Rabu, 28 November 2012

PRU13...ALLAH DAH TAHU SAPE MENANG DAN SAPE YANG KALAH...ALLAH PUN TAHU PUAK MANA JAHAT DAN PUAK MANA OK SIKIT KOD...YANG BAGUS YANG IKUT QURAN DAN HADISLAH

Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah

Harakahdaily, 27 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya.

Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.

Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib.

Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.

Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib.

"Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily.

Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau.


Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?

Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.

Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau?

Hubungan...saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau.

Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia?

Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri
Pertahanan.

Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?

Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.

Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain?

Ya boleh dikatakan begitu.

Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?

Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile.

Sebelum ini tidak ada apa-apalah?


Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.

Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?


Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita.  Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah.

Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau...
Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.

Saudara memang kenal Bala?

Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.

Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?

Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi.

Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?

Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?

Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah.


Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?


Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.


Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?


Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori.

Jadi apa tindakan saudara?


Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.


Apa tindakan selepas itu?


Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.


LAPORAN BERKAITAN


Tanya Najib siapa Deepak dan K Eswaran

NGO 'R' dihalau di Perhimpunan Agung Umno

Harakahdaily, 27 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Wakil NGO Royalti (R) yang hadir ke Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini didakwa telah dihalau ketika cuba masuk ke dewan itu.

Enam orang wakilnya termasuk presiden NGO tersebut, Nazri Deraman telah dihalau ketika berada di tingkat 4 untuk mesuk ke dewan.

Kumpulan mereka kemudian diiring keluar sehingga ke kaki lima luar dewan.

Menurut kenyataan ringkas di Facebook Setiausaha NGO itu, Hishamuddin Ghazali, beliau mendakwa telah dihalau oleh sekumpulan 'samseng' Umno.

"Kami hadir dengan aman untuk membawa suara rakyat Kelantan bagi menyerahkan memorandum kepada perwakilan Umno Kelantan untuk mencadangkan usul tergempar berikan royalti Kelantan.

"Berginikah layanan parti yg kononnya memperjuangkn Melayu. Adakah rakyat masih tidur selepas kami diperlakukan bergini?" soal beliau.

Sehubungan itu, mereka terpaksa membuat satu sidang media di kaki lima di luar dewan.

Lagi kematian semasa tahanan polis

Harakahdaily, 27 Nov 2012

(Keluarga dan rakan-rakan membuat protes di depan balai polis Kota Damansara)

PETALING JAYA: Kematian Krishnan A/L Subramaniam, 34 tahun, semasa beliau ditahan polis 22 November lepas telah membangkitkan perasaan curiga keluarga dan rakan-rakannya.

Ekoran itu, keluarga serta rakan-rakannya telah mengadakan protes aman di perkarangan balai polis Kota Damansara, tempat beliau ditahan sehingga membawa kepada kematiannya.

Turut serta dalam protes kira-kira sejam itu adalah Ahli Parlimen Subang,  Sivarasa Rasiah.

Pada 26 November 2012 (Isnin), abang kepada En Krishnan iaitu En Palanisamy telah membuat laporan Polis di Balai Polis Kota Damansara untuk pihak polis menyiasat kematian adiknya.

PAC digesa siasat prolehan kendali kamera AES

Muhammad Faizal, 27 Nov 2012
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyerahkan memorandum aduan berkaitan pertikaian perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan sistem saman ekor polis kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menyerahkan memorandum tersebut di lobi parlimen kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid agar satu siasatan dibuat berhubung perkara tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) berkata, PAC perlu menyiasat bagaimana dua syarikat iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang mengendalikan kamera AES telah mendapat hak pengendalian kamera tersebut.

"PAC perlu menyiasat pemilik-pemilik syarikat pengendali kamera AES untuk menjamin ketelusan dan tiada sebarang salahguna kuasa dalam pemberian kontrak pengendali kamera tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS juga mahu PAC menyiasat prosedur perolehan kamera-kamera milik polis.

Katanya lagi, penyisatan perlu diberikan kepada peningkatan harga bagi kamera perangkap laju kegunaan polis yang mana harga yang dibeli berlipat kali ganda lebih mahal daripada harga yang dibeli oleh negara-negara luar seperti Amerika Syarikat.

"PAC perlu menyiasat syarikat pembekal kamera perangkap had laju yang digunakan oleh polis.

"Kenapa harganya berlipat kali ganda, kita mahu tahu apa yang berlaku disebaliknya sehinggakan ia boleh berlaku sedemikian," jelasnya pada sidang media.

Menurutnya, mesyuarat jemaah menteri pada 16 September 2009, melalui Model Kewangan Dengan Formula Tiga Langkah bersetuju pengandalian kamera AES diberi kepada syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

"Walau bagaimanapun kenyataan kerajaan menyatakan bahawa pengendali kamera AES dibuat oleh dua syarikat iaitu Beta Tegap dan juga ATES.

"Jadi apa yang telah terjadi kepada Commercial Circle yang telah dipersetujui sebelum ini," kata beliau lagi.

Harga kamera AES & peluru berpandu...

http://shalehudin.blogspot.com, 27 Nov 2012

FAKTA yang buatkan makcik Felda pun geleng kepala...

Kamera AES & Peluru Berpandu...

Harga sebuah Roket Al-Qassam Hamas: USD 800 (RM 2,500)
Harga sebuah Peluru Berpandu Penangkis (Iron Dome) milik Yahudi Zionis: USD 50,000 (RM 160,000)

Hari pertama Hamas balas serangan Yahudi Zionis, sebanyak 225 buah Roket Al-Qassam dilancarkan & hanya 90 buah SAHAJA Roket Al-Qassam berjaya ditangkis oleh Iron Dome sehinggakan para Yahudi Zionis di Tel Aviv terpaksa menyembunyikan diri mereka dibawah tanah selama seminggu.

Tak da la hebat sangat pun Yahudi Zionis ni...
***Kerajaan Malaysia lagi hebat... Beli "kamera AES" dengan harga yang JAUH LEBIH MAHAL dari Iron Dome...
"Kementerian itu dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar memberitahu, kamera Laser Digicam itu dibeli dengan harga RM173,385 seunit manakala bagi kamera model Laser Truecam pula dibeli dengan harga RM223,500 seunit".
Hebat kan...???

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Mukhriz Mahathir dinasihatkan masuk PASTI supaya pandai bab matematik..!!

http://www.pencacai-semalaysia.com, 26 Nov 2012





Adik-adik PASTI, mana lebih besar RM2.12 billion dengan RM1.608 billion?


(Kedah satu-satu negeri dalam dunia yang tidak ditadbir oleh kerajaan tetapi oleh pembangkang, mokalau orang luar negeri baca ni mesti gelak gulin-gulin...)
Oleh: Pak Dee Jantan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, iklim pelaburan di Kedah semakin menyusut sejak ditadbir oleh PAS pada 2008. Buktinya, pada tahun lalu (2011) pelaburan masuk RM6.14 billion tetapi tujuh bulan pertama tahun ini cuma RM283 juta sahaja pelaburan masuk. Angka tu semua sebenarnya merujuk kepada pelaburan KHTP sahaja, tak masuk pelaburan RM0.5 billion projek Aman Central yang telah dimulakan. Musykilnya akan kepala otak Pak Dee ialah pada tahun 2011 itu siapa yang memerintah Kedah? BN ke? Kalau Mukhriz dakwa pelaburan masuk menyusut sejak PAS/PR mentadbir Kedah maka kenalah ambilkira pelaburan masuk sejak Mac 2008. Mana boleh penyusutan dilihat pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Oleh kerana pelaburan di KHTP menyumbang lebih 96% pelaburan masuk di Kedah mari kita ambil angka pelaburan di KHTP sejak ianya diwujudkan pada 1996.

1) 12 tahun BN pelaburan masuk ialah RM19.3 billion. Bermakna purata kemasukan setahun ialah RM1.608 billion.

2) 5 tahun PR pelaburan masuk ialah RM10.583 billion. Bermakna purata kemasukan setahun ialah RM2.12 billion.

Adik-adik PASTI cikgu nak tanya, mana lebih banyak 2.12 dengan 1.608?


Ohhh pandai anak muridku...!

Gambar 6 pemimpin Hamas yang telah syahid

http://pinkturtle2.wordpress.com, 26 Nov 2012

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki” :Al Imran:169
Setiap pejuang memberikan apa sahaja kemampuan mereka menyediakan diri bertemu Ilahi.
Semoga darah para Syuhada dari dahulu hingga kini masih mengalir dalam jiwa
a-jiwa umat ini.Semoga Allah merahmati roh mereka dan berkati perjuangan mereka membebaskan bumi Palestin yang tercinta. Dari kiri atas:
1) Asy Syahid Ir Imad Aqal
2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin
3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash
4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi
5) Asy Syahid Dr Said Syiam
6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Ja’abarri
Mereka telah berikan apa yang mereka punya, kini giliran kita menyediakan dan memberi apa yang kita punya….

Najib takut pemerhati antarabangsa sebab pilihanraya di Malaysia ada masalah?

http://www.hariankini.com, 26 Nov 2012
Najib berucap di Himpunan Barisan 1Malaysia di PWTC.
Hariankini.com – Nak takut apa kalau tiada buat kesalahan? Presiden Umno Dato Seri Najib Razak dilihat cuba mencari alasan konon negara kita akan malu jika pemerhati antarabangsa dijemput membuat pantauan terhadap pelaksanaan pilihanraya di Malaysia.

“Jangan kita, negara luar campur tangan dalam negara kita yang mempunyai masa hadapan.

“Jangan bagi malu negara kita dengan meminta campur tangan negara luar sedangkan negara kita telah diiktiraf dunia dan ramai yang merujuk Malaysia dalam masalah pendamaian dan sebagainya,” kata Najib ketika berucap pada Himpunan Barisan 1 Malaysia di Pusat Perdangan Dunia Putra, semalam.

Najib berkata demikian bagi mengulas berkaitan pemantau luar dipanggil melihat pelaksanaan pilihanraya di negara ini. Kenapa nak gelabah?

Eh..eh..kenapa nak malu pulak jika kita tak buat salah. Malahan jika pelaksanaan pilihanraya di negara kita ini bagus dan bersih, kita boleh berbangga dengan dunia yang kita ni betul-betul negara demokrasi. Dunia akan lihat negara kita ni adalah sebuah negara demokrasi, adil dan tidak melakukan diskriminasi terhadap semua rakyatnya termasuk yang tidak menyokong kerajaan yang memerintah.

Dunia akan tahu benda tu semua bila dia orang memerhati apa yang berlaku di negara kita. Mereka bukan sahaja mahu mendengar pengakuan kita sendiri yang ‘masuk bakul angkat sendiri’ sahaja bahkan mahu melihat dengan mata kepala mereka sendiri.

Hanya mereka yang melakukan penindasan dan kesalahan sahaja yang takut orang luar datang melihat perkara sebenar yang berlaku dalam negara kita.

Sudah tentu kerajaan pimpinan Umno-BN bimbang jika tembelang mereka selama ini konon negara kita mengamalkan demokrasi, adil dan tidak diskriminasi terhadap rakyat yang tidak menyokong mereka akan pecah dan diketahui dunia. Sudah tentu mereka ini sangat tertekan.

Seperti contoh, kita malu jika kita berbogel depan khalayak sebab orang nampak kecuali orang gila. Tapi jika kat bilik air, tak ada pula malunya sebab orang luar tak nampak.

Jika kita langsung tidak berbogel, nak buat apa malu kat orang sebab kita berpakaian..kan..kan..

Jadi buat apa nak malu jika kita tidak buat salah dan orang akan nampak kita ini baik kecuali kamu ‘berbogel’ dengan kata lain buat salah, baharulah kamu patut malu.

Kecuali jika kamu hendak orang luar sana tidak tahu perkara sebenar tentang kesalahan kamu, baharulah kamu takut orang luar datang tengok.

Budak sekolah pun reti benda-benda macam ni. Tak payah sekolah pun reti bro!

--Hariankini.com


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

PRU13 Bulan Depan!!! Apakah Najib Hilang Akal?

http://azmieyusoff.blogspot.com, 26 Nov 2012
Menjelang PRU 13 SESEORANG PEMIMPIN YANG BAIK DAN BERWIBAWA SERTA BERTANGGUNGJAWAB TIDAK AKAN MEMILIH TARIKH DAN MASA BAGI MENGADAKAN PRU DALAM MUSIM MUSIM YANG MENYUSAHKAN RAKYAT. MUSIM TENGKUJUH DAN MUSIM BANJIR MITHALNYA.

BUKANKAH ALLAH SWT SEDIAKAN KITA AKAL FIKIRAN DAN IMAN BUAT KITA FIKIRKAN DAN JADIKAN PANDUAN SAMADA SATU SATU TINDAKAN ATAU KEPUTUSAN YANG BAKAL KITA BUAT ITU BANYAK MEMBAWA KEBAIKAN ATAU KESUSAHAN SERTA KESULITAN KEPADA RAKYAT RAMAI.

TAMPOH ``SAHLAKU`` KERAJAAN YANG ADA SEKARANG ADALAH HINGGA APRIL 2013.

APAKAH MEMBAWA KEPADA DOSA BESAR JIKA PRU 13 DIADAKAN PADA FEB ATAU MAC 2013?.

APAKAH MERASAKAN TIDAK BERSALAH DAN TIDAK BERDOSA MENYUSAHKAN RAKYAT JIKA PRU 13 DIADAKAN DALAM KEADAAN RAKYAT TERPAKSA MEREDAH BANJIR DAN HUJAN KERANA UTK KELUAR MENGUNDI BAGI MENUNAIKAN HAK MEREKA DALAM MILIK KERAJAAN ?

CUBA RAKYAT FIKIRKAN, BETAPA BANYAK KOS YANG TERPAKSA DIKELUARKAN BAGI MENGATASI MASALAH YANG BAKAL DIHADAPI JIKA PRU 13 DIADAKAN DALAM MUSIM MUSIM YAN SUKAR BEGINI.

KESUSAHAN DAN KESULITAN INI TIDAK TERKECUALI, IANYA AKAN DITEMPUHI OLEH SESIAPA SAJA, SAMADA PENGUNDI YANG AKAN MENYOKONG BN ATAU PR ATAU BEBAS. SEMUANYA SAMA SAMA SUSAH.

JIKA PR DIBERI MANDAT BENTUK KERAJAAN, PR AKAN MENETAPKAN TARIKH PRU BERTAHUN LEBIH AWAL BAGI MUDAHKAN SEMUA RAKYAT SERTA AGENSI BERKAITAN MEMBUAT PERSEDIAAN, INILAH LANGKAH DAN CARA ORANG ORANG BIJAK BERFIKIR.

SOAL MENANG KALAH, KITA SERAHKAN KEPADA ALLAH SWT YANG MENENTUKAN.

JOMM KITA GENERASI BARU...AYUHHH KITA PAKAT SAMA SAMA LAKUKAN PERUBAHAN. TOLAK SAJA MANA MANA YG BERFIKIRAN SEMPIT. - Othman Man

Najib tak tolak kemungkinan PRU bulan depan
KUALA LUMPUR - Melewati musim lembab dan cuaca tidak menentu mutakhir ini bukanlah satu penghalang untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan bulan depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kalau bulan Disember tak ada 'election', tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini. Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya menjawab soalan adakah pilihan raya akan diadakan tahun depan atau membiarkan Parlimen bubar dengan sendirinya.

Persoalan itu diajukan kepada beliau dalam satu wawancara khas bersama pengarang-pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Utusan Malaysia baru-baru ini sempena Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2012 minggu ini.

Mandat semasa Kerajaan Pusat yang dipimpin BN akan berakhir penghujung April depan.

Sebelum ini beberapa tarikh ramalan pilihan raya umum sudah pun tersasar.

Najib pada mulanya mencetuskan teka-teki apabila menyebut angka 11 begitu signifikan dalam hidupnya sehingga mengundang tafsiran PRU13 akan diadakan pada tanggal 11.11.11. Tarikh itu sudah jauh meninggalkan kita.

Ada pula yang menjangkakan Parlimen akan dibubarkan Jun tahun ini dengan mengambil kira musim cuti persekolahan, namun ramalan itu juga meleset.

Kemudian, timbul pula ura-ura kononnya pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan. Sekali lagi jangkaan itu silap.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata, agensi itu sedia untuk melaksanakan pilihan raya pada bila-bila masa termasuk dalam keadaan cuaca yang buruk.

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online bulan lalu, Aziz berkata, SPR akan mencari tarikh “paling cantik dalam keadaan yang buruk” jika perlu berbuat demikian.

Lima negeri dikatakan bakal terjejas teruk apabila angin monsun timur laut melanda iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor termasuk Sabah dan Sarawak.

Jabatan Pengairan dan Saliran memberi amaran kepada orang ramai, negara bakal berhadapan risiko banjir besar antara November hingga Mac tahun hadapan. - SH


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan