertahanan kain kecil ajaib oleh si pemakainya berbeza bila ALLAH sendiri menyentuh hatinya..
Sejauh mana pertahanan niqabis2 sekalian dgn kain kecil itu?
jangan kerana kita kain itu dipersalahkan…
kerana nila setitik rosak susu sebelanga…
ingatlah kamu sedang pegang amanah dan tanggungjawab…

Sama2 merenung sambil termenung ya…
TAMPAR PIPI,TANYA IMAN…
'Dakwa Pas keluar landasan satu pembohongan'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
12 November 2012
Khalid Abdul Samad
Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat
SHAH ALAM - Tidak ada satu pun matlamat atau dasar perjuangan Pas terkeluar dari landasannya, bahkan parti Islam itu sentisa komited dalam memastikan kerjasama parti itu dengan PKR dan DAP membuahkan hasil pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, persepsi yang dilemparkan oleh segelintir ahlinya yang tidak berjawatan dalam parti, adalah satu "pembohongan."

"Bagi kami Pas tetap atas landasannya, Perlembagaannya tidak berubah, dasar Pas tetap Islam sepertimana dalam Perlembagaan, soal matlamat perjuangan Pas tetap termaktub dalam Perlembagaannya dan hukum-hukum yang tertinggi juga tetap sama. Tak ada perubahan.

"Masalah mereka ini ialah mereka tidak mahu memahami atau sengaja tak mahu faham beza di antara dasar dan strategi atau taktik," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Sabtu lalu, beberapa ahli Pas Selangor telah menganjurkan satu forum bertajuk Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal di Kuala Lumpur.

Program tersebut menampilkan dua sesi perbincangan.

Sesi pertama bertajuk Mengimbau Nostalgia Kegemilangan Pas dibarisi bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Muslim Osman dan bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha serta moderator Pakar runding Akademi Aidit, Datuk Aidit Ghazali.

Sementara itu, untuk sesi kedua pula bertajuk Merealisasikan Saranan Mengembalikan Pas ke Landasan Asal dibarisi Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad dan pengamal media, Mohd Reza Kamaruddin.

Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Dr Shamsuddin Moner bertindak sebagai moderator.

Wacana berkenaan kemudiannya menggariskan 11 resolusi yang antaranya menggesa kepimpinan ulama menerajui Pas semua.

Parti itu juga tidak seharusnya terlalu menyanjung pimpinan DAP dan PKR dalam masa yang sama menghina pimpinan sesama Islam.

Pas juga katanya, mesti segera mengkaji hubungannya dengan PKR dan DAP dan sekiranya perlu mengadakan Muktamar Khas memandangkan pimpinan parti-parti tersebut telah menggelincirkan halatuju Pas untuk menegakkan Islam dan melaksnakan hudud.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, tahaluf siyasi atau kerjasama Pas dengan PRK dan DAP tidak pernah menjadikan parti itu mengikut telunjuk dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Apabila seseorang ingin mencapai sesuatu matlamat, ia kena mengambilkira realiti politik dan menyusun langkah mengikut realiti politik itu untuk mencapai matlamat yang termaktub di dalam Perlembagaannya.

"Bagi saya yang hadir dalam wacana itu, satu (seorang) pun bukan ulama. Untuk dia keluarkan fatwa bahawa kita sudah terkeluar daripada dasar kita sama ada dari sudut matlamat kita atau dari sudut kaedah dan strateginya, dia juga tidak mengemukakan sebarang dalil atau nas," jelas Khalid.

Tegasnya, umum harus faham dan tidak dimomok-momokkan oleh Umno-Barisan Nasional yang sering kali memberikan persepsi yang salah berhubung kerjasama parti Islam itu dengan PKR dan DAP apabila mengatakan parti itu sanggup menggadaikan prinsip Islam demi cita-cita ke Putrajaya.

"Apa yang kita lakukan tidak ada walaupun satu kita berkompromi daripada matlamat mahupun dasar kita. Kita kena faham bahawa soal kerjasama ini atas hal-hal yang kita setuju. Dalam hal yang kita tidak setuju, kita dibenarkan untuk terus mengusahakannya sendiri.

"Bukan kalau kamu hendak masuk Pakatan Rakyat, kamu kena gugurkan agenda Islamnya. Tak ada! Tetapi Pakatan Rakyat hanya akan laksanakan apa yang dipersetujui bersama tetapi apa yang tidak dipersetujui Pakatan Rakyat, Pas berhak dan bebas untuk mengusahakan atas platform Pas itu sendiri," katanya.

"Isu hudud ini kalau tidak kerana Pas, memang daripada awal tak ada orang bincang. Sistem perundangan Islam, sistem pemerintahan Islam, yang bawa ini semua Pas," tambahnya.   
Niat Nurul Izzah berdakwah kepada bukan Islam, kata Khalid Samad
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
12 November 2012
Khalid Abdul Samad
Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit kenyataannya dalam isu kebebasan beragama sebagai bertujuan untuk berdakwah kepada bukan Islam di negara ini.

Bagaimanapun menurut Khalid, kenyataan Nurul Izzah itu dijadikan bahan fitnah dan sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu atas dasar kepentingan politik.

"Dia mengasaskan hujahnya kepada ayat 'La Iqra Haffidin' - tidak ada paksaan dalam agama.

"Forum dianjurkan di sebuah gereja. Maknanya dia pergi, latar belakangnya, hendak berdakwah, berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam, nak berdakwah menyatakan kepada orang bukan Islam, jangan takut pada Islam kalau ada pemerintahan yang berasaskan Islam sekali pun, soal kebebasan beragama dijamin dalam Islam. Itu konteksnya.

"..... hilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam tapi akhirnya dia ditempelak dengan tuduhan hendak memurtadkan orang," jelas Khalid.

Nurul Izzah pada 3 November lalu dijemput sebagai seorang panelis dalam forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa?

Pada sesi forum itu, Nurul Izzah ditanya "apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?".

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kemudian menjawab "bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".

"Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas," Nurul Izzah dipetik sebagai berkata.
Zakat online cara mudah tunai tanggungjawab zakat

12 November 2012
KUALA LUMPUR - Portal Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), menerusi www.zakat.com.my , bukan sahaja mampu memperkenalkan pelbagai perkhidmatan pembayaran zakat secara dalam talian (online) malahan meningkatkan jumlah pembayar zakat.
  
Sejak dilancarkan pada Ogos tahun lepas, Portal PPZ-MAIWP yang boleh dilayari di www.zakat.com.my nampaknya berjaya menggunakan teknologi ICT bagi memberi kemudahan kepada pembayar zakat, yang tidak berkesempatan mengunjungi kaunter zakat, menunaikan tanggungjawab zakat mereka pada bila-bila masa .
  
Ini berdasarkan statistik pembayaran zakat melalui potongan gaji zakat (Skim Thohir) atas talian dari Ogos-Disember 2011. PPZ menerima jumlah bayaran zakat sebanyak RM266,638.28 daripada 740 pembayar. Ia menyumbang sebanyak 10 peratus daripada kutipan zakat di portal PPZ-MAIWP.
  
Lebih mengembirakan, Januari-Ogos tahun ini sahaja, jumlah pembayar zakat potongan gaji melalui atas talian terus meningkat seramai 613 pembayar dengan kutipan sebanyak RM75,878.

SKIM THOHIR

Menurut Pengurus Besar Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan perkhidmatan potongan gaji zakat itu dinamakan Skim Thohir (suci).
  
"Thohir bermaksud suci dan membabitkan skim potongan gaji zakat berjadual. Portal ini menyediakan kemudahan pembayaran ke atas semua jenis zakat iaitu zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat saham dan zakat KWSP."
  
Kemudahan Skim Thohir secara online diperkenalkan bagi memudahkan lagi pembayar zakat. Pengguna dan pembayar zakat dialu-alukan menggunakan kemudahan Skim Thohir online ini kerana mereka boleh mentaksir zakat dan taksiran tersebut akan disimpan dalam Rekod Taksiran.
  
Pengguna juga boleh mencetak, memadam atau membayar zakat yang telah ditaksir kerana ia mengandungi jumlah taksiran tahunan dan bulanan.
  
Mohammed berkata langkah untuk membuat pembayaran zakat secara pemotongan gaji menerusi skim yang diperkenalkan PPZ-MAIWP ini sangat mudah.
  
Pembayar hanya perlu mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji (PPZ 052) secara online dan pihak PPZ-MAIWP akan membuat susulan kepada bahagian gaji atau majikan pembayar. Proses ini mengambil masa dalam tujuh hari bekerja untuk tindakan selanjutnya.

KELEBIHAN POTONG GAJI ZAKAT ONLINE

Beliau turut menyenaraikan faedah yang diperoleh pengguna menerusi skim berkenaan. Selain membolehkan taksiran zakat dilakukan sendiri secara online, pembayar zakat juga boleh mengisi borang potongan gaji secara online.
  
Manakala segala urusan potongan gaji akan dikendalikan sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP dengan pihak majikan. Pembayar juga boleh melakukan semakan penyata secara online.

Bagi pembayar yang telah membuat bayaran zakat di kaunter-kaunter zakat di Wilayah Persekutuan, mereka juga boleh membuat semakan pembayaran rasmi dengan cara mendaftar terlebih dahulu di portal berkenaan.
  
Kemudahan lain, pembayar boleh memohon salinan resit dan penyata melalui e-mel dan akan dipos ke alamat yang didaftarkan. Malah pembayar juga boleh mencetak rekod bayaran yang telah dibuat.

KEWAJIPAN BERZAKAT


Zakat diwajibkan ke atas setiap umat Islam yang mencukupi syarat-syarat berzakat iaitu Islam, merdeka, milik yang sempurna, cukup nisab, cukup haul dan niat untuk berniaga.
  
Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran: "Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu kerjakan." Al-Baqarah: 110
  
Sebagai satu daripada rukun Islam yang lima, kewajipan menunaikan perintah dan ibadah kepada Allah ini bertujuan untuk memberi ketenangan serta pendapatan yang berkat kepada si pembayar zakat. Manakala di pihak yang layak menerima zakat(asnaf) pula, hasil kekayaan itu dapat dirasai bersama dan membantu mengurangkan beban kesusahan mereka.
  
Oleh itu ibadat zakat yang diwajibkan adalah pembahagian harta kekayaan yang dimiliki oleh golongan kaya kepada golongan miskin mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarak. Dengan cara ini, semua golongan manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah s.w.t yang terdapat di muka bumi ini.
  
Menurut Mohammed, pihak PPZ-MAIWP turut berharap dengan kemudahan pembayaran zakat secara dalam talian ini, mereka yang layak membayar zakat dapat segera menunaikan zakat yang wajib ke atas mereka. Ia sekaligus dapat meningkatkan kutipan zakat dan membantu mereka yang memerlukan terutama di Wilayah Persekutuan.
 
BAYARAN ZAKAT DAN CUKAI INDIVIDU


Beliau turut menjelaskan bahawa mereka yang membayar zakat boleh mendapat rebat cukai pendapatan individu seperti yang terdapat dalam akta Rebat Zakat Individu (Mastautin).

Bayaran zakat dibenarkan potongan sebagai rebat di bawah Sek 6A (3) ACP 1967 yang berkuatkuasa mulai tahun 1978:
  
'Rebat hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.'
  
Beliau menambah, bagi kemudahan rebat bulanan atas Potongan Cukai Berjadual (PCB), majikan boleh menyelaraskan potongan cukai bulanan zakat daripada potongan cukai bulanan membayar cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  
Penyelarasan terus hendaklah dibuat dengan mengambilkira amaun zakat dan mengurangkan daripada PCB sesuatu bulan.
  
Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan PPZ nombor 1-300-88-5757 atau layari laman web www.zakat.com.my . - Bernama

Antara AES, hudud dan hipokrit Umno

Sulaiman Selamat,
Umum sudah mengetahui bahawa Automated Enforcement System atau ringkasnya AES telah mula dilaksanakan di Malaysia dilokasi-lokasi tertentu. Sehingga kini sudah 14 daripada 831 lokasi telah dipasang kamera AES. Sejak AES beroperasi pada September lalu hampir 80 ribu saman telah dikeluarkan.

Walaupun mendapat bantahan daripada pengguna jalan raya sama ada pertubuhan bukan kerajaan, perti pembangkang, orang persendirian mahu pun ahli parlimen kerajaan sendiri, AES terus dilaksanakan.

Kerajaan dilihat begitu komited melaksanakan AES yang diswastakan kepada Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Pelbagai hujah dijadikan sandaran dan yang paling kerap digunakan ialah pelaksanaan sistem ini demi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Media arus perdana digunakan sepenuhnya untuk mempertahankan tindakan kerajaan ini.

Yang menjadi persoalan ialah, kenapa dalam hal AES kerajaan begitu bersungguh-sungguh berusaha memastikan sistem ini terlaksana. Amat jauh berbanding dalam isu pelaksanaan undang-undang jenayah Islam – yang di dalamnya terkandung hudud.

Apabila diminta melaksanakan hudud, maka bermacam-macamlah alasan dan dalih supaya undang-undang tersebut tidak dilaksanakan. Bukan itu sahaja, Umno-BN menggunakan kuasa yang ada pada mereka menghalang orang lain yang mahu melaksanakannya.

Padahal, kewajipan melaksanakan undang-undang Islam itu datangnya daripada Allah SWT, berbanding AES yang hanya dicipta untuk menangani kemaslahatan semasa.

Dalam hal ini, saya sebagai rakyat Malaysia, muslim dan yang cintakan Islam melihat Umno-BN bersikap hipokrit. Sepatutnya, setelah memerintah lebih 55 tahun, tidak timbul lagi pertikaian tetang hudud. Kuasa dan masa yang ada sepatutnya digunakan sebaik-baiknya memberi kefahaman kepada rakyat Islam dan bukan Islam tentang kebaikan undang-undang Islam.

Oleh itu, sudah sampai masanya Umno-BN direhatkan dan memberi peluang kepada orang lain yang benar-benar berniat mendaulatkan hukam-hakam Islam di bumi Malaysia ini.

Saham Felda Bawah Paras Harga Penyenaraian – Kecelakaan yang Sudah Dijangka!

http://anakmudamalaysia.com, 12 Nov 2012

Kenyataan Terbuka
12 November 2012
Saham Felda Bawah Paras Harga Penyenaraian – Kecelakaan yang Sudah Dijangka!
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengulangi pendirian awal betapa bahayanya tindakkan kerajaan menyenaraikan kepentingan Felda di pasaran saham. Kerugian seperti yang berlaku hari ini sudahpun dijangka dan kerajaan terlalu biadap terhadap rakyat khususnya warga peneroka apabila terus memperdagangkan Felda di pasaran saham.
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini buat pertama kalinya diniagakan di bawah RM4.55 paras penyenaraian iaitu pada harga RM4.53. Warga Felda juga sebenarnya sudah mula mengalami kerugian sejak saham Felda merundum di bawah paras RM4.70 mengambil kira kos dan faedah pinjaman. Harga pasaran bagi saham Felda hari ini yang berlegar sekitar RM4.50 – RM4.59 pula menjadi mimpi ngeri buat peneroka apabila ditinggalkan rugi tanpa jalan keluar.
SAMM dengan tegas menyatakan bahawa warga Felda telah ditipu oleh kerajaan pemerintah. Tiada jaminan untuk tidak rugi dalam pasaran saham namun kerajaan telah menghasut warga Felda supaya menurunkan tandatangan pinjaman. Akhirnya hanya segelintir pemilik saham ‘express’ mendapat keuntungan luar biasa apabila menjual saham ketika harganya tinggi, manakala pemegang saham majoriti terpaksa menanggung rugi apabila ‘pertahan’ saham Felda kerana ini sahaja harta warga peneroka untuk dipertahankan.
SAMM menggesa satu badan siasatan perlu diwujudkan untuk melihat siapakah yang mengaut keuntungan luar biasa di sebalik FGVH diniagakan. Apakah benar Isa Samad mendapat RM puluhan juta dalam masa yang singkat?
Bailout Lonjakkan Harga Saham
Jika September lalu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berkorban membeli sebanyak 2.2juta saham demi melonjakkan harga saham FGVH, kini lembaga mana pula yang akan bailout FGVH? Apakah giliran Lembaga Tabung Haji? Sedangkan KWSP sendiri tidak jelas justifikasinya untuk membeli saham FGVH yang dijangka tidak mampu bangkit berdasarkan pasaran dan kehendak semasa, termasuklah dari sudut fundamental yang tidak stabil. Wang simpanan pekerja seolah-olah telah dilaburkan ke longkang dan wang mengalir tanpa kembali – rugi!
Sekiranya rakyat punya hak untuk menentukan ke mana halatuju pelaburan KWSP, KWAP, Tabunghaji, Perkeso, LTAT, maka sudah pasti pelaburan ke atas Felda adalah halatuju yang paling dielakkan kerana kerugian yang sudah dijangka ini.
Itulah padahnya sebuah kerajaan Umno yang ego, bongkak, takbur, bodoh sombong yang tidak mendengar kata yang akhirnya menyusahkan orang yang sudah sedia susah. Keringat warga peneroka zaman berzaman membangun Felda umpama tidak lagi bernilai di mata Kerajaan. Apakah ini maksud sebenar ertikata membela rakyat? Apatah lagi ‘jauh panggang dari api’ untuk membela melayu kerana hanya kroni dan konglomerat sahaja yang dibela setakat ini.
SAMM juga menggesa keras supaya kerajaan bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami dan bertindak segera mengeluarkan FGVH dari pasaran saham dengan kadar casualties paling minima. Tidak guna lagi menunggu kerana kerugian dan kecelakaan ini sememangnya sudah dijangka dan terus dijangkakan.
Bagi SAMM, tidak mustahil warga peneroka akan merempat di tanah sendiri akhirnya dan terpaksa menjadi kuli bekerja keras untuk terus memberi kekayaan  kepada ‘tuan tanah’ yang baru merujuk kepada pemilik mutlak saham Felda apabila ianya ‘diselamatkan’. Benarlah tekaan rakyat mengenai nasib Felda, dimulakan oleh Tun Razak, dan diakhiri oleh Najib Tun Razak. Begitulah nasib Felda.
Sekian

Azlan Ishak
Penyelaras Kebangsaan
Segmentasi Felda dan Luar Bandar
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Kenyataan berkaitan di sini

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Penduduk berhimpun bantah pengusiran

Harakahdaily, 12 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Sekumpulan penduduk Kampung Semangat, Tampoi Johor mengadakan perhimpunan aman membantah pengusiran penduduk kampung tersebut, semalam.

Penyelia Pusat Aduan rakyat Kempas Suhaizan Kaiat berkata, mereka memohon Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menjadi orang tengah menyelesaikan masalah penduduk dengan pihak Danga Bay Sdn Bhd. yang berlarutan sejak September tahun lalu.

Himpunan tersebut ekoran notis guaman dari Tea, Kelvin kang dan Company pada 8 September 2011, yang meminta penduduk mengosongkan tanah tersebut sebelum 31 Oktober 2011.

Notis ini bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas nama pelanggan (tuan tanah).

Pada 9 Oktober 2011, suatu pertemuan diadakan antara penduduk kampung dengan Adun Kempas, Datuk Osman Sapian. Ketua Masyarakat Kampung Semangat yang juga Ketua MIC Cawangan Kampung  Semangat,K.K.Krisnan menyerahkan suatu tuntutan kepada Abdul Ghani melalui Osman.

Namun sehingga kini tiada sebarang jawapan diterima daripada pihak kerajaan.

Jawatankuasa Bertindak yang ditubuhkan kemudiannya menghantar satu permohonan tuntutan Ikhsan dan Saguhati kepada Danga Bay Sdn Bhd pada 8 Oktober lalu, juga tiada sebarang jawapan daripada Danga Bay Sdn. Bhd.

Seterusnya, pada 18 Oktober lalu, penduduk menerima notis Kedua dari  Tetuan Tea, Kelvin Kang & Company yang menyatakan site clearing akan bermula mulai 19 Oktober dan meminta penduduk mengosongkan rumah mereka sebelum tarikh tersebut.

Penduduk turut diugut oleh gengster-gengster yang datang dari luar. Akibat takut kepada gangster ini, beberapa keluarga berpindah dari tempat ini.

Sebahagiannya menerima wang pampasan berpindah sementara sebahagian lagi tidak menerima sebarang pampasan. Keluarga yang masih tinggal di kampung ini hanyalah 180 keluarga sahaja.

Pada 1 November lalu, lebih kurang 30 orang yang dipercayai gengster dibawa masuk untuk kali kedua, rumah-rumah kosong pula dirobohkan. Kumpulan itu turut membawa masuk 1 bulldozer dan 2 JCB dengan tujuan membersihkan kawasan itu.

Kampung ini terletak di Batu 7.5 Jalan Skudai, Simpang Kempas Lama, Tampoi, Johor. Tanah berkeluasan 63.2573 hektar telah dianugerahkan kepada Datuk Toh Ah Boon pada tahun 1930 oleh Sultan Ibrahim.

Toh Ah Boon telah meninggal dunia pada 1 April 1932 dan tanah tersebut telah diserahkan kepada pewarisnya Toh Gim Cheng. Pada tahun 1975 Toh Gim Cheng telah melantik Low Sue Heng sebagai wakil. Pada 14 Februari 2011 tanah tersebut(Lot 153, Mukim Tebrau) telah dijual oleh Low Sue Heng @ Low Sui Heng kepada Danga Bay Sdn. Bhd.

Pada awalnya terdapat 400 keluarga tinggal di kampung ini. Pelbagai kemudahan terdapat dikampung ini termasuk surau, kuil, dewan orang ramai, gelangang bola keranjang dan lain-lain. Terdapat juga penempatan orang tua dan orang cacat di sini.

Memandangkan penduduk kampung ini telah tinggal lebih daripada 50 tahun dan mereka telah terlibat dalam menyediakan tenaga-tenaga buruh sekitar Johor Baharu. Mereka pernah mendapat kebenaran lisan daripada Dato Toh Ah Boon untuk menanam sayur di kawasan tersebut.

Penduduk kampung adalah terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah.

Tuntutan penduduk terhadap Danga Bay Sdn. Bhd adalah seperti berikut :

1. Wang saguhati sebanyak RM 30,000.00 untuk setiap rumah.
2. Menyediakan rumah sementara atau rumah panjang kepada setiap keluarga.
3. Menyediakan wang urusan perpindahan.
4. Memberi tempoh yang berpatutan untuk berpindah.
5. Memberi keutamaan kepada pemilik premis perniagaan untuk membeli premis di tempat yang dibangunkan.
6. Menangguhkan sementara langkah-langkah penguatkuasaan / tindakan undang-undang terhadap semua penduduk sehingga selesai tuntutan.
7. Membina rumah murah/ rumah mampu milik mengikut kesesuaian untuk ditawarkan kepada penduduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan