Perbahasan Twitter dengan Fathul Bari
Khalid Samad, | 09 Nov 2012 |
Perbahasan ini bermula apabila seorang tukang twit menyebut nama Fathul Bari sebagai rujukan dan saya menjawab: “Saya kenal dia. Namanya baik tetapi dia bela CSL”. Oleh kerana Fathul Bari turut ‘ditag’ dalam twit tersebut, maka dia pun terus mencelah dan melibatkan dirinya dalam perbahasan tersebut.
Akhirnya perbahasan yang bermula melalui komen ringkas saya terhadap pendiriannya telah berpanjangan selama lebih dari 3 hari 3 malam dengan menyentuh bermacam-macam tajuk.
Bagi saya, walaupun Fathul sering menyebut beliau bersikap adil dan tidak bias dalam menilai sesuatu, hakikatnya sikapnya teramat keUMNOan. Sikap yang adil dan tidak bias dapat dikesan dan dinilai tanpa disebut berulang kali. Begitu juga sebaliknya.
Bacaan saya terhadap pendirian Fathul ialah beliau percaya pihak berkuasa perlu disokong selagimana ketuanya beragama islam. Atas dasar ini semua pendirian dihasilkan.
Jangka masa panjang sikap ini tidak akan menjadi masalah kerana selepas PRU akan datang, sekiranya PR menang, sudah pasti Fathul Bari akan menjadi penyokong tegar PR!
Tidak mungkin saya ingat kembali semua tajuk yang dibahas namun yang terpenting, mengikut ingatan saya, adalah seperti yang berikut:
1. Fathul bela CSL.
2. Kenyataan Karpal berbanding CSL.
3. Sejarah latar belakang kenyataan Karpal.
4. Parti Islam dan yang bukan parti Islam.
5. Bersatu atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO?
6. Kerjasama atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO.
7. Soal hudud dan perlaksanaannya.
8. Soal mendapatkan izin DAP.
9. Soal memilih di antara DAP dan UMNO.
Saya akan membuat posting satu atau dua tajuk setiap hari, menjelas dan mengupasnya dan bagi yang berminat bolehlah mereka memberi komen di Blog, Twitter atau punFacebook. Yang mana yang sempat saya akan respond. Yang mana yang tidak, saya minta maaf terlebih dahulu.
1. FATHUL BELA CSL
Tuduhan saya bahawa Fathul bela CSL dibuat selepas saya menonton video yang dipos di Blog tertentu yang mana linknya diberi oleh tukang twit pertama. Saya melihat memang betul Fathul menyatakan kenyataan CSL dan Karpal Singh, kedua-duanya tidak patut dikeluarkan mereka kerana ianya menggangu sensitiviti ummat Islam. Namun bagi saya itu semua hanya ‘ayat bunga-bunga’ sahaja kerana apa yang dikatakan di hujung video tersebut adalah mesej sebenar yang hendak disampaikan.
Di penghujung video tersebut Fathul mengatakan kenyataan Karpal adalah lebih parah kerana Karpal sebut “langkah mayat saya” sedangkan CSL hanya menolak ‘hudud PAS’ bukan hudud Islam. Kenyataan Fathul jelas mengiakan kata-kata CSL dan membelanya, memberi gambaran apa yang dikatakan tidak ada kena mengena dengan Islam itu sendiri. Kalau dilihat, ianya bercanggah dengan ucapan bunga-bunga Fathul yang lebih awal yang mengatakan ucapan CSL juga menyentuh sensitiviti ummat Islam.
Ini persepsi saya terhadap video berkenaan. Ianya dibuat dengan tujuan membela CSL.
Hujjah ‘hudud PAS’ memberi lesen kepada sesiapa sahaja, khususnya CSL, untuk memperlekehkan apa yang telah diusahakan oleh PAS dalam menghasilkan sebuah enakmen supaya sistem perundangan Islam, khusus hudud, dapat dilaksanakan. Enakmen ini merupakan usaha mulia dari berbagai pihak untuk menghasilkan enakmen yang menepati tuntutan Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Termasuk di dalamnya adalah hukuman terhadap kesalahan zina, qazaf, mencuri dan lain-lain yang telah disebut secara khusus di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW).
Mungkin ada aspek-aspek yang tertentu ada perbezaan pendapat dan tidak dipersetujui oleh Fathul, itu perkara biasa. Namun untuk menolaknya secara mutlak dan keseluruhan adalah tindakan tidak bertanggung-jawab di mana sudah pasti akan ada bahagian-bahagian yang ditolak yang merupakan hukum Qat’i yang telah ditetapkan Allah.
Kalau ada cacat celanya atau kekurangan dalam menghasilkannya, usaha manusia sememangnya begitu walaupun dalam menghasilkan undang-undang dari Al-Quran dan Sunnah. Apa yang patut diusahakan oleh Fathul ialah untuk menjelaskan apa dia yang tidak dipersetujui dan meminta ianya dikaji semula berdasarkan hujjah dan dalil. Bukan memberi lesen pada CSL atau mana-mana pihak menolaknya dan memperlekehkannya secara total.
Saya yakin Fathul sendiri memahami persoalan ini. Sudah pasti beliau juga sedar bahawa usaha sebegini langsung tidak dilakukan oleh UMNO yang memegang teraju kekuasaan dewasa ini.
Demi menutup kekurangan UMNO dan kegagalannya, maka hujjah yang paling mudah dan paling lekeh ialah untuk menolak enakmen hudud berkenaan atas alasan ianya ‘hudud PAS’ tanpa membentangkan enakmen hudud yang kononnya menepati kehendak Islam. Dan atas alasan itu kebiadapan CSL dihalalkan ulama UMNO muda ini.
Itulah sebabnya saya menyatakan Fathul bela CSL.
Bersambung...
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Dalang filem hina Nabi dipenjara
Terjemahan Mohamad Yahya, | 09 Nov 2012 |
(Youssef mengeluarkan kenyataan provokatif melalui peguam beliau, Steven Seiden kepada akhbar)
CALIFORNIA: Mark Basseley Youssef, dalang filem hina Nabi, Innocence of Muslims, yang mengakibatkan berlakunya banyak keganasan di Timur Tengah, telah dijatuhkan hukuman satu tahun penjara bagi pelanggaran percubaan yang tidak berkaitan dengan filem.
Hukuman itu diputuskan Rabu lalu selepas tawaran rayuan telah dicapai antara peguam Youssef dan pendakwa raya persekutuan.
Youssef mengaku menggunakan beberapa nama palsu dan melanggar perintah percubaan dengan mendapatkan lesen pemandu California yang palsu di bawah nama palsu untuk melakukan penipuan bank.
Hakim Mahkamah Daerah AS Christina Snyder menerima perjanjian rayuan dan terus menghukum Youssef selepas dia mengaku bersalah dalam empat dari lapan dakwaan pelanggaran.
Tidak lama selepas Youssef meninggalkan mahkamah, beliau mengeluarkan kenyataan provokatif melalui peguam beliau, Steven Seiden.
"Satu perkara yang beliau mahu saya beritahu anda semua adalah Presiden Obama mungkin telah mendapat Osama bin Laden, tetapi dialah orang yang membunuh ideologinya," ujar Seiden.
Bila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan tersebut, Seiden berkata, "Saya tidak tanya beliau, dan saya tidak tahu."
Pendakwa raya bersetuju untuk menggugurkan empat tuduhan di bawah perjanjian rayuan, termasuk tempoh percubaan yang lebih lama.
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa tiada pelanggaran adalah ekoran kandungan "Innocence of Muslims", filem yang menyinggung umat Islam.
Keganasan maut yang diakibatkan filem itu tercetus 11 September lalu dan merebak ke banyak bahagian di Timur Tengah.
Tetapi Penolong Peguam Amerika Syarikat, Robert Dugdale berhujah bahawa pembohongan Youssef tentang identiti beliau telah menyebabkan kemudaratan kepada orang lain, termasuk kepada barisan pelakon dan krew filem tersebut.
"Mereka tidak mempunyai idea bahawa dia sebenarnya adalah seorang penjenayah yang baru dilepaskan," ujar Dugdale Rabu lalu. "Sekiranya mereka mengetahui perkara itu, mereka mungkin akan berfikir panjang" untuk mengambil bahagian dalam filem berkenaan.
Beliau berkata mereka telah menerima ancaman bunuh dan merasakan bahawa kerjaya mereka telah hancur.
250,240 ANAK LUAR NIKAH 250,240 x 2 SAMA DENGAN 500,480 PASANGAN TELAH BERZINA...ITU ADA ANAK...YANG ZINA TAK DE ANAK BERAPA PULA JUMLAHNYA...ALLAH LAH YANG TAHU...ADAKAH MASIH TAK MAHU LAKSANAKAN HUDUD...JANGAN JADI MAKHLUK YANG MUNAFIKLAH..DAN PENENTANG UNDANG2 ALLAH
Apa status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar
Harakahdaily, | 05 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR:
Siti Zailah Mohd. Yusoff [PAS-Rantau Panjang] minta Perdana Menteri
menyatakan status 250,204 orang anak luar nikah yang berdaftar di
Malaysia sejak tahun yang lalu.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.
Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming.
Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka.
Soalan
SAYA, wanita berumur pertengahan 20-an, bekerja dan tinggal bersama keluarga serta masih belum berkahwin.
Sebelum ini saya mempunyai teman lelaki ketika belajar di universiti. Saya namakan dia A. Selepas beberapa lama berkawan, kami terlanjur. Saya rasa bersalah kerana itu kali pertama melakukannya.
Saya terus berkawan dengan A hinggalah saya mendapat tahu dia bertunang. Saya amat marah dan sedih kerana dia menipu saya.
Saya memutuskan perhubungan dengan A dan bertemu beberapa lelaki lain. Mulanya, saya amat menyukai dan ingin serius dengan seorang lelaki.
Saya bersikap jujur dengannya dengan memberitahu bahawa saya pernah terlanjur. Saya ingatkan dia dapat menerima dengan hati terbuka malangnya ada maksud lain.
Dia juga ingin meniduri saya. Sejak itu, saya tidak mahu serius dengan sesiapa kerana menganggap lelaki hanya mengambil kesempatan.
Saya berasa diri amat hina sekali, walaupun solat lima waktu tapi tetap melakukan zina.
Kali terakhir saya mempunyai teman lelaki, dia juga mahu meniduri saya lalu saya nekad memutuskan hubungan. Saya amat sedih.
Sejak dari itu saya berazam untuk berubah dengan menjauhkan diri daripada zina. Mujurlah saya mendapat kerja berhampiran rumah ibu bapa jadi pergerakan saya sedikit terbatas.
Namun, sejak akhir-akhir ini, hati saya teringin berkawan dengan lelaki tapi takut kerana teringat cerita lama. Saya sengaja menduga beberapa kenalan lelaki dengan mengatakan bahawa saya pernah terlanjur. Mereka juga seperti lelaki-lelaki sebelum ini, berniat jahat.
Saya tidak tahu sampai bila ia akan berterusan begini. Saya kasihankan ibu bapa yang sentiasa mendoakan saya diberikan suami yang baik.
Saya tidak tahu bagaimana harus saya luahkan. Saya tidak mahu berzina lagi, sebaliknya ingin berkawan dan bersikap jujur.
Tolong lah saya Dr.
GADIS SEDIH,
Selangor.
Jawapan
DR simpati dan dapat memahami jiwa adik. Orang yang kehilangan sesuatu yang amat disayangi (kesucian diri) berkemungkinan berasa rendah diri.
Begitu juga individu yang berasa dihina dan tidak dipunyai sering merasa kehilangan harga diri. Keperluan psikologi ialah seseorang itu akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai.
Individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami kegagalan identiti, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa (Glasser 1984).
Adik tidak mendapat kedua-dua perasaan tersebut (dicintai dan dihargai). Sebaliknya, bekas kekasih dan teman lelaki hanya memanipulasi adik untuk memenuhi elemen id (keseronokan) mereka saja.
Kenyataan seperti ‘saya sangat sedih dengan diri saya’ dan ‘saya berasa diri hina sekali’ dalam konteks psikologi boleh memberi kesan kepada kecenderungan untuk merasai malu yang amat mendalam.
Individu cenderung untuk memperbesarkan masalahnya atau melihatnya dengan perasaan amat sedih. Inilah yang adik sedang rasa dan alami.
Keadaan ini biasanya akan menghasilkan perasaan takut dan bimbang yang bukan-bukan. Pemikiran menjadi tidak rasional dan sifat yang tidak rasional ialah lemah semangat atau tanpa harapan hidup.
Apa yang boleh dilakukan dalam konteks permasalahan adik ialah mencabar pemikiran mengenai kepercayaan bahawa semua lelaki yang adik kenali hanya mahu meniduri adik.
Adik boleh membina kenyataan diri yang realistik dan rasional.
Usahakan menukar pemikiran tidak rasional (tiada lelaki yang ikhlas berkawan dengan adik) dengan yakin dan percaya bahawa satu hari nanti adik akan bertemu lelaki yang mencintai adik.
Lakukan latihan mencabar pemikiran adik ini berulang kali. Ia akan membantu meredakan perasaan.
Dr melihat adik mempunyai keinginan sangat tinggi untuk berubah seperti berdoa kepada Allah agar dikurniakan suami yang dapat membimbing adik ke jalan yang diredai dan berazam tidak berzina.
Berterusanlah memohon doa. Adik juga kasihankan ibu bapamengetahui mengenai diri adik.
Dr doakan apa yang adik inginkan daripada perubahan ini akan berjaya. Allah SWT sentiasa memerintahkan umat-Nya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8)
Firman Allah: “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.” (an-Nur, 31)
SAYA suami muda yang baru mendirikan rumah tangga. Hidup saya ceria
seisi keluarga, tetapi ada sesuatu yang sering membuatkan saya terganggu
dan merasakan kekesalan yang amat mendalam.
Kisahnya bermula dua tahun sebelum berumah tang�ga. Saya mengenali gadis (A) yang berumur lebih tua daripada saya. Walaupun begitu, dia memiliki rupa paras menawan. Saya mengenali A pada zaman persekolahan kerana dia menjadikan saya adik angkat. Selepas tamat persekolahan, kami terpisah kerana menyambung pelajaran masing-masing.
Selepas lama terputus hubungan, kami bertemu kembali dalam laman sesawang. Di situ, bermulalah kembali hubungan adik-kakak dan ketika itu juga A sudah berumah tangga. Pada mulanya hubungan kami normal, tapi lama kelamaan menjadi serius. Timbulnya kemesraan apabila A sering berkongsi cerita mengenai kehidupannya yang bosan dan sunyi. Suami A sering keluar dan lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakannya. Mereka juga masih belum mendapat cahaya mata menyebabkan A bosan.
Mungkin disebabkan kekurangan kasih sayang dan perhatian suami, A berkongsi kasih sayang dengan saya. Pada masa itu, saya bujang dan tiada teman wanita hingga akhirnya terjebak dalam cinta songsang iaitu skandal bersama isteri orang. Mungkin disebabkan pemikiran yang belum matang, saya termakan ayat-ayat manis dan tidak dapat berfikiran secara rasional atas tindakan saya.
Sehinggalah pada suatu hari, hubungan mesra kami terbawa-bawa hingga
ke kamar tidur. Kejadian itu berlaku apabila A datang ke rumah saya
disebabkan bosan duduk keseorangan di rumah.
Kami terlanjur begitu jauh. Sejak itu, saya mula menjauh�kan diri
walaupun A sering kali menghubungi. Akhirnya A memberitahu dia sudah
mengandung menyebabkan saya bertambah runsing.
Saya menyuruhnya menggugurkan kandungan itu, tetapi A enggan. Saya cukup kesal dengan keterlanjuran itu. Kami masih berhubung, tetapi tidak berjumpa.
Saya semakin takut apabila A sering mendesak untuk melakukan lagi perbuatan terkutuk itu untuk membolehkan dia memperoleh seorang lagi cahaya mata. Saya mengelak dan memberitahunya betapa saya kesal dengan apa yang berlaku dan bertaubat tidak mahu mengulangi dosa itu lagi. Saya tidak tahu macam mana hendak berhadapan dengan suami A dan apa yang akan terjadi atas diri saya sekiranya memberitahu perkara yang sudah saya lakukan bersama isterinya.
Berilah pandangan dan jalan kepada saya supaya mampu memperbaiki diri.
Suami Gelisah
PERAK
KATA-KATA ‘di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam’ boleh membantu adik untuk tidak terus terperangkap dengan kisah silam yang bukan saja memeritkan, tapi berkesan� buruk terhadap jalur perkahwinan adik. Ikhlas Dr rasa adik sudah ‘celik akal’ apabila menyesali perbuatan yang lalu. Adik juga bertaubat tidak akan mengulangi dosa itu dan ia satu tindakan yang bijak.
Kata pepatah, ‘dunia ini umpama lautan luas, kita adalah kapal yang belayar
di lautan. Sudah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat daripada tersesat di lautan hidup ini.’
Apa yang adik perlu lakukan ialah tidak terlalu menghukum diri dan bersifat asertif untuk tidak berhubung lagi dengan A. Dengan masih menghubungi A, adik memberi harapan yang A akan gunakan sepenuhnya untuk terus bersifat oportunis.
A cuba memperdayakan dengan meminta adik melakukann perbuatan terkutuk itu untuk dia memiliki seorang lagi cahaya mata sebagai teman anak pertamanya.
Adik bukan saja dapat memuaskan nafsu, tapi dilihat sebagai ‘alat’ untuk A mendapatkan apa yang dia tidak peroleh daripada suaminya. Adik ibarat ‘tabung uji’ untuk A mendapat seorang lagi anak.
Dengan berterusan berhubung dengan A, adik juga bersifat tidak adil kepada isteri dan perkahwinan. Tentu sekali hancur hati isteri apabila mengetahui perkara ini. Jika sayangkan perkahwinan yang baru dua tahun dibina, adik tidak boleh terus menerus memberi harapan dan hati kepada A kecualilah sebenarnya adik memang sayang dan tidak mahu melepaskan A kerana kecantikan dan faktor lain.
Adik perlu membuat keputusan terbaik dalam perkara ini. Tanya diri apakah perkara paling penting dalam hidup sekarang? Fokus kepada perkara itu. Jika tidak, adik mungkin hilang keindahan berumah tangga sedikit demi sedikit.
Ingatlah ‘akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan’. Semoga akal dan hati adik akan memilih jalan terbaik.
SIASAT... wartawan Metro Ahad menyamar berkunjung ke klinik yang disyaki menyediakan khidmat pengguguran janin.
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga klinik pakar wanita di ibu kota
dikesan menawarkan khidmat menggugurkan janin kepada pelajar sekolah
yang terbabit dalam hubungan terlarang.
Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik.
Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran.
Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.
“Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut,” kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.
Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming.
Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka.
‘Tak mahu terlanjur lagi’
Sebelum ini saya mempunyai teman lelaki ketika belajar di universiti. Saya namakan dia A. Selepas beberapa lama berkawan, kami terlanjur. Saya rasa bersalah kerana itu kali pertama melakukannya.
Saya terus berkawan dengan A hinggalah saya mendapat tahu dia bertunang. Saya amat marah dan sedih kerana dia menipu saya.
Saya memutuskan perhubungan dengan A dan bertemu beberapa lelaki lain. Mulanya, saya amat menyukai dan ingin serius dengan seorang lelaki.
Saya bersikap jujur dengannya dengan memberitahu bahawa saya pernah terlanjur. Saya ingatkan dia dapat menerima dengan hati terbuka malangnya ada maksud lain.
Dia juga ingin meniduri saya. Sejak itu, saya tidak mahu serius dengan sesiapa kerana menganggap lelaki hanya mengambil kesempatan.
Saya berasa diri amat hina sekali, walaupun solat lima waktu tapi tetap melakukan zina.
Kali terakhir saya mempunyai teman lelaki, dia juga mahu meniduri saya lalu saya nekad memutuskan hubungan. Saya amat sedih.
Sejak dari itu saya berazam untuk berubah dengan menjauhkan diri daripada zina. Mujurlah saya mendapat kerja berhampiran rumah ibu bapa jadi pergerakan saya sedikit terbatas.
Namun, sejak akhir-akhir ini, hati saya teringin berkawan dengan lelaki tapi takut kerana teringat cerita lama. Saya sengaja menduga beberapa kenalan lelaki dengan mengatakan bahawa saya pernah terlanjur. Mereka juga seperti lelaki-lelaki sebelum ini, berniat jahat.
Saya tidak tahu sampai bila ia akan berterusan begini. Saya kasihankan ibu bapa yang sentiasa mendoakan saya diberikan suami yang baik.
Saya tidak tahu bagaimana harus saya luahkan. Saya tidak mahu berzina lagi, sebaliknya ingin berkawan dan bersikap jujur.
Tolong lah saya Dr.
GADIS SEDIH,
Selangor.
Jawapan
DR simpati dan dapat memahami jiwa adik. Orang yang kehilangan sesuatu yang amat disayangi (kesucian diri) berkemungkinan berasa rendah diri.
Begitu juga individu yang berasa dihina dan tidak dipunyai sering merasa kehilangan harga diri. Keperluan psikologi ialah seseorang itu akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai.
Individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami kegagalan identiti, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa (Glasser 1984).
Adik tidak mendapat kedua-dua perasaan tersebut (dicintai dan dihargai). Sebaliknya, bekas kekasih dan teman lelaki hanya memanipulasi adik untuk memenuhi elemen id (keseronokan) mereka saja.
Kenyataan seperti ‘saya sangat sedih dengan diri saya’ dan ‘saya berasa diri hina sekali’ dalam konteks psikologi boleh memberi kesan kepada kecenderungan untuk merasai malu yang amat mendalam.
Individu cenderung untuk memperbesarkan masalahnya atau melihatnya dengan perasaan amat sedih. Inilah yang adik sedang rasa dan alami.
Keadaan ini biasanya akan menghasilkan perasaan takut dan bimbang yang bukan-bukan. Pemikiran menjadi tidak rasional dan sifat yang tidak rasional ialah lemah semangat atau tanpa harapan hidup.
Apa yang boleh dilakukan dalam konteks permasalahan adik ialah mencabar pemikiran mengenai kepercayaan bahawa semua lelaki yang adik kenali hanya mahu meniduri adik.
Adik boleh membina kenyataan diri yang realistik dan rasional.
Usahakan menukar pemikiran tidak rasional (tiada lelaki yang ikhlas berkawan dengan adik) dengan yakin dan percaya bahawa satu hari nanti adik akan bertemu lelaki yang mencintai adik.
Lakukan latihan mencabar pemikiran adik ini berulang kali. Ia akan membantu meredakan perasaan.
Dr melihat adik mempunyai keinginan sangat tinggi untuk berubah seperti berdoa kepada Allah agar dikurniakan suami yang dapat membimbing adik ke jalan yang diredai dan berazam tidak berzina.
Berterusanlah memohon doa. Adik juga kasihankan ibu bapamengetahui mengenai diri adik.
Dr doakan apa yang adik inginkan daripada perubahan ini akan berjaya. Allah SWT sentiasa memerintahkan umat-Nya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8)
Firman Allah: “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.” (an-Nur, 31)
Perit teringat kisah lama
Kisahnya bermula dua tahun sebelum berumah tang�ga. Saya mengenali gadis (A) yang berumur lebih tua daripada saya. Walaupun begitu, dia memiliki rupa paras menawan. Saya mengenali A pada zaman persekolahan kerana dia menjadikan saya adik angkat. Selepas tamat persekolahan, kami terpisah kerana menyambung pelajaran masing-masing.
Selepas lama terputus hubungan, kami bertemu kembali dalam laman sesawang. Di situ, bermulalah kembali hubungan adik-kakak dan ketika itu juga A sudah berumah tangga. Pada mulanya hubungan kami normal, tapi lama kelamaan menjadi serius. Timbulnya kemesraan apabila A sering berkongsi cerita mengenai kehidupannya yang bosan dan sunyi. Suami A sering keluar dan lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakannya. Mereka juga masih belum mendapat cahaya mata menyebabkan A bosan.
Mungkin disebabkan kekurangan kasih sayang dan perhatian suami, A berkongsi kasih sayang dengan saya. Pada masa itu, saya bujang dan tiada teman wanita hingga akhirnya terjebak dalam cinta songsang iaitu skandal bersama isteri orang. Mungkin disebabkan pemikiran yang belum matang, saya termakan ayat-ayat manis dan tidak dapat berfikiran secara rasional atas tindakan saya.
Saya menyuruhnya menggugurkan kandungan itu, tetapi A enggan. Saya cukup kesal dengan keterlanjuran itu. Kami masih berhubung, tetapi tidak berjumpa.
Saya semakin takut apabila A sering mendesak untuk melakukan lagi perbuatan terkutuk itu untuk membolehkan dia memperoleh seorang lagi cahaya mata. Saya mengelak dan memberitahunya betapa saya kesal dengan apa yang berlaku dan bertaubat tidak mahu mengulangi dosa itu lagi. Saya tidak tahu macam mana hendak berhadapan dengan suami A dan apa yang akan terjadi atas diri saya sekiranya memberitahu perkara yang sudah saya lakukan bersama isterinya.
Berilah pandangan dan jalan kepada saya supaya mampu memperbaiki diri.
Suami Gelisah
PERAK
KATA-KATA ‘di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam’ boleh membantu adik untuk tidak terus terperangkap dengan kisah silam yang bukan saja memeritkan, tapi berkesan� buruk terhadap jalur perkahwinan adik. Ikhlas Dr rasa adik sudah ‘celik akal’ apabila menyesali perbuatan yang lalu. Adik juga bertaubat tidak akan mengulangi dosa itu dan ia satu tindakan yang bijak.
Kata pepatah, ‘dunia ini umpama lautan luas, kita adalah kapal yang belayar
di lautan. Sudah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat daripada tersesat di lautan hidup ini.’
Apa yang adik perlu lakukan ialah tidak terlalu menghukum diri dan bersifat asertif untuk tidak berhubung lagi dengan A. Dengan masih menghubungi A, adik memberi harapan yang A akan gunakan sepenuhnya untuk terus bersifat oportunis.
A cuba memperdayakan dengan meminta adik melakukann perbuatan terkutuk itu untuk dia memiliki seorang lagi cahaya mata sebagai teman anak pertamanya.
Adik bukan saja dapat memuaskan nafsu, tapi dilihat sebagai ‘alat’ untuk A mendapatkan apa yang dia tidak peroleh daripada suaminya. Adik ibarat ‘tabung uji’ untuk A mendapat seorang lagi anak.
Dengan berterusan berhubung dengan A, adik juga bersifat tidak adil kepada isteri dan perkahwinan. Tentu sekali hancur hati isteri apabila mengetahui perkara ini. Jika sayangkan perkahwinan yang baru dua tahun dibina, adik tidak boleh terus menerus memberi harapan dan hati kepada A kecualilah sebenarnya adik memang sayang dan tidak mahu melepaskan A kerana kecantikan dan faktor lain.
Adik perlu membuat keputusan terbaik dalam perkara ini. Tanya diri apakah perkara paling penting dalam hidup sekarang? Fokus kepada perkara itu. Jika tidak, adik mungkin hilang keindahan berumah tangga sedikit demi sedikit.
Ingatlah ‘akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan’. Semoga akal dan hati adik akan memilih jalan terbaik.
Mudahnya nak gugur!
Oleh SHAMRAN SARAHAN, ANIZA ZAINUDIN dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
SIASAT... wartawan Metro Ahad menyamar berkunjung ke klinik yang disyaki menyediakan khidmat pengguguran janin.
Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik.
Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran.
Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.
“Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut,” kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang.
PAS 'membisu' tentang kenyataan Nurul Izzah
Pemimpin
PAS dilihat berdiam diri dan kaku berhubung kenyataan yang dikeluarkan
oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di sebuah forum di Petaling
Jaya Sabtu lalu.
Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali berkata, selain bisu dari memberi kenyataan, pemimpin PAS kini dilihat seolah-olah mempertahankan LGBT.
"Tidak ada lagi besar daripada memperjuangkan jihad di jalan Allah. PAS kini dah tak sebut perkataan jihad. Pemimpin PAS sebut demokrasi. Pemimpin PAS sebut tentang LGBT seolah-olah mempertahankannya.
"Pemimpin PAS kaku, bisu, beku bila kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah. Siapa sebelah Nurul Izzah? Pemimpin PAS. Beliau seorang doktor berpelajaran tinggi, pemimpin PAS pusat, hebat.
"Tapi akhirnya dia antara manusia yang bertepuk tangan meraikan Nurul Izzah. Atas nama kekuasaan tadi, kehadirannya sendiri meragukan kita," kata Hasan yang merujuk kepada ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof yang turut menjadi panel forum bersama Nurul Sabtu lalu.
Hasan berkata demikian dalam forum Kebebasan Bertukar Agama dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan anjuran NGO pendesak Melayu PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.
Turut hadir menjadi panel forum ialah Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina, Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI) Dr Yusri Mohamad, dan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin.
Dalam forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?", Nurul Izzah didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.
Nurul bagaimanapun telah menafikan perkara itu dan dijangka akan membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini.
Aduan itu dibuat kerana laporan Utusan Malaysia yang dilihat membuat tuduhan dan tidak menulis seperti apa yang beliau kata sebenarnya.
Sementara itu, Zulkifli Noordin yang juga ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Baru turut mempersoalkan tindakan PAS yang dilihat "mempertahankan" Nurul.
Menurut Zulkifli, PAS kini lebih mengutamakan kerusi berbanding perkara yang sebelum ini mereka perangi iaitu isu kebebasan beragama.
"Sekarang ini saya hairan dengan PAS boleh terima kenyataan Nurul Izzah. Bagaimana sekarang boleh pertahankan Nurul Izzah sedangkan sebelum ini mereka (PAS) menentang Majlis Peguam dalam menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)," katanya.
Tawar jadi peguam Utusan Malaysia
Dalam pada itu, Zulkifli turut menawarkan diri untuk menjadi peguam secara percuma kepada akhbar Utusan Malaysia sekiranya didakwa di mahkamah oleh Nurul Izzah.
Nurul sebelum ini menyatakan akan mengambil tindakan perundangan terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana mendakwa kenyataannya telah disalahtafsirkan.
Justeru, Zulkifli dalam nada sinis memberitahu akan memberi kejutan kepada Anwar dan Nurul Izzah dengan barisan peguam kanan yang telah bersedia untuk mewakili Utusan Malaysia.
"Saya nak umumkan pada Utusan Malaysia, saya dan peguam kanan ini sedia jadi peguam untuk pertahankan Utusan Malaysia tanpa minta bayaran. Ini sumbangan kecil untuk pertahankan Utusan Malaysia.
"Saya nak beritahu Nurul Izzah dan Anwar siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia. Kamu akan terkejut beruk. Peguam kanan ini minta supaya nama tak didedahkan dulu.
"Ini strategi. Anwar akan terkejut. Nurul Izzah akan terkejut," kata Zulkifli yang berkata tujuan beliau membela Utusan bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Selain itu, pada sidang media selepas forum malam tadi, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, forum tersebut diadakan tujuan forum itu diadakan bagi memberi memperbetulkan kekeliruan orang ramai mengenai kenyataan yang dibuat oleh anak sulung ketua pembangkang itu.
"Saya nak jelaskan di sini, forum kita anjurkan ini bertujuan untuk memperbetulkan kekeliruan mengenai kenyataan Nurul Izzah yang bahaya pada orang Islam dan Persekutuan.
"Forum ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak dan agama lain. Saya perlu jelaskan ini supaya tidak ada salah faham," katanya lagi.
9 November 2012
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan meminta supaya
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak lagi berdolak-dalik
berhubung kenyataan kontroversi dalam satu forum baru-baru ini.
Beliau berkata semua bahan bukti seperti rakaman video dan transkripsi ucapan dalam forum itu sudah ada disiarkan dalam internet termasuk di YouTube.
Katanya, anggota parlimen Lembah Pantai itu juga tidak perlu memesongkan perhatian orang ramai dengan menyaman akhbar lain dan mendakwa apa yang dilaporkan akhbar itu tidak benar.
"Segalanya jelas, kenapa perlu dia (Nurul Izzah) menafikannya. Kalau dah tersalah cakap, minta maaf, jangan hendak menyalahkan segalanya salah Umno, salah Utusan, salah akhbar.
"Kalau dah salah tu, nyatakan salah dan tarik balik. Betulkan kembali, bertaubat dan mohon maaf secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama penceramah-penceramah Umno di sini hari ini.
Di SHAH ALAM, Nurul Izzah ditemani peguam Fadlina Sidik hari ini hadir ke Jabatan Agama Islam Islam Selangor (Jais) bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan tersebut.
"Saya hadir ke sini ditemani peguam. Selain memberi penjelasan, saya juga membuat aduan kepada Jais mengenai laporan berita oleh beberapa akhbar tempatan yang mendakwa saya menyokong masyarakat Melayu bebas memilih agama," katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin di pejabat Jais di sini.
Baru-baru ini sebuah portal berita melaporkan memetik Nurul Izzah sebagai berkata bahawa setiap rakyat di negara ini termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.
Portal berita pro-pembangkang itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata, "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."
Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Dalam pada itu, Ahmad berkata Penerangan Umno akan mengadakan sesi penerangan di peringkat akar umbi mengenai perkara ini yang dianggap satu kenyataan yang amat berat dan dahsyat dikeluarkan oleh seorang berjawatan tinggi dalam PKR.
Katanya, di Malaysia, berdasarkan Perlembagaan, fahaman kebebasan beragama dalam konteks umat Islam tidak terpakai, tetapi menghormati kebebasan beragama untuk bangsa lain.
"Apakah mereka ingin mengubah perlembagaan apabila memerintah selepas pilihan raya umum nanti. Kita tidak akan biarkan mereka memerintah kalau itulah akibatnya nanti," katanya.- Bernama

Ahmad Maslan: Tidak guna Izzah dolak-dalik

KISAH MURTAD DI MALAYSIA
7:41 AM
MOHD MAHATHIR SUGUA
Kes Aisyah Bukhari
Pernah
dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar
banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi
kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup
sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.
Cerita
yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang
Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling
kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.
Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara
kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini
bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya
dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah
Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman
kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan
perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari
Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun
1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk
Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya
sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja,
516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah
beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat
kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli
Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu
simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah
kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang
kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita
sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad.
2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa
yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan
pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di
masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan di rumah.
Aisyah
adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya.
Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama,
dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi
ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti
Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya
imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia
juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa
yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya
Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam
gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu
kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan
Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde
apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun
macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu
terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'
Bayangkan
hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah
adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh
murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia.
Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang
dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk
permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk
dimurtadkan...
Butir asal permohonan...
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong
seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun
acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan
secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa
didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul.
Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di
Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, 'Saya
Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi
nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian
dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah
menolak dan meninggalkan agama Islam.'
Perenggan 23: 'Saya
Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh
keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa
saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama
pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.
Kita
tak boleh buat apa-apa sebab artikel 11 Perlembagaan Persekutuan
menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur
(18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang
memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang
menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan
perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan
undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama
rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara
Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari
itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi...semua tak termasuk.
Artikel 4
pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang
bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini
termasuklah hukum syara'.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada
masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa
mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan
anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah
datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji
Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya
selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di
kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke
restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu
saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa
boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam
keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir
tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.
Haji
Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak
pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak
menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa
Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya
menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis
buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan
adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak
kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu
disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke
penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya
dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari.
Nama Hindu.
Semasa
masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah
), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah
ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya
dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama
kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya
menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara
Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu
saja, 4 tuduhan.
Yusof
Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta
dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam
mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Kes Yusuf bin Abdullah
Lagi
satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal
Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki,
nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk
Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!?
Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin
Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci
datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend
barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor
Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah
pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni
pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada
si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil
balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof
dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah
syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas
tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu
kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni,
dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang
dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Kes Suzie Teoh
Dalam
kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun
telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu
saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret
anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar
istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Masa
tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan
warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas.
Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak
seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18
tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa
Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas
kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya
selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18
tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan
agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan,
wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru
umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal
dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas
pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini.
Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena
buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang
budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas
terpaksa bayar.
Kes Ibrahim dan Isterinya Siti Solehah
Kes
terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti
Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak
mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14
Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran
Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi
mempertahankan agama.
Peristiwa
13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu
bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu
dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika
kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di
hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan
dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang
pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke
jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah
SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid
berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir
laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa
itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
Dalam
kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak
cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama
Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara
kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan
itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang
saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar
Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5
hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga
mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti
baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur
Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur
mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang
tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh
mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan
pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya
kembali ke agama asalnya.
Dalam
satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW
berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang
kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang
datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'.
Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu
adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu,
pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat
bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW
menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.
Imam
Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad
ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam
gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan
cahaya keimanan.
Bagaimana
gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak
langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada
yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya.
Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis
berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International
Jew' (tak Silap saya).
Unsur
Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling
nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham
kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa
yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya
kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat
stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.
Bab
Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam
perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6
yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada
ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua
pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan
besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan
berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang
walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita
perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan
peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'
Wasiatnya
berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam
Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian.
1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan
Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak
lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao... Lepas tu kerajaan Islam
Acheh... semuanya satu demi satu...
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab
gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama
kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita
tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa
tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a
datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja),
sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang
kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang
nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai
perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya
ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi
sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti
Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah
yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah
yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita
tu.
Pertama,
melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama
mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang
mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters
dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak
datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan
seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan
meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya.
Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam
masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan
menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.
Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian,
bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik
dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan
begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan
ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri
terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat
dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang
bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu
seluruhnya.
Ajaran
Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu
nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu
Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu
sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang
Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi
Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary
yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's
Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara
menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan
agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam
daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat.
Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling
lemah sekali, dengan hati.
Bangun
malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah
besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita
yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung
jawab kita semua.
Akhir
sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen
politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri
kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan
agama Islam sebelum terlambat.
#kawan-kawan
yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan
tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan
iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di
Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun
mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui
hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa
mencari-cari jalan yang betul.
Di
harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita
sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam
apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.
Sayangi Islam |
Nurul Izzah sudah jelaskan, pemimpin Umno bagaimana
Harakahdaily, | 09 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR:
Tindakan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar
bertepatan dengan pepatah ‘kembali kepada kebenaran lebih baik daripada
kekal di dalam kebatilan’, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Begitupun, katanya seronok apabila lihat pemimpin Umno cuba menjadi juara pembela agama atas isu ucapan Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu.
Beliau berkata, Nurul Izzah sudah menjelaskan apa maksud kenyataan beliau selepas timbulnya polemik itu.
“Beliau menjelaskan ‘sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam’, kenapa Umno terus bising,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Baginya, Nurul bukan manusia yang degil seperti pemimpin Umno, walaupun salah dan ditegur mereka tidak menarik balik kenyataan mereka.
“Persoalannya ucapan pimpinan Umno yang jelas merbahaya kepada akidah tidak pernah ditarik balik seperti kenyataan yang memperlekehkan hukum hudud,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Terbaru Tun Dr Mahathir mengatakan Malaikat juga buat salah. Begitu juga kenyataan Najib yang mengatakan sindrom qiamullail sewaktu beliau sebagai Menteri Pelajaran.
Katanya, apabila Umno cuba hendak menunjuk juara pembela agama, semua makhluk yang waras akan ketawa dan senyum sinis.
Justeru, tanya beliau layakkah Umno hendak bercakap dan berlakon sebagai pembela agama.
Semua rakyat di negara ini maklum Umno hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik, justeru program agama hanya sekadar lepas batuk di tangga.
Oleh itu, katanya ceramah di televisyen hanya boleh bicara bab yang tidak menyentuh Islam yang syumul di mana penceramah yang lantang akan digam.
Begitu juga, ujarnya Umno mendirikan masjid, tetapi bukan untuk memakmurkan masjid menyebabkan masjid ‘mati’ sebelum ahli kariah mati kerana ahli jawatankuasa masjid dilantik bukan ahli masjid.
Baginya, Umno terpaksa menunjuk juara pembela agama untuk meraih sokongan orang Islam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan