Isnin, 26 November 2012

SEBENARNYA KATA RAKYAT DIDAHULUKAN TU TAK BERAPA DIAMALKAN@DITEKAN SANGAT...YANG PENTING MENGAUT KEUNTUNGAN...DAN MENYOROKKAN SEGALA PENYELEWENGAN...TAPI TAKPE...AKHIRAT MEREKA INI TAK KAN TERLEPAS....AZAB ALLAH AMAT PEDIH

Adun BN 'wakil Syabas' bukan 'wakil rakyat'

Harakahdaily, 26 Nov 2012

SHAH ALAM: Para Ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional (BN) diminta tidak menjadi wakil rakyat syarikat bekalan air Selangor, Syabas tetapi menjadi wakil rakyat yang sebenarnya.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) ketika menjawab soalan dalam sessi soal jawab di DUN Selangor pagi ini kesal kerana wakil rakyat BN lebih cenderung membela Syabas dari membela rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berhujjah dengan Adun Permatang, Sulaiman bin Abdul Razak yang cuba membela Syabas.

Penyataan Khalid dibantah oleh seorang Adun BN yang lain dengan menggunakan peraturan mesyuarat tetapi ditolak oleh Timbalan Speaker, Haniza Mohamed Talha.

Sulaiman ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Khalid  meminta beliau menjelaskan benar atau tidak Kerajaan Negeri telah menyekat Syabas dari menguruskan air tidak ada hasil (Non revenue water -NRW).

Khalid menafikan hal itu kerana pihak kerajaan negeri menguruskan hal itu hampir setiap hari melalui satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Sehubungan itu, beliau menjemput wakil Syabas berkenaan agar hadir ke mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa itu.

Khalid juga menegaskan, jika Kerajaan Persekutuan mahu memperjuangkan rakyat, mereka perlu bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri menstruktorkan semula pekhidmatan air di Selangor.

Masalah besar kepada kerajaan BN Selangor sebelum ini, kata Khalid, adalah lebih kepada 'Contract Management' bukannya 'Resouce management'.

"Mereka lebih pentingkan usaha untuk mendapatkan kontrak dari menguruskan sumber yang ada," kata Khalid.


Kempen tipu rakyat



Khalid juga memberitahu, kempen kekurangan air di Selangor kerana penolakan keraajaan negeri terhadap projek Langat 2 adalah kempen tipu rakyat.

"Kalau Langat 2 dapat menyelesaikan masalah inipun, ia akan sampai 2 tahun akan datang (selepas ia selesai).

"Lebih baik buat kempen kurangkan NRW (dari kempen tiada air)," kata Khalid.

"Saya telah buktikan, sebagai MB dan sebagai orang yang pentingkan pengurusan ekonomi yang baik.

"Jika ada RM4,000 juta untuk tambah air selangor, lebih baik kaji punca air di Selanngor untuk tambah sumber air tetapi ia tidak dibuat," katanya.

Bagi Khalid, cara Singapura lebih baik kerana mengkaji sumber air sendiri tetapi "kita tidak buat dengan betul."

"Saya lebih minat buat cara ini kerana ia sesuai untuk nilai wang kita (velue for money)," kata Khalid.

Peluang Pakatan Rakyat menang di Johor seimbang

Dr Zuhdi Marzuki, 26 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Berdasarkan analisis Pusat Penyelidikan PAS (PPP) terhadap kajian-kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) seperti yang diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini, peluang untuk Pakatan Ralyat menawan Johor adalah seimbang.

Meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai “fix deposit” Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat UMNO, penemuan-penemuan hasil daripada kajian-kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberansangkan, kata Dr Zuhdi Masduki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau mengulas kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

PPP, kata Dr Zuhdi, menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor adalah cerah sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik pengundi-pengundi Melayu di samping mengekalkan momentum perubahan pengundi-pengundi Cina di negeri tersebut.

13 kerusi tidak selamat

Berdasarkan analisis PPP, sokongan akar umbi BN di 13 kerusi Parlimen di Johor adalah berada di bawah 50% iaitu Segamat, Labis, Ledang, Bakri, Muar, Batu Pahat, Keluang, Gelang Patah, Teberau, Pasir Gudang, Johor Baharu, Pulai dan Kulai.

Kemenangan sesuatu parti di kawasan-kawasan berkenaan akan bergantung kepada pengundi-pengundi atas pagar termasuklah mereka yang hanya di saat akhir membuat keputusan.

Daripada kawasan-kawasan tersebut, lapan kawasan pula memperlihatkan sokongan akar umbi BN berada di bawah 44 % yang biasanya di ketegorikan sebagai kawasan kelabu hitam bagi BN.

"Kebanyakan kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan campuran, iaitu perbezaan antara komposisi pengundi Melayu dan Bukan Melayu tidak besar," kata Dr Zuhdi.

Sepertimana yang disebut oleh Naib Presiden PAS,  Salahuddin Ayub, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh sebuah kumpulan kajian politik dari sebuah universiti awam, sokongan pengundi-pengundi Melayu di Johor kepada Pakatan meningkat antara 3 % - 5 %, katanya.

"Berdasarkan analisis PPP pula, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat 2 % - 3 % kepada Pakatan, yang kebanyakannya datang daripada pengundi-pengundi muda dan golongan kelas pertengahan," beritahu Dr Zuhdi.

Peningkatan sokongan pengundi Melayu ini ditambah pula dengan perubahan besar sokongan pengundi Cina, akan menjana peralihan (swing) undi yang amat signifikan, sehingga dijangkakan tidak kurang 7 lagi kerusi parlimen boleh jatuh kepada PR di samping kerusi PR yang sedia ada.

"Penemuan ini hampir selari dengan penemuan kajian MPN yang menyatakan 9 kerusi parlimen di Johor dalam kategori hitam bagi BN," katanya.

Pola sokongan pengundi-pengundi di Parlimen ini, katanya, turut mempengaruhi pola sokongan di peringkat DUN.

Hanya 26 DUN putih BN

Berdasarkan analisis PPP, dari segi kawasan DUN di negeri Johor pula, hanya 26 kerusi DUN di negeri Johor yang dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam.

Kerusi-kerusi DUN yang dikategorikan sebagai putih bagi BN di Johor ialah Buluh Kasap, Kemelah, Bukit Serampang, Jorak, Serom, Bukit Naning, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Penggaram, Senggarang, Mahkota, Kahang, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.

"Bagaimanapun kedudukan ini, tidak mengambilkira isu-isu terkini seperti kes RAPID di kawasan Parlimen Pengerang yang melibatkan DUN Penawar dan Tanjung Surat, serta cadangan menamakan calon Menteri Besar Melayu oleh PR," tambah beliau.

Tindakan menamakan calon Melayu sebagai Menteri Besar Johor oleh PR memberi impak besar kepada peralihan sokongan pengundi terutama golongan muda dan kelas pertengahan, beritahu beliau.

"Sebenarnya perlantikan Menteri Besar Johor di kalangan kaum Melayu bukanlah isu kerana sememangnya Undang-undang Tubuh Negeri Johor perkara 31 dan perkara 34 telah menetapkan sedemikian. Bagaimanapun, ramai pengundi Melayu yang tidak menyedari perkara ini, menyebabkan mereka bimbang kalau PR menawan Johor," jelasnya.

Katanya, tindakan menamakan calon Melayu sebagai Menteri Besar oleh PR sememangnya memberikan kesan positif.


Salahudin 74 %

Menurut kajian MPN terhadap “Tingkah Laku Pengundi” dalam memilih pemimpin negeri Johor, Salahuddin Ayub memperolhi kedudukan yang tertinggi iaitu 74 % diikuti Mazlan Aliman 71 %. Pemimpin-pemimpin UMNO tertinggal di belakang termasuk Menteri Besar Johor sekarang.

Berdasarkan penemuan-penemuan di atas, hasil analisis PPP terhadap kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa pihak, peluang PR untuk menawan Johor adalah seimbang.

Kedudukan PR, katanya, semakin cerah dengan bangkitnya isu RAPID di Pengerang dan peningkatan pengundi Melayu disebabkan keyakinan terhadap kepimpinan Melayu Johor dari kalangan PR.

Selain daripada itu, beberapa isu yang besar seperti isu FELDA, Projek Wilayah Iskandar dan kepememimpinan bersih adalah berpihak kepada PR.

Oleh sebab itu, perluang PR untuk menawan Johor disebabkan perkembangan-perkembangan mutakhir ini adalah semakin cerah, tegas beliau lagi.

Kelantan lancar hotel apartmen eksklusif

Rizal Tahir, 26 Nov 2012

(Datuk Ahmad berkata sesuatu kepada Wan Ismail  berkaitan hotel apartmen yang bakal dibina ini)

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan kini dalam rangka membina hotel apartmen eksklusif yang dikenali sebagai Embunuri @ Sireh.

Selepas kejayaan anak syarikat PKINK, iaitu Kelkon Sdn Bhd, merintis apartmen KTC, akhirnya syarikat tersebut menjadi tuan rumah lagi untuk membina kediaman eksklusif tersebut.

Harga yang ditawarkan seunit antara RM180,000 hingga RM1.3 juta yang disediakan sebanyak 418 unit keseluruhannya termasuk rumah kedai.

Majlis pecah tanah Embunuri itu telah disempurnakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob yang mewakili Tuan Guru Menteri Besar.

Projek berkenaan usahasama Kelkon Sdn Bhd dengan sebuah syarikat swasta Ara Asa Property Management Sdn Bhd.

Datuk Ahmad Yaacob, ketika berucap pada majlis itu berkata, projek yang terletak di Lembah Sireh begitu strategi berhampiran Sungai Kelantan, di sekitar Bandar Kota Bharu.

Katanya, projek itu memakan masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

“Kerajaan Kelantan yang berteraskan Islam di bawah kepimpinan ulamak jelas membuktikan kejayaannya dalam melaksanakan pembangunan mengikut syara’.

“Dakwaan yang mengatakan Islam mengenepikan pembangunan adalah dakwaan dangkal yang terpesong dari kehendak Islam sebenar,”ujarnya.

Lebuhraya LPT 2: Bebanan kos ditanggung rakyat

-, 26 Nov 2012


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Soon mengumumkan di Parlimen baru-baru ini bahawa Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 yang menghubungkan Terengganu ke Kuala Lumpur hanya dijangka dapat dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada Ogos 2014.

Projek sejauh 185 kilometer yang pada asalnya menelan kos RM3.7 billion masih tidak dapat digunakan sepenuhnya setelah berlakunya kelewatan yang ketara dari tarikh jangka siap.

Timbalan Menteri berkenaan juga menyatakan bahawa sebab utama berlakunya kelewatan ia disiapkan adalah kerana  kegagalan kontraktor menyiapkannya mengikut tempoh yang ditetapkan kerana kesan dari kenaikan harga barangan pembuatan pada 2007-2008.
Akibatnya, 10 dari pakej lebuhraya itu terpaksa ditender semula. Projek yang bermula pada awal tahun 2006 ini pada mulanya dijadualkan siap akhir 2010.

Namun ia telah mengalami kelewatan yang ketara dan hanya dijangkakan akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2014.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Datuk Za’abar Mohd Adib menyatakan bahawa Kerajaan negeri mewujudkan banyak pakej untuk projek lebuhraya LPT 2 ini kerana pada asalnya ingin memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera tempatan Terengganu bagi menjalankan kerja-kerja.

Malangnya rata-rata kontraktor yang dilantik mendakwa projek itu tidak dapat disiapkan kerana disebabkan beberapa faktor iaitu kemendapan tanah, kenaikan harga barang dan kecurian kabel elektrik.

Akibat dari itu kerajaan negeri terpaksa menamatkan enam tender yang telah diagihkan kepada enam syarikat.

Persoalan besar yang timbul adalah kenapakah projek yang menelan belanja lebih RM 3.7 billion ini amat jauh tersasar dari tarikh jangka siap iaitu pada tahun 2010 lagi.

Begitu juga dengan tanggungan kosnya kini telah melambung tinggi kepada lebih RM5 bilion akibat berlakunya kelewatan yang amat ketara.

Kini timbul persoalan, pihak manakah pula yang akan menanggung semua kos tambahan akibat kelewatan yang amat ketara ini?

Namun realitinya projek mega LPT 2 ini yang tertangguh lebih 3 tahun daripada jadual asal adalah akibat dari kerenah 'kontraktor kroni’ yang bermasalah.

Apa yang nyata, kegagalan projek ini ada suatu pakatan kerjasama antara beberapa kalangan pimpinan Umno  negeri Terengganu dan ‘kontraktor kroni’ yang mengaut habuan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Anugerah setiap pakej kontrak pula ditentukan oleh ’tangan politik’ pemimpin-pemimpin Umno/BN.

Begitu juga dengan punca utama kelewatan membuat keputusan oleh pengurusan di peringkat Kerajaan Pusat terutamanya dari Jabatan Kerja Raya sendiri.

Ianya bukan sekali-kali kerana kelemahan pegawai yang menjalankan tugas, tetapi  kerana gangguan oleh kroni dan kuncu-kuncu politik Umno yang mempunyai hubungan dengan Menteri dan pejabat Perdana Menteri sendiri.

Walaupun terdapat banyak bukti-bukti kukuh bahawa kroni Umno terlalu berpengaruh hingga usaha untuk ‘membersihkan’ projek lebuhraya ini dari sebarang unsur rasuah dan penyelewengan, namun, usaha ini menjadi sia-sia akibat tekanan politik dan ianya terus lewat dari tempuh yang ditetapkan.

Sebagai contohnya, tender untuk pakej 4 dan 7 projek lebuhraya LPT 2 ini telah beberapa kali terpaksa ditangguhkan kerana adanya  tangan-tangan ghaib dari kalangan pimpinan Umno Terengganu yang menggangu urusan pegawai-pegawai yang menjalankan tugas mereka.

Kegagalan itu adalah disebabkan oleh yang dapat kontrakt bukan dari kalangan kontraktor, tapi pemilik lesen dari kalangan Umno yang memiliki lesen kontraktor kelas A dan dikatakan Berwibawa.

Mereka-mereka ini mendapat kontrak, namun apabila mendapatnya, ia terus di jual kepada broker yang lain bagi mengaut keuntungan yang cepat.

Mereka ini ibarat menyapu untung ‘Atas Angin’ dengan menjualnya kepada orang tengah. Akibatnya rakyat kini terpaksa menanggung kerugian yang berbilion ringgit.

Ya, inilah realiti di negeri penyu bertelur ini. Rakyat akan terus terpaksa menanggung bebanan kemiskinan dan kesempitan hidup yang amat memeritkan.

Kerajaan negeri pula terus berbelanja mewah untuk kroni dengan pelbagai projek Mega yang berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus  dan pembaziran yang berterusan.

Kontraktor kroni akan terus mengaut laba keuntungan dari titik peluh rakyat yang miskin. Malang, Oh sungguh malang nasib rakyat Ganu Kite ini.



*Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Adu  Batu Buruk, Terengganu. Email: syedazmans@yahoo.co.uk, Twitter; @syedazman

Lynas: Pilih kerajaan yang dengar suara rakyat

Harakahdaily, 26 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau Anti Lynas berjaya menyerahkan tiga resolusi kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas "mesyuarat rakyat" di Dataran Merdeka pagi tadi.

Tiga resolusi tersebut adalah:

1. Menuntut pembatalan segera Loji Nadir Bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

2. Penghentian atau penilaian projek-projek memudaratkan di Malaysia seperti di lombong emas Bukit Koman, pemasangan kabel voltan tinggi di Rawang, projek insinerator di Cameron Highland, projek bijih besi Lumut, projek Rapid, pembinaan serta perampasan tanah orang Asal di mana kerajaan perlu melakukan perundingan awal dengan masyarakat awam dan sesiapa sahaja yang terbabit dalam hal alam sekitar.

3. Memastikan segala rancangan pembangunan adalah mapan dan sejajar dengan prinsip-prinsip piagam bumi.

Ia dibacakan oleh Zamri yang menyertai perjalanan sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack sewaktu berucap dalam 'persidangan rakyat', menyeru golongan itu memilih kerajaan yang mendengar suara rakyat.

"Kami memerlukan kerajaan yang bersih dan adil. Kerajaan yang mengambil berat dan mendengar suara rakyat. Kerajaan yang bersama-sama dengan rakyat," katanya sambil diiringi dengan laungan slogan 'Hidup rakyat' dan 'Rakyat bangkit' oleh peserta perhimpunan.

Antara ahli parlimen dan Adun Pakatan yang kelihatan bersama-sama berhimpun ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, William Leong (Selayang), Tan Kok Wai (Cheras), Fong Poh Kuan (Batu Gajah), Dr D Jeyakumar (Sungai Siput) dan Chong Eng (Bukit Mertajam).

Wong yang mengetuai perarakan berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur bermula 13 November lalu bermalam di sekitar Dataran Merdeka selepas tiba di situ kira-kira jam lima petang semalam.

Mereka nekad menyuarakan bantahan terhadap operasi Loji Nadir Bumi Lynas, di Kuantan, Pahang.

Mereka berhimpun sehingga jam 10 pagi tadi dan bersurai selepas menyerahkan resolusi.

Himpunan Hijau turut mendapat sokongan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain seperti Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, Gabungan NGO Pengerang, dan NGO anti empangan Murum.

Guru dipecat kerana dengar ceramah Pakatan

Harakahdaily, 26 Nov 2012
LABUAN: Kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Qatrun Nada Latfi (gambar), yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan telah menerima notis pemecatan sebulan.

Beliau menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September 2012.

Qatrun Nada telah disiasat dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa pada 1 Disember ini.

Walau bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat UMNO Labuan pada 9 Oktober 2012.

Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Tidak lama selepas panggilan itu, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat JAWI Labuan untuk disiasat mengenai kegiatan luar beliau pada 22 Oktober 2012.

Sehubungan itu, NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan.

Sebagai sebuah agensi awam, JAWI sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan, kata Koordinatornya, Mohd Faris Abdullah.

Bagi beliau, campur tangan ini hanya mencemarkan imej JAWI sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.  

Katanya, kegagalan JAWI memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini menguatkan dakwaan bahawa JAWI telah dipengaruhi oleh kepentingan Politik UMNO sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi JAWI sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam, tambah beliau.

"INSAN  juga mengecam tindakan UMNO yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

"UMNO sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sehubungan dengan itu,  INSAN akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Hj Che Mat Bin Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan JAWI daripada sebarang campur tangan politik sempit.

INSAN juga akan mengadakan sidang media  bagi mendedahkan penglibatan UMNO dalam isu ini.

"INSAN memiliki bukti kukuh yang akan menunjukkan penglibatan UMNO sebagai dalang yang menzalimi rakyat hanya kerana kepentingan politik," katanya.

Qatrun Nada binti Mohd Latfi merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan.
Beliau dilantik sebagai guru sementara di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi menuntut Air bersih di UMS Labuan pada tahun 2009.

Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang 9 Disember

Khairil Abdul Rahim, 26 Nov 2012
(Dr Hamzah (duduk, dua kiri) menyampailan ucapan dalam sidang media berkaitan Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Pahang)


TEMERLOH: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang akan diadakan pada 9 Disember ini di Dataran Rakyat, Kerdau dengan tema “Ubah Sekarang Selamatkan Pahang”.

Menurut Pengarah Himpunan Dr Hamzah Jaafar, program disertai oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), STOP LYNAS, BERSIH, HIJAU MALAYSIA, KERABAT dan ROYALTI.

Katanya, program akan bermula pada jam 2 petang dengan acara konvoi bermotorsikal Pemuda Pakatan Rakyat. Kemudian diikuti dengan program santai anak muda yang melibatkan artis, golongan pemuda dan wanita serta kebudayaan Orang Asli.

“Pidato pada sebelah malamnya akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Kebangsaan Tuan Haji Mohammad Sabu.

“Himpunan ini mensasarkan kehadiran seramai 30,000 orang dan himpunan ini bakal mencatatkan sejarah kerana ia akan dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang berbilang kaum termasuk orang asal,” katanya dalam sidang media di pejabat PAS Pahang sebentar tadi.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid dan Naib Pengerusi DAP Pahang Koh Boon Heng. Kedua-duanya merupakan timbalan-timbalan pengarah program tersebut.

Himpunan berkenaan merupakan yang keempat selepas diadakan di Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan sebelum sampai ke kemuncaknya di Kuala Lumpur pada Januari akan datang.

Dr Hamzah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, di antara objektif diadakan himpunan ini ialah untuk menggembeleng kekuatan rakyat bersama Pakatan Rakyat dalam menentang Kezaliman BN.

“Himpunan ini juga bertujuan untuk menyedarkan rakyat mengenai kepentingan pilihan raya yang adil dan media bebas. Di samping memberikan maklumat sebenar terutama mengenai isu pemberian BRIM dan belanjawan rasuah BN.

“Justeru itu kami menyeru rakyat di segenap peringkat bagi penyertai program penting ini bagi menyatakan sokongan untuk melakukan perubahan dengan mendengar amanat terakhir sebelum pilihan raya daripada pimpinan,” tegasnya.   


Tahniah pejalan kaki Lynas

Dalam pada itu Timbalan Ketua MPP Pahang Ahmad Nizam Hamid mewakili Pakatan Pahang merakamkan ucapan tahniah kepada pejalan-pejalan kaki anti Lynas dari Kuantan yang selamat sampai ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur semalam.

“Kami juga menyeru Kerajaan Pahang ambil serius tentang suara hati rakyat yang menolak Lynas. Masih belum terlambat untuk hentikan projek ini. Lagipun Kerajaan Pusat sudah umumkan Pahang akan mendapat royalti petroleum,” katanya.

Tawas: Awal dicemuh, kini dikutuk ramai tidak berdaftar

Harakahdaily, 26 Nov 2012
SHAH ALAM: Pada peringkat awal, penubuhan Tabung Warisan Anak-anak Selangor (Tawas) dicemuh, namun kini ia dipertikaikan pula kerana ramai yang tidak mendapat manafaatnya.

Isu ini menjadi pertikaian dalam sidang DUN Selangor hari ini apabila di dibangkitkan oleh Adun MCA dari Sungai Pelek, Yap Ed Wah dalam mesyuarat peringkat jawatankuasa di DUN Selangor.

Beliau mempertikaikan kenapa ramai anak-anak yang lahir di Selangor tidak didaftarkan di bawah skim ini.

Ia berdasarkan laporan audit negara yang mendakwa, seramai lebih 300,000 kanak-kanak lahir di Selangor namun hanya kira-kira 18,000 lebih sahaja yang didaftarkan di bawah Tawas.

Melalui skim Tawas di Selangor, setiap kanak-kanak yang lahir di negeri ini akan diberikan wang RM100 oleh kerajaan negeri dan dimasukkan ke dalam satu tabung.

Tabung ini menjanjikan apabila sampai umur 18 tahun, RM1,500 daripadanya akan dikeluarkan dan diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.

"Kita minta actuaris yang buat kajian. Bila harijadi ke 18, kanak-kanak ini akan dapat RM1,500," kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menjelaskan tabung ini dalam sidang DUN.

Dalam jawapan itu, Khalid juga meminta Adun Sungai Pelek supaya belajar dari pengalaman Amanah Saham Selangor (ASS) yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini yang gagal.

"ASS buat perniagaan dengan melabur dalam pasaran saham. Akibatnya, ASS rugi misalnya harga asalnya RM1, hasilnya tinggal 10 - 20 sen sahaja.

"Tawas lain, kita tidak labur tetapi simpan melalui riserve negeri," kata Khalid yang pernah menubuh dan mengurus Amanah Saham Nasional (ASN) sebelum ini.

Khalid mendedahkan, Tawas tidak mendapat kerjasama yang baik dari badan-badan kerajaan Pusat untuk mendaftar seramai mungkin peserta.

"Kita cuba nak bangunkan Selangor, tetapi kerjasama sangat tidak menggalakkan," katanya.

Khalid membuat penyataan ini ekoran kenyataan Adun Sungai Pelek bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai mekanisma yang baik untuk mendaftarkan peserta Tawas ini.
Khalid juga menjelaskan, Tawas ditawarkan kepada anak-anak yang lahir di Selangor bukan dipaksakan kerana ada yang tidak mahu berdaftar dengannya.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Xevier Jayakumar ketika mencelah mendakwa, berdasarkan pengalaman beliau yang menjaga urusan kesihatan, pihak hospital diberikan arahan agar tidak menyimpan borang-borang Tawas di hospital mereka.

Dakwaan ini dibantah oleh Adun Sungai Pelek dan meminta Exco berkenaan mengemukakan bukti bertulis mengenainya.

Memahami motif dua himpunan

Mohd Sayuti Omar, 26 Nov 2012
Tanpa iklan dan publisiti besar-besaran menerusi akhbar arus perdana dan media eletronik No: 1, 2, dan 3 semalam telah berlangsung dua himpunan agak besar juga di ibu negara Kuala Lumpur yang mencecahkan penyertaan lebih 40,000.

Himpunan itu ialah Himpunan Hijau menentang projek nadir bumi (Lynas) di Pahang dan himpunan membantah dasar pendidikan nasional oleh golongan pendidikan Cina Dong Zong bertempat di Petaling Jaya. Ramai yang tidak sedar mengenai kedua-dua himpunan itu sebenarnya. Sebelum ini tidak ada apa-apa publisti dan penguar-uaran di mana-mana media massa seperti mana himpunan Bersih atau pun himpunan-himpunan lain seperti anjuran Anak dan lain-lain.

Kempen atau panggilan ke himpunan itu seakan berlaku dalam senyap, atau pun sudah ada pengertian dari kalangan mereka yang menyertainya. Mereka tidak perlu dikerah secara fizikal tetapi cukup setakat memberi isyarat dengan satu bunyian ganjil saja.

Yang paling mengejutkan ialah himpunan Dong Zong di Petaling Jaya itu. Tidak kedengaran bahawa kumpulan pendidikan Cina itu menguar-uarkan himpunan berkenaan. Tidak ada pun riak risik mengenainya. Inilah cara orang-orang Cina bekerja dan bertindak, mereka tidak heboh tetapi bertindak dalam senyap. Apa yang mereka lakukan tak ubah seperti api di dalam sekam. Mereka bukanlah ayam yang bertelor sebiji riuh sekampung.

Mustahil kalau pihak pengajur tidak mengetahui akan himpunan Hijau di Dataran Merdeka itu, mungkin mereka sudah sepakat untuk 'menyerang' negara secara serentak dari dua versi berbeza, tanpa disedari 'musuh' - kerajaan UBN.

Kedua himpunan itu membawa maksud dan tujuan berbeza. Ia nampak semacam berlainan tujuan dan matlamatnya. Tetapi jika diamat-amati ia membawa motif dan sasaran yang sama. Himpunan di Dataran Merdeka menentang Lynas, manakala himpunan di Petaling Jaya mengenai bantahan kepada dasar pendidikan nasional. Kedua-duanya membawa konotasi menentang dan membantah.

Satu mengenai alam sekitar satu mengenai pendidikan. Namun kesan ialah kepada kerajaan yang memerintah hari ini. Lynas adalah projek yang dibangunkan oleh kerajaan di Pahang, manakala pendidikan adalah dasar yang digubal oleh kerajaan. Ertinya kedua himpunan itu menyerang kerajaan. Dong Zong membantah dasar pendidikan nasional dan mahu mengekalkan pendidikan vernakular tujuannya mereka mahu diberikan kebebasan mutlak dalam penggunaan bahasa ibunda di sekolah-sekolah Cina.

Orang Cina memang mempunyai iltizam yang tinggi untuk apa-apa juga perkara berhubung hidup mereka. Mereka boleh bergaduh dan mereka akan menjadi kiambang yang bercantum antara satu sama lain apabila ada biduk yang menerpa mengganggu mereka.

Paling ketara ialah kedua-dua penyertaan himpunan itu didominasikan oleh orang-orang Cina. Yang menjadi kepala penentangan terhadap Lynas ialah orang Cina manakala yang menjadi ketua kepada himpunan di Petaling Jaya ialah persatuan pendidikan Cina, Dong Zong. Dalam erti kata lain kedua-dua himpunan itu ada kepentingan dengan orang Cina. Bagaimana pun sedikit menjadi persoalannya ia turut sama dihadiri oleh orang pimpinan politik Melayu dan India. Apakah kehadiran orang Melayu di himpunan Dong Zong itu menandakan mereka menyokong tuntutan itu, mahu memperkasakan bahasa ibunda (Cina)?

Kalau jawabannya tidak ternyata mereka sudah terjerat. Termasuk jerat dengan tanpa digunakan umpan adalah sebodoh-bodoh manusia.

Naluri sebenar kedua-dua himpunan itu adalah untuk menjatuhkan kerajaan UBN. Cuma di dalam hal ini orang-orang Cina cerdik dan bijak kerana mereka melakukan kerja sambil menyelam minum air. Mereka terus mengganyang kerajaan yang semakin lemah hari ini atau pun yang sukar untuk akur kepada kehendak mereka. Mereka tahu menghitung dan mentafsir bahasa alam, apabila kerajaan UBN jatuh dan naik kerajaan baru mereka akan menuntut segala apa yang mereka kehendak itu. Ketika itu kerajaan baru akan memenuhinya kerana sebagai membalas budi mereka yang tidak seberapa itu.

Inilah perlu disedari dan di sinilah menimbulkan sedikit serba salah. Kita bersetuju kerajaan UBN hari ini ditumbangkan kerana sudah banyak sejarah-sejarah kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan. Tetapi dalam pada itu apakah boleh dipastikan dengan kejatuhannya nanti tidak akan bangkit sesuatu yang boleh menyedihkan hati? Akan timbul pula satu perubahan menakutkan?

Seandaian tuntutan itu sekadar seperti mana dituntutkan hari ini tidak mengapa; untuk memastikan bahasa ibunda mereka kekal dalam sistem pendidikan negara, ataupun alam sekitar dijaga sebaik mungkin agar tidak membahayakan kehidupan rakyat negara ini. Orang Melayu dan kaum lain juga tidak terlepas dari terganggu dengan bahaya alam sekitar.

Tetapi apa kata kalau tuntutan itu lebih besar dan jauh dari itu? Ini kena difikirkan dan tanda soal ini harus senantiasa ada di kepala. Dan orang Cina sendiri yang ghairah untuk menumbang kerajaan yang ada dengan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat, perlu juga tidak berlebih-lebihan dalam membuka cita-cita mereka. Apa yang mereka harus sedar dan fahami naluri dan perasaan rakyat Melayu negara ini dan hendaklah senantiasa mengenangkan kepada realiti. Sesiapa pun ada apa saja kalau melencong dari realiti ia akan musnah.

Terjemah daripada kedua-dua himpunan semalam adalah penolakan kepada kerajaan UBN secara total. Bahawa berilah apa-apa bantuan dan janjilah bulan dan bintang atau dacing versi baru kepada mereka, mereka tidak akan peduli lagi. Orang Cina tidak akan berpaling lagi ke belakang dan apa yang mereka nampak adalah jong besar di hadapan. Mereka telah mengambil mata lebam untuk melihat harapan mereka di dalam bulan.

Kepada orang Melayu hendaknya jangan terikut-ikut sangat dengan politik chauvenisme orang Cina. Dan dalam konteks perjuangan Pakatan Rakyat terutamanya Pas, apa yang ditempa ialah bukan soal kepentingan perkauman dan materialistik tetapi perpaduan dan ukhwah yang hendak dibina atas perasaan keagamaan dan keTuhanan. Orang Melayu jangan lari dari paksi ini dan ia perlu diberikan warning sepanjang masa kepada kaum-kaum lain, bahawa persamaan tindakan politik kita berdasarkan kepada keadilan menurut ajaran agama bukannya bangsa atau kaum jauh sekali duniawi. - http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan