Khamis, 15 November 2012

YANG NI BAGAIMANA TUAN

Harussani: Nurul Izzah wajib bertaubat, tarik balik kenyataan

14 November 2012
Harussani Zakaria
$entry.content.caption.value
IPOH - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan supaya anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.
  
Beliau juga mengulangi nasihat itu untuk seluruh pengikut pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu kerana ia adalah berdosa besar.
  
"Dia (Nurul Izzah) terlampau mudah buat kenyataan seperti itu. Dia perlu bertaubat, bertaubatlah dan tarik balik kenyataan dalam ucapannya itu. Minta maaflah kepada semua. Manusia ini tidak lari daripada melakukan kesilapan, kita mudah melakukan kesilapan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Katanya pengikut pemimpin pembangkang itu juga bersubahat dalam tindakan atau perbuatan yang tidak dibenarkan oleh agama Islam dan berdosa besar.
  
"Orang ini (pengikut) ini bersubahat dan berdosa besar, mereka wajib bertaubat...perlu menggunakan akal yang waras. Jangan permain-mainkan agama," katanya.

Katanya kenyataan seperti yang diungkapkan oleh Nurul Izzah itu akan memudahkan perbuatan atau tindakan yang dilarang oleh agama Islam.
  
Beliau berkata sekiranya Nurul Izzah tahu, sedar dan faham yang diucapkannya maka akidah pemimpin parti pembangkang itu telah rosak dan telah keluar daripada pegangan akidah sebagai seorang Islam.
  
"Islam terima kewarasan akal, jika dia tahu, sedar, faham serta ada pengetahuan dan keyakinan (tentang apa yang diucapkannya) maka dia wajib bertaubat," katanya.
  
Laporan portal berita propembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
  
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah.
  
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya, Selangor pada 3 Nov. - Bernama


YANG INI MACAM MANA....BIAR BERPOLITIK SIHAT DAN BERPENDIDIKAN....SEMUA MATI DAN DIPERTANGGUNG JAWAB DIHADAPAN ALLAH SWT

KEBANYAKAN SENJATA MAKAN TUAN...KATA DULANG PAKU SERPIH

Penyokong Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad
4:14PM Nov 12 2012
Kumpulan penyokong Pakatan Rakyat giat mengongsi satu laporan memetik kenyataan bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang didakwa membenarkan orang Melayu keluar daripada Islam sekiranya golongan itu mahu berbuat demikian.

Laporan bertarikh Julai 2007 dari media Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat.

Kemunculan semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu.

Laporan media Singapura yang ditonjolkan oleh penyokong Pakatan itu adalah daripada satu sidang media Abdullah di Putrajaya – di mana bekas perdana menteri itu dilaporkan bercakap dalam kapasiti peribadi.

Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today, Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."

"Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?

"Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Abdullah turut menggesa pegawai-pegawai agama agar memahami masalah dan rintihan golongan yang bercadang meninggalkan Islam.

"Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengan rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam).

"Ada disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti dilaporkan.


JANGAN NAMPAK ORANG....DIRI SENDIRI LUPA....KUMAN DISEBERANG NAMPAK...GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK...HAIRAN BIN AJAIB

Menteri: Elok siar seluruh kenyataan Nurul di forum

  • Bernama
  • 6:26AM Nov 8 2012

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata adalah elok disiarkan keseluruhan kandungan forum dimana Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan mengenai kebebasan beragama.
"Saya ingat kalau nak bincang tentang ini lebih jelas, elok disiarkan keseluruhan forum yang dibuat di tempat tersebut. Saya ingat tidak timbul barangkali kalau kita katakan persoalan media massa (putar belit).
  
"Kita tidak harus bermain politik dalam hal yang berkaitan akidah, hal yang berkaitan dengan pegangan sesuatu umat dan juga hal yang berkaitan dengan hal yang amat penting untuk umat Melayu dan Islam itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan siaran TV Alhijrah di Kelantan di Kota Bharu semalam.

Jamil Khir diminta mengulas kontroversi ekoran kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu yang dilaporkan sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.
  
Jamil Khir berkata perkara tersebut perlu diperjelaskan sebaik mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Nurul Izzah Anwar bagaimanapun kemudiannya menafikan bahawa kenyataan beliau dalam forum awam itu menggalakkan umat Islam murtad.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegas Nurul Izzah.

Sementara itu, mengenai siaran TV Alhijrah, Jamil Khir berkata kini seluruh negara mendapat siaran tersebut dan siaran yang kurang jelas bagi kawasan di sesetengah negeri akan diperbaiki.
Katanya, stesen tersebut akan membuat pelbagai inovasi dan kreativiti supaya rancangan yang berbentuk dakwah itu meliputi semua peringkat umur dan mencapai matlamatnya.
  
Beliau berharap maklumat bersifat keislaman yang terkandung dalam rancangansiaran stesen tersebut akan terus berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.
  
Penduduk negeri ini kini boleh menonton siaran TV Alhijrah secara percuma di saluran 48 melalui frekuensi 687.25 megahertz.
  
- Bernama





INI TAK MELAMPAU KE...TAK ROSAK KE IMAN...MUFTI2 DAN DR HASAN ALI TAK TAHU KE...JANGAN PILIH BULU BILA NAK TEGUR....KENAPA BISU...KATA ORANG SEDAP...LIHATLAH DIRI JUGA....INSAFLAH ....PANJANG UMUR MACAM MANA PUN....AKHIRNYA MATI JUGA

Nurul Izzah tindak melampau, kata Mahathir

11 November 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
LANGKAWI -  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.

Laporan media pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November.









Liked · 11 hours ago


Seorang A politikus parti 123 berkata "Aku mendapati patung barbie boleh digunakan untuk kanak-kanak". Orang B melaporkan "A berkata bahawa babi itu halal dan boleh dimakan oleh kanak-kanak". Orang dari parti C berkata "Jahatnya A, menghalalkan yang haram".

A menjawab "Eh, saya kata PATUNG barbie, bukan babi!".

C dan rakan2nya D,E F berkata " Tak guna berdolak dalik..kamu memang menyokong liber
al dan menghina Islam"

Z ditanya oleh media sedang dia tidak mendengar sendiri lalu memberi komen "Ish, ini sudah teruk, kalau dia menghalalkan babi, saya merasakan dia adalah agen Yahudi di negara kita"


Pengajaran Ringkas :

a) Apabila seseorang menafikan dia bercakap sesuatu, itulah yang patut dipakai, bukan intrepretasi orang ramai. Malah jika betul sekalipun dan ia kemudian menafikan, itu bermakna dia tersilap lidah dan tersasul & ingin membetulkan.

b) Namun kerana politik, TIADA ISTILAH tersasul atau tersalah, semuanya MESTI SENGAJA NAK SALAH, walau dah diperbetulkan.

c) Oleh kerana itu bentuk iklim politik kita, sebagai orang awam yang baik, kita MESTI menahan diri dari terus mempercayai, sebaliknya menapis dengan rujukan dan kajian sebelum percaya. Jika tidak sempat, tidak perlu percaya terus..

d) Contoh di atas TIADA ditujukan kepada mana-mana kes tertentu dan parti secara specifik, ia untuk umum dan pelbagai kes semasa dan melibatkan semua parti. Kerana ia seolah sudah jadi, fenomena negatif dalam masyarakat hari ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan